Kelas Baking My Anak Bujang ^_^

Salam 24 Jamadil Awal dan salam Jumaat kawan-kawan!

Leganya hari ni dah hari Jumaat. Asal nak hujung minggu aje, wajah ceria memang tak dapat disembunyikan!

Hari ni entri pendek ajelah sebab malas pulak rasanya nak berceloteh...

Beberapa hari lalu teacher ada WA gambar my anak bujang di kelas 'baking' ^_^

Bila I dapat gambar ni, I dok gelak sorang-sorang. Yalah, rasa kelakar pulak. My anak baru umur 5 tahun dah pun masuk 'dapur' membaking katanya. Mommy mereka ni, dah kahwin baru kenal apa itu DAPUR ^_^ 

Maklumlah anak manja, memang tak siapa menyuruh ke dapur memasak ke, membaking ke kan! 


Tengoklah budak kidal ni, sama macam Mommynya. Buat apa-apa pun mesti 'tangan kiri didahulukan' ! Alah bisa, tegal biasa!


Mana satu agaknya 'ex-girlfriend' si Adik ni ek? Bila tanya katanya takda dalam gambar! Pandai simpan rahsia! Tapi yang paling tak menahan, Adik Cute kata dia suka semua gegirls kat sini. Boys pulak cuma satu, dua orang aje yang dia suka! Bakal romeokah kamu, anakku? Aduhai....ngeri omak!
Bila I tanya apa yang dibuatnya masa kelas ni, senang aje jawab Adik Cute,

Campur milk and  salt!


Itu aje ke?

Adik ada guna 'flour' tak? tanya si Bubbly Abang.

Kan dah kata campur milk and salt ajelah!

Uhuh! Garang betul chef ni! Takutlah nak tanya banyak! 

Sudahnya, dia sendiri pun tak tahu dia buat apa masa kelas ni! Aduhai...

Seingat I, masa Bubbly Abang tu takdalah pulak tau dia ada kelas baking membaking ni. Mungkin jugalah 5 tahun dulu tak macam sekarangkan, semua pun nak share di media sosial. 

Sekarang ni perangai dah elok sikit bila pergi school. Menghitung hari bila jumpa hujung minggu tu perkara biasalah. Tapi paling tak boleh tahan bila Daddy kata, setiap kali teacher buka pintu kereta masa sampai di tadika, belum sempat keluar dari kereta lagi dia dah tanya teacher,

Bila boleh balik?

Amboi, belum sempat lagi kaki tu jejak kelas, dah tanya teacher bila boleh balik rumah

Dan nampak tak my anak bujang masih pakai baju biasa ke tadika?

Stress I tau dengan Smart Reader kali ni. Dahlah yuran semakin mahal, tiba-tiba katanya ada masalah kat kilang yang tak settle-settle lagi. Uniform, stokin, kasut dan beg sekolah semuanya tak dapat-dapat lagi walaupun dah masuk bulan March! Ni dah nak masuk second term dah pun. Yuran pun lagi seribu nak kena langsaikan tapi sedih hati I ni tau tengok anak pakai pakaian biasa aje pergi sekolah!

Malas dah nak kata apa!  

    
  


Comments

  1. adli pun sama kidal.puas suruh pakai tangan kanan kiri juga yang dia guna. hensem adik pakai topi chef

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kidal, nak buat macamana, Lea... Memanglah tak bagus tapi kami ni bukan sengaja tau nak jadi lefthanded. Hahaha!

      Delete
  2. Junior Masterchef in da making :D
    comei tul adik ...

    alahai, lum dapat lagi baju sekolah...
    kalo i mau dah bebel kat school bila pegi bayar next term punya yuran....iskkkk ...opppsss batu api lak i ni...

    sabar sis sabar hahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masterchef apa ke bendanya, sis! Dia sendiri tak tahu dia masak menu apa! Mereka buat puding! Pepandai aje kata masuk susu dengan garam. Padahal mereka masukkan gula tu! Hahaha!

      Sedih hati I tau tak. Dah nak masuk bulan April, uniform pun tak dapat disarungkan lagi ke badan. Kalau ingat-ingat, memang nak meraung rasanya! Awat you pi ngapi-ngapikan pulak ni. Hehehe!

      Delete
  3. Hahaha.. cukup garang chef ni ye..
    Campur susu dengan garam jadi kuih apa tu chef..
    Ehhhh tak nak lah auntie tanya..
    Nanti kena marah pulak dengan chef ni hahaha..

    Mungkin part adik cute cuma kacau susu dengan garam tu jer MD..
    Jadi dia tahu tu ajer lah..

    lama sungguh tu MD .. tak kan kilang tu dah terbakar kot ..
    Sebab tu tak siap2 lagi uniform tu hahahha..

    Bertabahlah MD..
    Kalau nak uniform juga guna lah baju chef tu haahha..

    p/s semalam tak entri sebab CH ni SESAT..
    nak tahu CH sesat dimana meh lah baca entri CH ..
    Boleh tolong gelakkan berjemaah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan main-main CH. Chef yang ini tak friendly tau. Tak kuasa nak layan pertanyaa macam masukkan apa lepas ni, lepas tu. Tengok betul-betul masa dia tengah buat! Kalau lepas tu dok suruh dia ulang tayang or explain, memang nak kena babat dalam TV. Hahaha!

      Teacher dah kata, nanti buat uniform baru sebab tukar syllabus ke international level katanya. Paling awal bulan April. Kena tabah juga dengan janji manis macam ni tau!

      Delete
  4. salam. singgah pertama kali disini.

    comel anak kecil dah dilatih menjadi chef. mudah-mudahan berjaya bila besar nanti hasil motivasi waktu kecil ini.

    sabar mungkin ada masalah yang tidak dapat di selesaikan oleh pihak sekolah tu...

    salam kenal

    arzmoha
    www.arzmoha.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah sini ^_^

      Kelas baking di tadika aje. Sebelum ni memang tak pernah lagilah nak membaking bagai di rumah dengan Mommynya @_@

      Delete
  5. nasib baik cute..garang2 pun.

    betul ke adik baking ni? luth bawa blk karya yg dibuat di taska..cikgu ckp ni luth buat..cam tak caya je luth buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garang weyh chef ni. Tak boleh tanya soalan, nak merengus aje!

      Entahlah, Adik Cute tukang tuang susu aje kot. Kata teacher sedap puding. Yalah, aunty yang tukang settledkan semua memanglah sedap. Kalau budak-budak yang buat, rasa kenyal-kenyal getahlah kot pudingnya. Hahaha!

      Simpan karya tu, PB. Mana tau bila Luth dah dewasa, nilai karyanya zaman kanak-kanak makan 2.4 billion. Rugi tau kalau tak simpan!

      Delete
  6. Kalau tak bagitahu, kita tak perasan pun tak pakai uniform, ingat sebab nak membaking tu yang pakai baju macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak awal naik tadika takda uniform. Sedih sangat masa kita bercuti nak hantar anak pergi tadika, takdalah pulak uniform! Kalau tak, dah lama gambar selfie anak masuk blog tau! Hehehe ...

      Delete
  7. Huishh lepas ni mummy nak makan kek boleh laha dik buatkan. Dah boleh jadi chef ni dekat rumah. Gitu. Alahai dah nak cuti sekolah pun tak lama lagi baju tak dapat lagi. Tak lama lagi lah kot kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takutlah Nani nak suruh anak buat kek. Takut keracunan makanan pulak. Maklumlah dia tak kenal play doh dengan tepung lagi. Hahaha!

      Delete
  8. haahahah tegekal2 lieya bace kak oiii....yg paling comel mmg anak ko kak....gerammmmm..... muke serius jek nak baking tu...bagus laa kindy die rajin buat aktiviti gini... mesti excited budak2 ...

    kak, lagi satu tang bile boleh balik tu pun lawak....punye laa tak sabar nak abis sekolah heheheeh...mcm dayyan lagi haru dok kire baper hari lagi nak ke sabtu haahahahaha....kalo sekolah rendah pun esok mcm ni haru kite kak oiiii...
    oo sr kat sane mcm tu kak yeak....kat sini so far ok je...eh tapi jap2 sebelum ko bertambah ngamok, yg ok tu 3 tahun lepas la mase daku anta jaja kat sr hahaahahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius bukan sebab nak belajar baking, tapi tak tahu nak buat apa. Keras aje tangan akak tengok cikgu tolongkan! Hahaha!

      Maklumlah kat rumah anak-anak akak memang tak ke dapur. Asal ke dapur aje, kena halau. Asal kena halau aje, masa akak tengah memasak kat dapurlah!

      Hari-hari tanya bila nak weekend. Lepas tu asal tinggal satu lagi jari tak tutup (Jumaat) dah tak nak pergi sekolah! Cuti nak banyak jerk, hari sekolah kalau boleh sehari setahun jadilah! Pengsan mak pecah duit tabung nak hantar tadika mahal tau ^_^

      Oh, sebelum ni takda masalah! 5 tahun lepas pun takda masalah, Lieya! This year aje ada merapu sikit sampai la ni tak dapat-dapat lagi uniform, kasut dan school bag!

      Delete
  9. Tapi baguslah tadika ini siap ada membaking bagai
    Pendedahan baik utk bebudak. Apa lagi kalau budak perempuan mesti exited.
    Adik tu biasalah... bila dah kenal siaplah kena cepuk dgn kata-kata dia yg bernas. Nasiblah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya dulu, Abang takda pulak teacher hantar gambar. Tanya kat dia pun, dia dah lupa! Sekarang ni sikit-sikit boleh WA maka laju aje teacher hantar gambar aktiviti anak, kak!

      Dia memang macam tu. Sama macam Mommynya. Eh!

      Delete
  10. alamak..muka cam tak redha je adik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Takut tu sebenarnya nak membaking, Mar ^_^

      Delete
  11. amboi2..siap ada kelas baking. betuah.. ensem, mesti ramai yang minat punya.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil-kecil dah kena membaking. Tak bernasib baik macam Mommynya yang bila dah kahwin baru start membaking katanya!

      Delete
  12. amboi garangnya chef..namanya chef..kerjanya tentulah campur milk n salt saja..yg lain bg arahan pembantu chef la buat.hahaha

    memang sekarang ni bagus siap ada baking class lg..tp masih vebaju biasa tu yg tak best..payah nak atur baju apa nk pakai.dh la seminggu ada 5hari.hehe..

    apa dah ada hint nk jadi romeo.cancel la buat menantu camni.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garang tak boleh tanya-tanya resepi apa tau! Kalau tertinggal resepi, diam-diam aje. Inilah baru boleh derhaka pada resepi sebab chef garang!

      Hahaha! Baru agah macam tu dah tak berani nak masuk meminang! Eh!

      Delete
  13. boleh jadi chef lepas ni adik cute.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya chef di dapur rumah sendirilah, tolong Mommy aje ^_^

      Delete
  14. Tak perlah kak Ton, anak bukannya ramai, tak perlah habis duit kat yuran tadika pun... janji ada kelas membaking, senang sikit mommy hihi....

    Perahsia sungguh ye adik, tau pulak malu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila fikir-fikir balik, patutlah rasanya ajar anak-anak lelaki memasak dan membaking ni semua. Nanti-nanti kita juga yang senang. Kena start dari sekaranglah gamaknya ^_^

      Delete
  15. buat cake untuk birthday auntie sal bulan depan boleh? tapi tak naklah milk ngan salt je..at least taruk la flavour cekelat ke, strawberry ke..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sajalah tu nak hint birthday dia bulan depan! Auntie Sal nak birthday cake style apa? Nanti Adik Cute buatkan, senang jerk campur susu dengan garam dah siap!

      Kalau nak flavor coklat atau strawberi, takut tak sempat masuk dalam kek dah habis kena telan dek Chef!

      Delete
  16. garang chef :)
    menarik nyer program masak memasak.
    siap ada apron & topi chef. sgt best nampak nyer.
    berbaloi la anta situ, mcm2 aktiviti menarik ada disediakan utk anak ekk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef ni memang garang, tak boleh tanya soalan banyak-banyak. Satu soalan pun tak boleh. Chef nak concentrate lebih sikit sebab chef pun tak tahu apa yang dimasaknya! Hahaha!

      Delete
  17. ye la..kalau ada uniform tu nampak la kemas, comel..dah kata nya nak ke sekolah..kan??ni pakai baju biasa nampak cam nak pi rumah pengasuh je la ..hehehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang menyayat hati Mommynya!Penatlah ambil cuti nak dekat seminggu masa naik sekolah hari tu. Ingatkan dapatlah snap gambar anak pakai uniform. Hampa!

      Delete
  18. Sekarang mcm2 kelas ada tp tula kalau dulu xde media sosial nk share. Klu nk hantar gmbr pun kena pakai duit(msej bergambar) tu yg makpak blh tau kot hihihi.

    Bayar mahal tp xdpt apa yg sepatutnya mmg angin la kak. Kenapa masa bayar yuran awal dlu xkata selagi xdpt baju xpayah bayar. Bukan lah berkira tp janji tu x tepati. Tumpang emo huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau dulu masa Bubbly Abang memanglah takda nak kongsi apa pun. Blog pun takda. Media sosial pun suram aje ^_^

      Sebelum ni takda pun masalah tentang uniform ni. Rupa-rupanya ada udang sebalik batu, masalah macam ni terjadi, Kira...

      Delete
  19. haha..kiut je... comey...
    mmg syok bdk2 msuk kelas ccamni..msa fsya 5y pon lya ade htr kelas little chef..hari2 bercerita..eksitednya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah sekali cikgu hantar WA. Sebelum ni takda pulak. Katanya nak buat sekali lagi tapi tak tahu bila.

      Delete
  20. serius betul muka adik cute belajar baking
    ni kalau aisyah, sonok tak hingat
    selalu kalau kat rumah, dia sibuk beno nak nolong..hehe

    milk dengan salt boleh buat kek ye adik cute
    acik yana baru tahu ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut tu rasanya. Kalau tidak pun, tak berapa nak suka dok dikelilingi macam tu. Dia kan hero Malaya ^_^

      Ahah, resipi kek paling simple dan mudah. Tak payah guna tepung. Garam dan gula pun dah boleh jadi kek tau zaman sekarang ni...

      Delete

Post a Comment