Kisah hujung minggu dan sesi beramah mesra dengan teacher ^_^

Salam 27 Jamadil Awal kawan-kawan semua!

Macamana cuti hujung minggu yang baru ni? Puas dok berehat bersama keluarga? 

Definitely tak puaslahkan...

Kami empat beranak melenjan ke hulu ke hilir, hujung minggu baru ni. Takda kerja sangat rasanya, tak tahu nak buat apa di rumah. Dok buka iflix yang percuma sebulan tu, balik-balik tengok filem yang sama aje. 88.9% I dah tengok tau (nampak tak kecekapan I mengira peratusan di sini... hahaha!)

Kita mulakan cerita hujung minggu seawal pagi Sabtu @_@

Hari Sabtu baru ni ada perjumpaan dengan guru di Smart Reader. Tak sabar I nak komplen tentang uniform sekolah yang berkurun dok tunggu sampai la ni masih tak dapat-dapat lagi! Janji manisnya 'next week', 'next week' tapi dah banyak 'next week' I tunggu tau!



Appointment yang I pilih pukul 9.45 pagi tapi mati-mati kutu I dok confident betul yang appointmentnya selepas pukul 10 pagi. So, hari Sabtu memanglah my superheroes lewat bangun (termasuk MommyDaddy). Lepas solat Subuh, bantai cari bantal busuk semula masing-masing. Tak senonoh perangai, lepas tu pandai pulak marah bila anak-anak ikut perangai!

I pun gegak-gempita bertempik suruh semua bangun sebab jam dah hampir pukul 9. Walaupun tadika sekangkang kera aje dari rumah, I tak mahulah terlewat. Malu ah tunjuk perangai tak menepati janji ni! Orang terakhir bersiap dah tentulah Hubbydearie. Bapaknya kalau nak ke mana-mana memang suruh kita bertiga bersiap dulu. Sesi menyiapkan diri HD lebih lama daripada isteri mithalinya tau!

So, kita pun sekeluarga pergi ke tadika tanpa bersarapan pun. Masing-masing sempat telan air liur aje dalam kereta...

Sampai di Smart Reader cuma I, Bubbly Abang dan Adik Cute aje yang naik nak jumpa teacher. HD tunggu dalam kereta sebab katanya 'berebut-rebut bersiap ni tak sukalah I keluar jumpa orang dalam keadaan 'tak terurus' ' Hakikatnya, HDlah paling lewat bersiap dan paling banyak spray minyak wangi sampai nak pengsan rasanya menghidu bau perfume.

Okey, takpa! Small matter. Mommy boleh uruskan sendiri!

Sebaik masuk Smart Reader, walla! Ramainya makpak beratur menanti giliran. I pun dok tanya kat teacher, tak ikut time table yang diberi ke? Kata teacher, memang try nak ikut time table tapi banyak yang nak ditanya itu, ini, dan nak dibincang, itu yang time table pun terlajak. Makanya I pun beritahu teacher, nanti I datang balik sebab perjumpaan tu sampai pukul 2 petang! 

Dah terbayang-bayang enaknya kalau dapat bersarapan ...

Kami pun gerak ke Aeon Maluri sebab nak uruskan sesuatu. Sampai di sana, Aeon pun baru buka. Maka kita terjah food court ajelah. Beli roti kat kedai roti dan bantailah minum iced latte, iced milo, mandarin orange juice dan segala-gala yang beraislah senang cerita! Maklumlah, omputih memang breakfast 'orange juice & bun'! Hahaha...

Bila perut dah kenyang ingat nak gerak keluarlah. Tetiba nampak my ex-colleague pulak. Sempatlah berborak kejap. Dia speaking Mandarin dengan my Bubbly Abang potpetpotpet sepatah haram pun I tak fahamlah!

Lepas tu kami pun blah. Tetiba Bubbly Abang tanya to me,

Mommy tu kawan Mommy ke?

My ex-colleague!

Tadi dia kata, 'jangan ikut macam emak awak'. Dia macam ada cakap perkataan bodoh aje!

I pun selamba balas balik,

Ignore ajelah, Abang. Kami bergurau memang kasar. Anggap ajelah dia bergurau. Maybe dia maksudkan jangan ikut Mommy yang tak mahu belajar bahasa lain! But then, jangan guna perkataan 'bodoh' tu dalam percakapan dengan orang lain, okey!

Ish, my friend ni! Memang nak kena ketuk tau! Mentang-mentanglah I tak faham, sedap aje dia mengumpat I di depan my anak ~_^  

Asalnya memang kami nak membuang masa aje kat Aeon ni tapi tetiba termembeli-belah pulak. I nampak notis kata kalau spend RM100 di general merchandise, dapatlah voucher RM10 sempena Aeon Member's Day. Beria-ialah I dok pulun beli dan bila membayar I pun tanyalah kat cashier,

Dik, hari ni spend RM100, dapat voucher RM10 yerk?

Bukan hari ni, kak. Esok!

Duh!  

Sia-sia usaha dan kerja kerasku ini @_@

Kita berpatah balik ke Smart Reader. Hopefully, ramailah makpak yang dah balik!

Sampai aje di sana, duh ramai lagi yang menunggu giliran nak jumpa teacher. Kenalah menunggu lagi. One of the teachers ni memang kenal sangat my Bubbly Abang, si ex-student dari 5 tahun yang lalu, termasuklah Teacher Anita yang jadi teacher Adik Cute sekarang ni. Instead of calling me 'Mommy Luqmann', this teacher kept calling me 'Mommy Luth' ^_^

Hampir sejam jugalah I baru dapat berjumpa Teacher Anita. But memula, kita jumpalah principal dulu. So principal pun habaq mai lah kata nak tukar syllabus. Syllabus yang ada ni dah ketinggalan zaman sangat. So mereka nak guna syllabus internationallah - English dari UK, Maths dari Singapore, BM dan Mandarin aje dari Malaysia! 

Katanya duit buku aje dah RM600, kalau tambah RM45 ringgit lagi, dapat belajar syllabus international gitu... 

I angguk ajelah. Ada satu mommy masa tu dengan I yang mendengar penerangan dari principal ni teruslah pokpakpokpak setuju 200%. Katanya dia baru balik dari mesyuarat PIBG sekolah anaknya. Education is very tough now! Katanyalahkan...  

Jadi mommy yang itu kata, eloklah kalau tukar syllabus obersi macam ni. Bagus untuk anak-anak fully prepared bila masuk sekolah nanti. Yalah, yalah, mesti mommy yang itu dah buat keputusan anak-anaknya mesti dapat 10A+ masa SPM nanti! Well, maybe your kids are too geniuslah. Alright! Never mind...

But for Mommy yang ini, ada juga rasa syak wasangka. Bila principal tunjuk bukukerja, mak hai... bukukerja BM Tahun 1 SJK(C) nak diajarkan pada budak 5 tahun. Bukukerja Maths dari Singapore pun oh my...  Tak usah cakaplah bukukerja English yang from UK tu ya!

Well, my anak-anak bujang ni sebelum masuk tadika, memang I tak paksa pun belajar. Nak learn ABC, 123, ikut suka hatilah. Nak melukis, I beli buku conteng. Nak ABC, nah alphabet Mommy belikan. Nak belajar, belajarlah Mommy tunjuk. Tak nak pun takpa, anak-anak. It's alright. I memang tak ajar anak-anak sebelum masuk tadika. I am not dalam category 'tiger' mother! Simple stuff ajelah mereka belajar. I am not rajin macam PK tu. Habis semua dia olah sendiri nak mengajar anak-anaknya.  Lagi pun I tak mahu anak-anak terbeban dengan pelajaran sejak mula pandai bercakap. I pity them. Nanti-nanti kalau dah mula sekolah, tak belajar barulah Mommy babat sikit-sikit. Itu pun Mommy tak rotan kira dah cukup baik!

So, I tanyalah pada principal bolehkah budak-budak ni cope with the new syllabus? Because as far as I know, syllabus Smart Reader tu pun dah boleh tahan, especially Mandarin. I had an experience before with Bubbly Abang. So, I told her my experience.

Bubbly Abang dulu masa medium English bukan main bagus. Masuk aje medium Mandarin ketika umur 6 tahun, terus automatically jadi pasif dalam kelas Mandarin. Sampai Laoshinya pun worried sick tengok my son. Kata Laoshi selepas perbincangan empat mata, 

Are you really SURE you want him to go to Chinese school? I'm afraid he can't cope with his Mandarin. You know how it is in Chinese school....

Let me go home and discuss with my son first and I will listen to whatever he wants!

Masa tu I rasa memang bersalah sangat-sangat kerana buat keputusan sejak awal nak hantar Bubbly Abang ke sekolah Cina. Yalah, my intention cuma satu. Nak dia fluent in few main languages! Manalah I tau it'll turn to be like that!

I pun cuak okey bila Mandarin spelling sentiasa kalau tak 0, 1 aje betul! Bila tanya, dia kata nak pergi sekolah Cina. So, I hantar dia pergi tuition Mandarin at the age of 6 sebab takda pilihan! Cuak sangat bila Laoshi kata begitu. Kasihan my anak, belum sekolah dah kena pergi tuition! 

Surprisingly, final result for Mandarin di Smart Reader bagus sampai Laoshi pun terkejut. And lebih membanggakan, survived pun my anak bila masuk Tahun 1 di sekolah Cina! Takdalah pulak memanjang dapat 0 dalam spelling! Takdalah pulak teruk sangat markah dalam exam sampai gurubesar suruh pindahkan ke sekolah kebangsaan! Bangga jugalah bila anak dipilih oleh guru masuk public speaking di sekolah. Satu-satunya Melayu, satu-satunya lelaki dari a group of six students in the whole school yang masuk dalam public speaking di sekolahnya ni!

Sebab itulah I berani ulang perkara yang sama to my youngest son, Adik Cute. Kalau ikutkan Adik Cute ni nampak lebih berani dan lebih over in everything berbanding dengan abangnya. Abang dulu masuk tadika menangis juga. Duduk aje senyap kat dalam kelas tak mahu bercampur dengan kawan-kawan. Angguk aje sebab takut. Rupanya adik yang katanya berani ni lagi teruk kuasa melalaknya. Tapi memang dia lebih 'bersosial' ler ...

Back to our discussion earlier, kata principal, bergantung pada skill guru yang mengajar dan dia sangat trust pada guru-gurunya yang memang terbukti bagus  (I agree that Teacher Anita tu memang bagus!) Budak-budak sekarang pun katanya lebih bijak. Kalau pun tak boleh cope, mereka akan beri kelas tuition percuma hari Sabtu dan Ahad. Akan inform parents tentang perkembangan anak masing-masing.

So, lepas berbincang I pun verbally agreelah. Oleh kerana 90% parents bersetuju, syllabus baru akan diperkenalkan in April with no extra cost! Oleh yang demikian, uniform baru pun akan dibuat dan paling lewat dapat in April juga! Aduh! Kasihan anak bujang tercomel I ni... Kita tunggu lagilah dengan penuh sabar ya...

Lepas tu barulah berjumpa Teacher Anita. Wah, terkejut I dibuatnya! Bukan main manja my anak dengan teacher. Cakap main bisik-bisik kat telinga! Teacher takda apa-apa comment tentang my anak ni. Cuma katanya kali pertama buat latihan di sekolah, nampak sangat tangannya menggigil, terketar-ketar takut tak tahu nak buat apa!

Teacher kata my anak ni SENSITIF dan MANJA! 

Yang penting, dia stabil dalam pelajarannya dan selaras dengan perkembangan rakan sebaya. Tak ketinggalan dan tak terkedepan juga. Okeylah macam tu! Budak baru nak kenal ilmu  katanya.

I pun bukan nak paksa anak jadi cemerlang, gemilang terbilang sangat. Kalau cemerlang pun, alhamdulillahlah ibubapa mana yang tak sukakan ^_^ Tipu aje kalau kata tak gembira tau! Macam I baca komen seorang ibu yang anaknya baru ambil keputusan SPM. Anaknya minta maaf sebab tak dapat straight A's. Ingatkan anaknya tak baguslah, rupa-rupanya 6A's dalam tangan, okey! Ish, sampai nak kena minta maaf tu! Nasib baiklah emaknya pun bukan kategori 'tiger' mommies ^_^

Kalau pun anak I berjaya jadi Governor Bank Negara suatu hari nanti, belum tentu dia gembirakan ^_^ Yang penting ada duit secukupnya, hidup berpada-pada, iman kuat dan gembira luar dalam dengan kehidupannya nanti.  Mommynya bukan mengharapkan apa-apa pun! Kalau dapat pun kira bonuslah juga! Hahaha!

Kita sambung cerita esok ajelah sebab hari Sabtu kami tak habis di sini sahaja. Panjang lagi kisahnya ^_^











  

 
   

    

 

   

 


Comments

  1. pitam tengok silibus international tu MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tengok pening apatahlagi anak-anak. Hahaha!

      Delete
  2. jgn lupa repeat shopping kat aeon tau nak dptkan voucher tu hahahahahhaah....

    i ni pun bukan kategori 'tiger' mommy tapi jgn soh i ajar...
    terus transformer jd 'tiger' coz i tak menyabar hahahahahaha...

    but kan sis...i can "feel" that your kids in sya Allah cerdik2 belaka, (kot2 jd gabenor bank negara sedekah ler 1M kat i ye hehehehe) tapi ikhlas ler "feeling" tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat repeatlah, sis. Suami kita tu mana suka orang ramai. I pulak bila hujung minggu ni tetiba aje tak reti drive nak ke mana-mana tau!

      I pun tak kurang juga 'bengis'nya kalau mengajar anak-anak tapi kita marah sebab tak belajar bukan kerana nak suruh mereka cemerlang, terbilang, gemilang gitu. Hehehe!

      Uish! Bukan setakat 1M, 2.4billion I bagi free aje kat you, okey! Enjoylah nak beli cincin berbatu permata ke, jet peribadi ke, rumah tepi tasik ke, sukahatilah!

      Delete
  3. Waduh...berkali-kali kakcik tarik nafas hendak menghadan dan mengkhatam kisah di Smart Reader tu... :)

    InsyaAllah kalau Abang boleh, Adik juga akan boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juling tak Kakcik tengok entri garapan jari jemari saya ni? Hahaha!

      Harapnya macam tulah, Kakcik. Kalau tak macam tu, macam ni pun bolehlah. Hahaha!

      Delete
  4. Tengah mencari2 sekolah untuk Adli. Pening juga. Abahnya nak mcm ni. Umienya pulak nak macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu payah sikitlah Lea. Makpak kena sepakat dulu, barulah membawa berkat pada anak-anak. Sekarang ni ramai yang suka hantar ke tadika yang lebih Islamic. Banyak dah ada merata sekarang ni. Harga ajelah kena pilih mana suka. Saya ni sebab menitikkan beratkan English dan juga ada intention nak hantar ke sekolah Cina. Itu yang pilih Smart Reader.

      Delete
  5. wah age 5 dah guna syllabus international erk..
    harap2 budak2 tak terbeban.. maklum lah subjek kat sekolah makin tough

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang akak macam rasa nak pitam sekejap. Anak kita dahlah baru belajar membaca dan menulis tetiba dah disuruh buat sebaris ayat. Disuruh mencampur dan mengira. Aduhai... Kasihan sungguh kecil-kecil tak terbeban. Memanglah baik untuk menyediakan diri bila masuk sekolah tapi rasanya nanti bila semua dah tau,masuk sekolah tu seakan boring pulak!

      Delete
  6. Delay ek .. Memasing excited nak tanya perkembangan anak agaknya. Kak Ton mcm tak biasa, kan pantang tak beli hihi....

    Eloklah tu, dunia pun semakin maju, takkanlah silibus nak sama mcm tahap kita tadika dulu dulu jek kenalah jugak ikut keperluan semasa barulah negara kita boleh jadi negara maju katanya .

    Kikiki.... adik tu sama je perangai ngan mommynya tu.....konon jer berani tapi sebenarnya takut....bersosial bukan main pandai samalah....sama ngan mommynya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kita ni beria-ia bertempik suruh semua cepat bersiap sebab nak pergi jumpa cikgu pukul 9.45 pagi. Padahal, bila sampai ramai lagi parents yang beratur nak tunggu jumpa cikgu! Lebih baiklah pi sarapan kenyang-kenyang dulu tau!

      Syllabus kita kat tadika, lama dah tak guna, Mak. Budak-budak sekarang kalau ajar syllabus tu, mahu mereka merengek kat makpak minta diberhentikan tadika. Hahaha!


      Yalah, yalah! Semua yang tak baik ikut perangai Mommy! Nak merajuklah macam ni! Tak nak bagi 4.2 billion kalau anak kita jadi governor bank negara nanti!

      Delete
  7. Budak ni ruang minda masih banyak kosong bila adapt dgn syllabus SR yg rencam begitu kalaupun tak dapat 100% dpt 50% pun dah terbaik MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok syllabus memang ngeri sikitlah, kak. Saya ni hantar anak ke tadika memang nak prepare mereka dengan suasana persekolahan tapi takdalah melebih-lebih nak paksa-paksa anak belajar setekun-tekunnya. Nak kata anak-anak saya pandai, takdalah juga kot. Hahaha!

      Delete
  8. Kita nak yang terbaik buat anak dan anak pulak kenalah berusaha untuk terus maju ke depan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makpak mana yang tak mahu anak-anak dapat yang terbaik tapi yalah, apa pun keputusan akhirnya, kenalah terima dengan redha. Itu aje takat kemampuan anak-anak kita ...

      Delete
  9. dah mampu hantar tadika mahal2 n ada international silibus apa nk kisah anak terkial2 nk menulis pun..nti Insyaallah sekolah yg bagus..guru yg bagus mampu nelahirkan pelajar yg bagus.. org yg tak mampu macam kami ni kena usaha lebih sikit..ajar anak kt rumah supaya nti tak ketinggalan disekolah..itu aje..bukan paksa2 anak yg kecil belajar dengan tekun..tp klu dh nesar aiman tu jenis nk ketuk br jalan..kena paksalah jugak.hahaha..

    semoga adik cute dpt cemerlang seperti bubbly abang..lgpun mommy n daddynya org pandai2..mana tak turunnya kuah klu tak ke nasi.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bergantung pada budak juga tu, PK. Kalau dah pandai, campak kat mana pun memang pandai. Kalau tak berapa pandai, kenalah berusaha lebih. Macam saya, memang malaslah nak jadi rajin macam awak tu, PK. Siap DIY pelbagai demi pembelajaran anak-anak. Saya buat remeh-temeh aje. Nak buat latihan, saya belilah. Tak nak sudah. Hahaha!

      Anak-anak saya pun mana ada pandai mana. Saya ni lebihkan pada bahasa sebenarnya. Sebab itu saya fikir kalaulah ditakdirkan anak-anak saya so-so aje pelajarannya, janji lepas degree. Yang penting boleh bercakap banyak bahasa. Ada juga peluang berjayakan!

      Makpak pandai, anak-anak pun pandai ke? Takda maknanya PK. Kena usaha kalau nak pandai. Lainlah dah memang kepala otak tu tahap genius. Makpak tak pandai pun, dia memang genius! Hahaha!

      Delete
  10. Kagum iols bubbly abang tahu bahasa cina. Iols dlu masa dkt U nak ambik class mandarin, takde kekuatan la kak. huhuhu Smga anak anak MD membesar dgn sihat, berjaya dunia akhirat. Amin.. age 5 pakai international punya silibus, ada baik nya jugak.. bila diorang da terbiasa susah.. insyaallah survival skill diorang lbh tinggi =) MD cpt baca blog iols. Gegeh ni senarai kan 5 things i hate the most.! kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun ambil Mandarin masa di uni dulu. Setakat belajar satu semester, apalah sangat pandainya. Ngulang-ngulang ayat yang sama aje!

      Amin! Amin! Amin! Semoga doa dari rakan macam Aina ni jadilah kenyataan hendakNya!

      Akak ni jenis mak sempoi aje. Orang sibuk mengajar anak bagai nak rak, akak buat derk aje. Memanglah sekarang tak macam kita dulu-dulu. Kalau dulu masuk tadika, baru kenal ABC, 123. Sekarang ni masuk tadika, budak-budak nak pandai menulis dan membaca!

      Bayangkanlah mereka nak ajar bina ayat pada budak 5 tahun. Siap ada comprehension bagai! Tolak campur pun dah diajarnya. Kalaulah sekarang akak masuk tadika, failed kot! Hahaha!

      Delete
  11. Kesian juga tengok anak2 belajar skrg ni MD..
    Kalau tak ikut nanti ketinggalan pula..
    Iye tak iye kena ikut juga kan..

    Penyudahnya bulan April baru dapat baju ye adik cute..
    Kesiannya..
    Suruh lah mummy tu beli baju baru banyak2 utk ulang pakai hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan tapi nak buat mana, dah keadaan semasa begitu kekdahnya. Kalau tak ikut arus, anak kita dikatanya ketinggalan zaman. Saya ni takdalah suka nak membebankan anak-anak sangat. Bukan kata kalau tak belajar saya tak marah. Kalau keputusan merundum pun kena juga tapi takdalah sampai nak anak-anak betul-betul genius dalam serba-serbi. Apa yang mereka sukalah nanti. Kita tolong beri panduan aje!

      Nampak gaya memang Aprillah baru dapat menyarung uniform. Beg sekolah, kasut dan stokin pun takda lagi ni!

      Delete
  12. Assalam. Jarang I membaca text yang panjang panjang... alhamdulillah khatam.. hehe.. kesian budak sekarang.. patutnya fun learning untuk si kecil tapi dah dibeban dengan silibus berat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Hahaha! Entri saya memang terkenal dengan panjang berjela. Kena tabah telan air liur masa membaca. Tahniahlah, habis juga ^_^

      Itulahkan... saya memang tak suka nak memaksa anak-anak belajar bagai nak rak sebelum masuk sekolah ni. Ingatkan nak berkenal-kenalan dengan alam tadika dulu je. Makan, nyanyi, main cukuplah. Tak sangka pulak dah ketinggalan zaman cara gitu...

      Delete
  13. U mmg cool bila kawan you kutuk2 manja u mcm tu depan anak. Kalau i, i kejar balik dia, i tarik rambut dia sampai kepala dia terdongak kebelakang, pastu i bawak dia pergi kat tempat simpan troli (sambil pegang rambut dia tu) dan i pintal rambut dia pada palang simpan troli tu. Pastu i ambik troli yg penuh dengan barang2, i tolak laju2 ke arah dia. Biar dia insaf. MUahahahhahah.

    Ok, saiko. Gurau je. Ooo, nama adik cute Luqman ye. I ni takde idea lagi nak bagi nama anak. Pekata i tiru u je la. Heheh. Since anak pertama dah nama sama kan?

    MD, i rasa i pun jenis yg tak kisah anak nak belajar ke tak waktu umur bawah daripada 6 tahun. Biar je dia nak main ke ak terlompat ke. Tapi bila i ajar mengaji dia takmo ikut i selalu je jadi hilang sabar. Dah tu kalau tanak mengaji drpd sekarang, cemana nak jadi hebat mcm imam As Syafie ni.

    *Manjenya adik cute main bisik2 dengan teacher anita. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun selalu gurau kasar dengan dia. Masa I jumpa tu I katalah, I nampak yang seorang lagi tapi pelik siapalah orang tua yang jalan dengan kawan yang seorang lagi tu! Itulah agaknya dia nak balas dendam gurau kasar dengan anak I pulak! Hahaha!

      You memang tau, suka nak mengapi-apikan orang ^_^ Nasib baik I ni penyabar dan sopan orangnya. Hahaha!

      Oh, silap tu! Double 'N' okey! Kalau you nak tiru pun ambillah. Nama tu universal. I memang anak-anak dua nama nabi I letak. Kalau perangai tak elok juga, entahlah nak kata apa lagi dah! Eh, jap! Bakal dapat baby boy lagi ke ni, Lyd? Jeng! Jeng! Jeng!

      Anak bujang kecil I kalau I ajar ngaji, dia ajar I balik macamlah dia tau! Lagi sakit jiwa tau!

      Delete
  14. susah jugak ek,kalau paksa anak sangat, nanti dia tak enjoy life,kecik-kecik dah stress.tapi persaingan makin hebat.silibus international,gulp..telan air liur je hakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiankan. Kecik-kecik dah terbeban dengan pelajaran. Ish, sedih hati akak ni memikirkannya. Hahaha!

      Delete
  15. Uniform syafiq br mgu lps dpt yg ketiga. Sehelai demi sehelai.ada tiga semuanya. Mujur bj sek thn lps ada. Klu x kena pki baju jln la jwbnya..

    Amboii ... Klu guna buku budak sek rendah, ank2 yg masih br nk mengeja camne nk buat kerja? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least dah dapat semuanya, LM. Anak saya ni dari awal masuk tadika tak beruniform sampailah sekarang. Beg yang dibawanya pun dah tak muat nak letak semua buku tadika. Stress betullah!

      Itu saya pun tak tahu. Maknanya lepas ni kalau nak masuk tadika, anak memang dah fasih membaca dan menulis. Tak mainlah setakat tahu ABC, 123 aje!

      Susahkan macam tu! Langsung tak enjoy budak-budak ni. Kawan Jepun saya kata kat Jepun tadika hanya untuk main, nyanyi, makan dan menconteng!

      Delete
  16. tekun aida baca ni.
    tinggi sungguh silibus nyer ekk.
    kalau anak boleh survive, alhamdulillah. proceed la kan.
    anak2 aida blaja tadika kampung aje.
    janji boleh tulis boleh kira boleh baca ok la anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak baru 5 tahun nak belajar bina ayat, tolak campur bagai. Gugur rambut anak macam ni. Banyak guna akal berfikir ^_^

      Saya pun hantar anak pergi tadika nak suruh bersosial, belajar membaca, menulis, speaking London dan sebagai persediaan nak ke sekolah. Tapi nampak gaya makpak yang lain suruh cikgu tadika ajar persiapan untuk UPSR rupanya ^_^

      Delete
  17. Tak tahulah macamana. Mungkin budak baru diexpresskannya belajar kenal ABC,123 dan membaca. Maklumlah sukatan pelajaran kat Malaysia ni tough sangat katanya ^_^

    ReplyDelete
  18. aduh aduh tetiba achik kira pulak stress bila cite bab belajar hahahahaha. kak. lepas baca dulu akak pernah sebut pasal tak paksa dorang belajar sebelum masuk sekolah kan. barulah kira pun. aah kan. buat ape nak paksa. sedangkan sekarang masa dorang main main dan belajar benda sekeliling.

    nanti time dorang belajar mana nak ada masa sgt belajar pasal benda sekeliling ni. dan ktorang pun biarkan je dia dengan perkembangan yang berkembang sendiri. kesian jugak nak paksa paksa ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang takdalah memaksa anak-anak ni belajar dari kecil, Kira. Prinsipnya mudah, tak mahu mereka terbeban. Kalau diikutkan zaman sekarang ni memanglah ibubapa berlumba-lumba nak suruh anak pandai yalah, takut nanti terkejar kawan-kawan yang cerdik belaka.

      Kita redha ajelah. Kalau pandai belajar pun, belum tentu berjaya dalam hidupkan ~_^

      Delete
  19. samalah..klo nk kemana-mana..msti lya n fasya bersiap dlu..last bru papa fasya bersiap.. hehe.. klo dh pompuan gak eyh.. klo dia bsiap awl..lg lama depa mnunggu...

    huhu..mmg pelajaran skrang sgt2 advance... kdg2 kesian kt budak..tp tulah..knalah ikut predaran msa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi kebiasaan pun Lya. Kalau nak keluar, mesti anak-anak siapkan dulu. Lepas tu Mommynya bersiap. Lepas tu barulah Daddy terhegeh-hegeh bersiap. Kalau Daddy bersiap dulu, memang 5 minit pun tak mahu tunggu kita berdandan tau!

      Memang betul. Tengok budak-budak sekarang ni belajar memang kasihan sangat. Tak macam zaman akak dulu-dulu. Enjoy aje kerjanya.

      Delete
  20. mak ai, demam saya dok baca pasal expectation smart reader
    dengan new syllabus lagi, hopefully adik cute boleh cope
    cam saya, saya pun tak tekankan bab belajar pada anak-anak
    pada saya usia gini hanya nak bagi seronok pada mereka
    pelajaran kalau excellent tu memang extra bonus
    bak kata MD lah kan, sape tak bangga anak berjaya
    kita doakan yang terbaik buat mereka, insya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada udang di sebalik mi goreng ni, YY. Bukan setakat tukar syllabus, mereka pulled out dari Smart Reader :(

      Kasihanlah anak bujang kita. Nak dipindahkan, takda centre yang dekat dengan rumah lagi! Nanti melalak pulak nak kena bersosial semula. Maklumlah heroku anti-sosial ^_^

      Delete

Post a Comment