JJCM : Restoran Bawang Kecik @ AU2

Salam 11 Rejab kawan-kawan!

Jap eh! Nak check balik atas, bawah, kiri, kanan blog ni...

Betul ke ni my blog? 

~_^

Almaklumlah, rasa macam lain pulak bila blog ni kejap ada entri, kejap takda. Kejap tuannya muncul, kejap menghilang. Very tak macam MD ^_^

Semalam sebenarnya I ada! Dah buka blog pun nak balas komen dan berkira-kira nak taip entri. Tetiba terbaca kisah histeria kat sekolah di Kelantan tu. Tetiba nafsu supernatural I datang menjelma...

Habis I google segala kisah histeria yang pernah berlaku dalam dunia ni dan akhirnya I terkujat-kujat membaca entah apa-apa cerita seram yang boleh didapati di pawagam secara online!    

Paranormal sungguh kisah semalam...

Nak I cerita balik dalam blog ni?

Lebih baik janganlah! You all bukannya berani sangat! Hehehe... 

Back to our topic today...

Aktiviti makan-makan ni selagi mulut boleh mengunyah dan masih terasa sedap nikmat makan yang Allah beri, memang akan diteruskanlah. Tak kira di mana. Beberapa minggu sebenarnya kita asyik nak pergi makan di satu restoran ni tapi keadaan tak mengizinkan pulak. Dengan panasnya, dengan anak-anak tak sihat, dengan I sekali harung jatuh sakit, maka takdalah peluang nak berJJCM.

Tetiba Ahad lepas tengah asyik tengok JJCM TV3, dah keluar TV pulak tempat kita nak pergi ni! Makanya, tidaklah dalam waktu terdekat akan terjah ke restoran itu. Mesti orang ramai nak mencuba dek penangan JJCM TV3.  Kita beri laluan dulu. Harapnya, masa kita nak pergi nanti, restoran ni masih lagi beroperasi ^_^

Kita pergi restoran yang dekat-dekat ajelah ya ...

Restoran yang hendak 'dicover' kali ini pun bukan restoran baru terjah tapi dah banyak kali terjah. Tak terbilang dengan jari berapa kali kami dah ke sini. First time datang sini, Adik Cute pun belum ada. Blog ni pun tak wujud lagi. Datang untuk berbuka puasa kalau tak silap. Long time agolah ya...

Nama restoran ni seperti yang tertera di atas ~ Bawang Kecik.

Letaknya di Aeon AU2 ^_^  

Dulu-dululah, rajin juga I datang makan di sini tapi dah lama sangat rasanya tak ke Aeon AU2 ni. Bila baru-baru ni datang nak makan di Bawang Kecik, tengok dah lain Aeon ni... 

Marilah tengok apa menu yang kita order @_@

Favorite HD - ikan tenggiri bakar. Kata HD pastenya sedap. 'Nak suruh I buat kat rumah ke you?' Next year anniversarylah I buatkan ya, laling ^_^ Hahaha!
 
Tomyam yang penuh dengan segala isi mak neknya. Puaslah meratah. Tapi masa ni ah kak baru terkena BP naik tinggi. Akak is takut nak menghabiskan siput, errr ...seafood! HD kata tak berapa umpphhh walaupun masamnya menyengat!

Ni bukan kailan ikan masin kalau tak silap tapi kailan bawang putih nama diberi. Kalau I tak silaplah! Kalau silap, harap dimaafkan ~_^

Lupalah apa nama menu ni. Ayam sweet sour ke apa ek... Rasanya so-so aje. I tak berapa berkenanlah kalau rasa sos masam-masam ni kuat sangat!

Nak menghabiskan telur yang ini pun siksa. Tetiba telur goreng tak terasa nikmatnya di mata ^_^

Minuman siapa ni??? Siapa lagilah kalau bukan tuan punya blog ^_^ Oh, hari tu balik BP dapat sirap bandung special berpower-power kuasanya, terus terduduk kat kerusi tak mahu keluar restoran tau! Oppps! Cerita apa pulak ni....

Nak tahu harganya...

Alamak! Dah lupalah berapa kena caj makan kat sini. Kalau tak silap, lebih sikit daripada RM100 kot!

Rasanya macamana? 

Hmmm... ni ah kak kalau buat review percuma memanglah setulus hati, tak main corner baring nak ambil hati ke apa ya. Nama pun personal reviewkan, ikut suka hati ah kaklah nak review setulus jiwa raga yerk ^_^

Kali pertama makan di sini, memanglah sedap lazat tak terhingga rasanya, terutama ikan tenggiri bakarnya. Pernah juga merasa kuey teow, wow, wow, wow lepas keluar! Tapi ni cerita lamalah ya, lama dulu! Bila dah kerap sangat, keterujaan deria rasa sudah berkurangan walaupun rasa makanannya sama saja  dari dulu sampai sekarang!

Walaupun dah lama tak datang ke sini (makan tahun ya...) bagi I lah ya, kalau tengah lapar sangat tu, sumbat apa makanan pun sedap. Kalau tak berapa lapar, masih boleh lagilah sumbat juga mulut tu dengan menu yang terhidang atas meja. Tapi kalau tak lapar, memang tidaklah masuk sini ^_^   

Itu ajelah kisahnya ya!

P.S. Belek-belek draft gambar, bukan main banyak gambar makanan. Cerita tak masuk blog lagi ni. Entah bila agaknya nak menaip entri satu-satu. I is ditimpa mood supernatural ni sebenarnya *_* 
 

     

Comments

  1. Itulah sebabnya kita selalu diingatkan kalau nak makan jangan masa lapar sangat dan jangan makan terus bila sudah agak kenyang. Supaya ada nikmat sedapnya terasa sampai bila-bila..

    Tapi kita ni biasa bila lapar baru nak makan dan dah kenyang baru berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, kak. Masa lapar, semua pun nampak sedap dan nak rasa semua padahal nafsu semata. Perut besar manalah kalau semua jenis makanan pun nak sumbat!

      Kalau tengah makan sedap tu memang susah sikit nak berhenti. Selagi boleh sumbat, nak sumbat juga. Lepas tu kebatang ^_^

      Delete
  2. Ingatkan tumbang lagi MD..
    Alhadulillah masih lagi boleh JJCM tu..
    Kekadang apa yg kita mkn long ago.. rasa sedap sgt.. wala wala..
    Bila umur dah kilauan emas mula lah tekak skrg kata kurang lah.. so so lah..
    Tu lah MD..
    CH pun mcm tu gak..
    Daya jer lah telan..
    Sebenarnya mendidik diri utk perbanyakkan puasa sunat tu ksn MD..

    CH ni pun rasa nak tumbang..
    Mata pun dah mcm mata panda ni..
    Nabil demam onn off dah dekat seminggu..
    Ohhhh bertabahlah CH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, takda tumbang dah setakat ni, CH!

      Memang betul dan saya setuju. Ada banyak makanan yang kita rasa sedap sangat dulu tapi sekarang ni tengok pun tak lalu makan! Mungkinlahkan CH faktor usia walaupun tak nak mengaku ^_^

      Eh, CH! Jangan tumbang! Kasihan anak-anak nanti kalau mamanya tumbang. Kuatkan semangat ya!

      Delete
  3. jaga2lah pasal makan ya MD, tapi memang sedap nampaknya semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kena berjaga-jagalah. Biasalah tu RA, bila dah terhantuk, baru nak terngadah katanya.

      Delete
  4. Nak pi JJCM boleh je MD tapi kena la beringat ye..kalau rajin blend timun ngan apple hijau tak pe kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sentiasa beringat dah ni, Acik. Dah pandai takut. Buat merasa ajelah sesekali. Kalau rasa-rasa berpinar aje, cepat-cepat check darah. Sekarang apple hijau bukan HD dan anak-anak aje makan, saya pun rajin. Lagi rajin sebab ada yang tolong potongkan. Saya suap masuk mulut jerk!

      Delete
  5. hihihi kalau aina lapar sgt mmg nafsu nak makan tu haii tinggi petala ketujuh.. tp lps da makan ciput je pegi nya sbb da masuk hangin.. mula la pastu bepeluh satu badan...

    Btw MD ikan tenggiri bakaq tu sexyyy sgt. hahaha.. Aina mmg peberet ikan bakar bakar ni.. paling peberet pari bakar.. tu kalau makan mmg tak la nak share =P hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik jenis nafsu makan sampai petala ketujuh tapi nafsu mengembang dok kat takut petala pertama aje ^_^

      Ikan tenggiri bakar tu first time merasa memang terasa vogue dan sexy, Aina. Sampai terbayang-bayang bila keluar restoran. Tapi bila dah selalu makan, kuranglah sikit keseksiannya tu *_*

      Akak bab ikan bakar ni paling suka terubuk. Kalau pergi Bellamy, memang terubuk aje yang kubedal tau! Pun tak nak share juga. Kalau nampak kat Bellamy tu tak payahlah susah-susah tegur akak tau, akak takut nanti makan ikan terubuk bakar kena share pulak!

      Delete
  6. Nama kedai dah mcm gempak pasti sedap jer tp bila tuan blog review menyesal baca haha....
    AEON AU2 ni dulu tempat AF kan kak Ton....rasanya mak dtg masa tgh hot AF dululah hihi.....Tak mau kalah weyh! Manalah tau termasuk TV....

    Tp yelah .....makan apa pun bila time perut lapar mmg nikmatnya hanya kita dan Allah jerlah yg tau ek....pergh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... jiran awak ni kalau bercerita memang seikhlas hati dan jiwa raga. Tapi kita kena berpegang teguh pada fakta yang tekak masing-masing berbeza. Sedap buat kita belum tentu sedap pada orang lain, kan, kan, kan!

      Kalau lapar, yang tak sedap pun kita sumbat aje sebab dah lapar! Cuba kalau tak berapa lapar, jangan haraplah nak main sumbat-sumbat masuk mulut aje!

      Delete
  7. Tengah lapar ni, tengok telur goreng pun nampak sedap. Hahahha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan betul akak kata. Kalau tengah lapar, apa pun sedap. Kalau dah kenyang jangan haraplah nak makan telur goreng aje kan!

      Delete
  8. tak pernah makan kat sini..next time nak intai-intailah, kot terserempak..keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, kalau nak intai, tahun depanlah, Sal! Tahun ni rasanya akak tak pergi lagi Bawang Kecik. Banyak lagi nak cover tempat makan ni. Hahaha!

      Delete
  9. walaupun blog tak update..jjcm tetap jalan.oklah tu.hehe..

    bab mereview ni kena ikhlas..kita bukan jjcm kt tv tu makan tak sedap pun dibantai kata sedap..makan dengan berselera la sgt kan..bila dh pegi hampeh sekali rasanya..u know what i mean.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tak berupdate blog tu rajin juga JJCM tapi yalah since malas nak update blog, gambar pun malas nak snap masa makan. Ada aktiviti sambut harijadi my kakak lagi tapi satu gambar pun saya tak ambil tau!


      Kita review setakat suka-suka aje makanya memang tak payahlah susah hati nak cakap beralas elok-elok aje. Buatnya ada yang ikut kata kita pi makan kat kedai yang sama, dah menyesal bila tak sesedap bagai direview gitu!

      Rasa bersalah pulak, kan!

      Oh, bab kuciwa tu I knowlah very well. Banyak kali dah!

      Delete
  10. klu dah selalu dtg, boleh jadi kita dah muak kan. rasa maybe tak sama dgn dulu2.. klu tak sedap mmg kecewa lah skit..
    baik makan kat rumah, telur mata, kicap & nasi panas pun dah kira sedapppppppp ya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau dah jadi kebiasaan, kita tak tahu nak makan apa. Rasa pun serupa (kalau chef tak bertukar oranglahkan...)

      Sebenarnya menu yang simple tu yang sedap sebab bukan selalu dapat ^_^

      Delete

Post a Comment