Apa nak jadi ...

Salam 27 Rejab kawan-kawan!

Aha, ah kak sibuk makan bekerja dua hari yang lepas! (tak tanya pun, kak...) Takdanya ambil cuti extra sempena Hari Pekerja. Kalau dulu walau sibuk macamana pun, dalam hati ni berdesup-desup semangat nak update entri tapi sekarang ni asal sibuk sikit aje, terus malas! Dahsyat juga penangan penyakit malas ni yerk ^_^

Alahai, bukan ada pun yang rindu-rinduan separuh nyawa melayang nak datang sini membacakan! Apa ada pada cinta kisahnya nak update entri ke tidak!

Oh, ya! Bila tak menaip entri sehari dua tu, mulalah jari-jemari ni menggatal sesaja nak taip entri panjang berjela-jela. So, kita tengoklah macamana panjang entri hari ni. Kalau nasib baik, adalah gambar. Kalau nasib tak baik (macam selalu), memang kena hadam ajelah tertelan-telan air liur duplohlapankalidarabsepuluhlah yerk @_@ 

Yang pasti ini bukan karangan budak UPSR yang baru nak belajar berKBAT, PT3 mahu pun esei SPM ya, cik kak-cik kak semua ...

Dek kerana tak tahu nak tulis tentang apa dulu (hingga ke saat ini ~_^), kita bahagikan ajelah entri ni kepada beberapa bahagian utama (habislah macam ni... menyesal datang sini hari ni!)

Bahagian 1 (Baca ala-ala Doraemon bersuara yerk!)

Semalam sempat jugalah membelek helaian suratkhabar. Terjumpa berita ni...


Apalah orang BP ni! Buat malu kaum kerabat aje! Kalau ya pun nak mendera, pilihlah nak dera suami ke, isteri ke, makpak ke.... eh, eh, eh! Ini pi dera budak kecil nak buat apa! Kalau jumpa nanti mak budak ni, famous pulak tetiba jadi bualan!

Ya, apa?

La tak nampak ke artikel tu?

Nak suruh ahkak jadi penglipur-lara juga!

Budak perempuan 4 tahun ni ditemui merayau di tepi jalan (dalam pukul 6.55 pagi okey!) lepas emaknya pukul dan tinggalkannya di Jalan Parit Osman-Parit Sulong (Apa? Parit Sulong? Dah dekat dah tu dengan Parit errr, errr, errr....)   

Dia kata dia kena rotan dengan emaknya. Lepas tu emaknya tinggalkan aje dia seorang diri tepi jalan malam-malam (emak apa spesies ni sanggup buat macam ni?) Tapi sebab budak ni kecil lagi manalah dia dapat bagi details makpaknya dan di mana rumahnya.

Kalau benar, kasihan alahai...

Budak sebesar tu, apalah yang dia tahu. Makpak pun entah spesies dari planet mana pun tak tahulah. Sanggup tinggalkan anak sebesar itu sendirian, tepi jalan pulak tu! Memang takda hati perut langsung! Itu kalau benarlahkan...

Tapi kita tak tahu kisah sebenar, makanya tak bolehlah sukahati kita aje nak menghukum orang lain tanpa usul periksa. Macamlah kita ni makhluk Allah paling baik aje kekdahnyakan!

Walaupun budak kecil tak pandai menipu, adakalanya kita tak boleh percaya bulat-bulat apa yang dikata! Nama pun budak-budak, akal tak tinggi mana perginya ...

Macam kisah my anak bujang tercomel, si Adik Cute!

Nah, belanja satu gambar Adik Cute tengah pening memikirkan masalah-masalah yang timbul akibat El Nino ^_^



Jom kita ke...

Bahagian 2
 
Baru-baru   ini, tumbuhlah jerawat comel di hujung my bibir. Tangan I ni pulak gatal. Sikit-sikit nak usik jerawat tu. Makanya asyiklah berdarah!

Jadi satu hari, si kecil ni nampaklah I tengah lap darah dengan tisu. Dia pun tanya kenapa. I pun selamba aje menjawab (kononnya nak berjenaka),

Itulah! Adik tak nak protect Mommy! Mommy kena tumbuk dengan bos Mommy! Macam ni dia tumbuk Mommy! Terus berdarah tau!

Kalau dah macam tu,  tak payahlah Mommy pergi kerja lagi! Buat apa nak kerja lagi kalau bos Mommy suka tumbuk Mommy!

Nasihat 2 sen si kecil ni...  

Lepas tu si Bubbly Abang pulak ternampak I asyik membega-bega jerawat di bibir sehingga berdarah. Dia pun tanyalah kenapa. Kebetulan adiknya ada di situ. Selambalah si adik menjawab,

Abang tak tahu ke? Mommy kena tumbuk dengan bos Mommy...

Abang pun terus gelak, lepas  tu sempat berfikir lagi logik ke tidak kata-kata adiknya tu ^_^

Mommy, betul ke apa adik cakap? Ke adik tu main cakap ikut suka dia aje?

I pun explained.

Ingatkan habis kat situ aje! 

Beberapa hari selepas tu, HD pulak beritahu sesuatu...

I tak tahulah this boy mana dia pandai cakap macam tu... Dia cakap dengan MakNgah you kena tumbuk dengan bos!

Hah!

Panjang pulak jadinya cerita!

Nama pun budak-budak. Memang lurus bendul ~_^

Oh, ya! Dah terlanjur bercerita tentang Adik Cute, uniform dah dapat Jumaat lepas manakala beg sekolah, stokin dan kasut yang tidak diprovide lagi tu pun dah dapat refund juga. 

Nak tahu berapa refundnya?

Jangan gelak...

RM30 aje!

Kalau tak silap I, harga 2 pasang uniform, beg, dua pasang stokin dan kasut tu kena caj RM200 lebih. So kiralah sendiri ya berapa harga 2 PASANG uniform kalau dah beg, stokin dan kasut tu nilainya RM30 aje!  

Jom ke bahagian seterusnya ~_^

Bahagian 3

Semalam terbaca satu artikel ni. Kelakar pulak rasanya...

Si penulis ni dah tiga hari berturut-turut bila masuk ke bilik tidurnya ada bau daun pandan. Hari pertama, dia pun terfikir manalah datang bau ni. Dia buat tak kisah.  Hari kedua, ada lagi bau daun pandan ni. Dia pun jenuhlah mencari-cari dalam biliknya. Satu daun pandan pun tak jumpa! 

Masuk hari ketiga, dia sudah rasa sedikit superstitious walaupun dia bukanlah orang yang percaya sangat perkara macam ni. Makanya, si suami pun panggillah kawan yang kebetulan ada kuasa psikik gitu...

Kawan ni kata, ada roh wanita yang mati 340 tahun dulu berada dalam rumah tu. Tapi spesies baiklah. Tak main kacau-kacau sampai manusia jadi takut. Jadi, bila mendengarnya, si suami (yang memang percaya hal-hal macam ni) teruslah bersetuju nak buat apa yang disuruh.

Surprisingly, bau daun pandan tu hilang serta-merta!

Maka mereka pun percayalah memang itu puncanya ~ rumah mereka dimasuki roh 'baik' !

Si penulis ni pun daripada tak percaya, jadi percaya dan teruslah dengan bangga bercerita dengan kawan-kawannya.

Sehinggalah satu hari dia bercerita pada seorang kawan ni, si A yang memang langsung tak percaya pada superstition. Dia hanya percaya sesuatu perkara tu boleh terjadi kalau dapat dijelaskan dari sudut pandangan saintifik aje.   

Jadi si A ni pun mulalah bertanya kalau-kalau kawasan rumahnya tu berdekatan dengan hutan. Kalau-kalau dia ada terdengar bunyi haiwan mencakar dan sebagainya kat bumbung rumah dan sebagainya.

Si penulis ni pun teringat memang sejak beberapa malam sebelum kejadian tu dia ada mendengar bunyi dari bumbung rumahnya. Dia fikir bunyi tikus tapi dari bunyi dan cakaran tu macam saiz haiwan tu lebih besar dari tikus. But then, dia malas nak ambil port pun tentang tu!

Maka, si A pun 'memperkenalkan' kepada penulis seekor haiwan yang dipanggil 'musang pandan' yang mengeluarkan bau seakan-akan bau daun pandan!

Alkisahnya, memang benar ada 'musang pandan' berkeliaran di kawasan kediaman penulis. Buktinya, si penulis ni ada ternampak kesan kuning pada bumbung rumahnya. Dia ingatkan apalah rupa-rupanya bila diperiksa, ianya adalah kesan air kencing si musang ni...

So, the culpritnya di sini bukanlah hantu roh yang dah mati 340 tahun lalu tapi si musang pandan ni...

Kalau rajin boleh baca di sini ~ So Aunty, So What?

Dah penat ke?

Ah kak baru nak sambung Bahagian 4 tau. Tapi takpalah, dah penat sangat nampaknya tu. Termengah-mengah menyedut oksigen dek kena baca entri panjang berjela ya.

Kita jumpa di lain entrilah.

Ah kak nak sambung berangan, eh bekerjalah!

   



   

  
     
  

  

  

  

 

Comments

  1. aduhhh....kes dera2 ni laa lieya lemah nak bace...yg baru2 ni kat chukai tu kak...yg budak pompuan tu mati...kesah gigit, kesan penderaaan seksual pun ade....adoiii kat mane laa nilai kemanusiaan org skrang nie...islma plak tu...same laa mcm kes yg akak share ni...sian budak kecik tak tau ape.....

    hahaahahah tang kene tumbuk dgn bos tu lawak kak...takleh buat main kak oiii...budak2 ni lurus...mujur takde fb jek abg ngan adik..kalo tak dah viral citer kene tumbuk ngan bos kak haahahahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peliklah macamana orang boleh dera budak kecil? Memang mereka ni ada masalah otak tau! Besar manalah dosa budak-budak tu sampai kena dera! Setakat marah, pukul bahu sikit, cubit lengan sikit, sudahlahkan! Ni nak tinggalkan tanda pulak!

      Akak nak joke aje tapi yalah budak-budak, dia memang percaya habis!

      Delete
  2. lawak nya la yang citer musang pandang tu..hehehe..senang 2 je kena tipu..tu dah sah2 duit melayang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu ada haiwan bernama musang pandan ni tau. Kalau saya pun terbau-bau wangi macam tu, tentu dok fikir perkara yang sama! Hahaha!

      Delete
  3. yang jadi pendera ni ada masalah otak kot. tadi saya terbaca baby 7 bulan didera pengasuh. kesian budak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Saya pun berpendapat yang sama. Kalau siuman, tak mampu kita nak dera budak-budak kecil ni apatah lagi bayikan!

      Delete
  4. Entah la macam mana la..mak boleh dera anak2..kalau setakat pukul sikit2 tu tak pa la.. ni sampai tinggal sorang2 tepi jalan.. yang pukul sampai meninggal pun ada... memang gila...

    Sikitnya refund untuk beg kasut & stokin... pakai beg plastik & kasut getah ke?

    Musang pandan tu memangbau wangi macam daun pandan.... tapi kelakar la cerita tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul sikit-sikit tu kita fahamlah sebab nak mengajar anak, jangan jadi jahat. Tapi kalau sampai berbekas, sampai diklasifikasikan sebagai mendera, memang ada masalah besar tau!

      Ahah, itu yang saya confused sikit ni! Bayarnya banyak tapi bila kena refund beg, stokin dan kasut cuma RM30 aje! Malas dah nak membebel!

      Delete
  5. Makkan 2-3 kali jugak tau datang sini..... tapi dah tgh menyorokkan takkan nak suruh keluar pulak. Biokan ajelah.....

    Makkan Kak Ton dah lama tak baca paper, asyik baca blog orang jerlah, jadinya mmg tak tau berita semasa ni, nasiblah ada kengkawan tolong jadi penglipur lara ... Taulah jugak. Tulah..... org Batu Pahat ni mmg suka main Parit, nak tinggal anak pun sebelah parit....entahlah mak pun tak tau...Tak gunalah ckp kalau dah sawan parit ni hihi....

    Bila nak tunjuk adik cute dgn uniform sekolah? Hari tu kata tak sabar sabar... Ha ni dah ada uniform, apa lagi, kasi framelah.

    Eh betul ke ada Musang yg keluar bau pandan Kak Ton? Macam tak percaya jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak biasalah. Memang selalu menrindui tapi malu nak mengaku depan Kak Ton. Hahaha!

      Kak Ton pun kalau rajin, buka jugalah paper. Kalau tidak buka 'paper' online aje!

      Eh, Mak ni! Kita aje ke yang ada sawan parit? Mak takda? Kat Muo tu tak main parit ek? Habis Mak main apa ek? Taman?

      Ahah, macamana nak tunjuk! Kak Ton tak hantar dia pergi sekolah. Suruh HD snap gambar sampai la ni tak bersnap juga!

      Adalah Mak! Kak Ton pun first time dengar. Pelik juga. Tapi cuba tengok komen yang lain. Mereka kata memang ada musang pandan ni tau!

      Delete
  6. As salam MD. Lama tak singgah sini. Baru balik dari coti 2 bulan katakan. Alahaiii...kita tak boleh baca kisah dera² ni. Hati hemak² kan hati tisu. Sebaya ngan anak kita plak tu. Ada ker dah pukul gi tinggal plak budak tu...huhuhu...

    Jerawat kat bibir ok lagi. Tapi kalau jerawat dalam hidung? Tak nikmat nak mengorek. Stress sangat hokay sebab kita selalu jerawat naik kat dalam hidung.

    Adik cute. Lama tak nengok awak ngan bubbly abang. Ada masa nanti kita marathon entry sebelum² ni yerp MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Baru start kerja ek? Mesti sibuk sekarang nikan, tanggungjawab dah bertambah!

      Betul tu, tak sampai hati nak baca tapi pada masa yang sama, nak juga tau apa ceritanya. Tak fahamlah jenis makpak yang mendera anak kandung sendiri ni. Sampai hatikan kalau dah mak sendiri tinggalkan anak tepi jalan dari malam sampai ke pagi. Budak 4 tahun tu, bukan 14 tahun!

      Aha, nasib baik jarang kena jerawat tumbuh dalam hidung! Boleh buat stress nanti. Naik terus BP!

      Delete
  7. hish MD ni...nak menipu anak pun agak-agakla...bos tumbuk? emm kompem tahun depan tak naik gaji..akekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sayakan sejak dulu suka sakat anak tau! Tapi yalah, budak-budak memang lurus. Apa yang kita cakap tu semuanya masuk betul-betul dalam kepala!

      Delete
  8. cerita pasal pandan tu x berpa nak hadam sngt.. ada ek musang berbau pandan..mau kena rebus bulu musang ni..

    bab cerita budak2 tu... jumaat lepas i g taska luth, buat mkan2 sikit2..
    then, cikgu dia tnya luth nak dpt adik ek?
    hha... dia asyik cerita rumah dia ada bby.. ni cerita misteri ke apa x sure..hah..
    dia pun skrg sibuk pnggilkan diri sendiri abe luth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PB! Ada musang pandan ni. Memang bau pandan. Tapi saya pun baru first time dengar tau.

      Apa kata you kalau jumpa musang ni, ambil sikit bulunya tu dan tanam. Kotnyalah tumbuh daun pandankan!

      Ahah, lain macam ni! Jangan-jangan makpaknya dok cakap kat Luth yang dia nak dapat adik kot ... Fakta ke auta ni? ^_^

      Delete
  9. ish..ish..rojak betul entry ni..sat cerita musang, sat cerita budak hilang, sat cerita pekerja ditumbuk bos..budak2 jarang nmenipu, tapi tulah apa yang dia cerita tu dari persepsi dia.kalau dia percaya, tulah yang dia bagitau orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak and entri rojak, berpisah tiada ^_^

      Takkanlah Sal tak tahu lagi...

      Budak-budak hati memang suci murni. Takdanya berdebu. Apa kita kata, itulah yang disampaikannya semula. No tokok tambah ^_^

      Delete
  10. CH dah naik menyampah dgn mak yg jenis mcm ni MD..
    Kalau betul dia tinggalkan anak dia mcm tu aje..
    Memang CH jumpa mcm nak luku2 jer kepala dia..
    Besar manalah kesalahan anak tu..

    Hahaha yg adik cute punya percaya sudah viral smpi mak ngah dia..
    Tu lah MD ...
    Budak2 ni percaya apa yg mak dia ckp tau..

    Musang pandan tu mengingat CH kisah 5 tahun yg lalu..
    Bila kak ngah CH kata dgn abg long ada org ceroboh masuk dan duduk atas siling rumah tu..
    Sekali tu abg long panjat lah siling tu..
    Tengok si musang pandan..
    Bila mmpk abg long ni ..
    Musang tu takut n terkencing..
    Hahaha jenuh kak ngah membersihkan kencing si musang ni di rumah mak tu..
    Bau memang mcm daun pandan .. wangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelikkan CH kalau ada emak yang mendera anak. Marah sikit, pukul sikit, itu adatlah. Nak mengajar anak kononnya. Tapi kalau dah sampai berbekas badan kena sebat, kena cucuh rokok etc, etc, memang tak boleh faham. Memang minta kena luku dengan CH aje tau makpak macam ni!

      Agaknya MakNgah tanya something dia pun jawablah dengan selamba apa yang kita sampaikan kat dia... Padanlah muka Mommynya, gurau tak bertempat ^_^

      Oh, CH pun ada pengalaman dengan musang berjanggut errr, musang pandan ni ya?

      Saya ni kali pertama membacanya. Tak pernah pulak terjumpa tapi kat kawasan rumah saya tu pun ada musang kecil ni tau. Kalau terserempak, you tengok I, I tengok you ajelah ^_^

      Delete
  11. 1. org jahat ada di mana-mana sekarang tak kira darah daging - iman tipis
    2. itulah MD nak cerita dgn budak kena fikir 2 kali kalau tak lain jadinya
    3. memang ada musang pandan ni jgn tak tahu. kakak org kg memang tahu ada musang yg bau pandan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus, Kakzakie ni. Tulis komen ikut bahagian ^_^ Kena dapat award macam ni ~_^

      Kenapa ya kak zaman sekarang ni iman manusia makin tipis? Lagi sedih bila kaum sendiri yang menipis imannya!

      Delete
  12. Memang ada pun musang pandan...tapi dia kecil sikit dari musang biasa dan tak ganas.... yang bau pandan tu memang kencing dia...ntah kenapa kencing dia bau pandan ek? dia banyak makan pandan ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah saya tu pun ada juga, Bunda tapi takdalah saya terbau pandan pulak. Mungkin tu musang spesies lain kot tapi memang kecil. Besar ala-ala kucing gitu! Kalau nampak kita, dia pun takut. Yang sebenarnya kita pun takut kat dia! Hahaha!

      Delete
  13. saya ada baca pasal budak ni MD..sedih sangat ngan nasib dia...kalau boleh jangan lah budak ni dipulangkan balik kat mak pak dia, takut dideranya lagi budak tu...huhu...

    saya ni pulak ada jerawat besar tumbuh kat tengah2 dahi, asal visitor datang je, semua tegur jerawat saya ni MD...grrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampaukan kalau betullah emaknya tinggalkan dia di tepi jalan tengah-tengah malam sampai bawa ke pagi. Apa perasaan emaknya masa tu? Memang tak sayangkan anak ke apa?

      Tapi mungkin juga lepas marah anak tetiba tengok anak dah takda dalam rumah. Dia tak perasan anaknya keluar terus ke jalanraya. Tak pun emaknya ni ada penyakit lupa, sampai anak takda depan mata pun dia tak kisah.

      Mungkinlahkan.. mungkinlah...

      Tumbuh tengah dahi dah macam spotlight pulak. Kalau lampu signal tempoh hayat Ultraman yang kat dada tu ^_^

      Delete
  14. rajin kakzakie balas ikut turutan nombor tu MD..
    suspen je baca..boleh pulak tahu umur roh tu ye MD.
    MD muda lagi..acik yang dah tua ni pun tumbuh 2 biji jerawat kat pipi..sampai kena gelak ngan kawan2..dah tua baru nak ada jerawat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya kata tadi. Rajin Kakzakie mengomen ikut turutan. Kena beri 'surat cinta' ni ^_^

      Oh, psikik tu bukan setakat tau bila roh tu dah mati, dia siap beri nama lagi, Acik! Nama roh tu, Mei Fan ^_^

      Itu tandanya Acik takdalah tua. Muda lagi tu Acik kalau masih berani jerawat nak hinggap di muka!

      Delete
  15. alahai MD..sama la nasib kita bila anak lurus sangat..percaya 100%...mak ai..gigih MD eh..sib baik part 3 jer..kalau sambung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah jadinya kalau takda entri 2,3 hari. So, kalau saya senyap tu, kenalah berjaga-jaga datang sini. Memang entri tak pendek punyalah! Hahaha!

      Delete
  16. bab2 mendera anak ni Lyn cukup tak faham. Dah lah ko dera lepas tu tinggalkan kat tepi jln. mak apa namanya tuh.. klu terjadi sesuatu baru nak menyesal dah tak guna dah.. sendiri buat sendiri tanggung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai hatikan Lyn sanggup dia tinggalkan anak tepi jalan, tengah malam pulak tu. Nasib baiklah budak tu tak apa-apa. Ni yang namanya akal letak di lutut. Aduhai...

      Delete
  17. sebut psl kes dera..ada kes kat kemaman ni remaja 22thn kna dera family smpai meninggal..semasa meninggal berat bdn just 18kg & ada kesan gigitan seluruh badan/tusukan bhgian depan & blakang... skarang ayah n ibu tiri dlm siasatan..ada msk berita..sedih sgt.. ntah camner org blh tergamak dera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, dah 22 tahun pun kena dera? Anak istimewa ke apa tu? Melampaukan dapat makpak macam ni. Tak kasihan ke tengok anak menderita kesakitan. Kita ni tengok anak orang kena dera pun, deras air mata. Inikan pulak kalau anak sendiri. Sangat melampau tau!

      Delete
  18. Adoi apa jenis mak la kan..klu takar pukul tu mungkin la ok lg selagi tak mencederakan..ni pi tinggal budak tu kt tepi jalan..tak boleh hadam la apa benda la yg mak ni fikir smp sanggip buat camtu sekali kt anak sendiri..

    Apa refund RM30 je? Ni nak gelak ni..macam dh kena tipu je.haha

    Budak2 memang lurus..yg mommynya pulak len kali jangan tipu anak.hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampaukan kalau betul emaknya tinggalkan di tepi jalan tengah malam sampai ke pagi. Anak perempuan pulak tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Memang inilah contoh akal letak kat tapak kaki ^_^

      Janganlah gelak. Time bayar nak cepat rushing balik pejabat. Dah masuk kereta on the way ke pejabat baru teringat apa kes refund RM30 aje nih.... Nasi dah jadi bubur, malas dah nak bertekak!

      Alahai, gurau-gurau manja aje dengan anak. Nak minta perhatian kotnya dapat pelukan dan ciuman bertubi serta janji-janji manis nak protect Mommy forever and over. Rupa-rupanya dia tolong 'viral'kan!

      Delete
  19. huuuuu adoiii kadang memang rasa macam ape takde hati perasaan ke mak budak yg suka dera tinggalkan tu. tapi mana nak tau kan kalau mak dia ada penyakit macam meroyan tu. bukan dia sedar pun masa dia 'buat anaknya' tu.

    tula kadang tak boleh nk pusing2 kelepet sana sini dengan bebudak kan. dorang pun lurussssss aje bercerita dengan orang lain. tu blm kalau nampak benda pelik2 lagi. risau jeeeeeee

    hurmmmmm hurmmmm beg ape yang harga bawah RM30 tu? stokin je pun dah Rm10++ tauuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai hatikan kalau betul emaknya buat macam tu. Apa perasaan dia agaknya tinggalkan anak seorang diri di tengah malam, terbiar aje macam tu. Kalau budak tu berakal takpalah juga. Ini baru 4 tahun buat gitu. Terbayang-bayang muka anak akak yang lebih kurang sebaya. Tak sanggup rasanya hati, sedih tau!

      Budak-budakkan lurus. Kita ni yang selalu 'bengkok'kan jalan mereka. Hehehe! Ingat nak gurau aje tak sangkalah dia ambil seriously sampai diviralkan ^_^

      Itulahkan! Masa terima tu akak tak fikir pun. Dah masuk kereta baru terfikir apa kes semua tu harga RM30 aje. Beg akak belikan anak pun dah dekat RM80!

      Delete

Post a Comment