Artikel suratkhabar

Salam 19 Syaaban kawan-kawan!

Sekejap alahai dah hari Khamis. Esok Jumaat. Lepas tu boleh berhujung minggu. Oh, bestnya rasa!

I ni kalau tak banyak kerja, rajin juga belek suratkhabar. Tak tahulah mengapa, rasa lebih teruja membelek suratkhabar berbanding membaca secara online. Feelingnya tak sama ^_^ Apa yang tak sama pun tak tahulah!

I ni bukan suka sangat berita tentang politik mahu pun sukan. Kalau baca suratkhabar tu, berita politik dan sukan memang tak masuk senarailah. Berita sukan tu unless ada berita tentang TMJ dan Southern Tiger (jangan jealous ^_^) I bacalah juga walaupun bukan peminat bolasepak...

Hal-hal politik ni I jeling tajuk aje. Kalau menarik sikit tajuk, kita baca skip-skip janji faham jalan cerita. Malaslah nak ambil tahu. Scenarionya rasa macam sama aje...

Hari ni I nak berkongsi dua artikel di bawah ni tapi masuk suratkhabar semalamlah ya. Hari ni belum sempat baca lagi! Kalau dah terbaca, kira macam ulasanlah MD nak buat ~_^



Hah, tengoklah tu! Ada hati lagi ke bulan puasa yang akan datang ni kita nak sediakan juadah penuh meja, makan tu, beli ni, dan melantak itu, ini demi kerana nafsu? 

Tengok tu, kita dah 'menyumbang' 15, 000 tonnes makanan untuk dibazirkan! Cuba baca lagi 15, 000 tonnes tu banyak mana?

Sama banyak dengan 1.5 juta beg berisi 10kg beras!

Hah, cubalah susun, agak-agak tahun bila baru habis menyusun 1.5 juta beg beras ni?

Banyakkan ....

Sayangnya bila pembaziran makanan berlaku. Kalaulah kita ni berjiran dengan negara-negara yang berperang atau menghadapi kebuluran, memang berlumba-lumba mereka mengutip makanan yang terbazir ni tau. 

Oleh itu, lain kali bila makan, ingatlah orang yang tersayang beg beras 10 kg tu. Laju-laju licinkan pinggan jangan sampai bersisa sebutir nasi pun. Bayangkan ajelah kalau kita campak makanan yang tak habis dalam beg beras 10 kg tu. Kita pun ngeri nak buang tau!

Jadi, bulan puasa akan datang ni tak mahu bazir-bazir ya, kawan-kawan ~_^ Lepas tu praktikkan tak mahu bazir-bazir makanan selepas bulan puasa dan bulan-bulan seterusnya selagi kita hidup di muka bumi ~_^

Pesanan khidmat masyarakat yang tak pernah-pernah dibuat dek MD ni ^_^



Amboi, ganasnya nak oi!

Anak siapalah ni agaknya...

Itulah padah kalau takda pendirian agama. Macam-macam hal boleh berlaku. Dengan emak sendiri pun takda rasa simpati. Sia-sia aje mencurah kasih-sayang. Kalaulah emaknya tahu dia akan jadi begini, belum tentu lagi emaknya akan ambil keputusan tak mahu beri si anak ni peluang melihat dunia! Betul tak?

Kasih emak pada anak memang jauh berbeza dengan kasih anak pada emak! 

Sejahat-jahat anak, tak mungkin akan dibuang emak. Penat mak nak oi mengandung sembilan bulan dan lepas tu tak cukup tenaga menjaga kamu sampai pandai berdikari! Anak aje yang tak kisah nak buang emak sebab anak tak jaga emak macamana susah emak menjaga anak!

Doanya, moga kita dihindarkan dari segala perkara buruk seperti ni. Semoga anak-anak kita sentiasa mengenang jasa ibubapa dan menyayangi kita selagi hayat dikandung badan! Biar kasih-sayang dan memori tu melekat kuat dalam ingatan mereka!

Sebab itulah I selalu membebel bertazkirah dengan anak bujang semasa perjalanan ke sekolah. Kadang-kala, sampai menangis tersedu si anak dibuatnya. Selalu I ingat-ingatkan Bubbly Abang tu, anak-anak semakin besar memang akan 'menjauh' dari ibubapa. Selagi ibubapa ada, selagi itu kena berusaha untuk membahagiakan. Kalau dah takda, tak guna dah ucapan,

Kalaulah emak ada lagi sekarang ni, tentu emak gembira!

Dah terlambat!

Nak buat apa-apa yang menggembirakan hati ibu, buat semasa hayatnya ~_^  

Dan artikel terakhir ni dah lama keluar sebenarnya di sini ^_^ 
 
JOHOR BAHRU - “Tiada apa-apa tujuan secara peribadi,” jelas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penyiaran gambarnya diberi hidangan gajah.
Pelbagai reaksi diterima, namun Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui ia sekadar suka-suka untuk rakannya iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang.
“Apabila ia berlaku kepada kami terutama apabila kami kalah, semua orang turut sama-sama bergabung dan menjadikan kami bahan jenaka mereka.
“Sehinggakan ada juga yang memijak bendera kami. Namun, apabila kami melakukan sedikit perang psikologi kepada mereka, semua orang tiba-tiba berubah menjadi orang yang alim.
“Apabila ia datang daripada saya atau JDT, sesetengah orang menjadi terlalu sensitif. Saya tidak tahu mengapa.
Mungkin kerana teman wanita mereka mahu merakamkan gambar bersama saya atau anak-anak mereka melihat saya sebagai seorang wira. Saya tidak tahu.
Apa-apa sahajalah,” katanya seperti dipetik daripada laman Facebook Johor Southern Tigers, dalam satu wawancara, di sini, semalam.
Muat naik berkaitan gambar itu disiarkan selepas JDT menewaskan Pahang 6-0 di gelanggang lawan, malam kelmarin. 
Mengakui dirinya seorang kompetitif, Tunku Ismail berkata, hakikatnya semua individu dalam bola sepak seperti presiden, pemilik, CEO, jurulatih, pemain dan kakitangan adalah rakan.
“Kami makan bersama-sama, kami saling berhubung, kami keluar bersama-sama dan sebagainya. 
Ia berlaku di sini, di Eropah atau di negara lain.  Orang yang sentiasa bertelagah adalah penyokong.
“Itulah sebabnya kadang-kadang saya tidak faham. Ia kelakar,” katanya.
Beliau turut mengakui gembira dengan kejayaan skuad Harimau Selatan di Stadium Darul Makmur, Pahang.
Bagaimanapun katanya, JDT sekarang ini perlu tumpukan perhatian kepada persiapan pasukan untuk Piala AFC.
Selain itu, Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) itu turut mengulas komen yang dibuat sesetengah pihak, mengatakan berdoa tibanya hari untuk JDT ‘jatuh’.
“Sekarang, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda yang bijaksana.
Apakah maksud ‘jatuh’? Tidak memenangi trofi? Bukan wahai sahabatku.
Kejatuhan adalah apabila JDT gagal membayar gaji, padang tenggelam di dalam laut, stadium runtuh, tewas 12-0 setiap perlawanan, muflis ataupun pasukan ini sudah tidak wujud lagi.
“Hari itu tidak akan terjadi. Ini kerana insan ini tidak pernah curi wang rakyat dan membunuh orang. 
Semua saya lakukan sejak hari pertama adalah bantu orang ramai dan menyatupadukan rakyat. Jadi saya tidak bimbang. ALLAH akan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Selamat menikmati hari yang indah,” katanya.
 
Sanggup ahkak kopipes hah! 
 
Mesti you all 'bengang' aje dengan TMJ kita orang ni kan... 
 
Tapi nak buat macamana ya, rakyat Johor memang sangat sayang pada kerabat diraja Johor dan negeri Johor.
 
Buang masa aje you all nak jealous-jealous yerk ~_^  
 
Kita orang ni kebal. Maklumlah 'tiger' katanya .... 
 
Okey!Okey! I tahu ada yang nak termuntah kaler-kaler dah tu!
 
Jumpa lagi di sini esok ya ^_^   

 

   

 

      



 


Comments

  1. disebabkan MD rajin kongsi kan di blog terbaca lah acik keratan suratkhabar ni he he..punya la berkurun dah acik tak baca surat khabar..dan tengok berita..isu2 semasa pun tau bila ada kawan2 "share di FB je.memang tahap apa tah acik ni. dah punya malas baca surat kabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang bukan zaman belek suratkhabar, Acik. Sekarang zaman jadi keyboar warrior katanya. Zaman selfie-wefie. Zaman 'bersendirian' dengan gadget walaupun kaum keluarga berada di depan mata!

      Saya pun dah tak tekun baca news macam dulu-dulu. Bila ada peluang tu, beleklah mana patut ^_^

      Sharing is caringkan, Acik!

      Delete
  2. adoi..kak MD boleh take over kerja saya..haha.macam-macam berita, tapi 2 atas tu memang sedih..ramai orang kebulur, tapi ramai gak yang membazir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sanggup ke hilang kerja waktu macam ni? Hehehe!

      Time akak rajin, janganlah dibuat main. Time akak malas, satu cerita pun akak tak tahu. Dah habis orang bercerita, barulah akak tahu jalan cerita sebenar tau!

      Delete
    2. bukanlah take over..orang kata 'sub-con' je..haha

      Delete
    3. Bila nak subcon tu, berilah news yang best-best sikit ya, Sal ^_^ Bosanlah news macam ni. Hahaha!

      Delete
  3. Ira da lama x baca surat khabar.. suka baca berita tempatan & dunia.. bhgn politik & sukan tak minat.. hehe..

    Terima kasih bg pesanan yg baik itu.. mudah2an akan diingat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masanya masih seronok lagi baca tentang hiburan tau, Ira ^_^

      Bab sukan tu memang takdalah nak jengah kecuali sebab yang diberikan di atas ^_^

      Delete
  4. Baca artikel ni buat saya terfikir, Bila kali terakhir saya belek suratkhabar? Hahaha, rasa mcm dah lama benar tak belek paper... Yg online pun jarang sangat baca... ishk ishk, rasa teruk betul...

    Pasal isu makanan tu, ada juga dengar dalam radio masa hantar anak pergi sekolah pagi tu... Memang tak patut kan membazir sampai mcm tu sekali...

    Pasal budak tu pun rasa geleng kepala jer... Harapnya anak2 kita nanti terdidik dengan baik...

    Pasal TMJ tu, malas nak baca... hahahaha, jangan marah... lari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jarang-jarang sekarang ni kita ada masa nak belek suratkhabar, Nur. Nak beli pun terasa macam kelakar pulak. Sebabnya semua dah di hujung jari aje! Saya ni nasib baiklah kat pejabat ni masih ada suratkhabar, kalau tidak tak baca juga!

      Dahsyatkan kalau dah sampai bertan-tan kita bazirkan. Memanglah kita tak rasa apa-apa mungkin sebab kita kenyang aje makan tapi kasihanlah pada mereka yang mengharap sangat dapat makan waima sebuku roti aje!

      Amboi, amboi, amboi! Nak proteslah tu sebab jealous dengan kita Bangsa Johor ni. Huahaha...gelak kuat sikit!

      Delete
  5. Same goes to me kak. Kalau baca paper nan hado nak baca bab politik dengan sukan. Hiburan aje yag selalu menarik perhatian. Hahaha. Nak masuk bulan puasa ni tak lama lagi harap harap kita jadi golongan yang tak memzabir. Maklumlah kadang2 macam nak makan tekak ni. Huhuhu. OMG bunuh emak sendiri sebab tak bagi duit, why so kejam ni. Dunia sekarang macam - macam, kadang kadang sampai jadi takut T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat penat ajekan baca part yang kita tak minat. Kalau baca pun bukan boleh hadam segala 'ilmu'. Lainlah berita hiburan, kan, kan, kan, Nani ^_^

      Jangan membazir bulan puasa ni. Tapi peringatan bukan hanya untuk bulan puasa aje. Bulan-bulan lain pun kena sentiasa berjimat. Sayang makanan terbuang begitu aje!

      Delete
  6. Elok sangat tazkirah membazir MD ni..
    Nanti sediakan beg beras 10 kg tu..
    Buang dalam tu benda yg kita habis makan tu..
    Ada ke dalam satu hari dah penuh..
    Atau motivasi sikit..
    Kosong hingga ke akhir ramadan...

    Sian mak nya..
    Terlebih dari si tanggang ni MD..

    Amboi kak ton...
    Nampak benor johorien nya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni tengok kampit beras 10kg aje teringat tentang pembaziran yang dah dilakukan. Kena berpada-padalah ya, CH lepas ni. Sebab kita cukup makan, kita tak rasa apa mungkin. Tapi tak bagus pun kalau membazir ni! Chewah! Ahkak sorang ni baik pulak kita ni hari ni ~_^

      Eh, jealouslah tu dengan Southern Tiger!

      Delete
  7. Sebab itulah, kakcik sangat sakit bila tengok orang yang ambil hidangan bertimbun letak dalam pinggan di majlis2 kemudian kais-kais dan ditinggalkan saja...

    Ni bulan puasa nak datang, maknanya bulan pembaziran akan turut mengiringi. Patutnya puasa itu menginsafkan, tapi terbalik jadi bulan berpesta-pestaan...

    Kakcik pun suka baca kisah TMJ dan coretan-coretannya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak faham ambil banyak-banyak nak buat apa. Takut sangat habis dan tak dapat makan. Kalau ambil makan tu, takpalah juga. Ni ambil lepas tu tak habis! Terkontang-kanting makanan dalam pinggan terbuang begitu sahaja. Sharelah sikit rezeki tu walaupun sendiri yang bayar!

      Bulan puasa ni saya nak masak juga, tak mahu pergi bazar Ramadhan. Makan apa adanya yang saya masak. Sedap tak sedap ^_^

      Ahah, nasib baik suka! TMJ bestkan! Kerabat Johor bestkan! Orang Johor bestkan!

      Hahaha!

      Delete
  8. bulan ramadhan elakkan pergi bazar ramadhan masak sahaja, kalau nak beli pun, beli kuih sahaja.

    itulah takde pegangan agamalah jadi macam tu, mohon dijauhkan..anak saya yang sulung tu, bila cakap nanti kalau mama mati masuk dalam tanah abang kawan dengan papa & adik2 je la ye..dijawabnya apa? takpe nanti abang cari mama baru sebab mama yang ni garang sangat..hahahah hadoiii nak marah ke nak gelak

    takpe kita tak cemburu,mana yang baik kita sokong saja. untung orang johor tau, orang pahang duduk diam2 saja, sudahlah kalah bola dengan jdt 6-0 hari tu...adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dua tahun saya berusaha tak pergi ke bazar Ramadhan. Alhamdulillah, berjaya! Cumanya kalau kakak saya nak beli something,saya kenalah bawa kalau kakak takda pemandu. Itu pun seingat saya sekali dua aje.

      Itulah, kalau ada pegangan agama, tak jadi macam ni! Sampai hatilah emak sendiri pun sanggup dibunuh kejam!

      Aduhai, anak! Sampai hati! Tapi takpalah, dia pun bukan faham sangat maksudnya! Nak ambil hati pun tak sempat sebab gelihati mendengarnya!

      Oh, yalah! Pahang kalah 6-0kan, kan, kan!

      Delete
  9. bila tiba bulan posa nafsu makan menjadi2..terjadilah pembaziran
    perkara mmg tak bole dielakkan ke...susah nak jawab MD

    Kejayaan demi kejayaan buat TMJ...tahniah...patut dijadikan pedoman buat semua tak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak berkeluarga ni saya memang tak bermewah. Memasak sekadar cukup untuk tiga beranak berbuka. Kalau masa dengan keluarga dulu sebelum kahwin, memanglah penuh meja. Tapi, adik beradik saya ramai. So, makanan memang habis selalu. Itu pun cerita berpuluh tahun sudah, masa zaman kecil-kecil dan anak dara ^_^

      Itulah! Buat apa nak cemburu. Betul apa yang TMJ buat ^_^

      Delete
  10. Hidupppp Johor! Hidup bangsa Johor!....
    Kenalah semangat katanya org Johor kan...

    Kak Ton...tulah banyak kali dah mak tampo tampo pipi mak ni, seingat mak campur entri ni 2 x lah Kak Ton buat entri artikel suratkhabar. Dah kenapa? Tuko profession ek...

    Tulah...dah baca pasal pembaziran ni jangan pulak Kak Ton yg membazir nanti. Maklumlah bulan pose. Mak tau sangatlah sawan Kak Ton tu.

    Gitulah Kak Ton....tawakal ajelah, tugas kita membesarkan diaorang, masa kita tua nanti serahkan ajelah pada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Hidup Johor! Hidup Johor! Daulat Tuanku!

      Hahaha! Terover pulak ^_^

      Laaa, napa Mak nak tampo pipi yang tak berkedut tu? Nanti berkedut seribu siapa yang susah? Akak juga... Kena buat review produk anti aging pulak!

      Kak Ton dulu nak jadi wartawan hiburan tapi tak cukup tinggi! Huahahaha!

      Kak Ton memang tak membazir. Kan Kak Ton bulan puasa rajin masak. Kalau makan buffet pun, Kak Ton tak bolot semuanya masuk pinggan sendiri. Mana nak makan dengan aman, tersedak-sedak masa makan adalah. Oleh itu, Kak Ton dah lama elakkan pembaziran. Sebab itu jugalah Kak Ton jarang masak bila semua cerewet. Nak elakkan pembaziranlah tu...

      Kan! Harap-harapnya anak-anak kita sentiasa jadi anak yang baik dan pandai bawa diri. Janganlah terpengaruh dengan perkara macam ni! Takutlah!

      Delete
  11. Best lah MD harini jadi pengulas surat kabo....dapatlah akak yang dah lama tak baca ni tau perkembangan terkini.Akak biasanya tengok tajuk2 je kat MHI pagi2 tu je :-)
    Akak 2 tiga tahun ni x membazir masa bulan posa sebab anak2 ada tukang perabis tapi tak tau lah tahun ni anak2 besar tak balik lagi katanya.
    TMJ kita memang terbaik kan MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, dah takda kerjalah ni^_^ Itu yang jadi pengulas! Sebenarnya saya jarang baca suratkhabar sebab tak berkesempatan. Saya suka artikel sipi-sipi macam ni so terfikirklah nak kongsi dengan kawan-kawan pulak ~_^

      Of course, kak!Cer cerita sikit mana ada kerabat diraja yang best macam kerabat diraja Johor? Memang takda. Hahaha!

      Delete
  12. Dah lama dah xpegang surat khabar.. Tp selalu cari surat khabar lama tuk buat lapik2 makanan.. Rs xnk tahu sal pmslh sekitar.. Hati sangat stress bile tahu itu ini.. Sal politik, sal mslh perogol.. Kemlgn.. Semua menggerikan.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... buat lapik pun jadilah. Manalah tahu masa melapik tu tiba-tiba nampak news yang menarik. Boleh baca sekali lalu!

      Memang betul pun. Kalau baca berita tempatan, balik-balik perkara yang sama. Entahlah tak tahu apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Macam-macam hal menakutkan terjadi!

      Delete
  13. Sy sekaran suratkhabar pun dh malas baca.baca on9 pun kt fb.lg suka baca blog.hahaha..

    Insyaallah famili sy ni bukan golongan yg suka membazir.sy klu msk mesti cukio2 utk sekali mkn saja.jarang sgt la ada pembaziran.setahun sekali pun susah nk tgok ada benda makan yg tak habis.semua nafsu mkn besar.apa yg dimasak n dimakan mesti clean n clear.haha

    Ganas memang ganas..nasiblah mak budak tu dpt anak camtu kan.moga anak2 kita dijauhkanlah dr oerangai syaitan begitu..

    Alahai tak habis lg ke pasal JDT.hehe.memang betul la bola malysia tak boleh maju kerana pengurusan.negeri2 lain pun bukan tak handal main bola..tp kerana pengurusan rosak segalanya.syukurlah tmj ambil berat n payung pasukan jdt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Betul tu! Malas nak baca suratkhabar bukannya kerana apa. Ceritanya balik-balik itu aje. Lebih banyak cerita sedih dan ngeri berbanding dengan cerita yang boleh buat kita gembira!

      Saya pun sejak kahwin memang makanan jarang penuh atas meja. Makan apa yang nak dimakan aje. Yang teringin-ingin tu jarang diikutkan kecuali membelilah!

      Memang kejam punya anak. Takda pedoman hidup macam tulah. Emak sendiri pun sanggup dibunuhnya tanpa belas kasihan.

      Eh, tengoklah pasukan negeri mana.... Kalau setakat JDT tu, memang teruruslah ya pengurusannya ^_^

      Delete
  14. saya pon jrg juga mmbaca di akhbar..
    sbb asyik ulanng citer yg mengerikan, menkutkan, itu ini politik

    sebolehnya sediakan jadual nk mkn ape. supaya x terlbih masak

    aamiin.semga dijauuhkan lah..

    alhamdulilllah, rezeki jdt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni banyak pilihan selain membaca suratkhabar, Ciksu. Antara nak dengan tidak aje. Saya pun malas juga kadang-kala nak belek suratkhabar. Nak baca online pun malas!

      Saya dah siap jadual Ciksu. Cumanya tak tahulah terikut ke tidak ^_^

      Delete
  15. jadi jgn lah bazir2 Ramadhan ni..
    klu ikut nafsu semuanya nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyn. Nafsu orang berpuasa ni lain sikit. Memang syaitan merata dok pujuk suruh membazir ^_^

      Delete

Post a Comment