Anak-anak demam...

Salam 23 Ramadhan kawan-kawan!

Semalam terima berita  gembira. Hari ni tak berapa rasa nak gembira pulak walaupun katanya tak sabar-sabar menunggu penghantaran!

Semalam I dapat panggilan dari Laoshi lagi. Seriau bila dengar Laoshi tanya sama ada I ni ibu Bubbly Abang. Bila I kata 'yes', Laoshi pun beritahulah yang my anak tak sihat, demam. Dia minta telefon Mommynya sebab nak balik ke rumah, tak tahan pening katanya!

Dek kerana I tak boleh nak keluar, I pun calledlah HD minta tolong ambil anak di sekolah. Biasalah responsenya, memekak-mekak membebel! Tak sama tau response mak-mak dengan bapak-bapak ni...

I dah siap-siap called my sister juga minta tolong tengok-tengokkan si Bubbly Abang. Entah kenapa pulak. Pagi tu pergi sekolah okey aje keadaannya. Bila dah sampai rumah, my sister pun called me back. 

Katanya si abang pitam di sekolah sebab perhimpunan lama sangat. Sejuk badannya dan pucat lesi muka. Abang kata dia tak tahan pening kepala. My sister pun terus sediakan air Milo dan beri makan!

Tengahari tu tetiba my sister called tanya tarikh lahir si abang. Rupa-rupanya Ngah bawa abang ke klinik sebab suhu badannya tinggi. Demamlah pulak. 39 Darjah Celcius dah! Meleleh-leleh air mata kata my sister sementara menunggu dipanggil doktor. Katanya tak tahan sakit kepala sangat! Suruh baring atas sofa di klinik, tak mahu pulak. Malu katanya!

Doktor beri MC dua hari terus termasuk hari ni. Kata doktor kalau by esok tak kebah juga demam, kena ambil darah. Dengar nak kena ambil darah, lagilah seriau dia jadinya...

I ni di pejabat of course tak tentu arah dibuatnya. Badan di pejabat tapi seluruh jiwa raga dah sampai rumah! Risaukan anak-anak!

Bila I sampai rumah semalam tengok dua-dua tengah lena tidur. Sentuh dahi masing-masing. Dua-dua pun panas! Aduhai, bila masa pulak si kecil ni pun demam sama! Kata HD, masa ambil di tadika tu dia okey aje membebel macam biasa. Tapi balik aje dari rumah Ngah, dua-dua pun 'tumbang'!

Lepas uruskan anak-anak, mulalah memasak untuk berbuka pulak. Sebelum berbuka, I siap-siap suap makan Bubbly Abang dan Adik Cute. Si Adik Cute ni kuat cemburunya. Kalau kita uruskan abangnya, dia nak kita uruskan dirinya juga. Kalau kita bercakap dengan abangnya, dia pun nak kita bercakap dengannya perkara yang sama juga! 

Ingatkan dia pura-pura demam sebab nak dapatkan perhatian yang sama tapi rupa-rupanya memang demam pun! 

Lepas Isyak, adik dah boleh bangun main tapi si abang terus berbaring keletihan sebab masih sakit kepala katanya. Mengadulah dia pada Mommy katanya takutlah kalau demam tak baik sebab tak nak kena ambil darah! Si adik pun samalah juga nak mengadu walaupun dia nampak dah okey aje!

Bila Adik Cute main tak berhenti I pun katalah,

Dik, kalau tak demam lagi esok mesti pergi tadika!

Eh, mana boleh! Adik demamlah!

Mana ada demam! Dah boleh main, dah boleh menjerit! Tak demam dah! Kalau demam mesti baring aje macam abang!

Eh, kenapa pulak esok nak sekolah! Cikgu kata tak payah sekolah. Esok raya!

Raya minggu depanlah!

Esok  rayalah! Cikgu kata tak payah sekolah!

Sukahatilah, Dik! 

Letih Mommy nak berdebat!      

Pagi tadi masa sahur bila sentuh dahi dan badan si adik dan abang, nampak dah kurang. Harapnya takdalah demam berterusan lagi. Susah hati Mommynya nanti. Dahlah mood nak bekerja pun semakin merundum penangan raya nak tiba ni!         

    

Comments

  1. berjangkit la tu kan...bila anak demam memang susah hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyalah kot. Kalau dah seorang demam, memang seorang lagi tu senang aje nak menjangkit!

      Delete
  2. alahai...sian abang ngan adik...cepat baik hendaknya...skrg ni dah musim panas balik MD..tu yg mudah dapat sakit kepala...
    tak tahan betul si adik ckp esok raya...hahahaha...ngelat sangat nak gi tadika ye...ekekek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas,hujan, panas, hujan. Itu ajelah keadaan cuaca. Memang senang nak beri kesan pada budak-budak ni. Sedangkan kita yang tua pun tak tahan adakalanya!

      Asal ada aje alasan, memang nak ngelat tak mahu pergi tadikalah tu!

      Delete
  3. alahi sian si abang ya MD.. tetiba plak demam.. biasalah budak2, kadang tak terjangka tetiba demam...huhu.. bertabah lah... kite Ibu2 kerja pun tak senang, mau fikir anak memanjang..kesian kt depa.. nasib MD ada adik dekat boleh tengokkan.. harap 2 hero tu cepat lah sembuh ya..nak raya dah ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang baik aje, adik pun sambung demam. Adik lagi teruk. Dah demam, kebah, demam, kebah then demam balik. Memang jadi susah hati terus kita ni dibuatnya. Mana nak kerja lagi, mana nak fikir tentang anak tak sihat lagi. Risau memanjang. Last-last dapat darah tinggi!

      Delete
  4. sekarang musim anak sakit agaknya ye MD. petang semalam pun, anak dara saya sakit kepala muntah2, ponteng kelas kafa. saya mintak tolong abang besar jagakan dia sebab emaknya kerja. susah hati betul kita mengenangkannya. serupa lah tu, hati kita sbg emak ni tak sama mcm bapaknya.
    mujur anak2 MD dah beransur sihat. kalau melarat sampai bawak ke raya, langsung hilang mood nak beraya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kita ni bekerjalah lagi susah hati. Kalau ada di rumah boleh juga kita pantau sendiri kesihatan anak-anak. Lagi pulak bila lepas seorang, seorang pulak jatuh sakit. Lagi tak tentu arah dibuatnya!

      Delete
  5. Alahai.. kesian nya. Yg dewasa ni pun rasa nk demam kak. Musim ni. Adik berjangkit lettuw demam. Hehehe.moga cepat sihat la anak2 MD. Minggu dpn nak ghaya da. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbalik-balik demamnya. Sebelum raya, dua kali demam. Lepas raya demam lagi. Sampai kena ambil darah. Sedih hati akak sebab tak boleh jaga anak 24-7!

      Delete
  6. Kesian bubbly abg macam teruknaje demamnya siap pitam lg..yelah bulan puasa kan..dengan tak makananya

    Alahai adik macam2 kerenahnya..cepat betul berjangkit demamnya dengan bubbly abg.hehe

    Moga cepat smbuh dua superheroes tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok pun dah rasa kasihan. Yalah, kalau tak sakit, bukan main elok menyakat adiknya tapi bila dah sakit, lepak semacam. Risau jadinya. Lepas tu bersambung-sambung pulak si adiknya demam, kebah, demam, kebah. Stress Mommynya dok risau memanjang tau!

      Delete
  7. Dsh musim panas balik lah MD..
    Kita yg dewasa ni pun tak tahan keluar panas2 ni..
    Apa lagi perhimpunan pagi ditengah panas tu..
    Kesian Abang..
    Semoga cepat sembuh..
    Ehhh adik pun sama demam ye..
    Ohhh tu demam nak raya hihihi..
    MD meh sini dahi..
    CH rasa..
    ohhh sama macam adik juga..
    Demam nak raya hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni dah hujan petang pulak,CH...

      Tapi dua, tiga hari sebelum raya tempohari memang mencabarlah kepanasannya. Saya sendiri pun tak tahan.

      Oh, cik abang ni perhimpunan sekolah dalam dewan, siap duduk lagi tapi entahlah tak tahu mengapa boleh pulak nak pitam! Tak pernah-pernah pulak selama ni pitam masa perhimpunan. Puasa kotnyalah...

      Saya memang sepanjang nak raya tu demam - demam sebab tak lepas nak pergi shoppping!

      Delete
  8. Hati mak2 ni memang risau sangat kalau anak demam kan,apatah lagi bila dapat panggilan dari sekolah pulak tu....harap abang sembuh cepat ,dah nk raya ni.
    Bukan main lagi adek ya nak raya cepat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kalau anak-anak tak sihat, fikiran emak pun turut sama tak 'sihat'. Risau aje memanjang memikirkan tentang anak-anak. Itu yang depan mata, kalau bukan depan mata, tak tahulah macamana!

      Delete
  9. assalamaulaikum MD
    alahai kesiannye demam ke kedua orang cucu maktok ni
    boleh gitu sorang deman sorang lagi pun demam jugak
    mmg kalaau demam diaorang ni minta perhatian lebih
    hatta orang besar pun gitu
    apa lagi budak tecik mmg lebih ngada2 cikit
    masa ni lah kalau boleh biar kita je yg demam senang nak urus
    biar orang lain lagi yg manjakan ye dak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Kak Noor!

      Lama tak menjenguk ke sana, KakNoor sebab 'sibuk'. Tapi bukan sibuk memasaklah ^_^

      Selalu berjangkit tapi si abang tu macam saya, jarang nak jatuh sakit. Entah kenapa boleh pulak cun-cun pilih nak demam masa bulan puasa. Lagilah tersiksa...

      Kalau kita demam, takda siapa nak manjakan sangat-sangat, KakNoor. Kita dipersalahkan adalah, tak reti duduk diam katanya!

      Delete
  10. Alahaiii bab cikgu call kata ank sakit mmg susah hati. Siapa yg ambik? MD ke ngah?

    Tu dah kebah sikit hrp x melarat la dua beradik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta tolong HD lagilah. Itu pun daddynya dah keluar nak pergi ke suatu tempat. Memang bisinglah jawabnya. Kalau saya ada peluang, memang saya yang ambil. Tak kiralah time kerja ke tidak!

      Delete
  11. Jgn demam time raya sudah MD...cuaca x menentu skrg
    Seronoknya dia nak beraya...lg cepat lg best ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas raya demam balik si kecil saya tu, QN. Letih dan pening kepala jadinya. Sibuk orang beraya, sibuk dia demam. Stress jugalah emaknya nak bekerja memikirkan anak yang demam di rumah!

      Delete
  12. risau bila anak2 demam.. lagi2 cuaca panas skrg ni.. di tambah pulak dgn puasa.
    moga cepat sembuh. dah nak raya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang risau, Lyn. Kalau boleh nak 24-7 duduk sebelah anak tapi apakan dayakan...

      Delete
  13. alahai demam pulak yer... kalau anak2 demam kitapun ikut demamkan.. tapi nasibler tak merengek sangat .. cuma tak seronokkan kalau anak demam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila anak-anak baik, memang turn kitalah pulak jatuh sakit. Tapi tak boleh diikut sangat. Kalau diikutkan sangat badan, memang serba-serbi tak terkawal nanti!

      Delete
  14. Skang ni musiam orang tak sihat lah MD. Hospital pon penuh dengan pesakit. Get well soon to bubbly abg & adik. Sian dorang. Memang risau kalau anak2 demam ni. Tak senang keja dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betullah tu, Fiza. Kejap panas, kejap hujan aje. Tak terkawal badan jadinya.

      Betul tu. Semua mak-mak memang macam ni. Tak senang hati ni kalau anak-anak tak sihat.

      Delete
  15. moga cepat sembuh anak2 MD, hai si adik tu bukan main dia ye suka jawab cakap mommy tu,mesti geram je dengar jawab si adik tu kan..cute je jawapan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kecil ni memang banyak cakap. Samalah macam Mommynya. Err...

      Alhamdulillah, setakat hari ni kedua-duanya sihat walafiat. Kami sekeluarga pun sihat ^_^ Harapnya lepas ni janganlah ada yang jatuh sakit demam lagi...

      Delete
  16. Bab memikirkan anak anak demam ni, mmg boleh buat maknya pun demam jugak ek. Nasiblah anak anak dah besar dah jarang kena demam.

    Tak suka kalau dapat call dr cikgu. Mesti terus pikir benda buruk. Tetiba jantung pun berdebar. Hish tak sukalah moment tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Mak. Kadang-kadang, kita pun boleh jadi demam dibuatnya. Bukan menjangkit pun tapi penat melayan kerenah anak-anak yang tak sihat. Tapi apakan daya, anak-anak pun kecil lagi. Tanggungjawab kitalahkan menjaga mereka...

      Stress kalau tau cikgu telefon. Mesti ada aje benda yang tak kena. Takut!

      Delete
  17. alhamdulillah dah kurang sikit . mungkin kerana cuaca panas dan terpaksa berdiri lama ... saya dgn my kakak dah berhari-hari sakit tekak . harap bkn defteria lah . my anak buah semuanya ok je lah pulak ... ujian lah MD .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Vee. Ujian kecil dari Allah. Nak tengok kita mengeluh ke tidak. Boleh terima ujian ke tidak...

      Mujurlah sekarang ni dua-dua pun dalam keadaan yang menyenangkan hati. Harapnya takdalah adegan demam-demam ni lagi. Si kecil tu yang selalunya kena demam. Kasihan dia...

      Delete
  18. ujian sungguh..moga abg adik dh brnsur smbuh skarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sekarang ni dua-dua pun dalam keadaan sihat walafiat. Syukur alhamdulillah!

      Delete
  19. cuaca panas kan..kalau tak puasa mungkin boleh tahan lagi. ni dah sihat dah ke dua hero akak? tak sihat tak bestlah raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah sebab bulan puasa dan cuaca pun boleh tahan panasnya. Tak tahanlah tu.

      La ni dua-dua pun sihat, alhamdulillah!

      Delete

Post a Comment