Anak Daddy kesayangan Mommy ^_^

Salam 16 Ramadhan kawan-kawan!

Hari ni marilah kita up satu lagi entri sebab esok dah cuti. Hari cuti memang blog pun tak berupdatelah ya. Tak kuasa nak bertapa depan komputer katanya...

Ini kisah Jumaat dua minggu lepas kalau tak silaplah. Dek kerana MakNgah balik kampung, AdikCute kenalah ikut Daddy pergi solat Jumaat. Dengar nak pergi solat, bukan main teruja lagi. Maklumlah budak-budakkan. Janji dapat keluar rumah, nampak orang lebih ramai daripada biasa, rasa macam best aje!

Ini juga bukan kali pertama si kecil ni ikut Daddynya pergi solat Jumaat. Banyak kali jugalah rasanya, semuanya baru bermula tahun ini sebenarnya. Sebelum ni memang dia tak pernah ikut solat Jumaat di masjid.

Tengoklah muka anak Uzbek ni pergi solat dengan Daddy dan abang kesayangannya...





Malam tu HD pun berceritalah. Kalau bawa si bujang kecil ni ke masjid, mesti nak ambil side yang hujung-hujung dekat dengan dinding. Senang nak suruh dia solat di tepi gitu, tak mengganggu sangat. 

So, masa HD tengah solat tetiba si kecil ni dok tengok muka Daddynya sambil berkata,

Daddy! Daddy! Jom kita balik!

Bila Daddynya tak jawab, dia pun tenung ajelah muka Daddynya. Nak ganggu si abang, jauh pulak sebelah Daddy nun. Tiba-tiba kata HD dia bersuara lagi,

Eh, kenapa Daddy nangis? Daddy nangis eh?

Oh, alahai... kasihan alahai Daddy nak solat pun tak khusyuk dibuatnya... 

Budak-budak ni kan kalau lebih kurang sebaya begini, memang boleh jadi tak khusyuk solat jadinya kalau mereka ada bersama. Macam-macam keletah. Begitulah juga dengan Bubbly Abang masa sebaya ni. Sama naik si abang dan adiknya punya perangai!

Bila anak-anak dah meningkat umur ni, tugas macam ni memang Daddylah kena lebih bertanggungjawab. Nama pun anak-anak lelaki, kenalah Daddy yang galas tanggungjawab mengajar anak-anak dalam certain hal dalam hidup ni.

Kalau bersolat di luar, memang si kecil ni masih mengikut I lagi. Bagusnya dia ni, memang dia akan duduk senyap-senyap tak berbunyi di sebelah waktu kita bersolat. Beri ajelah handphone, senyaplah dia. Walaupun tahu anak tak nakal merayau ke mana hendak, tetap jugalah hati I ni berdegup kencang waktu bersolat. Manalah nak datang khusyuknya...  

Tapi tak lama lagi rasanya I dah boleh lepaskan anak kepada Hubbydearie. Biar HD yang uruskan sebab anak-anak lelaki kami pun dah besar. Kenalah ikut Daddy ^_^ 

Tapi bab sayang tu, biar sayang Mommy lebih ~_^

My another beloved son, anak bujang tersado yang manja tu pun jarang dah buat kerenah. Kalau tidak boleh juga meletup-letup Mommynya bercerita kisahnya dalam blog. Maklumlah dah besar katanya walaupun dengan Mommy masih bermanja-manja tahap meluat Daddy menengoknya ^_^ Yalah, bagi Daddy, anak lelaki kenalah act macam anak lelaki. Tak boleh act macam gegirl nak manja-manja, nak nangis-nangis tak tentu pasal!

Okeylah ya, you all!

Selamat bercuti esok!

     

  

Comments

  1. mesti HD tak berapa nak kusyuk kalau adik cute asyik bercakap macam tu kan. betul tu anak lelaki dah besar ayahnya la yg kena beri tunjuk ajar. saya juga anak 2 anak lelaki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah boleh diceritakan balik. Tak khusyuklah tu ^_^ Nasib baik saya ada dua anak lelaki. Memang bila besar sikit, tanggungjawab Daddynyalah yang lebih. Saya pantau dari jauh aje ^_^

      Delete
  2. selamat bercuti!

    ye lah anak lelaki ni, manjanya lebih dengan emak. apa-apa dgn emak. berbanding perempuan lebih manja dgn ayah. tp t/jwb tetap ayah kena galaslah. mana boleh lepas tgn begitu saja. nak masuk syurga sama2kan katanya...

    bab kacau time solat tu, biasa dah saya. anak2 besar ok dah. ni yg kecik sorang tu. bila kita sujud, dia pun sibuk dok peluk dari belakang. mmg susah nak khusyuk dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan main manja dengan emak. Kalau dengan bapak pandai takut. Tapi takpalah, yang penting depa sayang emak lebih. Hahaha!

      Dulu pun saya selalu aje tak khusyuk tau. Dua-dua anak jenis bila sujud, toleh kat kita. Manalah boleh nak tahan gelak! Banyak kali jugalah kena solat balik sebab tetiba tergelak!

      Sekarang ni dah lega banyak. Anak-anak bujang saya dah besar.

      Delete
  3. mg selalunya manja dgn mak . ema yg dah besar pjg ni pun manja dgn mak.
    Btw ema kacau you jap ! Ni ada tag awak tanpa sengaja , KAH KAH !
    http://www.vetovirago.com/2016/06/giveway-shawl-raya-by-aryana-couture.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya memang dua-dua manja dengan Mommy mereka. Nak bermanja lebih-lebih dengan Daddynya, takut pulak. Nanti kena seligi. Daddy bukan suka anak-anak lelaki manja-manja ala gegirl!

      Alahai, saya dah kena tag oleh si penganjur sebenarnya. Cuma lambat keluar entri aje!

      Delete
  4. Hensemnya pakai songkok ! Hahaha. Masa kecik2 ni bagus kan bawak diorang pi masjid biar da rasa suasana tu. Hehe. Happy holiday esok kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time nilah nak mengajar mereka, Nani. Bila dah besar, dah ada akal sendiri, boleh pulak fikir nak pergi ke tidak. Kalau tak bawa sekarang, takut tak mesra masjid aje ^_^

      Delete
  5. Selamat bercuti MD ... kesian daddynya ye ... tak kusyuk bila adik bawa balik. Tapi kan dari umur camni lah nak kena biasakan dorang dengan masjid, besar2 nanti dah biasa, ringan ja kaki ke masjid .. tak gitu :)

    Anak2 lelaki aku pun samalah masih manja2 dengan Uminya ni ... tak boleh nak manja2 dengan babanya yang garang cam singa kat dorang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, tak sabar nak cuti raya! Panjang sikit boleh lepak kat rumah ^_^

      Nasib Daddylah. Sekarang anak-anak dah besar, tanggungjawab Daddy pulak. Dulu Mommynya dah puas tak khusyuk masa solat!

      Delete
  6. gitulah kan...nak berdoa pun tak kusyuk..tapi tenung wajah anak lama-lama,,rasa syahdu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang keletah anak-anak ni walaupun adakalanya mengganggu, seronok bila dikenang kembali. Nanti bila dah besar, takdalah lagi perangai macam ni!

      Delete
  7. Anak lelaki selalunya memang lah kawan ayahnya MD..
    Macam nabil juga..
    Selalu mengikut abahnya ke surau..
    CH dah lepas tangan dah dengan Nabil ni..
    Biar abahnya menguruskan kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, kalau tak ayahnya dengan siapa lagi nak berkawankan, CH. Takkanlah sampai ke besar nak duduk bawah ketiak emak pulak. Kena lepas tanggungjawab dalam sesetengah hal kepada ayah juga!

      Delete
  8. Hihii kesian abahnya kena kacau dengan adek waktu solat ya.Takpe lama2 ok lah tu,dia boring agaknya tu.
    Comel nya anak uzbek ni...cute sangat.
    Anak lelaki akak pun lebih manja dengan maknya walaupun akak garang macam singa adakalanya.Apatah lagi yang bongsu Iman. ,mengada2 lebih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia boringlah tu agaknya. Lagi pun anak-anak saya ni bila orang ramai, mereka tak berapa suka sangat. Itu yang asyik sibuk nak ajak balik.

      Untungnya si kecil ni, dia tak berani nak merayau-rayau. Kalau kita dudukkan di situ, di situlah dia akan tetap duduk. Penakut ^_^

      Delete
  9. riang n bhgia rasanya bersama dgn anak2 ikuti perkembangan mrk setiap hari tanpa jemu kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah, kak. Selagi mereka masih bergantung pada kita, selagi itulah kita rasa gembira membantu. Tapi bila dah besar nanti, pandai-pandailah berdikari. Kita emakayah ni layan kenangan masa silam ajelah!

      Delete
  10. Hi,comelnya anak kakak pakai songkok tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut Daddy. Kalau ikut Mommy lagi comel. Hahaha!

      Delete
  11. Replies
    1. Terima kasih. Janganlah puji depan si kecil ni. Kembang kuncup hidungnya nanti kalau orang puji!

      Delete
  12. Handsome nya adik.

    Kita ni pon minggu ni baru 2 entry. ANak admitted :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Dah keluar hospital ke belum tu, Fiza?

      Delete
  13. Takper lah...sikit hari lagi adik akan faham...sekarang ni anak2 yang sebaya adik ni dalam proses pembelajaran...kalau tak pernah di bawa langsung ke masjid, bilanyer diorang nak belajar dan merasa situasi dan suasana aktiviti masjid...

    Dengan melihat dan menghadiri itukan secara tak langsung satu proses pembelajaran dalam mendidik anak2 mesra masjid....

    Semoga sikit hari lagi abang boleh tunjuk ajar adik dia pulak.. masa itu abang mungkin dah akhil baligh...kannn...

    Salam ramadhan dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Bunda. Sebelum terlewat, lebih baiklah kenalkan dia dengan masjid. At least dia tahulah serba sedikit. Kalau dah besar panjang baru nak suruh pergi masjid, memang nasiblah kalau anak nak mendengar kata. Kena didik sedari kecil lagi. Kalau tidak susahlah!

      Sekarang ni abang pun masih lagi nak main-main. Belum serius bila beribadah. Dah kata, 10 tahun tu patutnya dah tunjuk sikitlah sikap matang. Walaupun masih budak, jangan act terlalu kebudak-budakan sangat dengan adik! Masihlah tak faham ^_^

      Salam Ramadhan buat Bunda juga!

      Delete
  14. bila serious dengan daddy, nak loving, cari mummy. alahai, Adik cute. jangan kata daddy, orang belakang pun tak khusyuk solat kot tengok gelagat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tulah kira-kiranya. Dengan Daddy tak boleh nak bermanja sangat. Kena karate nanti! Hahaha!

      Setiap kali dia masuk masjid, orang dok perhati. Kata HD risau juga kalau dia buat orang lain jadi tak khusyuk juga!

      Delete
  15. Betullah MD nmpk adik cute ni dah tinggi besar betul..anak bila dh besar mesti kena ikut daddy solat dimasjid.anak bujang tersado kita sekarang lg dasyat..dh pergi teraweh n berbuka di masjid tau.walaupun tahu dia pegi masjid sedikit sebanyak sbb nak main..namanya budak2 kan...tp at least dia dekatkan diri dengan masjid.dh sgt matang pulak rasa aiman ni.abah dia pun kata bangga dia rajin kemasjid bulan puasa ni.huhu lgpun masjid sebelah rumah ni aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si bujang tersado tu pun lagi sikit nak sampai tinggi saya, PK. Si kecil ni pun boleh tahan tinggi juga tapi takdalah tinggi sangat. Mengapa ek bila tengok anak-anak dah besar, terasa sayu di hati?

      Nama pun budak-budak, PK. Anak-anak saya ni kurang bergaul. Jadi kalau ke masjid ikut Daddy, memang mengekor aje dengan Daddynya. Salah Mommy juga. Mommy pesan, jangan terlepas pandang Daddy. Ikut ke mana Daddy pergi! Hahaha!

      Delete
  16. hehe.. xleh byg camner HD control waktu adik cute tnya time solat tu.. biasa lah bdk2..bkn dia tahu pom..

    ye lah..ank lelaki..bila mkin besar..certain perkara mmg kna ayh y handle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddynya kenalah teruskan solat tapi biasalah tu, mesti tak boleh nak khusyuk dah bila anak tanya soalan macam tu! Nak buat-buat tak dengar pun payah jugakan!

      Anak-anak lelaki akak dah meningkat dewasa, memang tanggungjawab lebih kepada Daddy merekalah. Tapi sayu juga hati ni bila tengok anak-anak makin meninggi!

      Delete
  17. Mmg mcm anak Uzbeklah gambo adik pakai kopiah rambut ke depan tu..... Harus berebut anak dara sunti kat luar tu kang hihi....
    Yelah.... adik tu walaupun dah 5 tahun tp masih kategori budak sangat. Kalau ada geng tu mau dia main tu...
    Senanglah Kak Ton kan tak de anak pompuan boleh lepas diri sendiri, tak payah beriya nak tunggu anak siap bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami pun selalu cakap adik ni sebiji rupa Uzbek. Tapi kalau ditengok dari belakang bila mereka berjalan bertiga, memang semua ikut Daddylah. Abang itu aje macam rupa Mommy. Dari belakang tetap gaya Daddy juga! Huhuhu...

      Anak-anak saya ni tak mesra dengan budak-budak, lagi-lagi kalau mereka tak kenal. Itu ajelah baiknya. Bila dibawa ke masjid, mereka mengekor aje ke mana Daddy pergi. Yang tak bagusnya sebab kurang bergaullah. Tak tahu dah nak buat macamana supaya mereka mesra sikit dengan orang lain!

      Senang memang senang, Mak tapi dalam hati terasa sayu tau bila kita dah boleh 'lepas tangan' dengan anak-anak lelaki. Rasa macam diri keseorangan kembali gitu. Oh, sedihnya!

      Delete
  18. hihhih...rasanya mcm ni lah juga bila hero sy tu ikut Babahnya sholat Jumaat...kadang korek cerita depa dr sholat babahnya bgtau kadang sholat dendiam..kadang gerak sana sini juga...haha..
    takpelah, just biasakan depa dgn masjid kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan bila tahu apa kisahnya. Maklumlah kita takda di situ, jadi bila dengar cerita tu memang terasa nak gelak!

      Delete
  19. mmg anak lelaki terlebih manja dgn mak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyalah, Lyn. Anak-anak akak ni dua-dua pun sama perangai. Kalau nampak Mommynya macam nampak apa. Nak manja-manja aje kerjanya!

      Delete
  20. gituler kisahnyer anak2 kecikni.. akakni dari dulu gi terawih bawak dua orang budaktu... tapi selalunyer diaorang join budak2 punya grup... tuler tengok anak2 kalau ikut maktu macam2 kerenah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah anak-anak saya dua-dua pun lelaki. Bolehlah lepaskan sikit tanggungjawab tu kepada daddy mereka. Tapi, selagi mereka kecil macam si Adik Cute tu, memang saya tak berapa percayakan orang lain waima suami sendiri. 24-7 saya suruh mengekor saya. So, time pergi masjid ni memang susah juga hati kadang-kala sebab kena pantau mereka walaupun mereka takdalah nakal mana pun sebenarnya!

      Delete

Post a Comment