Bila ahkak balik kampung ...

Salam 1 Ramadhan kawan-kawan!

Hujung minggu lepas I sekeluarga balik ke kampung di Batu Pahat sempena nak masuk bulan puasa ni. Bukan nak berpuasa di kampung, saja-saja menjengah kampung katanya.

Maklumlah I ni memang liat sikit nak balik kampung sebab emak pun ada di KL. Kalau balik ke kampung pun, for surelah menginap di homestay rumah my Chik. Anak-anak sebenarnya suka kalau balik rumah MakChik mereka ni! I pun suka juga sebab nak pekena beriani power sekali lagi.

Kira ni hebat jugalah sebab selalunya setahun sekali balik kampung, itu pun masa Hari Raya Aidil Fitri. Kalau tidak, memang kita jadi cocoon kat KL ajelah! Tapi kali ni, baru balik sebulan lalu, dah balik lagi ^_^

So, bila orang Itali balik kampung sekali-sekala, kejakunan pun melanda. Dan, bila ada peluang, mulalah mengimbau kenangan silam katanya. Maklumlah, HD dan anak-anak bukan tau pun tentang kenangan silam I di Batu Pahat kecuali kalau I buka ceritalah ~_^

Ni gian snap gambar daerah kecintaan katanya...  


Nampak tak? 

Aha, jangan tak tahu berhampiran dengan my kampung ada Wet World okey ^_^ La ni, I tak tahulah ada lagi ke tidak Wet World ni sebab sekarang dah ada Glow Park pulak, ala-ala I-City gitu. Syok dating memalam kat sini tau tapi I tak pernah buat lagilah. Macam pelik pulak kalau balik kampung nak ke sini tau!  

Tempat ini di Tasik Merdeka namanya ^_^  

Dululah kan, I memang kerap lalu-lalang ikut pintu masuk ni sebab nak ke sekolah agama nun jauh ke dalam sana. Dari darjah 2 sampailah darjah 6 tau I bersekolah agama di sini (ahkak glamour, ahkak langkau kelas setahun masa bersekolah agama ni) Lepas tu sambung sekolah agama khas di Pesta namanya. Pesta tu nama tempat ya, bukan bersekolah sambil berpesta pulak! 

Tepi sebelah kiri (dalam gambar) ada tasik besar, itulah dia Tasik Merdeka. Dulu-dulu memang kawasan tasik ajelah, takda apa-apa tapi cantik juga, ada jambatan kayu, gazebo atas tasik dan sebagainya. 

Zaman tu tak mainlah selfie wefie bagai. Nak pegang kamera kompak pun mahal gila kot. Budak-budak sebaya I memang tak tahu apa itu media sosial ^_^ Masa tu I pun kecil lagi, masih di bangku sekolah rendah so tak pernahlah buat hal berdating kat sini pulak. Kalau balik dari sekolah agama tu, nampaklah ramai juga couple dok lepak-lepak. Kita balingkan batu aje dari kejauhan tau ^_^



Inilah antara tasiknya ya. Sekarang penuh dengan warna-warni lampu di malam hari. Dulu, kat tepi tasik nilah arwah abah berhentikan kereta untuk I tukar pakaian. Sekolah kebangsaan bertentangan dari tasik ni, so lepas habis sekolah, I akan menyeberangi jalan menuju ke kereta my abah dan tukar baju pengawas ke baju sekolah agama pulak. 

Teringat pulak kat Abang Jaffar, pengawal sekolah yang bertugas mengawal lalu-lintas nak bagi lepas anak-anak hingusan ni melintas jalan... Hidup lagi ke tidak abang ni ya. Masa tu kalau tak silap, Abang Jaffar ni dalam 20-anlah kot. Sweet aje orangnya dan baik sangat!

Akak free hair masa tu, baju pengawas pun skirt pendek ya. Asal nak ke sekolah agama aje, terus sarung baju kurung putih dan tudung. Compang-camping tudung dek tak reti pakai tapi kalau nampak budak lelaki, terus cepat-cepat betulkan tudung kasi cun sikit. Gatai ^_^


Kebanggaan orang Batu Pahat ~_^ You all yang bukan berasal dari Johor, silalah jangan terasa hati sangat dengan sikap suka membanggakan Johor my state ni ya. Hahaha!


Lupa pulak nak ambil papan tanda yang ada gambar TMJ. Sebaik HD nampak, tetiba aje terus mengesahkan memang beliau macam TMJ. Cuma katanya, muka TMJ chubby sangat, mukanya tidak sechubby itu. Indirectly, nak katalah yang beliau sebenarnya lebih ganteng daripada TMJ. Layankan ajelah... suami isteri memang suka memperasankan diri tau ~_^


Awatlah gambar ni pun nak ambil ni...

Jangan tak tahu, ada udang sebalik batu ni...

Ke mana pun pergi, logo yang satu tu dilupa jangan ~_^ 



Aha, nampak tak logo apa tu? Penting tau untuk anak-anak. Kalau nampak, tak memanggil-manggil untuk singgah memanglah tak boleh!



Tempat lepak kami sekeluarga kalau balik ke BP. Adakalanya, siap main shopping-shopping lagi kat sini... Pelik betul orang Kay El ni kadang-kala! 



Cantikkan... eh, gunung ke bukit ni? Part of Gunung Soga kot... 

Maklumlah ahkak ni kalau sebut bab Geografi memang gagal aje. Macamana boleh dapat A sepanjang belajar Geografi ni pun tak tahulah... 

Tengok ni tak berhenti-henti ahkak snap gambar bandar Batu Pahat yang menyimpan 1001 cerita dalam lipatan sejarah hidup ahkak tau..


Teringat suatu ketika dulu, di jalan ni ada KFC tau. Zaman dulu kalau nak pergi KFC, takut sungguh nak cakap dengan abah sebabnya abah tak suka kami makan 'ayam segera'. Sebut aje nak makan KFC, terus dibelinya seekor ayam lepas tu suruh emak goreng. Makanlah puas-puas ayam goreng kata abah!

Tapi dalam pada itu, anak perempuan bongsunya yang sungguh 'clever' ni sempat buat hal. Konon kata kat abah nak jumpa BFF kat KFC sebelum masing-masing masuk boarding school. Padahal nak pi berdating dengan cinta monyet. BFF  jadi orang tengah aje. 

Tapi, sungguh pun clever, my abah lagi bijak. Maklumlah dah makan garam dulukan. Abah kata biar abah pi hantar jumpa BFF, dan tunggu kami berdua makan sambil berborak di KFC tu dan lepas tu hantar my BFF balik! Aduh, terus cancel plan dating. End up my BFF kena mewakili I berdating dengan boyfriend kat sini. Hahaha! 


Hotel Katarina yang paling 'berprestij' di Batu Pahat suatu masa dulu. La ni tak tahulah, buruk nampaknya dah...



Tempat ni walaupun buruk, banyak kenangannya weyh...

Yang hujung sebelah kanan tu, yang nampak sipi-sipi aje dalam gambar dah terbengkalai sekarang ni. Inilah kedai bakeri di mana abah selalu beli roti untuk kami sekeluarga. Ingat lagi kesedapan kek marble di kedai bakeri ni. Kalau lalu aje jalan ni, bau rotinya alahai... 

Kalau jalan terus aje (nampak bangunan kuning) akan berjumpalah masjid Batu Pahat, sekolah tinggi Batu Pahat dan kalau terus lagi, boleh pergi Minyak Beku ya ^_^ Boleh juga singgah makan di Batu Pahat Beriani Power yang famous amos tu! I pernah tersesat sampai ke Minyak Beku kerana salah naik bas awam! 

Maklumlah dulu-dulu, pergi balik ke mana sahaja abah yang hantar tapi I ni 'gatai' juga. Nak try naik bas awam katanya walaupun abah tak beri. End up sesat kat kaki Minyak Beku padahal sekolah I di arah berlainan. Apalagi, I turun bas dan jalan kaki ke taman perumahan berdekatan. Berdebar kencang dada sebab takut sangat. Asal nampak budak sekolah (perempuan) berbasikal, I laju-laju ikut belakang sebab memang I tak tahu mana nak tuju ke sekolah I tau!

Nak telefon emak di rumah, takut emak risau. Nak cari public phone pun payah masa tu. Handphone Nokia 3310 pun belum muncul di pasaran tau! Ni kalau abah tau, mahu beliau memecut balik dari tempat kerja, risaukan anaknya. I pulak jadi risau - risau abah terburu-buru mencari dan risau kena marah dengan abah. Mahu 3H2M kena tazkirah! Dah tidur malam dan bangun pagi pun tazkirah tak habis tau!

Maka, I pun jalanlah sepantasnya tak toleh kiri-kanan. Takut memang takut tapi nak buat apa lagi. Sampailah nampak satu bas sekolah. Terus naik dengan penuh mengah. Bila apek driver bas sekolah tu tanya,

Lu sekolah mana?

TIGS!

Lu sesat ke? Tak pernah nampak pun!

Taklah, baru pindah sini! Bapa saya tak sempat nak cari bas sekolahlah!

Hehehe....

Nasib baik zaman itu tak mewah dengan kes culik, kes budak hilang, kes van putih,  kes rogol and etc. Kalau tak, tak tahulah apa nasib ahkak tau. Sunyi sepi bawah kaki jalan ke Minyak Beku tu. Yang ada cuma construction site ajelah... Kecut perut kalau ingat-ingatkan! Itu pun sampailah abah dan meninggal, I tak pernah cerita pun. Cerita kat emak aje bertahun lepas tu, lepas dah bekerja ^_^ 

Meh, tengok lagi gambar Batu Pahat yang tak setenang dan sesunyi seperti zaman I kecil dulu ya...




Berhampiran kawasan ni ada satu panggung wayang Odeon kalau tak silap. Orang BP  taulah, ada pejabat pos Batu Pahat kat sini. Inilah panggung tempat kami adik beradik menonton wayang. Setiap kali ada cerita best (selalunya my abangkakak pilih nak tengok cerita Hindustan...) my second brother akan pergi beli tiket wayang untuk kami adik beradik.

Kami yang bawah-bawah ni, menunggulah kat tangga depan rumah. Bila nampak abang turun dari bas depan rumah, kami pun bertepuk tangan gembira. Abang pulak masa tu jugalah nak tunjuk tiket dalam tangan. Apalagi, bersoraklah sebab dapat tengok wayang! Bukan senang nak keluar rumah kalau tak sungguh. Abah memang very strict. I ni sendiri sampai habis sekolah menengah tak pernah dibenarkan keluar sendiri. Hanya boleh keluar ikut abah dan emak, arwah abang sulung ataupun Ngah, Chik atau Teh. Kalau tidak, duduk rumah aje senyap-senyap tengok kartun!

Abah akan hantar dua trip kalau kereta tak muat. Hantar kakak-kakak dan adik beradik lelaki dulu. Kemudian baru hantar yang bawah-bawah ni termasuk I ^_^ Nanti sampai panggung, abah 'meninjau kawasan' dalam panggung dulu. Disusun anak-anaknya, yang lelaki jadi bodyguard paling hujung. Kalau kebetulan sebelah hujung yang my eldest sister (Ngah) duduk ada penonton lelaki, abah siap minta izin lagi nak tukar tempat duduk supaya Ngah boleh duduk sebelah perempuan! Hahaha!

Nanti habis wayang, abah dah tunggu depan kereta dengan berbaju Melayu, bersongkok dan berkain pelekat, baru balik masjid ^_^ Memang tak sempatlah my kakak-kakak nak dating ke apa. Takda peluang langsung!

Nostalgia sungguh tau zaman dulu-dulu ni...
   

 
 Banyak sungguhlah kenangannya Batu Pahat ni. Jauh tersemat dalam hati. La ni, dah jadi orang Itali dah I ni... Tak sangka pulak boleh terlupakan tempat jatuh bangun gitu...

Sampai pukul 4 pagi dok berborak dengan HD tentang kenangan zaman kanak-kanak tau. Walaupun tak cukup tidur, seronoknya bukan main dapat berkongsi kisah dengan kekasih hati sekali-kala katanya...

Eh, panjang dah ni!

Itu yang tak boleh balik kampung selalu. Mulalah nostalgia menggamit-gamit hati untuk dikenang tau ~_^
     

    


 



  


Comments

  1. Mahu 1001 malam tak habis cerita kampung Batu Pahat ko tu MD..
    Bercerita dengan HD pun dah sampai 4 pagi hahhaha..

    Mahu tak menggamit kenangan MD..
    Kalau nak diceritakan boleh buat novel lah..
    CH pun pernah bercita-cita nak buat kisah kampung ..
    Macam novel tu " Aku Budang Lenggong" hahha
    Ofis mate CH lah tu..
    Seronok baca novel dia tu..

    Memang gatai ko ye MD..
    Kecik2 dah ada boyfreind hahhaa..
    Mujur lah abah ko lebih clever dari anak nya..
    tak pasal2 kawan ganti utk dating nya..
    Penyudahnya boyfreind hang tu kawin ke dgn BFF tu hihihi..

    Alah nak ucapkan..
    Selamat berpuasa MD dan keluarga..
    dah melalut jugak mengomen..
    konon nak komen yg baik2 ajer ..
    Sekali tu terumpat pulak kih kih kih..
    kan kan kan tu malas nak komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setuju sangat kalau boleh dinovelkan kisah kampung nikan,CH. Apa kata kita buat beramai-ramai, kisah kampung masing-masing ^_^

      Ingatnya nak buat part by part. Cukup 100 part, meletuplah blog ni. Hahaha!

      Alah, asyik dok tengok couple dating kat Tasik Merdeka, teringin jugalah nak merasa cinta monyet tu apa. Tapi masa tu tak lepas lagi, bawah umur sesangat. Kita uplah keinginan bila dah masuk sekolah menengah. Lagi-lagi sekolah perempuan semuanya, memang 'gatai'nya tu lain macam. Asal nampak cikgu lelaki pun dah gatal semacam! Kasihan kalau ada cikgu pelatih lelaki masuk sekolah kita orang tau!

      Oh, tak! BFF tu loyal sampailah ni jadi BFF cumanya jaranglah contact sebab masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Yang boyfriend cinta monyet tu dah kahwin dengan anak jiran sebelah rumahnya aje! Hahaha!

      Yalah, CH. Bulan puasa komen harus yang baik-baik aje. Biar panjang takpa, asalkan yang baik-baik ajelah ya~_^

      Delete
  2. Ohmai ohmai! rindu nya batu pahat.. =D

    aina pernah duduk parit raja tahun 2006 sampai la tahun 2009. Summit n Bp Mall tu tempat main main je org kata. Nasb baik masa tu square one baru mula bertapak.. tak sempat nak jd hakakk kawasan.=P

    Dulu wet world tu macam x bernyawa. Huhuhu nasib baik diorg membaik pulih.. baru nampak mengancammm sikit batu pahat ni kannnn.

    Oh btw, teringat beriani gam dia. Hmmm mmg thorbaik tiada lawan kata org. =D Sebelum terlupa nak ucapkan Selamat berpuasa buat MD sekeluarga.! Pejam celik pejam celik da pertengahan tahun rupanya.. MD tema raya kaler apa tahun ni.? Hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang Summit dah tak serupa Summit dah... Akak selalu pergi Square One aje sekarang ni. BP Mall ni jarang sangat akak terjah.

      Hah, tulah! Siapa nak pergi Wet World kat sini. Itu pun akak rasa akak pernahlah termasuk sekali ^_^ Dengan anak-anak tak pernahlah. Sekarang dah ada Glow Park, Aina. Memalam aje berglow-glow cahaya ~_^

      Beriani gam kat Taman Soga tu memang terbaiklah. Kalau balik BP tak makan beriani, macam tak sah aje aktiviti makan-makan tau!

      Ya, Salam Ramadhan untuk Aina dan suami ~_^ Kami empat beranak memang tak pernah bertema, Aina. Ikut suka hatilah masing-masing nak pakai kaler apa di pagi raya!

      Delete
  3. seronokkan MD sesekali dapat mengimbau kenangan zaman kecik2 dulu, nostalgia sangat, takpe nak bangga dengan johor pun,mestilah kita bangga dengan tempat kelahiran kitakan, tapi HD tu bukan main perasan dia ye macam TMJ,tapi mestilah lagi hensem dari TMJ kan...hehehe

    ye dulu2 takdelah takut sangat bab2 van putih apa semua tu kan, kalau sekarang nih,diingat2 balik memang seram rasanyakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali balik kampung memang best tapi tak tahulah kenapa saya jarang balik ke kampung. Bukan jauh pun sebenarnya. Mungkin juga sebab emak saya ada di KL jadi tak tahu nak buat apa bila balik ^_^

      Betul tu. Dulu-dulu tak takut sangat tapi sekarang ni nak lepaskan anak macam-macam difikirkan dek kepala!

      Delete
  4. Wow ini betul2 mengimbau kenangan..byk kisah zaman kanak2 riang ye..yg tak boleh blah tu rajin snap gmbar..yelah kenangan kan..sy biasa klu balik kmpg tak teringat pulak nk snap n bercerita kisah silam.ntilah lain kali balik boleh snap byk2 n tiru buat entry.hahahaha

    Isk apa la MD ni klu sy walaupun mak dah takde tetap rindu nk blik kmpg..sbb nilah..byk kenangan zaman kita membesar..walaupun jarang balik juga..tp tak la smp setahun sekali.kira belum lupa daratanlah sy ni macam org itali tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cerita kampung tu apalagi yang keluar dalam ingatan, PK... Dah tentu-tentulah kisah zaman kanak-kanak. Zaman belia muda-mudi dah duduk di KL dah saya ni. Sejak itulah aktiviti 'balik kampung' bermula. Dulu sebelum berkahwin rajin tau balik sebab tak tahu nak buat apa kat KLkan. Sebulan kurang-kurang 2x balik tapi sekarang ni setahun 2x aje ^_^

      Delete
  5. wah panjang lebar MD kalau bercerita pasal kampong kan
    memang orang Batu Pahat dapat jadi pencerita terbaik dan terpanjang
    kalau lah ada yang menganjurkan siapa boleh cerita kisah BP cepat2 kaknoor angkat tangan dan tunjuk pada MD sbb bakat yang terserlah tu hehe
    so far kaknoor belum lagi sampai BP or paling mudah Johor lah
    tapi Singapore sampai pulak pelik tapi benar

    btw selaamt berpuasa dari kaknoor ya
    agak2 hari ni berbuka kat luar ke ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Kalau sesekali balik kampung, ceritanya panjang lebar. Tak tahu mana nak letak noktah, KakNoor ^_^

      Eh, saya punya bakat berceloteh aje. Kalau nak masuk-masuk pertandingan ni tak lepaslah KakNoor. Hahaha!

      Ngelatlah KakNoor ni. Singapore dia mai, Johor tak mai-mai lagi. Malaysia dah datang belum ni? Hehehe...

      Selamat berpuasa KakNoor.

      Tak, misi berpuasa kali ini ialah makan di rumah sahaja. Pasar Ramadhan pun tak mahu jejak!

      Delete
  6. Banyak betul ceritanya hal kampong lamannya yer... rasa2nya kalau dah masuk waktu berbuka atau imsak pun tak sedar ni... ha ha... yelah kan memori lama mana boleh lupa...

    Apa pun selamat bersahur dihari kedua ramadhan dan selamat berpuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayakan penulis novel, Bunda ^_^ Kalau menulis entri memang tak sedar diri dah ^_^

      Selamat berpuasa buat Bunda sekeluarga juga!

      Delete
  7. eh saya tak terasa hati pun baca kisah BP ni..
    seronok pulak rasanya..maklumlah orang tak pernah sampai Johor
    boleh lah jakun mendengar coloteh MD ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa. ya ke tak pernah sampai BP? Tapi ya tak ya juga... BP ada apa sebenarnya yerk untuk dilawati? Makan-makan ajelah. Saya ni kalau balik kampung, window shopping ~_^ Hahaha!

      Delete
  8. Hmm... baru ingat kampung ye MD
    Tengoklah macamana hebatnya kampung kan. Gambar TMJ tu sempena kembara mahkota hari itu sebenarnya. Merata di negeri kita tau:)

    Selamat menjalankan ibadah puasa dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kak, saya walaupun jarang balik kampung, semangat cintakan negeri Johor tetap menebal dalam diri. Sama tebal dengan lemak badan. Hahaha!

      Selamat berpuasa juga buat akak sekeluarga!

      Delete
  9. seronoknya baca..saya dah lama tak ke batu pahat...adalah berapa tahun lepas, atas urusan kerja.stay kat hotel katerina yang vogue de vas tu..sweetkan bila diingat kenangan tengok wayang semua tu, tapi bab sesat paling win..ni nak kena buat gak lah, edisi 'Ampang' pulak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, pernalah duduk kat Katerina tu ya! Tak terjumpa hantu ke Sal? Hahaha!

      Zaman kanak-kanak mana ada yang tak sweet untuk dikenangkan, Sal. Kalau sekali mengimbau, memang tak habis-habislah cerita yang keluar nanti!

      Hah! Jomlah buat beramai-ramai tapi bab kampungku di Ampang tu macam tak berapa vogue pulak. Hahaha!

      Delete
  10. Nani pernah sekali jejak Batu Pahat ni masa kenduri kahwin makcik dekat sana. Hehehe. Sekali sekala balik habis dijelajah satu BP ke kak? Hehehe. Seronok kan bila pergi balik tempat dulu2 memang boleh menggamit balik kenangan dan nostalgia lama. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah kira-kiranya, Nani. Nanti lain kali kalau balik BP dah dapat jelajah lagi, akak up lagi novel dari kampung halaman ya! Banyak lagi ni tak cover ^_^

      Oh, bab pengalaman dan kenangan tu memanglah banyak untuk dikenang Nani! Adakalanya jadi terharu pulak. Yalah, tempat lahirkan! Saat-saat terindah zaman kanak-kanak dan alam persekolahan semuanyalah di sini!

      Delete
  11. alamak..tak pernah sampai ke Batu Pahat lg MD...teringin gak nak kesana..mcm best jer...Luaskan Kuasa mu JOHOR... hahaha.. pernah smpi kt Muar tahun 2013.. byk kenangan MD kat sini kan, patut lah bila balik banyak nostalgia nk dikenang..part nak dating tak jadi tu, sy tolong gelak ya.. hahaha..clever sgt! hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sampai, bolehlah roger. Singgah rumah Chik saya ^_^ Hahaha, adatlahkan kalau jumpa orang Johor. Mereka memang over!

      Ahah, kalau nak tahu, boyfriend tak jadi selama 10 tahun tu asalnya dari Sandakan, Sabah ya, Atie ^_^

      Delete
    2. lagi nak tambah gelak..hahaha..klu tak dah berjiran kitak.. ohh Sandakan.. takde jodoh...

      Delete
    3. Hahaha! Kalau tak, memang dah berjiranlah kita ^_^

      Delete
  12. mmg pjg bila cerita pasal negeri sendiri..
    Lyn masa pergi JB hari tu tak sempat explore semua tempat..
    tau pergi JPO jer.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulahkan. Satu bandar pun tak sempat nak cover semua. Banyak lagi tak cerita ni. Nantikanlah pada masa mendatang akak berceloteh lagi ^_^

      Delete
  13. Mengimbau kenangan lama nampak...hehehe... Memang best citer pasal kampung kan. Kita weekend haritu pon balik kampung. Kg pandan jer. Tapi jalan sesak betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Itu pasal tak boleh balik kampung selalu! Banyak sangat kenangan especially cinta monyet. Huahaha!

      Siapalah tak suka kampung sendirikan tapi nak buat macamana. Bila dah dilanda kemodenan mulalah lupa daratan (macam saya) *_*

      Aduh! Tak boleh blahlah statement balik kampung di Kg Pandan ni!

      Delete
  14. tu dia panjang lebar cerita daerah kesayangannyatu.. tapi yeler nak bagitaukan kalau orang ada kampungni gitulah kalau sekali2 balik tu mengimbau kenangan kecik2 dulu.. kampung akak tak berapa nak berubah lagi.. kiranya semuapun cam dulu lagi tapi yang pinggiran kampungtu dulu hutan sekarangni dah jadi bandar baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali Cho bila balik kampung. Kononnya nak jadi macam Cholah tapi tak reti nak berkisah tentang sejarah Batu Pahat. Hahaha!

      Kampung saya banyak dah berubah. Dulu jalanraya depan rumah kecil dan dua lanes aje tapi sekarang dah 3 lanes. Dulu-dulu depan rumah kilang sagu (busuk gila) sekarang ni kilang besar dan stesen minyak pulak dah ambil tempat!

      Delete
  15. MD ,BP daerah kelahiran akak.Semua tempat kat bandar BP jadi nostalgia pada akak...rindu nyaaa masa itu.Akak dulu form six kat SDBL sebelum dpt hostel kena sewa rumah dekat dgn stadium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Kak Saniah pun orang BPlah kiranya! Kalau macam tu kita berkongsi kenangan lebih kurang samalah, kak ya!

      Abang saya nombor dua bersekolah di SDBL. Lepas tu boleh pulak mengajar di SDBL juga!

      Saya mulanya di Convent BP, lepas tu pergi ke TIGS. Lepas Form 3 baru masuk boarding school.

      Delete
  16. byk kenangan bila diingat balik kan.
    betul tu zaman kanakkanak kita x mcm skrg. mcm mcm kes dok ade. lagi lah risau
    tgk lah arwah abah md kawal anakanak kan. mmg pantau sungguh. cara org dlu jaga anak anak.
    kagum

    spnjng dok johor bp sy tak sempat pergi. cik suami ade la pergi. urusan kerja.

    ps/ any idea, mcm mana nk ambil gambargambar tu. dh puas mikir. msh buntu. mana mau cr spare part ganti lcd nya. kedai servis repair byk xda brgnya. centr plak dh bungkus. nasib badan betullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kanak-kanak kita rasa safe sangatkan, Ciksu. Makpak walaupun tak takut benda macam zaman sekarang ni tetap juga kawal ketat pergerakan anak-anak. Kita pun takut pada makpak dan hormat more daripada budak sekarang ni saya rasa tau!

      CikSu tak boleh transfer terus ke lepas ganti bateri handphone tu?

      Delete
  17. Eleh....mak tak hairan pun yg mahkota tu....kat Muo pun ada tau!

    Wahhhh mmg mengimbau nostalgia betul tu nampaknya. Kalah penulis novel tau!

    Amboi kecik kecik pun dah pandai nak berdating ye....Spesis gatal ni nampaknya hihi... Mmg betullah org tua ni lebih dulu makan garam dpd kita, dapat je baca tipu muslihat anak dia hihi...

    Kak Ton pernah tak terjumpa pak we kat BP tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, jealouslah tu! Kalau tak jealous, tak komen macam ni punya ~_^

      Almaklumlah, Kak Ton memang pun penulis - penulis pojok ^_^

      Kecik apanya, Mak! Masa tu 15 tahun tau. Emak saya masa 15 tahun dah kahwin dah dengan bapa saya. Umur 17 tahun dah ada anak satu. Kiranya dah besarlah kalau kita balik ke zaman makpak kita. Kalau sekarang aje nak kahwin umur 15 tahun ,kena boo! Hahaha!

      Oh, alahai! Dia asalnya dari Sabah. Kak Ton cinta monyet dari usia 15 sampai 24 tahun, Mak oi. Last-last masing-masing cari cinta baru. Kah3x.

      Delete
  18. rindulah pulak dgn batu pahat . saya benda yg tak boleh lupa sampai la ni adalah bila naik bas . saya ni kecil molek je . bila naik bas coastal ( kalau tak salah eja ) nak gi batu pahat atau balik dari batu pahat , paling susah hati bila bab nak tekan loceng . tak sampai you . ada satu kes tu sampai terlajak tapi masih kat pekan lagilah . Selalunya terjinjit-jinjit kaki nak tekan loceng . kekadang tu minta tolong org utk tekankan loceng . my kawan sempat gelak tapi tak le nak tolong tekan loceng tu ... geram le juga ... kenangan sungguh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, nak gelak boleh tak Vee?

      Sorrylah ya ~_^

      Kalau dulu kita rasa kesusahan tapi bila dikenang balik boleh jadi cerita kelakar pulak. Teringat pada makcik saya. Dia kalau naik bas tak main tekan loceng. Dijerit aje kat driver bas suruh berhenti kat destinasi mahunya. Nasib baik orang tua. Kalau orang muda buat macam tu, memang nak minta kena lepuklah tu!

      Delete

Post a Comment