Aktiviti anak-anak di kampung

Salam 2 Ramadhan kawan-kawan!

Bulan puasa ni memang takdalah cerita makan-makan ya, gambar makanan apatah lagi. Demi menghormati bulan puasa dan kawan-kawan yang berpuasa. Walaupun katanya kita ni dah besar panjang, dah tua bangka, sekadar gambar makanan tak menjejaskan air liur pun, lebih baiklah I tak tepek gambar-gambar makanan di bulan puasa ni...

By the way, sahur hari pertama my hubby cuma menghabiskan saki-baki spaghetti carbonara yang I buat untuk dinner hari sebelumnya. Untuk Bubbly Abang, dia request burger dengan dua chicken patties! And for me, cuma minum Milo dan makan sebiji kurma aje!

Untuk berbuka semalam, I masak sepenuhnya ~ terung goreng bercili, ikan masak kari kering dan ayam goreng. Kuah-kuah ni takut tak habis makan so I tak masaklah. Untuk mem, sekadar telur goreng+bawang+cili merah dan ikan bilis goreng+bawang+cili padi. Nikmat dah for me walaupun segala bawang tu I susun elok-elok tepi pinggan ^_^ Sediakan sejug air sirap bandung dan seteko teh panas. Cukup dah, takdanya nak top up dengan kuih-muih, takut tak habis nanti membazir pulak!

Untuk sahur semalam, ingatnya nak buat mi goreng tapi again bila ditanya, si abang request burger again (with chicken pulak...) HD cuma nak makan roti dengan telur hancur aje. Alahai, senang benar kerja den! I, as usuallah makan sebiji kurma. Bagus juga macam ni.... 

Cerita balik kampung belum habis lagi ya ~_^

Seronok pulak rasanya bila sesekali balik kampung ni walaupun nak balik tu, niatnya cuma muncul sekali-sekala aje ^_^

Kali ni balik kampung sekadar menjengah my Chik sekeluarga aje. Chik ni kalau di hari biasa tinggal bertiga aje dengan anak-anaknya. My abang ipar dah beberapa tahun meninggal dunia. 

So, bila ada sesiapa yang balik ke kampung, memang riuhlah sikit rumah Chik. Memangnya kami kalau balik pun tak tuju ke mana. Rumah Mak di sebelah dah lama bertutup. Nak masuk pun ngeri! Makin lama, nampak makin kecil pulak rumah emak. Ke kami ni yang semakin tua membesar? Garu kepala pulak bila tengok rumah emak, macamana ya kami 10 beradik boleh tinggal bersama dengan penuh gembira masa tu?

Selalu buat joke bengang dengan emak. My emak ni dah banyak lupa, usia pun dah 79 tahun. Kalau emak sibuk nak balik kampung, nak balik ke rumahnya, kami pun kata kat emak, rumahnya dah ada penyewa!

Mak pun tanyalah siapa yang bagi sewa? Macamana kalau emak jatuh sakit nanti nak balik rumah sendiri?

Kita jawablah ~ sewa tak payah bayar kat segala jenis hantu ^_^

Pun emak tak gelak sebab emak tak faham pun dah! Hehehe...

Baru-baru ni balik kampung, si kecil ni sibuk menolong cuci kereta. Entahlah tolong mencuci kereta ke atau tolong membazir air kat rumah MakChik, tak dapat pulak nak dibezakan...

Kalau di KL memang kita tak cuci sendirilah, rumah atas langit. So, lebih baik hantar ke car wash bila kerajinan menerpa. Sesekali balik kampung, bolehlah berlagak macam pencuci kereta pulak ^_^

Tengoklah betapa gembiranya si Adik Cute ni...







Bubbly Abang lebih teruja dengan main game di smartphone. Itulah kerjanya 24-7. Sakit dah tekak I ni menjerit dan melarang. Kata aje nak berubah, tapi selalu tinggal kata-kata aje!

Bila I panggil ajak tolong adik dan Daddy cuci kereta, keluarlah sekejap. Tapi, niatnya bukan nak menolong, saja aje nak mendengki si adik... 




Biasalah mereka berdua ni, mana boleh bertemu roma ^_^   

Lama-lama bila tak tahan dengar Adik Cute merengek, menjerit dan bergasak dengan si abangnya, I suruhlah abang masuk sambung main game semula! Letih dengar mereka bertekak tau.

Tiba-tiba si abang keluar balik nak exercise kononnya. Dah, berlari-larilah pula dua beradik ni keliling rumah MakChik yang luas ni. Berpeluh-peluh sakan. Lepas tu terdengar lagi si adik menjerit dan merengek.

Ah, sudah budak berdua ni!

Adiknya merajuk sebab asyik dia aje yang kalah, asyik abang aje yang menang bila 'lawan berlari'! Gitu-gitu ajelah anak-anak ni. Nasib baiklah dua aje. Kalau empat, lima, enam mahu pun sepuluh, memang kerja pitam ajelah Mommy mereka!

Memang begitulah my anak-anak. Kalau nak bermain atau buat apa sekali pun, nak buat bersama-sama tapi lepas tu mereka bertekak dua beradik. Memang kena tahan telingalah selalu...

Tapi, kalau sunyi-sepi tak buat bising pun, tak seronok juga hidupkan! 

      

 

    


Comments

  1. saya pun sama, pagi td makan telur goreng saja dgn sayur. cukup nikmat rasanya.

    rajin adik cute mencuci kereta, bolehlah tlg aunty yg femalas ni
    eh! mummuy jgn marah ye

    rumah atas langit? langit ke berapa agaknya tu

    biasa anak2, kalau tak menyakat, menjerit bukan budak2 namanya. anak2 saya pun begitu. skrg sorg duduk rumah opah dia sbb cuti sekolah sunyi sikit menjeritnya. kalau tidak dengan saya2 sekali menambah jeritan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi simple, lagi nikmat rasanyakan. Atau pun mungkin sebab kita dah tua. Hahaha!

      Adik memang rajinlah berbanding abang tapi kalau malasnya datang, main mengarah aje kerjanya!

      Langit ke-7! Rumah tinggi mananya nak basuh keretakan. Tak kuasa tau!

      Kalau anak-anak bising kita bingit telinga, tapi bila tak bising, kita rasa pelik pulakkan!

      Delete
  2. Comel adek nie basuh kete.. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik tengah rajin. Lagi pun Adik tak pernah basuh kereta sebelum ni ^_^

      Delete
  3. Pg tari kami sahur nasi goren aje.semalam teluq mata..ikan bilis goteng ngan sambal ketuk je..menu buka semalam masak nasi aje lauk semua beli.habis pulak sekoq ayam golek.haha..

    Hari ni smbut annivesary berkemungkinan besar tak msk lg la buka.semenrsra en suami cuti kita ambil kesempatan.nti dh kerja kena la juga masak sb dh tak kuasa nk ke bazar.ketaq kaki bawak perut nk jalan2 ni.posa pun berbaring ajelah dr pg smp ptg.haha

    Biasalah tu yg tak sama jantina kt rumah ni pun kitlra bertekak aje..ni klu dua superheroes tu memang faham la cmna keadaan cerianya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan yang simple-simple aje lagi sedap sebenarnya, PK. Hari ni pun menu untuk anak-anak dan suami dah siap difikirkan. Tapi bab saya ni terasa macam nak buat sambal tumis telur hancur pulak... Bagus betullah Ramadhan kali ni. Demand tak mengada-ngada sangat!

      Delete
  4. Pagi tadi nyaris iols tak sahur kak.. Huhuhu kalau tak krook krook la perut pepagi. Nasb baik pkul 5.15 pak mertua call. Kaaahh! Tp iols pun ok je klu sahur x makan byk.. kurma 3 biji n air pun da kenyang.. Rezeki skit la puasa kedua ni smpt sahur n da siap masak sup sayur mlm td.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa.. baru dua hari dah tak sedar sahur ke, dik? Kasihan alahai. Nasib baik pak mertua prihatin tau. Kalau tidak, memang berlapar extralah hari ni berpuasa. Kalau lapar sangat tu bukan apa, nanti nafsu nak membeli bermaharajalela bila nampak makanan pelbagai jenis!

      Delete
  5. Luasnya kawasan rumah tu, suka kakcik tengok. :)

    Kisahnya petang Ramadhan pertama semalam, kakcik masak dan seperti biasa rajin benar pulak 'merasa' asam garam masakan berkali-kali. Dah siap masak baru teringat yang diri sedang berpuasa!

    Eh...kakcik suka tau makan bawang goreng yang digoreng sama ada bersana ikan bilis atau ditabur atas telur... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah anak-anak gembira bermain di luar. Kalau di KL ni memang Mommy tak beri lampu hijaulah nak main di luar. Kalau nak, main kat padang, Mommy teman! Hahaha!

      Untunglah Kakcik tanpa sengaja. Bukan main beria-ia merasa makanan ya!

      Saya pun semalam dalam pada buka tutup peti sejuk tengok dalam freezer nampak tinggal sebatang aiskrim anak-anak ni. Teringin pulak nak makan. Nasib baiklah tetiba teringat tengah berpuasa! Kalau tidak selamat dah aiskrim!

      Saya tak makan bawang, Kakcik. Sebab itulah HD pelik benar saya suka letak bawang banyak-banyak dalam apa jua masakan tapi lepas tu tak makan!

      Delete
  6. CH sahur tadi menghabiskan kari ikan dan tomyam semalamnya..
    Anak2 goreng telur kicap dengan ikan bilis goreng..
    sayur kangkung goreng dan sambal sardin..
    itu yg dimintanya..
    tengok bertambah makan..
    senang hati mama memasaknya..
    wlpn pukul 4 pagi dah bangun :)

    Teringin nak tengok rumah mak MD yg kata dah "Sewakan" tu..
    selalu baca kat entri jer..
    tak dapat nak bayangkan..

    Budak2 dah jejak tanah itulah kerjanya MD..
    Macam nabil semalam lah..
    Tarawih ambil 8 rakaat..
    Lepas tu boleh main bola kat masjid tu..
    Ada jer dapat geng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masak cukup-cukup makan aje untuk berbuka, CH. Sebab memang tahu dah takda siapa nak mengulang makan. Kalau dibawa ke sahur, memang tersadai ajelah atas meja. Saya pun plan masa sahur makan yang mudah-mudah aje, janji perut beralas. Si abang tu saya suruh makan kurma tapi tak nak. Katanya tak tahan rasa kurma yang manis tu. Kalau gula-gula, tahan pulak manisnya!

      Dah buruk rumah emak saya tu, CH. Rasanya sejak 2,3 tahun kebelakangan ni memang kami tak masuk langsung ke rumah emak. Kalau balik kampung pun ke rumah Chik aje. Nasib baiklah rumah Chik tu besar dan luas, senang sikitlah adik beradik datang menumpang tidur!

      Anak saya si abang tu pun komplen. Semalam sebab dah janjikan nak beli burger McD lepas tarawikh, itu yang datang rajinnya!

      Delete
  7. Salam ramadhan MD.windunyaaa


    Bestnya balik kg. kemain lg bahagia dorang cuci kereta ye?

    Eh nmpk menu MD sama cam menu kegemaran LM.sama je.. Letak bawamg tp susun tepi pinggan. Td goreng bilis letak bawang gak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tahu pun rindu! Kenapa tak rajin singgah bergosip? Hahaha!

      Lama betul tak nampak LM datang sini tau! Dok fikir juga kenapalah agaknya. Sibuk ya!

      Yang simple tu yang sedap, LM. Muka tekak dah tua kot. Hehehe! Petang ni untuk saya rasa-rasa macam nak buat sambal telur hancurlah!

      Delete
  8. Kalau luas macam ini halaman memang puaslah MD. Kat tanah kampung memang macam inilah puas nak cuci kereta (ala... adik tu main air sebenarnya), nak jogging pun boleh (abg saja dengki adiklah tu), nak rehat semua best kan..

    Bila nak balik penuhkan bonet kereta:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah! Kerja nak berjogging aje si abang ni, kak! Maklumlah kalau kat rumah nak berjogging kena pergi taman!

      Rumah emak saya pun kalau semua adik beradik balik dah macam tempat jual kereta aje kekdahnya! Memang seronoklah kat kampung ni sebab tanah luas. Memang hebatlah nak berjimba! Tak terfikir pulak nak ber BBQ dan sebagainya!

      Aha, kak! Itu yang susah. Rumah kakak saya ni 'kering-kontang'. Nampak tak tanam bunga pun macam segan-segan bunga nak tumbuh. Nak bawa balik macam-macam dari kampung tak dapatlah gamaknya!

      Delete
  9. Nani baca ayam goreng pun dah terbayang bayang. Hahahahah. Bulan bulan puasa ni berbuka dengan telur pun dah rasa nikmat sangat kan. Nani awal awal puasa ni boleh lagi bersahur makan nasi, nanti dah hujung hujung ramadhan baru lah kurma aje yang jadi menunya. Hihi. Seronok ya abang dengan adik berlari lari, kawasan luar tu lapang haa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak cuba sedaya upaya tak nak beri orang terliur tau, Nani ^_^

      Betul tu, dapat nasi putih panas-panas, letak kicap, sambal belacan sikit, telur goreng dan ikan bilis goreng, marbelesnya, Nani oi!

      Delete
  10. Nampak gayanya ada kerajinan jugk tu MD siap masak utk berbuka..hahaha..sy smlm en suami yg masak, balik rumah siap2 hidang atas meja ja..:D
    bila sesekali balik kg, mau tak seronok..anak nak main luas..siap boleh cuci kereta skali ye..rajin adik..hihi.. biasalah MD adat adik beradik kan, kejap baik kejap gaduh... riuh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak memasak sebulan berpuasa ni, Atie. Nak membeli memang takda keinginanlah. Nak makan di luar, team makan makin berkurangan pulak bulan puasa ni!

      Untunglah suami masakkan! Kita ni kena masak sendiri tau. Berpeluh *tipuaje*

      Delete
  11. senangnya sahur simple jer..sama la kiter..anak anak nak susu+cococrunh..bapak plak roti..zee aje yang makan nasi..tak pekena nasi tak boleh, nanti badan mengigil..tapi lauk simple giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu sahur memang tak terliurlah nak makan macam-macam. Yang simple aje senang sikit nak telan. Saya kalau beberapa hari tak jumpa nasi, gigillah juga. Tapi kalau tak jumpa nasi masa sahur, boleh lagi.

      Delete
  12. sedang lapar apa pun ok je kan MD
    hatta telur goreng je
    bulan puasa bukan bulan utk kita bermewah2 ye dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, KakNoor. Itulah saya kata, kalau masa berpuasa ni air paip pun nampak macam best. Hahaha!

      Delete
  13. Selalu MD sahur jarang masak...panaskan aja lauk yg dimasak ptgnya..
    rata2 rakan2 semua masak yg simple aja tuk sahur..
    seronoknya 2 beradik tu cuci kereta..selalunya byk bergurau sja
    sesekali dpt main air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk berbuka, saya masak cukup-cukup makan untuk berempat. Takda simpan lauk dah. Sahur nanti cerita lain. Tapi, takdalah nak main masak-masak bersungguh di pagi hari tukan. Apa adalah buat alas perut sepanjang hari berpuasa.

      Delete
  14. seronok la anak2 dapat balik kampung. atuk nenek pun bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahagia mereka ni kalau dapat balik kampung. Maklumlah bukan senang nak balik ke kampung halaman Mommy mereka ni. Kampung halaman Daddy lagilah!

      Delete
  15. seronokkan sesekali berada dikampung,anak2 pun lebih gembira banyak aktiviti boleh dibuat.

    hai sama saja anak2 ni kan, bila dekat mesti ada je yang nak digaduhkan, bila jauh teringat pula. saya ni pun hari2 menjadi tarzan dengan anak2 ni, tapi bulan puasa ni slow sikitlah volumenya ni hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bolehlah juga distract mereka daripada dok pegang gadjet aje. Kalau di KL ni semua nak kena berteman dengan Mommy. Mommynyakan superfreaking mak!

      Itulah, kalau dekat asyik nak bertekak tapi kalau tak jumpa pandai pulak rindu!

      Delete
  16. oh ni kiranya gambar kat kampung.. awat tak tepek gambar rumah mak... yerler sayang kan rumah kalau ditinggalkan...
    anak2 mmg kalau yang pompuanni dua orang bergaduhjer tiap masa nikan lelaki yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah emak saya di sebelah rumah kakak aje. Memang kat kampung ni masing-masing duduk sendirian. Sebelah kanan rumah kakak pun rumah tinggal. Sebelah kiri rumah emak, pun rumah pusaka tapi dibaikpulih anak-anak dan dijadikan macam homestay, siap kolam mandi dan dewan makan lagi. Gempak betul kampung saya sekarang ni, Cho! Menempuh arus kemodenan kata omputih!

      Biasalah adik beradik memang begitu. Kalau tak bertekak bila bersama, bukan adik beradiklah tu ^_^

      Delete
  17. Aduhai tersenyum akak sendirian bila baca cerita MD kata dah sewakan rumah kat hantu tu...ada2 aje MD ni:-).
    Rumah Chik MD luas seronoklah anak2 bermain ya...kalau ada empat ke sepuloh anak abang dgn adek pun dah besar....MD tak pening2 dah masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takut kak tengok rumah emak tu sekarang. Seram aje tau kalau tengok especially bila nak Maghrib. Lain macam rasanya! Kan jiran saya yang tengah buat rumah ada kata pekerja Indonnya kata memalam bukan main 'ramai orang' turun mandi kat kolam renang yang mereka sedang bina! Aha, akak tak takut ke kalau dengar macam tu? Hahaha!

      Wah, kak! Saya ni rasanya tak layaklah jadi emak anak sepuluh. Terbiar anak-anak nanti ^_^

      Delete
  18. Orang yang jarang masak ada bakat terpendam masak.. kawan saya pernah cakap. Kalau kes saya, tak tepatla istilah tu.. sebab mmg jarang masak sebab xreti masak. Tahu satu dua menu.je, lepas seminggu mula bosan..

    Samalah kita.. seronok balik kg hjg mgu aritu. Saya balik lima hari, mmg mcm2 la yang dibuat kat kg.. budak berdua tu, bertuah sangat.. anak anak kita bertuah maksud saya, sebab masih dpaat merasa suasana kampung di rumah nenek atau saudara. Saya mengenangkan kawan2 yang dah tak ada ibu ayah pasti suasana kalau balik kg pun terasa lain sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, siapa tu yang ada bakat terpendam? Saya ni satu bakat pun takda! Bakat berceloteh ajelah mungkin...

      Saya pun tetiba teringat nak balik, so mehlah kita cepat-cepat balik. Kalau tidak memang makan tahunlah baru balik kampung lagi.

      Betul tu, sekurang-kurangnya untung mereka ada rumah atok dan nenek. Macam saya ni rumah emak saya memang tak diduduki lagi tapi untung pulak sebab ada kakak buat rumah sebelah rumah emak!

      Delete
  19. kan. kan.kan. hihihi
    normal lah adik beradik bergurau senda. hiburkan hti mommy .
    sedap tu lauk ikanbilis letak kicap bawang cili padi. tak de lauk lain pon x pe dh.

    doakan supaya ummi rania dpt bgi rania adik pulak ye mommy hiks. kasik meriah sikit lagi rmah ni. rania skrg ni asal kita kedapur nk aje ngikut. dia tak betah nk ddk snsorng main dgnsegala mak nenek menannya. nak ade org temankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam tu. Kalau ada bersama, kecohnya tak tahu nak kata macamanalah, Ciksu. Memang bingit telinga. Tapi kalau salah seorang takda mulalah merindu. Mommynya pun rindu sama ^_^

      Bulan puasa kali ni nak makan yang simple-simple aje. Saya rasa selagi tak habis ikan bilis tu, selagi itulah saya goreng ikan bilis+bawang+cili padi.

      InsyaAllah! Mana tau ada rezeki Rania nak bermain dengan adik (-adik) ^_^

      Delete
  20. Kotnya kita terserempak kat highway Kak Ton hihi...
    Ohhh suami Chik dah meninggal ek...yelah balik rumah kakak yg dah tak bersuami senang sikitlah ek Kak Ton. Ambik mak ke Kak Ton?

    Syok rumah besar laman pun luas cenggitu.....biasalah Kak Ton adik beradik kejap baik kejap gaduh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan-jangan kita saling hon menghon gitu. Hahaha!

      3,4 tahun lepas kot abang ipar saya meninggal sebab sakit kanser. Tinggallah Chik dengan anak bujang ni. Buat masa ni adalah anak dara seorang kat rumah, menunggu masa nak bekerja.

      Rumah Chik memang besar. Maklumlah orang pencen memang duit semua buat rumah besar-besar. Rumah emak aje yang semakin kecil jadinya.

      Delete
  21. dpt balik kg, dpt tanah, syok lah bermain..
    mmg puas lah main lari2.. klu kt kl kan payah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali Mommy mereka teringat kampung halaman, merekalah yang untung. Bebas ke hulu ke hilir tanpa pengawasan. Kalau tak, setiap masa nak diawasi dek Mommy!

      Delete

Post a Comment