Salam 8 Ramadhan kawan-kawan!
Marilah tengok gaya orang yang kehilangan idea nak berceloteh ya ~_^
Sebelum tu, as usual marilah kita recap apa yang dimasak untuk menu berbuka puasa tatkala tak berblog di hujung minggu ^_^
Tak ingat dah sebenarnya tapi untuk Jumaat hingga Ahad tu adalah I buat ayam masak bali, kari daging (lagi ^_^), tomyam, kuey teow goreng, ayam perap goreng, kentang+daging kisar, dan terung berempah. Itu ajelah yang ingat *_* Bukan menu sehari ya tapi untuk tiga hari berturut-turutlah!
Bab sahur pulak. Tak tahulah nak kata apa. Masuk minggu kedua berpuasa ni, sahur pun dah termangu tak tahu nak makan apa. Takda selera nak menjamu selera gitu. My anak bujang pagi tadi sahur biskut Oreo dan air Milo aje.
Setakat ni memang belum tinggal jejak lagi ke PARAM. Tak tahulah nak cari apa. Nak cari lauk-pauk di sana, tak mungkinlah. Walaupun I masak mungkin tak sesedap chef macam KakNoor, sekurang-kurangnya terjaminlah kebersihan. Lagipun hanya I yang tahu selera suami dan anak-anak ^_^
Kuih-muih belum terliur nak membeli. Kalau beli pun tak guna. Seisi rumah (kecuali I lagi...) tak minat kuih-muih ni. Lebih baiklah letak biskut Chipsmore atau Oreo dalam pinggan sebagai dessert, lagi laju anak-anak makan. Kalau letak kuih, memang mereka 'rasa' dengan hidung dulu baunya! Lepas tu tak nak makan!
Kisah yang paling syahdu bilamana I nak buat tofu bersos tiram. Plan sikit punya baik. Guarantee sedap gitu. Air liur pun dah meleleh! Bahan dah potong siap. Bila tiba nak potong tofunya, meleleh macam sos tomato ^_^ Nak goreng apakah kekdahnya macam tu! Cancellah plan! Terkempunan sampailah hari ni sebab lepas tu terus fobia nak buat tofu bersos tiram ^_^ I is takut menemui kegagalan lagi dengan si tofu lembut tu.
My mistakelah kot. I pi tercampak tofu tu dalam freezer. Lepas tu hari Jumaat pepagi subuh I dah keluarkan tofu tu...
Lain kalilah ya bila ada keberanian, kita bermain-main dengan tofu bersos tiram lagi ^_^
Well, pagi ni macam biasalah pukul 7 pagi I dah sampai di pejabat. Nak pergi breakfast macam selalu, bulan puasa pulak. Makanya I pun duduklah diam-diam dalam kereta sampai pukul 7.45 pagi bila pejabat dah buka.
Elok aje nak mulakan kerja dalam pukul 8.25 pagi dapat panggilan dari sekolah Bubbly Abang. Berderau darah bila si pemanggil tanya betul ke ni ibu kepada Luth Adam. Oh, my! Apa ke halnya pulak ni! Belum berbicara lanjut, muka I dah pucat! Maklumlah I ni cepat panik orangnya.
Rupanya kerani sekolah telefon. Ada dua budak perempuan ni mengadu katanya my anak minta tolong telefonkan emaknya sebab dia sakit perut. Again!
I pun beritahulah memang dia ada baju sukan spare dalam beg sekolah. Boleh tak kalau tolong passkan pada my anak kalau apa-apa hal. Nanti I datang ambil. I pun berlarilah beritahu bos nak keluar kejap ada kecemasan! Bos pun segera angguk-angguk kepala suruh blah cepat bila I beritahu sebab!
Bukan main pecut I melawan arus kesesakan jalanraya. Maklumlah orang bersesak nak masuk pejabat, I pulak nak balik rumah! Sampai di sekolah tengok lengang aje kawasan sekolah. Bilik darjah semuanya kosong. Rupa-rupanya perhimpunan tak habis lagi. I pun terus ke bilik guru nak minta tandatangan guru sebab nak bawa anak balik. Katanya mana-mana cikgu pun boleh. So, adalah terserempak dengan seorang cikgu lelaki ni, segeralah I minta tolong dan beritahu sebab.
Since cikgu tu tak kenal my anak, dia beritahulah semua murid masih di dewan sebab perhimpunan. I kata takpalah macam tu. I pergi ambil beg sekolahnya di kelas dulu. Tanpa I sedar, cikgu ni mengekor di belakang.
Terserempak pulak dengan seorang cikgu perempuan Cina. Dia pun tanya,
The one standing there is it your son?
I pun jenguk... Oh, yes! Yes!
I saw him standing alone there.
Okey, I ucap terima kasih dan baru perasan cikgu lelaki tadi ada di belakang. So, cikgu tu pun cakap,
Itu ke anak you?
Yeah, yeah! Thank you, teacher! I'll go and see him!
My anak dah pucat lesi menahan sakit perut.
I pun packed segala beg sekolah, buku sekolah dan ajak dia balik rumah!
Membebel jugalah tadi. Bukan apa... rasanya dah setiap tahun mesti akan jadi kes macam ni, sekali setahun! Aduhai, anak...
Katanya perut sakit masa perhimpunan. Dia pergi bilik air dan lepas tu rasa macam tak tahan. Nampak ada dua orang budak perempuan lalu, dia pun minta tolong pergi pejabat dan telefon me. Budak berdua itulah juga yang tolong ambilkan pakaian extra untuk diberikan padanya. Lepas dah tukar pakaian tetiba katanya perut memulas balik. Nasib baik Mommy datang!
Nasib baik Mommy datang! Kalau Mommy tak datang, macamana nak buat????
Aduhai! Aduhai! Mengucap panjang sambil urut dada dibuatnya!
Masalah sangat dengan si Bubbly Abang ni. Itulah cerewet makan sangat! Lepas tu dia memang tak tahan nak masuk bilik air kat sekolah Cina tu. I pun tak sanggup kalau tak terpaksa. Dan lagi satu, dia memang tak biasa tandas cangkung macam tu. Badan tu dahlah luarbiasa saiznya, maka memang tak selesalah nak mencangkung bagai!
HD tak usah ceritalah ya. Dalam emergency macam ni selalu aje telefon masuk voicemail. Pandailah tu nak mengelak kena pergi sekolah ambil anak dalam keadaan macam ni! Emak juga yang kena menggalas tanggungjawab sepenuhnya. Entah berapa kali I called, boleh pulak lepas dah ambil anak, HD whatsapp aje tanya kenapa!
Aduhai! Aduhai!
Dalam masa sejam I sampai ke pejabat semula! Baru nak duduk tetiba ada panggilan masuk. Nombor tak kenal ni biasanya malas I nak angkat. Tapi entah kenapa berat hati, angkat jugalah! Rupa-rupanya Laoshi kelas Bubbly Abang.
Dia tanya, my anak pergi sekolah ke tidak pagi ni. I kata ya tapi I dah ambil sebab dia sakit perut. So, Laoshi kata kawan-kawan sekelas Bubbly Abang mengadu kata my anak dah HILANG! Ini mesti kawan baik si abang yang selalu ambil berat ni, si Daniel!
Kata kawannya, pagi tadi masa perhimpunan dia ada tiba-tiba bila semua masuk kelas tengok my anak takda di kerusinya! I pun terpaksalah minta maaf dengan Laoshinya. Kata tadi masa I datang dia masih di dewan so I minta seorang guru lain turunkan tandatangan pada borang kebenaran keluar tu. Laoshinya kata itulah dia terus ke pejabat sekolah dan nampak borang kebenaran keluar tu!
Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu ni untuk diri sendiri...
Panjang umurnya!
Panjang umurnya!
Panjang umurnya serta mulia!
Serta mulia!
Serta mu-li-a.....
Duh! Semput I dibuatnya!

Semput pula aku membaca entri ni. Terasa kekelam kabutan itu .. 😜
ReplyDeleteHahaha! Kalau tak sampai semput, bukan karangan SPM MD lah nampak gayanya tau! Ini kes hilang idea nak menaip entri. Cuba datang time idea mencurah. Lagi nangis guling-guling ^_^
DeleteMD birthday ke hari ini? Kot ye memang bubbly abang bagi hadiah speciallah nampak gayanya. Bagi mummy kelam-kalibut ye:)
ReplyDeleteTakdalah, kak. Saja nak nyanyi lagu birthday. Beri hatilah tu sebab semua pun kita juga yang kena handle ^_^
DeleteAkak pun tu MD..
ReplyDeleteKalau dapat call dari sekolah anak2 ..
Mula lah panik..
Apa lah anak aku kat sekolah..
Teruk sakitnya..
Memang bagi tahu my staff nak keluar kejap..
Ambil anak..
Masalah juga yg MD..
Semuanya tandas cangkung..
Anak akak pun macam tu..
Kalau jumpa tandas cangkung punya lah takut..
Tak nakkkkk..
Nanti masuk longkang..
Dia kata lubang tandas tu longkang hahahha..
Mana tak risau bila tiba-tiba sekolah telefon tanya betul ke tidak kita ni emaknya. Aduhai... cuak gila dalam hati! Mulalah fikir bukan-bukan. Baik-baik tengah bergelak boleh tetiba muncung sedepa terus!
DeleteItulah pasalnya. Saiz badannya tu besar dan dia memang kekok kalau guna tandas cangkung ni. Tak reti nak bawa diri. Kalau tandas tu luas dan tak basah, mungkin lainlah ceritanya!
Kasihan ada, nak marah pun ada! Tak tahu nak kata macamana dah!
Meriahh hah makanan berbuka puasa tu. Hehehe. Setujuu masak sendiri jugak yang puas hati kan darpada membeli dekat PARAM tu. Kalau sahur memng lah tak tahu dah kadang2 nak makan apa. Nani dekat rumah ni dah dua hari sahur nasi goreng. Hahaha. Fuhh ! Semput jugak baca kisah akak yang kalut ke sekolah ni. Hehe. Tu sakit perut dah ok ke belum?
ReplyDeleteHujung-hujung minggu tu haruslah kerajinan jadi double, Nani. Tapi, malasnya nak keluar rumah! Nak beli barang basah pun malas. Pergi market berdekatan petang hari, memang jangan haraplah nak dapat bahan luarbiasakan! Hari ni ingat nak buat nasi ayam (resepi mudah dah kopipes) tapi tak tahulah jadi ke tidak. Kalau tak nasi ayam pun, ayam goreng tetap ada ^_^
DeleteTak memasal first day pergi sekolah boleh kena! Kenalah juga berdas-das ceramah dari Mommynya!
Dalam kata takde idea,punya lah panjang cerita MD.:-)
ReplyDeleteAkak pun masih belum membeli lagi kat bazar,masak sendiri je baik lauk atau kuih....ala kadar je MD.Tapi air pernah lah beli masa hantar anak akak balik asrama....biasalah air febret air katira.
Yalah akak faham beno perasaan mak2 ni bila dapat tepon dari sekolah bagai nak luruh jantung dibuatnya.
Ini namanya menaip entri setelah kehilangan mood menaip! Hahaha! Bayangkan ajelah kak ya kalau saya ada mood menaip entri. Memang semput orang dibuatnya tapi saya tetap tak serik menaip panjang berjela ^_^
DeleteTakda feeling pun nak membeli, kak. Saya buat sirap bandung tiba-tiba anak-anak saya kata lebih baiklah kita minum air teh, air ni rasanya luar biasa ^_^ Aduhai, kalau dah gitu caranya lebih baik kita buat air biasa-biasa ajelah. Air luarbiasa ni biasanya tak dapat response yang baik di rumah saya. Saya ajelah yang selalu syok sendiri tau!
memang lah, kalau cikgu sekolah telefon pasal anak2, mak2 macam kita ni mesti gabra. Saya pun pernah macam tu jugak. ada kes si abg taknak berak di toilet sekolah, dia beritahu cikgu sakit perut. satu lagi kes cikgu dtg ofis sbb si kakak 'bocor'.
ReplyDeleteTakutkan bila dapat panggilan dari sekolah. Macam-macam yang difikirkan bila cikgu sebut nama anak kita!
DeleteNi kes samalah. Geli nak mencangkung. Dahlah lantai basah sentiasa. Badan pun boleh tahan sado. Semuanya buat tak selesa.
Mmg risau kalau bab anak anak ni kan.
ReplyDeleteSangatlah risau. Asal namanya berkaitan dengan anak-anak, boleh buat luruh jantung!
DeleteHaha.. kelam kabut betul ya.. demi anak rela merempit.. mujur maknya jenis cekap..
ReplyDeleteSaya pn setakat ni masak lagi.. haha, tp kalau esk lusa penat entah mcm mana la.. arini jalan tak jam sukala saya merempit balik sempat sampai 6. 05. Masak menu mudah sempat lepak tgk tv lagi..
Takdalah cekap mana pun, AN ...
DeleteDah namanya anak, wajiblah kita usahakan juga segala apa yang patutkan! Berpeluh sejuk dalam kereta dok fikir tentang anak. Kasihankan anak. Dalam pada yang sama, geram juga dia buat hal lagi dan lagi! Tapi yalah, sakit perut pun bukan salah dia, bukan dia hendak pun.
Saya pun rajin memasak bulan puasa ni. Awal-awal hari tu tetap sama time sampai rumah, bulan puasa mahu pun tak bulan puasa. Tetiba dua hari ni jalan jem teruk, sampai rumah pukul 5.30 petang. Habislah lauk-pauk complicated memang tak dapat buat. Hahaha!
Eh.. tlupa pulak komen pasal menu MD.. Dah masak ayam bali ye.. tahniah sedap tu..
ReplyDeleteAhah! AN lah punya angkara. Tiba-tiba terfikir kalau masak ayam bali ni best juga. Saya ambil bahagian peha yang besar tu buat masak. Sedaplah AN. Boleh mengulang lagi. Tapi, tapi, tapi, anak bujang saya tak berapa suka. Mungkin dia boleh detect rasa belacan tu ^_^
DeleteAkak pun salute sngt kan MD ni tkde mood tkde idea tpi tulisan nya boleh buat satu buku masakan lah, kalau kaknoor mmg dah dpt 10 entry dh kLau pnjang mcm ni ish2 MD makan apa agak nya sampai begini bnyk idea kalau lah berjumpa depan2 tk taulah mmg tk sempt kaknoor nk mencelah
ReplyDeleteHahaha! Ini masa hilang idea, takda mood menaip entri katanya. Kalau ada idea mencurah, memang boleh buat novel KakNoor. Nak buat buku masakan tak bolehlah, tak lepas lagi. Kena berguru dengan KakNoor kurang-kurang 10 tahun. Hahaha!
DeleteKalau berjumpa depan-depan, saya bagilah peluang KakNoor bercakap. Sayakan perempuan Melayu terakhir, mestilah nak jaga kesopanan dan ketatasusilaan. Hahaha!
Yg baca pun semput kak! Dalam takde idea nak menaip..blh tahan panjang entry nya! Hahahahha.. tp opkos la kak kalau libat kan anak.. mak mak mmg super kelam kabut n super panik. Hahaha adoi HD pun xde sensitiviti langsung nak call balik. Main wasap2 je ye..
ReplyDeleteMD ayam bali sedap nya! resepi plishhh.. hihihhi =D
Trademark akaklah tu nak bagi orang semput ^_^
DeleteMak-mak macam kita orang ni memang selalu macam ni kelam-kabut. Kata ajelah supermak tapi bila ada hal kecemasan macam ni, dialah yang panik dulu!
Ada seorang blogger suggest tetiba aje teringat. Akak pun goole resepilah Aina ^_^
teringin pula nak berbuka dengan menu macam koey teow sup atau sup sup lain.
ReplyDeletebila ank semakin membesar akan hadapi pula kes kes macam ni di bulan puasa...anak saya masih belum ke sekolah kecil lagi
Itulah, akak ni pun nak buat mi sup, sup ayam dan etc.etc. tapi sampai la ni hanya tinggal kenangan sahaja! Hehehe!
DeleteTakpalah, puasa panjang lagi! Lain kali kita buatlah ya ^_^
Biasalah anak-anak. Adakalanya buat sesuatu yang unpredictable buat kita. Kenalah menghadapinya dah namanya anak sendiri. Kalau anak orang lain, boleh juga kita buat derk aje ^_^
anak saya si adam tu pun pernah sakit perut disekolah, aduhhh terpaksalah ayahnya ke sekolah menghantar baju. sekali disekolah agama sekali disekolah kebangsaan, disekolah kebangsaan tu,cikgu yang carikan baju utk dia,al-kisah dia dah beritahu nak ke toilet cikgu tak bagi keluar suruh tunggu habis mengajar sekali hmmm...faham2 lah, lepas tu cikgulah carikan baju...eh terpanjang komen pulak pasal anak sendiri
ReplyDeletedalam hilang idea tu mencurah2 juga bahan penulisan MD nih, sedapnya resepi yang dimasak, saya memang simple2 je masak sebab suami cuma makan kuih saja bila berbuka.
Anak saya ni kira juaralah. Tiap tahun mesti ada sekali sakit perut macam ni. Selalunya dapat diselamatkan oleh supermaknya ni. Dulu pun masa di Tahun 1 dia takut nak cakap sebab si abang ni nampak aje sado tapi hati kecil! Sekarang dah pandai cakap tapi masih tak dapat kawal dengan baik. Hahaha!
DeleteSaya memang macam ni. Kalau saya kata takda idea, memang susah orang nak percaya. Kalau jumpa pun saya tak tahulah, rasanya saya aje yang bercakap tak berhenti, takda peluang orang nak bercakap!
Haishhhh...terbayang5 tofu. Pernah masak sekali jer. Sebab teringin nak makan. Sedap. Skang rasa macam nak masak tofu...ngeee...
ReplyDeleteMemang scary klo dapat call dariskolah/nursery anak2. Sian bubbly abang.
Sedapkan tofu bersos tiram. Terbayang-bayang juga tapi tak berani nak beli tofu dah ^_^ Lain kalilah nampaknya bila keberanian muncul!
DeleteTiba-tiba sakit perut memulas padahal masa pergi sekolah pagi tu elok aje. Harapnya takdalah kejadian macam ni lagi.
tarik nafas baca entry ni... mmg terasa kelam kabut tuh..
ReplyDeleteabg sakit perut sbb gastric ker kak??
Dia takda gastrik tapi itulah kalau cerewet sangat makan, perut sensitif yang amat. Tak tahulah apa puncanya.
DeleteGitulah kalau bulan pose ni, silap makan sikit dah sakit perut. Kesian Bubbly abg menahan sakit perut. Balik rumah tu abg cirit birit ke Kak Ton? Ke sekali tu aje bernya.
ReplyDeleteTulah nasib kita Kak Ton, selalu syok sendiri....Tapi mak kalau dah teringin nak makan, apa kira mak syok sendiri ke apa, mak buat jugak makanan tu demi memenuhi tekak mak hihi....Nak tunggu diaorang suka entah bila....
Tak de rezeki le nak makan tofu sos tiram ek.... Budak budak makan ke tu?
Betul tu. Kalau perut jenis tak tahan, janganlah cuba-cuba makan makanan yang tak biasa. Bubbly Abang ni kan cerewet makan, entah apa silapnya. Dia ni kalau silap sikit pun boleh jadi sakit perut. Risau juga kalau-kalau kena gastrik pulak sebab kalau tak dimasakkan apa yang dia biasa makan, memang dia tak makanlah jawabnya. Lepas pi belasah makanan entah apa-apa!
DeleteItulah Mak, kita memang senasib. Sebab itulah kita kekal berjiran. Selalu sangat syok sendiri bab cuba resepi baru ni. Kalau tak kita yang perabihkan, memang tersadailah jawabnya. Kalau tak teringin takpa juga. Ni teringinlah alahai nak juga makan!
Tofu tu emak budak yang nak!
Salah mkn ke atau x mkn masuk angin tu MD?aritu pun gitu gak kan? Baiknya kwn dia siap paskan baju lg.siannye abg.mujur MD blh keluar..
ReplyDeleteSalah minum, LM ^_^ Dahlah cerewet, degil pulak tu. Kadang-kadang kita kata jangan terlampau sangat minum air sedap tapi tak mahu dengar. Bila tak dengar inilah akibatnya. Bukannya kita tak bagi tapi kadang-kala kasihan tengok dia merengek nak minta minum. Lagi-lagi di bulan puasa ni. Diberi salah, tak beri rasa bersalah pulak!
Delete