JJCM : Rosdet Tomyam

Salam 26 Syaaban kawan-kawan!

JJCM lagilah kita ya!

Bukan apa. Ni sebenarnya cerita lama tapi dok terperap dalam draft sebab masa tu musim mengawan malas menular dalam diri!

Sebenarnya banyak kali dah I ke Rosdet Tomyam selepas puas membaca kisah-kisah makan di sini di blog kawan-kawan. Cuma masa ni aje sempat nak snap gambar sebab tak ramai orang pun di sana ketika itu.

Fakta dah banyak lupa maka kita tengok gambar ajelah ya ~_^







Makanannya memang sedaplah pada tekak I. Padanlah Kakcik dan Ciksu pun suka ^_^

Dek kerana I pun suka, sudah banyak kalilah kami mengulang makan di Rosdet Tomyam ni. Asal sedap aje, mestilah nak ulang banyak kalikan, tak gitu? 

Anak-anak pun suka makan di sini termasuklah HD juga. Well, kalau nak tau, HD ni more Malaysian than me, okey ^_^

Itu ajelah nak cerita. Nak bagi clear draft makanan yang ada. Minggu depan dah masuk Ramadhan. Tak tahulah nak berstory-mory apa pulak...

Nah belanja gambar my anak-anak bujang tersado dan tercomel sealam maya katanya ~_^


    
 Jumpa lagi lepas entri ni yerk ^_^
 


Comments

  1. semua makanan lazat-lazat nampaknya
    mujur tak puasa ganti hari ni

    eh MD, kalau nak mengawan skrg2 ni
    nti dah puasa...penat.hahaha
    awal2 entry lg bikin saya gelaklah awak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ini memang nak kena saman malu tau! Asyik gelakkan kita aje ^_^

      Itulah nak bagi clear gambar-gambar makanan supaya bulan puasa tak payah cerita JJCM yang entah apa-apa tu! Tapi I is penat tengok gambar makanan dalam draft! Bukan apa, sebab banyak fakta dah terlupa. Ambil gambar kat mana pun dah lupa. Keh3x!

      Delete
  2. Acik memang teringat MD tulis kat blog HD tu peminat tomyam kan..memang patut la bila sedap ulang banyak kali pi kedai tu kan MD.
    Makin besa adik cute dah nmpk mcm ikut muka abang encem pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga sebenarnya tak pekena tomyam, Acik. Oh, terlanjur Acik dah ingatkan, rasanya hari pertama berbuka puasa nanti nak buat tomyamlah ^_^

      Delete
  3. Menu pertama tu apa ya? nampak sangat sedap...

    Sebenarnya bila jadi blogger ni kena " tebal muka" tau amik gambar makanan, walaupun org keliling pandang...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Dah lupalah DZ apa ke nama menunya. Saya ni selalunya order ayam goreng kunyit untuk anak bujang tapi kalau tengok gambar tak nampak pulak macam ayam goreng kunyit :(

      Saya masih pemalu lagilah, DZ ~_^

      Delete
  4. Air kuning tu...aduh...memikat sungguh.Kalau bulan puasa tengok...bahaya..bahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekat betul tau jusnya. Memamglah kalau dah bulan puasa tu, nampak air paip pun terliur, Lea ^_^

      Delete
  5. kakkkkkkkkkkkkkk kalo pic ni ko up mase puase mauuu hentok2 pale kat dinding aku tahan meroyan kak haahahahaahah...tu le kak, rosdet ni pemes kan..ramai ckp sedap...tapi takde peluang lagi nak rase ke sane.... tomyam ni kalo sedap, mmg sanggup kite repeat dtg....susah gak nak cari yg betul2 sedap.....mcm kat p utrjaya ni kebykkannye pakai pes...tak suke...suke yg kuah jernih sebab bahan semua buat sendiri dan asli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah gigil-gigil hari nak keluarkan picture makanan tau. Bulan puasa nanti takda dah kisah makan-makan. Hehehe!

      Wat hantok kepala kat dinding... hantok kat simen ler... ^_^

      Rosdet ni memang antara yang sedaplah makanannya. Harga pun okey. Servis pun takdalah kelam-kelibut.

      Delete
  6. Wah..menarik ni..
    Bnyk kali MD pegi tu, sedap la tu kan.. blh la nk try.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedap memang repeat banyak kalilah, Ira. Kalau tak sedap memang komplen memanjang aje dalam blog ^_^

      Delete
  7. Ehh entry ni pun pendek jugak ^_~ Hehehe. Aduhh gambar pertama pun dah buat perut lapar *padahal baru lepas lunch* Hahaha ! Sedapnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni mood akak menaip entri pendek. Kalau ikutkan hati nak taip entri lagi. Kalau dah 2,3 tiga entri pendek, panjang jugalah jadinyakan, Nani ^_^

      Delete
  8. Kak Ton Rosdet Tom Yam ni kat belah mana? Sedap sangat ke? Teringin pulak nak try weyh....

    Apa kebenda nama menu atas tu Kak Ton? Padprik ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, susah Kak Ton nak beri tunjuk ajar bab-bab jalan ni. Kalau ke Kg Bahru ni memang Kak Ton takdalah memandu, Mak! Jalannya sempit. Nak cari parking siksa. Tapi nasib baik Kak Ton datang awal. Suruh HD masuk parking RM5 kat depan restoran, aman sikit dunia!

      Laa...Kak Ton lupalah nama menu tu. Ayam goreng halia ke apa ek. Ayam goreng kunyit macam tak mungkin ajelah! Lupalah Mak! Entri dah lama perap buat pekasam!

      Delete
    2. Jalan sempit? Huh....nampaknya mmg tak mungkin pergilah jawabnya

      Delete
    3. Alamak! Kak Ton konpius dah... Sorry ya, Mak! Yang ada parking RM5 tu di Chop N Steak. Kat Rosdet ni ada parking free juga depan restoran tapi kalau time peak hours tu tak dapatlah nak menolongnya!

      Jalan kat Kg Bahru memanglah sempit ya amat, Mak! Idaklah Kak Ton nak drive kat sini!

      Delete
  9. nampak sedap semua menu2 tu..MD pun suka kesini ye, biasa saya baca dekat blog ciksu je pasal rosdet nih, ciksu tu pun suka ke sini..

    hai kalau saya nak kesini taktahulah bila pulak sebab jauh dari klang..hahaha pada hal tak jauh sangat pun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh terimalah makanan di Rosdet ni. Saya pun diperkenalkan oleh Ciksulah. Sejak tu mulalah asal ke Kh Bahru aje nak pergi Rosdet tapi selalu aje tersasar ke restoran lain ^_^ But then, banyak kali dah sampai sini!

      Oh, bab makan tentu tak rasa jauh tau!

      Delete
  10. Nampak lazat2 ja mkanan nya MD... mau nya tak repeat makn kat sini...hihi.. HD dah lebih Malaysian dari MD.. good! hahhaa... takdelah pening nak cari makan apa, ye dak? hihi.. hero2 maintain hensem & comel, gebu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga makanan kat Rosdet ni, Atie. Kalau Atie nak try, mahal sikitlah campur duit kapaltebang ke sinikan ~_^

      HD memang macam tu. Kita ni minat western food, HD pulak minat tomyamlah, nasi gorenglah, roti canailah....

      Delete
  11. eh apa ni! tu aje ke?
    tetiba dah habis...belum panas enjin lagi ni wei

    eh MD, yang kuah tomyam tu dok zoom sampai gitu, dah ke
    nak suh kitorang nengok apa dalam tu?
    nak kata ada ikan berenang, tak nampak pula
    confuse saya ni sambil kopek jerawat kat hidung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zoom ada maknalah tu ^_^ Nak pastikan tiada imbasan rupa paras di dalamnya. Hahaha!

      Ish, melampaulah besan ni sesekali datang sini! Tang bila pulak ikan berenang dalam kuah tomyam! Ni mesti rajin buat tomyam ikan kat rumah ni....

      Delete
  12. Owhh patut macan ompernah dengar nama restorennya..rupanya sama restoren dengan yg ciksue suka pegi tu..memang nmpk makanan dia je dah menggoda..tomyam mesti mabelas kan..HD peminat tomyam klu tak salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikSulah yang memperkenalkan restoran ni pada saya. Ingatnya di bulan puasa ni nak juga ke sini tapi setahu saya tempat ni memang padatlah. Kita dok diam-diam berbuka di rumah ajelah gamaknya!

      Delete
  13. kat mane ni kak??
    nampak sedap jer. lepas raya baru boleh terjah if dekat lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Kg Bharu. Packed restoran ni selalunya sebab sedaplah tu.

      Delete

Post a Comment