Thursday, June 16, 2016

Kad raya pertama ^_^

Salam 11 Ramadhan kawan-kawan!

Hari ni kita masuk tajuk dulu ek ~_^ Nak meroyan, tengoklah mood di penghujung cerita nanti!

Excited punya pasalkan. Maklumlah sekarang ni bukan mudah nak dapat kad raya. Kalau dapat ucapan pun semuanya di media sosial. Maka, bila dapat satu buat pertama kalinya untuk tahun ni, tentulah teruja sampai penuh bintang kejora berkerlipan di pandangan mata ~_^

Masuk-masuk aje di pejabat pagi ni, terus ternampak sekeping sampul di atas meja kerja. Tengok tulisan macam kenal ^_^ Kebetulan semalam baca satu blog kawan ni, dia pi minta alamat si kawan tu. Walaupun dia tak minta my alamat (my alamat memang dia dah tahulah sebab pernah dapat something from her before this), I rasa macam dia nak buat sesuatu aje untuk kawan-kawannya; termasuklah I sekali ~_^ Hahaha... MD memang kuat perasan! Bukan ada kena mengena pun dengan dia tapi perasannya walla weyh *_*

Ini dia kad pertama ...


Maklumlah, blogger ni antara yang pertama 'masuk meminang' my anak bujang tercomel; kira rapat jugalah di alam maya sampai boleh 'bertepuk-bertampar' tanpa batasan. Ya tak, YY? (Kalau jawapannya tak, I cancel registration masuk meminang dua tahun lepas tau! I open registration untuk bakal menantu baru ^_^) 

I dulu-dulu tersuka melepak di blog YY ni sebab anak daranya. Maklumlah bakal menantuku comel katanya. Kenalah pantau hari-hari, kalau tidak takut dirampas dek budak lelaki lain pulak ^_^

Blogger Yana Yani ni siapa yang tak kenal. Kalau menulis memang skema habis, kalah reporter bertauliah tau. Cukup syaratlah semua 'karangan' yang ditulisnya. Pendekata kalau sit for UPSR, memang dapat A++++ bab penulisan. Dia tak rajin merapu macam I tapi kalau sekali datang mengomen, memang masalah besarlah I nak membalas komennya. Hahaha!

La ni dah jarang nampak kelibat emak anak dua ni. Sibuk gamaknya. Rindu pulak nak berceloteh dengannya sambil bertepuk-bertampar kasar-kasar! 

Tapikan YY (kalau ada datang membacalah ya!), biasa-biasanya I tengok kawan-kawan blogger muda belaka ni, asal senyap aje, mesti tambah ahli keluarga. Tak gitu, Fiza? Hahaha...

Kesimpulannya, janganlah bertapa lama-lama ya, Mak! Takut tempias aje walaupun katanya operasi 'kilang' dah lama tutup! Opssss... memang kena 'serbuk' juga I dengan jiran sebelah ni. Asal nak mengata aje, mesti sipi-sipi dia yang kena! I am sorry! Bulan puasa tak boleh menyinga marahkan jiran yang bersopan-santun dan penuh dengan ketatasusilaan ni ~_^

Eh! Merapu jauh benar pulak!

Entri ni tentang apa ya? Lupa pulak dah...

Aha, pasal kad raya pertama aje. Haruslah concentrate tentang itu aje patutnya. Oh, ya, tengok di bawah ni...


Sila-silakanlah buat sesuatu kalau termampu demi membantu mereka yang memerlukan ya.

Buat 'Kak' YanaYani, terimakasihlah kerana 'kenang daku dalam doamu'. Sampai lagi kad raya tahun ni ya. Balasannya tu tak tahulah 'Kak' YanaYani, mampu terhantar ke tidak. Bulan puasa ni 'Dik' MD malas keluar rumah katanya, dia sibuk memasak ~_^

Nanti kirim salam pada bakal menantu, si Aisyah, Afif dan juga YourChintaHati dengan ucapan, 'Bila nak bawa jalan-jalan pergi KLCC?' Hahaha!

P.S. Jangan terpedayalah dengan panggilan manja 'kakak' dan 'adik' ni. Faktanya I memang lebih tua daripada YY sebabnya dia ni sepanjang zaman maintain aje umur 13 tahun tau! I pulak maintain 31! 

Hahaha! Kena tipu lagi ~_^ 
   

 

  

 

48 comments:

  1. Wahh dapat kad raya dah. Syoklah kak. Zaman sekarang memang dah tak ramai yang guna kad macam ni kan, selalu orang bagi e-card atau pun bagi ucapan aje dekat media sosial. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu aje ni pun, Nani tapi kecohnya macam dapat seguni ^_^

      Sekarang zaman dah berubah. Kalau dulu seronok dapat kad raya. Siap berlumba lagi siapa yang dapat banyak, dialah yang paling glamour/ramai kawan. Sekarang ni dapat satu pun gembira juga sebab bukan senang nak dapat!

      Delete
  2. Wah gembira sungguh dapat kad hari raya ya MD apatah lagi dengan bakal besan kan...
    Sekarang ni memang dah payah tengok kad2 hari raya...teringat zaman muda remaja dulu ,banyaknya dapat kad ketika nk raya.:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gembira, Kak Saniah! Bukan mudah nak dapat kad raya hantar pos macam ni ^_^

      Tak tahu dah nak cari kat mana kad raya sekarang ni. Tak tahu pun masih ada lagi orang yang jual kad raya!

      Delete
  3. zaman skrg kalau dpt kad raya dah kira rare la tu...
    best kan kalau dapat kad raya, lelagi kalau dapat kad raya kartun yg lawak2 tu...itu mmg saya suka...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rare, kan! Bukan mudah nak dapat kad raya macam dulu-dulu. Kalau dulu seguni dapat baru best. Sekarang ni dapat satu pun bestnya alahai!

      Delete
  4. Rajin Yana buat kad raya sendiri
    Itu dana di pohon jgn lupa MD.
    Ingatan dari sahabat buat sahabat inilah salah satu caranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, itulah! Tengah keep in mind. Senang nanti boleh transfer ^_^

      Delete
  5. Kad raya dah kira rare skrg ni MD..
    Kalau dpt mcm nak lompat bintang ek.

    CH pun mcm diminta juga alamat oleh YY ni..
    Entah2 ini juga something yg hendak diberi kot 😊😆

    Ehhhh rupanya nak berbesan dgn YY ni ye..
    Elok lah tu perhatikan menantu awak tu dari skrg MD..
    Kumpul2 kan duit hantaran barang 50 ribu ye..
    Cukup tak YY 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rare sangat, CH. Siapa yang rajin nak pergi cari kad raya dan pergi pos... Saya memang malaslah. Hahaha!

      Ahah, dari blog CH lah tu saya dapat agak YY ni tengah buat something. Saya agak ajelah mungkin saya termasuk sama sebab sayakan bakal besan katanya ~_^

      Dia nak 1 juta, CH!

      Tapi saya tak kisah sangat. Tak kata pun nak dalam Malaysian Ringgit. So saya bantailah siapkan hantaran dalam rupiah ke, rupee ke. Hahaha!

      Delete
  6. Wah.. dah dapat kad raya dsh... tahniah.. baru jap tadi bunda masuk blog siapa ntah, lupa... pun dah dapat kad ... poskad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoklah Bunda sekarang ni kalau dapat kad raya macam ni. Orang zaman sekarang mana ada kerajinan lagi nak mengepos kad raya. Very rarelah. Saya sendiri malas!

      Delete
  7. kita dapat jugak!!tapi belum sempat buat entry. nak membalas, tak tau mana nak cari kad raya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Samalah alasan dengan akak juga. Akak lagi teruk. Malas nak pergi pos! Kasihan YY, dah dua tahun kot hantar kad raya tapi tak dapat balasan!

      Delete
  8. Nampak sangat excitednya tu, pagi2 lagi up entry. Dapat kad raya dari bakal besan katanya..
    Memang sekarang ni dah susah nak terima kad raya. Masa kan tidak yang menjualnya pun dah susah nak mencari kan MD.
    Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, maklumlah! Kena ambil hati bakal besan katanya walaupun dia yang meminang anak kita. Hahaha! Statement nak minta kena hempuk ^_^

      Saya pun tak tahulah nak cari di mana kad raya ni sekarang. Nak cari bunga api pun saya tak tahu. Hahaha!

      Delete
  9. ewah ewah ade orang dh awal awal dpt kad raye nya
    mmg susah sangat nk dpt.kad raya dh skrg ni kan.
    sampai kan pos buat promosi setem

    haaaa.. hahaha. okje pergi bertapa ke ? lama x nyinggah kesana..

    selamat berbuka mommy, msak ape hri ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut juga dapat kad raya lagi tahun ni. Ingatkan dah takda siapa ingat nak hantar kad raya kat kita lagi :(

      Kadang-kadang dia keluar dari pertapaan bila penat duduk bersila. Kadang-kadang dia bertapa berhari-hari lamanya sempena nak mengumpul lemak untuk buat juadah hari raya. Hahaha!

      Delete
  10. baguslah..hidupkan semula tradisi hantar kad raya. lecehnya tu nak beratur ke PO. tabik ler yg rajin menghantar kad raya. zaman alam maya ni bukan semua orang mampu buat. tahniah MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takda yang meneruskan tradisi ni memang luputlah tak lama lagi, KakYon. Dulu-dulu zaman bujang, wajib hantar kad raya pada emak di kampung. La ni lama dah tak buat kerja macam tu!

      Delete
  11. untung nya MD dah dpt kad raya
    memang dah susah sekrang ni nak dpt kad raya
    kalau nak kena beli sendiri antar kat rumah sendiri
    itupun kalau dah kempunan tengok orang punya kad lah kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Akan datang kalau dah pupus kad raya tu, kenalah kita buat idea macam ni, KakNoor. Kalau tidak macamana nak gantung kad raya kat dinding. Ni kalau budak-budak sebaya anak-anak saya nampak kad raya bergantungan di dinding mesti mereka pelik. Deko apalah gamaknya Mommy mereka buat ~_^

      Delete
  12. wah, kad raya yang berinformasi gitu...setakat hari ini, saya belum menerima kad raya pun huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa! Takpa! Jangan sedih. Mana tahu last minute nanti dapat dari anak-anak murid!

      Kalau tak dapat pun takpa. Sekarang ni ramai dah yang tak dapat ^_^

      Delete
  13. wah bestnya dpt kad raya...
    lyn klu dpt pun surelah teruja.. bkn senang nak dpt kad raya zaman2 moden gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalkan! Bukan senang nak dapat kad raya di zaman penuh dengan teknologi terkini nih!

      Delete
  14. Lama dah tak tgk kad raya...hihi..wassap raya byk lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi memang pupus. Bila sampai kat turn my anak-anak, mesti mereka pelik tengok kad raya ni!

      Delete
  15. Klau dulu kad raya kita bole gantung/tampal kat dinding kn...
    skrg dh lain...rindunya saat itu
    dpt kad raya, bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau nak gantung kad kat dinding macam dulu-dulu, kenalah beli banyak-banyak kad raya dan hantar ke alamat rumah sendiri ^_^

      Delete
  16. Rindu zaman bdk² dgn remaja. Time tu mana ada send kad raya ikt sms ke whatsapp mcm skg. Dpt kad rayacm dpt apa entah.

    Meh MD bg ai add u. Ai bg sekeping kad raya nak?! Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu lebih meriah raya berbanding sekarang. Zaman dapat kad raya berguni pun dah lama berlalu. Kalau nak juga diulangi, silalah hantar ke alamat sendiri. Hehehe!

      Hahaha! Ni serius ke main-main ni? Nanti betul-betul beri alamat kang! Naya nak cari tukang jual kad raya!

      Delete
  17. Bestnya dapat kad raya ... mengimbau kenangan lama gitu. Aku baru dapat satu ja itupun dari Habib Jewel ...kad raya dgn sampul raya kosong, kalau dia bagi sekali dengan isi tak pe juga ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu bestkan. Tak merasalah budak-budak sekarang ni kemanisan bila berpuasa dan berhari raya macam zaman dulu-dulu. Sekarang raya dengan teknologi ajelah!

      Hahaha! Itu dia suruh bagi kat kawan-kawan ^_^

      Delete
  18. SUKANYA MD DPT KAD RAYA BAK KATA PANTUN 2 KERAT...PECAH KACA PECAH GELAS...DAH BACA HARAP BALAS...HEH..HEH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun tu dulu-dulu asyik dapat aje. Tapi masa tu rajinlah balas. Nanti ternanti-nanti pulakkan. La ni tak tahu nak balas macamana, kak!

      Delete
  19. seghonok dpt kad raya kan kak! Rare kot zaman skrg ni.. Huhuhuhu rasa nya aina last dpt kad raya zaman sekolah n diploma kot. Ish tetiba rasa tua..! Huhuhu... =P Tp nostalgia btul kad raya ni.. sampai skrg aina still simpan dlm kotak ajaib. muehehe bila baca balik gelak sensorang =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huish! Lain macam seronoknya sampai masuk blog. Kalau dulu baru dapat satu ni tak cerita dengan siapa-siapa. Malu kononnya sebab tak glamour. Hahaha!

      Akak bab-bab ni tak pulak rajin menyimpan, Aina!

      Delete
  20. dah lama i tak dapat card raya.
    even i tak bagi lagi card raya.
    nostalgia betul kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, Kak Yan. Saya pun dah lama tak hantar kad raya pada kawan-kawan dan taulan. Alhamdulillah, masih lagi ada yang sudi menghantar kad pada saya!

      Delete
  21. Untunglah dapat kad raya.. kita pun x dapat2 pn.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kasihannya! Tapi takpa. Majoriti memang tak dapat kad raya pun sekarang ni, Afif ^_^ Jangan sedih-sedih!

      Delete
  22. Mak pun dapat jugaklah.....hari Jumaat hari tu. Yelahkan lama tak dengar cite YY....bizi ler tu gamaknya. Tp mmglah Kak Ton kalau lama tak menulis, kita mmg jadi lemau tau....

    Adoi Kak Ton, bukan setakat kilang aje dah tutup...production pun lama tak berjalan ni haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tengah sibuklah tu. Maklumlah tak lama lagi dah nak raya. Lagilah sibuk. Diakan rajin buat kek bagai. Mesti tengah sengih-sengih buat kuih kat dapur tu ^_^

      Jangan ikutkan sangat kelemauan Mak nanti menjadi-jadi terus pencen berblogging katanya. Siapa yang susah?

      Kak Ton juga....

      Takda orang KakTon nak ngumpat tanpa rasa bersalah tau ~_^

      Delete
  23. lya pom baru trima dr YY..satu2nya kad raya y dpt kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan akak. Itulah satu-satunya kad raya yang diperolehi tahun ni!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...