Salam 5 Ramadhan kawan-kawan!
Sekejap betul alahai dah nak hujung minggu. Datang hari Ahad ni, dah seminggu kita berpuasa. Masa memang berlalu tersangat pantas sampai tak terkejar!
Pagi tadi bersahur dengan mi goreng lagi. Ingatnya nak buat nasi goreng daging kisar macam KakNoor tunjuk dalam blog tetapi tetiba aje malas pulak pagi ni ~_^
Untuk berbuka semalam pun terasa malas. Sebabnya barang basah dah almost habis. Kalau barang basah penuh pun termangu-mangu dok memikir nak masak apa, inikan pulak barang basah dah nak habis. Lagilah terkulat-kulat dok termenung sampai malas merasuk tubuh!
So kita end up habiskan kentang+ikan bilis goreng bercili tu dan gorenglah lagi apa-apa patut untuk anak dan suami. HD pulak minta gorengkan limpa dan paru. Oh, mak alahai! I tengok pun terasa nak loya-loya tekak. Nak suruh I memotong dan memasak! Oh, pitam ahkak nanti! End up HD yang masak sendiri ^_^ Sayang laki I ~_^
I minta HD siangkan saki-baki ikan pun tak tersiangnya. Makanya I masukkan balik dalam freezer. I memang tak siang ikan.Ngengada Geli!
Ingatnya nak buat tomyamlah semalam. Pes dah habis tapi I dah belasah pes tomyam my sister. Ngah kat kampung so dah dipesan, nanti kalau datang rumah ambil segala bawang dan apa-apa aje barangan yang tak tahan lama. So semalam I dan Bubby Abang bersekongkollah mengangkut segala benda percuma ^_^ Si Abang bukan main tahan nafas sebab kena angkut belacan! (Hahaha, belacan pun kuangkut juga! Melampau!)
Still, tak tahu nak masak apa!
Muak betul hari-hari kena tengok muka ayam, ikan, dan daging. Seafood kat rumah ni takda siapa yang makan kecuali I seorang. So, jangan gatal tangan ngengada nak campak kerang, sotong, udang etc. dalam menu masakan. Bukan seorang aje mencemik muka, tiga-tiga sekali tahu! Sebab itulah ikan (hanya beberapa jenis aje), ayam dan daging tu penting ada dalam freezer. Kalau tidak, I tak tahu nak masak apa ~_^
Berbalik kita kepada tajuk di atas (eh, macam nak berbahas pulak!) marilah dengar I berceloteh tentang my beloved superheroes ni...
Alhamdulillah, Bubbly Abang takdalah masalah nak berpuasa. Umur pun dah 10 tahun. Tapi cerewet yang amat tu yang buat I tak larat nak memikirkan menu apa patut disediakan untuknya berbuka dan bersahur. Pagi tadi mi goreng pun dia suap dua, tiga sudu aje lepas tu tak nak dah. Minum air Milo aje itu pun setengah mug.
Kata HD, lain kali masa kejutkan bangun sahur, letaklah sebotol 100 Plus kat sebelah. Jadi bila kita kejut untuk sahur dan bila buka mata aje ternampak 100 Plus di sebelah tentu laju lari nak makan! Tersenyum simpul si abang sambil mengekeh pagi tadi kami dok menyakat. Entah betul sedar ke tidak. Hahaha!
Si Adik Cute pulak macam biasalah, dia memang tak 'kuasa'! Memalam bila ingatkan abangnya niat puasa lagi sekali, si kecil ni pun niat juga. Berserta dengan niat buka puasa!
Dia pun bukan pemakan sangat tapi biasalah budak-budak. Nak paksa berpuasa macam tak kena gaya aje. Nantilah bila dia sendiri nak buat, kita ajarlah elok-elok. Tapi, bila makanan dah siap terhidang untuk berbuka, dialah duduk dulu. Tak kiralah apa doa keluar TV, dia terus baca doa berbuka dan makan dengan penuh nikmat. Pelawa kita bertiga pun tidak! Sampai kita dah berbuka dan nak habis makan pun dia masih duduk kat meja, sopan-sopan makan!
Setakat ni cuma HD dan Bubbly Abang aje yang pergi berterawih di masjid. 8 rakaat aje yang mampu. HD kata gigil-gigil si abang sebab lama sangat. Itulah, siapa suruh badan sado sangat! Anak bujang tercomel duduk rumah teman Mommynya! Hari pertama tinggal dengan Mommy, dia beritahu Daddy masa Daddy nak keluar solat terawih,
Adik tinggal dengan Mommy okey. Adik jaga Mommy. Adik ada gun ni! (sambil tunjuk toy gun di kedua belah tangan)
Tapi bila bunyi apa aje dari luar, dialah yang lari mencicit dulu dapatkan I ~_^
Ni sejak beberapa malam tinggal berdua dengan si kecil ni memang keraplah I dengar dia 'berborak' sendirian. Selalunya waktu main lego. Sambil susun-susun, sambil ambil toys lain bagai dia pun startlah,
You shut up!
You come over here!
I wil shoot you!
Then tetiba...
Yena dey, adey, yenna yenna... blahblahblah...
Laa... bila masa pulak si kecil ni cakap Tamil!
Sekejap betul alahai dah nak hujung minggu. Datang hari Ahad ni, dah seminggu kita berpuasa. Masa memang berlalu tersangat pantas sampai tak terkejar!
Pagi tadi bersahur dengan mi goreng lagi. Ingatnya nak buat nasi goreng daging kisar macam KakNoor tunjuk dalam blog tetapi tetiba aje malas pulak pagi ni ~_^
Untuk berbuka semalam pun terasa malas. Sebabnya barang basah dah almost habis. Kalau barang basah penuh pun termangu-mangu dok memikir nak masak apa, inikan pulak barang basah dah nak habis. Lagilah terkulat-kulat dok termenung sampai malas merasuk tubuh!
So kita end up habiskan kentang+ikan bilis goreng bercili tu dan gorenglah lagi apa-apa patut untuk anak dan suami. HD pulak minta gorengkan limpa dan paru. Oh, mak alahai! I tengok pun terasa nak loya-loya tekak. Nak suruh I memotong dan memasak! Oh, pitam ahkak nanti! End up HD yang masak sendiri ^_^ Sayang laki I ~_^
I minta HD siangkan saki-baki ikan pun tak tersiangnya. Makanya I masukkan balik dalam freezer. I memang tak siang ikan.
Ingatnya nak buat tomyamlah semalam. Pes dah habis tapi I dah belasah pes tomyam my sister. Ngah kat kampung so dah dipesan, nanti kalau datang rumah ambil segala bawang dan apa-apa aje barangan yang tak tahan lama. So semalam I dan Bubby Abang bersekongkollah mengangkut segala benda percuma ^_^ Si Abang bukan main tahan nafas sebab kena angkut belacan! (Hahaha, belacan pun kuangkut juga! Melampau!)
Still, tak tahu nak masak apa!
Muak betul hari-hari kena tengok muka ayam, ikan, dan daging. Seafood kat rumah ni takda siapa yang makan kecuali I seorang. So, jangan gatal tangan ngengada nak campak kerang, sotong, udang etc. dalam menu masakan. Bukan seorang aje mencemik muka, tiga-tiga sekali tahu! Sebab itulah ikan (hanya beberapa jenis aje), ayam dan daging tu penting ada dalam freezer. Kalau tidak, I tak tahu nak masak apa ~_^
Berbalik kita kepada tajuk di atas (eh, macam nak berbahas pulak!) marilah dengar I berceloteh tentang my beloved superheroes ni...
Alhamdulillah, Bubbly Abang takdalah masalah nak berpuasa. Umur pun dah 10 tahun. Tapi cerewet yang amat tu yang buat I tak larat nak memikirkan menu apa patut disediakan untuknya berbuka dan bersahur. Pagi tadi mi goreng pun dia suap dua, tiga sudu aje lepas tu tak nak dah. Minum air Milo aje itu pun setengah mug.
Kata HD, lain kali masa kejutkan bangun sahur, letaklah sebotol 100 Plus kat sebelah. Jadi bila kita kejut untuk sahur dan bila buka mata aje ternampak 100 Plus di sebelah tentu laju lari nak makan! Tersenyum simpul si abang sambil mengekeh pagi tadi kami dok menyakat. Entah betul sedar ke tidak. Hahaha!
Si Adik Cute pulak macam biasalah, dia memang tak 'kuasa'! Memalam bila ingatkan abangnya niat puasa lagi sekali, si kecil ni pun niat juga. Berserta dengan niat buka puasa!
Dia pun bukan pemakan sangat tapi biasalah budak-budak. Nak paksa berpuasa macam tak kena gaya aje. Nantilah bila dia sendiri nak buat, kita ajarlah elok-elok. Tapi, bila makanan dah siap terhidang untuk berbuka, dialah duduk dulu. Tak kiralah apa doa keluar TV, dia terus baca doa berbuka dan makan dengan penuh nikmat. Pelawa kita bertiga pun tidak! Sampai kita dah berbuka dan nak habis makan pun dia masih duduk kat meja, sopan-sopan makan!
Setakat ni cuma HD dan Bubbly Abang aje yang pergi berterawih di masjid. 8 rakaat aje yang mampu. HD kata gigil-gigil si abang sebab lama sangat. Itulah, siapa suruh badan sado sangat! Anak bujang tercomel duduk rumah teman Mommynya! Hari pertama tinggal dengan Mommy, dia beritahu Daddy masa Daddy nak keluar solat terawih,
Adik tinggal dengan Mommy okey. Adik jaga Mommy. Adik ada gun ni! (sambil tunjuk toy gun di kedua belah tangan)
Tapi bila bunyi apa aje dari luar, dialah yang lari mencicit dulu dapatkan I ~_^
Ni sejak beberapa malam tinggal berdua dengan si kecil ni memang keraplah I dengar dia 'berborak' sendirian. Selalunya waktu main lego. Sambil susun-susun, sambil ambil toys lain bagai dia pun startlah,
You shut up!
You come over here!
I wil shoot you!
Then tetiba...
Yena dey, adey, yenna yenna... blahblahblah...
Laa... bila masa pulak si kecil ni cakap Tamil!
Haha.. comel je si adik ni.. mana dia belaja cakap tamil tu.. baiknya abang dah dapat bersopan dan tahan solat tarawih, kira bagusla utk umo dia tu..dua hari pertama dua beradik ni ikut papanya ke masjid, tp sebab ramai sangat kawan, diorang kemain bermain sampai papanya kata, adik dan abang jaga mama ye, xboleh ikut papa lagi. Haha..
ReplyDeleteCer masak ayam bali. Haha resepi yg saya nk try tp kekurangan aym kat rumah ni.. kena g pasar la esk utk penuhkan peti sejuk.. barang dari kampung yg kami bawa ialah daging, tulang dan telur masin.. eh samalah, bw macam2 tapi tak tahu nak masak apa.. terfikirkan sup tulang dh rasa jemu.. tahun lepas masa puasa, papa n kerap sangat buat sup tulang sampai kalau saya teringat pun rasa jemu..
Pandai HD siang ikan.. jenis hebat ni..
Entahlah, AN. Dari mana agaknya. Bukan main 'fasih' tau! Kalau dengar memang rasa macam sebiji-biji cakap Tamil walaupun takda maknalah!Sebelum ni takda pernah pulak terkeluar cakap Tamil. Tapikan, teacher Anitanya tu memanglah India ^_^
DeleteAha, bagi idea ni bagus juga. Kena try ayam masak balilah. Pernah banyak kali baca tapi biasalah bila nak masak tu tak ingat apa! Nanti google resepi ^_^
Itulahkan, spesies macam kita memang begitu! Ada macam-macam bahan pun tak tahu nak masak apa. Takda bahan ke, tak cukup bahan ke, lagilah tak tahu nak masak apakan! Hahaha!
Oh, kalau ikan & ayam tak bersiang semasa membeli, memang HDlah kena pikul tugas tersebut. Isterinya tak reti. Geli pun ya juga. Nengada pun banyak juga yanya ^_^
Kalau dah dipelawa untuk ambik semgala jenis barang haruslah ambik kan. Percuma tu alang alang boleh tambah stok dekat rumah. Hahaha. Mungkin boleh cuba hari esok letak 100 plus dekat tepi bantal. Hahah. Amboi dik makan dah tak sempat nak tunggu orang lain yang berpuasa. Hihi. Tak ada geng tu nak main, bercakap dengan toys ke dik? Siap dengan pakej cakap tamil lagi. Haha. Comel je adik ni :D
ReplyDeleteMestilahkan. Sayang tak ambil ^_^
DeleteAnak akak tu kan memang suka yang manis-manis tapi kuih-muih dia tak suka. Itu yang payah betul nak sediakan menu berbuka/bersahur. Balik-balik ayam. Menu ayam pun bukan semua dia suka!
Adik petah berbahasa Tamil rupanya. Mommynya pun tak tahu ~_^
Kakak dulu pun jenis tak paksa anak puasa. Kakak biar aje sampai dia sendiri nak berpuasa. Kalau kita yg tua pun lapar apa lagi budak. Yg penting tu solat kena ajar betul-betul. Biasa kalau dah pandai solat otomatik dia akan ada naluri nak puasa. Tak payah paksa...
ReplyDeleteMasak kalau yg makan jenis pemilih memang susah nak menggayakan. Kita terpaksa kenalah ikut majoriti daripada masak tak ada yg makan kan..
Betul tu, kak. Solat dulukanlah ya. Adik Cute pun suka ikut solat tapi yang tak boleh tahan tu bila dia kumat-kumit juga entah apa-apa! Tengok kita terkumat-kamit, dia pun sama naik! Itu yang jadi tak khusyuk kalau dia solat sama!
DeleteSusah betul! Untuk hari ni saya dah tak tahu nak masak apa untuk si abang ni. Semalam pun ayam goreng bercili, sebab nak habiskan saki-baki drumstik yang ada!
samalah dengan anak-anak ema. yang kakak tue memang dah puasa penuh...si abang pula, baru sehari puasa, itupun lima minit nak berbuka orang sedang tunggu kat meja..sekali si kakaknya menjerti "abang, belum lagi la"..tgk tengah kunyah fish ball..terus minta dia keluarkan dan pergi kumur..lepas kumur, dia cakap lah "abang, dah minum air". bantai gelak lah kami..kira rezeki dia.. hari ni tak nak puasa dah
ReplyDeleteKami dalam freezer yang paling tak ada adalah ayam..bertahun tak beli ayam...tapi makan nasi ayam...
Anak saya kata kalau dah bersekolah nanti dia susah hati sikit. Maklumlah sekolah Cina, lagilah besar 'dugaan'nya bila tengok kawan-kawan makan. Ada juga antara kawannya yang tak puasa. Daddynya kata, janganlah tengok yang tak puasa, tengok kawan yang puasa! Barulah boleh sama-sama menahan dugaan lapar dan dahaga!
DeleteAnak saya yang pertama tu memang menu ayam memanjang. Lain tak berapa nak in dengan kemahuan anak tekaknya! Yang kecil tu okey sikitlah walaupun sama aje dua beradik memilih!
Pandai adek nak jaga mama ya...pandai pulak berbahasa tamil,manalah belajar tu ya...
ReplyDeleteAnak akak Iman yang sebaya anak MD ni pun cerewet makan,apa yang akak masak hari2 tu hanya satu 2 je yang boleh ditelannya...badan alahai merangka apatah lagi bulan puasa ni.
Fasih, kak... jangan tak tahu ^_^ Mana dapat pun saya tak tahu. Mungkin dia ni suka copycat percakapan teachernya. Dah teacher pun berbangsa India. Saya tegah dia 'speaking' over sangat, takut nanti kat tadika pun dia buat perangai gitu! Sekuat hati pulak tu bercakap sambil geleng kepala!
DeleteAnak saya ni ikut gene kotnya, harapkan badan aje besar tapi makan cerewet sungguh!
masuk bulan ni terus selera pun kurang. tak tau nak suruh pakai kebaya kot raya ni. Tengok nasi Ya Allah berat nak menyuap. Buka puasa semalam makan kuih & buah jer.. Sama la kita barang memasak dah habis. pagi tadi sahur makan nasi goreng.. tu pun gigih nak menelan. tekak melayu kalau dah tak boleh terima nasi ni agak susah la.. hahaha
ReplyDeleteBulan tak puasa pun dah tak berselera, masuk bulan puasa pun tak selera, memang slim melimlah Suria! Memang akak confident Suria layak pakai kebaya Nyonya di pagi hari raya ^_^
DeleteKan! Barang habis, tak tahu nak masak apa. Masalahnya, barang ada pun tak tahu nak masa apa. Okey, akak nak google cara buat ayam bali ^_^
haha..adik cute tak kuasa ye. Teringat anak2 saya dulu pun sebut tak kuasa. Kalau dah sebut pun tak betul, tentulah puasa pun tak layak lagi kan.
ReplyDeleterajin HD menolong di dapur, untung byk le MD. waktu sahur ke makan paru limpa tu? rajinnya. Saya weekend ni baru nak masak paru. Pg td dah dapat pesanan penaja beli paru.
Bubbly Abg, lepas puasa ni boleh ke turun berat badan, dah tak lalu makan tu.
Dia memang hari-hari tak 'kuasa'. Tapi penatnya mengalahkan orang ber'kuasa' pulak!
DeleteBab siang menyiang ajelah kita buat bersama-sama sambil tepuk belakang gitu. Lain-lain hal di dapur saya yang buat! Hahaha!
Entahlah turun ke tidak. Sebelum puasa hari tu dah timbang berat. Harapnya turunlah. Kalau tak turun memang kena naik beskal keliling kampunglah balik raya nanti ^_^
Tersenyum2 sendiri bila baca entri ni ... macam2 ragam semasa puasa kan, tapi itu yang paling best bila dikenang2 nanti, terutama bila anak-anak dah besar .. :)
ReplyDeleteAnak-anak memang macam-macam ragam dan keletah buat menghibur hati. Nanti bila masing-masing dah besar, kita cuma mampu mengenang kenangan silam ajelah!
DeleteHahaha.. klaka la adik comel.. pandai ckp tamil ye..
ReplyDeleteAmboi alasan jaga mummy tu.. hehe..
Aimy pun sama kalau main suka ckp sorang2.. mcm berlakon pun ada..
Fasih you.... Entah mana belajar pun tak tahu. Kalau dengar memang sebiji macam hero filem Tamil tengah bergaduh tau!
DeleteJangan tak tahu, dia ada dua pistol! Sepanjang masa selit kat kiri kanan seluar tidur ^_^
Kira rajin juga MD masak tu berbanding sy.. boleh masakkan request HD lgi tu.. HD mmg tekak melayu lah kan... hihi..sy ni sejak puasa 1st en suami yg banyak tolong (maklum tgh cuti, ahad ni en suami balik.habislah terkontang-kanting. hahaha).. dak abang puasa penuh dah ye..Alhamdulillah.. adik tunggu besaq skit naa.. takyah paksa, nti lelama mau lah tu... yannaadiii adikk... hahaha (tetiba Tamil) :P
ReplyDeleteTetiba pulak datang rajinnya di bulan puasa ni, Atie. Yalah, kalau tak rajin, nak berbuka apakan. Nak ke PARAM tu memang takda langsung dalam hati. Lebih lagi bila dengar ramai kawan yang komplen harga tak setanding kualiti makanan!
DeleteTak tahu nak masak apa dah rasanya.. eemm.. bukan setakat bulan Ramadhan, kalau hari biasa pun sama. Pusing2.. sambal jugak sedap yang mampu bukak selera.
ReplyDeletePart yang last tu.. dak Adik hehehe.. kelakarlah bila cakap sensorang keluar bahasa yang eerrr.. apakah.. apakah..
Itu sebabnya saya jarang masak hari biasa, makan luar selalunya. Tapi bulan puasa ni datang kerajinan pulak. Sebab nanti nak berbuka apalah kalau tak masak. Nak membeli belum ada hati lagi. Nak makan di luar tak cukup korum pulak nak membazir!
DeleteBukan main lagi sekarang ni speaking Tamil. Sakit jiwa mendengarnya!
haha.. memang faham sangat kalau si kecil puasa... dia punya request nak makan itu ini macam restoran lagaknya... hehe.. takde pengalaman anak minta itu ini... tapi pengalaman sendiri bila puasa... mmg request itu ini kat mak.. hehe... sampai dah beranak dua pun, tak berubah lagi... hehe... mak layankan aje selera anak-anak nih... hehe...
ReplyDeleteYalah, sama macam kita dulu-dulu. Requestnya macam nak kenduri. Semua nak. Paling best bab air. 3,4 jenis sekali nak berbuka lepas tu kebuntang, perut penuh!
DeleteNasib baiklah emak saya dah tak memasak lagi sekarang. Kalau tidak, nak juga request macam-macam!
Anak2 MD comel2 suka kak Zai tengok. Biasalah budak2 memang ada yang memilih tapi takpe lama2 bila berkawan kat sekolah pandailah dia makan macam2. Kak zai pun kadang2 susah memikir nak masak apa walau pun hubby dan anak tak memilih.Pandai adik ckp Tamil ada jiran ke yg berbangsa India.
ReplyDeleteTerima kasihlah Kak Zai atas pujian. Itu mesti ikut gene Mommy banyak, Daddy sikit-sikit. Hahaha!
DeleteAnak saya yang sulung tu memang teruk sikit bab makan. Susah hati kita dibuatnya sampai tak tahu nak masak apa untuknya sorang.
Teachernya di tadika tu bangsa India. Itu yang dicopycat habis tu. Kalau kita tanya dia cakap Tamil ke, dia jawab balik, 'Taklah! Ni cakap Cina!'
Aduhai...
alahaiiii lucu lah adik cute tu
ReplyDeletemarah ke tu yang siap cakap tamil segala
yena yena deiii hahaha
pandainya nak jaga mommy ye
yang lari bila dengar bunyi adik cute jugak kann
ish ish cemana nak jaga mommy macam ni haha
Dia berborak dengan Lego Star Warsnya, KakNoor... Kita tegah dia bercakap, lagi rancak pulak perbualan! Katanya dia tengah cakap Cina...
DeleteCH masa anak2 tadika mmg tak paksa dorang puasa..
ReplyDeleteIkut mana larat ajer..
Tapi solat mmg kena buat tak boleh tidak...๐
Biasalah mama dia kan ..
Guru besor hahaha..
Ni mujur en suami nak mkn bubur lambuk ajer masa berbuka dan bersahur..
Senang kerja CH ni..
Cuma fikirkan tekak anak2 ajer..
Dorang pagi ni suka goreng2..
Smpi sayur pun goreng2 jer..
Kalau buat bening tak lakunya..
Semalam buat sambal tumis udang..
Mengeruk periuk dorang..
Siap bertambah macam mkn tengahari jer๐
Tadi dah pesan sahur nak ikan bilis sambal goreng dgn kentang..
Pastu telur masak kicap utk kuahnya sikit..
Sayur bendi goreng telur pecah sudah..
Anak-anak saya pun saya tak paksa. Cubalah sedaya upaya menahan lapar dan dahaga dulu. Lepas dah mampu, praktik lagi amalan lain. Si kecil tu biasalah, doa berpuasa dan berbuka puasa pun silap. Biarkan ajelah dulu...
DeleteSaya ni masuk minggu ke dua dah tak tahu nak masak apalah, CH. Buntu pulak nak bersahur apanya. Masing-masing nak yang sesimple boleh, nanti kita main masak-masak, tak habis pulak!
Terliurlah CH baca sambal tumis udang tapi kalau nak buat, saya ajelah yang syok sendiri.
HEH..HEH...MUJUR ADA BODYGARD YG GARANG DGN GUN DI TANGAN PANDAI SPEAKING TAMIL LAGI TU MD...
ReplyDeleteHahaha! Harapkan garang aje. Harapkan ada toy gun aje. Penakut, kak!
DeleteALHAMDULILAH.. pelan2 kan kalau depa nak puasa.
ReplyDeleteakak dulu anak2 dah mula puasa since depa 5 6 tahun. memang kesian. tapi depa tak nak makan waktu siang. yang kelakar siap kena suap atas katil sambil mata dia tutup.. heeee.. apa2 pun itu lah kenangan.
Anak saya mula puasa pun bila masuk sekolah. Itu pun sebab sekolah Cina, tak larat tengok kawan-kawan sedap makan. Menggugat iman sungguh katanya!
DeleteAlhamdulillah tahun ni dah takda masalah sangat nak tahan lapar dan dahaga! Bab bersahur tu memang kena guna diplomasilah, Kak Yan!
hahahha. lawak lah adik ni.. dgn lego pun jadi.. hahhaa
ReplyDeleteCakap Tamil sambil main lego memang very rarekan ^_^ Lego cakap Tamil okey ^_^
Deletehahaha...yang last tu lawak tetiba cakap tamil.
ReplyDeleteoh semua hero tak suka seafood ya? kalau macam tu kita seorang nak makan susah juga masak banyak takut tak habis pula.
saya pun tak paksa sia abg tu berpuasa walaupun dah 7 tahun, hari ni pergi sekolah,suruh dia bawa bekal air, tapi dia tak mahu, malu agaknya tu heheh
Dibantainya cakap Tamil sesuka hati. Mesti meniru cikgu kat tadikalah tu. Sebenarnya dia jealous bila dengar abangnya berborak dalam Mandarin dengan jiran sebelah rumah saya. So, itu yang dia pun speaking sama! Bila kita kata jangan cakap macam tu, dia kata dia tengah cakap Cina!
DeleteAnak bujang saya hari ni terpaksa berbuka dah sakit perut. Kira dialah yang pertama mengalah. Kononnya nak compete siapa yang turun kg paling banyak bulan puasa ni boleh request something. Dialah yang tak dapat! Maybelah kot ^_^
alhamdulillah tahun ni kurang selera nak makan macam-macam. berat pun banyak juga dah terjun. bab anak puasa saya pun tak paksa, tapi so far anak sulung saya puasa penuh lagilah ni. set puasa tak tinggal katanya.
ReplyDeleteBetullah. Saya pun takdalah bernafsu sangat tengok makanan masa bulan puasa kali ni. Lagi simple lagi sedap rasanya. Kalau boleh hari-hari nak makan nasi putih dengan ikan bilis goreng berbawang aje!
Deletediorang tak makan seafood ye..alahai ruginya..
ReplyDeletepotensi untuk dapat gegel nipis la MD
Hahaha! Ke situ pulak, Mar. Takda maknanya. Kilang tidak beroperasi lagi dah sekarang!
DeleteAnak-anak saya tak makan seafood ikut perangai Daddynya!
kalau saya mahu tak persiang apa-apa...memang tak reti huhu
ReplyDeleteHahaha! Samalah kita senang cerita. Akak pun memang tak siang sebab geli ^_^
DeleteWeyh senanglah Kak Ton ek, laki yg siang ikan, senang aje reason dia tau, geli! Mak ni kalau bukan mak yg bersihkan sapalah lagi?...Nape tak siang kat pasar je Kak Ton?
ReplyDeleteTeringin pulak nak makan limpa, lama tak makan tu...
Hahaha.... adik pun suka cakap sendiri ek? Genglah dgn anak mak dulu dulu....
Ngah masih kat kampung ke? Eh Ngah ada laki lagi tak Kak Ton? Seronok jumpa adik beradik ni. Sampai tak ingat dah kat rumah ek.
Kak Ton memang tak pernah menyiang ikan, Mak! Sejak belum kahwin sampailah dah kahwin, sampailah ada anak dua ni ^_^ Geli punya pasal lama-lama jadi alasan pulak ^_^
DeleteBudak-budak kecil biasalah suka cakap sendirian dengan rakan imaginasi katanya. Asal tak over sudah, takut pulak nanti. Tapi kes si Adik Cute ni lain sikitlah, dibantainya cakap Tamil! Mana belajar pun tak tahulah!
Ngah baru balik. Hari ni kita dah plan makan luar ~_^
Cakap Tamil la pulak adik cute ni.
ReplyDeleteUmur gitu mmg suka cakap sendiri..hehehe
Entah mana datangnya bahasa Tamil ni pun tak tahulah. Kalau dengar, macam ya ya oh aje dia bercakap padahal takda makna apa pun!
Delete