Kisah Ramadhan lagi...

Salam 9 Ramadhan kawan-kawan!

Ini kalau dah kes up entri pepetang hari, memang takda moodlah tu ~_^

Sepanjang bulan puasa ni memang malas betul nak keluar rumah. Hujung minggu lalu pun kami elok aje berehat di rumah. Dah namanya hujung minggu, lepas sahur dan solat Subuh, teruslah terbongkang balik atas katil (what the hal lah dia ni...) Agak-agak matahari dah betul-betul panas mencanak atas kepala, baru bangun!

Macam biasalah kalau hujung minggu memang si Adik Cute bangun dulu. Membebel-bebel main sendirian sampailah bila dia nak minum Milo, barulah I terjaga. Maklumlah masa tulah dia start 'kuis' badan Mommynya suruh bangun cepat ^_^ 

Asalnya hujung minggu nak mencari bahan basah tapi dek kerana malas menimpa, terus tak jadi. Petang hari pergi ke supermarket, memang takda apa yang tinggallah. Redha ajelah apa adanya. So, dua petang berturut-turut I ke Hero dan Fresh Market mencari bahan untuk dimasak. Nasiblah apa ada...

So hari Isnin semalam, asal rancangannya nak pecut lari ke Aeon sekejap waktu lunch tapi dek kerana Bubbly Abang dah buat hal di sekolah, maka I pendamkan niat ajelah. Konon-konon balik petang nanti pergi sekali dengan HD dan anak-anak. Meriah sikit perbelanjaan!

Entah mengapa tersangkut pulak dengan kesesakan jalanraya. Nak buat u-turn dari sini ke situ from my office je ambil masa 40 minit okey! Ended up I sampai rumah pukul 5.30 petang semalam. Masa tulah nak beli barang, masa tulah nak masak!

Dek kerana kesilapan perancangan gitu, makanya I buat nasi goreng aje untuk berbuka ^_^ Bukan apalah, sebabnya cuma I dan HD aje yang berpuasa. Bubbly Abang dah terpaksa redha berbuka awal dek sakit perut. Adik Cute memang sepanjang Ramadhan dia terbuka puasa awal pagi!

Tapi lepas balik terawih, kami supper pulak! Menu ikut suggestion anak-anak dan suami. HD minta I goreng mee (senangnya!) dan Bubbly Abang pula siang-siang dah request nak nasi putih dan ayam goreng barang 2,3 ketul! Oh, alahai! Bisa diatur gitu! Senang bangat sih...

Kalau ikutkan plan asal, sebenarnya I nak buat nasi ayam tau! Nampak sangat kerajinan cukup kerap melanda diri di bulan puasa ni. Hikmah berpuasa agaknya si MD ni rajin masuk dapur ^_^

Tapi hari ni tak jadilah nasi ayamnya sebab mood sudah kecundang. Lain harilah ya! Semalam I sempat lagi tu perap ayam. So hari ni kita ada 'marinated chicken'lah gamaknya. HD dah berkali request olivye, pun tak buat-buat juga padahal bahan dah berapa kali beli dah pun! Asal beli aje, buat menu lain! Asal beli aje, buat menu lain! Asal takda bahan, nak buat olivye! Nampak sangat kemalasannya di sini ~_^

Nasib baik juga HD belum suggest nak buat pilov. Mood belum mari agaknya nak berbuka dengan resepi ibunda tercinta gitu ... 

Semalam dalam pada I sibuk kelam-kelibut buat itu, ini sempat lagi HD 'mempersoalkan' niat I yang nak buat mi sup dan begedil. Bila agaknya kejadian itu akan berlaku? Bahan pun macam selalulah, asyik beli aje, buatnya tidak. Bila takda bahan, sibuk nak buat! Hehehe...

Eleh, puasa panjang lagi! Lain kalilah kita buat untuk berbuka ^_^

Okey, dah malas balik ni! Lain kali kita sambung berborak panjang yerk!  

P.S. By the way, dah berapa banyak kilo yang turun kawan-kawan semenjak bulan puasa ni? Agak-agak dapat tak pakai baju raya ikut size baju bukan saiz badan macam Che Ta kita? Takpalah kalau tak dapat, janji dapat selfie macam Che Ta pun jadilah! Hahaha!  

        


Comments

  1. Selalu MD bulan puasa balik pukul berapa ni..
    Jeles tengok..
    Siap nak buat nasi ayam lagi..
    Perghhhh memang terlajik rajin tu..

    Semalam CH masih berbuka di masjid MD hahahha..
    en suami mengajak..
    redha jer lah..
    Isteri mithali memang macam tu kan..
    Semlm pun sampai rumah dah lambat pukul 6.15 pm..
    Mandi manda terus gerak gi masjid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya balik macam biasa pukul 4.30 petang. Tapi, kalau bukan bulan puasa, 15-20 minit dah sampai rumah. Kalau bulan puasa, aduhai boleh lebih 1 jam dibuatnya!

      Oh, plan masih berjalan macam biasalah ya, CH! Berbuka di masjid anak beranak. Baguslah macam tu. Dah tentu takda pembaziran langsung.

      Sayalahkan kalau pukul 6.30 baru sampai rumah, memang tak masak jugalah nampak gayanya. Tak pun saji ikan bilis goreng, telur goreng, kicap dahlah. Malam nanti supper. Hahaha!

      Delete
  2. Petang semalam kakcik pun buat nasi goreng je. Takde apa yang istimewa.

    Lepas Maghrib tengok Qaid di hospital dan belikan KFC. Tapi dia langsung takde selera makan. Hari ini masih muntah2 dan cirit-birit... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Qaid masih lagi tak sihat? Kasihannya alahai. Semoga cepat sembuh dari sakitnya ya, Kakcik!

      Walaupun pun tak istimewa, janji habis dimakan, Kakcik. Yang penting kita tak membazir.

      Delete
  3. kami lagilah lewat MD,,5.30 baru keluar office..mujur rumah saya dekat,,singgah kedai...amik anak-anak..jam 6 petang sampai rumah...baru lah singsing lengan baju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah! Saya selalu sampai rumah pukul 5. Kalau memasak petang memang budget 1 jam ajelah. Tapi bulan puasa ni jalan jem teruk. Kalau sampai dah start masak pukul 6 ke atas, memang mulalah saya menggelabah walaupun masaknya bukan susah pun!

      Delete
  4. Oklah tu dah ada perancangan masak .. bukan cam aku ni, perancangan pun langsung tak ado. Dlm kepala cuma bazar ramadan. Mcm mn nak masak klu sampai rumah ngam2 azan maghrib .. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada perancangan pun tapi tak buat, tak guna juga. Propa aje lebih. Hahaha!

      Kalau dah ngam-ngam azan baru sampai rumah, itu memang WAJIB tak payah masak untuk berbuka!

      Delete
  5. saya mujur balik pukul 4, 4.30 dah sampai rumah, ok juga jalan memang tak jem walaupun puasa.

    wah banyak perancangan menunya tu, inshaAllah nanti jadilah tu sikit2, puasa panjang lagikan hehehe.

    tak tahulah dah turun berapa kilo, tapi kita badan memang macam che ta..hahahah jangan muntah nanti batal puasa ye MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat saya ni kalau bulan puasa memang jem teruk. Padahal kami keluar awal juga.

      Ahah, perancangan bukan main alahai tapi entahlah bila akan terlaksana. Walaupun rajin memasak di bulan puasa, takut juga tak terbuat.

      Hahaha! Serius nak menjuih mulut tahu tapi nak buat macamana dah itu faktanyakan ~_^

      Delete
  6. Org rajin masak ini ada keistimewaan Allah bagi di bulan ramadhan. Campak sana-sini sekejapan dah siap dan sedap dimakan. Apa lagi yg dimasak itulah yg diminta ahli dlm rumah. Macam kakak tak boleh ikut dik. Masak tidak, pergi bazar tidak tapi semua siap apa yg hendak dimakan ada atas meja:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya manalah ada rajinnya, kak. Tapi tak tahulah bulan puasa ni terajin pulak. Kotnyalahkan sebab kalau tak masak, nak makan apa pulak waktu berbuka nanti. Nak beli, tak teringin pulak.

      Untungnya akak ni. Tak payah masak, tak payah cari makanan di bazar tapi ada aje rezeki berbukanya ya!

      Delete
  7. orang lain dapat kurus di bulan ramadhan yang mulia ni, tapi saya makin naikkkkk...sebab apa, sebab masa berbuka kemain selera makan bertambah2..hubby tambah nasi, saya pun join...hahahaha...
    mmg tak kurusssss MD oiiii...huwaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak tahulah nak gelak ke apa! Tapikan saya pun sama tau. Setakat bulan puasa ni jaranglah dapat turun banyak. Turun sikit-sikit tu tak kiralahkan sebabnya lepas raya nanti nak melantak macam-macam pulak. Hahaha!

      Delete
  8. Iolls balik pkul 4.30 pm tapi sampai rumah dekat pukul 5.30 pm. Semalam pukul 6.00 pm sampai rumah. Balik awak pon jalan sesak nak arwah. Sakit jer hari rasa.

    Nafsu bila bulan puasa ni memang rasa nak masak itu ini. Tapi buatnya tak tau bila. Macam nasi ayam...dari dulu nak buat nasi ayam. Resipi pon dah koyak rabak. Buat nya tak jugak. Tengok orang buat nasi ayam dia pon sibuk nak buat. Tapi tak buat2.

    Sebelum posa haritu iolls timbang berat 46.5 kg. Dah posa ni lagi turun kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah saya dekat aje dari pejabat tapi itulah, kalau bulan puasa memang jem teruk betullah! Stress duduk dalam kereta lama-lama. Kalau ada 4 options, empat-empat jalan pun jem!

      Hahaha! Samalah kita, Fiza. Tapi nasib baik saya rajin sikit tau. Saya masukkan dalam file gitu. Terjaga rapilah resepi sebab jarang guna ^_^

      Amboi! Itu berat saya masa zaman anak dara pingitan yang tak mungkin akan kembali lagi tau. I is jealous banyak nih!

      Confirmedlah ni pakai kebaya Nyonya masa raya nanti ek!

      Delete
  9. apa2 hal kalau kena traffic jam, habis semua plan ye dear...
    yg penting semua dapat berbuka.. good luck for yr mee soup and bergedil tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah salah satu penyebab jadi malas, Kak Yan. Tapi janji ada niat. Hahaha!

      Kena buat juga tu sebab memang teringinlah. Lagipun bila dah kena sound tu, lagilah tak boleh tahan!

      Delete
  10. Akak suka cara MD ,berusaha juga masak untuk keluarga walaupun masa terhad.Banyak dah perancangan menu ,kenalah standby barang basah kat peti ais kan..
    Begedil tu teringat akak makan dgn soto dan sambal kicap...sedap kan.Tapi akak buat masa ni tak rajin pulak membuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kak ada kelakar sikit. Saya selalu stock up barang basah jangan sampai habis. Bila bahan takda, saya teringin. Bila bahan ada, tak pulak teringin. Tapi bulan puasa ni kena usahakan juga, kalau tidak kasihan alahai tiga mulut yang minta disuapkan tu, kak ~_^

      Delete
  11. setakat ni masak dan setiap hari juga beli bazar ramadhan nya...ada saja nak beli dan nak makan...tak timbang pun lagi semakin naik semakin turun..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira adil dan saksamalah tu, Ema. Tenaga sendiri dikerah, sambil-sambil tu beri rezeki pada peniaga bazar jugakan. Saya setakat ni memang tak pergi bazar sebab takda langsung teringin pulak. Hebatlah tu kiranya tahun ni. Hahaha!

      Delete
  12. Kaknoor dh nampak kerajinan pd MD lah sbb barang selalu habis mmg confem masaklah tu kan bulan puasa ni,kalau before ni mcm takut je tangan tu kotor kan heheh tahannya hati MD tk ke bazar ramadhan, tpi rasanya masakan dirumah terbaik sbb dimasak dgn kasih syg diluar sana tk tau asal usul org kita nk beli makanan ishh cerewet beno maktok ni kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Barang selalu habis sebab malas nak stock up bulan puasa ni, KakNoor! Bukan rajin mana pun! Bila takda barang, mulalah malas nak masak tau. Tapi nak pergi beli barang hujung minggu tu malasnya! Itulah nasib si pemalaskan, KakNoor. Malangnya kalau saya malas, satu rumahlah kebulur tak makan!

      Saya memang tak terlintas langsung nak beli makanan di PARAM. Tak tahulah mengapa. Nanti dah hujung-hujung kotnya musim memasak dah beransur pergi, mungkinlah kot pergi beli aje ^_^

      Delete
  13. ok lah tu MD masih bertahan memasak bulan puasa ni. plan menu pun dah bersusun cuma tinggal nak laksana je lagi. teruskan lah usaha murni tu.

    saya seminggu dh memasak utk berbuka & sahur, bila mula membeli sabtu ahad lepas..dh mula nak membeli pulak semalam.gara-gara teringin bakso yg dibawak ke rumah PIL tak dapat merasa. terliur tau tgk mereka menghirup depan kita ni.

    eh! berat badan jgn ditanya, puasa tak puasa sama aje kg nye..tak naik2, tak boleh lah nak jadi che'ta saya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya sendiri terkejut chimpanzeelah kenapa saya rajin memasak pulak bulan puasa ni. Selalunya tak macam ni. Hahaha!

      Sahur saya jarang masak sebab anak bujang dan suami tak nak makan berat ketika bersahur. Si bujang tu kalau boleh nak cepat-cepat minum dan makan sahur supaya boleh sambung tidur balik!

      Hai, cemburulah tengok orang kalau rajin makan tapi tak rajin berat nak naik! Memang cemburu buta tau!

      Delete
  14. Salam Ramadhan MD..
    Mcm2 planning ye.. hehe.. ok la tu beli bahan nk buat menu lain tp jadi menu lain.. xde membazir..

    Ira sampai rumah kul 6 lebih..selalu jer terlepas tren.. haha..
    Masa mak duduk rumah ira smggu, masak juga la utk berbuka. Bila mak da blk kg semula, hari2 beli nmpknye.. hehehe..en suami ckp xyah masak, lps berbuka br masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perancangan bukan main lagilah tapi perlaksanaan tu entahlah bila. Selalunya memang macam tu tahu, bila ada bahan tak nak buat tapi bila bahan takda, mulalah nak buat itu, ini. Itu yang tak terlaksana kekdahnya!

      Untunglah ada mak tolong masakkan. Kalau saya pun memang gembira aje nak request macam-macam kat emak! Malangnya emak saya dah tak memasak lagi sekarang. Dah uzur sangat nak ambil tau hal-hal duniawi ni!

      Delete
  15. Replies
    1. Bila perut lapar, lagilah macam-macam hal berlaku ^_^

      Delete
  16. takpe ada masa lagi.. boleh tunjuk skill memasak..
    lyn dah 9 hari berpuasa ni takde nak pergi bazaar pun. semua masak sendiri. puas hati..
    tapi thn ni mmg tak byk org menjual kata my sis... brg mahal agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalahkan, baru 10 hari berpuasa. Ada lagi 20 hari nak masak macam-macam. Kalau nak masaklahkan... ^_^

      Ya kot. Akak pun dok dengar kawan-kawan kata mahal harga makanan di PARAM tapi rasa tetap sama aje, kurang sedap pun!

      Delete
  17. Biasalah kadang2 kita plan nak buat macam2 tetiba jadi menu lain. Hehehe. Tak jadi lagi lah ni masak nasi ayam, tak apa esok masih ada. Baca bergedil baru teringat Nani pun berhajat jugak nak buat. Tapi sebab nan hado ubi kentang dalam peti ais terus terlupa nak makan bergedil. Hahaha. Nak beli mahal kemain seringgit sebiji. Fuhh ! Baiklah hamba buat sendiri. Alaah setakat ni tak dapat lagi pinggang seramping Che Ta, Raya nanti mungkin. Hahahahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi ayam kena tunggu turn sampai hujung minggu kot. Masa tu senang sikit, memang spend masa di rumah aje bulan puasa ni. Malas betul nak keluar!

      Sedap pulak rasa begedil. Semalam fikir nak buat tapi tangguh lagi padahal semalam ada sup dan mi kuning lagi!

      Delete
  18. Byk menu berbuka yg tertangguh ni MD...tapi tak pa posa lama lg
    bila nak gi bazar ni...hati belum tergerak lagi huhu
    masak sendiri puas hati...
    moga2 kurus la raya thn ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan aje kononnya, buat tak tahu lagi. Sebelum puasa hari tu lagi best, siap sediakan senarai! Ikut sikit pun tak!

      Delete
  19. Kak Ton tak jadi nak masak Nasi Ayam, hari ni mak yg masak Nasi Ayam tau. Nak pikir menu utk esok pulak ni huhu.....

    Puas le kak Ton tido anak beranak ek hujung minggu hari tu..... tambah beberapa jam lagi dah nak bangun sahur pulak haha.... Tapi mmg ar Kak Ton, puasa puasa ni rasa letih memanjang. Kalau dah duduk nak buat kerja pun malas.

    Sedap tu bihun sup ngan bergedil. Tapi kalau mak, malas nak membergedil walaupun katanya bergedil tu faveret. Sanggup tak makan dpd kena buat hihi...Dasar pemalas ginilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tak sangka diam-diam Mak ni berisi! Rajin pulak semalam ya! Ni ikut resepi kat blog KakNoor juga ke? Senang nampaknyakan, tak payah nak dok memerap lama-lama. Hahaha!

      Nantilah tunggu hujung minggu kalau boleh berlaku kejadian masak nasi ayam ni! Tetiba pulak hari ni terbaca resepi bubur lambuk! Aduhai...

      Delete
    2. Idak..... main belasah aje apa yg ada dlm kepala...

      Delete
    3. Kak Ton baru teruja nak buat nasi ayam resepi KakNoor tulah tapi tak jadilah pulak nak membuatnya. Lain kalilah gamaknya...

      Delete
  20. saya join detox program, jadi banyak juga turun kg, inchloss pun banyak juga. boleh dah pakai baju2 lama dulu time ringan. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah macam tu. Bukan untuk nampak cantik aje, nak lebih sihatkan. Saya ni bulan puasa memang tak berdiet. Kalau turun pun alahai banyak benor kekdahnya! Hahaha!

      Delete
  21. Rajinnya MD goreng mee bagai time gitu.tabikk

    Terliur pula dgr bergedil.biasanya LM masak Soto buat bergedil.tp lecehnya nk goreng soon bagai siat ayam.tq bg idea..mee sup ngan begerdil je la pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu aje yang rajin, LM. Menu yang berat-berat tak rajin pun membuatnya ^_^ Sampailah ni begedil belum siap-siap lagi!

      Wah, soto pun sedap juga ni!

      Delete
  22. Rajinnya MD goreng mee bagai time gitu.tabikk

    Terliur pula dgr bergedil.biasanya LM masak Soto buat bergedil.tp lecehnya nk goreng soon bagai siat ayam.tq bg idea..mee sup ngan begerdil je la pasni

    ReplyDelete
  23. belum timbang pon lagi ni
    agak agak berapa kilo turunnya erk
    dgn rania msh bf
    berbuka pon makan ala kadar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dah kurus tak kisahlah Ciksu berapa yang turunnya. Yang tak berapa kurus ni yang susah hati kotnya bulan puasa pun takda penurunan! Hahaha!

      Delete
  24. amboi...hebat klo buat nasi ayam mlm2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan aje lebih sampai la ni tak terbuat juga nasi ayam tu, Lya. Resepi dah kena simpan.

      Tapi resepi yang ini senang sikit. Tak payah nak berlama-lama memerap ayam katanya!

      Delete

Post a Comment