Salam 16 Ramadhan kawan-kawan!
Aha! Hari ni kita bercerita tentang kuih rayalah ya!
Walaupun katanya raya dua minggu lagi, apalah salahnya kita bercerita tentang persiapan kuih raya ~_^
Terliur ke?
Tak mungkinlahkan... yang datang ke sini mostly mak-mak budak, tak akanlah terliur setakat menyebut 'kuih raya' aje ni!
Ni nak tanya, you all semua sibuk nak buat kuih raya ke? Main order aje atau main tunjuk aje kat kedai bila last minute tak tahu nak beli kuih apa?
I awal-awallah nak mengaku memang I beli aje. Nak membuatnya rasa macam dah pencen sejak belum kahwin lagi ~_^ Teringat alahai the last time buat kuih raya dengan my kakak berdua. Sanggup tu bawa Ngah dan memandu ke rumah my sister di Selayang, kononnya nak buat kuih sama-sama. Nanti bolehlah bagi dua (I tinggal dengan Ngah masa bujang trang tang-tang dulu). Bekerja keraslah tiga beradik ni buat kuih di rumah my sister tu. Sampai terlelap-lelap nak tunggu kuih siap.
I selalu bab awal tu memang suka. Sampai aje bab membakar, silalah jangan suruh I buat. Banyak alasan I boleh bagi kalau nak dengar! Hahaha! I memang dari kecil sampai dah jadi mak budak pun selalu main ngelat dengan adik beradik ^_^ Selesai buat kuih in the wee hour gitu, baliklah kami dua beradik ke rumah Ngah. Mana boleh tidur rumah my kakak di Selayang. Ngah masa tu ada suami ya. Mestilah nak balik rumah uruskan anak-anak bujang lelaki dan suaminya. Bukan main pecut I bawa kereta sebab dah awal pagi! I masa muda memang berani tapi bila dah tua ni, banyak penakutnya ^_^
Oh, bab mak di kampung memang kami tak pernah buat kuih untuk emaklah. Kami main order kat telefon dengan Chik aje. Chik kenal tokeh-tokeh kuih kat BP tu. Main tunjuk juga kat tokeh kuih raya ~_^ Chik jadi middle man yang tak untung apa-apa sebab adik beradik perempuan tau harga kuih tu berapa diskaun yang Chik dapat, dah Chik sendiri yang bangga beritahu beliau dapat dengan harga lebih murah di pasaran ^_^ Buat penat badan aje tukang angkut kuih balik rumah. Eh, kita orang memang suka membuli ^_^
Sekarang ni memang takdalah beli kuih raya untuk rumah emak lagi. Dah dua, tiga tahun ni balik raya memang tuju rumah Chik. Rumah emak cuma hantu raya aje yang datang beraya gamaknya! Memang ngerilah nak masuk rumah emak! Kasihan alahai rumah pusaka. Di situlah tempat kami membesar. Tapi nak buat macamana, semua perkara memang akan berubah. Muda jadi tua. Baru jadi lama. Cantik jadi hodoh. Eh, eh, eh.... Mendalam makna ~_^
Jadinya sejarah buat kuih raya sendiri memang dah lama berlalu. Lepas kahwin dan tinggal sendiri, memang tak pernah lagilah I buat kuih raya sendiri! Selalunya memang order dengan Chik. Itu pun tak banyak mana, memang I hadkan kuih raya 5,6 jenis aje. Tapi last minute tu beli juga kuih raya lain sebab teringin nak makan sendiri, bukan untuk dihidangkan kepada tetamu ^_^
Kuih raya ni memang ikut my favorite biasanya. Yang pasti memang mesti ada kuih tart bunga, 'banjir' roll (don't ask me any furtherlah ya kenapa namanya macam ni), dan rempeyek ikan bilis.
Tapi tahun ni I dah beritahu pada Chik tak payah order kuih tart bunga dan 'banjir' roll tu lagi. Takda selera pulak lepas bertahun-tahun order kuih yang sama. Sebelum ni kuih raya moden memang semuanya beli dengan tokeh yang sama. Tahun ni I tak naklah.
I baru aje order dua kuih - blueberry cheese tart dan rempeyek ikan bilis. Lepas ni I nak pergi mencari kuih suji, kuih dahlia (oppsss... yang semalam tu my anak bujang nak kuih dahlia, bukan semperit. Nama pun salah, memang confirmedlah tak rajin buat kuih ^_^), kuih makmur, maruku dan kerepek pisang. Semalam ada nampak kat supermarket dan murah lagi tapi yalah, kuih kat supermarket ni adakalanya bukan sedap mana pun! Takpa, takpa, nanti boleh terjah Ampang Park, manalah tahu boleh cari saki-baki kuih nak mencukupkan 5,6 jenis katanya ^_^
Tak payahlah susah hati nak penuhkan meja dengan kuih raya. Takutnya nanti lepas 6 bulan raya berlalu pun kuih tak habis. Kang sendiri yang terkulat-kulat mengunyah kuih sambil menonton TV nanti. My anak-anak dah suami tak berapa suka sangat makan kuih raya ni. Sekali-sekala yalah. Kalau nampak depan mata dan dalam rumah sendiri, memang depa tak terliur. Kat rumah orang yalah, itu mereka rasa hairan sikit sambil-sambil belek kuih sebelum masuk mulut!
So, selesai bab kuih raya ni! Takdalah I susah hati sangat dan menjadi masalah sampai tak lena tidur dibuatnya bab kuih raya ~_^
Anda bagaimana?
Hehehe....
saya pun order je kuih raya tahun ni, yang mesti ada tart nenas..kegemaran seisi keluarga katanya, beli pun untuk makan sendiri bukan untuk tetamu hahaha..
ReplyDeleteSaya belum beli lagi. Nampak gaya memang kena tunjuk ajelah. Tengoklah kalau rajin nanti boleh terjah Ampang Park, kotnya masih ada lagi kuih raya. Kalau takda, saya pergi tempat biasa di KLCC tu yang sepanjang masa jual kuih muih ^_^
Deletebagaimana ye? rasanya seumur hidup sekali dua aje membuat kuih raya sendiri. itu pun masa bujang. dah kawin jangan haraplah. order aje. kdg2 kalau nak save bajet beli yg supermarket punya. tapi tak beli lah yg fancy2 tu sbb tau rasanya tak setara mana. rasa sama design lain-lain. saya akan cari kuih mazola, kuih bakar, rempeyek kacang. yg lain ada lah sikit kuih moden. selebihnya, beli kacang putih saja.
ReplyDeletethn ni belum start membeli/order lagi. tapi saya tak pernah pulak tak tidur lena memikirkan kuih raya belum disediakan. hihi
Samalah kita. Memang rarelah kejadian buat kuih raya ni. Yang last tu pun sebab teruja nak buat sama-sama dengan dua orang kakak. Lepas tu memang takda. Lepas kahwin memang saya tak pernahlah buat kuih raya. Hahaha!
DeleteSaya pun suka yang simple aje. Yang moden ni nampak aje cantik tapi rasa tak tahu lagi.
Samalah ya! Saya pun takdalah tak lena tidur dibuatnya sebab takda kuih raya. Saya lagi tak lena kalau kuih raya tak habis nanti!
nak buat sesuatu memang nak kena betol betol dalam mood MD..cam zee pon 2-3tahun lepas rajin gak buat sendiri..siap menjual lagi..sanggup tak cukup tido janji hati puas..sekarang? hahahhaa malas terlebih lebih..usahkan nak jual, nak buat tuk makan sendiri pon sedehhh..padahal kalo balik kampung ada 5 rumah nak kena agih..so far dah beli 5bag butter cookies jer..takde lagi kuih raya yang proper..ohhh dah buat jugak sejenis..yang pertama dah terakhir dah tu..
ReplyDeleteMemang betul tu, Zee. Kalau mood main-main aje penuh di dada, jangan haraplah berjaya. Hahaha!
DeleteSaya memang dah lama takda mood nak buat kuih raya walaupun bila tengok pelbagai jenis resepi, teruja tu ada juga. Bukan apa, bab membakar tu yang malas.
Eh, tak tahulah macamana orang yang berniaga kuih raya ni ek? Kira tahap rajin depa lain macamlah. Maklumlah buat lagi banyak kuih, lagi masyuk RMnya!
Kuih raya ni CH pun ada yg tunjuk..
ReplyDeleteDulu-dulu rajin lah buat sama dgn kakak2..
Macam MD juga lah..
Tapi bab nak menghabiskan cukup bercinta..
Ye lah membacuh sampai 4 adunan utk dibahagikan..
Tak ke juling biji mata nak menerapnya..
Anak2 CH pun dah bertanya..
Mama tak buat kuih ke..
Balang kuih raya mama yg baru pun tak rasmi lagi hahahha..
Dorang sibuk suruh buat kuih sarang semut..
Rasa macam dalam mimpi jer ni..
Mama korang macam dah jual balik jer oven tu hahhaha..
Kakak Nabilah sampai ingat..
Mama last guna oven tu tahun 2014 hahhaha..
Maknanya dah 2 tahun jadi tukun di tepi kebinet tu hihihi
CH yang rajin pun main tunjuk ya! Ingatkan mestilah CH buat 3,4 jenis! Saya memang tidaklah CH. Dah pencen sebelum bermula lagi!
DeleteBab-bab awal tu memanglah best. Tapi masuk kali kedua membakar, mulalah keterujaan dah makin menjauh dari diri gitu ^_^
Bolehlah berkira-kira untuk dijual tu, CH. Dah lama tak pakai tu, rasa-rasanya memang dah tamatlah servis oven tu ^_^
Akak yang dok melingko kat rumah ni pun tak buat kuih sendiri MD.Kuih tunjuk je senang cerita.Lagipun adek ipar akak datang bawa kan 3_4 balang biskut.Yang lain tu kerepek2 beli juga sebab tetamu suka dibandingkan dengan biskut2.
ReplyDeleteHahaha! Jadi maknanya, bukan saya seoranglah yang malas nak buat kuih rayakan!
DeleteBeli lagi mudah. Nak membuatnya, kalau tak kena gaya, memang tertidur depan ovenlah gamaknya. Bab membakar tu yang lemah semangat. Kali pertama, kedua okey lagi. Masuk kali ketiga, surrender dah!
terfikir jugak nak buat, tapi tunggulah adik bongsu habis exam.ikutkan membeli lagi senang dan tak banyak kecah, tapi ada kuih yang Abah nak kitorang buat sendiri. Layankan jelah. Saya pun macam kak MD, bila bab membakar je lemah lutut..haha
ReplyDeleteWow! Ni mesti Sal buat sedap ni sampaikan ada request dari abah sendiri. Apa kata hantar sebalang ke rumah akak? Hahaha!
DeleteKan! Bab bakar membakar ni memang lemahlah jiwa raga. Kalau boleh masuk aje tray, lepas seminit terus masak. Ada tak oven yang boleh buat instant macam ni? Hahaha!
Sy tahu ni dh pantang so memang tak fikir la pasal kuih raya..en suami cuma order kerepek bawang je bust kunyah2.raya haji nti boleh kot balas dendam mkn kuih raya..haha
ReplyDeleteSo tugas mencari kuih raya diserahkan pada en suamilah ya, PK ^_^ Takpa, takpa. Kalau tak habis nanti, ada peluang nak membahan en suami kan sapa suruh beli kuih tak sedap. Suruh dia habiskan sendiri nanti. Selamat dah di situ. Takdalah jenuh kita makan kuih raya sambil menonton TV!
Deletesamalah..semua main order..x smpat nk buat..lg pom beli serba sikit..sekadar ada utk hidangan..mmg xkn beli byk2.. tkut membazir..mcm MD kata..slps raya pom kuih x luak2..haha.. lg prefer beli y ala2 kerepek /kekacang tu.. cuma beli la jgk 2-3 jnis kuih raya... y sedap2 je lah..hehe
ReplyDeleteBetul tu, Lya. Akak pun beli sekadar ada untuk buat hidangan aje. Selalu pun berlebihan, tak dimakan. Jenuh nak menghabiskan jangan sampai terexpired tau!
Deletesy memang kuih tunjuk semuanya MD..memang tak larat nak buat semua sorang2.. redha ja walau harga naik setiap tahun... adalah beli dua tiga jenis thn ni.. separuh kt rumah sndiri, separuh lg buat mak..:)
ReplyDeleteSaya pun sama juga, Atie. Main juih mulut jerk ^_^ Takdanya saya berpeluh meruap buat kuih kat dapur. Lama lagilah kotnya nak insaf belajar buat kuih raya sendiri!
DeleteHarga barang memang naik sentiasa mana pernah turunkan. Nak tak nak memang kena redha ajelah walaupun dalam hati penuh dengan keterpaksaan!
Lyn pun beli jer. tiap2 thn kitorang bertiga beli untuk rumah mak. Adik beradik lain bagi gak. So selalu beli 6 jenis + 2 jenis kuih wajib yg my sis akan buat tiap2 thn. Cukup lah tu tambah plak dgn kerepek. Bila di kumpul2 mmg byk bila adik beradik yg lagi 6 org tu bagi. tu pun kadang tak habis, sampai raya haji pun ada lagi... hahahha
ReplyDeleteDulu masa bujang akak pun macam Lyn juga. Beli kuih untuk rumah mak. Tapi bila Mak dah tak duduk rumah sendiri lagi, memang tak membelilah. Setakat rumah akak ni kuih raya untuk tetamu tertentu aje. Selebihnya kita makan sendiri. Itu yang jangkahayat kuih raya tu lama benar nak habisnya!
Deleteakak tahunni merajinkan diri buat kuih raya... sebabnyer dua orang budakni dah bising2 kata nak kuih raya buat sendiri... dah ada dua jenis tau tak sangka.. kot idak memang orderjer... masa anak2 dara memang membuat kuih raya sendiri..
ReplyDeleteRajin sungguh, Cho! Tapi takpa jugalah sebab ada dua anak perempuan. Kalau kita buat sendiri, boleh ajak anak-anak sekali tolong. Boleh juga mereka belajar. Kalau dah emaknya malas, nak harap anak-anak rajin memang masalahlah. Hahaha! Nasib baik saya takda anak perempuan!
DeleteSaya lama dah pencen buat kuih ni, Cho. Takda pulak terasa nak keluar dari 'persaraan' setahun dua ni ^_^