Makan-makan di Penang

Salam 27 Syaaban dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Hah, entri lepas-lepas ni rasanya epik sungguhlah!

Kalau nak tahu sebabnya, mehlah dengar ahkak diva berceloteh yerk ~_^

Ini kisah bukan baru berlaku. Dah lama berlalu. Sampaikan fakta pun dah lupa. Macam biasalah, hari ni rasa macam tak kuasa sangat nak update entri (^_^) tapi mengenangkan pembaca yang budiman dan vogue selalu aje datang nak beramah mesra (chewah, sifat perasan haruslah diutamakan!) makanya I gigihkan juga menaip entri campak baling belakang tak sudah ni!

Ni masa kami ke Penang....

Bila masanya?

Tak payahlah tanya ya sebab dah lama berlalu... 

Memandangkan gambar banyak dan aktiviti 3H2M kami pun bolehlah tahan, makanya daripada tersadai aje dalam draft, wajiblah buat essay writingkan...

Masa nak pergi ni, kalau you all nampaklah itinerary jalan-jalan dan senarai JJCM yang I sediakan (macam nak pergi berminggu-minggu I tell you...) memang terkedulah. Tebal kertas A4 yang I gunakan weyh! Itulah seperkara yang siap-siap masukkan dalam kereta dulu, takut tertinggal ~_^

Yang sebenarnya I tak tahu nak mula kat mana dulu ~ perjalanan ke, penginapan ke, makan-makan ke, atau aktiviti di Penang tu. Nak watermark gambar satu-satu bukan mudah, maklumlah ahkak ni penggigil orangnya ^_^ Paling mudah, gambar makananlah kita usahakan dulu. Lagipun, next week dah puasa ... (Yeah! Yeah! Minggu depan puasa dah!)

Mehlah tinjau-tinjau apa yang kami makan semasa di Penang ni...

Ini pun yang sempat diambil gambarlah. Yang tak sempat tu tak payahlah ceritakan..

Ini semasa makan tengahari di Restoran Minah, Jalan Sultan Azlan Shah...

Untuk Hubbydearie

Untuk Bubbly Abang dan juga Adik Cute. Makan dengan nasi putih.

Untuk mem blog. Serius? Ini aje? Punyalah datang dari jauh nak makan ini aje! Kat KL pun ada ^_^



Bukan main nak cuba itu, ini tapi bila dah sampai, itu ajelah yang kami makan...

I of courselah hilang selera sebab tengok banyaknya alahai lauk sayur! Nampak aje daging gulai kawah, rasa macam nak gila nak mencuba ^_^

Restoran Minah katanya jadi tempat tumpuan. Kalau nak makan di sini, kenalah datang awal sikit daripada waktu makan yang sibuk tu. Nak parking pun susah yang amat. Walaupun itu lauk aje yang diambil, memang sedaplah...

Ayam gorengnya tu lain macam sikit. Bubbly Abang of courselah kalau dah lain macam ni dia pun kurang sikit berselera tapi habis jugalah ayam goreng tu dikerjakannya! Adik Cute macam biasalah, makan buat-buat main aje...

Ini pulak di Restoran Kapitan di tengah bandar ya...



Kami makan di sini dua kali kalau tak silap. Tapi nak mencarinya punyalah siksa sebab jalan jem teruk. Kebetulan kali pertama datang masa lunch break orang bekerja. Memang azab yang amat. Tak jadi makan ya masa tu. Petang sikit barulah kita datang. Itu pun berebut parking, menyakitkan hati aje! Nasib baiklah keluarga MD ni berbudi pekerti yang tinggi tau! Dah siap masuk parking baru terperasan ada sebuah kereta keluarga Cina ni dah bagi signal awal-awal nak masuk, makanya kami keluar dari parking dan pusing duplohlapankali lagi mencari parking!

Itu pun tak serik. Kita datang sekali lagi nak makan sebab dah tak tahu nak ke mana walaupun senarai JJCM bukan main panjang katanya! Otak tetiba blank ~_^

Yang ini paling best ya...





Bukan main lagi  teruja mencari sebab kalau baca cerita yang dihebahkan di alam maya, memang best tempat ni. Makanya kami pun mencarilah Rockstarz Burger ni dalam kegelapan malam di Penang katanya... 

Habis ya segala jalan dilalui. Sepanjang jalan ke Rockstarz Burger di Bayan Lepas ni, terjumpa jugalah segala tempat JJCM yang ada dalam senarai tapi dek kerana misi mencari restoran ni aje, kita tetapkan tumpuan dan misi ^_^

Nasib baiklah my F1 driver memang berkaliber. Maklumlah HDkan lebih Malaysian daripada I sendiri. Cakap aje nak pergi mana di Penang, semua dicarinya. Google sekejap peta lepas tu off we went. Tak mainlah pakai waze bagai ya. Siap berpuluh kali tanya kat I ingat tak jalan-jalan kat Penang ni. Dan, jawapan yang memang penuh dengan confident juga I beri ~ TAK INGAT langsung! Tak boleh harap punya co-pilot! 

Nama-nama burger yang dibeli semuanya dah lupa (tengoklah kat pembalut tu ya). Nama unik jugalah masing-masing...

Rasanya, memang sedap! Berbaloilah mencari tempat ni tau! Kami tapau aje sebenarnya sebab masa sampai di sini dah nak dekat pukul 9 malam!

Ini pula di Tari Cafe...






Masa menggoogle dalam internet, bukan main lagi teruja. Tapi bila dah sampai ke restoran ni, alahai nampak macam sendu aje. Tapi takpalah, cubalah juga sebab ini antara paling dekat dengan tempat penginapan kami.

Nama-nama menu jangan ditanyalah ya! Ahkak is dah lupa ^_^ Yang ingat, biasa-biasa aje rasa makanan di sini, sama biasa dengan keadaan restorannya yang tak berapa nak gah kalau pergi sendiri.

Banyak lagi tempat kita singgah dan makan-makan tapi tak tahulah kenapa pulak gambar takda, ke memang tak ambil gambar kot!

La ni HD dah dok ajak-ajak mengulang pergi ke Penang semula. Tak tahulah bilanya nak pergi. Setakat ni kita lupakan ajelah buat seketika kerana next Monday dah masuk bulan puasa. Bulan puasa kita duduk kat rumah ajelah, beramal lebih sikit...

Jumpa lagi di entri yang lain ya ~_^    

 
     
















    



  

Comments

  1. amboi, menayang gambar makan jer berhari2. Telan air liur jer lah kita kat sini. Gambar yg lat sekali tu, apa agaknya ye? Cair semacam jer nampaknya. Ke itu pun MD dah lupa.

    Akak pun kalau berjalan, suami jer yg ingat semua. Org sebelah apah tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah katanya minggu depan confirmed puasa, itulah yang belek-belek lagi draft tengok ada tak gambar makanan nak masuk blog ^_^

      Yang last tu tak silap tomyam tapi memanglah tak sedap pun. Tengok pun dah taukan, saja-saja aje saya nak make-up make up gitu ^_^

      Saya kalau dengan suami memang lepas tangan aje. Tanyalah ingat ke tidak jalannya, confirmedlah saya tak ingat!

      Delete
  2. cerita pasal penang.. ni la tempat jenjalan masa kecik mak ayah suka bawa. Almaklum la yg ni je paling dekat & tak payah bermalam katanya. Balik hari je. Kita kalau balik kampung jenjalan la kat penang.. Makan kat penang ni kadang2 menyakitkan hati kalau kat area padang kota tu.. dia tengok muka & dengar slang kita dulu nak caj harga. Nasib baik la kedah & penang slang lebih kurang jer hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira bila dah besar ni tak hairan dah orang bercerita tentang Penang ya, Suria. Akak ni dah lama tak pergi Penang sebenarnya. Last pergi masa baru kahwin. HD tu adalah juga beberapa kali ke Penang selepas tu. So, ni kira trip to memory lanelah ^_^

      Akak tak pergi pun makan kat Padang Kota tu. Maklumlah suami akak kan esklusif sikit, tak main tempat yang ramai orang ni. Kalau kita tahu ramai orang, kita beli tapau aje!

      Kalau akaklah memang teruklah kena kelentong sebab satu slang pun tak lepas, Suria!

      Delete
  3. Makin teruja tengok makanan2 tu... patutlaaa abang adik debab je... Hakakkkk ni nak debab dah bertahun tapi jadi jerangkung adalaaa... ehh macam takde kena mengena je dengan entri.... tapi PENANG memang lubuk makanannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlahkan... ~_^ Yang sebenarnya, anak-anak akak ni cerewet bab makan tapi itulah, makanan yang mereka suka memang boleh membina badanlah! Lagipun ikut gene kot ^_^

      Pi Penang ni yang best memang tang makanlah. Sebelum sampai penuh itinerari, bila dah sampai tak tahu mana nak tuju makan pulak!

      Delete
  4. kalau ke penang haruslah jjcm kan..
    menu semuanya nampak menarik. kalau kene selera mmg teringat ingat lah, kan !!
    comfirm HD suka dgn menu di sana.itu yg diajak ke sana lagi, kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilahkan, Ciksu. Dah namanya macam-macam ada kat Penang nak mengembangkan isi perut ^_^

      Banyak lagi sebenarnya yang tak dapat pergi sebab banyak manalah dapat mencuba dalam sehari tukan. Itu yang HD kata nak pergi sekali lagi.

      Delete
  5. Betul2 ke Penang jjcm ya MD ...banyaknya makanan yang dicuba,mesti banyak lagi tak sempat nak snap kan :-).
    Cian nya dari kat KL sampai ke Penang masih masalah yg sama sukar cari parking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal sebenarnya nak bawa anak-anak berjalan, kak tapi tahu ajelah Mommy mereka ni, makanan diutamakan! Dah terlanjur pergi tu apakata kita sediakan ajelah senarai JJCM ^_^

      Penang lagilah teruk, kak. Sebab takda parking, semua tourist attraction kat tengah bandar tu kami tak pergi. Malas!

      Delete
  6. awat takde nasi kandar MD? tak masuk dalam list jjcm ehh? hehee..
    selalunya kalo pi penang yang tu wajib!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Restoran Kapitan tu konon nak pekena nasi kandarlah tapi dah sampai Penang, nasi kandar hilang dari senarailah, Zee!

      Delete
  7. tayang gambar makanan sebelum puasa ni MD, nanti puasa meleleh pulak ailio tengok makanan hehehe, tapi penang memang banyak tempat makan bestkan..hehehe tapi saya tak pernah sampai sana lgi,sampai pernah tapi tak pernah bermalam disana, satu hari kena pergi jugalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah kena tayang habis-habisan sebelum puasa ni. Nanti dah puasa tak boleh tayang lagi. Berdosa pulak kang buat orang terliur sama! Kalau kita sendiri terliur pandai-pandailah bawa diri. Hahaha!

      Delete
  8. Wahhh memang habis tunjuk gambar makanan saje ni. Gulai kawah daging tu kemain mengancam dan terancam. Ahaa. Nani ni tak lepas lepas lagi nak ke Penang, padahal roomate orang sana boleh sangat kalau nak ikut balik. Hahaha. Hujung tahun ni kalau tabung JJCM penuh boleh lah kita ke sana melayan anak tekak dan perut dengan makanan yang sedap sedap macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tau Nani gulai daging tu. Menyesal pulak tak ambil semangkuk. Lain kali memang nak jugalah pergi Penang lagi!

      Delete
  9. Makanan dh lama jadi najis ni baru nak tayang.hahaha..

    oklah kan tayang makan sebelum tibanya puasa..sok dh puasa kita kena kurangkan or jangan adakan langsung gambar makanan di dalam blog.huhu

    Sy selalu klu ke penang hanya cari makan dekat padang kota tu la..lain2 tempat kami tak berani nak pegi sbb en suami memang tak expert jalan penang tu.memang agak tak kuasa semata nk cari mkn nti tersesat..so far jalan ke bukit bendera n ke padang kota tu je la kot pass.klu sy lg la tak tau jalan lngsung.sadis sgt kan org penang ni..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Apa nak buat.Itulah blogger namanya. Nak skip cerita macam tak best. Nak masuk dalam blog, macam dah lama sangat!

      Itu belum keluar lagi kisah jalan-jalan di Penang, PK ~_^

      Saya tak pergi pun Padang Kota tu sebab tak berapa minat dengan rojak bagai. Senarai dalam JJCM banyak gila PK nak mencari restorannya! Memang tak danlah!

      Nasib baiklah suami kita hebat kalau jadi F1 driver ni, PK. Kita cakap aje, terus diterjah mencarinya!

      Delete
  10. dah terlewat nengok entry ni MD..so, sy telan ayaq liur jer lah bulan2 puasa ni..ahahaha..Penang mmg syurga makanan kan..rindu Penang, lama sgt tak pijak sana....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, jangan dibaca entri seminggu sebelum puasa! Memang saya mengosongkan draft gambar makanan aje kerjanya! Jadi, bulan puasa ni tak payahlah buat orang terliur-liur teringinkan!

      Saya pun nak jugalah Atie pergi Penang lagi. Sabah pun nak juga pergi!

      Delete
    2. Mai lah ke Kundasang.. melawat New Zealand Malaysia..hihik

      Delete
    3. Memang nak pun, Atie. Tak tahan tengok lembu hitam putih kata HD. Menggamit-gamit ajak datang Sabah ^_^

      Delete
  11. ni betul2 JJCM ni.. semua tempat akak pergi..
    tapi mmg lah, Penang adalah syurga makanan... semua ada.. mmg menarik.. teringat zaman pi penang dulu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ada dalam senarai, semua kita nak terjah tapi tewas gak sebab banyak manalah boleh masuk dalam perut kan! Lain kalilah pergi makan-makan lagi!

      Delete

Post a Comment