My anak-anak dan si budak kaca mata ~_^

Salam 15 Ramadhan kawan-kawan!

Alahai, lagi dua minggu rupanya kita nak beraya ya! Awat I rasa sedih ni...

Oh, bukan sebab nak meninggalkan bulan Ramadhan tapi sedih sebab malas nak keluar rumah menghabiskan beli-belah untuk persiapan raya! 

Hahaha... memang nak kena hempuk si MD ni tau!

Perangai macam budak-budak tak cukup umur padahal dah terlebih umur dah dia ni ~_^

Eh, I gurau aje!

Maklumlah Jumaat lepaskan I tak mengomel kerana bercuti ^_^

Sesi menu berbuka makin lama makin hilang idea dibuatnya. Ini kira antara menunyalah ya - sup telur, telur masak kari, siakap tiga rasa, nasi lemak, spaghetti carbonara, lauk sardin pun ada. Kentang goreng bercili, berdaging kisar, berdaging, bertelur dan segala apa yang boleh ditambah kepada kentang goreng memang jadi menu ulanganlah ya. Sama nasib juga dengan ayam goreng dan ikan bilis goreng+bawang+cili. Itu memang tak tahulah kenapa tukang masak tak jemu-jemu makan untuk berbuka katanya! Dan akhirnya, terbuat juga sebekas besar olivye kesukaan Hubbydearie. Sukalah hatinya dapat makan olivye ^_^

And, my sister dah kembali ke kota metropolitan katanya maka adegan berbuka di luar akan berlakulah gamaknya; bermula dengan hari ini ~_^ Di mana biarlah rahsia. Nanti banyak pulak autograf I kena sign, tak dapat makan dengan lahapnya pulak! Hahaha! 

Oh, I memang kaki perasan! Tak tahu lagi ke? ~_^

Dan (berapa kali dan lah agaknya dia ni...), sedih hati ini tau kerana hari Sabtu lepas HD ajak pi bazar Ramadhan dekat dengan rumah! Nak kata takmauuuuuu (macam kucing miang) takut kena marah dengan suami! Makanya, kuturutkan ajelah kemahuan!

HD minta belikan roti john dan murtabak. Itu aje pun yang I beli. Rabak poket RM12 ^_^ Kiranya my kaki ni dah jejak tanah jugalah kat bazar Ramadhan tahun ni! Sadis pulak rasanya!

Tapi, tapi, tapi I rasa I akan pergi lagi. Bukan nak cari makanan tapi nak cari bunga api untuk anak-anak tersayang ~_^

Alright, meh, meh kita masuk tajuk entri cepat-cepat ^_^

Eh, nanti jap! Nak intro lain pulak dulu! 

I lupalah nak habaq, dua Sabtu yang lalu I kena pergi ambil report card si Adik Cute. Cemerlang aje gitu. Apa taknya semuanya cikgu yang guide macamana nak jawab. Adalah juga yang dia buat sendiri tapi mostly cikgu yang guidelah I rasa. Dah cikgu pun mengaku ^_^ 

I takdalah nak komplen banyak cuma I beritahu aje my anak ni hari Isnin dan Jumaat paling liat nak pergi tadika. Hari Isnin biasalah sebab dah dua hari cuti. Hari Jumaat pulak alasan yang diberi sebab dah EMPAT hari dia pergi tadika, maka apalah salahnya kalau sehari tu lagi tak pergi! Untung dapat anak yang bijak berkira macam ni tau ~_^

Hari Jumaat lepas pulak I pergi ambil report card si Bubbly Abang. Bubbly Abangnya cuti hari tu, entah perayaan apa pun I tak tahulah sekolah Cinanya ni. Mereka ambil cuti istimewa kot! Anak bujang tercomel I pun cuti jugalah kalau dah semua ada di rumah. 

Yang abang ni lagi best. Examnya berminggu sudah sebelum cuti sekolah tapi report book baru Jumaat lepas dipanggil ambil. Sempena perasmian bangunan baru, makanya 'meet-the-teacher' session pun di bilik yang luas dan berhawa dingin gitu. Bingit telinga segala bunyi terpantul-pantul balik di pendengaran!

Selesai uruskan anak bujang tersado, I terus ke pejabat sekolah untuk mendaftar Tahun 1 si anak bujang tercomel untuk sesi 2018 nanti. Dapatlah bahan bacaan Mandarin untuk ujian penentuan kelas dua tahun lagi tu. Bolehlah start belajar mulai sekarang ya Adik Cute walaupun Mandarin tak belajar lagi ^_^ Everything went smooth, alhamdulillah.

I beritahu si Adik Cute, dua tahun lagi no more kat KidsWorld. Pi belajar kat sekolah besar sikit macam ni tapi dijawab selamba aje...

Taknaklah sekolah sini! Banyak sangat tangga! Penatlah!

Aduhai...  

My anak bujang tersado yang tak nampak susut pun bulan puasa ni dapat tempat pertama tapi macam biasalah, peratus makin susut pulak. Kata cikgu kalaulah si abang ni di sekolah SK, mesti dah masuk kelas pertama tapi memandangkan dia di SJK(C), tak dapatlah masuk tiga kelas elit tu ya! Semuanya bahana Mandarinlah! Exam hujung tahun lepas dia jatuh nombor 2. Budak pertama lompat kelas tapi dia tidak. 3 orang budak Chinese di bawahnya lompat kelas juga! Alasannya markah Mandarin si Bubbly Abang ni tak cukup baik! Kata cikgu, kasihan juga dan unfair for him tapi tak boleh buat apa.

Lisan dan bacaan dia takda masalah tapi bila masuk bab penulisan, mulalah asyik terlupa mengeja dengan betul! Makanya kuranglah markah di situ. Cikgu suruh improve lebih sikit kat situ. Takpa abang! Mommy dah tahu apa nak buat. Mulai sekarang, marilah kita buat dictation selalu di rumah! Mommy ni walaupun tak pandai Mandarin, tapi terror tau bab mengajar anak ^_^ Hahaha!

Dan semalam dia bertanya soalan cepu chak chak ~_^

Mommy, bulan puasa ni kita tak pernah makan kuih eh?

Kuih apa Abang nak? Nanti kalau Mommy beli, tak mahu makan!

Kuih yang warna kuning tengah-tengahnya ada warna coklat atau merah tu...

Kuih apa? Mommy pernah buat ke? Pernah beli ke?

Tak pernah tapi Abang pernah makan kalau balik kampung masa raya!

Kuih raya ke, kuih untuk berbuka puasa?

Nanti eh. Abang tengok kat youtube. Kak Ros ada buat kuih tu!

Dia pun tunjukkanlah episod Kak Ros buat kuih kuning dan merah/coklat di tengah tu...

Nak tahu kuih apa?

Kuih semperit dahlia yang bunga-bunga tu ~_^       

Okey, ni baru betul-betul nak masuk tajuk entri *_*

My anak bujang tercomel ni sekarang bukan main lagi 'banyak' cakap! Ikut siapalah tu, sendiri mahu taulahkan ~_^ 

Si kecil ni memang belum diajar berpuasalah tapi punyalah bagusnya, dia tetap tak 'selera' nak makan di siang hari. Kira tahanlah kalau tak makan siang. Nak suruh puasa memang dia tak mampu lagi. Sehari aje berbotol-botol air Milo disedutnya!

Bila I kata kenapa dia seorang aje dalam rumah tak puasa sedangkan kami semua puasa, inilah jawapannya...

Eh, Adik 'kuasa'lah! Mommy tak nampak ke Adik 'kuasa'?

Habis tu kenapa asyik minta Milo?

Adik minum Milo aje, Adik tak makan apa-apa pun! Kenapa pulak kata Adik tak 'kuasa'? Milo boleh minumlah!

Lain kali jangan makan depan Abang! Kesian Abang!

Eh, mana ada Adik makan depan Abang? Adik tak tengok pun Abang masa makan! Adik duduk kat sini jerk. Mana ada Adik makan depan Abang!

Duh!!!

Malaslah nak bertikam-lidah dengan si kecil ni di bulan puasa... 

10 minit sebelum berbuka, dia dah ambil tempat dulu di meja makan...

Mommy, boleh makan ke sekarang?

Makanlah....

Eh, nantilah! Belum buka lagi. Adik makan sama-sama dengan Daddy, Mommy, Abang!

Bila kita baca doa berbuka, dia pun of courselah baca sama. Paling kuat suara maklumlah dah 'berbuka' dulu sebelum baca doa berbuka!

Sekarang ni ada style baru pulak time berbuka...

Bila dah duduk aje kat kerusi makan tiba-tiba bangun balik,

Eh, Adik lupalah nak pakai!

Nak tahu apa yang dia lupa pakai?

Inilah dia...

Baca doa, Dik jangan tak baca walaupun dah siap 'berbuka' dulu!

'Mommy, dapat tak snap gambar Adik pakai spek blue ni???'

Bukan setakat masa nak berbuka, masa main ke, tengok TV ke, hisap botol ke, semua perlukan spek mata okey ~_^

Gulung rambut tu, Dik jangan tak gulung! Selagi tak siap bunga ros atas kepala, jangan berhenti menggulung katanya...

Sikit punya siksa nak buat aksi kenyit mata ^_^

Bubbly Abang memang tiada dalam gambarlah ya sebab bulan puasa ni dia melepek kehausan katanya... Not in a good mood nak posing-posing gitu ^_^

P.S. Kan I dah kata, kalau sehari I hilang dari radar, bila kembali bersiaran, memang macam nilah kekdahnya. Semput tak ahkakahkakadikadik semua? Hahaha!



  


             

           

Comments

  1. Ok lagi ajak pergi bazar nak beli roti john dan murtabak MD..
    Kalau di suruh buat sendiri roti john dan murtabak tu..
    Mahu menangis 7 keturunan hahhaha..

    Bercerita mengenai murtabak ni..
    En suami beli murtabak singapore katanya..
    RM12 keping katanya..
    Saya rasa macam biasa ajer..
    Tapi depan dia kata so nice hahaha..
    Sebab mahai ko.. kalau tak puji susah hakak nanti..

    Comel sangat adik cute pakai cermin mata bulat tu..
    Bertambah ketembaman nya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD suruh cari roti john dan murtabak, itu ajelah saya cari. Saya tak pandang lain dah (jeling-jeling juga kat kuih tapi nasib baik tak terbeli ^_^)

      Entahlah saya takdalah bernafsu dengar murtabak Singapore tu. Kat mana yang sedapnya ya, CH? Cer cerita sikit!

      Amboi, bukan main pandai ampu! Ni mesti nak duit raya lebih tahun ni tau! Hahaha!

      Abangnya pun dulu ada satu, warna hijau. Itu cermin mata doktor-doktor katanya ^_^

      Delete
    2. Murtabak yg CH rasa sedap sangat kat MUO tu MD..
      tempat FIL CH tu..
      Masa tu baru pertama kali makan..
      Tu yg terus jatuh hati dengan murtabak singapore ni..

      Cer tanya jiran mak yg sekarang dok landing atas sofa baru katanya tu hihihi

      Delete
    3. Ohhh... rasanya jiran sebelah pernah habaq dalam blog ke? Kalau kat Muo tak bolehlah saya pergi. Nanti jiran saya skodeng aje, susah saya nak melantak tau, CH ^_^

      Delete
  2. Sedapnya kalau dapat siakap tiga rasa petang ni. Hahahha ! Dah kenapa entah baca nama menu pun boleh buat terliur. Takpe lepas ni mesti makin poweer penulisan abang bila mommy mengajar. Hehehe. Ku ingatkan kuih apa, semperit rupanya. Hahaha ! Kemain dia describe rupa kuih semperit tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi, silalah memasak, Nani!

      Eh, dah kembali ke KL ke ni? Tak dapatlah nak menolong. Terjahlah mana-mana restoran yang ada ya ^_^ Bulan puasa memang macam tu kot. Nampak tulisan aje pun dah tak tentu arah air liurkan!

      Puas akak dok fikir kuih apakah itu. Ingatkan tart. Rupa-rupanya semperit aje. Eh, semperit aje pun akak bukan pernah buat pun! Aduh!

      Delete
  3. oh dah ke bazar juga akhirnya ya MD, tapi oklah cuma beli 2 makanan saja tu, janji tak membazir kan, comel sangatlah jawapan adik cute tu, ada je yang nak dijawabnya kan..hehehe lagi cute dengan spec biru tu.

    kesian juga si abang sebab bahasa mandarin saja boleh sangkut ye, takpe lepas ni MD ajar mesti makin bagus tu. Alhadmdulillah...result anak2 semua cemerlang seronok menengoknya kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa juga tinggal jejak dah suami mengajak. Kalau ikutkan hati, memang tak nak dah!

      Adik Cute memang banyak cakap, ikut sapa entah agaknya ~_^

      Penulisan tu yang susah sikit. Maklumlah tahun ni dah Tahun 4. Kalau sudah-sudah tu okey lagi. Cikgu kata dia selalu terlupa ejaan! Aduhai...

      Delete
  4. wah tahniah abang dapat no 1..gud job bro! meh auntie nak cium sikit...
    si adik pulak kemain pandai dia menjawab...rasa nak cubit2 je bibir mungil dia tu...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cium Mommynya ajelah.... Nah! Muah ciked! Hahaha!

      Oh, si kecil ni mulut macam bertih kena goreng. Dengan tokmaknya pun dia buat main aje membebel!

      Delete
  5. sama lah kita, dh jejak pasar ramadhan. saya seminggu aje pulun masak. bila anak2 mula bersekolah mulalah sibuk ke hulu ke hilir. Alasan terbaik yg diberi-tak sempat, maka membeli belah di pasar ramadhan lah jawabnya.

    tahniah! abg dgn adik dua2 cemerlang. lps ni kena kerja keraslah ye mommy dan anak utk naik kelas.

    MD kena buat semperit ke agaknya, dah abg kata tak pernah makan lg di bulan puasa yg mulia ni...

    adik cute sentiasa cute....keletah dia lagi lah cute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu! Kalau boleh memang tak nak jejak. Eh, jejak tu takpalah lagi asal jangan rambang mata membelikan. Roti John tu dulu-dulu memang selalu mai gerai ni tapi la ni rasa macam dah biasa-biasa aje. Ke saya yang dah tua ek? Hahaha!

      Alahai, result biasa-biasa aje. Banyak juga menjunam berbanding tahun lepas! Tak boleh jadilah ni. Kena Mommynya masuk campur juga rasanya! Budak-budak ni kalau dibiarkan memang rileks aje memanjang!

      Oh, I is silaplah! Bukan semperit. Semalam nampak kat Hero, namanya kuih dahlia!

      Macamana nak buat kalau dah nama pun salah! Hahaha!

      Delete
  6. saya masih belum jejak bazar ramadhan..kuih2 pun setakat ni gigih pecah peluh buat sendiri..heheh...bukan pe, buat sendiri dapat banyak boleh la balas mangkuk tingkat jiran2..lagipun tak pi bazar sebab jiran2 pun bagi kuih..cemana entah nak diet kalau gini...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, sampai pecah peluh buat kuih untuk berbuka tu! Ditambah dengan diet, mesti turun banyak ni Diana! Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya misi tercapai.

      Saya pulak tetiba jadi rajin di bulan puasa. Entahlah tak tahu mengapa. Setakat ni memang saya tak teringin pun nak membeli di bazar Ramadhan. Itu pun sebab HD yang suruh. Kalau tidak, memang tak jejak lagi!

      Delete
  7. betul sngt MD kalau suami ajak kemana pun mesti kena pergi ye dak
    paling best dia ajak ke kebazar ramadan save lah masa MD di dapur ye dak
    kesian abang ye sampai tkde gambar entry ni mesti mood tak baik sbb lapar kan
    adik mestilah tenyummm je sbb dah minum milo berbotol2 tapi masih tak "kuasa" hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah, isteri mithalikan, KakNoor. Haruslah dengar kata suami. Hahaha!

      Saya tak berapa suka sekarang ni pergi bazar Ramadhan sebabnya harga makin lama makin mahal. Kualiti makin tak berapa umpphhh. Harapan berkecailah kalau beli makanan di bazar Ramadhan ni.

      Oh, si kecil tu memang hari-hari 'kuasa' KakNoor. Janganlah mengata dia tak 'kuasa'. Dia 'kuasa' apa...

      Delete
  8. Tahniah adik dan abang .. akhirnya jejak ke bazar ramadan hehe aku pula dah pecah record masak untuk berbuka sabtu tu .. masak bihun goreng tauhu je .. pastu aku sorang ja abiskan sebab anak2 tetap pegi ke bazar ramadan .. hubby aku pula tak sentuh karbo so mee bihun semua langsung tak makan 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Dapat jugalah memasakkan. Kira okeylah tu ^_^ Kalau pecah rekod sebulan membeli di bazar, lagilah haru!

      Ahah! Bab tu pun sadis juga. Selalu aje berlaku kat kita tau. Masak syok sendiri tu namanya. Kita yang masak, kita yang kena habiskan!

      Delete
  9. Cutilah ni citenya....patutlah senyap je blog mak burung tak berkicau. Gi mana Jumaat hari tu? Nak rahsialah tu...Nyampah!

    Tahniah utk abg. Dapat no 1. Kemana tak tumpahnya kuahkan....Alah tak yah risaulah Kak Ton, kelas tu belakang ceritalah..... yg penting peratus tu.

    Adik nampaknya dah ada bakat jadi pelawak tu hihi....Manjang menurun mommy. Cengeng pun mommy, pelawak pun mommy....huh, serba boleh nampaknya tu.

    Eleh konon tak nak gi bazar Ramadan, pergi ajelah, cari kuih, depa tak mo makan kita melahap ajelah sorang sorang Kak Ton....apa ada hal...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung Ostrich tu kan melarikan diri di tengah highway! Sebab itulah takda burung berkicau-kicauan di rumah Mak! Hahaha!

      Mana ada pergi mananya! Ambil buku report anak di sekolah aje. Lepas tu daftar anak sekolah. Lepas tu uruskan anak. Eh, kita ni memang kalau cuti cuma uruskan anak-anak dan suami ajelah kerjanya!

      Bukan masalah kelas. Kak Ton pun bukan teruja sangat dengan kelas elit tu. Tapi itulah, makin lama makin menurun prestasi walaupun duduk di tangga teratas katanya. Itu yang Mommynya risau.

      Amboi, amboi! Pelawak dikatanya kita! Kalau couple dengan jiran sebelah rumah, barulah boleh masuk Maharaja Lawak Mega ^_^

      Delete
  10. tahniah abang....moga terus cemerlang lagi
    Amboi adik bijaknya dia...tak larat mommy nak bertikam lidah dgnnya...
    Comel bergaya dgn kaca mata tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cermin mata doktor-doktor tu penting sekarang katanya. Nak pegang botol susu pun tak nampak kalau tak pakai spek blue colour ni tau!

      Delete
  11. dah 16 ramadhan alhamdulillah saya belum terjebak lagi dengan param. kebanyakannya buat sendiri, cuma kalau ada kakak/adik yang pi beli kuih tambahan. fuh sampai rm12 ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap ajekan dah 2 minggu berpuasa. Nasib baiklah sekarang ni cuaca pun elok aje. Takdalah panas membahang macam sebelum ni. Lagi suruh tidur adalah. Rugi betul tidur banyak di bulan puasakan!

      Saya pun kalau boleh memang tak nak jejak bazar Ramadhan ni. Takut rambang mata. Nanti dah beli, time berbuka baru tau langit tinggi ke rendah!

      Delete
  12. Boleh tahan juga bubbly abang walau kena challenge dgn budak cina. OK tu MD. Masuk tahap 2 nanti semua akan menjadi lebih baik dan setanding budak kelas elite. Dah tentu mandarin bukan bahasa ibunda, pelan-pelanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab penulisan Mandarin tu memang ada masalah sikitlah sebab dia selalu lupa ejaan. Jadi bila dah lupa ejaan, ayat pun jadi tak lengkap. Dahlah tu kira satu subjek, itu yang buat dia tak lepas! Takpalah, UPSR dua tahun lagi. Boleh improve, insyaAllah!

      Delete
  13. memang semput dah akak nak menghabiskan baca celoteh MD ni tau...Tak pelah MD seskali membeli kat PARAM tu ,tukar2 selera pulak.Jangan tak tau sejak akak baca menu ikan bilis bawang goreng MD tu sampai la ni suka pulak akak buat untuk sahur...sedapkan .
    Abang memang bijak kan walaupun bersekolah cina tetap dapat mengatasi budak2 lain kan.Kalau dia bersekolah kat tempat Iman ni harus lah dia je yang tempat pertama keseluruhan kelas tahun 4.
    Adek hensem nya berkacamata biru...macam2 gaya ...comelll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang kerja sayalah tu buat orang semput. Itu yang tak datang lagi tu ~_^

      Saya pun suka betul ikan bilis bawang goreng tu, kak. Sampai habis ikan bilis saya bulan ni. Selalunya tak pernah habis! Sedap pulak bulan-bulan puasa nikan!

      Sangkutnya pada subjek Mandarinlah. Saya dah agak dah. Lain-lain tu takda masalah tapi bila dah kebanyakan subjek dalam Mandarin, memang kena usaha lebihlah kak!

      Delete
  14. samalah fasya..masuk bab penulisan down skit.esp ejaan n huruf besar kecik tu.. tanda baca lah tertinggal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk Tahun 4 ni dah ada karangan dalam Mandarin. Itu yang dia sangkut sikit. Kalau tak, alhamdulillah takda masalah. Tengah fikir juga ni macamana nak tolong. UPSR 2 tahun lagi!

      Delete
  15. Lyn pun minat kuih dahlia. klu letak sebalang dpn mata sure habis. Sbb tu tiap2 thn my kakak buat, dorang suka sorok. takut cepat habis. hahahha
    amboii adik... nak makan pun melawa lagi... erm ikut sapa lah tuh.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah macamanalah anak akak boleh tersuka kuih ni. Memang betul pun akak tak pernah buat dan tak pernah beli. Mungkin dia makan di rumah MakNgahnya kot.

      Bab melawa over tu ikut Daddynya, jangan tak tahu! Bukan ikut akak tau!

      Delete

Post a Comment