Petua mengurangkan batuk

Salam 3 Ramadhan kawan-kawan!

Sekejap aje dah tiga hari berpuasa. Tahu-tahu nanti dah seminggu. Jeling lagi sekali kalendar tengok dah nak dekat raya dah pun ~_^

Cepat betul masa berlalukan... 

Bestnya hujan di pagi hari. Kalaulah tak kerja, mahu nak tarik selimut tinggi-tinggi sampai tutup kepala. Sedang sibuk I menggoreng mi di dapur tiba-tiba dengar hujan turun lebat. Syukur! Rahmat!

Semalam kami berbuka dengan nasi putih (lagi), daging masak kurma, ayam masak lemak dan my tekak ni tetiba teringin nak makan sambal tumis telur hancur. Itu ajelah lauk untuk berbuka. Macam biasa sebiji kurma seorang, potonglah juga buah dan sediakan dua jenis air panas dan sejuk

No kuih-muih. I tak jejak pun PARAM. Malaslah. Nanti takut terikut sangat kata nafsu, suruh borong makanan apa nampak. I selalu kena gelak dengan rakan sepejabat sebab pada I, 5 keping kuih @ RM2 tu lagi murah daripada beli sekeping @ RM0.40. Gila tak hebat Matematik ahkak, kan! Itu masa tak berpuasa, kalau di bulan puasa ni lagi teruk calculation on the spot!

Bukan apalah, sebab bila tengok perbandingan kuantiti 1 keping dan 5 keping tu, terus bercahaya-cahaya mata. Segala bintang keluar berkerlipan tau! Maka, nak juga menahan nafsu daripada menjejakkan kaki ke PARAM!

Oh, mukadimah... macam biasalah lebih panjang daripada isi karangan! Padanlah cikgu selalu tak mahu bagi A++++, asyik terkeluar tajuk aje!

Baru-baru ni sebelum berpuasa, teruk juga I dilanda batuk. Kan I dah kata, tahun ni memang penuh dugaan; in terms of kesihatanlah. Lepas satu, satu penyakit timbul. Dengan demam berulang, tetiba terkena tekanan darah melonjak tinggi, sakit mata, sakit tekak dan juga batuk berpanjangan!

Last sekali sebelum berpuasa I kena batuk. Lama juga ya. Dekat 2, 3 minggu juga. Tersiksa jiwa-raga ni. Tak berhenti-henti tekak terasa gatal dan batuk berdengkung-dengkung gitu...

Seminggu sebelum puasa, dek kerana teruk sangat batuk datanglah pulak sakit tekak sampai hilang suara; daripada serak-serak basah dek batuk terus jadi macam suara Donald Duck! Kasihan alahai myself ni tau!


By the way, tak payah tanyalah apa yang I dah buat. Pergi klinik sudah. Makan ubat batuk doktor beri, beli kat farmasi, try macam-macam petua pun sudah ya. Malangnya batuk tak mahu juga pergi meninggalkan diri ini...  

So, kawan pejabat yang prihatin (or maybe dia pun tak tahan dengar I batuk tak berhenti-henti) telah beri cadangan untuk mencuba satu petua ni... 

Bila dengar cuma nak guna limau sunkist tu aje, lega ahkak. Senanglah sikit nak diusahakan...

Petang tu juga I ke Aeon memborong limau (alasan semata ni ya, takda apa nak beli pun dia memang rajin 'lepak' kat Aeon!)

Inilah petuanya :-

1. Rendamkan limau di dalam air garam selama 10 minit (semangkuk kecil air dan setengah sudu kecil garam)    

2. Potong bahagian atas limau dan masukkan setengah sudu garam. Lagi bagus kalau kita ambil garfu/chopstick dan cucuk-cucuk sikit limau tu bagi garam meresap masuk.




3. Masukkan limau dalam bekas kecil yang kosong dan stimkan selama 20 minit.

4. Lepas tu apalagi, silalah makan limau berstim tu, termasuklah air-air yang meruap jatuh dalam bekas tu (tak banyak mana pun, sesudu air pun tak sampai!)


Sedap tau!

Errkkk... 

I buatlah dua kali. Masa first time tu, garam tak rata dalam limau agaknya, so punyalah masin bahagian atas yang kena potong tu!

Kali kedua barulah best sikit makan limau ~_^

Alhamdulillah, kuranglah sikit batuknya.

So, trylah ya petua ni kalau terkena batuk lain kali ~_^ Oh, ya.. ini untuk yang jenis batuk kering aje, tanpa kahak bagai. Kalau yang berkahak tu, tak jalanlah kot petua ni!

Tapi nak kena ingat sikit, badan kita tak serupa. Mungkin ada yang sekali buat dah okey. Mungkin kena berkali buat baru nampak kesan. Dan, mungkin juga tak berkesan langsung. Hehehe!

      

  

 

Comments

  1. ooo baru tau petua tu kak...lieya ni ade penyakit jarang kene batuk, tapi kalo kene mmg berbulan2 amik masa nak baik...sampai kawan opis usik ckp kene tibi..cissss sungguh tak insuran mulut die hahaahahahah...nanti boleh laa try petua akak nieh...

    bagus akak masak hah....lieya pulak bulan puase ni malas...mmg dapur rehat...gas berguna waktu sahur jek akakakkkkaka....heaven betul rutin skrang.... balik rileks2, pi masjid...buke sane....legaaa rase tak jumpe periuk kuali petang2 haahhahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sebenarnya jarang kena sakit tapi tak tahulah tahun ni apa kesnya. Kejap-kejap sakit itu, ini. Macam-macam hal. Akak pun lama kena batuk ni, Lieya sampai takut nak pergi jumpa doktor. Takut kena tibi. Hahaha!

      Petua ni untuk jenis batuk yang kering aje, tak berkahak tau. Yang siap datang dengan pakej selsema, kahak bagai tu, tak tahulah boleh jalan ke tidak!

      Kena masaklah Lieya. Malas nak membeli. Sedap ke tidak tak tahu lagi. Membazir yang tak sanggup tu! Suami akak ajak juga tau berbuka kat Masjid Besi tu tapi akak tak beri kata putus pun ^_^

      Delete
  2. senangnya petua. bolehlah mencuba utk seisi keluarga kalau batuk. kot2 mujarab. tp saya jarang benar dapat sakit.

    saya pun sama kalau sakit, senang kerja ke klinik saja, jarang nak pikir petua itu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, manalah tahu kalau sesuai dicuba. Senang aje pun. Guna limau aje. Katanya boleh juga guna limau mandarin tu tapi saya rasa orange Sunkist tu lagi senang nak cari sekarang ni!

      Itulahkan, selalunya satu rumah tumbang tapi saya okey aje. Kalau terkena virus selsema ke apa, saya tetap okey. Entah kenapa tahun ni orang tak sakit, saya yang kerja sakit pulak! Allah nak menduga tu agaknya!

      Delete
  3. Baru pertama kali dengar petua ni.bagus juga MD kongsi.mana tahu berguna kemusian hari.klu dah berpanjangan batuk tu memang tak selesa.haruslah cuba segala petua yg ada selagi tak lega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pertama kali dengar dari kawan pejabat ni. Cepat-cepatlah cari macamana nak buat semua and then try!

      Okeylah, kalau dah sakit tu kita try ajelah segala apa cara janji boleh baikkan!

      Delete
  4. bagus petua ni mudah dan sedap pulak tu, lain kali boleh cuba juga ni.

    ye saya pun tak ke param lagi, cuma suami yang pergi mencari kuih sebab suami berbuka makan kuih, isteri dia ni kalau hari kerja memang tak sempatlah nak sediakan kuih2 bagai tu, jadinya belilah saja, tapi hadkan kuih saja,benda lain jangan beli, setakat ni alhamdulillah ok, bukan apa suami kita tu kalau membeli di param memang dia over sikit hehehe,semua dia nak bedal.

    memang sekejap je kan waktu berlalu, tup tup dah raya, pastu tetiba dah nak tahun baru pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, kan! Siapa tak suka makan limau sunkist ni? Senang pulak tu petua. Tapi ni nak cerita jugalah. Stim saya bukan main besar tapi yang nak distim limau sebiji itu ajelah. Ponah gas aje tau. Hahaha!

      Itulah, kalau dok bilang dengan jari memanglah lambat tapi cuba buat-buat tak tahu, tau-tau esok dah raya!

      Delete
  5. Nani ni pun setakat tiga hari ni tak jejak lagi bazaar raamdhan. Semalam ibu dengan abah ajak pergi pun Nani tak pergi sebab cuaca panas sangat sekarang. Tambah pulak awal awal puasa ni sah lah bersesak sesak orang nak membeli. Hehe. Ooo baru tahu petua yang ni, selalu kalau batuk telan madu. Tahan jugaklah sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Belum jejak lagi, Nani. Akak malaslah nak pergi bazar Ramadhan ni, takut rambang mata. Bulan puasa ni eloklah menahan nafsu itu juga!

      Delete
  6. akakpun batuk gak ni.. alahai dugaan bulan puasakan.. gitu yer petuanya.. akak kalau batuk kena kurangkan makan benda berminyak.. kena minum air kosong banyak2 tapi tuler bulan puasa camnerkan..
    akak pergi gak bazaar ramadhan tapi untuk kuih muih atau apa anak nak beli.. makanan berat masak sendiriler.. tang kuih 5 RM2tu memang penjual psiko kitakan.. semalampun akak kena tauhu sumbat 4 RM3 dan satu adalah 75sen.. padahal belijer dua misalnya baru RM1.50 yang pi borong sampai RM3 dan tak sedaptu buat apakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time bulan puasa ni batuk memanglah lagi siksakan, Cho. Dahlah tak boleh minum. Saya masa kena tu macam-macam petua dah buat. Minum madu. Minum air putih banyak-banyak. Makan ubat batuk doktor. Kesep lonzenges. Apa lagi petua orang ajar ek semua try jugalah tapi tak jalan. Degil betul batuk saya tu tau!

      Hahaha! Rupa-rupanya ramai juga orang macam saya! Saya itulah yang selalu jadi joke kawan-kawan, 5 keping@RM2 tu murah berbanding kalau beli satu! Padahal kuantiti aje berbeza, harga tetap sama!

      Delete
  7. alamak..limau pun nampak sedap haha..saya pun ada buat rendam limau dalam air masak pastu terus minum je..takde pulak bubuh gram atau setim metim..next time boleh le cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kasihan pulak! Bulan puasa ni apa-apa pun nampak sedapkan CikSiti!

      Delete
  8. Replies
    1. Bolehlah cuba kalau terkena batuk nanti. Tapi ini untuk batuk yang kering aje tu, bukan yang berkahak!

      Delete
  9. Bole try petua ni..
    kat umah ni klau batuk suap madu aja..kat umah ada 4 botol madu ubat batuk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba juga madu tapi tak jalan. Madu saya beli tak berapa bagus kot!

      Delete
  10. Ohh... petua baru ni buat kakak
    Baca ni baru tahu. Harap kakak bolehlah ingat bila diperlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu, kak. Itu yang nak dikongsi bersama kawan-kawan!

      Delete
  11. dah baik belum ni?
    ubat batuk strawberi examo tu bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama baik sebelum puasa lagi tapi la ni, terbatuk-batuk semula! Tak tahulah apa hal.

      Ubat batuk examo tu saya tak tahu pun. Nanti nak pi ushar gambar dulu.

      Delete
  12. Salam ramadhan MD..
    Terima kasih share petua ni.. blh la ira buatkan utk husband nnt. Dia pnya batuk xbaik2 lg dr sblm puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau batuk yang jenis kering tu Ira memang lambatlah nak baik. Saya pun makan 2,3 minggu tak baik-baik walaupun semua petua dan ubat dah cuba!

      Delete
  13. Bagus petua ni MD,boleh simpan ni bila perlu.Lagipun rasa limau akak sukaaa...
    Yalah kalau dapat elakkan akak pun elakkan dari beli di Param...kalau dah pergi selalu nya mudah sangat tergoda dgn berbagai makanan yg dijual...rambang mata dibuatnya.Tapi adakala nya akak terjebak juga bila anak2 semua ada...nasib baik tak mudah membazir jika ada bujang2 akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, tulah! Disuruh makan limau, no hal punya. Senang sikitlah nak mencubanya. Kalau disuruh telan sayur tu, daun ni, barulah siksa sikit saya ni nak cuba!

      Tak bolehlah, kak. Takut tak tahan nafsu nanti macam-macam dibelinya. Lepas tu syok sendiri, takda orang nak makan. Anak-anak saya tak suka kuih muih sangat. HD pulak tak suka yang manis-manis.

      Delete
  14. Boleh cubalah petua ni MD..
    CH ni pun batuk2 juga ni..
    Rasa tak selesa batuk masa solat tarawih ni...
    Semalam solat tarawih buat kat umah ajer..

    Sahur buat mee hoon goreng ye MD..
    Jalan pula menu macam tu pagi hari ye..
    Nanti CH nak cubalah..
    Last year CH cuba buat nasi goreng..
    Tak Jalan pulak kat rumah ni..
    Nak nasi putih dengan lauk dan sayur juga..
    Pada hal dalam nasi goreng tu semua dah adakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah CH tak selesa kalau dah batuk. Kalau di pejabat tu, suasana sunyi sepi tetiba kita aje yang asyik terbatuk-batuk. Stress jadinya! Nanti tekanan darah pulak naik!

      Eh, bukan mihun tapi mi goreng. Rumah saya tak pernah buat mihun goreng CH sebab masing-masing tak suka. Saya aje biasanya yang suka! Tak ke namanya syok sendiri!

      Dah beberapa hari terfikir nak buat nasi goreng tapi takut tak lalu pulak tekak masing-masing nak makan pepagi hari tu!

      Delete
  15. wah senang je petua ni MD
    boleh lah try
    baru ni family di brunei di landa demam dan batuk2
    mungkin rindu org kat sini kot kan
    hehee lmbt dpt petua ni
    insya allah lepas ni nak bagtau lah petua
    mana tau serasi sejiwa
    thanks MD ya
    btw poskad kaknoor dah sampai ke belum??
    takut jugak tak sampai sbb dlm tu ada fm jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tandanya mereka dah merindui KakNoorlah tu. Nak suruh isteri tercinta/ibu tersayang balik cepat. Rindu masakan KakNoor juga tu. Chef tersohor takda rumah, mesti susah hatilah!

      Oh, dah up entri pun KakNoor!

      Terima kasih banyak ya. Kalau ada apa-apa nak beri, silalah teruskan niat murni tu. Hahaha!

      Delete
  16. Ini petua baharu yang boleh dipraktikkan lain kali ni. Nampak sedap sangat petua ni.. haha.. alhamdulillah batuk MD dah baik.. dgn puasa ni kalau batuk atau selsema pasti akan rasa badan tak selesa kan?

    Cemana puasa budak berdua tu? Maknya tak buat entry lagi ni..

    Tahniah rajin memasak utk buka nampaknya. Samalah setakat ni saya pun masak, kecuali tolak dua hari makan d rumah mak.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Itulah... nampak sedap sangatkan petua ni! Kalau tak batuk pun, boleh buat. Serius sedap AN limau sunkist lepas kena stim ^_^

      Alhamdulillah, abangnya takda masalah nak berpuasa. Tapi si adiknya tu memanglah dia tak 'kuasa' walaupun dia tak berapa makan dan minum pun di siang hari. Time kita nak berbuka, dia dah duduk kat meja menikmati hidangan dulu!

      InsyaAllah! Saya nak masak sepanjang bulan Ramadhan kali ni!

      Delete
  17. salam 4 ramadan akak
    alhamdulillah. menarik. leh simpan gtau suami.
    sebelumni dh cuba mnm airnenas. pon baguih. sesuai utk yg berkahak
    lagi satu cuba amalkan pati delima kak. inshaaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik. Sedap pun sedap tau, Ciksu ^_^

      Batuk ni kalau yang kering aje tu memang liat sikitlah nak baik. Itu yang makan masa panjang nak baik betul-betul.

      Delete
  18. Ha a....sekejap jer dah nak Raya ek...
    Beli daging berapa kilo? Mcm hari hari lauk daging je hihi....

    Buat pertama kalinya mak ke Param semlm... mmg memborong kuih ler. Apam ada, popia basah ada, koci ada, pau sambal ada, mmg sawan kuihlah mak semlm hihi....

    Dah hilang ke batuk Kak Ton hari ni? Mak pun sejak start pose ni batuk jugak. Tp nasiblah tekak tak sakit. Apa taknya air batu jer lalu kat tekak ni...

    Nak kena stim ek. Kak Ton pakai stim apa? Stim guna mikrowave ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada beli berkilo. Satu kilo pun tak sampailah, Mak. Yalah, betul cakap Mak tu, bulan puasa dah 2x buat lauk daging. Itu belum masuk goreng bercili, hari-hari rasanya, Mak oi!

      Itu yang Kak Ton malas, Mak. Kalau pergi mesti terbazir, tak cukup kuat menahan godaan katanya! Lagi pun kat rumah Kak Ton ni cuma Kak Ton aje yang syok sendiri makan kuih. Anak-anak dan suami tak hairan, Mak. Daripada kuih, lebih baik letak biskut Chipsmore ke, biskut Oreo ke untuk dessert. Habis!

      Kak Ton pakai stim zaman dulu-dulu tu, Mak.Atas dapur. Tapi yang gelak, stim Kak Ton sikit punya besar, nak stimnya sebiji limau aje...

      Delete
  19. WAH BAGUS SGT PETUA MD NI BOLEH DICUBA KALAU TERBATUK HARAPNYA XLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tiba-tiba masuk beberapa hari puasa dah batuk balik. Kotnya terlebih minum aislah ni...

      Delete
  20. telan ayaq liur nengok petua MD ni..ahahha.. TQ sharing MD..
    boleh cuba kt Mak sy..sllu batuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan petua ~_^

      Cubalah mana tahu sesuaikan. Lega tau kalau dah baik batuk!

      Delete
  21. bila kena batuk ni mmg makan masa berminggu2 or berbulan2 jugak nak baiknya. cubalah memacam petua kekadang tak kena pun.
    last2 dia baik sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat dah mencubanya, Lyn. Sampai rasa nak redha ajelah, biar dia baik sendiri!

      Delete

Post a Comment