Salam 10 Ramadhan kawan-kawan!
Eh! Eh! Jangan buka puasa dulu!
Belum raya lagi beb! Puasa masih panjang lagi. Hari ni pun baru hari ke-10. I sesaja nak tulis tajuk ikut sukahati diri sendiri ^_^
Boleh hadam ke ni kalau hari ni pun entri tanpa gambar? I malaslah nak tempek gambar. Tak tahu sebenarnya nak letak gambar apa. Lagi pun celotehnya selalu ke utara, selatan, timur dan barat. So, nehi gambar yang berkaitan. Hahaha!
Kita bermula macam biasalah ya; tentang menu berbuka dan bersahur. I rasa tak lama lagi I nak skip menu bersahur sebab makin hari makin tak tahu nak makan apa dah. Nasib baik juga HD dan Bubbly Abang sependapat dengan I ni. So, kita bersahur ajelah dengan apa adanya!
Semalam dek kerana nasi ayam tak jadi, maka I buatlah mi dan sup ayam. Ayam pun dah siap perap. Maka I pun goreng ajelah ayam perap tu. Perapan ikut suka hati ahkaklah ya. Bubuh tambah aje apa nak. Since si kecil yang tak 'kuasa' tu tak suka nasi kecuali colour white, maka I pun tanaklah nasi juga. Alhamdulillah! Licin juga cuma tinggal saki-baki kuah sup tu kita carry forward ke sahur, buat cicah makan dengan roti.
By the way, anak bujang tersado tak berapa suka ayam perapan ni sebabnya ...
Kenapalah kulitnya gelap, Mommy? Tastenya different daripada ayam goreng biasa! Ni Mommy goreng macamana?
Itu yang malas nak masak luarbiasa!
Hari yang I tak masak nasi putih, si kecil Adik Cute 'berbuka puasa' dulu, 5 minit sebelum masuk waktu berbuka. Tiba-tiba dia tanya,
Mommy! Rice colour white takda ke? Colour ni je ada? Colour ni tak bestlah! Adik nak colour white tu!
Oleh itu, biarlah I kembali ke pangkal jalan bila memasak ni ~ Hari-hari kena hidangkan ayam goreng biasa-biasalah nampaknya!
Jom masuk tajuk entri .... ~_^
My family ni unik sikit ya. Kami memang tak pernah ada tema di pagi raya. Jangan haraplah nak berpakaian sedondon katanya di pagi raya. A big no, no!
Dek kerana I dah terbiasa, tak pernah pun I terfikir tentang tema warna lagi untuk dipakai di pagi raya!
Dari mula kahwin sampailah ni, memang begitulah...
Kalau baru kahwin pun HD tak makan saman dengan pujuk rayu isteri tak payah ceritalah lepas dah lama berkahwin. Mahu kena hempuk nanti kalau nak memujuk rayu sambil bergolek-golek tak tentu pasal di depannya...
Mula-mula kahwin dulu, HD tak mahu berbaju Melayu. Katanya rasa peliklah sangat. Masa berkahwin dulu bila kena pakai tanjak, samping dan sepersalinan baju Melayu pun HD dah rasa tak tentu arah (walaupun beliau rasa ganteng sangat masa tu...)
Sebagai isteri, I memang dah fahamlah perangai suami sendiri. Kalau HD beria-ia kata tak nak tu, janganlah dipujuk lagi. Mahu perang besar pulak. Tapi kalau HD berdolak-dalik dengan keputusan, itu masih boleh dipsiko lagi ~_^
Bila dah ada anak satu pun sama juga kekdahnya. Pernahlah sekali selepas banyak kali pujuk rayu, rayuan manja semuanya ditolak, entah kenapa HD izinkan I pergi buat sepasang baju Melayu sedondon untuk beliau dan Bubbly Abang. Terpaksalah 'kipas' elok-elok untuk bawa HD jumpa my tailor. Maka, mengukur baju di badanlah kita masa tu. I dah senyum simpul gembira impian terlaksana!
Bila pakaian dah siap diambil, HD pun tanyalah berapa bayarannya. Bila tau, fuhhh...mengamuk lagi. Katanya nak buat apa beli kain, bayar mahal-mahal lepas tu pakainya hanya di pagi raya yang tak sampai sehari pun! Bila dah sampai di rumah dan nak pakai, masalah lain pulak timbul. Entah macamana ukuran yang my tailor ambil ni di luar dugaan betul. Gedabak jadinya baju HD dengan labuhnya lagi. Memang sentaplah suami tercinta. Bila try baju Bubbly Abang pulak, terjerit-jerit si kecil tu (waktu tu) tak boleh nak masuk tangan!
I pun tak faham kenapa tailor yang I bangga-banggakan boleh buat silap. Tapi yang sebenarnya, tailor I ni suka buat pakaian ikut badan. Even baju kurung I pun memang sama rap ikut badan. Kalau kilo meningkat, memang baju terus jadi ketat! Tapi bila bab baju HD, tak tahulah I kenapa dibesar-besarkan ukuran pulak!
Tapi dek kerana kasihan kat isteri dan harga pakaian sedondon raya pun bukan murah, makanya berpakaian sewarna jugalah kami di suatu hari di pagi raya. Itu ajelah sekali. Balik aje solat raya, terus tukar uniform t-shirt dan jeans! I pulak... masa tulah kain lace baju kurung boleh terkoyak dekganas menguruskan anak! Dengan mencemik-cemik muka I pun tukarlah pakaian raya yang tak sedondon! Baru masing-masing puas hati! Ingatnya nak merajuklahkan tapi belum sempat merajuk dah kena marah, jom balik KL cepat! Tak payah berlama-lama di kampung. Aha, padanlah muka ahkak! Sejak itu, tak kuasalah nak menitikberatkan tema sedondon ni! Buang karan aje!
My anak-anak pun baju Melayu mereka untuk dipakai sekali- sekala aje. Dah ikut tabiat Daddy, tak betah berbaju Melayu. Paling lama bertahan setiap baju Melayu tu setahun cuma. Next year memang dah tak muat dah terutama si Bubbly Abang.
Cumanya si kecil tu ada bagus sikit. Kalau pakaikan baju Melayu di pagi raya boleh tahan sampai ke petang sebab dia rasa pelik aje pakai baju Melayu dan berkopiah, macam comel aje. Sebab ramai yang kata dia comel, maka itulah dia maintain berbaju Melayu di hari raya. Si kecil ni pun over perahsan bab-bab kena puji cute ~_^ (Ke Mommynya yang terlebih kembang hidung bila orang puji anaknya cute? Eh, tak tahu ler...)
Sejak dari itu, memang tak payahlah buat baju Melayu untuk HD. Memang beliau tak nak. Berjubah aje di pagi raya untuk solat. Lepas tu tukar uniform biasa. My anak-anak ajelah yang I belikan baju Melayu tapi tak sama warna. Eh, darah Melayu pun adakan pada my anak-anak, bukan darah Uzbek macam Daddy mereka aje!
And then tahun ni, HD macam biasalah nak berjubah aje. Si Bubbly Abang pun nak berkurta dengan seluar jeans katanya. Senang ikut style Daddy! Si kecil tu pun kenalah berjubah di pagi raya. And, macam biasa juga, memang semua tak sama warna.
Tapi tengoklah, raya pun lama lagi nak menjelma. Manalah tahu tetiba I dapat keizinan untuk beli pakaian lain untuk anak-anak di pagi rayakan! Kalau tidak, kita redha ajelah tengok mereka bertiga berpakaian carca-marba di pagi raya ^_^
Sebagai isteri mithali, I akur ajelah walaupun dalam hati terharu yang amat! Janji gambar raya sekeluarga tetap ada ^_^
You all macamana pulak? Dah gantung pakaian raya sedondon sefamili dalam lemari ke?
Eh! Eh! Jangan buka puasa dulu!
Belum raya lagi beb! Puasa masih panjang lagi. Hari ni pun baru hari ke-10. I sesaja nak tulis tajuk ikut sukahati diri sendiri ^_^
Boleh hadam ke ni kalau hari ni pun entri tanpa gambar? I malaslah nak tempek gambar. Tak tahu sebenarnya nak letak gambar apa. Lagi pun celotehnya selalu ke utara, selatan, timur dan barat. So, nehi gambar yang berkaitan. Hahaha!
Kita bermula macam biasalah ya; tentang menu berbuka dan bersahur. I rasa tak lama lagi I nak skip menu bersahur sebab makin hari makin tak tahu nak makan apa dah. Nasib baik juga HD dan Bubbly Abang sependapat dengan I ni. So, kita bersahur ajelah dengan apa adanya!
Semalam dek kerana nasi ayam tak jadi, maka I buatlah mi dan sup ayam. Ayam pun dah siap perap. Maka I pun goreng ajelah ayam perap tu. Perapan ikut suka hati ahkaklah ya. Bubuh tambah aje apa nak. Since si kecil yang tak 'kuasa' tu tak suka nasi kecuali colour white, maka I pun tanaklah nasi juga. Alhamdulillah! Licin juga cuma tinggal saki-baki kuah sup tu kita carry forward ke sahur, buat cicah makan dengan roti.
By the way, anak bujang tersado tak berapa suka ayam perapan ni sebabnya ...
Kenapalah kulitnya gelap, Mommy? Tastenya different daripada ayam goreng biasa! Ni Mommy goreng macamana?
Itu yang malas nak masak luarbiasa!
Hari yang I tak masak nasi putih, si kecil Adik Cute 'berbuka puasa' dulu, 5 minit sebelum masuk waktu berbuka. Tiba-tiba dia tanya,
Mommy! Rice colour white takda ke? Colour ni je ada? Colour ni tak bestlah! Adik nak colour white tu!
Oleh itu, biarlah I kembali ke pangkal jalan bila memasak ni ~ Hari-hari kena hidangkan ayam goreng biasa-biasalah nampaknya!
Jom masuk tajuk entri .... ~_^
My family ni unik sikit ya. Kami memang tak pernah ada tema di pagi raya. Jangan haraplah nak berpakaian sedondon katanya di pagi raya. A big no, no!
Dek kerana I dah terbiasa, tak pernah pun I terfikir tentang tema warna lagi untuk dipakai di pagi raya!
Dari mula kahwin sampailah ni, memang begitulah...
Kalau baru kahwin pun HD tak makan saman dengan pujuk rayu isteri tak payah ceritalah lepas dah lama berkahwin. Mahu kena hempuk nanti kalau nak memujuk rayu sambil bergolek-golek tak tentu pasal di depannya...
Mula-mula kahwin dulu, HD tak mahu berbaju Melayu. Katanya rasa peliklah sangat. Masa berkahwin dulu bila kena pakai tanjak, samping dan sepersalinan baju Melayu pun HD dah rasa tak tentu arah (walaupun beliau rasa ganteng sangat masa tu...)
Sebagai isteri, I memang dah fahamlah perangai suami sendiri. Kalau HD beria-ia kata tak nak tu, janganlah dipujuk lagi. Mahu perang besar pulak. Tapi kalau HD berdolak-dalik dengan keputusan, itu masih boleh dipsiko lagi ~_^
Bila dah ada anak satu pun sama juga kekdahnya. Pernahlah sekali selepas banyak kali pujuk rayu, rayuan manja semuanya ditolak, entah kenapa HD izinkan I pergi buat sepasang baju Melayu sedondon untuk beliau dan Bubbly Abang. Terpaksalah 'kipas' elok-elok untuk bawa HD jumpa my tailor. Maka, mengukur baju di badanlah kita masa tu. I dah senyum simpul gembira impian terlaksana!
Bila pakaian dah siap diambil, HD pun tanyalah berapa bayarannya. Bila tau, fuhhh...mengamuk lagi. Katanya nak buat apa beli kain, bayar mahal-mahal lepas tu pakainya hanya di pagi raya yang tak sampai sehari pun! Bila dah sampai di rumah dan nak pakai, masalah lain pulak timbul. Entah macamana ukuran yang my tailor ambil ni di luar dugaan betul. Gedabak jadinya baju HD dengan labuhnya lagi. Memang sentaplah suami tercinta. Bila try baju Bubbly Abang pulak, terjerit-jerit si kecil tu (waktu tu) tak boleh nak masuk tangan!
I pun tak faham kenapa tailor yang I bangga-banggakan boleh buat silap. Tapi yang sebenarnya, tailor I ni suka buat pakaian ikut badan. Even baju kurung I pun memang sama rap ikut badan. Kalau kilo meningkat, memang baju terus jadi ketat! Tapi bila bab baju HD, tak tahulah I kenapa dibesar-besarkan ukuran pulak!
Tapi dek kerana kasihan kat isteri dan harga pakaian sedondon raya pun bukan murah, makanya berpakaian sewarna jugalah kami di suatu hari di pagi raya. Itu ajelah sekali. Balik aje solat raya, terus tukar uniform t-shirt dan jeans! I pulak... masa tulah kain lace baju kurung boleh terkoyak dek
My anak-anak pun baju Melayu mereka untuk dipakai sekali- sekala aje. Dah ikut tabiat Daddy, tak betah berbaju Melayu. Paling lama bertahan setiap baju Melayu tu setahun cuma. Next year memang dah tak muat dah terutama si Bubbly Abang.
Cumanya si kecil tu ada bagus sikit. Kalau pakaikan baju Melayu di pagi raya boleh tahan sampai ke petang sebab dia rasa pelik aje pakai baju Melayu dan berkopiah, macam comel aje. Sebab ramai yang kata dia comel, maka itulah dia maintain berbaju Melayu di hari raya. Si kecil ni pun over perahsan bab-bab kena puji cute ~_^ (Ke Mommynya yang terlebih kembang hidung bila orang puji anaknya cute? Eh, tak tahu ler...)
Sejak dari itu, memang tak payahlah buat baju Melayu untuk HD. Memang beliau tak nak. Berjubah aje di pagi raya untuk solat. Lepas tu tukar uniform biasa. My anak-anak ajelah yang I belikan baju Melayu tapi tak sama warna. Eh, darah Melayu pun adakan pada my anak-anak, bukan darah Uzbek macam Daddy mereka aje!
And then tahun ni, HD macam biasalah nak berjubah aje. Si Bubbly Abang pun nak berkurta dengan seluar jeans katanya. Senang ikut style Daddy! Si kecil tu pun kenalah berjubah di pagi raya. And, macam biasa juga, memang semua tak sama warna.
Tapi tengoklah, raya pun lama lagi nak menjelma. Manalah tahu tetiba I dapat keizinan untuk beli pakaian lain untuk anak-anak di pagi rayakan! Kalau tidak, kita redha ajelah tengok mereka bertiga berpakaian carca-marba di pagi raya ^_^
Sebagai isteri mithali, I akur ajelah walaupun dalam hati terharu yang amat! Janji gambar raya sekeluarga tetap ada ^_^
You all macamana pulak? Dah gantung pakaian raya sedondon sefamili dalam lemari ke?
Kat rumah kakcik ni, biasanya suami suka nak bagi anak-anak pakai baju melayu, tapi kakcik pula sebaliknya. Iyalah, pakainya pagi tu je, lepas tu smpan dalam almari. Masa kecik dulu, sudahnya jadi baju tidur. Sekarang anak-anak dah besar, ikut je selera dia orang nak yang macamana. Kadang2 dia orang nak baju Melayu tapi ikut warna kesukaan masing-masing. beli yang dah siap je. Mujur ada saiz. Tahun ini dengarnya masing-masing nak berjubah...
ReplyDeleteSaya memang sejak ada anak ni, tak dapat nak samakan tema anak-anak dan suami. Suami saya tak berapa suka nak pakai baju Melayu sebab katanya nak beli kain, nak upah buat atau nak beli sekalipun tak berbaloi sebab pakainya sekali-sekala. Lainlah kalau boleh pakai hari-hari. Lagipun bila orang dok tengok HD berbaju Melayu, suami saya rasa tak selesa pulak!
Deletesama la kita. bezanya saya memang lantak kau la taknak sedondon yang penting aku cantik di pagi raya sudah. Baju kurung kat si kecik pun macam malas nak beli sebab pakainya setahun sekali macam mak dia jugak. Tapi sebab tahun ni dah sekolah takut ada sambutan raya kat sekolah.. niat taknak beli baju kurung jadi kena beli jugak. Suami saya pun suka jubah jer. Saya tak tau lagi. tengok la kalau ada size baju ready made beli la.. takde baju yang pakai masa akad nikah adik aritu baru sekali tu je pakai pun boleh buat baju raya. Simplenya hidup kami laki bini tau.. hahaha
ReplyDeleteHahaha! Bagus prinsip ni! Janji diri sendiri nampak cantik di pagi raya ~_^
DeleteBetul tu, Suria. Kalau diikutkan, budak-budak ni bukan pakai selalu pun baju kurung/Melayu. Buang duit aje beli sampai ratus-ratus. Lepas tu simpan. Bila nak pakai semula tengok dah ketat sana sini! Membazir betul.
Dah tua-tua ni memang tak kisah sangat baju raya. Janji ada baju baru yang belum pernah dipakai di pagi raya. Itu pun bolehlah!
Kakak tak salahkan HD sebab abang pun samalah MD. Sebab itu kakak biasa buat kemeja yg ala-ala kemeja cekak musang ada poket tiga juga di bawah 2 satu atas tapi jenis yg tersembunyi tu. Faham tak MD. Jadi baju ini boleh selalu pakai. Abg memang tak ada baju melayu juga. Kalau solat raya dia pakai jubah aje. Boleh guna hari biasa bila nak ke masjid. Tak membazir. SO... jgn salahlah HD buat apa buat pakainya sekali aje.
ReplyDeleteAbg ada sehelai tu pun kakak dia buat sempena anak dia kahwen itulah pakai pun sekali aje. Membazir kan..
Saya boleh fahamlah kenapa HD tak suka. Lagi pun HD memang tak suka jadi tumpuan. Bila semua mata memandang, beliau rasa lain macam. Itu lagilah buat HD tak mahu berbaju 'pelik' buat dirinya! Anak-anak pun setakat ni ikut aje apa saya kata. Tapi kalau mereka pun tak mahu juga, saya tak boleh kata apalah!
DeleteDahlah Kak Ton.... dah siap beli masa balik kg hari tu. Beli kat bazar depan sekolah Kak Ton tulah. Murah aje Kak Ton baju Melayu ambik stok lama Rm75 henggit hihi.... janji ada. Mula tu Pak Jilapah tak nak jugak.... sesaja ngengada kot, tp bila mak belikan senyap senyap, tak kisah pulak dia....Sajalah tu. Nyampah tau!
ReplyDeleteYelah abang tu tgh nak membesar sebab tulah rugi jer kalau beli baju Melayu. Lagi pun bukan pakai selalu.
Layankan ajelah Kak Ton ngan suami tercinta tu. Kang tak pasal pasal kita merajuk pulak dibulan Ramadhan yg mulia ni hihi...Sebabnya pasal nak berbaju sedondon di pagi Raya..... kehkehkeh....
Mak memang dah bersiap sedia nak menyambut raya rupanya ya ^_^ Untunglah Mak belikan siap-siap untuk PakJilap dan satu keluarga. Dengan HD ni walaupun kita belikan kalau tak berkenan di matanya, memang tak pakailah. Jadi malas nak memandai-mandai beli apa yang rasanya HD tak suka. Membazir duit kita aje...
DeleteBaju Melayu Bubbly Abang memang setahun satu tak boleh pakai ulang. Kalau paksa juga memang koyaklah tang mana-mana. Maklumlah badan membesar bagaikan Hulk gitu ~_^
Kak Ton dah tak kuasa nak merajuk semata nak pakai sedondon, Mak. Kak Ton lagi terror. Kak Ton buat baju sepanjang tahun semua warna ada. Senang nak matching nanti. Hahaha!
Redha jer lah MD..
ReplyDeleteDah itu en hubby kita mahu kan..
Dapat bergambar sekeluarga di pagi raya pun dah kira syukurkan..
CH ni sebab kita yg belikan..
Hendak tak hendak kena pakai hahahha..
Tapi en suami ni hendaklah pula berbaju melayu hingga ke ptg..
Kekadang separuh org tu , balik masjid dah tukar baju lain..
tak selesa katanya..
CH kalau nak beli baju melayu kena pasti baju tu tak panas katanya..
Ye lah bang.. kita cari lah yg macam u nak tu..
Baju2 melayu nabil yg dulu-dulu semua nya dah sedekahkan..
ye lah dah tak muat kan..
Janji dapat bergambar rayakan, CH...
DeleteAsal tak lupa nak cium tangan suami minta maaf sudahlah. Takut tahun ni photoshoot raya pun terlupa. Hahaha!
Si kecil tu naklah juga berbaju Melayu sampai ke petang tapi si abangnya tak tahan. Leceh nak bermain-main nanti! Kalau dipaksa, mogoklah muka. Anak-anak pun dah besar panjang katanya!
kami tak pernah sedondon. pernah sekali seumur hidup berkahwin (anak dua) kami sedondon hijau. lepas tu anak2 saja sedondon pink. lepas dari thn tu, semua dah ikut haluan warna masing-masing.
ReplyDeletethn lps, sapa nak baju melayu, sapa nak kurta, makbapak ikutkan saja. yg perempuan baju kurung lah. suami saya recycle je baju melayu lama2, sebab nk pakainya waktu solat aje, lps tu tukar t-shirt/kemeja.
thn ni, tak tahu lagi...anak perempuan nk sedondon, yg lelaki geli nak warna sama..tak tahu lah makbapak nak ikut mana, kena guna kuasa veto agaknya.
Payahlah nak sedondon ni kalau tak mencapai kata sepakat. Lainlah jenis suami yang ikut aje kehendak isterikan. Kalau dapat macam suami saya ni, minta maaflah ya. Memang kalau isteri pilih warna pink, jangan haraplah nak sedondon bagai. Mahu bergaduh setakat nak sedondon pink aje katanya. Hahaha!
DeleteSamalaha anak-anak dan suami saya pun macam tu. Baju Melayu/jubah hanya untuk solat raya. Itu aje. Lepas tu back to normal pakai uniform harian ^_^
LA NI RAMAI YG MINAT FAMILI PAKAI SEDONDON DI HARI RAYA...ZAMAN KAK DULU MAK AKAK AKAN JAHIT WAJU WARNA SERUPA UNTUK ANAK2NYA...TAPI BAJU MAK N AYAH BERBEZA..CANTIK JUGA
ReplyDeleteYalah, zaman dulu untungkan Kak. Semua berjahit sendiri. Nak sedondon ke apa, on aje. Semua emak uruskan. Zaman sekarang ni tak semua Mak pandai menjahit (macam saya). Kalau nak sedondon, nak kena beli kain berkoyan, hantar tailor lagi. Jahit baju raya bukan murah!
Deletepuasa baru 9 hari dah nak beraya ke ni MD heee
ReplyDeletedah sibuk nak sedondon, tak nak sedondon
trend skrg ni mmg kalau post gambar raya mesti nak sedondon kan
kita ni pesen ikut2an orang, tapi kalau dah hubby taknak jgn lah di paksa2 kang tido lain bilik nayaaa tu MD
Tapi bgi kaknoor di Brunei mmg baju melayu mmg selalu di pakai
terutama majlis kawin, majlis2 formal yg lain, majlis disekolah ke, majlis doa selamat ke, hatta orang bukan islam terpaksa buat baju melayu utk nak sama kan dgn orang lain. Jadi kalau buat baju melayu pun mmg berbaloii tak rugi punya sbb sepanjang tahun di pakai kalau banyak orang kawin tahun tu mmg sampai lusuh lah baju melayu pak hji haha
Berangan ajelah dulu, KakNoor. Saya ni bulan puasa malas tau nak keluar mencari barangan raya katanya. Nanti seminggu sebelum raya baru saya shopping last minute. Janji keperluan anak-anak dah selesai. Tinggal nak top up apa perlu aje.
DeleteYalahkan, kalau macam tu, banyak baju kurung/Melayu pun takpalah. Banyak kegunaannya. Ni kalau setakat nak pakai di hari raya aje lepas tu simpan dalam almari kasi kain tu mereput, memang sayanglah. Beli bukan murah!
Nak dpt sedondon betul2 mmg payah. Kalau nk betul2 sedondon kene beli kain yg sama dan tempah.. tp kos nye sama je mcm beli siap..kdg2 lbh murah..
ReplyDeleteHehe.. ira tahun ni x beli lg baju raya. En suami ckp dia pakai baju kenduri kawen adik thn lps. So kami kalau nk baju lain, kene cari yg seakan2 baju dia la.. ntah la blh dpt ke x.. kalau x dpt sedondon..sama2 la kita tema carca marba.. hehe..
Hah, itu pun satu kerja juga! Nak kena beli kain berkoyan, lepas tu nak hantar tailor. Dahlah mereka bertiga ni jarang pergi tailor, kenalah ambil ukuran selalu. Nak pergi bawa ke tailor pun satu masalah! Oleh itu, untuk keluar dari masalah ni, lebih baik tak payah sedondon. Senang cerita ^_^
DeleteAmboiii dh fikir raya!! Haha
ReplyDeleteEh assalamualaikum MD.hehehe
Err cerita bab ayam goreng teringat ayam saya td.kompem anak MD x akan mkn.hahaha
Err bab x sedondon tu mudah je..MD beli je baju sama warna ngan suami.haha diam diam.je nnt pg raya pki.blh gitu?
Baru terfikir ~_^ Hahaha!
DeleteWa' alaikum salam, LM!
Ayam goreng kat rumah saya ada pelbagai versi. Kalau mereka dah suka, kita kena stick to that version dulu. Dah jemu baru tukar versi lain!
Saya lagi mudah. Semua warna saya ada, senang nak matching. Tapi itulah, tuan terutama pakai jubah putih! Takkanlah raya nak pakai baju kurung putih, macam nak pergi menikah aje...
Hahaha. Haru jugak kalau anak anak tak nak makan nasi yang selain warna putih dan ayam goreng yang tak bewarna hitam. Memang tak boleh buat menu lain lah kann. Heheh.
ReplyDeleteTakpe lah asalkan dorang nak makan apa yang dimasak. Nani pulak memang tiap tahun baju warna sedondon. Dekat dekat aje nak puasa ibu dah siap siap shopping kain berela ela nak dihantar ke tailor. Cuma ada satu tahun tu aje abah tak sedondon warna baju dengan kami. Kisahnya hantar ke tailor yang biasa tu hantar kain warna lain tiba tiba dapat warna yang pekat sikit. Rupanya tailor tertukar kain dengan orang lain. Hahaha ! Untungnya uncle tu cakap tak payah bayar dia bagi aje sebab salah dia.
Ayam goreng mesti nampak macam ayam goreng crunchy gitu. Tak gelap sangat, tak terang sangat. Nasi pun lagi afdallah nasi putih. Tak pun nasi lemak. Itu pun silap buat nasi lemak, kena komplen dari 'pelanggan'. Siksa tak siksalah dibuatnya!
DeleteAkak memang takda sedondonnya, Nani. Kalaulah aje boleh tengok gambar akak sefamili, memang tema warna-warni ajelah yang kami ada ^_^
Pernah sekali pakai sedondon...itulah jenuh nak pilih baju my hero2 tu...almaklumlah beli dah siap
ReplyDeletelepas tu...warna warni temanya
anak2 ni cepat perasan bila kita masak lain dr lain MD...mmg prihatin
Kalau ramai ahli keluarga, lagi 'masak'lah nak pakai sedondonkan, QN. Tema warna-warnilah yang paling sesuai!
DeleteBetul tu. Kalau kita buat lain macam sikit, mulalah komen berleluasa ^_^
Kenalah masak biasa2 ya MD kalau dah anak2 protes kalau nampak nasi dan ayam yang pelik...ok juga kan senang.
ReplyDeleteAkak pun dah tak pernah sedondon lagi baju raya .Dulu akak jahit sendiri baju raya untuk anak2 dan suami ,selalu juga sedondon ,anak pun kecik2 lagi .Sekarang ni anak2 dah besar2 bab pakaian cerewet amat terutama yg bujang2...Akak pun dh malas nk menjahit .Kalau dah beli memang lah payah nk cari sama warna 7 sekeluarga ni.Lagipun si ayah biasa nya tak mahu beli baju melayu ,kecuali akak yang buat kan...Kalau tidak hanya pakai baju anak bujang yg lama je.
Senang memang senang kerja, kak tapi itulah, kita pun naik muak sebab takda kepelbagaian. Dahlah seafood tak dapat masuk rumah. Stress kadang-kadang. Selera kita memang last sekalilah kita ikut sebab memang tak sama dengan anak-anak dan suami!
DeleteKalau pandai menjahit, untung juga tema sedondon ni. Beli kain berkoyan lepas tu jahit sendiri. Jimat. Kalau macam saya ni, memang bocorlah poket walaupun empat beranak aje.
Kitaorang memang selalu sedondon dipagi raya ... hehe tapi kaler baju tak boleh nak memilih sangat sebab nak samakan dengan kaler baju somi yang sedia ada ... somi kan selalu rotate baju melayu ja :)
ReplyDeleteAnak-anak dah ada baju raya dah .. maknya ni masih pikir2 nak beli ke tidak ... somi rotate je lah ..
Takpalah tak dapat memilih, janji dapat sedondon ^_^ Macam kami empat beranak ni memang tidaklah. Sang suami berjubah putih, si anak bujang berkurta, si anak kecil berjubah warna lain. Mommy mereka tak payah ceritalah, rembat aje mana warna baju yang teringin nak pakai!
Deletekitorang takdelah berjanji nak sedondon, cuma kalau boleh kaler base tu nak sama. contohnya tahun lepas, pakai oren-coklat-peach... before that hijau..tapi caca marbalah hijaunya.
ReplyDeleteMacam ni lagi senang. Janji warna asas tu sama. Tak kiralah nak hijau PAS, hijau pucuk pisang, hijau tahi anjing ke, kan. Hahaha!
DeleteAkak tahun ni tak tahulah nak pakai warna apa. Baju yang dah siap ada warna hijau, pink, bunga-bunga biru dan hitam. Which colourlah akak nak pakai!
takpelah kak MD..kebahagiaan tak dilihat pada sedondon ke tidak baju. gituuu..bagus la HD tak nak isteri dia membazir.baju pakai sekali je, pastu terperap..
ReplyDeleteHahaha! Nasihat yang bernas dari seorang Dik Sal ni ^_^ Akak tak kisah sangat dah, Sal. Dulu-dulu teringin jugalah nak sedondon. La ni takdanya nak terkilan bagai pastu nak merajuk guling-guling bawah meja penuh makanan raya! Tak kuasa!
Deletehaahaa. gelak dulu lah.suami kite pon sama mcm HD
ReplyDeletezaman xda anak mmg caca merba juga kami laki bini
sjak ade rania, last year merasa lah juga bertema bagai. tp this year cik laki dh khabo sesiap die nak pakai baju melayu last year. baju aaron ajis katanya. pakainya skali di hari raya. pastu buat gantung dlm lemari.
mau tak mau cik bini nih gigih le cari baju yg leh mecing dgn baju melayu abg aron ajis tu..
sya sahur dgn susu kambing, oat kurma j
kurma
cik laki kalau blk dpt moreh disimpannya utk sahur
senang kerja cik isteri.keh keh keh
Nak buat macamana, Ciksu. Kalau dah suami tak suka nak sedondon, tak akanlah nak paksa. Terlebih paksaan nanti membawa bencana. Selagi boleh elak bencana tu, lebih baiklah kita elak. Betul tak? Hahaha!
DeleteTeringin nak buat susu dan kurma tu tapi macam susah aje sebab sampai sekarang tak terbuat-buat ^_^
Lyn pun takde tema, tapi selalu nya mesti nak ada warna biru. tiap2 thn tak prnah sedondon dgn sapa2. klu ada pun dgn my mum sejak 4 5 thn ni. Klu sama dgn adik beradik lain tu kebetulan jer..
ReplyDeletetapi.... thn ni In Sha Allah, ada tema warna sekeluarga.. tiba2 kitorang yg perempuan2 ni sibuk nak ada tema bagai.. yg laki selamba jer tak heran.. as usual.. hahaha
Peminat birukan, Lyn ^_^ Akak tahun ni tak tahulah baju mana nak dirembat. Tak kisahlahkan sebab bukan nak pakai sama warna pun di pagi raya. Akak selalunya berbunga-bunga di pagi rayalah senang cerita. Semua warna turut serta ^_^
DeletePernah ckp dgn husben kita pakai kaler rainbow. Dia plk xnak. Haha... Selalunya kalau bj melayu leher teluk belanga. Bkn leher cekak musang tu. Thn ni x tau lg apa cite. Blh gitu?!
ReplyDeleteHahaha. Macam tu lagi senang. Semua warna matching ^_^
DeleteSaya pun prefer anak-anak pakai teluk belanga sebab selesa sikit. Kalau cekak musang tu sekali pakai aje lepas tu taknak dah mereka pakai!
hehe..xpe x sedondon pom..asal ade baju baru..esp utk ank2..
ReplyDeletecam lya mmg tiap thn sedondon..husb lya plok kata.."klo xboh pakai sama..g raya sorang la"..hahhaa...
tp kt org buat bju y mmg akan dipakai..x guna kain lace2.. sbb mmg lya, bju raya tu trs dibuat baju utk kerja jugak.. xleh glemer2 la..kna simple n biasa2 je..
baju melayu plok mmg papa fasya setiap kali solat jumaat..sepasang..kiranya x membazir la..
Kami memang tak pernah sedondon, Lya. Sekali itu aje sedondon, terus bertekak laki bini. Tak kuasalah akak nak bertekak di hari yang mulia gitu ^_^
DeleteTahun ni anak bujang tersado pakai warna ala kehijauan, anak bujang tercomel pakai coklat, daddynya pakai jubah putih macam selalu untuk solat. Akak ajelah yang boleh tunjuk baju mana nak pakai di pagi raya ^_^