Terbang melayang dari UK ~_^

Salam 4 Ramadhan kawan-kawan!

Alhamdulillah! Setakat ini okey aje ibadah puasa. Semuanya seperti yang diharapkan. Itu pun kalau boleh lebih baik lagi, bagus juga ^_^

Menu berbuka semalam masih lagi nasi putih, daging masak kari, isi ayam goreng kunyit, kentang+ikan bilis goreng bercili. Ingat nak buat terung berempah selepas membaca entri Mar Mansor, tetiba tak jadi pulak. Terung ada lagi tu. Haruslah membuatnya secepat mungkin.

Dek kerana nafsu juga, I buat kentang+ikan bilis goreng bercili kerana kehendak sendiri. Akhirnya semangkuk tak berusik masuk peti sejuk sebab takda siapa yang makan. I dan HD 'mengerjakan' daging masak kari! Anak-anak biasalah, tak jauh daripada menu ayam!

Sahur pagi tadi pun mudah aje - HD nak beef burger dan Bubbly Abang suruh buat maggi goreng. Mommy dah terkedu pepagi hari tak tahu nak makan apa. Kunyah kurma ajelah. Yang penting, air Milo mesti nak hadap sebelum mula berpuasa!

Hari ni mengantuk betul sebabnya semalam pukul 12 tengah malam pun masih tak tidur. 4.30 pagi dah bangun sahur!

Okeylah, berbalik pada tajuk di ataslah kita...

Dua hari lepas dapat sekeping poskad dalam envelope. Memang dah tahu siapa pengirimnya sebab dah diwarwarkan sebelum ni di dalam tuan empunya blog. Cumanya pelik juga apahal envelope ni keras semacam, tak macam isi poskad pulak!

I ni kalau dapat apa-apa barang mahu pun surat memang spesies tak sabar. Tak mainlah nak koyak sampul lembut-lembut dan penuh gemalai. Zaasss, I koyakkan dengan ganas ~_^

Aha.... KakNoor yang sedang berholidaying dengan anak-anak daranya kirim dari UK nun ^_^  

Lama dah tak dapat poskad macam ni, KakNoor *_* Mahunya tak meroyan gembira!


Cantik tak?

Tak cukup dengan itu, ada ini lagi ^_^

Ini pun I lah yang tak malu minta kat KakNoor ~_^ 

KakNoor nak beri poskad aje pada pengomen tegarnya tapi dengan nada tak malu I dok tanya tak nak bagi FM ke..... Hahaha!

Sorrylah ya, KakNoor! Beri betis, nak paha drumstick pulak ~_^

Bebanyak terima kasihlah pada KakNoor yang sudi mengirim poskad buat I dan kawan-kawan lain yang termasuk dalam senarai top chart gitu *_*

Lain kali berilah lagi....

Opppssss!          

Comments

  1. Replies
    1. Itu yang dok nak tayang dalam blog. Hahaha...

      Delete
  2. Banyak postcard yg KakNoor layangkan ke Malaysia kisahnya.
    Kakak yg suka sebab ada setem dia tu yg terus masuk stamps album kakak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak, kak! Kan untuk pengomen tegar yang suka berceloteh dalam blognya ^_^

      Alamak! Mana sampul surat tu ya! Lupa tengok setemlah ^_^

      Delete
  3. Untunglah dpt poskad complete lg..dr overseas tu.hehe..

    Awat tamak sgt masak byk2..kan dah tak habis.tgok saya..msk 1 menu je..byk menu pun clear juga.nk buat cmna semua pun kaki makan.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngecek tau tak nak FM tu. KakNoor nak bagi poskad aje ^_^ Muka tak malu memang cam gitulah, main minta-minta. Hahaha!

      Masak untuk 4 orang makan, PK. Semangkuk kecil aje. Tapi dah sedap makan daging masak kari (nak ngaku kari kita sedaplah tu ~_^) tak terliur pulak nak makan kentang bercili. Takpalah, reheat untuk hari ni, nangis-nangis makan dengan roti ^_^

      Delete
  4. I is jealous..nak jugak! hahaha..ish, rugilah kentang goreng ngan ikan bilis tu tak makan panas-panas.mesti sekarang teringat-ingat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Salkan rajin jenjalan obersi. Beli sendiri lepas tu masuk dalam blog sendirilah,Sal oi. Pandai tak akak? Hahaha!

      Nasib baik akak tak teringat-ingat tau. Hari ni nak masak apalah yerk! Jemunya dok kena masak ayam untuk budak berdua tu...

      Delete
  5. Wah ...
    Reramai dah dapat poskad dari Kak Noor..
    Tadi gi BW blog kakzakie pun entri dapat poskad jugak..

    Ko memang kan MD..
    Lepas peha drumstick..
    ko minta pulak dada sebidang hahahha..
    besor sikit..
    dada sebidang tu macam dapat set mangkuk corelle hahhaha...
    Matilanaaakkkkk..

    Tengok top ten teratas tu..
    Hainom okje tu..
    Jiran sebelah ko kan MD..
    Tentu dapat lagi special tu hahhaha..
    Mahu dapat balang kuih raya rose Vantage ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu CH, muka tak malu memang cenggitu ^_^ Orang nak bagi mi goreng jerk tapi boleh pulak request spaghetti olio siap seafood bagai! Nasib baik KakNoor baik hati tau, tunaikan juga! Kalau KakNoor dah start puasa kat UK nun, rasanya tak larat dah dia nak pi cari FM pulak. Hahaha!

      Oh, yalah! Mak punya poskad tak sampai lagi ke. Kalau dah sampai tentu dia ada idea nak up entri ^_^

      Delete
  6. kentang ikan bilis goreng bercili tu petang ni akak nak buat lah ,teringin pulak akak nk mkn bila baca cite MD ni...lauk2 camni yang selera nk mkn.
    Kak noor memang baikhati kan,tak lupa pada pengomen2 nya...dapat extra FM lagi tu utk MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk yang simple-simple tu memang sedaplah, Kak Saniah. Hari ni rasa macam nak mengulang ikan bilis goreng+bawang+cili padi lagi. Sedapnya alahai...

      Opps! Puasalah!

      Delete
  7. buat jangan tak buat MD..hehe..
    oo poskad ke..kalau FM memang best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa-rasanya kena buat juga, Mar. Kalau tidak sayanglah terung ^_^ Yang sebenarnya HD aje yang makan. Saya tiga beranak mana makan terung ni!

      Dua-dua dapat; satu hasil mengomen, satu lagi hasil mengampu! Hahaha!

      Delete
  8. Akak kari daging, Nani kari ikan. Heheh. Wahh dapat ole ole dari UK, syoklah haa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah selesai dengan kari ikan, Nani ^_^ Yang tak berkuah ni di bulan puasa laku pulak. Kari akak pun kering tak berkuah banyak. Tak guna santan pun sebab HD tak suka!

      Delete
  9. Wah bestnyer dapat poskad dan FM dari kak noor, itu memang melebih2lah MD bagi betis nak peha, nasib kak noor baik nak bagi juga tu hehehe cantik FM nyer tu.

    rajinnya MD pagi2 buat burger, kalau saya malas dah tu hehehe, tapi tak tahu lah kot tetiba jadi rajin nanti setakat ni tiada yang minta jadi kita senyap saja,kalau dah diminta kena buat pula hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sesekali apa salahnya ^_^ Itulah, kita tanya aje manalah tahu KakNoor bermurah hati nak beri FM juga! Of course seronok ^_^

      Malas nak masak ikut hati sendiri, takut takda siapa makan. Itu yang sebelum tidur, tanya siap-siap sahur nanti nak makan apa! Kalau tidak, jadilah macam kentang+ikan bilis goreng bercili tu. Masih elok dalam peti sejuk. Hari ni kena usaha perabihkan!

      Delete
  10. ramai yg dpt...tahniah, jauh tu
    suka2 fm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Top ten blog KakNoor katanya. Tentulah ramai. Resepi sedap-sedap ^_^

      Delete
  11. nasib baik i pun ada FM macam tu, kalau tak, mmg nak jeles...silap2 i pun pi kecek kat kak noor...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat jealous ajelah, Wahida ya. Nak ditolong memang tak dapat. Tapi nasib baik juga dah ada satukan. Takdalah terjealous di bulan Ramadhan ni ~_^

      Delete
  12. Alhmdulillah akhirnya sampai jugak MD, takut jugak sbb MD punya agak berat dgn Fm tu,tk kisahlah ampu sikit dpt extra kan mmg kaknoor tk sampai hati,nk tolak lgipun fm bus tu tk lah semahai bus ori kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya, KakNoor. Kalau ikutkan memang saya tak dapatkan sebab saya ni bila sekali datang mengomen, berpukal tak ingat dunia. Bukan apa, adakalanya nak datang hari-hari tak dan. Kalau tak sibuk, hari-hari saya terjah. Tak dapat poskad dan FM pun saya tak kisah. Saya memang suka mengomen ^_^

      Delete
  13. dapat jugak ye..tahniah lah.
    dah katanya pengomen tegar, maka sedar lah I ni tak tegar mengomen rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Bunyi macam 'terseliuh' aje? Jealous ke apa? Kahkahkah!

      Ni cakap pasal pengomen tegar, mana perginya pengomen tegar saya kat sidebar ni. Stress tau nak up balik asyik salah aje coding!

      Delete
  14. Hai Kak Ton.....
    Mak pun dapat gak semlm. Mak pun dpt fm bas double decker jugak so Kak Ton janganlah perasan Kak Ton dpt sorang sorang...hihi...

    Eh! Kentang ikan bilis bercili tu mcm sedap jer.... nanti nak buat jugaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Kak Ton tolong kecekkan tau, Mak. Kalau tidak, memang Mak pun tak dapat. Yalah, KakNoor takut kita bercakaran tepi simpang empat. Maklumlah, Mak pengomen paling tegar, dok pun di carta teratas kaki romen. Eh, kaki komen! Kalau Kak Ton yang bawah-bawah ni dapat FM, haruslah Mak tarik muka masam nanti. Huahahah!

      Jenuh Kak Ton menghabiskan saki-baki kentang+ikan bilis goreng bercili semalam, Mak...

      Delete
    2. Betul jugak ek hihi....Kalau mak tak dapat FM mau sampai Raya tak nak kawan Kak Ton hihi...Hari tu mak buat kentang bilis campur sos kicap ngan sos tiram pun sedap gak Kak Ton...Tp kak Ton tak suka maniskan so mungkin kurang suka kot

      Delete
    3. Sampai hati Mak berkata begitu.... *nadamerintih*

      Chewah!

      Itulah pasal, sampai KakNoor pun boleh predict apa yang akan berlaku tau kalau tak diberinya Mak satu!

      Kak Ton pernah buat macam tu tapi Kak Ton top up lagi dengan lada sulah ke apa, barulah sedap nak makan ^_^

      Delete
  15. Untungnya MD, cantik sgt..

    Akak skrg ni, jrg2 dah tinggalkn komen, kdg2 bw tp sbg silent reader.. penyakit M kekdahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki di bulan Ramadhan ni, UA. Saja je dok tanya tetiba KakNoor belikan juga FM. Memang gembira tak terhinggalah. Nasib baik tak lompat bintang, berat ^_^

      Delete
  16. WAH CANTIKNYA POSKAD KIRIMAN CHEFF NOOR JAUH DARI UK NUN DGN FM SEKALI UNTUNGNYA MD...SALAM RAMADAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef sedang berkelana, seronoklah dapat souvenir daripada KakNoor ni, kak!

      Salam Ramadhan buat Kak PI juga!

      Delete
  17. wow! huntonngggg poskad dr jauh tuu. FM cantikk..=D Rejeki ramadhan gitu. ^^

    Hihihi busy sikit la MD kena buat bajet sampai 2021. Bepinar mata.. nak menangis pun hadoooo. Uhuk3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki di bulan Ramadhan nampaknya, Aina!

      Wah, sibuk betul tu! Buat bajet sampai 2021. Cakap kat bos lagi senang cerita kalau buat bajet sampai kiamat. Hahaha!

      Delete
  18. wahhhh..seronok dapat dr KakNoor ye MD..cantik poskad & FM tu.. murah rezeki yg memberi & menerima.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Murah rezeki kata orang. Kalau tak, tak masuk carta sebenarnya. Dah lama terkeluar sebab malas nak blogwalking. Tapi dah meroyan berkomen baru perasan ada aktiviti beri memberi rupanya ~_^ Kira nasiblah!

      Delete
  19. Cantiknya FM tu...

    Milo Milo!!!

    Sejak smgu ni asik minum Milo je.ntah kenapa x tau la.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Milo tetiba rasa sedap di tekak di bulan puasa ni tau ~_^

      Delete

Post a Comment