Yeah! Menang dah ~_^

Salam 22 Ramadhan kawan-kawan!

Ingatnyakan naklah cuti berblogging pre dan post-raya tapi macam tak sampai hati pulak kat pembaca budiman semua ^_^ (Chewah! Gaya berceloteh macam ramai pembaca aje kekdahnya ~_^) Takpalah ya! Abaikan aje 'keperahsantanan' I ni. Maklumlah my happy mood dah sampai on top of the world gitu.

Manakan tidak, tetiba dapat tahu I menang GA, youuuuuuu.... ~_^

GA yang mana?

Yang itulah, mana lagi ^_^ 

Nantikanlah kemunculan terhebat di pagi raya dengan shawl percuma dari Aryana Couture ~_^

Oh, lupa pulak!

Untuk tatapan kaum keluarga, sahabat handai dan saudara-mara di luar layar perak aje! Hahaha! 

Terima kasih ya, Dik Aina kerana menganjurkan GA ni. Kalau tidak, tak berayalah ahkak dengan shawl percuma tau!  

By the Plus Highway.... I baru aje rabakkan parcel penghantaran pantas dari Zalora yang ada dua helai shawl di dalamnya ^_^ Just only. Lepas rabakkan parcel, tetiba buka blog tengok jadi pemenang pulak alahai!

Hai alahai, minggu ni memang goyang kaki tunggu delivery ajelah gamaknya ~_^

Okeylah ya! Itu aje I nak beritahu satu dunia alam maya! I is happy sangat la ni sampai takda mood nak menaip entri panjang berjela. I nak jeling-jeling kat shawl yang baru sampai ni. Rasa macam nak pi washroom aje, try shawl ni tau ^_^

Jumpa di lain entri ya *_* 

    


Comments

  1. Ai???? Camne boleh jadi murah rezeki hari ni? Mak jeles ni....mana boleh jiran sebelah asyik pakai shawl baru je! Huh....

    Tahniahlah ye Cik Ton....sebab menangkan wajib panggil makcik kahkahkah....jeles punya pasal hihi...
    Tak pelah mak bayangkan ajelah Cik Ton bergaya di pagi Raya dengan shawl freee...Nyampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, Mak ni! Asal kita menang aje, mesti nak kena jadi 'makcik'dia... Jealous tak sudah-sudah. Kalau Mak menang kita tak jealous pun. Cemburu jerk tau ~_^

      Hah! Mak bayangkanlah apa yang patut! Sukahati Maklah nak bayangkan Kak Ton macamana. Huhuhu!

      Delete
  2. mana aci, takde up gambar shawl! tahniah kak MD!! untunglah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shawl free belum dipos lagi, Sal. Yang itu mesti akak upkan nanti demi menghargai tuan penganjur katanya!

      Yang dapat semalam tu beli sendiri. Mana sempat nak ambil gambar sebab teruja dapat shawl baru. Hahaha!

      Delete
  3. wah! penyertaan disaat-saat akhir pun boleh menang jugak.
    mesti tak sabar nak tunggu shawl raya tu tiba depan mata kan?

    tahniah, tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu! Chewah!

      Mood tengah bagus lagi ni. Belum turun-turun pijak tanah katanya ^_^

      Delete
  4. Rezeki terpijak ye MD..
    Masuk semalam GA tu..
    Hari ini MENANG..
    Kejayaan berganda lah kan..
    Tahniah buat MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tahu lama pasal GA tu tapi gatal tangan tekan butang publish hari Sabtu. Sesaja. Manalah tahu tuah memang adakan. Hehehe!

      Delete
  5. Wah.. best tu..
    Tahniah MD.. bergaya dgn shawl percuma raya ni.. matching x dgn baju raya??.. hahaha.. tumpang happy juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. Tak tahu apa warna yang dipos kepada saya nanti. Belum sampai pun lagi. Baru berangan ala-ala pemenang gitu ^_^

      Delete
  6. tiba2 akak pelik lak, entri kali ni terpendek tanpa gambar, silap masuk rumah ke akak ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kali ni jangan refresh banyak kali. Memang betullah ni rumah saya. Kalau perasannya lebih tu, memang sayalah ~_^

      Delete
  7. Haha.. saya pun sama.. baru nk baca entry sambil baring, tp dah penutup.. kembali bangun check kot2 hp bermasalah.. haha.. kemain nk semangat nak habaq menang shawl baru mengatasi semangat nak beraya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kasihan cikgu ya. Siap-siap nak landing lagi sambil baca entri. Kalau saya tau, memang panjang entri ni saya buat tau. Demi menghargai pembaca katanya ^_^

      Delete
  8. Ehh pendeknya kak ! Hahaha ! Tahniah menang GA, dapat shawl boleh pakai Raya nanti. Nani ni pun tengah menanti parcel sampai jugak depan rumah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni minggu goyang kaki tunggu parcel sampailah, Nani. Memang takda mood langsung nak kerja dah!

      Delete
  9. Wow, rezeki tu MD
    syoknya beraya dgn shawl baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah syok, QN. Shawl percuma belum sampai lagi. Tuan penganjur baru nak pos esok. Saya aje syok over-over kata omputih ^_^

      Delete
  10. ehh dah menang ... tahniah le ye ... dapatlah bergaya dengan shawl baru raya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Budget masuk GA sehari sebelum tamat aje! Manalah tau ada pulak rezeki.

      Delete
  11. Alhamdulillah... tahniah MD
    Memang rezeki ramadhanlah ni.
    Cepatlah gayakan kakak nak tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak. Rezeki bulan Ramadhan. Shawl yang dibeli baru sampai, tengok-tengok dapat shawl free pulak!

      Delete
  12. bestlah MD dapat hadiah.nak raya ni dapat hadiah..wohoo..lompat bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seganlah Mar nak lompat bintang. Kalau anak nampak macamana? Hahaha!

      Delete
  13. sukaanya hati menang GA...wow.... bestttnya MD..bergaya lah nti dgn shawl baru... hahaha... semua pn suka klu menang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah suka, Atie. Siapa tak suka kalau dah menang dan dapat hadiah? Hahaha!

      Delete
  14. Wah!! rezeki nak raya ni.. tahniah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul rezeki rayalah, Lyn. Rezeki harijadi juga ^_^

      Delete
  15. tahniah hasil rajin tangan kan.. tapi tuler tak dapatler tengok rupa orangnyer maalumler low profile...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang begitulah nasib nampaknya, Cho. Tak dapatlah nak bergaya sambil showing off dalam blog. Low profile, down to earth katanya...

      Delete
  16. Tahniah MD. Rezeki ramadhan gittew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fiza. Memang betul-betul rezeki raya ni namanya.

      Delete
  17. tahniah MD..tahu dah MD menang masa singgah blog aina tu, tengok tak cukup syarat tapi rezeki MD nak menang shawl tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, AA. Memang tak sangka menang pun tapi itulah bak kata orang - tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia takda siapa tau ~_^

      Delete
  18. tahniah . shawl raya gitu . rajin gak join giveaway . Saya dah x dpt nak join giveaway sbb x blh nak follow . Google connect buat hal . asyik kena sign in je memanjang ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Vee. Takdalah rajin mana sebenarnya. Saja nak beri sokongan lagi pun syaratnya boleh dipenuhi dengan mudah. Kalau tidak, berkira juga saya nak join!

      Delete
  19. waa..tahniah..tahniah...
    rezeki,,
    silap selfie dgn shawl tu ye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya!

      Rezeki bulan Ramadhan. Rezeki raya. Rezeki harijadi. Syukur alahai ...

      Delete

Post a Comment