Shawl percuma hari raya ~_^

Salam Syawal kawan-kawan!

Entri ni sepatutnya keluar sebelum raya lagi tapi apa nak buat, seminggu sebelum raya sawan malas menimpa. Bab sawan malas ni mana boleh lawan dengan sawan nak rayakan, haruslah kalah!

Ingat tak entri yang ini?

Alahai, entri yang akak meroyan sebab menang GA tu ~_^

Hah, entri ni ada kaitanlah dengan entri yang itu ...

Baru hari ni I dapat 'tayang' shawl yang I dapat tu...   



Cantik tak? Cantik tak?

Haruslah cantik dah namanya orang beri freekan ~_^ 

Terima kasih pada penganjurnya, cik adik cantik manis, AinaYazid*_*

Lain kali kalau buat GA, pilihlah akak jadi salah seorang pemenang lagi tau. Alah, baling aje guli yang ada nama akak tu, menanglah jawabnya ~_^  

Sebabnya dapat last minute (sempena birthday lagi sampainya shawl ni) pakaian raya pun kenalah last minute mencarinya... Robek dompet ahkak tau Aina walaupun shawl diberi percuma!

Bagusnya penganjur kita ni, siap ditanya lagi nak shawl jenis macamana! Suka betullah!

Oh, tidak! Tidak! Hari yang jumpa MakJilap tu I tak pakai pun shawl ni. Kalaulah I tau, memang I sarung shawl ni lepas tu nak bermegah-megah dengan Mak. Adalah juga modal untuk berborak dalam keadaan terkesima tu katanya! Hehehe...

Okeylah! Nak menaip entri lain pulak. Ni mood rajin  tengah sampai, haruslah taip segala apa idea yang keluar dalam kepala. Kalau tak, nayalah blog ni tak berupdate, berhabuk-habuk walaupun baru lepas spring-cleaned katanya ~_^


P.S. Yang ni pun autopublished aje. Pepagi idea datang nak update entri, why not kita jemaahkan segala entri ^_^
  

  


Comments

  1. tahniah MD, cantik shawl nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, AA. Rezeki harijadi dan raya kononnya ^_^

      Delete
  2. Blue black bunga putih MD..
    Memang cantik tu..
    Kenan pulak akak tengok..
    Apa lagi tentu digayakan dengan baju raya blue black juga ke MD..

    Tahniah lah menang..
    Akak juga yg belum ada rezeki..
    Kad raya yaya pun tak sampai2 lagi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak! Tak beli warna blue black juga! Nantilah ya bila kita jumpa CH, kita pakai shawl ni. Eh, reti ke nak membelit? Hahaha!

      Amboi, CH! Raya dah nak habis ni, kad raya tak sampai lagi ke?

      Delete
  3. Cantik lah shawl tuu. Hehehe. Murah betul rezeki join GA dapat shawl :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Yang buat bertambah cantik sebab dapat percuma tu. Hehehe!

      Delete
  4. tahniah lagi sekali MD, w/pun dulu dah wish dah...

    nak yg mcm mana ditanya dulu, shawl dipakai raya terima dihari jadi, free pulak tu. memang cantik sangat perancangannya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah yang untungnya. Siap ditanya lagi nak style macamana, nak shawl biasa atau pun instant ^_^ Bertuah dapat penganjur macam ni tau!

      Delete
  5. cantiknya..sesuai pulak dengan skirt labuh yang saya baru beli..MD pakai ke tak ni??kalau tak pakai..ehem..whatsapp jap!!...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nak minta free jugalah tu. Hahaha! Kelakarlah Diana ni. Saya siap beli pakaian yang sesuai lagi padahal boleh aje disuai padan dengan pakaian yang ada. Tangan memang gatal nak menabur duit padahal orang dah beri percuma aje shawlnya!

      Delete
  6. Patutlah.....tak sempat komen entri yg menjelang Ramadhan sangatlah katanya tu dah ada seketul entri baru.....hish!Nyampah!

    Yelah...yelah...untunglahhhhh dpt shawl free. Tak sia sia masuk GA Aina....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah tahu nak jumpa Mak Sabtu tu, memang Kak Ton pakai shawl percuma yang baru dapat ni. Biar Mak rasa meluat-luat dan tergamam gitu. Hahaha!

      Delete
  7. rezeki tul, saya habis besar hadiah GA dapat pun keychain aje.cantik shawl ni kak..kain apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungkan akak ni, Sal. Dah lama tak join GA tau tetiba join sekali terus jadi salah seorang pemenang. Hehehe!

      Delete
  8. tahniah :)
    dpt shawl raya ler tu...
    suker ler tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course sukalah sebab free. Siapa yang tak suka, ya tak? Hehehe!

      Delete
  9. Bertuah lah murah rezeki...warna dan bunga nya memang nampak cantek.Apatah lagi orang yang memakai nya pasti ayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemberinya tu yang cantik ayu, Kak Saniah ^_^ Yang memakainya biasa-biasa sahaja *_*

      Delete
  10. Hahahhaa... Shawl raya merangkap hadiah besday ni MD. Tu org kata tuah ayam nampak di kaki tuah manusia takde siapa tahu! =D Wahh kerlass siap p beli baju baru ye kak nak matching kan tudung ni. Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan, tuah ayam nampak di kaki, tuah akak siapa yang boleh duga! Hehehe!

      Habis tu belek-belek baju takda yang matching pulak nak pakai raya. Kenalah melabur sikit demi masa depan. Hahaha!

      Delete
  11. wah...sekarang dah rajin join GA ye
    saya dah kemalasan....haha
    apapun tahniah, cantiklah shawl tu
    kalau tak nak bagi saya lah ye
    walau tak pandai pakai shawl tapi cantik pula tengok warnanya tu
    cam berkenan plak
    nanti pos pada saya ye, alamat tahu kan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada rajinnya, YY. Dah kena tag, lepas tu syarat pun mudah. Hadiah pun istimewa. Apalagi, jomlah kita join ^_^ Manalah tahu menangkan *_*

      Err, YY!Alamat YY apa ek? Rasanya dah hilanglah, terdelete ^_^

      Delete
  12. untunglah dpt shawl raya..
    nak suruh tepek pic bershawl mmg takdalah jawabya.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shawl boleh tempek. Tuan punya shawl tak dapatlah nak menolongnya. Hahaha!

      Delete

Post a Comment