Bersukan, beriadah, melenjan ^_^

Salam 20 Zulkaedah kawan-kawan!

Hari ni my anak bujang tersado @ Bubbly Abang berpakaian sukan ke sekolah. Semalam dia minta bawakan sekali kemeja sekolah untuk ditukar nanti. I pun peliklah. Walaupun mamai-mamai gitu, setahu I lah, PE untuk Bubbly Abang pada hari Rabu bersambunglah dengan aktiviti ko-ko sampai pukul 3 petang.

Rupa-rupanya hari ni ada saringan ke apa tak tahulah. Dah semuanya dalam bahasa Mandarin, manalah I faham. Si abang ni pulak kalau suruh translate Mandarin ke BM depan Mommynya, memang ketar lutut. Bercelaru semua perkataan! So, malaslah I nak tahu apa kisahnya hari ni.

Cuma kata Bubbly Abang hari ni kena buat lompat tinggi dan lari 100m. Bergelodaklah jiwanya. Yalah, dengan super saiz ahli sumo, manalah dia mampu! So, I pun gelak perlahan sambil-sambil kata kat abang, kalau tak mampu, tak payahlah susah hati sangat. Kata kawannya baiknya, abang mesti dapat last 100m nanti ^_^ Lagilah dia sedih!

Kan Mommy dah ajar, 'sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna'. Mommy kerah suruh riadah, suruh kuruskan badan, dah macam mencurah air ke daun keladi. Gatal aje di pendengarannya sampai tak mahu dengar! So, buat apa nak menyesal takut tak mampu buat nanti.

Agak-agak tak boleh lompat tinggi tu, brek mengejut ajelah sebelum lompat ~_^ Tak pun langgar ajelah palang besi tu. Kalau nak buat kelakar, masuk aje bawah palang tu. Habis cerita ~_^

Mommy pun sejak dulu memang tak suka acara lompat tinggi. Selalu aje nak beri alasan pergi toilet kalau cikgu suruh berlatih. Memang tak lepas punyalah, maklumlah perempuan Melayu terakhir manalah boleh lompat-lompat kangkang besar macam tu. Sungguh tak sopan tau ~_^ 

Tapi ini adalah fakta ya-Mommynya ni pun waktu zaman sekolah rendah merupakan pelari 100 m, pernah mewakili sekolah ke peringkat  daerah BP okey! But then, masuk aje sekolah menengah, dah mulalah sawan perempuan Melayu terakhir tu datang kembali. Rajin merentas desa aje...

Bila masuk universiti, segala otot kaki yang kuat tu kita gunakan untuk melenjan shopping mall. Ya, ahkak dah belajar melenjan dari satu shopping mall ke satu shopping mall sejak di bangku universiti lagi ~_^ Itulah alkisahnya...

Berbalik pada si Bubbly Abang, kalau tiba aje hari Rabu memang berkeluh-kesah panjanglah ya. Mana taknya, dia dipilih masuk taekwando. Ini bukan dia sendiri memilih tapi cikgu yang tetapkan. Oh, ya! Public speaking tu dia dah minta izin keluar kerana tak sanggup menjadi 'seekor kumbang yang dikelilingi lima bunga Cina ~_^ Dan satu lagi, dia tak sanggup nak bercakap depan public! Aduhai...

So, sekarang ni cuma ada dalam Kelab Catur, Sains dan taekwando. Itu pun beria-ia dia memujuk I cara mana dapat keluar dari taekwando. I dok lah tanya, lepas keluar taekwando nak masuk apa pulak. Basketball tak dapat dah kerana walaupun tinggi, berat terlebih sudah! Nak masuk Power Rangers Boys' Scout memang Mommy tak izinkanlah, no permission-permission nak camping bagai ya! Mommy tak percaya anak, tak percaya cikgu dan tak percaya kawan-kawannya! Susah pulak nanti kalau Mommy kena pantau dengan cara tersendiri kalau dia pergi berkhemah!  Dah macam spy aje kekdahnya pulak!

Ini minggu lepas punya cerita - balik dari sekolah hari Rabu, dia komplen segala tangan sakit, perut sakit, kaki sakit. Pendekata seluruh badan sakit. Yang sebenarnya dia terasa lenguh satu badan. Sebab apa?

Sebab jurulatih taekwando tu suruh mereka buat push up kalau tak silap...

Berapa kali buat push up?  (tanya Mommynya... )

Abang buat banyak kali tapi dua aje cikgu kira! Itu tak boleh, ini tak boleh. Salah buatlah, salah itulah!

Dua je? (Sambil tunjuk dua dengan jari)

Isaac tu sama aje macam abang tapi diakan tinggi sikit. Dia dapat buat 30, Mommy! Peliklah! Isaac pun kata berat dia 60 kg gak! Macamana dia boleh buat banyak tu!

Alahai!  

Kasihan sungguh anak Mommy busyuk-busyuk manja, lebar segala segi ni!

Mommy dah kata, jangan asyik duduk depan meja komputer. Jangan asyik sibuk nak upgrade buat game itu, ini. Kan dah susah!

Si Adik Cute pulak lain macam sikit. Dia memang spesies ganas sikit ikut Daddynya. Kalau bermain, bergurau, beriadah, memang spesies nak menang dan mengganas sesaja. Kalau dia bergurau main tumbuk-tumbuk, Bubbly Abang memang give uplah. Dengan Daddy sekali dia hentam. Ditumbuknya belakang, ditumbuk badan, ditendang kaki, seboleh-boleh nak jatuhkan opponentnya walaupun badan kecil aje berbanding 'musuh-musuhnya'. Dan of courselah walaupun opponent tak jatuh, dia tetap claim dia dah menang. Kalau tak menang, melalak ajelah kerjanya ~_^ So, opponent pun give up macam tukan...

La ni, dia rajin beriadah petang dengan Daddynya. Pernah sekali Daddynya kata tak sihat bila dia ajak beriadah main bola, selamba aje dia mengomel,

Apalah Daddy ni! Tak sihat, tak sihat! Exerciselah! Barulah sihat!

Memang nak kena lepuk tau si kecil ni ~_^    

Selain riadah petang yang tak boleh miss, dia ada rutin baru yang tak boleh miss juga ~_^

Tak tinggal solat lima waktu okey si kecil ni! 

Kalau dia dah naik atas katil, pegang rambut nak tidur dan tetiba teringat belum solat, teruslah melompat turun katil sambil kata,

Eh, Adik tak solat lagilah, Mommy! Adik kena solat dulu nih!

Solatnya mudah aje... (kehkehkeh...)

I berdirilah kat tepi beri tunjuk ajar sambil dia lakukan perbuatan aje. So I pun katalah,

Berdiri!


Rukuk!

Sujud!

Sit!

Sujud!

Stand up!  

Ikutlah ya solat apa. Kalau solat Zohor, 4 rakaatlah. Kalau Maghrib, 3 rakaatlah dibuatnya. Dia tak baca apa pun kecuali 'Allahu akbar' tapi lepas beri salam, mesti angkat tangan nak berdoa tapi tak tahu nak berdoa apa. Kenalah I ajar bacakan doa juga.

Yang paling kelakar, pernah sekali tu masa beri salam, I toleh kanan sambil my tangan lurus ke kanan sebab nak suruh dia ikut toleh ke kanan. Boleh pulak tu dia toleh kanan dan angkat tangan luruskan ke sebelah kanan, sebiji macam I buat!  

Ni kalau solat sama-sama ni, mahu meruntun jiwa raga jemaah yang lain ~_^    

 

 
 

 

Comments

  1. Anak2 akak semua kaki panjang MD terutama si Azim tapi sorang pun tak pernah jadi atlet.Masa dia orang belum sekolah dulu akak fikir pasti terror bab lompat tinggi atau acara balapan tapi setakat saringan je yg mampu :-).
    Bagusnya adek cute....mudah2an terus menjadi anak soleh.Takpelah MD ,biarlah dia belajar2 dulu,nanti lama2 boleh dah solat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Makanya kaki panjang tak bermakna sesuai jadi atletlah ya, kak!

      Saya kaki takdalah panjang mana tapi tak tahulah macamana boleh kuat lari masa kecil dulu. Selalu juga masuk acara 100m, 4 x 400m, 200 m. Kira sprinterlah. Hahaha!

      Yang tak tahan gelak tu, waktu wuduk pun kena tunjuk ajar kat sebelah. Dah tu bila solat kita ni dah macam trainer pulak di sebelah. Bangun, duduk, rukuk, sujud, duduk kejap, beri salam! Kelakar pun ada!

      Tapi... memang sejuklah hati ni bila tengok dia suka solat. Saya tak paksa pun. Entah kenapa satu hari tu dia kata dia nak solat sebab kalau banyak solat dapat banyak pahala!

      Delete
  2. hahaha, mommy ni tau, terlebih melindungi anak-anak! saya teringat cerita Papadom (mesti MD tak tahu), ayah yg sgt sygkan anak dia, sampaikan anak nak pergi camping, dia sanggup menyamar jadi bear merayau2 tepi khemah, nak tgk keadaan anaknya. hahaha

    alamak! nanti sambung komen tau, nak ambil anak sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Jangan tak tahu. Tetiba pulak komen ni jadi pencetus idea nak buat entri tau, KB ~_^ Oh, cerita tu saya tak tengok tapi pernahlah ternampak kat Astro certain-certain part tu. Saya ni lebih kurang macam tulah KB. Malangnya dia bapak tapi saya ni emak tau. Buruk benar kalau jadi Mommy Bear ^_^

      Delete
    2. Ni MD saya dtg balik ni. kalau saya, anak2 mmg dibiasakan berdikari. setakat nak pergi camping, dibenarkan saja. kalau ko-ku, mmg dialu-alukan masuk pengakap. kalau tak dapat masuk, sengaja mamanya suruh anak mintak jugak kat cikgu!

      oh anak MD tak mengikut jejak mommynya. anak2 saya juga tak ikut jejak saya yg tak tahu bersukan. tp ikut papa mereka yg aktif. mama mereka balik sekolah tak boleh keluar dah, kena jadi pengembala kambing bapak, oh sedihnya ketika itu! jgn gelak ye.

      bagusnya Adik kecik2 lagi dah mahu solat. kena galakkan dia supaya terus bersolat. sejuk perut MD mengandung!

      Delete
    3. Saya ni memang overprotective, KB. Kalau anak-anak takda depan mata, memang susahnyalah hati. Saya tak tahulah nak buat macamana bila anak-anak saya masuk sekolah menengah, sambung belajar nanti.

      Takdalah saya aktif sangat bersukan. Bab lari aje saya power. Lain-lain saya 'kaki bangku' gak ^_^

      Delete
  3. Alahai kesiannya si abang tu, nak lompat tinggi memang tidaklah ye, haaa...acik ni pun tak mampulah nak melompat tinggi, walaupun bukan wanita melayu terakhir macam mommy tu hehehe.

    bagus adik cute tu, walaupun tak membaca apapun tapi ok dah tu mahu bersolat, tak tinggal pulak tu kan bagus sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mananya nak lompat tinggi badan sado macam tu, AA. Cikgu pun biarlah benar sikit. Bagilah dia lontar peluru ke, lompat jauh ke. Ini disuruhnya lari 100m dan lompat tinggi. Mengeluhlah anak bujang saya tau. Ni balik ni nanti tentu panjang ceritanya!

      Yang gembiranya sebab dia sendiri nak bersolat. Saya tak paksa pun. Tiba-tiba aje dia nak solat katanya. Rajinlah alahai ambil wuduk dan solat bila tiba masa. Sejadah pun nak special juga, tak mahu shar dengan orang lain!

      Delete
  4. My anak buah jenis yg aktif semuanya . tak kiralah sukan ke , persatuan ke or pertandingan lainnya , mesti nak join. Semlm si abang bengkak Mata sebab kena bola ... my kakak OK je SBB Ada markah disitu ... Teringat saya satu ketika dulu ajar anak buah solat . lepas tu mrk tak sudi nak terima ajaran nak usunya lagi SBB kena buat bacaan penuh ! heheheee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah macam tu, Vee. Mesti mereka semua jenis slim melim aje badan masing-masing. Saya kasihan betul anak bujang saya ni, dia memang lebih suka duduk daripada beriadah. Dah gitulah jadinya. Berbeza dengan adiknya yang jauh lebih aktif sampai tak reti duduk diam! Pun kita bising gak ~_^

      Delete
  5. Laaaa abg risau ke, sama je mcm mak dulu dulu hihi...mak dulu kalau ada sukan pun susah hati ya amat, sebab nak kena lari..... malu sebab dah tentu kalah. Alah relax ar bang, mommy dah perturun banyak petua tu maklumlah olahragawati terbaik Johor hihi...

    Budak lelaki ni biasanya kuat semangat Kak Ton. Kalah ke langgar palang ke muka steady je.

    Ala adik ni mentang mentanglah semua org sayang, nak menang aje kerjanya dia ye. Mmg sah masuk Imam muda 20 tahun lagi ni Kak Ton



    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... ya ke Mak dulu-dulu pun macam tu?

      Apalah yang Mak takutkan sangat? Dah ajarkan, kalau tak boleh lompat, masuk aje bawah palang. Bab lari tu kalau tak mampu, pura-pura ajelah jatuh tersungkur. Takdalah malu sangat. Hahaha!

      Dia kata dia cuba juga tapi palangnya jatuh. Alkisah, gagal jugalah. Anak-anak saya di memang tak adventure sangat dek kerana perangai Mommy merekalah!

      Delete
  6. sian abg.
    tak pe abg ajak mommy xcersais sesama.
    bab lompat tinggi mmg kelakar lah mommy ajar. mcm bljar dr pengalaman je kan.hiks
    bab break mengjut pastu langgar palang mmg syiok .
    bagus adik ni..

    suk a tgk drang dlam iklan tv alhijrah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni memang kena beriadah ajelah demi sukan tahun depan. Hahaha!

      Mommynya dulu pun gayatlah kalau bab lompat tinggi sebab tak tinggi mana pun. Lepas 5 kaki aje, CikSu. Pulak tu peminat ramai, dengan kakak-kakak angkat lagi, lagilah merah padam muka ni menanggung malu tau!

      Oh, ya ke? Saya sampai terlupa promo TV AlHijrah tu. Tak masuk pun cerita dalam blog!

      Delete
  7. saya rasa sebab anak lelaki macam tu la MD..sebab anak perempuan saya bab jaga badan ni amboi sangat tau..Saya ni dari dia kecik saya memang selalu merungut depan suami badan saya gemuk la, kadang2 saya bersenam depan dia..siap bagi tau "ibu nak kurus ni..nak cantik.." dia erikut2 cara saya tu sampai sekarang..kalau ada jamuan kat sekolah , balik rumah siap buka video tabata workout saya punya tu..hahhaha...

    Beza dengan anak lelaki saya..saya workout depan dia, dia pulak tak habis2 "sudah la ibu..adik dah letih.."padahal dia tukang tengok je..Ada la sekali sekala dia ajak saya jogging tu pun sebab nak keluar rumah..bukan nak jogging sangat pun..Tapai kalau cakap dia gemuk, dia marah..

    hahahah...

    Biasa anak lelaki macam tu la kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Naik gelak pulak baca gelagat Maisarah dan Mikail ni. Tolong tengok ibunya bersenam pun dia jadi penat ya. Mungkinlah Diana, anak perempuan dengan lelaki tak sama. Perempuan biasalahkan, nak cantik-cantik aje. Kalau timbang naik 100 g pun dah menggeletek nak kurus, nak kurus!

      Delete
  8. anak sayapun sehari sebelum pemilihan bola jaring barulah nak training... kelakar... sebab selalu ajak dia jogging memang tak naknyer... esoknyer lepas sekolah katanya tak dapatpun ibu... ha.. ha.. tu pasal dia kata cikgu suruh lari dua padang mana larat satu padangpun rasa nak pengsan...
    akakni pulak beria suruh dia jadi pengakap atau kadet sebab suka camping2ni tapi cikgu dia bagi puteri islamjer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah macam tu gayanya, memang tak terpilihlah Cho. Kita pun tahukan tapi sebab anak-anak, kita sokong ajelah percubaan mereka tu ^_^

      Anak-anak saya yang dua ni berbeza perangai. Si abang kalau ajak keluar beriadah, mengeluh panjang harakahnya. Si adik pulak bukan main gembira kalau kata nak ke taman bermain!

      Delete
  9. Alhamdulillah..
    Hendak juga bersolat tu MD..
    Ajar sikit-sikit dulu..
    Yang penting faham apa itu solat kan..

    Good boy lah adik cute..
    Mama Yati bagi lima bintang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba aje nak solat sendiri. Ada sejadah sendiri dah. Kalau dulu ada jugalah ajar tapi takdalah paksa. Ni dia dah rela dan nak belajar, bagus juga!

      Nora dah ke mana CH? Bukan ke Nora yang suka bagi bintang? Hahaha!

      Delete
  10. lya zmn sek dlu aktif acara larian n lompat tinggi..
    meh aunty lya ajr abg skill nk melompt tu..hehe..

    olorr..cnfirm bsr nnti atau dh msk sek men abg akan jd sado & bertemabha ensem kan.. skrang dia budak lg.. x fikir lg psl badan..

    wahh..bgs adik..pndai nk solat 5 waktu..xpelah xtau bacaan, atleast dia tau basic n wajib bersolat..lama2 pndai la tu bacaan solat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlambat pulak nak minta nasihat kat Lya ^_^

      Entahlah Lya. Sampailah ke hari ni masih lagi sado badan si Bubbly Abang ni. Entah bilalah agaknya nak slim melim!

      Oh, dia memang rajin solat tapi kalau solat in public, parah rasa jiwa raga tau! Memang tak boleh nak khusyuklah jawabnya!

      Delete

Post a Comment