Entri demam lagi...

Salam 7 Zulkaedah kawan-kawan!

Nampaknya lately ni memang entri tentang demam ajelah ya dalam blog MD ni...

Mana tidaknya, lepas seorang, seorang kena demam. Mula-mula Adik Cute, lepas tu Bubbly Abang, lepas tu Adik Cute lagi, again Adik Cute lagi, lepas tu Daddynya, dan sekarang ni my turnlah pulak...

Semalaman tak dapat tidur lena dek kerana batuk tak berhenti-henti. Suara pun bukan main sedap lagi ni hah, ala serak-serak basah gitu. Tapi of courselah tak boleh lawan suara husky si Adik Cute. Kalau waktu sihat pun suaranya besar, bila batuk selsema ni lagilah 'macho' suara my anak bujang ni!

I tak ambil MC ya, kawan-kawan ^_^ I tak suka ambil MC pertengahan minggu ni walaupun tak larat sakit. Lainlah kalau tak boleh bangun langsung, itu kiranya terpaksalah. Kalaulah boleh dirancang sakit tu jatuh hari Jumaat atau Isnin, oh gembiranya ~_^

Semalam balik dari kerja pun dah tak larat memikirkan nak buat kerja rumah bagai. I siap-siap tapau KFC untuk suami dan anak-anak. Balik aje, terus hidang and I terus landing atas katil berkelubung. Makan pun tidak.

Kurang sikit rasa sakitnya bila si Bubbly Abang tiptoed masuk bilik menghantarkan satu mug air Coke dan dua ketul ayam goreng. Oh, sweetnya anakanda kesayangan hamba ni... Tapi, still juga I tak makan and he ended up habiskan makanan tu. Of courselah dia suka; favorite foodnyakan!

Kasihan pulak pada my super beloved heroes yang terpaksa 'bawa diri' masing-masing. Pandai-pandai merekalah sebab Mommy dah tak larat nak buat apa-apa pun!

Malam tu masing-masing tidur awal. I cuma risaukan si Adik Cute sebab tahu ajelah si kecil ni, senang nak demam. Paling sukar nak dijaga kesihatan kalau orang di sekelilingnya sakit.   Nasib baiklah dia tertidur awal dan lena tidurnya. I pulak yang tak boleh lena. Kejap-kejap tersedar. Sakit seluruh sendi ni rasanya.

Pagi tadi bangun pun tak boleh menahan rasa sakit tapi kenalah juga pergi kerja. My colleague pulak terseliuh kaki, so no choice. Kenalah beri kerjasama dan saling bantu-membantu. 

I telan panadol aje dah 4 biji since petang semalam. Setakat ni kuranglah sikit tapi kepala dah mula sakit. Batuk pun memang menggegarkanlah bunyinya dalam pejabat ni!

Balik nanti nak sambung selimut satu badan lagi. 

Of courselah tak main masak-masak lagi hari ni rasanya...   

Jumpa esok di alam maya ni ya kalau dah kebah sakitnya ^_^ 

 

Comments

  1. Semoga cepat sembuh ya MD. kalau tak larat sangat tu MC sajalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, doa kawan-kawan kotnya! Hari ni dah takda demam. Tinggal batuk je ni yang degil sangat nak baik!

      Delete
  2. get well soon kak...! demam jangkit la ni. Hehehe..Tapi klu demam sampai sakit sendi ni memang letih la..Nak makan pun xde selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jangkitan teruklah ni! Satu family kena! Tahun ni kesihatan akak sendiri memang teruklah. Pantang aje ada orang sakit, akak terjangkit sama. Kalau dulu-dulu, bukan main strong lagi berdiri tau!

      Bab sakit-sakit sendi tu yang buat tak tahan nak landing atas katil aje rasanya...

      Delete
  3. susah juga kalau macam ni. seorang jatuh sakit, habis penyakit menular ke satu rumah menyerang orang lain pula.

    cepat sihat ye MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya mereka bertiga yang rotate, tunggu giliran nak demam. Ini dengan saya-saya sekali kena. Kalau saya yang tumbang, memang makan KFClah jawabnya. Kalau tak tumbang pun adakala makan KFC juga. Dasar ^_^

      Delete
  4. cepat sihat MD...
    makan ubat tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kebah demam cuma batuk aje yang degil tak mahu baik-baik!

      Delete
  5. Moga cepat sembuh MD..
    ai baru ada masa nak jenguk-jengah ni ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru hari ni nak jalan-jalan ke rumah kawan-kawan, Aiza. Batuk pun tak hilang lagi ni, makin teruk adalah!

      Delete
  6. Syafakillah MD. Moga masa ni dah beransur pulih. Nanti boleh ajak anak2 makan kfc lagi. Kali ni mommy betul-betul makan ya he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Dah baik demamnya Che Mid tapi batuk aje yang masih kuat lagi bunyinya! Makan ubat macam selalulah tapi tak jalan!

      Delete
  7. Siannye sis.. Smg skrg dah pulih ya sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dah okey sekarang, tinggal batuk aje lagi ni...

      Delete
  8. virus tu masih ada la tu yang demam berulang si adik tu..saya biasanya kalau anak demam seminggu lebih saya tak bagi dia pi mana2 walaupun sekolah..walaupun dah kebah dari demam tetap kena makan ubat dan berehat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang sayanglah Diana nak cutikan sampai seminggu. Kalau ikutkan hati memang nak cuti sebulan terus tapi sayangnya alahai duit yuran! Kalau boleh tak bayar, takpalah juga!

      Susah kalau senang berjangkit ni. Nak menjaga pun susah bila orang keliling ada yang sakit!

      Delete
  9. Replies
    1. Terima kasih, Nur. Alhamdulillah, dah tak demam hari ni!

      Delete
  10. Moga cepat sembuh MD..tak sempat nak melihat keadaan MD lately..jiwa tgh kacau.hahaha..

    Bubbly abg n adik cute dah besar tu Insyaallah boleh urus diri sndri.klu sy ni demam..tumbang cmna pun kena uruskan jugak anak.sbb ada baby yg perlukan nenen.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jiwa kacau juga, PK tapi yang lebih tepat, malas ^_^

      Kasihan juga kat anak-anak kalau Mommynya jatuh sakit. Rasa macam terbiar pulak. Pandai masing-masinglah bawa diri. Kalau tidak, semua pun nak mengharapkan Mommynya!

      Delete
  11. Moga diberikan kesembuhan buat semua anak beranak MD.. banyak yang tertangguh kalau dah sakit, tp dugaan sakit ni mana kita boleh pilih kan. Gigih juga menulis entry di saat xsihat ni, tanda positif lg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, AN. Betul tu, banyak yang tertangguh kalau kita jatuh sakit. Kasihan kat anak-anak. Kalau ayah mereka tu kasihannya kurang sikitlah sebab dah lama pandai berdikari. Hahaha!

      Malas nak melayan sakit badan. Kalau tidak, baring atas katil lebih best daripada menaip entri dalam blog ^_^

      Delete
  12. Patutlah semalam sunyi sepi je rumah tu.... Rupanya tengah berkelubung. Ngengada sangat...dah sakit MC ajelah ni nak ikut hari pulak....Sementara sakit tu kan.....Boleh duk rumah, boleh berkelubung sepanjang hari kasi berpeluh...Mak dulu masa keje kalau seme suka sangat sebab boleh jumpa doktor ambik peluang nak mintak MC, yelah sebab kalau nak tunggu demam mmg jarang sangat ... Sekarang ni takut pulak kalau sakit.....

    Alahai sweetnya abang..... demam mami mmg boleh baiklah kalau cenggini punya hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, tak bestlah MC tengah minggu. Lepas tu kena datang kerja balik. Kalau sakit di hari Jumaat atau pun Isnin, bestlah juga. Sambung terus dengan hujung minggu. Sakit pun senang nak baik kalau jumpa hujung minggu yang panjang ni tau tak!

      Saya kalau tak demam, takutlah nak jumpa doktor minta MC. Takut kena marah! Tak reti sangat nak pura-pura sakit ni!

      Sweetkan anak kita. Kalau dia makan kat rumah orang pun, dia boleh minta tapaukan untuk makpaknya tau! Gelihati alahai kadang-kadang tengok perangai anak-anak ni!

      Delete
  13. uish..blogger tegar, badan sakit-sakit plus demam pun mampu ngadap blog lagi. ni dah sihat belum? kesian adik cute mummy duduk jauh-jauh. takut jangkit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngadap kejap je. Kalau tidak, nak mengeluh aje sebab badan sakit-sakit. Tapi kalau boleh pergi pejabat maknanya masih okey lagilah ni, Sal ^_^

      Delete
  14. Musim demam. Kalau dlm rumah x blh srg. Mst nk berjangkit2. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tulah selalunya. Bila seorang demam dalam rumah, mulalah menjangkit.

      Delete

Post a Comment