Kisah Adik Cute nampak hantu!

Salam 29 Syawal kawan-kawan!

Aha, hari ni last day you all nak beraya yerk! Esok jangan pulak masih berangan-angan lagi di alam raya-raya sakan! Habis dah raya  esok!

Sebelum kita masuk cerita tentang tajuk di atas (kalau nak lagi cepat, scroll aje sampai a few perenggan akhir sebab jalan cerita mengikut tajuk biasanya dok kat last-last paragraph ^_^), marilah kita bercerita tentang tajuk selingan dulu ~_^



My bujang comel @ Adik Cute ni selalu buat homework separuh jalan di siang hari sebabnya dia nak sambung buat homework together-gether dengan Mommynya. Yalah, nak quality time dengan Mommynya konon...

Jadinya, bila I balik aje ke rumah memang dia pun sibuklah beritahu apa homework kena buat. Adakalanya bila takda mood nak buat homework, I yang kena tanya ada homework ke tidak for that day!

Begitulah situasinya semalam, tiada berbeza. Dek kerana I kalau pulang ke rumah mestilah nak kemas rumah, basuh pakaian dan memasak at the same time, dia pun buatlah apa homework yang boleh buat sendiri dulu.

Maka, meniaraplah si kecil ni atas karpet sambil-sambil nak buat homework. Eleh, setakat tulisan aje sebenarnya, memang boleh buat sendiri tapi rasanya si kecil ni lagi suka kalau I ada di sebelah semasa dia buat homework.

Dalam pada I ke hulu, ke hilir buat kerja rumah tetiba telinga I menangkap suaranya,

Uzair! Why so teruk your tulisan....!

Immediately I pun menghentikan langkah! Terus pergi kat Adik Cute dan bertanya,

Siapa yang cakap macam tu? Teacher Anita ke?

Ha'ah! Dulu-dulu Adik selalu dapat star lepas tu teacher kata,' Uzair, you are soooo cool!' Sekarang takda lagi, Mommy! Teacher kata tulisan Adik teruk sangat!

(Eh, bangga pulak dia beritahu cerita! Dia fikir ni compliment ke apa!)       

Well, bab tulisan si Adik Cute ni I pun memang agreelah dengan teacher! Memang teruk betul tulisan si kecil ni. Ikut suka hati dia aje nak menulis gaya macamana. Sebiji tulisan Daddynya! Memang menurun gene tulisan teruklah ni! 

Bila I beritahu Daddynya, HD gelak aje! Teringat kisah silamlah tu. Kata HD masa di sekolah rendah dulu guru kelasnya  pun pernah kata perkara yang sama,

Harapkan muka aje comel, tulisan teruk betul!

Bangga oi HD cikgu cakap comel tapi bab tulisan teruk tu tak kisah pun dalam hatinya! Masuk telinga kanan keluar telinga kiri aje! HD kata memang sejak dulu beliau pun tak suka menulis sebab itulah tulisannya macam 'kanak-kanak tadika'! 

Serious I tell you... memang horrible betul tulisan mereka dua beranak ni tau!

Okey, mari kita kembali ke tajuk semula ~_^

Ini kisah masa Adik Cute demam kali kedua sebaik pulang dari kampung selepas cuti hari raya yang panjang. Teruk ya dia demam masa tu. Meracau sekali waktu malam. Nak kata suhu badan tinggi sangat pun tak juga. Itu pun I lap-lap juga seluruh badan, letak cool fever kat kepala walaupun berapa kali ditepisnya tak suka!

Suhu badannya masa tu kejap panas, kejap kembali normal. Bila panas tu, mulalah dia merengek, adakalanya meracau dan kerap sangat katanya kepala sakit. Jenuhlah I ni merawat si anak sampai tak tidur malam.

Dua malam berturut-turut dia macam tu. I taklah bawa ke klinik lagi sebabnya ubat dari klinik Cina yang pergi sebelum balik beraya ke kampung tu masih ada lagi. Ubat dari another klinik yang kami pergi a few days earlier pun tak habis lagi! I beritahu HD kalau by next day masih tak baik, bawa terus pergi hospital!

Malam pertama ada juga terdengar dia merengek dalam sakit,

Mommy! Nak yang atas kepala Mommy tu! Nak yang itu! Yang coklat tu!

I ni dok fikir apalah yang si kecil ni nak? Mata tertutup tapi mulut merengek kata sakit kepala lepas tu cakap-cakapnya pun tak jelas apa mahunya! I pun bacalah apa ayat yang I tahu. Panggil HD suruh bacakan juga ayat-ayat apa aje yang diketahuinya! Tapi masa tu, takdalah I rasa risau sangat dia merengek dan cakap meracau. Mungkin sebab suhu badannya panas!

Keesokan harinya dek kerana suhu badannya kejap panas, kejap normal dan asyik merengek sakit kepala, I pun suruhlah HD tolong bawa ke hospital. Sampai di hospital, kena ambil darah! Then doktor kata takda apa-apa, cuma viral fever aje, not denggi!

Balik aje dari hospital, si kecil ni dah okey. HD hantar video tunjuk dia tengah becok membebel sambil main lego! Lega my hati yang berdebar-debar macam apa sebelum tu!

Lepas tu HD called beritahu I satu cerita ni - katanya Adik Cute beritahu yang dia nampak hantu masa demam hari tu! Kata Adik hantu tu besar macam Daddy tapi dia boleh terbang. Dia terbang masuk ikut tingkap rumah (di ruang  tamu) dan terus masuk bilik tidur MommyDaddy. Lepas tu dia terbang keluar pulak! Mukanya hitam! Matanya merah! Kebetulan my sister pun ada di rumah ketika itu. Bila my sister dengar, teruslah dia bertempik,

Itulah! Ni mesti sebab korang bagi dia main sorang-sorang kat luar rumah Nawal (my anak saudara yang di Pt Yusuf tu). Suruh tengok kambinglah, kejar ayam belandalah! Budak tak biasa, lemah semangatlah ni! 

Oh, ke situ pulak conclusion my sister ni ~_^


Balik aje ke rumah petang tu, I pun teruslah bersoal-jawab dengan Adik Cute,

Dik, betul ke Adik nampak hantu?

Betul, Mommy! Adik tak tipu!


Macamana rupa hantu tu?

Mata dia merah! Badan dia hitam! Besar macam Daddy tapi Daddy tak boleh terbang, dia boleh terbang! Adik peliklah!

Dia masuk dari mana?

Dari situ! (sambil menunding ke tingkap rumah di ruang tamu) Lepas tu dia terbang masuk bilik Mommy, lepas tu dia keluar ikut pintu tu! Tapi mata dia boleh macam ni (sambil menyembur-nyembur) lepas tu keluar api macam ni, treeet tet tet tet tet dushummm! (ala-ala bunyi tembakan senapang gitu)

Bila dengar bab ni, I dah toleh sambil tersenyum ke arah Hubbydearie...

Macamana rupa dia tadi?

Dia tak pakai seluar! Eh, tak! Dia pakai seluar kat luar!

Macam superman ke?

Ha'ah! Macam superman! Pandai Mommy! (sambil sepsep sikit dengan Mommy)

Lepas tu apa lagi Adik ingat? 

Lepas tu dia pandai berlawan!

Dia lawan apa? Yang macam monster Ultraman selalu lawan tu ke?

Ha'ah! Macam monster tu! Pandailah Mommy! (sepsep lagi dengan Mommy sebab pandai meneka tepat ~_^)

Tapi betul Mommy, Adik nampak hantu semalam!

Oh, senyum lebar I suami isteri! Tak tahulah betul ke tidak cerita Adik nampak hantu ni. Awal-awal tu memanglah seram sikit, naik juga bulu roma. Tapi bila dah akhir-akhir cerita, lain pulak jadinya. Dah macam cerita lawak. Ilusi aje kot si kecil ni ataupun memang dia betul-betul nampak!

What do you think? ~_^ 

     

    

      

   

 
    

 


Comments

  1. Rasanya ilusi ja kot...mcm mak cik sy yang sindrom down...dia selalu nampak mcm mcm...yang peliknya bulan ramadhan pon nanpak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula tu akak fikir macam serius ni, betul ke budak ni nampak hantu masa demam! Tapi bila dah korek lagi dalam, lagi dalam, sampai dah keluar statement spender kat luar, boleh lawan monster bagai, akak dah rasa peliklah.

      Ni sama perangai macam Mommynya, pandai create story merapu-meraban. Hahaha!

      Delete
  2. Adik cute nak manja manja ngan mommy le tu...nak mintak perhatian, maklumlah sehari suntuk tak jumpa mommy... So suwiiit kan hihi...Tapi sok kalau adik cute dah kawen, mommy jangan perasan pulak nak menepek sebelah anak aje kerjanya ....ingat tu jiran! Mak ingatkan aje hihihi....

    Nasiblah dipenghujung cerita, adik merapu meraban cakap hantu macam otomen kikiki.... mommy punya bulu baru nak naik pun tak jadi, terus turun balik kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak quality time dengan Mommylah. Biasalah, my anak-anak lelaki memang manja bangat dengan Mommylah. Mereka cuma menjauh bila Mommy bertempik ala tarzan jerk ~_^

      Eleh, kalau SA kahwin, Mak nak lepaskan terus ke bagi kat bininya? Mahu Mak meroyan 30 hari 30 malam anak 'jantan' sorang dah lupa daratan, tak ingat mak kandung lagi. Hahaha!

      Err, mana tahu kita ada bulu roma ke tidak? Hari tu sempat belek sampai ke bulu roma ke? Hahaha!

      Delete
  3. meremang roma jugalah kalau saya dengar anak cakap camtu. lama tak singgah sini MD. selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula tu nak berdiri tegak juga bulu roma bila dengar ceritanya tapi makin lama, makin terasa merapu pulak. Ya ke betul si Adik ni nampak hantu masa demam!

      Sampai sekarang pun tak tahu kebenarannya tapi kalau tengok ending kisah hantunya macam tak berapa betul ^_^

      Selamat hari raya, Raihanah. Saya pun baru nak berjinak-jinak blogwalking. Nanti saya singgah sana ya ^_^

      Delete
    2. anak saya pun samalah MD, makin kita korek sebenarnya citer lain. hahah. ok MD nanti bw ya

      Delete
    3. Susah kadang-kala nak tahu kebenaran dari budak-budak ni. Mana imaginasi, mana betul pun tak boleh nak dibezakan tapi, budak-budak katanya tak reti menipukan!

      InsyaAllah, bila senang nanti saya terjah ya!

      Delete
  4. kakkkkkkkkkkkkkk...tulisan dayyan lagi le kak...tapi over maknye ni kan anak baru 5 tahun kot hahahaahaha.... ye laa risau darjah 1 nanti takleh tulis cantik2....boy akak tau laa tulisan mmg cakar ayam...tapi bace citer si adik ni lawak gak...sanggup buat separuh homework semata2 nak tgu akak heheheh....

    kak, mule2 aku panik berpeluh2 bace adik nampak hantu tu, tapi bile sampai tang mate keluar fire2 terus aku rase nak geget2 anak ko kak hahaahahah penat je aunty lieya rase panik2 melampau hahahaahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Mak-mak memang overkan, Lieya! Tapi yalah walaupun baru 5 tahun, lagi dua tahun nak masuk Tahun 1. Kalau sekarang belajar tulisan tak cantik, akan datang lagilah! Eh, seriau tau akak tengok tulisan si kecil ni! Takut sungguh bila masuk sekolah nanti tulisan cakar ayam aje, doktor pun kalah. Kotnya bakal doktor takpalah juga. Akak masih boleh berfikiran positif lagi kalau gitu. Hahaha!

      Akak pun mula-mula tegak juga bulu roma. Bila dah disoal selidik investigate bagai, akak rasa dia meracau sebab demamlah...

      Delete
  5. Psst, sama la dgn tulisan abah budak2 ni.. teruk bebenor... menrun pulak kat dua anak lelaki dia... uhuk uhuk...
    mmg org laki ni tak kisah kot nak tulis cantik2...

    Bijak mommy.. Pandai teka dan baca fikiran adik cute... my opinion, it just imagination... no worries :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan anak dengan bapak sama aje - teruk ^_^ Nasib baiklah tulisan anak bujang saya yang seorang lagi mengikut Mommynya. Takdalah sakit mata sangat! Hahaha!

      Awal cerita tu memang menyeramkan tau tapi dah last-last tu, lain macam pulak. Tapi yang sebenarnya si kecil ni masa baby dulu memang pernah juga tau nampak benda-benda yang kita tak nampak ni! Itu yang rasa macam nak percaya aje ^_^

      Delete
  6. Jgn kata tak percaya. Hantu itu istilah org Melayu. Tetapi jin dan syaitan meamang ada sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran. Kalau Allah nak tunjukkan pada seseorang tertentu memang boleh sebab itu diluar bidang kuasa kita kan. Apa lagi budak tak ada dosa. Mungkin cerita adik adalah yg dia tokok tambah dah nama pun budak tak matang. Tapi logik akal macam mana dia boleh create cerita. Atau dia teringat cerita dlm katun. Entahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya tu percaya, kak ^_^ Tapi bab dia tokok-tambah tu yang rasa macam eh si kecil ni buat cerita ke atau memang betul dia nampak atau dia dah tercampur-campur dengan imaginasi sendiri!

      Dulu pun masa bayi dia pernah nampak kat hospital HUKM tu. Beria-ia tutup mata tak mahu tengok, melekap kat dada saya dengan dada berdegup kencang sampai kita pun dapat rasa yang dia tengah takut berdebar-debar. Kebetulan masa tu Maghrib dan saya pulak berada dalam kereta di tempat parking HUKM. Masa tu punyalah seramnya saya. Lepas tu setiap kali kalau kami terasa dia nampak something memang tau sebab dia akan melekap kat dada sambil tutup mata! Masa tu dia belum pandai bercakap lagi!

      Delete
  7. Wah ... hantu adik ada ciri2 superman dan ultraman lagi...

    Tapiiiii...mungkin betul juga dia nampak, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat gelak, Kakcik. Mula-mula tu seriau jugalah mendengarnya - terbang masuk ikut tingkap, masuk bilik tidur! Bila tanya-tanya lagi, dah lain pulak ceritanya ...

      Delete
  8. betul ke Adik tu nampak hantu atau mainan perasaannya saja?

    Saya rasa kalau budak2 ni berimaginasi, takde masalah. Memanglah rasa mengarut pada kita. Tapi bila berimaginasi, bermakna otak dia sedang ligat berfikir. Biarkan aje, tapi mommy kena pandailah control. Macam cara MD tackle layan dgn soalan2 macam tu, bagus sebenarnya utk asah otak berfikir. lepas tu apa, lepas tu apa...kan?

    Biar dia exercise otak sampai sado. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, KB. Kalau tengok cara dia beria-ia bercerita, memang betul dia nampak. Sebab masa tu demamkan, temperature pun tinggi juga. Nak kata dia berimaginasi tu, mungkin juga! Tak tahulah saya mana satu yang betul sebenarnya dalam cerita hantu si kecil ni!

      Delete
  9. Takpelah MD tulisan doktor tu lagi lah teruk...tulisan adek cute ni masih boleh diperbaiki lagi ,ada masa lagi sebelum sekolah yang betul.
    Yalah mula2 seram juga dengar cerita dia kan ....tapi MD rasa betul ke dia nampak hantu ?.
    Akak nak kongsi cerita anak sulong akak dulu masa umor 5 tahun dah tido sendiri kat bilek.Satu hari tu kata dia nampak org tua beruban rambut panjang sedang berdiri menghadap almari solek....katanya baju koyak2 warna hijau.Akak tengok dia taklah takut sangat tapi buat beberapa ketika xnk tido sorang lagi.Bila dah besar akak tanya betul ke dia nampak hantu masa kecilnya tu.Dia kata memang betul.Jadi kesimpulan nya kalau nak tahu sahih ke tidak cerita adek cute ni tunggu dia besar baru tanya semula :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau confirm dia pilih jadi doktor, saya tak kisah, kak. Biarlah tulisan teruk janji anak dari kecil dah genggam erat jawatan doktor. Hahaha!

      Si kecil ni beberapa kali juga buat adegan seram. Tapi kalau dia demam panas, memang selalu meracau bukan-bukan. Yang pasti 'benda' tu memang ada, bila dia tak mahu buka mata tau, kak! Ahah, bab tu saya memang surelah ada yang mengacau sampai dia tak mahu tengok langsung!

      Kali ni entah tak tahu nak kata macamana, betul ke tidak. Atau dah bertambah dengan imaginasi sendiri maklumlah saya pun provoke dengan superman, ultraman bagaikan! Budak-budak kalau kita dah lead the way, dia mengikut aje ^_^

      Saya pernah buat pada Bubbly Abang sebab dulu dia pernah kata pada kakak sepupunya yang 'jangan takut, dia tak kacau'. Bila dia dah berakal sikit saya tanya balik kotnya dia ingat kejadian tu. Exactly dia cerita perkara yang sama dan apa yang dia nampak masa tu!

      Delete
  10. Kalau anak demam meracau kata ada hantu ..
    CH percaya MD..
    Seperti kata kakzakie tu..
    Syaitan atau jin..
    Itu hari najeeha dan nabil demam..
    CH kalau dua2 demam mmg payah nak jaga..
    Sebab suka meracau..
    Siap tunjuk2 lagi..
    Itu hantu mama..
    Banyak banyak..
    CH pun baca lah apa yg patut..
    Peluk jer dorang ni...
    Dorang pun tak nak berenggangkan..
    Jadi CH telefon adik CH yg ustaz tu..
    Dia boleh menengok benda2 mcm ni..
    Dia suruh CH sediakan garam dan lada hitam serta air..
    Hari sabtu dia dtg tengok kan budak berdua ni dan ubat ketegur..
    Lepas dia baca ayat al quran..
    Dia pun mula menabur garam lada hitam..
    Sampai kat sudut ruang tamu CH tu..
    Lama sungguh dia melontar sambil membaca dgn kuat..
    Tmpt tu lah yg ditunjuk2 oleh byk hantu tu..
    Adik CH tabur satu rumah hingga kebilik2 dlm rumah tu..
    Pastu lama dia melontar dalam bilik jeeha dan nabilah..
    Rupanya ada dua lembaga dah masuk dlm rumah CH..
    Alhamdulillah lepas tu tak lah mereka meracau2 lagi..
    Adik tu kata jin yg mendatang..
    Dia kata setiap ptg pasang surah al baqarah ye..
    Sebab jiran ko yg india depan rumah..(tak lah depan sgt adalah 4 buah rumah selangnya)
    Kuat benar panggil jinnya..
    Masa ptg tu adik dengar dia pasang menteranya dan bunyi loceng mcm tu..
    Dia panggil jin tu..
    Jadi korang lawan balik dgn pasang cd surah al baqarah ni..

    Cuba MD pasang Cd surah al baqarah utk pulihkan balik..
    Kalau percaya panggil lah ustaz suruh pagar kan rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH, saya bab-bab orang kata ketegurlah, terlanggar 'perkampungan orang bunian' lah, terlangkah itu, inilah, memang macam sukar nak percaya. Tapi of course jin dan syaitan tu memang suka mengacau manusia. Kita doklah kata hantu, hantu!

      Saya pernah dengar cerita macam ni, berlaku pada jiran saya.Anak lelakinya jatuh sakit sampai bengkak kaki tak boleh berjalan. Puas berubat tak baik-baik. Rupa-rupanya dia 'terkena' kerana mulut celupar marahkan bunyi bising dari kuil India berhampiran rumahnya. Bila sami India tu datang melawat ke rumah, terus baik tak lama lepas tu. Entahlah CH, saya pun tak pasti betul ke tidak.

      Kalau saya rasa anak-anak nampak something, memang saya baca atau buka aje bacaan AlQuran mana dapat.

      Delete
  11. Adik mimpi ni..mungkin sebelum tu dia ada tengok kat tv lepas tu terbawak2 ke mimpi..macam mimpi dalam sedar tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga bila saya tanya dan tanya dan kaitkan dengan ultraman, superman bagai tu, terus dia sambung berimaginasi pulak. Dia ni kalau nampak something yang tak sepatutnya, akan pejam mata tu tak mahu buka. Maybe betul juga kot ^_^

      Delete
  12. hari nis last syawal, tapi esok opis ema sambut raya..hahaha..sini tak kira syawal dah habis dah... sampai demam adik cute erkh...macam betul jer tu MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kiranya hari ni masih lagilah ada sambutan raya. Untung juga you all ya.

      Adik ni kalau rutin lari sikit dari kebiasaan, memang demamlah!

      Delete
  13. Ntah le MD, nak percaya ke tak tapi akak ada pengalaman semasa anak sulung demam dulu, masa tu baru berpindah rumah & belum ramai lagi penghuni di perumahan ini..

    "Ummi, tengok tu, warna hitam, dia terbang arah ke sana.. " berulang kali sambil tunjuk ke arah tingkap bilik.. aikkkkkkkkkk seram sejuk gak lagipun masa tu suami xder kat umah, tgh2 malam pula tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak memang boleh nampakkan, UA. Tapi yalah, nama pun budak-budak, kalau kita korek cerita lebih-lebih, lain pulak jadinya. Tapi, budak-budak memang tak menipu! Itu yang buat scary ni!

      Delete
  14. Mungkin ilusi tapi mungkin juga benar sebab kanak2 tak menipu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mungkin dah bercampur-baur jalan cerita seramnya ^_^

      Delete
  15. Replies
    1. Nasib baiklah tak berapa seram endingnya ya. Kalau tidak, mesti lari masuk bawah selimut. Hahaha!

      Delete
  16. Alahai. Kesian dik demam ye aritu.. sampai kena ke hospital cek darah ye. Sama kes dengan nazif la, tp mamanya malas menulis jadi kenangan berada di wad emergency 13 jam akan terpahat dalam minda kami ajela..apa pun alhamdulilah kedua-dua si comel ni disahkan demam biasa je kan.. mana kita tak risau kalau ada kemungkinan demam yang bahaya..

    Ai, biar betul kisah hantu ni? Haha.. tapi budak budak ni memang boleh nampak kan.. haha. Takut juga dengarnya. Tp maybe sb dia sakit je kot.. xdela yg merisaukan sangat. Sekali tu je kan.. dh sihat ni xde pulak jadi lg kan..kalau jadi lagi, mommy blh catat pengalaman dan jadikan buku seram.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Nazif pun demam teruk ya! Mujurlah takda apa-apa ya, AN walaupun kenangan tu kalau boleh tak mahu diingati lagi. Minta dijauhkan daripada berulang juga!

      Itulah pasalnya... tak tahu betul ke tidak ni. Kalau ikutkan keseriusan bercerita, memang macam betul tapi bila dah kena provoke dengan Mommynya, lain pulak dah jadi!

      Delete
  17. hahah..otomen datang la tu...biasa la tu budak2 demam.. segala imagnasi tebayang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap kata hantu tu pakai spender kat luar macam superman tu yang tak boleh tahan!

      Aduhai, entahlah anak!

      Delete
  18. kadang mungkin betul budak2 boleh nampak, cuma yang part hujung tu adik cute dah tak tahu nak cerita apa, main hentam sajalah kot bercerita mungkin tengok muka mommy dah cuak, maka di ubahlah cerita agaknya tu..heheheh

    anak saya yang sulung pun selalu cerita dia nampak hantu, kadang dekat rumah kosong yang berjiran dengan kami tu, dia kata nampak hantu, tapi mukanya rilek je,mamanya pula yang berdebar, papanya kata selalu dia cerita nampak hantu, papanya kata buat tak tahu sajalah jangan takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya memang budak-budak ni at certain age memang boleh nampak benda yang kita tak dapat lihat. Saya rasa memang betullah si adik ni memang nampak something. Tabiatnya tutup mata tak mahu buka kalau nampak something tu dari dulu pun macam tu. Jadi kalau kita tengok dia buat begitu, memang betullah tu.

      Tapi yang tak faham macamana boleh tercampur dengan imaginasi ultraman, superman, monster bagai tu yang tak faham. Siap boleh keluar api kat mata main tembak-tembak pulak tu!

      Saya kalau anak kata nampak something, bulu roma sayalah yang naik dulu!

      Delete
  19. bab tulisan buruk saya pun tak boleh komen..senasib juga...ramai cakap saya bakal jadi doktor, tapi tulisan buruk tak semestinya doktor hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gamaknya memang para lelaki ni mostly tulisan tangan mereka buruk kot. Tapi, tak dinafikan ada juga yang cantik sangat tulisan mengalahkan perempuan. Ada juga perempuan yang tulisan tangannya tak cantik ^_^

      Kalau benarlah nak jadi doktor, akak tak kisah. Tapi kalau tak jadi doktor, nak juga tau tulisan buruk ni sesuai jadi apalah agaknya profesion masa depan ya. Hahaha!

      Delete
  20. heeehehe kalau kita kan kak, budak cakap kita percaya je. cuma bab superman tu macam err krik krik.

    anak kita penah sekali demam pastu meracau. startnya bawak family day dok 1 banglo. masuk bilik dia tegur "nanny" . tapi time tu ingat dia rindu nenek so diam je lah. balik tu demam panas. pastu ckp sorang sorang. "nanny tunggu". kalutlah kami mintak air lah apa lah. pastu lepas sehari dua, dia cakap " bye bye nanny"

    -___- siap main babai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masa mula-mula dengar cerita tu, konfiden gila dia betul nampak hantu. Yalah, budak-budak memang boleh nampakkan sebab mereka belum ada rasa takut dan sebagainya. Mereka tak tahu pun takut macamana kalau nampak hantu. Kalau nampak tu, nampak ajelah, takda feeling apa. Cuba kalau kita yang dewasa dan berakal ni yang nampak, mahu pucat lesi, nak pecut 100m pun tak daya. Hahaha!

      Bab yang ending tu yang buat akak berfikir 100 kali, betul ke tidak cerita si kecil ni tau ^_^

      Rasanya betullah tu. Budak-budak bukan pandai menipu tapi bab imaginasi pun mereka memang cemerlangkan!

      Delete
  21. Pepagi but ni baca statement yg mula2 ngeri la pulak.tgh taip ni nk dekat pukul 4 baru kot.hahaha..

    Macam2 la budak2 ni kan..superman la plak last jadinya.walaupun lawak lega la sikit klu benar itu ilusi..klu realiti pun buat2 ajelah ilusi budak2..supaya kita tak takut.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tahu pun takut ^_^

      Tapi memanglah PK, masa mula-mula dengar cerita dah terfikir betullah agaknya si kecil ni nampak hantu masa demam tu. Bila tanya banyak kali dan dapat ending macam dalam kartun, rasa lain macam pulak 'kengeriannya'!

      Delete

Post a Comment