Sepagi dan sepanjang perjalanan ...

Salam 6 Zulkaedah kawan-kawan!

Lain macam pulak tajuk hari ni ya ~_^

Tapi takpalah sebab otak ni ligat berfikir hal lain sambil-sambil tangan menaip entri. Hebat tak ahkak?

Asal jangan merapu melebih sangat sudahlah...

Kisahnya semalam tapi hari ni baru boleh bercerita sebab bila nak mula menaip aje semalam, kisah lain pulak yang keluar ^_^ Perkara biasa tu akak-akak, diknon-diknon semua. Laju aje jari jemari mengarang cerita sampai otak tak tahu nak fikir apa!

Tengok gambar ni...



Tipulah gambar ni tau! Waktu I ambil gambar, cuaca gelap lagi. Entah macamanalah smartphone I boleh snap gambar secerah ini. I is konpius banyak ^_^  

Waktu ni pukul 6.56 pagi!

Ya, ya! I dah sampai di sekitar kawasan my pejabat masa ni! Maklumlah semalamkan hari Isnin. Anak bujang tersado I ada perhimpunan di sekolah. Kena berada di dewan sekolah pukul 6.50 pagi. Kalau tidak, cikgu marah sebab lambat!

Jadi bertabahlah kami meredah jalan seawal pagi, rutin biasa hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rabu dan Jumaat tu entah ada apa kat dewan sekolah pun tak tahulah. Asal lambat aje, cikgu dah cekak pinggang tanya itu, ini. Ish, cikgu ni... pukul berapa agaknya mereka ni sampai sekolah ya! I knowlah depa tak payah solat Subuh!

Pagi ini sudah terlambat pulak. Pukul 7.03 minit pagi sampai depan sekolah, tengok beberapa orang murid dah beratur kena tulis nama. Abang pun takda pilihan, terpaksalah beratur juga! Time macam ni masih boleh guna pen biru/hitam. Kalau pukul 7.30 pagi tak sampai lagi, memang pen merahlah cikgu beri! Cikgu pun dah tercegat di tepi pondok jaga, bukan main lagi memandang dari jauh murid-murid yang lambat sampai ni...

Bukannya sebab I  tak sedar pagi tadi tapi ini pagi Mommynya sudah naik angin. Awal pulak hari ni suara bini Tarzan keluar! Kalau ikutkan hati, nak aje keluar rumah pukul 6.30 pagi dan tinggalkan si Bubbly Abang terkapai-kapai tak tahu macamana nak pergi sekolah. 

Okey, takpa! Lupakan hal bini Tarzan tu ^_^

Alkisahnya, dari rumah nak ke pejabat, I akan melalui simpang empat menuju ke IKEA Cheras tu. Orang Cheras tentulah tahu laluan utama ni untuk ke Jalan Tun Razak. Sampai kat area masjid baru di simpang empat ni, memang melilau my eyes melihat sekeliling dalam kegelapan pagi ^_^

Kalau di awal pagi atau lewat petang lalu di kawasan ni, memanglah kalian boleh lihat adegan-adegan yang tak berapa 'menyelerakan' untuk dilihat. Tempat ni dah macam Sun Complex di Bukit Bintang nun.

Bila awal pagi atau lewat petang, memang bersidailah perempuan-perempuan dotdotdot menunggu pelanggan! Lantak depalah nak tunggu pelanggan ke apa. Kerenah masing-masing tu yang tak berapa nak menahan kalau tertengok. 

Well, tak nak tengok pun takpa tapi adakalanya gatal juga nak tengok 'kegedikan' orang lain. Hahaha!

Pernah satu kali sewaktu menunggu  lampu isyarat bertukar hijau, I pun melilaulah tengok sekeliling sambil-sambil telinga mendengar radio. Tengok kiri bangunan, ada perempuan dan perempuan 'jadian'. Tengok kanan bangunan pun ada perempuan tengah 'berunding'. Bosan tengok kiri-kanan, tengoklah atas bangunan pulak ^_^ Oh, alahai, seronoknya depa (satu couple ni) menikmati udara pagi sambil berselimut aje! Cepat-cepat alih pandangan! Phewwww!

Yang paling I rasa kasihan bila ada van sekolah lalu penuh dengan anak-anak kecil yang nak ke sekolah. Terkebil-kebil mereka melihat gelagat wanita-wanita tersebut tanpa tahu apa makna sebenarnya perbuatan mereka ketika itu.

Tapi, budak-budak sekarang manalah tahukan,  terlebih tahu segalanya berbanding dengan kita masa kecil dulu. Maklumlah segalanya di hujung jari aje kalau nak tahu informasi terkini tentang apa sahaja ^_^

Macam suatu petang waktu kami empat beranak melalui kawasan ini. Berkeliaran masing-masing; yang touch-up depan cermin motor lain, yang melambai-lambai lain! Pendekata macam-macam aksi. Pakaian yang disarung di badan tak usah ceritalah. Memang tak cukup semeter kot ^_^ Lalu I pun boraklah dengan HD dalam bahasa 'berbunga-bunga' semoga anak-anak tak faham. Tetiba Bubbly Abang bertanya,

Mereka tengah buat apa tu, Mommy?

Aha, malas Mommy nak jawab soalan macam ni tau! Panjang akal Mommy nak mengelak dari menjawab! Tak payah tahulah, takda maknanya pun kalau tahu sekarang ni!

Kadang-kadang I dok perhati jugalah kotnya ada lelaki-lelaki sebangsa yang berhenti untuk 'berunding' tapi nasib baiklah sehingga kini takda pulak nampak ^_^ 'Client' mereka ni setakat yang I pernah tinjau, memanglah tak semegah mana! Alahai...

Kenapa ya tempat public macam ni takda pun penguatkuasa yang ambil tindakan? Atau pun dah penat kena angkut mereka ni tapi masih lagi tak serik-serik. Bayar denda lepas tu menggedik semula kotnya...

Entahlah, whateverlah! Tapi sebagai kaum wanita juga, terasa malulah tengok suasana macam ni. Murahnya alahai harga diri seorang wanita walaupun dari pandangan mata kasar I ni, bangga betul mereka mempamer tubuh dan wajah nak mencari sesuap nasi. 

Eh, tak rasa ni sekadar sesuap nasi aje! Jangan-jangan dapat makan nasi Arab sedulang tiga kali sehari ^_^

Sorrylah ya! Hari ni bebelannya lain macam sikit. Saja nak bercerita semoga you all semua takdalah perlu memulakan hari dengan mata melilau tak tentu arah melihat situasi begini ~_^

P.S. I dah mula batuk-batuk, tekak pun dah perit, badan pun dah sengal-sengal. I think it is my time pulak untuk jatuh sakit. Hopefully tak merosakkan mc form lagi dan tak melarat. Susah nak menguruskan rumahtangga, suami dan anak-anak serta tanggungjawab di tempat kerja kalau dah sakit!     

  

 

   

    

   


Comments

  1. hah biar betol kak...before 7 tu koottt...mcm sekolah rendah biase ni 7.30...lambat baru cikgu cekak pinggang...eh tak le, pengawas je standby amik nama heheheeheh....

    alamak kak bab tu ngeri nak bace...tapi lagi ngeri nak jawab kalo anak2 tanye...ishh nauzubillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, Lieya. Sebelum pukul 7 pagi si abang ni dah sampai sekolah makanya akak pun sampai kawasan pejabat awallah. Lepas tu tak boleh masuk pulak sampai pukul 7.45 pagi. Itulah pasal akak round-round keliling KL dulu cari makan!

      Hah! Kan! Budak-budak sekarang bukan boleh beri jawapan sembarangan. Silap haribulan kita pulak yang 'masak' nak menjawab soalan pelbagai depa.

      Delete
  2. Entahlah MD. Bila agama selalu dipinggirkan inilah akibatnya. Kalau tak dibenteras jgn salahkan Allah mengapa musibah menimpa kita semua. Kalau Allah nak turunkan musibah semua kena itu yg sedihnya. Perundangan Islam dah patut lama dilaksanakan tapi yg nampak hal-hal nikah-cerai aje yg lebih yg lain bagaikan tutup sebelah mata. Sedih:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang biasa nampak kat situ kak semuanya bukan bangsa kita. Rasa-rasa macam warga asing tapi selamba alahai touch uplah, betulkan baju sendatlah, duduk menunggu pelangganlah. Alahai, letih pandangan mata kalau asyik ter, ter, tertengok aje!

      Betul tu, kak. Kalau Allah nak turunkan bencana, semua pun kena sekali. Macam tsunami di Acheh tu dulu...

      Delete
  3. untung juga saya dok kampung. pagi2 siang malam menghijau ajer pemandangan.

    Tapi kalau bab itu dgn anak-anak kita yg tgh mentah ni memang kena kawal sebab dunia sekarang tanpa sempadan. semua hujung jari aje.

    Jaga kesihatan MD. Cepat-cepat makan ubat supaya tak melarat. Nanti jatuh sakit kesian anak-anak yang baru nak sihat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau ya pemandang di KK? Kalau kat KL ni semendang aje pemandangan kelabu gelap mata jadinya. Hahaha!

      Anak-anak sekarang bukan macam zaman kita jadi anak-anak. Semuanya mudah terdedah dan mereka lagi bijak dek kerana persekitaran yang semakin maju. Kalau tersilap guna, memang nayalah akibatnya. Kena pantau selalu jangan sampai terleka, KB!

      Alhamdulillah, dah sihat. Batuk ni je degil. Thanks ya KB atas nasihat ~_^

      Delete
  4. Awalnya masuk sekolah. Pukul berapa la mummy dia nak bersiap2 ni.
    Bab pertanyaan anak tu paling pening nak jawab. Curiosity everywhere. Bertabahlah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya pukul 5 pagi dah bangun. Bereskan semua lepas tu kejut anak pukul 6.10 pagi. Keluar rumah pukul 6.30 pagi. Sampai pejabat memanglah sama ada sebelum pukul 7 pagi atau pun paling lewat sebelum 7.15 pagi. Memang melilaulah mata tak tahu apa nak buat!

      Delete
  5. penah lalu situ time pergi Ikea tak perasan pulak. macam macam lah. tang selimut tu tak tahan. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pulak tu dia berselimut sekali sambil menikmati pemandangan pagi? Kita yang tengok dari bawah ni pun ngeri! Alahai, ragam manusia!

      Delete
  6. Tudiaaa sekali dengan cikgu tunggu nak tengok pelajar yang datang lembat ke sekolah. Memang kelam kabut jugaklah kalau macam tu. Heheh.

    Erkk sekarang merata rata kan golongan macam ni. Kadang kadang pelik jugak takkan takdek tindakan yang dikenakan untuk orang orang macam tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dulu pengawas aje tunggu sambil ambil nama. Kat sekolah abang ni, cikgu cekak pinggang okey. Ada masa pernah jugalah tengok cikgu marah budak yang masuk lambat ni. Belum 7.30 lagi tu...

      Rasanya dia orang ni dah banyak kali kena angkut tapi jenis yang tak serik. Bukan main lagi duduk-duduk silang kaki, jalan kedek-kedek tau. Gelilah! Especially yang perempuan jadian tu ^_^

      Delete
  7. awal sungguh ye MD sampai office..rumah dekat tak dengan office? abang pun awal ke sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat, Mar. 10-15 minit perjalanan bagi pemandu F1 ^_^

      Delete
  8. 6.50 tu pagi sangat lagi kan MD.Anak akak baru bak keluar rumah time tu.Pukul berapa lah cikgu2 dia datang ya...
    Kesian MD pagi2 lagi dah kena tonton benda2 yang sepatutnya.Agaknya dia orang ni dah kesiangan kot MD...hihiii.
    Yalah kalau budak2 tanya memang payah lh kita nk jawapnya kalau dah kes rupa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah kak, tak tahu saya pukul berapa agaknya cikgu sekolah Cina ni dah sampai sekolah! Tapi depa takpalah, bukan nak kejar waktu solat pun pepagi tu ~_^

      Hari-hari kalau lalu jalan ni memang ini ajelah pemandangannya. Saya ada banyak jalan lain nak pergi pejabat tapi inilah yang paling dekat...

      Delete
  9. Hari ni je ke jadi bini Tarzan...bukan hari hari ke ? Haha....

    Mak dpt bayangkan masjid tu Kak Ton. Mak dah 2 kali jugaklah solat kat situ balik dari IKEA tu. Tak tau pulak ada urusan jual beli daging hidup kat situ.
    Yelah kan ....mmg tak sepatutnyalah di tengok oleh anak anak kita yg tak cukup umur tu. Nak menjawab soklan mereka tu satu hal jugak.

    Susah jugak jadi Datok Bandar agaknya ek...Banyak yg perlu dipikir dan dijaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari-hari jadi bini Tarzan tapi waktu tu yang berbeza. Hari ni jadi awal pagi lagi dah. Mana tidaknya..errrr... tak jadilah cerita ^_^

      Hah, kan! Lagi hebat bersebelahan dengan masjid aje kawasan 'gelap' ni. Mak kalau tengok yang perempuan jadian tu Mak lagilah alahai, bukan main berjalan terjengkit-jengkit punggung! Macamlah seksi sangat!

      Delete
  10. aksi2 terlampau tu banyak kat sini saya tengok. kat kl lah MD. kesian pun ada, sebab mereka tiada guidance disamping latar belakang hidup yang kita tak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok anak bangsa sendiri yang menjual tubuh tu memang rasa simpatilah. Kasihan alahai makpak yang bersusah-payah membesarkan mereka. Manalah tahu boleh jadi gitu.

      Tapi yang banyak saya lihat memang macam warga asing. Bukan main alahai mempamer tubuh di negara orang, mencari uang katanya!

      Delete
  11. Awalnya perlu sampai ke sekolah.Kalau saya entah pukul berapa nak kejutkan anak2 tu.

    Sesuatu yang menakutkan melihat pemandangan sebegitu di malaysia nih, kalau anak bertanya lagi susah nak jawab tu. Takutnya jika Allah turunkan musibah semua akan terkena sama, moga dijauhkan hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takutkan kalau kita pun terpalit sama bila Allah turunkan musibah! Nau zubillah! Seram!

      Rumah saya dekat aje dengan sekolah. 5-10 minit dah sampai. Pejabat pun dekat juga. Dulu masa tak kena hantar anak pepagi hari, saya keluar rumah pukul 8 pagi. Masuk kerja pukul 8.30 pagi. Kena juga keluar cepat sebab jem boleh tahan kat area ni!

      Delete
  12. Awal gila bubly abg kena pacak kt dewan utk perhimpunan.time camtu aiman br nk bgun tido kot.solat subuh pun gajah sekali ngan ibu dia.hahaha..aiman loceng bhnyi 730 time tu la dia br smp skolah..org dh beratur pun tuk pehimpunan..tp pelik seklah depa ni takda nk ambil tindakan apa..tulis nama bola dtg sekolah lewat pun takda..tu yg always lewat.rumah ngan skolah pun 2 3 minit je rempit.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik masa perhimpunan duduk aje atas lantai tau. Dahlah masuk dewan pukul 6.50 pagi, keluar dewan dekat-dekat pukul 9 dibantainya. Manalah dia tak pitam masa puasa hari tu!

      Kasut sekolah pun hari Selasa aje dah macam apa rupanya hasil duduk lama-lama kat dewan sekolah!

      Sekolah Cina ni disiplin memang tinggi sikit. Zaman kita sekolah dulu tak kuasa cikgu nak cekak pinggang kat tepi pagar sekolah. Lantak pi lah nak cepat ke lambat sampai sekolahkan. Yang selalu cekak pinggang pun guru besar jerk!

      Delete
  13. Budak2 sekarang perasaan ingin tahu agak menebal. Kekadang risau jugak kalau mereka terlebih tahu. Emm..... suasana KL nak buat macam mana kak? Gitulah ironinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni dah biasalahkan dengan suasana 'bandaraya' macam ni tapi budak-budak zaman sekarang pun bukan macam dulu-dulu. Semua takut nak tanya. Sekarang ni nampak apa pun semua depa belasah nak tanya makpak depa!

      Delete

Post a Comment