Food Truck Park (TAPAK), Jiran (x 2), TJ Garden, Sebulek & Jom Bali ^_^

Salam 29 Zulkaedah kawan-kawan!

Wah, malasnya nak pergi kerja pagi ni! Lebih-lebih lagi tak perlu hantar Bubbly Abang ke sekolah, lagilah malas! Asyik terbabas aje waktu 'wake up in the morning' gitu ~_^

Ini baru nak berkisah tentang minggu lalu. Dah nak masuk hujung minggu baru sehari lagi ni. Apa nak buat, kalau masa dah tak mengizinkan untuk membebel...

Sebenarnya, minggu lepas kurang masa memasak di dapur ya. Asyiklah keluar makan tapi entah kenapa, tak lengkap pulak gambar yang ada kerana penyakit malas nak memetik gitar gambar katanya. Apa yang adalah kita paparkan ya ~_^

Hari Khamis minggu lepas, pergi buat grocery shopping di NSK. Penuh troli, yalah kononnya grocery untuk sebulan padahal lepas-lepas tu, ada aje grocery shoppingnya lagi! Balik dari NSK, HD tanya nak masak di rumah ke atau nak makan di luar. Laju aje my mulut menjawab 'makan kat luarlah senang!'.

Jadinya macam biasa, perjalanan tu selalu aje jadi panjang sebab keputusan sentiasa berubah. Dah masuk laluan pulang ke rumah tetiba HD u-turn sekali lagi nak menuju ke MRR2. Entah macamana dalam kepala kata nak ikut MRR2 tapi my hubby boleh ikut Jalan Tun Razak! Hazablah tempuh jem ya!

Yang sebenarnya kami nak ke Rumah Thai ^_^ Entah kenapa HD boleh ikut Jalan Tun Razak. Hazablah tempuh jem teruk di Jalan Ampang dan laluan susur keluar ke MRR2. Panas punggung duduk dalam kereta.

Sampai di Rumah Thai, tengok takda orang walaupun tertera perkataan 'Open'. Wah, mulalah kejadian berdolak-dalik berulang kembali! Nak masuk ke tidak yerk! Kenapa takda orang pulak? Kita pusing seround lagi, kotnyalah boleh jumpa restoran lain. Alahai, tak terfikir pulak apa lagi restoran berdekatan sini yang tak pernah cuba. Tekak nak makan tomyam ler... Yang ada western food tapi HD kata nanti tak kenyang sebab anak-anakkan cerewet!

Sekali lagi pusing di Rumah Thai, pun sama aje takda orang. Makanya, kami pun gerak ke tempat lain. Ingat nak pergi makan chicken chop murah dan sedap (belum pernah pergi pun, dengar desas-desus aje kata sedap ~_^) kat satu deretan restoran berhampiran  Keramat tapi bila sampai, oh takda parking pulak. Tak kuasa nak ke hulu ke hilir mencari parking dan bila tengok, macam ramainya pelanggan. Pukul berapa pulak dapat makan nanti? Well, cari tempat lainlah!

Dah terlanjur di area Wangsa Maju, jomlah pergi Jom Bali aje ~_^   Menujulah HD nak ke Aeonbig Wangsa Maju sebab  nak makan di Jom Bali. Dah terbayang-bayang spaghetti olio yang dipenuhi zaitun dengan rasa pedas memijar ^_^ 

Eh, eh! Tadi kata nak makan nasi putih dengan tomyamkan, kenapalah tetiba lain pulak menunya!

Dalam pada nak menuju ke Jom Bali, ternampak pulak Jiran Cafe! Restoran ni dah lama kami nampak tapi tak pernahlah singgah! Makanya bila kali ni tengok ramai orang, dalam hati pun berkata jomlah singgah! Nampak macam sedap ajekan...

Maka ke Jiran Cafelah kami hari itu walaupun ramai pelanggan dan susah nak cari parking ^_^   




Oh, not bad pilihan kali ni walaupun berpusing-pusing mencari makan! My superheroes  suka sangat dengan pizza beef pepperoninya yang marbeles! My menu dan suami biasa-biasa aje - I pilih seafood spaghetti olio dan HD pulak dengan Italian nasi gorengnya. Pelikkan suami isteri antara benua ni, yang Malaysiannya sibuk nak berwestern dan yang non-Malaysiannya asyik nak tomyamlah, nasi gorenglah, blahblahblahlah... ^_^ 

Mari tengok gambar yang sempat disnap dalam malu menggomol diri dan rasa lapar berleluasa kejadiannya ~_^

Fried Chicken Wings RM11.50

Regular Beef Pepperoni Pizza RM15.40

Seafood spaghetti olio RM16.40

Seafood spaghetti olionya biasa-biasa sahaja. Takdalah kebaboom tapi okey, boleh dihadam tanpa kepayahan gitu. Italian fried rice HD macam biasalah tak diambil gambarnya sebab takut den ^_^  Itu pun kata HD takda apa yang best pun nak habaq dalam blog ~_^

Buat anak-anak, tak berhenti-henti memuji kesedapan pizza beef pepperoni mereka. Selain tu, I ambil juga chicken wings. Berebutlah dua beradik ni makan. Licin ya. Nampak sangatlah laparnya. Janji mereka kenyang dan happy, makpak pun gembira di hati!

Hari Jumaat pulak kami keluar cari makan juga selepas Maghrib. Asalnya tak tahu mana nak tuju lepas tu teringat pulak pada Food Truck Park (TAPAK) berhampiran dengan Hotel Corus di Jalan Ampang tu. HD lah ni yang rajin menggoogle segala benda. Dah lama tahu tapi tak berkesempatan pulak nak pergi.

Kali ni takda berpusing ke hulu ke hilir ya. Straight aje kita menuju ke area KLCC. Kalau ikutkan hari-hari biasa, memang I tak gembira hati pun nak berpatah balik ke area ni kerana 8 jam sehari I 'berlegar-legar' di kawasan ni ya (bekerjalah weyh...) Tapi dek kerana nak mencuba tempat baru, kuturutkan aje kemahuan sang suami gitu ~_^

Kali ni takda snap picturelah sebab malu menguasai diri. Macam-macam makanan western ada dijual di sini, semuanya pakai traklah dah namanya food truckkan! Kami beli sate 15 cucuk (10 ayam & 5 beef untuk HD). Janganlah terkejut, satenya comel-comel belaka dan rasanya pun biasa-biasa sahaja. Satu cucuk RM0.90 untuk sate ayam dan RM1.00 untuk sate daging.

Lepas tu belilah meatballs dengan harga RM9.00 Yang ini memang marbeles tapi comel-comel aje meatballsnya 5 biji berserta dengan french fries. Kalau tertelan meatball, memang tak perasanlah. Rasa memang sedap sebab panas-panas serve kat customer. 

Lepas tu nampak pisang goreng cheese pun beli juga walaupun hari dah malam, bukan pagi atau pun petang ya untuk menikmati pisang goreng. Kita orang Malaysiakan makan apa sahaja pada bila-bila masa, 24 jam sehari ^_^  Kalau tidak, takkan mamak buka 24 jam laku laris sesajakan! Yang ni memang hampalah rasa hati. Sejuk kaku pisang gorengnya. Kena dengan cheese, rasa lain macam pulak. Tak in betul dengan anak tekakHarganya RM7.00 tapi lupalah berapa keping dalam bekas styrofoam tu.

Bab air memang marbeles ya. Kita pekena Fizz Strawberry (RM5.00), Mango Juice Big Cup (RM5.00) dan Milky Mango Regular Cup (RM5.00). Memang kebaboomlah bab air ni. Sedap ~_^

Kat TAPAK ni ada kerusi meja untuk makan ya. Kalau nak lepak-lepak boleh saja. Tapi penuhlah, so kasihan pada customer lain yang menunggu. Lepas makan, cepat-cepatlah blah beri tempat tu pada customer lain pulak. Belajar jadi prihatin dan bertimbang-rasa sikit ya!

Tapi dek kerana masing-masing kata masih tak cukup juga 'melantak', balik ke rumah nak juga singgah Murni Discovery (mamak ler tu...). Nasib baiklah penuh, terbatal niat. Itu pun niat nak makan lagi masih kuat kerana 'malam masih muda', maka menuju puncak TJ Gardenlah kami  untuk tapau nasi goreng cili padi, tomyam, nasi goreng USA dan maggi goreng untuk anak-anak. Hah, bab makan ni memang selagi  tak sendawa, selagi itulah kita mencari makan ~_^

Sampai di rumah, tak habis makan pun. Simpan dalam fridge buat sambung esok pagi ~_^

Sabtu not so pagi, kami ke Cyberjaya bawa anak-anak melenjan. Itu cerita kemudian ya. Ini kisah makan-makan-makan aje! Sebelum keluar rumah, kami bersarapan dulu. Saki-baki makanan semalam kita reheat and top up dengan spaghetti kari versi MD.  Oi, sedap pulak spaghetti kari I ni ~_^ Sorrylah, gambar tak sempat snap sebab berhempas-pulas menyediakan sarapan, menjemur pakaian dan mengemas rumah sebab nak melenjan di luar! So singgahlah di Restoran Sebulek yang menjadi idaman sejak keluar dalam JJCM TV3 nun sebelum puasa lagi ~_^ Buffet spread ya di sini tapi harga bergantung pada apa yang kita makanlah. Macam-macam lauk ada I tell you... Mostly macam tradisional aje which are not my type orang bando ni ~_^ Tapi lauk-pauknya tak dinafikan sodap ^_^

Dapat ambil gambar pinggan sendiri ajelah ya sebab late lunch ni sebenarnya...


Membuai-buai perasaan I bila nampak daging gulai kawah ni tau. Oh, ya! I makan labu masak lemak ni sebab I kata labu tu is sejenis BUAH ~_^ Kalau sayur, memang tak makanlah tekak hamba! Ada memahami? Okey, jom terus membebel...
 
Rasa makanan di sini JJCM MD beri 10 bintang terus! Harga pun okeylah, takdalah mencengkam jiwa raga kalau nak makan di sini sampai kena ikat perut sehingga hujung bulan! 

Lepas kenyang, kita melenjanlah anak-beranak untuk buang lelemak degil dalam badan ~_^ 

Balik ke rumah, singgap kejap beli durian untuk santapan suami isteri pulak!

Eh, belum tamat di sini lagi ya!

Malamnya anak-anak merengek nakkan pizza pepperoni di Jiran Cafe tu lagi! Well, since mood Daddy mereka baik, bawalah lagi kami ke Jiran Cafe untuk mengulang makan ~_^    

Kali ni my anak-anak ordered the same Fried Chicken Wings dan large beef pepperoni pizza. Katanya tak cukuplah Mommy share berdua makan regular. Mak hai... don't worry anak-anak, makpak kome memang cop duit kat bank sendiri ^_^

My HD pilih asam laksa but unfortunately the taste tak berapa sedap. Kuahnya tu kurang umpph pulak. I tak tahu mereka pakai ikan apa tapi tastenya differentlah. Kuah pun dah warna macam asam pedas cair aje kekdahnya. Pun, licinlah suamiku makan sebab tak bagus makan bersisa, kawan syaitan ~_^

Assam Laksa RM6.50

Madam pulak tetap dengan tekak westernnya - Chicken Chop. Bila sampai mak datuk, besar pulak portion. Kejap-kejap pass masuk dalam pinggan HD. Sos black peppernya tak umpph juga. Chicken Chopnya terlalu garing and rasa pun so-so aje. 

Chicken Chop RM9.90


But then bab pizza pepperoni tu memang sodaplah bangat. Sampai my anak-anak minta take away lagi. Oh, tidaklah Mommymu ini mahu melayannya ~_^ Pelanggan restoran ni memang sentiasa ramai tau. Kali ni kena menunggu jugalah nak dapatkan meja makan. The good thing is, servisnya bagus sekali. Tak lama lepas order dah sampai walaupun ramai pelanggan tapi makanan I selalulah yang terakhir sampainya! Kenalah makan main telan-telan aje sebab the rest dah kekenyangan dan nak cepat balik!

Beef Pepperoni Pizza (Large) RM20.90

Iced Milo (RM3.00) and Iced Lemon Tea (RM2.20)
And hari Ahad, kami breakfast di Jom Bali dengan harapan dapatlah bersama-sama memeriahkan Aeonbig sempena 5% discount pada setiap 28hbkan. Sampai Jom Bali pun dah nak dekat habis waktu breakfast. Cepat-cepat order. Masa nilah HD dah mula pening-pening lalat Apa tidaknya, 'event' memanjang penuh sejak Khamis lagi! So, HD bawa Adik Cute masuk kereta yang terletak di rooftop dan I and Bubbly Abang (ni peneman sebab Mommynya rabun, susah nak tengok harga barang buat comparison kalau takda spek mata). Masuk Aeonbig oh panjangnya queue kat kaunter! Maka kita pulanglah ke rumah! I pi Hero Supermarket jerk senang. Setroli tolak tanpa bantuan. Pergi sendirian nikmatnya lain macam kalau bergrocery shopping. Semua campak baling aje. Kalau ada suami, semua campak baling lepas tu campak balik kat rak!

Dalam pukul 2 petang tu panggil orang datang rumah untuk betulkan wiring. Sampailah dekat pukul 5 petang ya. Hari Jumaat sebelum tu panggil orang service aircond rumah yang dah ala-ala room temperature aje tapi bil TNB sentiasa mencanak naik, tiada merundum turun graphnya!

Selesai aje kerja wiring, I pun gorenglah mi untuk hidangan petang kami anak beranak. Kali ni mi kasi letak sayur sikit nak tengok anak-anak dan Mommy nak buat apa dengan sayur tu. Seperti yang dijangka, sayur semua masukkan dalam pinggan HD ^_^

Malam dah  tak makanlah ya. Kenyang dah JJCM tak berhenti-henti ^_^

         

        

  

Comments

  1. i skrg jarang makn.. x tahu kenapa md.
    rasa cemuh dgn mkanan..boleh gitu? ni skrg i tgah deman ni.. br blk klinik..dah alang2 kerja, minta mc utk esk..bolh gitu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tu, PB. Tak payah susah-susah nak diet. Tapi jangan sebab sakit tak makan sudahlah. Kalau sihat, kurang nak makan, I pun sukalah, PB ^_^

      Eh, demam ke? Esok MC seronoklah boleh sambung terus sampai hujung minggu. Dapat rehat lebih sikitkan.

      Semoga cepat sihat ya, PB!

      Delete
  2. memang kisah jalan jalan cari makan betul ni MD..anak hepi kita pon hepi kan..kalo bab makan selalunya ikut jer ape yang anak mintak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah mimpi apa asyik pergi makan-makan aje minggu lepas tau. Minggu ni kena duduk rumahlah pulak, kemas mana patut. Kenalah selang-seli keluar/duduk rumah. Kalau tidak, berantakanlah. Kena berjaga sampai lewat pagi nak siapkan kerjarumah!

      Delete
  3. Baru tahu harga beef peperonni..acik belum pernah makan di kedai beef pepperonni ni..biasa masa sihat wal'Afiat dulu acik buat sendiri je M D..lama dah tak buat ni belum kuat sangat lg nak.menguli.anak2 memang suka.acik atur pepperoni nya banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah Acik kalau buat sendiri, lagi best. Apa nak kita letak aje sebanyak yang anak-anak suka. Kalau kena kat saya ni, memang membeli aje kerjanya. Kalau anak kata pizza, pizzalah saya beli. Buat tu memang lambatlah sampai serunya, Acik ^_^

      Delete
  4. Kisah makan sungguh ni MD..
    Makanlah ye selagi ada selera kan MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puaslah makan minggu lepas. Rasanya minggu ni kita duduk di rumah ajelah, CH. Lemak susah nak pecah. Hahaha!

      Delete
  5. Kak kalau cite bab makan memang terbaikkk kak. Hihihih. Lps ni x pening nak crik tmpt makan. bukak je blog akak as a reff. memacam tmpt makan skitar KL ni haa. hhihih.. =) aina n husband.. kekadang bersepah je tmpt makan tu pun tak tau nak makan mana. ni lawak..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang akak sendiri tak tahu nak makan di mana, Aina. Itu yang berpusing sana-sini mencari makan padahal bila keluar rumah, dah tahu mana nak pergi!

      Delete
  6. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini. Terima kasih masih sudi bertandang ke blog KA. Moga sihat2 selalu yer. Bagus2 masih terus dengan aktiviti JJCM u tu yer. He3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KA masih singgah ke sini bila ada masa terluang. Kawan lama, takkanlah mudah dilupakan, ya tak?

      Delete
  7. Penuhnya diari JJCM dia. Padanlah sehari lepas tu, kena main masak2 pulak ye. Dan saya rasa BP HD naik sikit pun pasal ni jugaklah agaknya. tmbh2 makan durian pulak tu.

    Oh ya, saya rasakan, kalau aircond tak service memang bil elektrik akan mencanak2 naik, sebab aircond perlu bekerja keras utk sejukkan ruang. MD dah service tu, ok lah kot nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang gitulah, KB. Entah mimpi apa agaknya asyiklah keluar cari makan aje hujung minggu tu. Tapi biasanyalahkan, kalau hari ni keluar, esok duduk rumah memasak. Tapi kejadian hujung minggu lalu memanglah awesome gitu. Melenjan aje kerjanya!

      Ni saya nak tengoklah lepas servis aircond, apa jadi pada bil elektrik saya. Kalau tinggi juga, maknanya bukan aircond sajalah jadi puncanya!

      Letih bayar elektrik mahal-mahal tau tapi ya tak ya juga, siapa suruh pakai banyak-banyakkan!

      Delete
  8. btw, happy birthday utk bubbly abang!

    ReplyDelete
  9. Fuhh memang entri JJCM saje ni. Hahaha ! Nani dah banyak kali bacapasal Jom Bali ni tapi tak pernah sampai sampai lagi. Nak ke Wangsa Maju tu jauh jugak tapi tengok lah nanti kalau rajin kita terjah. Eheheh. Food truck tu pun menarik perhatian jugak. Aigos banyak nauu nak kena pergi ni. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Bali ni memang tempat favorite akak. Maksud favorite akak ni kalau dah tak tahu nak makan ke mana, kita singgahlah kat restoran yang kita tahu tak mengecewakan ^_^

      Kena pergilah Nani food truck tu. Memang happening sikitlah. Kalau bahasa orang kampung macam kita, panggil pasar malam aje ^_^

      Delete
  10. dulu masa kerja, hari2 p klcc. skang nak menapak pon belum tentu. hihi. aish kenapa asyik baca entri full with foods ni. memang buat perut rasa lapar. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah entri makanan yang tak penuh dengan gambar makanan. Kalau tidak, mesti lagi lapar ^_^

      Saya ni KLCC memang tempat melenjan sebab bekerja pun di kawasan ni. Di luar waktu bekerja, memang malas alahai kalau kena datang area ni semula. Tapi kali ni, kita berilah laluan pada suami yang teringin nak pergi TAPAK ni ^_^

      Delete
  11. Kalau entry bab JJCM MD ni..mmg buatkan saya terliur sendiri.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-mana entri makanan memang boleh buat terliurlah, Maria ^_^ Lagi-lagi jenis yang pandai ambil gambar sampai nampak dengan mata 'kesedapan' makanan tu!

      Delete
  12. kalau saya, tengok tak ramai orang tulah yang saya berhenti..tapi betul gak, Encik HD kan cerewet, kalau tak sedap mau membebel sampai esok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pulak memang cari tempat ramai orang membeli. Tahulah kita memang sedap. Tapi, memang selalu pun akaklah yang jadi mangsa 'tukang beli'. Yang lain-lain tukang makan ajelah!

      Delete
  13. Sampai kenyanglah mak baca entri ni, apa taknya kejap kejap kan hihi....

    Nasiblah HD memahami, sayang bini weyh. Kasi bini rehat tak payah masak. Boleh pulak ek dah sampai depan kedai tp tak masuk terus lanjut ke Keramat pulak! Baguslah HD ni...mmg sporting!.

    Tapi pizza tu mmg menggiurkan maklah Kak Ton...nak beli pizza jugak ar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik suami nak layankan, Mak. Kalau tidak, memang minta pelangkung ajelah ^_^ Tengok juga mood HD. Kalau moodnya baik, okeylah ke hulu ke hilir mencari makan. Kalau mood tak baik, memang terus HD drive balik rumah. Menggelupurlah masing-masing kelaparan nanti!

      Pizza yang ini memang saya beri 10 bintang terus. Sedap walaupun simple aje. Lagi sedap dari Domino's!

      Delete
  14. saya juga kaki mkn tapi cuba elak nasi . klu nak diet , maka berpuasalah saya ... ini org takut gemuk kekdahnya ... heheheee . tapi pd masa yg sama pantang nampak ... piza oh piza ... terliur ni ...

    ReplyDelete

Post a Comment