Hari ini harijadi anakandaku, Bubbly Abang ~_^

Salam 30 Zulkaedah kawan-kawan!

Hari ini special entry ya!

Tengoklah tu pukul berapa entri ini dipublish... ~_^

Tarikh dan masa ini adalah saat-saat my permata hati, kesayangan jiwa, intan payung dan segala-galanya dalam dunia ni dilahirkan ke dunia, sepuluh tahun yang lalu ^_^






Oh, tidak! I tak emosi pun. In fact, belum beremosi lagi untuk bercerita... Baru nak panaskan enjin emosi katanya!

Cuma pada tarikh lahir anak-anak aje, I akan rajin menggarap entri khas untuk mereka berdua. Kalau ditakdirkan jatuh pada hujung minggu yang mana I tak rajin nak menghadap blog mahu pun mengupdate entry, I tetap akan dedikasikan entri khas buat anak-anak tersayang.

Kalau rajin sangat nak baca surat buat my permata hati sejak I pandai berblogging in 2013, silalah baca di sini... 

Happy Birthday, My Son! in 2013

Bubbly Abang Yang Mommy Kasihi in 2014 

Buat Anakanda Tersayang in 2015 


Ini untuk Bubbly Abanglah, Adik Cute kita tunggu tarikh lahirnya pulak ya ~_^










Dear Luth,

Selamat ulangtahun yang ke-10 hari ni!


Harapnya Abang sukalah hadiah dan kad yang Mommy beri ya ~_^

Ini masuk tahun ke-4 Mommy dedikasikan entri khas harijadi buat Abang, anak Mommy tersayang. Sebagai Mommy Abang, doanya semua yang baik-baik aje ya yang keluar dari mulut dan dalam hati Mommy buat seorang insan bernama anak!

Nanti-nanti bila Abang dah 'jumpa' blog Mommy ni (Abangkan pandai bab-bab komputer, internet bagai ni, senang aje tu) bolehlah Abang baca segala kisah kenangan dan setiap dedikasi harijadi yang Mommy garap khas untuk anak-anak Mommy tersayang. Inilah punca utama Mommy berblogging ya, Abang ~_^

Abang tahukan Mommy ada blog, cumanya Abang tak tahu pun Mommy ni rajin alahai cerita tentang Abang dan Adik dalam blog picisan Mommy ni. Sebab itulah Mommy selalu snap gambar both of you. Nak jadikan model percuma dalam blog Mommy ~_^
 
Tahun ni Mommy takdalah buat pesanan penaja banyak sangat ya. Sebabnya hari-hari pun Mommy selalu aje beri pesanan. Macam mak-mak yang lain, Mommy pun nak anak-anak Mommy berjaya dalam hidup, menjadi anak yang soleh dan sentiasa dilindungi oleh-Nya dan diberkati kehidupan.

Walaupun Mommy ni garang, deep down in my heart Mommy sayang sangat pada anak-anak. Tanpa anak-anak, tiada maknanya kehidupan dunia ni...

Jadi Abang, dengar cakap Mommy selagi terdaya. Bukan lama pun Abang kena akur kata Mommy. Nanti bila dah dewasa, pandai-pandailah mengatur hidup sendiri. Selagi belum mampu berdikari, kenalah tahan telinga tu dengar nasihat Mommy.

Abang kena tahu hakikat ini ~ selagi bernama anak, selamanya akan tetap dilihat seperti anak kecil oleh emak-emak!

Mommy pun macam itulah...

Mana mungkin Mommy boleh lepaskan pandangan terhadap anak-anak begitu sahaja. Mommy memang over protective tapi bersebab ya sayang ~ I love both of you, my permata hati ni so, so, so much!


And once again,

Happy 10th birthday for my dear son, Luth Adam!

You and adik are 'kaulah segalanya' buat Mommy!

*teringat pulak lagu Ruth Sahanaya*        

Comments

  1. Selamat hari lahir abang.. moga sentiasa dalam pemeliharaan Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Maria.

      Harapnya pun begitulah hendaknya!

      Delete
  2. Selamat hari lahir ke10, Abang. Jadilah anak yang baik dan menyenangkan hati MommyDaddy ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka dah besar rupanya anak bujang saya ni, KB. Terasa cepatnya masa berlalu.

      Bila tengok gambar-gambarnya kembali, terasa banyak dah tahun yang berlalu sejak dia dilahirkan. Huhuhu.. sedihlah anak cepat membesar!

      Delete
  3. selamat hari jadi abang.. Abang.. untie tak ada anak lebih.. kalau tak untie nak pinang adik dengan abang buat menantu. Nanti keturunan untie ada la yang rupa pan asia sikit hahaha.. erkk boleh ke buat ucapan macam tu hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, aunty Suria ^_^

      La, ni perangai dah macam Mommy si Bubbly Abang. Asal nampak anak perempuan orang aje, terus nak dijadikan menantu ^_^

      Oh, gitulah kekdahnya ya! Nak cucu pan asia rupanya! Alah, letak nama ala-ala pan asia pun dah cukup sekarang ni, Suria ^_^

      Delete
  4. dah 10 tahun..selamat hari jadi Abang..semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti pada mummy dan daddy ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Sal. Kejap ajekan masa berlalu. Masa akak mula-mula berblogging dulu, terasa macam kecil-kecil aje anak-anak akak ni. Bila tengok kembali gambar lama, alahai betapa cepatnya masa berlalu!

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih, Azwar.

      Terima kasih juga sudi singgah sini ya ~_^

      Delete
  6. Happy birthday abang Luth Adam.. moga sihat sentiasa n sentiasa ceria.. banyak pengalaman membesarkan anak yang takkan kita lupakan.. moga anak2 kita ni jd anak2 soleh yang membahagiakan kita kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, AN. Sekejap ajekan masa berlalu, dah 10 tahun usia anak saya. Macam tak percaya tau. Terasa macam baru semalam berkahwin, tau-tau anak dah 10 tahun. Hehehe!

      Delete
    2. Eleh...eleh....tak perasanlah sangat anak dah seploh tahun hihi....

      Delete
    3. Ahah! Mak jealouslah tu bila Kak Ton keluar statement terasa macam baru kahwin. Hahaha!

      Delete
  7. happy bday bubbly. comelnya dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Raihanah! Dari sekecil-kecilnya dah sebesar-besarnya anak bujang tersado saya ni tau!

      Delete
  8. selamat hari lahir abang luth..

    ReplyDelete
  9. Hepy Bezday abang Luth! Aunty jiran doakan abang menjadi anak soleh dan sentiasa menjadi kebanggaan mommy daddy.

    Betul tu Kak Ton, kita mak mak ni tak payah tunggu hari jadi, hari hari pun kita doa yg terbaik utk mereka ek.

    Celebrate kat mana tu Kak Ton?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mak!

      Dah hari-hari ada aje 'tazkirah'nya Mak, rasanya tak payahlah tazkirah panjang-panjang on his birthday pulak. Kasihan ^_^

      Oh, macam biasalah keluar makan-makan ikut mana dia nak!

      Delete
  10. Abg lain betul muka dia masa baby tu Kak Ton....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baby memang rupa tak sama. Bila meningkat dewasa, berubahlah paras rupa ^_^

      Delete
  11. Happy belated besday buat abang..
    Semoga menjadi anak yg soleh..
    Rajin2 tadah telinga dengar pesanan penaja mommy tu ye :D

    Anakanda CH yg sulong smlm..
    4 sept.
    Sempat menyambutnya di taman tasik shah alam sebelum balik asrama..
    Lebar smpi ke telinga dpt hadiah..
    Tengok esok ke update entri besday nabilah tu hahaha..
    Tunggu mood mama lah ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, CH. Nasib baik kali ni Mommy tak buat surat terbuka untuk Bubbly Abang ~_^

      Oh, lebih kuranglahkan tarikh lahir mereka! Kalau sebaya, boleh dikenen-kenenkan. Hahaha!

      By the way, saya pun tengah lemau nak update entry ni. Entahlah mengapa...

      Delete
  12. selamat hari lahir Luth.
    waluaupun auntie tak kenal family MD, tapi satu yg plg pasti.. MD ni sangat-sangat sayang kat anak-anak dia.. dia selalu risau, resah gelisah bila berkaitan dgn anak-anak dia.. walaupun benda yg simple. dia juga sangat-sangt banga dgn anak-anak dia.. tmbah-tmnbh ank2 dia berjanji akan jaga dia selamanya... ingt tahu..kena syg selalu mommy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PB.

      Mana ada emak yang tak sayang anak-anaknya, PB. Tapi yalah, tak tahulah kalau I ni terlebih sayangkan anak-anak sampai jadi over protective dah!

      Harapnyalah anak-anak akan terus mengingati kita ibubapa mereka ni selama hayat dikandung badan!

      Delete
  13. Happy belated birthday abang
    Lebih kurang kan birthday abang dgn auntie ni.
    Auntie punya hari ini. Agak-agak ada tak yg ciri-ciri abg sama dgn auntie ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakzakie.

      Happy belated birthday juga buat akak ^_^

      Entahlah kak, tak tahu apa yang samanya si Bubbly Abang dan Kakzakie ni. Agak-agak akaklah, apa dia yerk?

      Delete
  14. hepi belated beday abang...
    dulu masa lahir kecik je ye abang ni..makin lama makin sihattt...geram je tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Wahida.

      Ini penangan susu soya, bukan susu ibu. Hahaha!

      Delete
  15. happy birthday abang..
    dengar pesan mama tu tau.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak, Gee.

      Mesti dengar pesan Mommynya selagi mampu dengar. Nanti bila dah tak mampu, for sure rindu ~_^

      Delete
  16. Olololo ... comelnya. Sebaya dgn anak aku yg sulung tu ..
    Happy birthday abang ... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Cepat membesar rasanya anak-anak ni sekarang :(

      Delete
  17. Aloloooo chumellsnya, semoga menjadi anak yang SOLEH buat ibubapa dan menyayangi mereka sepanjang hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Noriza ^_^

      Harapan semua emak dalam dunia ni sama aje sebenarnya. Semoga anak-anak kita jadi anak-anak yang baik, soleh dan berguna ^_^

      Delete
  18. selamatmenyambut hari lahir luth adam ... semoga menjadi anak yg solih dan menggembirakan mommy dan daddy ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Vee. Harapannya tinggi menggunung diletakkan di bahu anak walaupun bukannya suruh dia belajar rajin-rajin sampai pandai dan dapat kerja bagus. Nak dia jadi anak yang berguna dunia akhirat aje ...

      Delete

Post a Comment