Kisah Si Badan Over Sasa & Si Mulut Over Petah ^_^

Salam 18 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni marilah kita bercerita tentang my anak-anak bujang yang sentiasa aje bikin 'lelah' Mommynya...

Alkisah, semasa harijadi Bubbly Abang baru-baru ni, dia telah membaca segala surat kasih-sayang sempena harijadinya dari Mommy untuk anak kesayangannya dalam blog ni; sejak 2013 sehinggalah ke 2016.



Sambil baca, sambil sengih. Lepas tu serius sambung baca semula. Bila dia baca komen, mulutnya pun berkata,

Mommy, banyaknya komen! Ini kawan-kawan Mommy ke? Mommy pernah ke jumpa mereka?

Gelak-gelak okey bila dia baca komen daripada rakan-rakan alam maya Mommynya. Macam-macam ada ~_^

My anak bujang tersado ni, sejak dah besar panjang, pandai merajuk bila kena tegur/marah. Pandai tarik muka masam tapi bila dia terasa bersalah, mulalah mengendeng-ngendeng datang kat kita nak minta maaf atas perbuatannya.

I selalu kata kat Bubbly Abang, betul tak apa yang Mommynya kata selama ni. Bila dah semakin besar, makin kurang kebergantungannya terhadap Mommy. Nak tunjuk kasih-sayang pun tak macam dulu. Kalau dulu, sikit-sikit hantar 'roket' kata 'I love you, Mommy!', 'I can't live without you, Mommy!' and macam-macam lagi. Berbunga kembang hati Mommy masa tu tau tak!

Sekarang ni, nak hug Mommy pun susah walaupun bila berjalan selalu aje nak pegang tangan Mommy ajak jalan beriringan... 

Sekarang ni turn Adik Cute pulak untuk berkasih-sayang melampau-lampau dengan Mommy. Si kecil ni memang biasalah, memang ikut suka hati dia aje.



Baru-baru ni dia solat Maghrib berpuluh rakaat. I pun katalah cukup-cukuplah tu solat. Solat Maghrib 3 rakaat aje. Inilah jawapan yang diberi,

Adik kena solat banyak sikit sebab Adik banyak tak solat hari ni!

I pun membebel-bebellah dok menasihati si kecil ni dan tahu apa dibuatnya?

Dia berlari mendapatkan I sambil berkata,

Mommy! Mommy! Kalau tengah solat, tak boleh cakap banyaklah!

Dalam erti kata yang lain, dia nak suruh I senyaplah jangan cakap banyak. Habis tu kenapa berlari tinggalkan sejadah sekadar nak beritahu Mommy? Bukan Mommy yang tengah solat, tapi dia sendiri ~_^


Ish, si kecil ni...

Time mengaji pun sama aje kekdahnya. Baca belum betul lagi, dah sibuk nak langkau baca lain. Bila kata tak boleh, mulalah tanya kenapa, kenapa banyak kali sampaikan mengaji ke mana, kena jawab 'kenapa'nya aje yang lebih!

Hari Sabtu lepas, harijadi si kakak sepupu. Kebetulan kami baru pulang dari Perak. Sibuklah si kecil ni menghubungi kakak sepupunya suruh balik cepat sebab 'Adik nak makan kek ni...'

Dan nak jadi cerita, kakak sepupu tak dapat balik pada hari Sabtu tu dan datang berjumpanya pada hari Ahad. Malam tu kita makan di luarlah sempena belated birthday si kakak sepupu. My sister suruhlah Adik Cute beri hadiah pada kakak sepupunya. Sibuk ya si kecil ni tak sabar nak buka hadiah.

Dek kerana lewat, hadiah tak berbuka. Esok petangnya kakak sepupu datang lagi ke rumah bawa hadiah harijadinya dan suruh si Adik Cute buka bungkusan hadiah tu.

Bila Adik Cute buka sampul dan nampak ada skarf di dalam tu teruslah dia mencemik,

Ini je?

Eh, yalah! Ni kan hadiah kakak. Bukan kakak beli, MakNgah beri kakak...

Kek takda ke?

Teruslah dia bantai merajuk sambil nak teresak-esak sedih sebab tak dapat apa yang dihajati. 

Aduhai, Adik! Dah sememangnya bukan harijadi sendiri, tak akanlah hadiah orang pun nak ikut kehendak sendiri pulak!

Maka berjanjilah si kakak sepupu untuk beli kek supaya Adik Cute boleh potong kek harijadi si kakak sepupu! Punyalahkan...

Boleh pulak tu buat permintaan,

Tulis nama Daddy atas kek!

Eh, Mommy pun takda kek birthday!


Tulis nama Mommy dan Daddy!

Abang pun takda kek!


Tulis nama Mommy, Daddy dan Abang juga!

Adik tak nak tulis nama?

Tulis nama Adik, Abang, Mommy dan Daddy juga!

Amboi... habis tu nama kakak sepupu@tuan punya birthday nak letak kat mana, penuh dah atas kek ^_^

Adik Cute dah beritahu siap-siap nanti harijadinya kena beli hadiah ini, itu, ini, itu dan itu, itu juga!

Adoi! Banyaknya hadiah nak kena sediakan!

P.S. Jangan buat-buat terkejut sangatlah kenapa hari ni ada dua entri. Dah kata pagi tadikan, hendak seribu  daya, tak hendak seribu dalih boleh diberi. Makanya I berusaha keras ni nak pastikan mana satu cara lebih mudah nak berblogging dan blogwalking ~_^



Comments

  1. alahai adik cute ni maciam maciam tau..
    macam adik cute pulak punye besday yek. hiks. layankan aje lah ^_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak memang macam-macam ragamnyakan, Ciksu. Si kecil ni memang, harijadi siapa sahaja asal ada kek, memang dia rasa macam kek dia tau!

      Delete
  2. Orang lain punya bufday, dia pulak terlebih.
    Tak kering gusi layan karenah adik ni, Mummy.
    Happy bufday pada akak sepupu tu ye.
    Cian dia. Haha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni memang over bab-bab kek birthday ni. Tahun lepas pun macam ni juga. Birthday si abang sepupu tapi dia yang kembang-kuncup hidung tengok orang hantar kek kat dia. Kebetulanlah pulak dia duduk di sebelah abang sepupunya. Perasan habis!

      Delete
  3. Gitulah Kak Ton......sok sok kalau anak lelaki kita dah kawen lagilah.....Jangan haraplah nak terima roket cinta hihi....

    Amboiii adik, ni bukan over petah jer ni, semua pun adik over tau....
    Tak pe dik, sementara org tgh nak melayan adik, mintak jer cukup cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arghhh! Mak! Usahlah dikenang kisah yang belum berlaku. Nanti merana badan, berlinangan air mata si ibu. Hahaha!

      Dah, buat masa ni roket-roket pun dah tak berterbangan dalam rumah. Adik Cute belum pandai lagi nak main roket katanya!

      Hari ni pun dia buat hal, balik tadika terus meraung sebab pagi sebelum pergi tadika dah cakap MakNgah kena beli kek. Tetiba balik tadika, kek tak beli lagi!

      Ngah dan HD pergilah beli kek tapi sampai kat kedai kek dia suruh beli slices aje. 4 semuanya -1 Mommy, 1 Daddy, 1 Abang dan 1 dia punya ^_^

      Delete
    2. Kenyanglah makan kek semalam ek Kak Ton...

      Delete
    3. La siap ada baki lagi ni bawa ke pejabat ^_^

      Delete
  4. tu la kak...org kate...anak ni lagi makin besar makin cara nyer...nak marah kene cara lain...nak tunjuk syg pun lain....dulu selamba kite peluk2 gomol...skrang dieorg pun dah tau malu n segan....adoiiii....tu pasal kene bikin baby baru ...eh? haahahahaha

    tapi tang kek besdey tu lawak kak...ni umpama bagi betis nak paha ni kak hahaahah...sudahnye kek tu jadi hak milik si adik le...tuan punye besdei tak dpt ape ekekeekekeke...so siap sedia la kak ye dgn hadiah2 yg diwishlist kan tu...kang tak bagi, mau merajuk sedepa mulut muncung2 ni heheheeheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lieya. Dah besar ni, lain macam sikit. Tak mainlah nak bermanja in public dengan Mommynya. Malulah kononnya. Tapi, kalau berjalan tu, selalu pulak nak pegang tangan Mommy. Tengok moodlah senang cerita!

      Ini kalau bagi seluruh badan pun tak cukup lagi. Semua pun dia nak! Ada ke harijadi kakak sepupu dia buat macam harijadi dia! Kakak sepupu pulak yang kena belikan kek untuk dia potong!

      Hadiah dia mahal-mahal dalam wishlist tu, Lieya. Kalau kita kata 'takda duit' dia suruh ambil duit tabungannya yang MakNgah beri RM1 sehari tu. Adalah dalam RM100 +++ kot, manalah cukup nak beli semua dalam wishlist tu ^_^

      Delete
  5. Hihii...macam2 ragam anak2 ya MD.Apatah lagi adek cute ....kelakar pulak jadinya ,bila besday kakak sepupu jadi besday dia pulak kan.Yalah ikut kan je lah...anak2 ni cepat membesar ,satu hari nanti kita akan rindu keletah mereka masa kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sebenarnya kak melayan kerenah anak-anak bila umur baya gini. Nanti dah besar lain pulak kisahnyakan. Nasib baiklah ada blog, boleh abadikan segala kenangan di sini ^_^

      Delete
  6. Tak berkesempatan nak berblog sekarang...sampai sinitengok... mak ai.. dah besar sangat dah abang.. memang sado la...

    Kelakar pulak baca adik sibuk ngan hadiah hari jadi orang lain... yang tak boleh tahan tu kek hari jadi orang kena tulis nama dia sekeluarga pulak....apa kes..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah besar anak bujang saya tu, Makchaq. Yang kecil tu pun dah semakin besar cuma keletahnya tu masih lagi menghiburkan hati ^_^

      Sibuk betul dia dengan kek harijadi. Satu hari semalam sibuk dengan kek 'harijadi' orang lain ^_^

      Delete
  7. Kikiki..hadiah org la dik.Kli kek dh lama penyet dlm tu.eh birthday abg bila?hampir sama adik ad rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk nak kek harijadi macam harijadi dia pulak. Harijadi Bubbly Abang jatuh pada 2 Sept. Masa tu saya tak beli kek pun sebab si abang tak nak. Katanya bukan suka sangat kek ni, nanti beli siapa nak makan! Dia takut sebenarnya, takut kena habiskan kek harijadi sendiri. Tapi memandangkan si kecil dah kena sawan kek pulak tahun ni, nampak gaya harijadinya nanti di bulan November kenalah beli kek. Saya plan nak beli dua sebab ralat pulak tak belikan untuk abang tempohari. Kenalah adil ^_^ Takpa, anak dua je. Kalau anak 10, memang tak mampulah nak adil dan saksama ^_^

      Delete
  8. hahaha.. kek harijadi orang lain penuh nama family dia.. lebih mementingkan kepuasan diri. Makin besar makin cute pulak.. geram pulak baca cerita dia. macam nak ajak berdebat jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Family friendly namanya. Hahaha!

      Nasib baik kakak sepupu tak ikutkan. Jenuhlah nak tulis nama empat beranak atas kek orang lain. Stress dibuatnya. Tapi si kecil ni memang rapat sungguh dengan kakak sepupunya. Dah macam godmother dah dibuatnya ^_^

      Delete
  9. Tapi kakak rasalah MD adik bila tiba usia macam abg pun still attach macam sekarang juga. Abg jenis cepat matang. Adik ni biasalah kalau dah kata adik samalah macam mummy dia juga macam mana dgn kakak-kakaknya masih manja walau dah nama mummy. Cermin dah ada kan hihi... jgn marahlah dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, kak. Mungkin juga kot. Gene manja tu dah ada. Hahaha!

      Memang jauh berbeza dua orang anak lelaki saya ni. Boleh nampaklah perbezaannya. Adik memang perangai adiknyalah, sentiasa nak lebih-lebih. Abang pulak bila dah meningkat dewasa ni, dah mula nampak 'kerenggangan' nak berkasih-kasih dengan Mommynya. Malu kot. Lagi satu, Daddy mereka ni suka betul guna statement anak lelaki kena be strong, tak cengeng, and blah-blah. Termakan jugalah kata-kata Daddynya!

      Delete
  10. Takut MD dapat menantu luar negara..
    Udah si abg sado mengikut tinggal disana..
    Maka berendam airmatala si ibu nanti merindui anak sado nya huhuhu..

    CH pun takut nak mengenang nya MD..

    Hahaha..
    Suruh adik cute bagi hadiah utk kaum keluarganya juga..
    Bukan takat tulis nama atas kek je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tak mahu fikir. Nanti bergenang air mata tak reti berhenti. Hahaha!

      Memanglah CH lama lagi nak berlaku tapi kita ni kalau dah namanya emak, memang benda tak berlaku lagi pun kita dah tahap sedih-sedih mengenang!

      Dia kalau beli apa-apa especially makanan, memang ingatkan keluarga. Sama aje dua beradik. Pernah sekali sambut birthday kat rumah jiran MakNgahnya kebetulan pulak kawan anak MakNgah, dia boleh minta tapaukan KFC sebab nak beri rasa pada MommyDaddynya di rumah ^_^

      Delete
  11. tula kan kak. makin besar makin kurang pulak kita boleh berkasih sayang dgn dorg. nak ajak peluk cium pun kena tanya dulu boleh ke tak. kalau cium curi2 tanya pulak kenapa cium dia. adehhhh mcm la xpernah cium cium sebelum ni.

    adik nanti besday adik make sure mommy beli kek tiga tingkat tauuuuuu. tulis nama adik besar2 ekekekeke :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa sangat perbezaannya tau, Kira. Itu pun belum besar mana lagi. Baru masuk 10 tahun. Dah pandai malu nak bermanja-manja dengan Mommynya. Apalah nasib...

      Yalah, anak lelaki nak dibuat macamanakan. Bukan suka nak bermanja-manja macam anak perempuan!

      Amboi, 3 tingkat kek bilalah boleh habis makan! La ni, satu slice je pun keluar masuk peti sejuk, tak habis-habis lagi portion akak sampai hari ni tau!

      Delete
  12. Datang singgah, lama tak tak baca entry MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Sue Bee. Saya pun sekarang ni susahnya nak blogwalking ke semua blog kawan-kawan. Tak cukup masa!

      Delete
  13. layan anak-anak ni buat kit tergelak dengan celoteh diorang..
    nanti diorang dah besar,,baca balik blog mama dia mesti gelak-gelak malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Mar. Memang seronok melayan keletah anak-anak ni sampaikan rasa nak berkongsi cerita aje dengan semua orang ^_^

      Nanti dah besar, tak dapatlah kita nak tengok keletah yang sama! Mereka pun malu dah nak berkeletah macam 'budak-budak kecil' masa tu!

      Delete
  14. gitulah, makin besar, kita rasa makin renggang tp sebenarnya mereka masih sayangkan kita cuma segan nak tunjuk2 agaknya. dah besar kan.

    adik tu, bijak sungguh bercakap ya. ada saja yg nak buat kita gelak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, KB. Terasalah macam anak dah tak sayang kita lagi as much as macam dulu-dulu. Tapi sebenarnya bila mereka dah besar, ada perasaan malu nak bermanja. Lagi-lagi anak lelakikan!

      Dia memang kaki keletah. Gelagatnyalah yang selalu bikin havoc di rumah sekarang ni! Abang dah besar dah...

      Delete
  15. hahah..ni harijadi siapa sebenarnya nih..kalau gitu baik buat majlis harijadi terus..siap dengan hadiah bagai..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang pantang nampak kek birthday. Dok bantai ingat harijadinya sesaja. Harijadi orang lain pun dia feeling-feeling harijadi dia! Nak buat macamanakan... ^_^

      Delete
  16. Hahaha... klaka la adik ni..
    Ingat plk tu nama daddy, mummy, abg pun kene letak atas kek..
    Amboi bnyk nya hadiah dia request.. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang family friendly. Yang kasihan kakak sepupulah, dahlah disuruh beli kek, nama pun tak payah letak atas kek ^_^

      Delete
  17. Macam2..nasiblah kakak sepupu rajin layankan.budak2 kan..nanti2 dh besar macam bubbly abang bukankah akan rindu perangai dia yg begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan takdalah layanan macam ni sebabnya kakak sepupu nak kahwin dah hujung tahun ni. Silap haribulan tahun depan dah merantau di negara orang. Mommylah kena kreatif sikit nanti ^_^

      Oh, sekarang pun dah mula rindu perangai Bubbly Abang tatkala sebaya Adik Cute, PK. Terasa cepat betul anak-anak membesar!

      Delete
  18. bila baca stetmen MD tang si abg, teringat aida kat ijat.
    tu la sorang boboiboy aida, MD.
    skang dok peluk cium dia. gurau senda dia.
    nanti few years akan dtg, da sado... tak bleh dah nak gomol :(
    hu hu hu sedih ekk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada anak ni, terasa masa memang pantasnya berlalu. Sekejap aje tengok mereka dah besar panjang. Of courselah Aida, perangai pun akan berubah. Takda dah nak bermanja over-over dengan Mommy lagi, malulah! Jatuh maruah kalau kawan-kawan nampak!

      Delete

Post a Comment