Riang-ria di Taman Perdana & Taman Tasik Titiwangsa

Salam 27 Zulhijjah kawan-kawan!

Semua pun tahu yang my superheroes dan taman memang 'pasangan ideal'. Kalau boleh hari-hari mereka nak ajak kami ke taman. Daddynya sukalah melayan tapi bila kena kat Mommynya ni, ke taman membawa maksud 'bersantai sambil makan-makan (aiskrim)' bukannya beriadah ~_^

But then again, apakan daya kerana permintaan mereka itu tak dapat nak dipenuhi setiap hari kerana Mommynya ni bukan surirumah sepenuh masa ^_^

Oh, well! I membayangkan kalaulah I surirumah sepenuh masa memang banyaklah bonding rebonding time dengan anak-anak; janji mereka happy. I pun of course happy jugalah! Setakat nak pergi taman pagi dan petang setiap hari, pastinya no big hal punyalah ~_^ 

Itu cuma kata-kata ajelah tapi berdasarkan kepada beberapa pengalaman menjadi surirumahtangga separuh masa, nak telan air liur pun payah, inikan pulak nak tunaikan permintaan anak-anak ke taman setiap hari. Oh, payah oi!

Ada kemungkinan banyak kerjarumah yang never ending tu tak mampu disiapkan kalau asyik nak ke taman! Macamana nak jadi isteri dan ibu mithali nanti?

Oh, alasan ~_^

Bubbly Abang di Taman Tasik Perdana. Masa ni mood tak berapa baik sebab baru lepas kena marah dengan Mommy sebab buat muka ~_^ Kenalah snap gambar yang sama 2 kali. Yang pertama tu muncung duplohlapan depa kalau diukur dengan pembaris! Mommy depa ni sebenarnya garang tau. Kalau dengar ada perempuan tetiba menjerit, cubalah toleh. Besar kemungkinan MD lah tu ~_^
My anak-anak ni kalau ke taman memang tak berpakaian yang sesuai untuk beriadah sebabnya bila keluar rumah, bukan sekadar taman aje yang kami terjah. So kenalah pakai proper sikit. Kotnyalah Mommy mereka ni nak masuk shopping mall pulak lepas penat beriadah makan aiskrim di taman ~_^ Lainlah kalau nak main football di taman atau memang betul-betul keluar nak beriadah aje, okeylah kita pakai pakaian sukan ~_^


Semenjak mengenali buaian ni, bukan main lagi tau asal ke taman aje nak main buai. Ni mood dah okey sebab dah nampak buaian ^_^

Asyik gambar si Bubbly Abang aje, Adik Cute ala-ala Justin Bieber tu cuba you all teka di mana?


V
V
V
V
V
V


Aha ada di sinilah! Entah celah 'lubang' yang mana, rasanya yang kat hujung tu ~_^

Gambar ni Mommynya dah zoom sikit punya banyak tau! Kata you all suruh I 'lepaskan' sikit anak-anak tu beri mereka freedom lebih sikitkan, jangan asyik nak menjerit macam bini Tarzan jerk, itu tak boleh, ini tak boleh! 

So I lepaskan dengan pengawasan penuh dari kejauhan tau sambil tutup mulut jangan beri menjerit! Lagipun bukan ada ramai orang pun masa ni. Kalau ramai, jangan haraplah Mommy yang over protective ni akan melepaskan anak-anaknya main sendirian! I is still cannot ler buat gitu...

Dah! Jom kita ke Taman Tasik Titiwangsa pulak ^_^

Lama sungguh tau kami tak ke sini. Eh, rasanya sejak ada anak, memang tak pernah jejak Taman Tasik Titiwangsa ni untuk beriadah. Ingatkan takda apa-apa di sini rupa-rupanya kami silap ~_^


Eh! Mana pulak pergi heli dalam gambar ni ek? Ke I yang rabun teruk sangat sampaikan heli pun tak nampak!

Cantik dah Taman Tasik Titiwangsa sekarang ni rupanya ^_^

Aha! Barulah nampak heli ^_^ Boleh sewa tau kalau nak tour tengok KL dari atas! I tidaklah, I gayat tempat tinggi ^_^

Indahnya ciptaan Tuhan yerk! Tang mana yang indah,  carilah sendiri...
Eh, ini gambar masa dah nak balik! Padanlah muka masing-masing dah 'senget' ^_^ Ke Mommynya yang salah snap gambar?



Masa di sinilah dari kejauhan Adik Cute dah nampak ni semua. Maka apalagi, aktiviti memujuk pun berlangsung...

Adik macam nak naiklah tapi Adik takut Mommy marah!

Yalah tu, Adik! Mommy dah tahu dah taktik memujuk gaya 'Justin Bubur' nih!


Adik Cute nak naik kereta 'mewah' sebenarnya tapi tak available pulak sebab ada budak lain tengah main! Terpaksalah naik kereta polis negara China ^_^

Bubbly Abang mampu telan air liur ajelah sebab memang tak mampu nak masuk dalam kereta tu ^_^ Dia tak terliur pun, sajalah Mommy nak menyakat! Jadi tukang control ajelah kekdahnya...

Teruja sakan Adik Cute dapat bawa kereta polis. A dream comes true gitu ^_^ Dulu kat rumah ada motor polis tapi takda kisah dia nak naik pun!

Adik, bawa kereta kena tengok depan! Ada ke pulak tengah memandu boleh sengih-sengih tengok kiri kanan belakang. Dahlah bawa kereta polis, kang terlanggar orang awam camna? See you in courtlah Adik oi ^_^
Sekali naik kereta ni harganya RM10 untuk 20 minit kalau tak silap. Kalau nak bayar RM20 dapatlah naik lupa pulak berapa minit ~_^


Gambar di atas ni pulak muka sedih dan tertanya-tanya kenapalah dia ditinggalkan oleh Daddy dan Bubbly Abang kesayangan yang bersuka-ria naik basikal berdua-duaan.

Kenapa Mommy tak naik basikal?

Eh, I tahulah kayuh basikal okey! Tapi macam tak sopanlah pulak nak naik basikal pakai kain labuh ^_^ Lagi pun I tak berani nak bawa Adik Cute naik basikal bersama-sama. I ni cepat panik. Kalau I kena bawa Adik Cute naik basikal, rasa-rasanya anak I kena pakai full gear gitulah ^_^

Itu ajelah kisah kami di taman-taman larangan. Kisah di taman ni biasa-biasa aje tapi kalau tak bercerita dalam blog, rasa macam luar biasa pulak jadinya MD ni ~_^








Comments

  1. Kisah membawa anak ke taman ni macam biasalah, MD. Alih-alih ceritanya sama saja kan. Cuma olahan cerita nak kena pandailah ya. Saya pun ada bawa anak2 ke taman dua minggu sudah, tapi tak masuk blog lagi. Tak tahu nak start macam mana ayatnya. Boleh ek begitu? haha

    Taman Titiwangsa ni saya belum jejak lagi. Permandangannya nampak lebih kurang sama dgn di Persisiran Sg Perak yg ada kat KK ni.

    Sorry ya MD, nak tanya ni...Abang dah pandai kayuh basikal ek? Ke membonceng dgn Daddy nya? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, KB. Kalau ikutkan dah banyak kali berkisah tentang anak-anak dan taman tapi itulah, asal namanya kisah anak-anak, memang berulang kali bercerita pun takpa ~_^

      Saya rasa nak juga pergi Perak sekali lagi tau. Nak pergi Taman Tasik Taiping, nak pergi Kuala Kangsar, nak pergi tengok Menara Condong di Teluk Intan. Apalagi ya ada di Perak ya, KB?

      Oh, belum pandai sangat lagi. Yang itu dia naik basikal two-seater. Daddynya bukan main mengayuh di depan, dia nya duduk di belakang aje , sesekali kayuh ^_^

      Delete
  2. Kalaulah Kak Ton pun dah berzaman tak ke Titiwangsa ni, apatah lagi mak......Lagilah area area sini dah tentulah bukan kawasan makkan....

    Hihi samalah kekdahnya kita ni Kak Ton. Kalau nak ke taman pakai baju cantik maksudnya kita beriadah ajelah di mall hahaha.

    Dahsyat jugaklah ye kat Titiwangsa ni boleh naik heli sekali....Tapi mak pun gayatjugak Kak Ton. Takut weyh.... Silap gaya takut boleh landing tempat lain pulak.

    Muka abang nampak mcm dah besarlah...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ingat-ingatnya memang tak pernah sampai sini beriadah dengan anak-anak. Kalau ada pun, pergi makan kat Restoran Nelayan Titiwangsa dulu ^_^

      Tak sangkalah tempat ni dah cantik dan menarik. Kalau tahu, tiap-tiap hari kita ke sini ^_^

      Sekarangkan ada SkyTour, Mak! Minimum kena ada tiga orang, setiap seorang bayar RM198 kotnya. Macam itulah lebih kurang, lupa apa yang Kak Ton dah baca!

      Maksudnya tu abang nampak matured ke atau makin gemuk ni, Mak?

      Delete
    2. Matured...... dan dah nampak tinggi.... Bab besar mcm sama jer...

      Delete
    3. Kata Daddynya macam nampak lagi naik badan. Itu yang dok tanya pandangan Mak. Kalau badan makin sado, memang Kak Ton kena soundlah nanti dengan bapaknya!

      Delete
  3. Abg dah pandai cycling ke MD? Or dia duduk daddynya yg kayuh.
    Kena belajar kalau tak rugi macam kakak ni tak pandai kayuh basikal - rugi jadi tak pandai juga naik motorsikal.

    Anak-anak dpt tempat macam ini memanglah suka MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pandai sangat, kak. Setakat tolong Daddy cycling je. Dia ambil two-seater punya basikal. Daddy yang beria-ia kayuh ^_^

      Serius ni, kak? Akak tak pandai kayuh basikal ke? Saya ingat semua budak kampung (macam saya jugalah sebelum jadi orang 'Itali') pandai kayuh basikal. Saya sendiri ada basikal dulu-dulu, rajin berangan kayuh basikal ke KL padahal depan compound rumah aje ^_^ Tapi saya pun tak reti bawa motor, kak ^_^

      Anak-anak cukup suka taman. Asyik nak ke taman aje. Tak sempat Mommy nak ngap tarik nafas dah ajak beriadah di taman!

      Delete
  4. Kalau abang dengan adek pandai bawa basikal sendiri lagi seronok tentu nya mereka MD.
    Budak2 ni memang suka main kat taman apatah lagi dgn mk ayah yang seharian bekerja .
    Akak dgn abang ni dah tinggal Iman sorang je yang kecik ,dah takdelah bawa ke taman lagi...Kalau abang /kakak dia dulu selalu lah juga.Skg ni kalau bawa Iman pun mungkin ada yang tanya jaga cucu ke....hihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Part yang jaga cucu tu memang nak gelak juga. Tapi nak buat macamana, dah kita kahwin lambat, anak-anak pun kecil lagi. Ada tu umur dah lanjut tapi masih dikurniakan anak, takkanlah nak reject rezeki Tuhan berikan, kan, kan!

      Anak-anak saya memang suka betul pergi taman. Mungkin budak-budak ni mereka rasa macam dapat freedom bila boleh berlarian dan bermain di taman.

      Delete
  5. Dah lama CH tak bawa anak ke taman..
    Lebih2 ke taman titiwangsa..
    Dah byk ada disitu ye MD..
    Boleh naik hely lagi..
    CH suka gak kalau ada peluang naik hely ni..😊😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira CH ni berani jugalah ya. Saya kalau kena pujuk, kena dukung dek suami pun belum tentu nak naik helikopter ni CH nak cuci mata tengok KL dari atas! Eh, seriau lak!

      Delete
  6. mommy bila pi ni.
    tak jumpa pon.

    entry sama plakk ari ni..
    tpi sy kayuh basikal.

    lps ni mommy sewa basikal lah.sejam baru 10hinggit..
    leh gak pecah lelemak yg ade tu.hiks

    bila la nk terserempak dgn mommy ni..
    nk juge bjmpa sblm kena kuar dr kota metropolitan ni..
    tak lama dh kt kl ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ni bukan dalam minggu yang sama kita ke sinilah, Ciksu! Berbeza minggu ni. Saya dah baca kisah Ciksu dalam blog tu, memang bukan masa yang samalah, Ciksu!

      Sama dah lama tak ke sini, sejak baru kahwin sampai la ni barulah first time kot. Banyak dah berbeza Tasik Titiwangsa ni. Dulu-dulu tinjau dalam kereta aje takdalah pulak nampak semua ni!

      Delete
  7. benda ni kalau main kat luar baru bebudak suka MD..kalau kita beli main kat rumah memang diaorang tak main..Ate bile nye nak diusung benda ni keluar rumah.???.nak main kat rumah takut kereta lalu lalang banyak bebenor....nak angkut bawak ke taman macam tak muat kereta je..sudahnya, tersadai je la kat dinding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebenarnya, kalau mereka punya, mereka tak berapa kisah sangat nak main. Tapi kalau bukan kepunyaan sendiri, memang sibuklah nak suruh kita membayar sebab teringin sangat nak main. Ini pun entah beberapa kali memujuk saya ke sini tapi suami malas pulak nak drive ke sini. Pergi taman yang dekat sikitlah, takdalah buang masa banyak sangat!

      Oh, sekarang ni memang tak boleh lepaskan anak main di luar sendirian. Takutkan! Takut kenderaan lain. Takut orang lain. Pendekata semua pun boleh buat kita takut!

      Delete
  8. untung la ada masa untuk beribadah dengan anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa yang sikit tulah nak dijadikan berkualiti buat keluarga especially suami dan anak-anak ~_^

      Delete
  9. Sekrg ni mmg Dah Ada mcm2 Kat tasik titiwangsa . last pergi dgn arwah bonda lebih 10thn dulu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lama tak jejak Taman Tasik Titiwangsa ni, Vee. Selalu jalan-jalan pergi makan aje. Kalau jenguk pun dari dalam kereta. Nak singgah memang tidak. Tak sangka macam-macam ada sekarang ni.

      Delete
  10. kat sini zmn2 dlu2 femes kan.. tmpat org berdating.. hehe

    samalah mcm fsya..g taman pom pakai cantik..sbb byk tmpat nk singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah kot. Zaman orang sibuk berdating, akak sibuk bershopping gamaknya sebab seingat akak, tak pernah pulak dating kat sini. Hahaha!

      Kena pakai cantik-cantik sebab pergi taman ni selalunya acara sampingan aje. Kalau betul-betul nak pergi taman aje, barulah pakai pakaian yang sesuai katanya konon ^_^

      Delete

Post a Comment