Train to Busan ~_^

Salam 20 Zulhijjah kawan-kawan!

Nampak gaya hari ni tak keluar lagi cerita pergi Perak ya. Entah bilalah nak keluarkan entri pun tak tahulah. Tahun depan ajelah ya ~_^


Hari ni tengok tajuk pun dah tahu I nak membebel tentang apakan. Kali ni memang tak lari dari tajuklah. Jangan bimbang Kak Saniah dan Dik Sal, tak akan ada 'Tipah tertipu' di penghujung cerita macam entri 'Kisah si Burung Hantu' tu ~_^

Dah tengok ke filem Korea, Train to Busan yang katanya pecah kaca, pecah gelas panggung ni? Train to Masjid Jamek tu tak pernah naiklah. Eh eh eh... takda relevan pulak nak buat joke ~_^


Alkisahnya, dah banyak kali I baca review filem Train to Busan ni makanya, dalam entri ni memang takda review mahu pun sinopsis jalan cerita ya. Malas nak memanjangkan patah perkataan dalam my entry.

Bila dah orang asyik kata best, best, best, makanya I pun menggelupurlah nak tengok juga. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, tetiba semalam dapat tengok di ruang tamu rumah aje ^_^

I ni kalau bab-bab zombie, end of the world, thriller, mahu pun horror tu memang suka betullah menonton. Teruja bukan main, macam orang mabuk bercinta kekdahnya (relevan tak perumpamaan ni? Eh, sukahatilah yerk!)

Janganlah suruh I tengok Sayangku Kapten Mukhriz, Si Kolot itu Suamiku, and blahblahblah, memang cepatlah berdengkur. Oppsss!

Hebatlah orang Korea boleh buat zombie mengalahkan Hollywood. Eh, janganlah compare dengan Zombie Kg. Pisang tu ya! Zombie dalam Train to Busan ni lagi nampak real.

Tapi nampaklah perbezaan zombie Hollywood dengan zombie Korea ni. Zombie Hollywood lurus bendul sikit, takda perasaan. Zombie Korea ni sebelum 100% jadi zombie, dia ada perasaan sikit. Bila dah 100% bertukar, ganas gila. Asyiklah nak mencekik orang jerk. Kalau pun nak tambah geng member, slow-slowlah sikit mencekik tu!

Aha, satu lagilah yang berbeza, zombie Korea ni badan siap boleh twisted ke seluruh arah, lepas tu tegak berdiri macam manusia normal. Kalau nak mati pun, mati gitu je kot. Takda pulak nampak kena cucuk kat kepala, barulah betul-betul mati macam zombie dalam Walking Dead tu!

Kiranya zombie Korea ni senang sikitlah nak mati berbanding dengan zombie Hollywood yang sikit punya liat tu. Selagi tak aim betul-betul, memang kerja hidup balik jerk zombie ni tau!

Paling epik sekali, mana pernah korang tengok cerita zombie boleh timbul perasaan sedih, pilu sampai nak mengalir air mata?

Aha, itulah penangan cerita Korea ya! Walaupun mengharapkan alihbahasa 100%, feeling sedih pelakonnya tu boleh terus meresap dalam jiwa kalbu penonton. Dapat pulak penonton yang beremosi macam I ni, haruslah lepas menonton, bercucuran air mata hiba ^_^

Oh, adegan sedih tu tak banyak mana sebenarnya sampai buat teresak-esak kesedihan. Sempat bergenang aje, belum lebat basah menuruni pipi katanya. Yalahkan, bila menyentuh bab bapa dengan anak, of courselah dan-dan tu juga terus emosi terganggu!

Eh, cukuplah ya kisah zombie untuk hari ni! Kalau cerita panjang lebar pun bukan genre you all kan. You all memang suka kisah adaptasi novel cinta. Hahaha!

Malam ni nak juga tengok siri drama terbaru Korea, 'On the way to airport'. Kata Kang Tony (Fernandez), heroinnya pakai uniform Air Asia ~_^

Hah, ni dia rupa heroinnya, Kim Ha Neul *_*









Comments

  1. baca laju-laju takut spoiler..haha.so, kalau akak MD tipu pun saya tak perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak buat pun jalan cerita. Jangan bimbang ^_^ Akak nak borak pasal zombie jerk ~_^

      Bestlah juga cerita ni, Sal. Bolehlah laju-laju pergi tengok!

      Delete
  2. Hahahah. Train to Masjid Jamek tu Nani selalu naik hokeh tapi tak pernah kena lagi lah berjalan atas landasan dia tu. EHHH :P Alaaa tak pernah sempat lagi nak tengok Train to Busan ni, busy memanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yang memahami aje akan faham jalan cerita Train to Masjid Jamek tu, Nani. Tapi 'zombie' dalam Train to Masjid Jamek, bagus lagi. Jalan beratur atas track ^_^ Hahaha!

      Bolehlah tengok cerita ni kalau minat part-part zombie ni. Akak memang minatlah tapi tak boleh gak nak rate filem ni, nak beri berapa bintang ^_^

      Delete
  3. ramai kata best citer ni... Tapi belum lagi tahap menggelupur nak tengok.. hahaha, bz weh (tp blogwalking boleh pulak).. tgk2 la lepas ni kot2 ada masa nak layan...

    Dah lama tak layan citer korea.... takut tau sebab bila dah mula layan, mula la kena demam korea... asyik nak tgk citer korea jer....

    Yg best citer korea ni, pelakon dia pandai sgt mainkan watak kan? Kagum sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, Nur kita ni. Katanya busy memanjang tapi celah-belum sempat lagi berblogging. Hahaha!

      Eh, jangan tunggu menggelupur baru nak tengok! Nanti zombie dah terlepas bebas kat KL pulak ^_^ Okeylah, hebat jugalah zombie orang Korea ni. Takdalah memalukan kalau nak join together-gether dengan zombie Walking Dead.

      Aha, cerita Korea memang macam ni! Kalau sekali tengok, macam kena glue depan TV!

      Delete
  4. CH dah lama tak layan movie...
    Sebab nanti movie yg layan CH tido hahaha..
    Nak tengok berita pun susah CH ni..
    Dah baca surat khabar pun tidak..
    En suami kata bom jatuh depan mata pun tak tahu cerita huhuhu..
    Tak pa lah CH layan movie dlm mimpi je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH layan rancangan masakan ajekan? Sebab itulah makin menjadi-jadi pakar masak ni. Saya ni masih lagilah layan movie, CH. Maklumlah perasan muda sangat lagi ^_^ Tapi meningkat usia ni, cerita cinta saya tak minatlah. Genre dah berubah katanya, yang lebih serius lagi ^_^ Zombie pun kira serius jugalah. Kalau dah menyerang, kena jenuh berfikir nak menyelamatkan diri! Hahaha!

      Kalau dah gitu katanya, letak bom bawah bantal pun dia tak perasan juga bom tu berdetik nak meletup. Kahkahkah!

      Delete
  5. Akak tau MD tak tipu ...seronok pulak baca celoteh MD pasal train to Busan ni....kira jiwa sensitif lh ni ya sampai bergenang airmata.
    Akak kadang tumpang juga tengok cerita2 korea sama anak2 dara akak tapi biasanya baru 15 minit akak dh hanyut :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak tak minat zombie, memang tak payahlah tengok filem ni, kak. Buang masa aje. Kalau minat tu lainlah, memang patut tengok pun sebab zombie orang Korea ni bolehlah dibanggakan juga, setanding dengan zombie omputih ^_^

      Drama Korea ni kalau kita dah tengok satu episod, memang nangis-nangislah nak mengikut lepas satu, satu episod sampailah tamat cerita! Macam addicted pulak!

      Delete
  6. I peminat cerita triller or horror.
    Haruslah i tgok cite ni...
    Tp bengang betul...i tertipu..
    I bolh nangis bila pak dia berkorban utk ank dia tu...
    Benci2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kapal lah kita ni, PB. I pun minat dua-dua genre tu. Tapi sekarang ni horror dah kurangkan keseramannya dalam filem! Ni mesti sebab banyak sangat hantu keluar TV sampai kita pun dah tak terasa seram lagi!

      Sedihkan bila dia terpaksa lepaskan anaknya pergi. Masa tu tetiba terasa macam kita pulak di tempatnya, berlakon watak utama tu. Itu yang feeling habis sampai bergenang air mata!

      Delete
  7. dah tak naik train to masjid jamek tu. everytime ride macam sardin.. >,<
    review mummy pasal filem ni buat saya jadi makin tak sabar nak tengok.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tak naik train kat KL ni, Gee. Teringin juga nak bawa anak-anak merasa naik train. Janganlah ada kisah macam dalam 'Train to Masjid Jamek' tu ya. Memang naya ^_^

      Kena tengoklah Gee kalau minat ngan zombie. Not bad tau zombie Korea. Boleh buat jatuh cinta pulak. Hahaha!

      Delete
    2. Dengan lambakan PATI & warga asing kat Malaysia ni, tak mustahil boleh berlaku kisah 'Train to Masjid Jamek'. Kan MD.. Jeng jeng jeng..

      Saya bukan peminat genre filem ni, tapi sebab saya memang dah fall in love dengan Gong Yoo (apparently dia hero drama Coffee Prince tu... waduhhh..) Maka haruslah saya download filem ni nanti.

      Download ye. Free je. Hohoho.

      Delete
    3. Oh, peminat Gong Yoo rupanya! Ingatkan minat kat zombies yang melanda Korea dalam filem tu ^_^ Okeylah, ada sedih juga dalam hati bila tengok Gong Yoo berlakon jadi bapak!

      Errr... kita tak download tau. Ada orang tolong downloadkan. Tak samakan maknanya. Hahaha!

      Delete
  8. terima kasih lah sebab menambah lagi rasa menggelupur nak pergi tengok kat panggung, tak sabar nak tengok zombie yang boleh pusing-pusing semua arah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cepat-cepat pergi tengok Eray, jangan sampai menggelupur macam zombie pulak nanti. Kahkahkah!

      Delete
  9. Wuit....bawak bawaklah nengok blog...hari dah tinggi ni weyh....

    Cepatlah sambung cite ke Seri Iskandar tu nak tengok gambo pengantinlah weyh.
    Semalam mak layan cite ni. Tu pun sebab terlanjur nampak link dalam entri Lady Pink kalau tak silap....Mcm mengarut jer, semua digigitnya jadi Zombi. Masuk Tunnel je jadi buta haha....kelako sungguh....

    Lum tengok sampai habis lagi. nanti nantilah sambung balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak, kalau takda gambar, blog cuma akan bersiaran pada sebelah petang ^_^ Mak datanglah bergossip petang-petang nanti. Mak ni, tak sabar-sabar tau nak bergosip!

      Orang dah kata takda gambar pengantin ler. Dalam DSLR anak saudara dan handphone adik beradik lain adalah kotnya. Kak Ton tak ambil gambar di rumah pengantin, maklumlah Kak Ton jaga penampilan. Hahaha!

      Mak ni mesti tak minat zombie-zombie ni. Mak minat anak-anak hikan ajekan ^_^ Mak mesti tak pernah miss drama pukul 7 malam tu ~_^ Aha, Kak Ton tau dah! Sebab itulah Mak rasa boringkan. Zombie memanglah kerjanya mencekik, menggigit orang jerk Mak. Depa nak tambah umat katanya! Mak kena tengok zombie omputih dulu, barulah Mak boleh rasa terpegun dengan zombie Korea ^_^

      Eleh, lebih baik Mak tidur atas sofa daripada sambung tengok. Kak Ton bukan apa, cuma takut Mak kena gigit zombie lak dalam mimpi kisah cinta Mak tu ~_^

      Delete
  10. Dah tengok sampai 2kali citer ni MD.. part2 nak last tu memang menyentuh jiwa..part anak & bapa...uwaaaa... dah lama sy tak tgk movie, tapi Train to Busan ni berjaya memujuk diri ku utk tgk... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Best pulak tengok zombie ni ^_^ Okeylah cerita ni. Bolehlah menonton kalau rindu pada Walking Dead.

      Saya pun lama tak tengok movie di panggung, Atie. Selalu menonton di rumah aje. Genre pilihan anak beranak tak sama selalunya ^_^

      Delete
  11. Teringin nak tengok tapi tunggu jelah adik iolssss download so boleh tengok kat TV, malas nak tengok kat panggung sebab kebanyakkan penonton huru-hara..! Iolsss selalu tengok zombie kampung pisang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalau tengok kat panggung memang huru-haralah lebih-lebih lagi penonton yang takut pada zombie ^_^ Mesti kerja menjerit jerk!

      Tengok kat rumah aman sikit suasana. Nak jerit ke, nak marah zombie ke, nak masuk bawah selimut ke, semua pun boleh!

      Delete
  12. Ramai sgt yg kata citer ni best..sejak anak tiga ni sibuklah..mana sempat dok depan tv 2 3 jam habiskan 1 filem.huhuhu..

    Lg cerita korea tak pernah ambik tau..siapa ni heroin ni..tak kenal pun.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak dah besar pun saya tak sempat lagi nak masuk panggung, PK. Ini pun sebab anak saudara yang dah download, so kita tumpang tengok ajelah di rumah ^_^

      Hahaha...cerita Korea ni kalau ambil tau, terbiar anak-anak kecil nanti! Lebih baik tak ambil tau ya!

      Delete
  13. dah tgk jugak...
    citer ni xdelah takut,,, cuma suspend je..
    tp endinglah sedih... y tgh2 cerita tu..ok lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suspense jugalahkan sampaikan kita pun terbayang-bayang kalaulah kita yang berada dalam train tu, macamana agaknya ya ^_^

      Hah, bab ending tu akak setuju. Memang tak boleh tahan rasa nak meleleh juga!

      Delete
  14. MD oh MD...ni saya dtg ni.

    saya jarang dapat tengok movie skrg ni. lepas dah pegang title puan, menonton filem terus jatuh menjunam ke tangga bawah sekali. mmg tak ambil port lah senang cerita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sampai juga hah ke KL ya, KB ~_^

      Risau juga kenapalah sibuk sangat sekarang ni dengan bos baru? Bukan apa, dah banyak terjadi dan terbukti. Kalau kata sibuk lepas tu menyepi lama-lama, lepas tu asyik tak sedap badanlah, lesulah, muntah-muntahlah, itu memang kena 'buatan orang' tau tak, KB ^_^

      Hope kome sihatlah ya, sibuk melayan kerenah bos aje yerk ^_^

      Eh, tadi nak reply komen lain sebenarnya, boleh lain benda pulak yang tertaip ^_^

      Delete
  15. aida lom tgk !!!
    wajib ler mr.asben aida donlod ni kan.
    mcm best aje.
    tgk plak dgn ijat ~ confirm ler ijat dok belakang kerusi lagi.
    ada jombi, ijat memang takut jombi :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, Ijat mesti terkujat takut tau. Jombi ni gigit orang aje kerjanya. Asal nampak manusia, berebut-rebut nak menggigit katanya. Jombi ni bijak sikit daripada counterpartnya dalam Walking Dead ^_^

      Delete

Post a Comment