Berceloteh asal boleh aje ~_^

Salam 9 Muharram kawan-kawan!

Hari ni tak tahulah nak update tentang apa dek kerana gambar semua tak transfer dan watermark. Maklumlah zaman 'alaf baru' di pejabat ni tak boleh lagi transfer gambar ke komputer. Mahu kena hempuk nanti ~_^

So, bila takda gambar, macamana nak bercerita? 

Dua hari duduk di rumah, liat betul nak buka komputer. Malaslah dah 5 hari depan komputer nak sambung lagi kat rumah duduk tercanguk depan komputerkan... Lagipun kalau di rumah, berebut-rebut anak beranak nak guna pc! Seorang nak buat kerja, seorang nak main game, seorang lagi nak tengok back-to-back drama Korea ^_^ 

Eh, macamlah selalu sangat entri si MD ni penuh gambar warna-warnikan. Biasanya memang takda gambar, berceloteh aje sampai semput orang membaca! Sajalah tu, kalau dah malas, macam-macam alasan nak beri. Adat manusia ~_^

-----------------------------------------------------

Rupa-rupanya ada kawasan yang tak 'berair' ya. Kawasan you all ada yang terlibat ke?

Syoknya lama tak mandi ^_^ Dah macam rasa duduk negara omputih 4 musim pulak. Ni tengah musim sejuklah yerk ^_^

Mujurlah my area takda pulak timbul masalah takda air ni. Minta dijauhkanlah! Tak sanggup rasanya nak meng-sadokan tangan dok angkat air. Tiba-tiba igauan ngeri beberapa tahun sudah kembali menerjah akal fikiran ^_^ Oh, tidak...

Tapikan, bila bercakap tentang takda air ni, I selalu aje terkena  tau. Dek kerana fobia teramat, memang I simpanlah segala tong air pelbagai saiz. Sepanjang masa memang I simpan air. Bila agak cuak dengan nyamuk gatal, I pun gunalah air tu buat mandi, buat basuh pakaian dan isi yang baru. Selalu juga I dipsiko oleh my sister suruh buang segala tong yang ada sebab kemarau air nampak gaya macam dah lama berlalu.

And, and, and, bila I ambil keputusan aje nak buang segala bekas dan air yang disimpan, masa itulah tetiba pili tak berair! Oh, ngeri tau! Manalah I tak fobia! I ni pulak kalau air takda, memang tak lena tidur menanti pili menitik. Sakan perasaan teruja nak lompat katil menadah air sepenuh-penuhnya! Tak tidur pun takpa, janji tak kena angkut air!

By the way, ni nak habaq kat kawan-kawan semua! I ni tak pernah lagi pergi kedai dobi mendobi tau! So, I memang tersangat seganlah kalau nak pergi mendobi sebab I tak tahu langkah demi langkah ~_^ Puaslah I dok tanya kat my anak-anak saudara yang dah berkeluarga tu camna nak mendobi di kedai dobi, maklumlah depa ni rajin pergi kalau pakaian dah lebih sebakul. Aunty depa pulak lagi rajin membasuh pakaian di rumah berbakul-bakul. Hobi gamaknya membasuh, menjemur dan melipat pakaian ^_^

Semalam aje tiga bakul I mendobi pakaian. Tengok cuaca begitu indah sekali, sayang pulak kalau tak basuh pakaian. Nak menangis jugalah masa melipat pakaian tiga bakul. Nak menggosok lagi sebelah malamnya. Memang kasihan sungguh 'si bibik' di rumah I ni ^_^ (Eh, bibik tu I lah! Pura-pura rasa simpati sikit ya...)

Setakat ni memang belum berpeluanglah nak ke kedai dobi mencuba ^_^ Masa balik raya puasa tempohari, masing-masing berlumba angkut pakaian ke kedai dobi dan I pulak berlumba-lumba menggunakan mesin basuh dan ampaian di rumah Chik. I tak berlumba berebut mesin dan ampaian dengan my adik-beradik tapi dengan masa! Asal nampak cuaca cantik cun melencun aje, I pun apalagi, suruh anak-anak dan suami tukar pakaian yang dipakai dan terus angkut pakaian nak membasuh ^_^ Chik pun takda peluang langsung tengok mesin basuh dan ampaian di rumahnya kosong ^_^

Eh, eh, eh! Melarat-larat pulak ceritanya ya! Tadi katanya tak tahu nak cerita apa. Daripada tak tahu, dah satu bab 'novel' dikerjakannya ^_^ 

Kasihan alahai kawan-kawan semua ya! Baca sampai tertelan-telan air liur tapi sampai ke sudah tak jumpa motif MD ni menulis hari ni. 

I janji next time tak buat entri macam ni lagi ~_^








Comments

  1. pesen Mak saya..tak suka gi dobi. puas kot bagi dia basuh sendiri, lagi-lagi kalau panas berdenting macam sekarang. tong-tong air jangan dibuang kak wei..ada guna nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak bukan tak suka pergi dobi tapi tak pernah lagi mencuba. Tapi memang tau Sal kalau cuaca cantik, rugi rasanya tak membasuh pakaian. Akak ni kalau nampak cuaca cantik aje, jenuh mencari apa lagi yang boleh basuh! Hahaha!

      Hah, tulah, baru hujung minggu buang air dalam bekas tetiba katanya banyak gak tempat yang takda air. I is seriau dah dibuatnya...

      Delete
  2. dekat rumah ada satu bakul lagi tak lipat. nak lipat kena tunggu adli tidur kalau tak dia tolong melipat sama. riuh je ngan dak adli tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak suruh saya tolong lipatkan ke? Anytime boleh aje ^_^

      Anak bujang saya yang kecil tu pun rajin alahai tolong lipat pakaian. Kalau dia takda apa nak buat, mesti nak tolong lipat pakaian sendiri. Janganlah berani buka balik, mahu merajuk nanti!

      Delete
  3. Sajalah tu kan nak perli mak..... Nasiblah hari ni air dah ada. Lega sangat weyh. Tapi standby jugaklah 3 baldi depan sinki dapur....Sebab katanya nak main celup celup ba pulak air ni, 2 hari ada, 2 hari tak de.... Haih....harapnya tidaklah hendaknya.

    La...tak tau guna dobi self service rupanya haha....Tapi mmg le kalau tak pernah guna, nak mula guna tu mmg gabrah. Tambah lagi kalau ramai orang. Kak Ton kalau nak try first time gi tengah malam tau. Kang buat malu orang Johor pulak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mana ada! Takda terniat pun nak memperli Mak tau! Kita cuma rasa simpati aje sebab Mak tak dapat bermewah-mewah main air sambil mandi-manda ala-ala puteri raja ^_^

      Err, masa angkat air dari lori air tu Mak tak selfie ke? Teringin juga Kak Ton nak tengok gambar Mak selfie sambil angkat air ^_^

      Shhhh! Jangan gelak kuat-kuat! Habis kang satu alam maya ni orang tahu Kak Ton tak pernah pergi mendobi berbayar katanya!

      Eh... tapi bukankah itu maknanya Kak Ton ni 'perajin' orangnya Mak? I is confusedlah kenapa nak malu pulak!

      Delete
  4. Kakak expert guna mesin kedai dobi sejak anak dara kecik kakak duduk asrama sana sebab selalu tak ada air. Tiap minggu pergi jenguk dia terus ke kedai dobi. Manjang tak ada air di sana MD - kesian bebudak.

    Pada kakak jgn buang tong air semua tu. Mana tahu tak ada air kan senang dan ada simpanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab makan ruang, kak. Rumah pun tak besar mana atas langit nun ^_^

      Selalunya bila kemarau air aje, bergolot-golotlah saya mencari container baik kecil mahu pun besar. Bila dah lama takda kemarau air, mulalah terfikir nak kosongkan ruang! Tapi bila saya buang aje, mulalah air start tak keluar kat pili tu! Stress sangat!

      Delete
  5. Kat kawasan rumah kita pun tak de air hari Sabtu lepas tapi alhamdullillah cepat plak dtg nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke? Banyak tempat jugalah kiranya yang takda air ya? Awak kat Selangor yerk? Kawan-kawan saya di Selangor yang banyak kata ada masalah air. Maybe dek kerana pencemaran empangan tu kot.

      Janganlah takda air kat tempat saya, mahu nak menangis rasanya! Dahlah sawan membasuh memang hebat! Tak basuh sehari rasa stress ya amat tengok pakaian dalam laundry basket tu!

      Delete
  6. Kain tak berbasuh dalam bakul dah bertimbun ni... nak cari kedai dobi, kedai dobi pun tutup sebab tak ada air... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan Kakcik pun kena juga ya. Itu dah dekat juga dengan saya ni, Kakcik. Hai, seriau pulak rasanya...

      Balik ni nak tadah air semulalah. Minta-minta sempatlah! Takut sampai rumah pili dah kering. Huaaaaah!

      Delete
  7. CH pergi mendobi masa musim hujan itu hari..
    Tu pun pergi kering kan aje..
    Basuh kat rumah siap2..
    Pastu gi keringkan..
    Macam best pulak..
    Balik tu terus lipat..
    Sebab panas lagi..
    Jadi tak ada lah baju berlonggok dlm bakul utk dilipat 😆😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah juga gatal mulut nak beli mesin pengering tapi kat Malaysia ni cuaca panas sepanjang tahun. Sajalah tukan menggatal lebih ^_^ Memanglah tak dapat kekdahnya...

      Eh, macam best pulak pengalaman mendobi di luar rumah ni, CH. Patut ke saya turut serta? Saya sehari memang paling kurang sebakul pakaian kotor. Tiap malam nangis-nangis melipat pakaian tau!

      Delete
  8. Eh saya pun tak pernah pergi ke kedai dobi layan diri tu. Nak menggunakannya pun, tentulah belum tahu lagi bagaimana. Maklumlah, kawasan kampung ni sentiasa ada air.
    Belum pernah lah lagi mengangkut air berbaldi-baldi gitu...hihi
    Kalau kejadian takde air ni menimpa diri, mahu teriak 24jam agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah kome tak pernah dilanda kemarau air ^_^ Kat KL ni selalu gaklah bila dah sampai masa, memang sadolah tangan menunggu air ehsan!

      Siksa KB kalau takda air. Fobia tau jadinya. Boleh masuk dalam mimpi jadi mimpi ngeri. Macam kena kejar ngan hantu aje dalam mimpi tau!

      Delete
  9. MD kalau dah sekali pergi mendobi mau nya ketagih pulak nanti...sebab kerja senang balik tinggal lipat je.Tapi tak pelah MD kan hobi membasuh ,basuh je lah kat rumah.
    Ada masalah air ke kat sana MD.Kesiannya...anak akak Fateha haritu kata takde air kat U sampai mandi air mineral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah yang takutnya. Takut terover rajin pulak nak mendobi sesaja. Pakaian kotor di rumah tiap hari pun maintain sebakul penuh. Jenuhlah kalau hari-hari nak dating ngan kedai dobi, kak ^_^ Basuh sendirilah lagi afdal!

      Memang ada di sesetengah kawasan tapi tempat saya takda pulak. Harapnya takdalah terus masalah ni. Fobia kak, fobia kalau takda air nih!

      Delete
  10. Dulu masa ank sorang, rajin juga buka laptop kat rumah..
    Skg ni kalau takde hal kerja dan hal penting, mmg tak buka la.. kdg tu, bwk balik sbb konon2 nk buat kerja, tapi sampai ke sudah x buat pun, nk update blog jauh sekali.. hihi..
    Ira pun tak pernah pegi mendobi di kedai dobi.. masa membasuh ok lagi, nk melipat tu la yg malas tu.. tp bila tgk masing2 cari baju mcm cari harta karun di kubu perang, lipat juga la.. hihi.. tp kalau mood or masa xde nk lipat tu, ira siap2 carikan stokin en suami, anak tudung si kakak, letak setempat.. supaya kubu perang x musnah & berselerak.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan kalau di rumah lagilah banyak masa terluang, boleh buat anything, anytime. Tapi tau ajelah kalau dah di rumah, mana pernah habis kerja yang adakan. Tak macam di pejabat. Ada time break ^_^ Saya kalau di rumah memang langsung tak sentuh laptop ke, pc ke. Telefon tu pun sbb nak main game jerk yang dok tengok. Ada masa nak baca WA yang masuk. Most of the time, memang malas nak beralam maya katanya...

      Hahaha! Adatlah tu. Saya memang tak tahan bila tengok ada kubu. Asal kubu naik aje, saya 'robohkan'. Penat memang penat tapi nak buat macamana...

      Delete
  11. Kat kawasan saya nih inshaAllah masalah air tuh tak serius. Bila tak bayar bil, baru air takde sebab kena potong. Hehe.. Saya cuma takut banjir je, maklumlah sekarang dah dekat sangat dgn musim tengkujuh. Rumah pulak dekat dengan laut. Alahai, seriau..

    Dalam sebulan ni, semua baju saya angkut pergi dobi. Siap keringkan sekali. Sebab washing machine kat rumah nih rosak. Nak repair ongkosnya alahai. Lebih kurang sama harga dengan mesin baru. Nak beli baru pula, duit takde. Huhu. ~_~

    Takpelah nak merepek apa pun tak kisah MD. Blog kita, hidup kita, tulisan kita. Orang nak baca atau tidak, terpulanglah kan. Asal dapat lepas gian menulis, itu dah cukup. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan Gee. Banyak air, susah. Kurang air, pun susah juga. Memang ada masalah air di area Selangor dan KL yang bersempadan rasanya. Kalau tak silap ada empangan yang tercemar tapi biasalah tu, main pin point sana-sini, kitalah yang jadi mangsa. Macam kawan pejabat saya ni, sejak hari Jumaat hingga hari ni takda air. Langsung takda rotation. Kita bekerjakan, nak harap bekalan air dari lori depa datang time orang kerja atau baru balik kerja atau hampir tengah malam. Saya dah susah hati ni bila dengar kawasan sekitar saya masing-masing ada masalah air!

      Oh, ya ke? Kasihan alahai. Tapi bagus juga basuh di kedai dobi. Takdalah penat sangat. Kena melipat ajelah. Kalau ada mesin untuk melipat pakaian, saya rasa memang famouslah! Ramai pengguna. Rata-rata yang saya tahu memang tak suka melipat pakaian. Saya aje spesies terhad. Hahaha!

      Saya ni cakap ajelah tapi dah katanya suka merepek, kalau tak menulis satu hari (bila berkesempatan) memang terasa janggal sekali gitu ~_^

      Tahan ajelah ya kalau datang membaca tak sengaja ^_^

      Delete
  12. kesian dengar tempat yang takde air tu. sebab apa ya? mujurlah tempat saya ada je airnya. kami di gombak guna dam batu rasanya jarang terjejas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap empangan tercemar. Tapi mostly kat area Selangor atau yang bersempadan. Area saya takda pulak kena tapi kawasan bersebelahan ada pulak dalam catuan air tu. Seramlah saya, takut betul kalau takda air ni. Risau!

      Delete
  13. alhamdulillah kat kawasan rumah saya ni takde masalah air. bertabahlah orang yang menghadapinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang fobialah kalau pili tak berair. Saya sendiri memang seriau betul. Susah kehidupan kalau takda air ni. Biasalahkan manusia, dah terbiasa dengan kemudahan yang diberi kalau tetiba kena tarik, mengaduhnya lebih ^_^

      Delete
  14. huhu..tak de letrik blh tahan..xde air..apa pom tak boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lya. Kalau takda air, memang nak pengsan rasanya. Semua kerja tergendala. Biarlah bergelap takda elektrik, asalkan jangan takda air!

      Delete
  15. baru aje lps dok brbncang laki bini.
    si laki tak mo bawa segala mak nenek tong tong air yg dibeli. katanya nanti tempat baru xda masalah air.
    cik bini plak nk bawa.

    mslah air ni x blh dijangka. buatnya xda dh satu hal nk kene mmbli bru..
    ahahahhahaaaa. mmg ngeri kalau ingt kes xda air ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya di tempat baru nanti takdalah masalah air takda ya, Ciksu. Jangan-jangan air melambak-lambak, hari-hari boleh piknik tepi pantai. Hahaha!

      Delete

Post a Comment