JJCM : Warong Bistro ^_^

Salam 5 Muharram kawan-kawan!

Okey, kali ni marilah kita JJCM lagi! Tapi minta maaflah ya, nama aje JJCM tapi dah namanya review tak berbayar, jangan haraplah macam pro ya ^_^

Kami ke sini atas suggestion Kak Saniah Ibrahim. Kata Kak Saniah, tuan empunya restoran ni kawan lamanya. Maka, lepas tau tu kita google ajelah  terlanjur dekat juga dengan rumah...

Kebetulan jumpa review oleh KakJee, so baca dan baca sampailah teringin nak pergi juga! Kebetulan hujung minggu lepas nak balik ke kampung. Suggestlah kat HD kali ni tak payah singgah RnR tapi kita breakfast siap-siap di Warong Bistro, barulah gerak pulang ke kampung. Dah katanya buka pukul 7 pagi. Dan dah katanya suka sangat start travelling awal pagi, lagi afdal selepas Subuh tamat sebelum naik matahari ^_^ Sesuai sangatlah tempat nih...

Maka instead of ikut jalan mudah nak ke Sg Besi Highway, kita sukarkan sikit perjalanan menuju ke Bukit Cheras...

Sumber gambar dari sini
Nah, ini alamatnya! Beri siap-siap dulu kalau ada yang teringin nak merasa makan makanan Melayu dan western yang sedap ya!


Warong Bistro
Jalan 11/144a, Taman Bukit Cheras
56000 Kuala Lumpur
Waktu operasi : 7 pagi - 4 petang

Ni nak beritahu ya Kak Saniah... 

Bukan sekali aje kami singgah. Dua kali ya kak dalam masa tiga hari ^_^

Kali pertama untuk bersarapan sebelum balik ke Batu Pahat dan kali kedua pulak untuk makan tengahari selepas pulang dari Batu Pahat ^_^

Apa yang bestnya kat sini? 

Since you all tanya, I jawablah ek ~_^

Dari pagi lagi macam-macam makanan ada ya. Ada western food seperti mashed potato, french fries, sup cendawan dan pelbagai spaghetti dan ada makanan Melayu seperti nasi lemak, bubur, bihun goreng, mi goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi. Kuih-muih pun ada!

Untuk sebelah tengahari pulak, lagi banyak pilihan yang ada sampai tak tahulah nak senaraikan apa ke bendanya! Banyak sangat sampai tak terhafal dek kepala ^_^ Yang ingat-ingat lupa gitu ada masak lemak daging salai, lala masak lemak, beraneka hidangan sayur, gulai kawah, ayam goreng berempah, dan ohhhhh... banyaklah lagi!



Yang ini I ambil dari Pakcik Googlelah sebab masa datang ke sini tiba-tiba I bertukar jadi perempuan Melayu terakhir yang penuh adab sopan dan budi pekerti mulia. So takdalah terjongket sana-sini dok nak snap gambar!


Sumber dari sini
Dan ini pulak yang dimakan oleh si empunya blog dan keluarga ~_^




Yang ini untuk makan tengahari ya ^_^ dan di bawah ni pulak ketika kami datang bersarapan...





Psstt... Gegar bukan sebab tak sedap tapi hati malu-malu nak snap gambar di pagi hari katanya... ~_^

Dari segi harga, murahlah juga ya. Kali pertama bersarapan lima orang di sini cuma lebih kurang RM30. Kali kedua pulak bila makan tengahari untuk lima orang juga tak sampai pun RM50. Memang berbaloilah kalau nak mencuba!

Dari segi rasa, boleh tahan sedapnya. Cuma ketika bersarapan di sini, Ngah yang makan nasi lemak komplen kata sambalnya ada terasa sedikit manis. Kami dua beradik ni memang jenis mulut celupar tahan pedas, so kalau memilih makan pun hendak yang pedas-pedas belaka sampai memijar rasa ^_^ 

Ketika makan tengahari, memang not badlah, sedap boleh tahan ^_^ 

Cuma satu ajelah nak kata, dek kerana pilihan terlalu banyak I rasa makanan semua disediakan tersangat awal dan menyebabkan sedikit sejuk. Seawal 7 pagi kami sampai sini, makanan dah sejuk... 

Kalaulah aje makanannya masih panas (di awal pagi macam tu) oh alahai, tak tahu nak kata! Mungkin hari-hari kami akan datang ke sini!

Tapi no worries ... I jamin memang akan singgah makan lagi di sini ~_^

Oh, yes! Mengikut 'kajian yang telah dijalankan' tuan empunya ni asalnya dari Rengit, Johor ~_^

Orang Johor, lai-lai-lai, marilah singgah jap kat sini yerk, support Bangsa Johor katanya (kahkahkah) ^_^

Comments

  1. Paling gemar ke restoran yg hidangkan pelbagai lauk pauk. Puas hati nak pilih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak betul pilihan lauk-pauk kat sini, sampai rambang mata tak tahu nak cuba mana dulu. Itu yang kena datang sekali lagi!

      Delete
  2. orang johor..makan kot johor jela..hehe..tunggu kami jalan2 ke sana..kot la dapat singgah warong bistro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini untuk orang Johor yang berkelana atau pun yang lupa kampung halaman (macam saya) yang teringin nak makan masakan orang Johor gitu. Hahaha!

      Singgah-singgahlah ke sini, memang tak mengecewakan ^_^

      Eh, promosi percuma pulak dah!

      Delete
  3. Wah MD dah sampai kat warung bistro ya...jumpa tak boss kedai tu?.Lain kali kalau datang intai2 lah,kenal kan diri kawan maya akak ,ok juga :-) manalah tau kot2 dapat free...hihiii.
    Makanan tu katanya kebanyakan di warisi dari keluarga .Banyak kan masakan jawa.Kalau tak silap anak dia pun membuka perniagaan bakery .
    Ok MD apa yang tak memuaskan akan akak sampaikan...Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sampai dah, kak! Sejak akak promote suruh try, saya dah save dalam memo di handphone alamat ^_^ Dekat juga dengan rumah saya nih, memang boleh datang lagi dan lagi!

      Saya 'glue' juga gambar tuan empunya dalam kepala tapi bila sampai tu rasa macam kawan akak rasa macam bukan, tak berapa pasti pulak. Seganlah nak tanya! Dapat makan free lagilah segan!

      Makanan memang banyak sungguh, kak. Makan tengahari pun sedap tapi sebab lauk-pauk tu banyak, mungkin persediaannya sangat awalkan. Itu yang cepat sejuk.

      Bab yang makan pagi tu, kakak saya tu kalau nak sarapan memang nak 'membantai' nasi lemaklah, selera orang Melayu. Saya orang Itali (kahkahkah) so tak kisah apa pun saya makan. Cuma tekak kami ni memang teka cili padi, so kalau makanan manis sikit memang kami tak berapa suka ler. Lain-lain menu sarapan saya rasa okey jerk!

      Selesai tugas ya kak ^_^ Lain kali kalau pergi lagi, saya upload dalam instagram jerlah.

      Eh, instag takda ler... ~_^

      Delete
  4. Wuiiii
    Bukit Cheras ni kat area Alam Damaikan Kak Ton.... Dekat area yang ada western tepi jalan tu, betul tak Kak Ton....
    Nak try jugaklah nanti. Lauk pauk macam banyak je tu. Macam best je tu Memanglah kita tak ambik semua lauk, tapi bila banyak pilihan mcm best pulak hihi....Nampak nau pelahap hihi...

    Sambal manis mak no hal sebab mak pun suka yg ada rasa manis manis ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit Cheras ni kat area Cheras Sentral ler, ala Plaza Phoenix dulu tu. Nearby nearby Len Seng semualah Mak. Dekat gak ngan Alam Damai. Kalau dari tempat Mak tu takdalah jauh mana pun! Mak pergilah try kat sini, kawan Kak Saniah ni katanya!

      MakJilapkan suka makan ulam-ulaman dan sayur-sayuran sebab nak awet muda supaya senang nak selfie, memang sesuailah datang ke sini, Mak!

      Tapi Mak jangan lupa roger Kak Ton tau bila nak pergi. Time Mak pergi, Kak Ton tak pergilah. Nanti lecehlah Mak ajak selfie sesama depan kedai ^_^

      Kak Ton terlupa rasa sambal belacan pulak. Patutnya kena makan spaghetti letak sambal belacan. Barulah ada feeling Itali celup gitu ^_^

      Delete
    2. Kalau cenggini punya dekat mak pergi sorang sorang pun lepas ni hihi....Weyh Kak Ton... ni suruh suruh roger ni rupanya takut terserempaklah ek.... hish baik senyap senyap aje. Nasib baik boleh terserempak hihi.... Kak Ton kita kena pergi sekali, senang sikit nak mintak discount dengan tokey hihi

      Delete
    3. Aha, faham pun! Bukan apa, Kak Ton taknaklah kita berdua conquer berbual hiruk pikuk sambil suami masing-masing menjeling dengan rasa geram di dada, bini masing-masing tak ingat anak-anak dan suami! Asyik meroyan aje bergelak sakan sambil makan tak ingat duniakan! Sebab itu Kak Ton suruh roger, kalau Mak pergi ngan PakJilap, Kak Ton tak payahlah pergi dengan HD. Tuan kedai pun risau tengok keramahan kita berdua nanti ^_^

      Delete
  5. rambang mata tengok..macam kak MD n family suka breakfast heavy ok lah kan..makan sekali kenyang sampai petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal, ada aje bubur, kentang putar, wedges semua tu, Sal. Kalau Sal yang kecil ni, makan bubur aje cukuplah. Hehehe...

      Akak biasanya kalau dah JJCM memang sekali sehari aje makannya. Itu yang kena berat-berat. Tapi adakalanya bila mood JJCM melampau datang, pagi, tengahari, petang, malam pun semua kita JJCM, Sal ^_^

      Delete
  6. Wow menarik nie.. kiranya boleh laa gi JJCM kat situ plak.. tgk lauk pauk pun sedap²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan lauk-pauknya untuk makan tengahari. Memang betul-betul rambang mata sampai tak tahu nak makan apa. Balik-balik ambil lauk yang dah biasa makan...

      Delete
  7. Nasi lemak org Johor biasanya sambal tumisnya memang agak manis MD. Kalau kakak memang suka pedas-manis gitu:)

    Tengok lauk banyak memang rambang matalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahulah berapa manis sebab kakak saya yang makan nasi lemak. Saya ni pulak kalau lauk pedas memang tak suka manis, senang cerita tak boleh ada rasa gula ler...

      Tapi takpa, ada banyak pilihan lain kalau nak mencuba ^_^

      Kak, baru-baru ni balik BP dapat makan nasi lemak dengan sambal sedap alahai ~ Timah Sari nama kedainya! Akak tau tak?

      Delete
  8. perghh terbukak selera! seronok bila mcm mcm jenis makanan ada... kdg2 nak makan pun buntu kak. hehehhe.. ok la boleh masuk dlm list jjcm aina ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu Aina bila tak tahu nak makan kat mana dan makan apa. Akak pun walaupun rajin berJJCM, ada masanya buntu juga padahal senarai JJCM bukan main panjang lagi!

      Delete
  9. Mewah sungguh menu tu MD..
    Naik rambang mata nak memilih tu..

    Ye lah kalau dah banyak macam tu tentu masak awal pagi..
    Sepatutnya dia gunakan tempat hidang tu yg ada air panas bawah tu..
    Jadi sentiasa panas lah lauk pauk diatas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa pun macam tu juga. Kalau lauk-pauk atau hidangan tu panas, mesti lagi sedap menikmatinya.

      Dah cukup menarik kepelbagaian menu yang ada di restoran ni sampai tak tahu pulak nak makan apa. Itu yang kena datang beberapa kali kalau nak meras semua ~_^

      Delete
  10. perghh makanannya.. membuatkan ku kelaparan.. rambang mata tengok lauk pauk.. ahaha.. bila lah agaknya nak sampai sini... pernag sampai Muar ja thn 2014...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk-pauk memang banyak pilihan di sini. Kalau dekat, memang boleh singgah makanlah ya, Atie. Ni nak kena naik kapalterbang, kena sekali harung JJCM kat Semenanjunglah jawabnya ^_^

      Delete
  11. Oh kawan kak SI rupanya taukeh dia. Saya pernah baca review kakjee pasal WB ni.

    Kalau dah semua review cakap yang baik aje, memang sedaplah ya hidangannya.

    Yg duduk dekat2 situ bolehlah cuba. Mcm saya ni dtg KL pun entah berapa kurun baru sampainya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Saniahlah yang suggest suruh saya pergi try Warong Bistro ni. Saya pun apalagi, googlelah nak tahu details. Kebetulan pulak dekat aje dengan area rumah, bolehlah berdesup mencubanya ^_^

      Hahaha! Kalaulah tersesat di KL, silalah waze tempat makan ni. Tak rugi punya ~_^

      Delete
  12. Nani memang suka betul kalau restoran yang ada macam macam jenis makanan ni, senang sikit tekak ni nak pilih nak makan apa. Hahaha ! Boleh masukkan dalam list wajib terjah ni nanti. Eheheh.
    p/s : Yang sos char kuey teow hari tu akak boleh tengok dekat fb sos apai shah alam tau. Ha takyah susah susah pegi makan kat kedai dah. Haha ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk you all yang suka ulam-ulaman, aneka sayur-sayuran, memang sesuai sangat tempat ni Nani. Pilihan menu memang banyak sampai rambang mata mana satu nak cuba. Kesimpulannya, kalau nak cuba hampir semua, kenalah datang lagi dan lagi ^_^

      Oh, ya ke... nanti akak pi google pulak ^_^

      Delete
  13. Dah lama meninggalkan bumi Cheras.
    Sempatlah tinggal seketika dekat Sri Penara.
    Sekarang, semua tinggal kenangan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, ya ke ni Gee? Jangan-jangan kita pernah bersua muka, terlanggar bahu sambil-sambil menyumpah seranah? Hahaha...

      Saya pun tinggal kat BSP tau!

      Delete
  14. wah rambang mata camni. kalau dekat dengan saya di gombak, lama dah saya terjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat lagi tu, Raihanah. Sama aje lokasinya di Kuala Lumpur ^_^

      Cubalah next time bila terlalu di kawasan ni ya!

      Delete
  15. nampak gaya kene lah letak lilin di bawah tray supaya menu sentiasa panas kan. sbb nengok kuantiti lauk pauk, sayur semua tu mcm byk je..

    eh eh sama lah kita tekak pedas.
    spnjng bf rania saya pntang mkn pedas. skadr bg berasa sikit di lidah j klau mkn. sampaikan rania skrg ni. asl pedas terus x mo.

    tp kan msa g ganu bru ni..
    hati hari makan kepok lekor cicah sosnya mmg sedap dan blh ditrma anak lidah tp bila mkn menu goreng twpung cicah sos kepok, jd muak sbb sos nya manis x da pedas mana. mkn benda berminyak. itu yg x blh. sampaikann saya mkn sotong cicah dgn sambal nasi lemak. lagi satu kedai siap order nasi paprik, pastu gigit cili hijau. baru rasa puas. pedas sikit, hilang muak mnyak tu ..

    eh. terpanjang plakkk komen.. boleh lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk-pauk memang banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya. Tapi itulah, kalau sejuk tu, memang kurang sikit selera. Kalau dapat dimakan panas-panas, aduhai... memang tak mahu berhenti ^_^

      Saya kalau takda yang pedas-pedas, memang rasa tak kick sangat menikmati juadah yang ada. Kalau pedas memijar pun barulah best! Barulah sesuai dengan citarasa anak tekak!

      Alahai, Ciksu ni macam tak biasa pulak. Nak komen mengalahkan patah perkataan si penulis entri pun takpa. Bisa aje dong ^_^

      Delete

Post a Comment