Suntikan Imunisasi

Salam 23 Muharram kawan-kawan!

Apa khabar semua?

I masih lagi ditimpa penyakit M yang entah mengapa melanda diri tiba-tiba. Penyakit M ni kalau datang memang takda beri amaran langsunglah! 

Hari ni kalau diikut-ikutkan dengan tak cukup tidur dan laparnya, memang malas nak mengupdate blog tau. Ya, I ni kalau malam Ahad tu memang kerja overtime ^_^ Uishhh... menggosok pakaianlah! Jangan salah sangka pulak!

Semalam I menggosok pakaian dari pukul 11.30 malam sampailah pukul 2 pagi. Seronok sangat dengan aktiviti menggosok sampai tak sedar jam dah 2 pagi. Makanya, pagi tadi alarm berbunyi dua kali pun masih di alam mimpi lagi. Mujurlah takda adegan terjun tiruk di pagi hari. Everything went smooth aje walaupun terlewat bangun katanya...

On the way nak ke pejabat, baru perasan angin salah satu tayar tu tak berapa bagus pulak. Nak berhenti pam, hari hujan! So I redha ajelah memandu sampai ke pejabat. Nanti petanglah baru pam! 

---------------------------------------------------------

Semalam I sempatlah menonton berita. Bila dengar aje empangan Semenyih dicemari bau, I pun apalagi teruslah 'bergolot-golot' tadah air dalam segala bekas yang boleh digunakan buat tadah air tau! Yang sebenarnya, takda kena mengena pun empangan tu ditutup dengan kawasan perumahan I tapi dek kerana fobia punya pasal, berebut I menadah air ~_^ Langkah berjaga-jaga katanya!

Kalau air tak tutup, takpalah. Boleh aje I gunakan segala air yang I tadah tu untuk keperluan harian. No hal punya ^_^

Dahsyat jugalah penangan kalau takda air ni. Baru dengar aje, dah fobia apatahlagi kalau betul-betul berlaku!

---------------------------------------------------------

Pagi ni belek-belek suratkhabar nak mencari kisah perbentangan bajet 2017 kisahnya. Ya, ya, I tak mengikuti langsung tentang bajet ni! Entahlah apa yang dibentangnya. Memang cadangnya hari Isninlah baru nak baca kisah bajet membajet di tahun hadapan katanya.

Dalam pada nak baca kisah bajet, terjumpa artikel tentang immunisation shots. Tiba-tiba teringat kisah lampau... ~_^

Oh, bukan kisah diri sendiri tetapi kisah si anak bujang tersadolah!

Alkisahnya, kerana kealpaan Mommynya, Bubbly Abang telah termissed salah satu suntikan imunisasi yang kena ambil tiga kali berturut dalam masa yang ditetapkan. I terlambat membawanya ke klinik untuk suntikan kedua kalau tak silap. 

Dek kerana itu, doktor telah menyuntik kiri-kanan punggungnya untuk dua suntikan pertama pada hari yang sama. Kalau tak silap masa tu doktor kata kalau tak buat tiga suntikan berturut dalam waktu yang ditetapkan, takda gunanya. Dek kerana akal Mommynya pun pendek (maklumlah anak pertama, serba-serbi ilmu baru katanya...) maka Mommy pun akur sahaja kata doktor! Nasib baiklah Bubbly Abang tu sado sejak kecil. Dua suntikan kiri-kanan punggung langsung tak bawa kesan apa-apa. Happy aje si Bubbly Abang bila keluar dari bilik doktor. Terus lupa tentang kesakitan sementara dek kena cucuk jarum suntikan kiri-kanan punggung! Lega!

Tapi yang diberitakan dalam suratkhabar hari ni tentang suntikan pada usia 18 bulan ya, a single shot of 5-in-1 vaccine! Amboi, banyaknya vaksin! Kalau tak buat satu suntikan, memang melalaklah baby kena suntik 5 kali. Walaupun bukan dalam sehari (gilalah kalau nak suntik 5 kali dalam sehari!), tetap jugalah tak sampai hati dok tengok anak kecil menangiskan! I lah tu, mak-mak yang lain I tak tahulah sayu ke tidak dalam hati bila anak kena suntik ^_^

I nikan berjiwa sentimental sikit. Masa Adik Cute umur setahun lebih, pernah kena suntik di belakang tapak tangan sebab suspect dengue walaupun yang sebenarnya viral fever aje. Itu pun I dah kembang-kuncup hidung dan bergenang air mata tengok anak menangis sakit. Masa umur Adik Cute 4 tahun lebih (this yearlah tu...) pun kena cucuk tangan juga sebab again, viral fever punya hal. Pun sama juga my perasaan. I rasa kalau my anak-anak kena cucuk lagi walaupun dah besar panjang, tetaplah perasaan I ni sama aje syahdunya ^_^

Maklumlah Mommy mereka ni memang emotional tak bertempat adakalanya...

Oh, itu ajelah nak cerita ya! 

Ni tengah membaca newspaper lagilah, boleh pulak main berhenti sekejap nak menaip entri katanya ~_^ Tadi kata bukan main malas lagi!

Jumpa di lain entri *_*







Comments

  1. Bab takde air tu, kakcik pun jadi fobia. Tambahan bila dengar ada jiran2 yang dah terputus bekalan air walaupun sepatutnya kawasan kami tak terlibat. Semalam desak jugalah En Suami untuk penuhkan bekas2 air yang besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fobiakan Kakcik kalau dengar air takda. Dan-dan tu juga pergi tadah air mana dapat. Bukan senang kalau takda air ni, merana hidup ^_^

      Harap-harapnya takdalah terkena bekalan air terputus. Saya tak boleh nak membayangkannya, melaluinya apatahlagi!

      Delete
  2. haha..tu sebab doktor halau mak mak keluar bila nak inject anak.kang anak tak nangis,mummy yang lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kalau doktor halau pun kita sebagai emak-emak akan tetap berdiri di sebelah anak tau! Doktor herdiklah macamana, kalau tak cukup semangat, doktor nanti yang kena herdik. Dahlah kita ni tengah sedih tengok anak nak kena cucuk. Hahaha!

      Delete
  3. hihihi..
    Ingatkan MD yg baru nak ambil suntik imunisasi..
    Hairan juga CH.. hahahha..
    Nasib baik teringat anak bujang yg sado ye..

    CH pun kalau anak nak kena suntik..
    Diri sendiri yg seram sejuk..
    Sian kat dorang..
    Tengok anak rilek jer hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Saya ni dah tua sangat nak diimunisasi, CH. Melampaulah kalau sampai sekarang pun suntikan imunisasi tak habis-habis lagi. Kahkahkah!

      Saya tak bolehlah tengok anak-anak sakit, walaupun sakit sikit. Air mata saya dulu yang bergenang dan laju aje mengalir nanti. Saya ni emo tahap gaban tau, CH!

      Delete
  4. eh tak berapa clearlah MD. Ada ke sekarang ni suntikan di usia 18 bulan. Hari tu masa bawa Yusuf 18 bulan, katanya dah tak ada. Umur 2 tahun baru ada suntikan.

    Kalau saya, bab suntik-menyuntik ni tak berapa nak gerun sangat. Biasa saja mengadapnya dari anak sulung sampai ke anak bongsu. Bapa dia orang pulak yg terlebih2 takutnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah ya, KB. Saya baca suratkhabar aje. Katanya 18 bulan tapi entah betul ke tidak, tak tahulah saya sebab saya ni manalah ada anak kecil lagi. Yang paling kecil tu dia, si manja kuat merajuk tu ^_^ Yang itu, dah tak perlu dibawa untuk suntikan lagi. Hahaha!

      Saya tak bolehlah, KB. Maklumlah saya ni hati emosi lebih. Dengar lagu lirik sedih pun saya boleh nangis. Macamana cerita!

      Delete
  5. Hoho...x tahan uiii tgk anak menangis....nanti mesti mintak maaf byk byk kat dia....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Betul tu, Nini. Memang tak boleh tahan sebaknya kalau dengar anak menangis dek kena cucuk. Terasa-rasa pilu dalam hati...

      Delete
  6. Rajin sungguh MD ,menggosok baju sampai berjam2....Akak kalau boleh nak cepat siap je kalau buat kerja tu.
    Yalah kan kesian budak2 kecik dicucuk dua tiga tpt dlm satu masa.Akak pun sama macam MD kalau anak menangis kita pulak rasa nk keluar airmata juga...tapi itu dulu ,masa Iman kecik akak dah kebal :-)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula lambat, Kak Saniah! Kalau dah mula pukul 11.30 malam, pukul berapalah nak habis. Saya ni tengok mood juga. Kalau mood bagus, memang berterusan buat kerja tu sampai terlupa masa. Saya kalau gosok pakaian memang pilih waktu macam ni, bila anak-anak dah tidur. Senang sikit kerja takda yang mengganggu.

      Oh, saya tak bolehlah. Kalau tengok anak kena suntik, saya yang hiba perasaan tetiba!

      Delete
  7. Air takde memang sadis..tp sy tak pernah lg smp tahap fobia.MD kira tggi la tahap fobianya..smp begitu sekali pikirnya empangan org lain pecah dia yg sibuk tadah air.hahaha..

    Sy masa anak sorg tggi jugak tahap emosional..mai 3 ni dh kental sikit la.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang dah fobia sangat tau kalau dengar takda air. Kalau saya terbaca atau terdengar, walaupun bukan di kawasan saya, tetap juga saya beria-ia tadah air ^_^ Fobialah tu kan!

      Delete
  8. Mak nikan Kak Ton bukan tak suka nak tadah air tapikan bila mengenangkan air tadahan akan memenuhi ruang dapur mak yg dah sempit tu, mak malas nengoknya tau... Tu pun ada lagi sebaldi kat dapur tak guna lagi.

    Yelah.....mak maafkan. Dah Kak ton lupa nak buat macam mana kan. Mana mungkin nak dikembalikan kelupaan tu. Nasib baiklah abang sado, setakat jarum halus tu apalah hal sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan rumah Kak Ton pun besar manalah. Kalau penuh dengan bekas air, memang semak rasa pandangan tau. Tapi nak buat macamana, fobia punya pasal. Takda air, separuh jiwa terbang gitu tau ^_^

      Hiks! Bukan Kak Ton lupa tapi asyik postpone last-last sampai terlepas tarikh sepatutnya. Peringatan supaya lain kali tak buat lagi. Tapi lain kali apakan, anak pun dua orang aje ^_^

      Delete
    2. Kalau tak nak beranak, ambiklah anak angkat Kak Ton hikhikhik...
      Anak Bosnia ke....tak mungkinlah Kak Ton nak ambik warga tempatan pulakkan hihi

      Delete
    3. Ish, Mak ni! Bagi suggestion tak masuk akal ler. Tak kuasa Kak Ton nak main beranak-beranak lagi. Cukuplah dua permata hati ^_^ Kak Ton kalau nak ambil anak angkat, lebih baik ambil menantu perempuan terus. Senang cerita.

      Tapi itulah, anak-anak lelaki Kak Ton muda belia lagi, baligh pun tak! Macamana nak ada menantu!

      Mak pinjamkan anak bujang Mak tu ajelah buat anak angkat Kak Ton. Dapatlah Kak Ton merasa jadi 'mak mertua' kalau anak angkat kahwin ~_^

      Delete
  9. malas dah nak dengar bajet...benda yg sama jugak..bonus pun gitu jugak la...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya dapat juga bonus, Wahida ^_^ Eh, rugilah kita tak boleh breastfeed anak-anak lagi. Kalau tidak, boleh claim ^_^

      Delete
  10. 5 in 1 vaccine..tak baca pula pasal vaksin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, baca dalam paper. Katanya 18 bulan tapi katanya lagi, takda dah ek suntikan untuk 18 bulan?

      Delete
  11. Aoa kata MD ambik jer immunisasi hpv? w/pun x lindungi 100% sbb dh kawin, sekurang2nya dpt lindung separuh dari tu..

    Fuh rajinnya gosok baju berjam2, kalu akak, baik tido jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eligible lagi ke saya nak ambik imunisasi hpv ni?

      Saya bab gosok dan lipat pakaian, memang daebak tau ~_^

      Delete
  12. rajinnya gosok baju berejam2, sue hujung minggu settlekan bab2 iron ni. malas hadap setiap hari.

    kalo anak kene cucuk hati ni pun nak ikut menangis, kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya suka sangat gosok pakaian hari Ahad malam. Lagi malam lagi best, aman aje rasanya ^_^ Tapi itulah, the next day Isnin, mulalah dah tak tentu arah sebab tak cukup tidur!

      Sedihkan hati kalau tengok anak merengek sebab sakit kena cucuk... Huhuhu!

      Delete
  13. mintak tips sikit mcm mana menggosok sampai xsedar jam berapa...syok sgt tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, itu hanya 'penggosok tegar' aje yang mampu melakukannya ^_^

      Saya suka basuh, lipat dan gosok pakaian. Jadinya bila mood menggosok tu muncul tengah malam, saya sanggup tak tidur! Bukan senang nak sampai ke tahap ni, Husna ~_^

      Delete
  14. Rajin nya MD mengiron sehingga pukul 2 pagi
    Kalau kaknoor lah 1/2 jam pun sh lenguh kami berdiri
    Tpi MD org muda kan oklah salute lah sangup menggosok sehingga ke pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, berbalik kepada cerita asal - saya memang suka menggosok pakaian, KakNoor. Jadinya memang takda masalah kalau tak cukup tidur ke apa ke. Samalah macam KakNoor suka memasak ^_^

      Patut ke saya buka kedai dobi, KakNoor? Hahaha!

      Delete
  15. kesian juga pasal takde air ni, ada kawan kat kota warisan pun kena. anyway bagus amik suntikan imunisasi tu. rakyat malaysia yang prihatin gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah sangat kalau air takda ni, Raihanah. Tak sempurna hidup rasanya. Tapi kalau kita selalu bersyukur, mungkin takdalah rasa sangat kesempitan hidup kalau air takda ya? Hmmm...entahlah ^_^

      Delete
  16. Fuhhhhhh sampai pukul dua pagi menggosok. Gigihnya kak. Kalau Nani ni haih siap untuk esok dah. Hahah ! Nasib baik sedar jugak bunyi alarm tu kan, kalau terlajak memang hari biru lah. Nani ni bab bab takdek air memang lah tersangat fobia. Semua benda tak jalan kalau takdek air hah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang suka kerja gosok menggosok ni, Nani ^_^

      Eh, macam lain pulak bunyinya dah...

      Akak memang peruntukan lewat malam Ahad untuk menggosok pakaian yang ada. Tapi sebenarnya, setiap dua hari akak memang kena pegang iron tu sebab pakaian sekolah si kecil cuma dua pasang aje. So setiap dua hari kena menggosok. Tapi malam Ahad tu selalulah buat overtime sikit, clearkan segala pakaian yang ada dari Khamis hingga Ahad!

      Delete
  17. Weyhhhhh asyik kisah suntikan Imunisasi basi ni je....jemulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Mak! Demi Mak, sanggup Kak Ton mencemar duli dari niat nak berhibernasi lama sikit. Mak ni memang tau, selalu sangat rindu kat Kak Ton walaupun kita saling bertanya khabar, gosip menggosip di alam yang satu lagi. Hahaha!

      Delete
  18. Ai MD.. lamanya gosok baju..
    Gosok utk sebulan terus ka?

    Alamak, Aina yg dos ketiga tak ambil lg ni... hari tu bwk pegi cucuk, tp vaksin habis... habislah kalau kena ulang semula yg dua dos hari tu.. tk jadi ni, kena g cucuk jugak esok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ni memang kes tak sayang mulut tau ^_^ Tak eh, ni untuk pakaian yang tak bergosok dari hari Khamis sampailah Ahad! Saya kena gosok pakaian setiap dua hari sekali sebab pakaian sekolah si kecil tu cuma ada dua pasang aje. Tapi bila tiba hari Ahad, memang sawan menggosok saya lain macam sikit. Saya kasi licin itu bakul pakaian tak bergosok sampai tak bersisa ^_^

      Ahah! Pi cepat-cepat cucuk. Kang kalau miss, mahu kena cucuk balik semula kiri-kanan punggung. Kasihan Aina, uminya alpa. Hahaha!

      Delete
  19. Viral fever..sobss.smpi menggigil lutut x mampu bgn .tobat klu blh xmo kena lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang dewasa ni takut, apatahlagi kalau kena pada anak-anakkan, LM. Memang seriau susah hati!

      Delete
  20. macam tu lah kita mak2 ni kan MD tengok anak kena cucuk kita pulak yang sebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, AA. Bila tengok anak menangis kesakitan, kita yang sedih. Macam kita tahu aje rasa sakit tu macamana!

      Delete

Post a Comment