Kisahnya semalam...

Salam kawan-kawan!


Alkisah, semenjak Mami datang melawat memang rajin sungguh menantu Melesyanya ni memasak di rumah tau. Maklumlah, kalau setakat kami empat beranak, memang sepakat makan apa sahaja yang I masak. Kalau tak masak, kita makan luar ajelah.

Tapi, bila Mami ada, kenalah tunjuk skil memasak yang tak seberapa itu. Itu tak pentinglahkan, janji masaknya bagus sekali 😊 Mami pulak memang kurang suka makan di luar katanya kerana takut berlaku pembaziran yang berleluasa. Maklumlah kalau makan bersama Mami atau Dada, memang kena ikut sunnah. Jangan sesekali membazir makanan. Apa yang ada dalam pinggan kasi licin berkilat okey! Jangan dibuang-buang saki-baki makanan yang tak habis. Siapa suruh tamak pada mulanya? Ahah...

Jadi semalam turn I semula kena memasak. Sebenarnya I dah bingung tak tahu nak masak apa. Tapi nasib baiklah potatoes tu my BFFkan. Kalau terdesak, ambil aje kentang buat menu ikut suka hati. Maklumlah, kentang kat rumah ada dalam 5kg gitu 😉 (Tetiba teringat gelaran pertama I, Si Potamayo and then Potam, dek bahana jiran sebelah yang suka mengumpat tu tapi nama umpatan dia lagi panjang I beri, so adil dan saksamalah sama-sama terkena 😆)

Hai, sedapnya!
Kalau ikutkan Bubbly Abang, memang hari-hari nak menu berasaskan ayam. Pendekata, ada ayam goreng pun jadilah. Ayam gorengnya pun bukan main pakar I jadinya tau. Kejap ayam goreng guna tepung bestari, kejap ayam goreng berempah, kejap ayam perap sekejap lepas tu goreng, kalau malas sangat letak aje kunyit dan garam. Habis cerita!

Kalau ikutkan Adik Cute, lagi senang. Asal ada sup pun jadilah. Si kecil ni nak makan nasi dengan lauk berkuah macam sup. Lepas tu top up dengan kicap. Done! Eh, senanglah jadi Mommy budak berdua ni. Yang susahnya, picky sesangat. Itu aje yang mereka nak, masak aje luar biasa menunya, memang menangis makan sendirilah jawabnya.

HD pulak asal ada makanan terhidang, dimakan aje tanpa banyak soal. Yang penting bila isteri tanya sedap  ke tidak, angguk sahajalah. Habis cerita. Takdalah nanti ada adegan berkecil hati ke apa kalau jawapannya tidak seperti yang diduga 😊

Cuma kita ni bila jadi tukang masak permanent di rumah tu, memang garu kepala sesaja. Peninglah hari-hari dok fikir nak masak apa. Masak menu sama, kita sendiri pun jadi jelak memasaknya!

Maka kebetulan semalam otak ligat fikir nak masak apa memandangkan bahan basah utama @ ayam tiada lagi stok. Bukan tak nak beli tapi HD sudah sound delapanbelaskali cukup-cukup sudah makan ayam. Gantilah dengan menu berasaskan sayur pulak (errrr....kuruslah ahkak macam ni tak dapat makan!)

So I pun keluarkan fillet ikan yang sepatutnya dimasak kelmarin tapi dek kerana Mami nak buat makanan Uzbek, kita simpan balik dalam freezer. By the way, lupa nak beritahu... Sebelum balik kerja semalam my Ngah dah WA suruh ambil lauk ikan tenggiri masak asam pedas dan nenas masak lemak dengan udang di rumahnya 😂  Untung sungguh ada kakak yang prihatin macam ni tau!

Jadi yang sebenarnya, I kena masak satu lauk aje lagi sebab Mami sekarang tak boleh makan pedas. Kisahnya I nak grill aje fish fillet tu ala-ala Bobby Flay punya gaya (duh! fillet aje pun bukannya daging kambing ke, ikan besar ke, ayam panggang ke!)  tetapi bila panik melanda, fillet sudah tak tahu jadi apa! Hancur!

I pun peliklah orang lain yang pakar macam KakNoor ke, CH ke, PH ke, kalau mereka takda mood nak masak ke apa ke, tetap juga menu kejadian cute mute je rupa, sayang nak makan pun ada. Tapi kalau chef berkaliber 'lebih' macam I ni kan, kalau dah takda mood, panik, silap ikut sukatan resepi diberi, memang hancurlah jadinya!

Terkesimalah sekejap memikirkan macamana nak hidang fish fillet yang dah hancur ni. Kang kalau Mami tanya ' ini apa benda?' tak akanlah I nak jawab 'fillet ikan yang sudah kuhancurkan kejadiannya, Mami!'

Bila terpandangkan kentang yang telah dipotong dadu untuk digoreng bersama bawang dan ikan bilis, tetiba idea merapu timbul! I pun gorenglah campurkan aje fish fillet tu dengan kentang, bawang, tomato dan bahan cukup rasa! Janji boleh makan!

Janganlah ya tanya mana gambar makanannya. I is malu nak potretkan menu yang entah apa-apa. Nak minta resepi? Dah hilang akal ke apa? Hahaha!

Jumpa lagi esok ya, kalau ada idea nak merapu! 

Untuk hari ini, ahkak nak berehat sebentar 😏

Adios!

P.S. Geram ni! Entah kenapa entri dalam blogspot ni tak boleh dijustified perenggannya. Nak align dari kiri boleh. Nak align dari kanan boleh. Nak mula dari tengah pun boleh. Tapi nak suruh dijustified kiri-kanan, tak boleh! Menyampahlah tengok perenggan macam ni!




Comments

  1. tu resepi rare patut kena tayang hahahah... ok la tu dapur berasap jugak dengan adanya Mami kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tayang juga sebenarnya tapi malu melanda. Maklumlah resepi dari pakar masak berkaliber macam akak ni memang tak senang nak paparkan secara percuma aje. Mestilah berbayar kalau nak melihatnya. Hahaha!

      Delete
  2. MD, you are hilarious! PH pun suka potato because, potatoes are so versatile. Betul tak? Can goreng, bake, mashed, masuk dalam sup, stew, anything bagai. You are so smart to campur your smashed fish (hah..hah..) into the potatoes. A new dish is born! Asal boleh makan, sodah! But with MIL of course lah, nak jaga sket hee..hee.. And oh, thanks for mentioning my name. Actually, PH pun kekadang main hentam2 aje, just that I did not post it in the blog heh..heh...

    BTW I have also experienced blogspot tak boleh justified the paragraph. Menyampah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Potatoes tu banyak kegunaannya. Kalau takda idea, ambillah beberapa ketul kentang dan memang akan menjadi menu menarik juga. Tak letak apa-apa, rebus gitu aje tabur garam dan lada sulah, sedap weyh!

      Eh, apahal I teringat tetiba kat loaded potatoes KFC pulak ni...

      Delete
  3. Bagus betul rakyat Uzbek ya. Tak boleh bazir2 makanan.

    Saya pun suka kentang. Dan selalu beli kentang byk2 dgn impian nak buat begedil. Sampai ke sudah tak buat2 lagi. akhirnya kentang tu sikit demi sedikit dibuat goreng, sup, sambal dan cucur. dah byk kali terjadi macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut sunnah memanglah tak boleh membazirkan, KB. Tapi yalah memandangkan kita ni hidup dalam penuh kemurahan rezeki katanya, tak mati kebulur dek takda makanan, itu yang kadang-kala alpa juga. Tak habis, tinggal gitu. Tak habis, biarkan. Lepas tu masuk tong sampah.

      Ni mak mertua ada, kena hati-hatilah sikit. Kalau buang makanan, memang kena sound punya. So tak lehlah masak macam nak buat kenduri lepas tu tak habis!

      Eh, saya dah dua kali tau buat begedil! Kiranya saya lagi rajinlahkan, KB. Hahaha!

      Delete
  4. Taunya, mmg pening pun bila mengenangkan menu nak masak hari hari. Kalau kita kita aje tak pe jugak ek.

    Ingatkan kentang cube kat atas tu Kak Ton yg masak, walaupun dalam hati ni mmg tak percaya langsung haha.... rupanya gambo orang lain, patutlah cantik banget kejadiannya haha....

    Kikikiki...jap jap...mak tgh nak membayangkan kejadian ikan fillet yang hancur tu haha...Kak Ton guna kuali yg melekat kot. Tu yang tak cantik kejadiannya tu.

    Tapi mak rasa sedap jugak menu Kak Ton tu tau. Kalau makan gitu aje pun sedap tu. Ikan apa Kak Ton Ikan Dory ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Mak! Hari-hari dok menggoogle apa lagi resepi boleh buat. Asyik masak menu sama memanglah boring. Tapi setakat ni belum pernah berulang menu utama. Kentang ajelah yang kejap dengan telur, kejap dengan ikan bilis, kejap dengan minced beef, kejap dengan isi ayam. Pendekata memang sentiasa adalah resepi kentang ni. Maklumlah trademark. Samalah macam menu rentung-rentung Mak tu. Eh, dah lama Mak tak rentungkan apa-apa kat dapur ek!

      Oh, fillet ikan pollock, Mak! Sedap tau. Grill gitu tabur salt and pepper pun dah sedap! Kalau dicampur ke dalam kentang, apatahlagi. Memang kalau Kak Ton tunjuk gambar, menangis Mak nak makan kat rumah Kak Ton tau! Tapi, takdalah Kak Ton nak sediakan menu rare macam ni untuk Mak! Tak kuasa! Habis kang kentang Kak Ton 5kg!

      Delete
    2. Mak dah semakin maju hokey, sebab tulah tak de lagi hal kejadian rentung di dapurku hihi...
      Weyh Kak Ton, ikan pollock tu macamana pulak? Mcm tak pernah jumpa je. Ada ek? Nama melayu tak de ke?

      Hadoiii, setakat kentang, apalah sangat!! Mak bawak 10kg lagi datang rumah Kak Ton tau...

      Delete
    3. Ya ke Mak dah maju?

      Mana tak majunya kalau dah hari-hari dari pagi ke petang menyantai kat WB. Memanglah maju dah orang lain tukang masakkan menu makannya!

      Entahlah Mak apa ek nama ikan ni dalam Melayu. Dah tertulis di plastik tu ikan pollock, pollocklah nama diberi. Tapi sedaplah isinya, isi ikan putih. Dory tu saya tak berapa suka. Lain macam sikit pulak rasanya.

      Delete
  5. Dah oklah tu dalam tak tau nak buat apa ,tercipta juga resepi bidan terjun tu...bolehlah kongsi resepi dengan kami :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sebenarnya fish fillet ni. Sebab dah terlebih grilled and rasanya yang 'nyaman bangat' cumanya masa nak angkat tu hancur lebur dibuatnya. Maklumlah tangan sayakan ganas sikit. Serba nak cepat. Maka terpaksalah ganti ikan bilis rangup dengan fish fillet ni bertemu kentang di dalam kuali yang lain ^_^

      Delete
  6. hahahha.. rutin harian pening pk nak masak apa! Nasib baik baru berdua. Potato mmg wajib standby. in case emergency xde lauk. hehehe Tp akk, aina klu hari2 ayam pun eh x boleh la... takut esk berkokok pulak jd nya. kekekeke lain pulak cik abe, kata nya ayam goreng hari2 pun okay...geng bubbly abang detected. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab nak masak apa ni Aina, dari tempat kerja sampai balik ke rumah dok fikir nak masak apa untuk dinner tau tapi bila tiba masa, tetap juga masak yang biasa-biasa, takdalah pulak yang luarbiasanya. Buat penat berfikir aje tau!

      La, bapaknya pun suka makan ayam goreng hari-hari? Memang geng Bubbly Abanglah ni!

      Delete
  7. Bila kita dah permanent tukang masak, sesekali nak juga merasa orang lain masak, malangnya suami akak hanya bantu kerja2 rumah yang lain tapi tang masak, jangan sesekali disuruh, langsung tak minat.

    Sesekali kongsilah resepi kentang, tambahkan pahala orang kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya bolehlah diharap kala terdesak. Boleh juga buat pilaf ^_^ Setakat rebus telur, goreng telur, masak nasi, pandai jugalah! Hahaha!

      Amboi! Ada juga yang nak resepi kentang+fillet rare ni. Tengoklah siapa bayar lebih, dia dapat resepi. Hahaha!

      Delete
  8. Macam ni pun boleh MD suka je baca macam baca karangan he he.untung MIL MD tau dapat menantu yang rajin masak macam MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam karangan budak sekolah rendah ke macam budak nak sit for SPM ni, Acik? Hahaha!

      Time ni aje tetiba rajin masak. Time yang biasa-biasa selalunya makan di luar, Acik ~_^

      Delete
  9. Lhah dah dpt title tukang masak permanent plak ye, takdelah nk bungkus dari WB dah acam mak kita tu kan.
    Jap nak bayangkan fillet hancur campur kentang, mwehehe...rasanya taklah secomey mane, tapi dijamin rasanya ok jugakan. Lain kali buatlah cam mash potato tu tapi campur fillet hancur, pasti terangkat, den pun rasa cam nak try buat.
    Mytoklaki pun tak kasi beli ayam, ayam tu byk toksin katanya, padahal anak2 dia mmg suka ayam, tapi dah abahnya tak suka, den pun tak kuaso nak masak byk2 menu, selalu dua menu je, ikan dan sayur, daging ngn sayur ke, sotong dan sayur ke..kalo dah masak ayam, pastu nk kena masak ikan lain plak utk dia sorang, baik tak payah, tak kuaso den nak memerap kat dapur lama2.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, saya tak mainlah bungkus-bungkus dari WB! Yang selalu bungkus tu jiran sebelah saya. Ahah, jangan tersilap ~_^

      Walaupun tak comel, rasanya sedap tau! Jangan main-main. Itu yang saya tengah malam jengah dapur, buka fridge tu. Nasib baik tak tertangkap!

      Oh, alahai! Janganlah disebut-sebut tentang mashed potato tu! Tak boleh tahan bunyi grrr keluar dari entah ruang mana tau! Tetiba teringat mashed potatoes KFC. Patut ke pergi beli ek? Loaded potatoes tu... ish sedap pulak teringat!

      Itulah, Mami kata jangan asyik beri anak makan ayam. Bila dah Mami kata gitu, of course anaknya pun ikut kata. Bila dah anaknya@suami kita ikut kata, kenalah kita patuh arahan. Bila dah kita patuh arahan, anak pun kebuluqlah! Dah itu aje yang dia suka makan. Lain-lain tak dimakanya!

      Cer beritahu sekarang... apa kita nak buat???

      Delete
    2. Mak hai... ajaran sesat nih! Hahaha!

      Kalau buat stupid aje, mak dan anak pun kebuluq sama tau ^_^

      Delete
  10. haha jenuh sebab masing2 nak lauk feveret masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jenuh walaupun pilihannya terbatas. Kena ikut anak tekak masing-masing tu yang lagi parah bila dok fikir apa nak masak!

      Delete
  11. Kalau mother in law orang uzbek ni senang tak nak layan mummy dearie 😃
    .
    Sebab budaya lain lain.
    .
    Lidah pun tak sama. Haha. Cam ne nak masakkan untuk mak ayah mertua tu 😃
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugalah macam melayan mak mertua sebangsa. Kenalah pandai-pandai bawa diri. Cumanya memang bahasalah jadi penghalang dah dua-dua tak reti BI/Uzbek language!

      Suami sayalah yang banyak main peranan. Apa-apa pun melalui suami dulu. Apa suka, apa tak suka. Kalau tidak, susah juga tau sebab masing-masing tak boleh 'speaking' bahasa rasmi masing-masing!

      Delete
  12. Memang pening sebenarnya hari-hari fikir nak masak menu apa buat keluarga
    Yg senang sebenarnya keluar, order, lepas makan bayar:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah boleh main keluar, order dan bayar sesuka hati, lega hati saya ni tau, Kakzakie. Masalahnya, mak mertua tak suka makan luar. Katanya membazir selalu. Lebih baik masak di rumah. Macam-macam boleh makan.

      Aduh! Stress juga kadang-kala! Lagi stress sebab semua kena melalui HD dulu!

      Delete
  13. la...awat tak tayang, tayanglah resepi rare tu...haha
    eh lupa bagi salam, assalamulaikum tuan rumah
    singgah jab aje, malas nak lama-lama. I is the busy today
    betul ke ayat tu, ahh..lantaklah! haha

    kalau saya kan, memang pening juga. tak tahu nak masak
    mychintahati sama juga macam HD, apa atas meja dia bedal aje
    tapi dia tak nak yang lari dari dia biasa makan
    tetiba hidang spaghetti kat dia, memang tak disentuhnya.

    kalau dapat masakkan bersantan, memang heaven kata dia
    masalahnya bini dia ni dah risau dengan kolestrol yang makin tinggi ni
    ku di dalam dilemma tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak tayang tapi dah namanya resepi rare, buatan sendiri, tak akanlah nak tayang secara percuma! Kalau YY nak juga tengok, bayarlah dulu. Kita beri tayangan khas gitu! Hahaha!

      Waalaikumsalam!

      Dah orang beri salam tengah-tengah berbual, jawabnya pun tengah-tengah jugalah! Punyalah!

      Oh, silap tu ayat!

      Mesti tulis macam ni - I is very the busy todaylah you...!

      Barulah perfect grammar!Hahaha!

      Oh, saya pun suka makanan bersantan tapi HD tak suka! Kalau dapat bestnya alahai...

      Saya selalu juga tau lepas makan barulah risaukan kolesterol. Sebelum makan tu langsung tak kisah. Hahaha!

      Delete
  14. bab masak2 ni mmg masalah negara kak oiiiiii...hari2 sakit otak nak pikir masak ape....balik2 daku ulang jek laa kari, masak lemak, asam pedas, nasi lemak, gulai...penin wooo....tapi tu laa kite lebih pada selera anak2 kan kak....tu balik2 ayam...ayam...ayam hahaahahaha...

    ooo umah akak wajib ade kentang ye...mcm umah lieya kalo masak letak kentang mmg kene pakse masing2 amik kentang tu...kalo tak ..tak diambiknyer....kite kalo masak kari ke kurma ke masak kicap ke suke boh kentang...baru cantik lauk tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Maklumlah tukang masak permanent memanglah pening. Ada masanya tengok muka colleague kat pejabat tu pun nampak senarai menu yang boleh dimasak untuk dinner tau ^_^ Hahaha...itu memang tipu!

      Anak-anak akak dua-dua tak suka kentang. Yang kentang 5kg tu untuk kami lakibini aje membedal. Tapi tau ajelah penangan kentang ni kan. Mahu melebar segalanya ^_^

      Delete
  15. Kekadang lauk campak-campak macam tu lagi sedap MD..
    Ok lah tu utk makan depa adjer..

    Sebab MD dah ada asam pedas dan lemak udang tu ..
    Cukuplah memenuhi napsu makan MD tu hahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Pandai CH teka. Dua lauk tu memang saya punyalah sebab Mami tak makan pedas. Ngah saya kalau dah masak lemak ni memang betul-betul pedas dihentamnya. So untunglah saya ^_^

      Delete
  16. tapi kesian dekat bubbly abang kalau takde ayam. hukhuhuk. kira tak pernah masak fillet ikan. spesies tak berapa suka makan ikan mcm gini lah ekekekeke. dah tu mil kata apa kak menu akak tu?

    ReplyDelete

Post a Comment