Mahu cerita apa?

Salam sayang kawan-kawan!

Hajat di hati memanglah nak mula update blog regularly bermula hari ini. Tapi nampak gayanya macam tak tercapai aje hajat di hati!

Maklumlah, rancangan asalnya nak pulun draft di rumah lepas tu scheduled entry tapi, macam-macam alasan I nak beri ni. Daripada I merapu beri 1001 alasan, lebih baiklah tak payah. Nanti again and again, panjang berjela entri jadinya dok membebel. Siapa yang susah? Awak, awak semualah yang jadi peneman setia my blog ni! 

Eh, ada ke regular readers? 

Punyalah perasan, langsung tak cover malu 😊

Hari ni berilah I peluang untuk membebel tanpa arah lagi sebab tak tahu nak bebel pasal apa tapi tetap juga nak update blog! 

Maklumlah, kan banyak 'parit' I nak korek sebelum sampai ke destinasi cerita. Penulis novel ternama memang macam ni gayanya. Nak menyiapkan 1000 mukasurat novel bukan senang, duh!

Sebelum terlupa, ucapan terima kasih kepada jiran sebelah terpilih, tersayang dan terpuji kerana buat entri khas yang panjang berjela buat jiran selebritinya ini. Terkejut chimpanzee I dibuatnya. Bukan apa, setahu I memang jiran sebelah ni sejak di bangku tadika lagi malas menulis. Kalau disuruh tulis ayat tunggal, dia tulis abjad tunggal aje 😊

Jadi terima kasih banyaklah sebab dia sanggup memerah otak dan mencari idea untuk merapu demi jiran kesayangan dan sentiasa dirindui bila tidak bersiaran ni...

I lap you, MakJilap! You are the best kawan alam maya I ada tau... 

Meh sini kejap kita sep-sep sambil singgul-singgulan! Agak-agak terpelanting jauh tak gamaknya kalau kita bersinggulan, Mak? Hahaha!

Tapi, jangan pulak kata  I sayang MakJilap sorang aje! I sayang semua kawan-kawan alam maya yang dikenali sejak mula berblogging in 2013. First batch yang dikenali tu, ada yang masih aktif lagi dan ada juga yang tak tahu mana menghilangnya. Maklumlah, berblogging ni cuma minat sampingan aje, masing-masing ada banyak tanggungjawab lain yang lebih utama. Jadi mana yang ada tu, kita erat-eratkan ajelah ukhuwah sambil bertepuk-bertampar tanpa sempadan!

Knowing me, janganlah ambil hati mahu pun tersayat hati aje kalau dah bergurau tu. I ni mulut cakap lain tapi hati baik tau! Tak pernah terniat pun nak berhasad dengki dengan kawan-kawan alam maya yang dikenali. Kalau bertepuk bertampar dan bergurau tu, memanglah tak ingat dunia tapi sekadar bergurau aje, takda maksud lain sampai nak menyakitkan hati kawan-kawan. Betul tak aweks blogger

InsyaAllah, kalau masa mengizinkan, I updatelah blog dengan cerita watak-watak utama blog ni ya 😉

Jumpa lagi di lain entri.

Adios ^_^


Comments

  1. kira dua alam lah ni yer.. mulut lain hati lain.. rasa lama tak nampak MD membebel kat blog.. Sibuk untuk piliharaya akan datang ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Double personalities gitu ~_^

      Ish, Suria ni memang bijak tau! Memang pun akak tengah sibuk nak menanti kedatangan pilihanraya. Tengah buat ink sendiri ni, nak tengok kekal ke tidak ^_^

      Delete
  2. Regular reader?? Ramai weyhhhhh, akak salah seorang darinya w/pun namaku tak pernah disebut2, opssssss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo.... ni yang buat tersayat hati ni! Janganlah macam ni. Sayakan dah kata saya sayang muah-muah semua rakan blogger yang saya kenali. Cuma kadangkala terlupa nak sebut nama. Mak tu lainlah, kalau tak mengumpat dalam setengah jam aje, tentu dah terbatuk-batuk kena umpat. Jadi kenalah kita umpat dulu sebelum dia start. Hahaha!

      Delete
  3. Assalamualaikum dan selamat hari Isnin MD.

    Baguslah tu, sudah ada permulaan yg baik utk tahun 2017 ni. Kiranya ini intro entry utk entry2 yg seterusnya lah ni ya? Belum keluar lagi watak-watak utama blog nampaknya tu...T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumsalam, KB!

      Memang plan asalnya nak mula update blog hari-hari mulai hari ni. Tapi dari Jumaat malam sampailah ke Ahad malam, masih lagi tak sempat nak tenyeh jari-jemari kat laptop mengdraft katanya. Maklumlah... merajuk kan orang tak ingat tarikh ~_^

      Watak-watak utama tu banyak oh ceritanya. Entahlah sempat cerita ke tidak. Takut terus hilang idea nak menaip entri kalau dikempam lama-lama dalam otak!

      Delete
  4. Assalamu'alaikum MD...

    teruskanlah berkarya dan InsyaAllah kakcik akan datang baca walaupun blog sendiri bagai dah kurang nyawa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumsalam, Kakcik!

      Hajat di hati memanglah nak maintain blog ni. Yalah, banyak kenangannya dan lagi, menulis pun bukan pendek-pendek gitu. Penat kalau dibiarkan aje.

      Delete
  5. btul tu, lgi 4 days...hehehe...haah,kita pown datang dr blog mak jilapah tu hari...

    PS: terima kasih yea sudi doakan baby....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Lagi 4 hari dah hujung minggu. Kalau nak teruja bekerja di hari Isnin, kenalah fikir yang positif-positif sahaja ~_^

      Delete
  6. Hahah. I feel you kak kadang kadang ada masa tak tahu nak cerita apa padahal banyaknyaa benda boleh tulis. Sudahnya main tutup bukak aje dashboard blogger tu. Heheh. Happy Working kak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita tu ada tapi ada masanya memang tak tahu nak cerita apakan, Nani. Akak memanglah sentiasa beri alasan sebab gambar tak watermark tapikan kalau gambar dah watermark pun akak tetap juga malas tau ^_^

      Delete
  7. Kite pon byk je cerita nak cerita kat blog, tapi bila pegang keyboard je terus semua pon ilang d lautan dalam, haha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah lama perap cerita, memang tak terceritalah akhirnya, Yien. Macam tulah akak ni. Banyak sangat idea sampai tak tahu nak tulis apa. Akhirnya langsung tak cerita dah!

      Delete
  8. Oo rini kira hari bebel sealamaya lah ye. Takpelah bebel pun bebel lah ya minah bebel, oppss..

    Awainya dah membilang hari nk ujung minggu, ni tak monday blues mesti mood swing kan, tak pun tak puas lagi melenjan ngukur jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni introduction aje dulu, Kak G yerk. Lepas ni barulah boleh bebel sesuka hati. Nak start bebel pun kenalah ada caranya. Hahaha!

      Kalau tak dibilangi hujung minggu, mana datangnya mood nak bekerja tu? Ni pun kalau tak kerana terpaksa juga bangun sediakan sarapan Mami, mahunya malas nak pergi kerja pagi ni tau! Dahlah hujan. Tidur lagi best!

      Delete
  9. MD, just write. Tak kisah whatever, I will read and so will your regular readers. I think you have many fans, dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah disuruh-suruh PH. Akibatnya merana pembaca tau. Hahaha!

      Delete
  10. Kalau MD kata tak de cerita pun panjang..kalau ada cerita lagi panjang..acik suka je baca..lagi kalau ada cerita abang ngan adik cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni mana pandai tulis pendek-pendek, Acik. Kalau saya tulis pendek tu, memang sebab nak demamlah gamaknya ^_^

      Cerita anak-anak tu banyak tapi tak dan nak menaip entrilah Acik. Nantilah ya ^_^

      Delete
  11. Baru nak stim dah terencat. Apalah punya pendik entri kali ni?
    Takkan dah insaf kot? Memang tak mungkinlah....

    Nak mak bagi tahu sebab ke kenapa kat Ton tak boleh buat draft entry banyak banyak kat rumah tu? Bisa aje...

    Hati hati ye Kak Ton, tak payahlah nak tanya pasal senggolan kedua, ketiga . senggolan sulung mak jer dah buat Kak Ton tertiarap hokey...nampak tak betapa sadonya mak disitu haha....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu, Mak dah take over entri panjang berjela Kak Ton sapa suruh? Ni Kak Ton masih lagi drag diri ini untuk menaip entri. Maklumlah kalau hari ni tak keluar entri, ada pulak yang rindu sampai demam-deman takda sapa nak layan mengumpat. Tak gitu ke, Mak?

      Ish bilalah kita ni nak insaf ya Mak? At least Kak Ton sesekali tu ada juga datang keinsafan. Bukan macam Mak, memanjang otak kuning. Memanjang menari kat dawai cable car. Oppsss!

      Mana Mak tahu Kak Ton tak kuat? Kalau Kak Ton tersinggul masa tengah buat tarian singa, mahu Mak terpelecok ke lantai di buatnya!

      Delete
  12. yeahhh tu dia, MD dah keluar dari pertapaan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah keluar dah tapi tak tahulah sama ada keluarnya macam Chipsmore atau regularly hari-hari ^_^

      Ada aje tau aral melintang patah tak bagi kita up entri baru. Salah satunya of course malas ^_^

      Delete
  13. Rasa macam pendek pulak entry ni.. eemm..
    Lepas tu ai pulak dah lama tak jenguk rumah kengkawan.. eemm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pendek. Sebab malas nak taip panjang-panjang ^_^ Tapi cuba tengok entri sebelum ni, masa baru keluar dari pertapaan. Nangis tau kalau kena baca dengan tekun!

      Delete
  14. Dah lama tak main sep2..
    Jom kita main sep2 MD hahaha..
    Sama lah mcm hakak ni..
    Konon nak update hari2 tapi dah lemau pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah CH!

      Bila dah lama tak update, malas pun melanda. Bila malas melanda, jangan haraplah ya kerajinan akan datang menyelamatkan. Memang lamalah bertapa, CH!

      Delete
  15. kira pun lama dah tak update blog and blogwalking. bukanlah banyak sangat komitmen. tapi sebab rajin sangat tengok running man dekat utube!!! lepas tu masa pun berlalu tak sempat nak jenguk blog hikhikhik

    ReplyDelete

Post a Comment