Salam Tahun 2017

Salam kawan-kawan!

P.S. Entri ni panjang alahai, maklumlah lama tak menulis! Sila jangan kecam kata I sawan berceloteh pulak. Hari ni aje tau I muncul di kaca komputer masing-masing 😁

Agaknya terlewat sangatkah kalau I nak ucapkan Selamat Tahun Baru? 

Maklumlah, dah 10 hari kita berada di tahun baru tapi cuma baru hari ini I ada kesempatan untuk menatap blog yang lama ditinggalkan.

Ya, I masih ada di luar sana 😄 Alhamdulillah, sihat walafiat cumanya sibuk sangat dengan urusan peribadi dan hal di pejabat. Nak 'berjimba' di alam maya memanglah tak dapat! Ini pun dek kerana tak tahan nafsu nak menulis panjang berjela, I 'curi tulang' sekejap di awal tahun ni.

Yang sebenarnya, pagi ni tak sesibuk seperti selalu maka, apa lagi nak dibuat; marilah menghadap blog sendiri sambil tersengih sendirian.

Apa khabar kawan-kawan semua? Harapnya masing-masing sihat sejahtera di samping keluarga tercinta melayari kehidupan di tahun baru yang semakin mencabar ini. Ada yang merindui my celoteh tak ni? 

Kalau pun rindu, rajin-rajinlah baca entri lama di sini. Ada 760 entri yang panjang berjela untuk dihayati tau 😊 Memang hilang terus rindu kalau dah asyik dengar I membebel.

Agaknyalahkan...

Oh, macam tahun sebelum ni, tahun 2017 juga disambut tanpa azam baru. Azam-azam yang dibawa ke depan dari tahun sebelum-sebelumnya pun tak semua terlunas, nak buat apalah berazam baru. Nak diet, memang takda dalam senarai. Nak kurang membebel, pun tak tahulah boleh masuk senarai ke tidak. Nak jadi lebih baik, memanglah nak tapi tak tahulah mampu ke tidak! 

Cumanya I berharap tahun ni akan jadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Cliche sangat harapan I ni yerk!

Macam biasa, awal tahun I memang akan bercuti kerana sesi persekolahan bermula. Oh, takda, takda! I takda anak yang masuk Tahun 1 this year tapi biasalah namanya pun supermak, my anak-anak bujang dah masuk Tahun 5 dan tahun kedua di tadika pun I sibuk mengendeng sama!

Bak kata my colleague, rasa-rasanya sampai anak-anak dah boleh berdikari pun I tetap akan bercuti awal tahun sebab nak 'meninjau' anak-anak! Scary katanya... 

I baru mula bekerja pada 5 Januari yang lalu. Makanya rutin bermula saat itulah. Banyak perkara nak dicelotehkan tapi kalau semua sumbat dalam satu entri, memang nayalah nampaknya. Kurang lebih kena buat part by part sampai 10 entri paling sikitlah. Nantikanlah bila kerajinan dan kelapangan berblogging I tu kembali ya!

My mother in law @ Mami, ada bersama kami saat ini sampailah pertengahan Februari nanti. Mami tak berapa sihat sebab arthritisnya, makanya aktiviti melenjan memanglah rare sekarang ni. Motif utama Mami datang pun sebab nak melegakan sakitnya. Jadi sebelum balik nanti, kenalah make sure sakit Mami tu ada kurangnya. InsyaAllah!

Apa yang berubah di my rumah? 

Banyak, I tell you. Dan di antaranya...

1) I rajin sungguh masak sebab Mami ada di rumah. Masak nasi tomato Mami kata sedap. Masak tomyam Mami kata sedap. Masak bubur ayam pun sedap. Kalau Mami tak cakap apa, mulalah I ushar HD sampai dia mengaku apa Mami komplen. Sebab tak tahan kena 'kacau', semua translation pun I dengar macam sedap aje masakan I ni. Konpius gak!

Pernahlah juga I masak menu Uzbek. Bukan Mami yang ajar. Bila HD suruh, I pun katalah jomlah tunjuk ajar sekali di dapur. Tahu apa dijawabnya?

You googlelah! Youkan pandai google macam-macam menu sekarang ni...

So, I pun googlelah. Nak masak pilov jadi nasi tomato, nak masak mastava jadi bubur ayam, nak masak shurva terus jadi tomyam! Apa kes nih!

Tapi I pun pandailah nak cover line. Takdalah I cakap I cuba masakan Uzbek kat Mami. I selalu bantai kata ini ala masakan uzbek versi orang Malaysia! Takdalah kena kutuk. 


Tapi HD tu langsung tak membantu bila buat translation tau! Habis nak pecahkan rahsia. Maklumlah tak boleh nak menipu dengan emak sendiri kononnya!


2) TV langsung tak dapat tengok sebab Mami dan HD selalunya berborak bersama di ruang tamu, betul-betul depan TV. Kalau on pun TV  tu cuma channel 106, TV AlHijrah tak pun news channel. Nangislah I tak dapat tengok drama Korea kegemaran. Tapi itu hanya sementara. Seminggu aje. Lepas tu, I dah pandai main-main dengan remote control sampai tertukar channel 393 gitu... 

Sekarang ni Mami pun tahu. Asal pukul 9.30 malam aje Mami panggil I suruh tengok TV. Mami tahu I nak tengok TV waktu tu. Hahaha!

3) Makan tak bertambah. Nak kata malu, tak juga tapi entahlah. Macam takda selera membuak aje kalau makan depan mak mertua ni. Faham tak situasinya? 😊 Tapikan bila masuk tengah malam, mulalah perut berkeroncong dan sibuk buka tutup peti sejuk cari apa patut! Selalunya aktiviti ni dilakukan bila I pasti Mami tak akan keluar bilik lagi. Tapi pernahlah sekali kantoi. Tengah seronok menyuap tetiba dengar pintu bilik dibuka. Lelaju masukkan pinggan bawah tudung saji! Berdebar di dada tau!

4) Pakaian di rumah sopan sungguh! Sampaikan I kena sindir dek my sister. Doklah perli katanya nampak 'innocent' sungguh adiknya di rumah. Sopan aje berpakaian. Baju kelawar pun takdalah terkoyak sampai nampak aurat! Yang koyak tu semua dah buat lap lantai. Semua beli baru supaya Mami tak tahu betapa hodohnya menantu Melesya kalau berkelawar 😊 Kalau keluar bilik pun siap touch up bedak muka! Eh, kira 'Muslimah'lah sangat...

5) Dan banyak lagilah! Malu nak habaq semua tau! Habis buka pekung di dada katanya...

Dan alkisah my anak-anak bujang...

Bubbly Abang dah masuk Tahun 5 this year. Bila umur meningkat, dah pandai malu my anak bujang ni dan makin kuat sensitifnya. Kalau ditegur, muncung muka. Sedih kononnya hati terguris dek kena tegur!

Dek kerana tahun ni cuma ada sesi pagi sahaja, I kenalah keluar lagi awal. Ada masanya 6.20 pagi dah keluar rumah. Tapi tetap juga dapat terpacak depan pintu pagar sekolah tu pukul 6.45-6.50 macam tu. Mana taknya, dari Tahun 1 sampai Tahun 6 semua pagi. 

Hari pertama paling menyiksakan. Maklumlah makpak budak Tahun 1 teruja nak tengok anak start sekolah. Masing-masing nak buat tour dengan anak-anak seluruh bangunan sekolah; mana kantin, mana tandas, mana bilik darjah! Setiap detik pertama nak dirakam dek lensa smartphone! Packed I tell you!

Hari pertama hantar Bubbly Abang I tanyalah nak suruh I park kereta dan hantar ke kelas atau tidak. Jawabnya takpalah, dia nak cari si Daniel. Malam sebelum sekolah tu pun Daniel dah main whatsapp. Minta tolong sangat-sangat supaya Bubbly Abang sampai awal sebab dia takda kawan! Padahal abangnya di Tahun 6 dan adiknya masuk Tahun 1. Memang tak boleh percaya si Daniel ni tau!

Di kelas baru ni cuma ada 4 orang murid Melayu - 2 perempuan dan 2 lelaki (Bubbly Abang dan Daniel). Memanglah mereka kena berbaik selalu. Pendekata hari-hari main whatsapp nak check homeworklah, itulah, inilah. 

Yang kelakarnya hari pertama tamat sekolah. I dah tahu mesti jem teruk sebab semua bertumpu pada waktu yang sama untuk ambil anak masing-masing. I ni sanggup park kereta sikit punya jauh dari kawasan sekolah dan berjalan kaki lenggang-kangkung di bawah terik mentari nak ambil anak!

Macam biasa I tunggulah di depan pintu gate. Mak hai... panasnya! Bermandi peluh dibuatnya. I terpaksalah beri laluan kat makpak budak Tahun 1-3 yang teruja nak tengok anak keluar sekolah. Petik gambar dari atas pagar pun jadilah. Oh, teringat pulak kisah silam 5 tahun yang lalu 😊

Lagi cikgu suruh jangan block pintu pagar, lagi mereka berkerumun terjerit-terpekik memanggil anak masing-masing. Nak pitam den. So I tunggu tepi tembok. Dah pesan pada Bubbly Abang, suruh tunggu di dalam sampai Mommynya datang!


Tunggu punya tunggu, dekat pukul 2 petang takda nampak bayangnya. I dah cuak. Murid dah makin berkurangan tapi bayang Bubbly Abang langsung tak nampak! Tahu ajelah overprotective mak macam I ni, mulalah panik dan fikir bukan-bukan. Berdebar kencang dada tau.


Nampak seorang budak dengan tag nama biru (menandakan dia budak Tahun 5) I terus meluru tanya kalau-kalau dia kenal my anak. Katanya ada nampak di kantin sekolah tadi. Lega mendengar. Bila tengok I macam kalut, budak ni masuk berlari dalam kawasan sekolah tapi kebetulan terserempak dengan my anak.


Termengah-mengah my anak bujang. Rupa-rupanya dia menunggu di Gate A dan I pulak menunggu di Gate D. Puas dia berlari ulang-alik beberapa kali dari Gate A di kantin ke Gate D mencari I tapi dek kerana ramai sangat murid dan makbapak di luar gate, dia langsung tak nampak Mommynya!


Rupa-rupanya pihak sekolah telah tukar Gate A kepada Gate D dan  sebaliknya. My anak ni memang keluar dari Gate A. Jadi cikgu sudah pasang tali rafia bersimpul di beg masing-masing untuk murid yang keluar dari Gate A. Untuk yang keluar dari Gate D, tali rafia di beg masing-masing diikat terjulur aje. My anak tak tahu Gate dah bertukar nama makanya bila ditanya, dia pun konfiden kata Gate A.


Dan lagi, Bubbly Abang nikan obedient sungguh. Bila dah suruh pergi ke Gate A, dia tak berani nak pintas ke Gate D tempat I menunggu. Takut cikgu 'tangkap' sebab ada tali rafia bersimpul di beg dan kebanyakan murid Tahun 5 dan 6 keluar dari Gate A di kantin. Murid Tahun 1 hingga 3 mostly keluar di Gate D, tempat I menunggu. Nak menyusup dia takut cikgu terpandang nametag warna birunya menandakan dia murid Tahun 5. Punyalah obedient! Tapi at the same time, dia takut juga kena marah dengan Mommy yang menunggu lama. Itu yang buat dia kejap-kejap berlari dari Gate A ke Gate D mencari I...


My anak bujang tercomel @ Adik Cute pula dah 6 tahun this year ya. Sibuk tanya kenapa tahun lepas bila orang tanya, 'How old are you?' 'I'm five' tapi tahun ni bila orang tanya 'How old are you?' kena jawab 'I'm six' pulak! Penat explain beribu kali!


Kami ambil keputusan kekal di Kidsworld memandangkan dia dah mula rajin pergi tadika sejak akhir tahun lepas dan dah ngam dengan kawan-kawan sebaya di sana. Nak pindahkan ke tempat lain, takut terganggu pulak. And, againlah I kena bayar sebanyak RM2500 untuk yuran satu semesternya dengan diskaun RM20 setiap bulan😄 My anakkan tengah belajar pra-U sekarang ni...


Keletahnya, uhuh tak payah ceritalah. Memang kena buat satu entri setiap keletah. Macam-macam hal si kecil busyuk manja I ni.  


Tahun ini Adik Cute di Mandarin medium. Entahlah kecut perut pulak I memikirkan si kecil ni. Mampu ke tidak dia mengharungi another language to learn... 


Hal-hal berkaitan keputusan untuk memasukkan Adik Cute ke Mandarin medium, kita berceloteh di lain entrilah ya. Panjang perbincangannya sampaikan teacher dok mesej seriau takut I pindahkan anak ke tadika lain!


Kalau ikut cadangan cikgu, nak pengsan I mendengarnya. Ada ke patut disuruhnya I hantar anak pergi extra classes lepas habis tadika! Kasihan alahai my anak. Tapi, kalau itu yang terbaik untuk membantunya in Mandarin, I memang takda option A,B, C, D. Maklumlah I sendiri tak tahu Mandarin. Kalau tidak, semua I pulun sorang. Biar I aje jadi guru tuisyen anak-anak!


Ini budak pun hari pertama balik  tadika, I tanyalah...


Dik, Teacher Caryn ajar apa hari ni?


Entahlah! Tak tahu apa dia cakap kat depan tu.....


Tak ke naya kalau 365 hari this year, I dengar statement yang sama!


Duh!Duh! Duh!

















Comments

  1. Assalamu'alaikum MD... Happy new year :)

    Puas kakcik kecik besokan mata nak baca tulisan yang halus amat tu...hehehe
    Tapi tetaplah kakcik baca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Happy New Year 2017, Kakcik ^_^

      Sorrylah ya Kakcik sebabnya tak tahu entah apa masalah blogspot ni tadi. Maklumlah lama tak bersiaran. Size font sama saya guna tapi boleh pulak dia kecil besar ikut suka hati. Ingat malas nak bega sebab tak reti tapi kasihan pulak kalau dapat pembaca macam Kakcik tak pun rabun teruk macam saya, memang kecil besar mata dibuatnya!

      Delete
  2. Saya pun pelik tau bila nampak semua beg murid ada tali. Rupa-rupanya pihak sekolah nak bezakan mana satu keluar ikut Gate A dan mana satu yang akan ikut Gate D. Gate pulak bertukar nama, pengsanlah Mommy dan anak bujangnya berdrama main lari-lari tau!

    Saya dah pesan kat anak bujang saya, lepas ni ikut aje Gate D tu sebab tali rafia dah takda kat beg. Tapi katanya tunggu kat court basketball di kantin tu lagi best. Okeylah, Gate A barulah kita tunggu kalau dah gitu katanya!

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru MD...
    Sama la kita, tak pernah pula nak berazam bagai.. Cuma tahun ni berazam nak menabung banyak2... pastu tahun depan nak jalan2.... hahahaha...

    Moga MIL makin sihat la bila ada menantu mithali yg rajin masak menjaganya....

    Alahai, baiknya anak teruna MD...

    Sama juga dgn kak cik... Beria tilik apa yg MD tulis... Kenapa la tiba2 font kecik ni.. Tak baca, tak tahu cerita... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru, Nur!

      Ni azam menabung ni bukan nak melancong ke UK eh? Hahaha!

      Menantu mithali tak cukup tidur ni. Bukan sebab jaga mak mertua tapi sebab kena berjaga malam nak tengok drama Korea online ^_^

      Entahlah tak tahu kenapa tetiba jadi kecil besar. Saya dah adjust balik tapi nampaknya masih lagi kot di pandangan pembaca kecil besar aje tulisannya!

      Delete
  4. Yahoooooo geng mengumpat sudah kembali!! Weyh Kak Ton, mak pun tak de mood nak berblog tau sejak Kak Ton mengeram ni.Tengoklah dah seminggu mak pun mengeram jugak mcm Kak Ton tau. Udah udahlah tu, mengeram lelama bukan ada hasil pun. Baiklah kita mengumpat sesama Kak Ton.

    Bab makan tu, mmg mak memahami sangat Kak Ton. Sebab mak pun sama hihi.... Entahlah ek kenapa, makan kalau dengan mak mertua mesti tak berapa nak kenyang. Mcm nasi tu lalu je kat usus. Padahal diaorang tak kisah pun.

    Mak pun ingat nak beli kelawar barulah...kelawar yg ada tu masyaallah koyak rabak kalah gelandangan weyh haha....

    Anak bukannya ramai Kak Ton, berhabis ajelah duit utk depa, bukan anak orang lain pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh...siapa yang suka mengumpat ni! Kita tak, tak, tak. Mana pernah mengumpat tu jadi hobi kita. Mak lainlah memang kaki mengumpat. Hahaha!

      Tak sangka Mak begitu teruk menahan rindu kat Kak Ton ya, sampai tak lalu nak menulis entri. Apa ke tidaknya, asyik berjalan aje, bergayut kabel sana, menyelam laut sini, memanglah tak dan nak menaip entri!

      Kan, Mak! Depan mak mertua ni lain macam sikit nafsu makannya. Sopan aje, tak tahulah mengapa. Tiba-tiba nasi sejemput dalam pinggan tu tak terhabis nak makan. Tapi cubalah kalau mak mertua takda, kitalah orang terakhir yang habis makan! Hahaha!

      Baju kelawar tu Mak memang kena pakai sampai lusuh, sampai nampak semua aurat. Kalau tidak, takda feel pakai baju kelawar tau. Tak seksi. Hahaha!

      Ni my Chik dah nak open tender jahitkan baju kelawar adik-adiknya. Sehelai RM15 siap upah menjahit. Kain ela pulak dia beli yang murah-murah aje janji cantik.

      Kak Ton kesat peluh tahu Mak tengok registration fee Adik tu walaupun memang dah lama tahu. Yalah, tahun lepas dia buat hal, dua minggu sekolah, dua minggu tidak. Rasa macam terbang melayang sia-sia duit RM2500 tu tau. Kalau tahun ni dia buat hal lagi, melukut tepi gantanglah Kak Ton. Kahkahkah!

      Delete
    2. Nyampau tau...sejak mami ada ni, jadi muslimah sejati pulak.
      Untunglah orang ada Chik.... Dah dah.... jangan nak mengeram aje...pergi datang rumah mak sekarang

      Delete
    3. Tak baik tau awal-awal tahun dah menyampah kat orang. Menyampah kat orang takpa lagi, ni menyampah kat muslimah sejati macam Kak Ton ni, memang rasa macam tak patut tau!

      Siapa suruh Mak pelawa Kak Ton pergi rumah? Kalau Kak Ton tak balik dok mengumpat kat sana sampai tengah malam siapa yang bersalah?

      Mak ler... Kak Ton innocent ^_^

      Delete
  5. selamat tahun 2017 MD..memang lama MD tak bersiaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2017, Mar. Sibuk sungguh akhir tahun lalu membawa ke awal tahun. Mood pun kecundang aje, itu yang blog terbiar. InsyaAllah tahun ni startlah membebel semula ^_^

      Delete
  6. Selamat tahun baru MD
    Ada mami kat rupanya..terus bertukar erkh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2017, Ema!

      Adatlah kalau mak mertua ada bersama. Sopan sesopan-sopannya! Tak tahu nak kata apa lagi dah ~_^

      Delete
  7. Hello Mummy Dearie! I miss you lah! Happy New Year. Just reading your first day of school activities, I pun rasa letih hee..hee.. Anyway, glad you are back :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, PH! Tak sangka, ada juga yang merindui I dari kejauhan ya. Tersayat hati tau. Chewah ^_^

      Mulalah ni sawan perasan selebriti I dah sampai naik ke otak baca komen you ni, PH...

      Delete
  8. Hai MD. Welcome back. Hahah. Lama betul tu menghilang, hari jari tengok delat sidebar tak naik naik entry MD 😂 Samalah kita, tiap tahun nan hado azam baru selalunya guna pakai aje yang dulu dulu (yang selalu tak menjadi tu kan) Hahahah. Azam je lebih buatnya tidak jugak kalau Nani ni 😂

    Hahah, behave betul bila ada Mami dekat rumah. Wahh lepas dah dapat pujian masakan tu sedap meati berkobar kobar kan nak masak selalu dekat rumah. Hehe. Anyway selamat ke sekolah semula bubbly abang & adik cute 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Nani! Ingat nak invisible terus tapi sayanglah pulak tengok blog ni sekali-sekala dari kejauhan. Banyak yang dah dicoretkan di sini...

      Tahun baru tak payahlah susah-susah pasang azam. Bukan terlaksana pun. Teruja aje pasang azam sebab orang lain pun buat perkara sama. Sinonim sangat azam baru dengan tahun barukan. Azam yang ada tu lebih baik kita lunaskan satu persatu sebelum terkubur terus dalam hati ^_^

      Memang perempuan Melayu sejatilah kalau depan mak mertua. Mak mertua bukan tak tahu kita berpura-pura tapi tetap juga nak berpura-pura tau! Hahaha!

      Delete
  9. alahai MD, mengapalah dikecik-besarkan tulisan tu..saya jadi terabun sekejap nak membacanya!
    Diawal tahun ni mak-mak semua sibuk ek? Saya pun sama. Mengisahkan hal anak-anak tak sudah-sudah..Tambahan MD ada mami di rumah, semua kena bertukarlah ya..hihi

    Selamat tahun baru MD ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sengaja tu, KB. Saya faham perasaannya bila tengok tulisan kecil halus gitu sebab saya pun rabun teruk tau. Entahlah kenapa jadi macam ni hari ni. Saya dah betulkan tapi masih nampak kecil besar tulisan tu ya. Duh, tak retilah nak buat apa lagi!

      Mak-maklah yang paling sibuk awal tahun mengalahkan dia yang nak pergi sekolah tau! Macam saya, teruja nak bangun awal on first day of hari sekolah. Hahaha!

      Selamat tahun baru 2017, KB!

      Delete
  10. Selamat tahun baru MD..adik cute pun nak hantar ke sekolah cina mcm abang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2017, Acik!

      Ya, Adik Cute dah pun saya daftarkan di sekolah Bubbly Abang tahun lepas. Next year, chongchengchongcheng sepenuhnya anak-anak bujang saya tu nanti!

      Delete
  11. hahah.. Md dah masuk tahun baru pun u masih funny..kih..kih..
    i bca kisah mlm u bersama mak metua tu rasa bebunga2 jap..kelakar.. pastu rasa kalut pulak bila bca bab anak hilang ambil sekolah..pasal font kecil kot..tu rsa gelabab sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I cannotlah menulis dalam blog. Ingatnya tahun ni nak jadi serius sikit tapi itulah, niat aje dalam hati tapi tak jadi-jadi juga!

      Asal taip entri ni pun takdalah nak jadi bahan kelakar tapi tak tahulah mengapa entri kelakar juga yang terhasil selalunya! Duh!

      Font tu tak tahulah kenapa, PB. Kita taip sama size tapi boleh pulak kecil besar ikut suka hati. Azam tahun baru blogspot kot nak automatikkan size font ni ikut suka ^_^

      Delete
  12. Dah kisahnya panjang kakak kena buat list hihi...:)

    1. Untung juga ada mami boleh tumpang bermanja - MD aje yg tak selesa
    2. Bubbly abg dah makin besar dah pandai - nak jaga hati mummy/ tak nak ingkar perintah cikgu (kesian dia).
    3. Yg penting masakan tu mami dpt makan dgn selera dah cukup baik
    4. Utk anak berhabis tak apa MD janji kita dan dia selesa
    5. Adik cute kan bijak bab menjawab:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak Kakzakie ni tau ^_^

      Mami tak kisah pun sebenarnya Kakzakie tapi saya ni yang rasa janggal nak buat biasa-biasa depan mak mertua yang datangnya setahun sekali tu. Takutlah nanti apa pulak katanya, macam takda rasa hormat pulak.

      Memang betul tu, Kakzakie. Dah pandai rasa malu, dah pandai dok termenung kalau ada kekurangan diri especially size badannya tu. Mula dah komplen!

      Oh, bab Adik Cute ni ada banyak cerita tertunggak tak masuk blog, Kakzakie. Nantikan ajelah cerita basi tu bila saya free ya ^_^

      Delete
  13. Selamat tahun baru MD..
    Masih lagi di bulan januari..
    Tak lah lmbt sgt..
    Lain ucapan dibuat pada bulan jun ke sempena hari raya tu 😅😆

    Teruk juga sakit kaki mami tu ye..
    Kena lah HD pastikan mami sihat baru balik uzbek 😊
    Bila lagi nak tunjuk menantu mithali MD..😂

    Sian pula si abg sado..
    Terpaksa kehulu hilir gate ye..
    Cikgu pun tak maklum awal tukar pintu gate tu kan..

    Adik cute makan tahun juga nak serasi dgn sekolah ye..
    Ok lah kalau dia dah rajin gi school tu 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2017, CH!

      Ingat nak muncul di bulan Februari tapi takut pulak jiran sebelah sakit merindu. Hahaha!

      Dah 2,3 hari ni nampak dia okey pulak. Siap keluar berjalan dengan anak lelakinya lagi. Harapnya taklah teruk lagi. Nanti bila balik ke kampung halaman pertengaha bulan dua kalau sakit teruk juga, susahlah kami nak menjawabnya. Ni kira tanggungjawab juga menjaga kesihatan Mami semasa dia di Malaysia!

      Entahlah. Bubbly Abang ni selalu tak ambil pusing sangat apa orang kata. Jangan-jangan cikgu ada inform dah tukar Gate A tu merujuk kepada gate berhampiran kantin tapi dia yang tak dengar. Ni dah get used, suka pulak dia tunggu kat area basketball court dekat Gate A tu.

      Dah hujung-hujung 2016 baru tak boleh nak miss school, CH. Kiranya tahun ni tak susah nak kejutkan dia bangun pergi sekolah. Sekali cuit dia dah sedar. Senang hati Mommynya.

      Ni tengah suruh rajin belajar pulak. Buat kerja rumah memang rajin tapi belajar kurang rajin sikit!

      Delete
  14. Hamboiii, lame bebenaw cutinya.
    Selamat kembali memeriahkan mayapada ini.
    Ishhh..pjg naw citernya, dah tak tau nk komen yg mana, yg pasti den tau si MD ni pun byk keterujaannya nk diceritakan smp boleh jadi cerpen lak kan.

    Tapi yg den takleh tahan gelak bila si comel debab tu jawab tak tau cikgunya cakap kt depan ye. Boleh bayangkan camane situasi dia dlm kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah jadi blogger ni cutinya infiniti tak macam orang kerja fulltime, Datin ~_^ Dah terlanjur bercuti mengomel tu, apalah salahnya ambil terus sebulan dua. Hahaha!

      Itulah yang punca malas menulis. Kalau menulis aje tak tahu nak berhenti kat mana. Sebenarnya semalam niat nak memunculkan diri aje tapi entahlah tak tahu jari jemari ni memang tak boleh tekan keyboard tau! Laju aje menulis, menderu-deru idea merapu!

      Ish, memang ngerilah kalau sepanjang tahun ni dia kata tak tahulah apa yang cikgu bebelkan kat depan. Nangis meronta-ronta Mommynya!

      Delete
  15. Replies
    1. Selamat Tahun Baru, Fya ^_^

      Terima kasih sudi singgah ya!

      Delete
    2. Yalah Fya... betul kata jiran sebelah saya. Tak boleh komen kat blog awaklah!

      Delete
  16. salam selamat tahun baru MD. lamanya bertapa bercuti daripada berbelog ya. seronok baca bubbly pandai dan petah bercakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2017, Raihanah ^_^

      Memang lama bertapa. Macam-macam hal menyumbang kepada kesibukan diri di alam nyata ^_^

      Delete
    2. semoga dipermudahkan urusan MD

      Delete
    3. Terima kasih, Raihanah. Masih belum berkesempatan lagi nak fully blogwalking. Nak update blog pun semput ni sebab susah nak upload gambar ^_^

      Delete
  17. happy new year...salam perkenalan..datang dr blog hainom...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year 2017, HJ ^_^

      Terima kasih sudi singgah sini.

      Oh, ni penangan entri Mak lah tu ya... Kena peluk cium Mak ni nak ucap terima kasih *_*

      Delete
  18. Hepi new year MD..

    Pecah rekod akak kali ni, baca entri satu persatu dari atas ke bawa, tertib le kononnya hinggalah ke noktah terakhir.

    Biasanya baca laju2 supaya cepat abis, hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year, UA!

      Lama tak bertepuk bertamparkan. Sibuklah. Nanti-nanti bila senang kita jenjalan blogwalking ek ^_^

      Silap pilih entrilah tu. Entri yang panjang pi baca satu persatu siapa suruh. Siapa yang penat? Hahaha!

      Delete
  19. Selamat tahun baru MD....
    Dah tau dah MD mesti sibuk awal2 tahun ni apatah lagi ada mummy kat rumah.
    Part makan bertambah tu akak faham beno.Akak dulu sejak baru kawen hingga akhir hayat mertua tinggal serumah ,part makan2 ni akak tetap control depan mertua padahal dia tak kisah pun nk mkn bnyk mna ....akak je malu2 kucing .
    Wow mengalahkan kat U ya yuran adek cute....kenalah adek rajin ke sekolah lepas ni nk memahirkan mandrin utk ke tahun satu nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru, Kak Saniah!

      Memang sibuk sangat sejak hujung tahun lepas dengan kerja lagi, dengan kedatangan Mami lagi, dengan anak-anak lagi. Ni pun baru nak ngap, kak! Nanti dah senang lenang saya datang menziarah alam maya ya!

      Hah, itu memang pelik. Tak tahu kenapa selera tak up bila mak mertua depan mata. Bukan dia tak tahu pun kita suka makankan. Tapi entahlah, tak biasa kot walaupun katanya mak mertua datang tiap-tiap tahun!

      Delete
  20. selamat tahun baru MD.. seronok baca kisah mak2..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru, Rozita!

      Kalau dah kisah mak-mak ni mesti berkait dengan anak-anak ajekan ^_^

      Delete
  21. Replies
    1. Terima kasih, NR.

      Terima kasih juga sebab sudi singgah ~_^

      Delete
  22. salam md. selamat anniversary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Raihanah.

      Terima kasih ya.

      Kasihan dia banyak kali singgah tapi tuan rumah takda pulak ~_^

      Delete

Post a Comment