Cita-cita

Salam kawan-kawan!

Alkisah cuti extra yang I dapat tu sempena 'terbekerja' pada Hari Pertabalan YDPA Isnin lepas, ada syaratnya ya... 

I kena ambil dalam masa sebulan dari tarikh tersebut. Maka, sebab malas nak fikir panjang, I pun kononnya naklah ambil setengah hari untuk hari ni dan another setengah hari cuti this Friday. Tetiba boleh pulak kata tak boleh. Makanya I ambillah cuti penuh sehari Jumaat nih. Yeah! Panjanglah I bercuti hujung minggu ni tapi... takda plan pulak!

Asalnya tiga minggu sudah I dah booked hotel di dotdotdot tetapi HD suruh batalkan sebab takda hati nak ke sana. I ni pun akurlah kata suami. Tiba-tiba sebaik aje kita cancel, boleh pulak tanya kenapa cancel cepat sangat; cantik juga hotel tu!

Arghhh! Ahkak feels like crying blood gitu...

Ni tengah termangu-mangu main pensel dok memikirkan mana nak tuju. Nak balik kampung makan-makan lagi, baru aje balik minggu sudah. Takda feel pulak rindu kampung halaman kalau baru sangat terjah.

Tapi takpa, masalah tak tahu mana nak pergi masa cuti panjang hujung minggu ni, biarlah I selesaikan sendiri. Yang penting hari ni kita nak potpetpotpet pasal anak bujang lagi...


Sila jangan tunjuk muka jealous sebab dok fikir I aje yang ada anak-anak eh... Siapa suruh tak nak buka blog, boleh cerita 24-7 sehari pasal anak sendiri aje? Lantak pi lah orang jemu pun kan... Hahaha!

Ini kejadian baru berlaku semalam...

I terdengar perbualan dua beradik ni sambil main-main...

Abang, bila Abang lahir kat KFC? Eh, Abang lahir kat KFC kan? Ke McDonald?

Abang pura-pura tak dengar, maka tak dijawabnya!

Abang, bila eh Abang lahir kat KFC tu?

Kali ni Abangnya menjawab, 

Abang tak lahir kat KFC lah!

Habis tu kat McDonald ke? Abang tak ingat ke masa tu Abang jumpa kawan Abang yang pakai topi tu?

Ehhh.... I pun menyampuk...

Adik, macamana pulak masa Abang lahir Abang jumpa kawan dia?

Mommy tak ingat ke? Adik ingat masa Abang lahir dia jumpa kawan dialah!

Oh,alahai! Hebatnya si Adik Cute ni! Dia boleh INGAT masa abangnya lahir. I sendiri tak ingat dia kat mana...
😊

Yang sebenar-benarnya, soalan si Adik Cute telah terputar belit
😊

Apa yang dia ingat tu sebenarnya waktu kami menghantar mereka menyambut hari lahir kawan sekolah Bubbly Abang di McDonald! Macamana entah birthday party kawan abangnya boleh jadi hari kelahiran abangnya!

Tapi bukan main marah bila orang joke dia lahir kat McDonald...
😊

This is another conversation quite a long time before...

Mommy, dalam movie tu orang jahat panggil apa?

Orang jahat panggil orang jahatlah!

Bukan! Bukan! Orang jahat selalu Daddy panggil apa eh?

Oh, orang jahat panggil 'bad guy'!

Hah, betul! Adik nak jadi orang jahatlah!

(Dia bertegas nak jadi orang jahat dan selepas itulah timbul statement dalam entri semalam ' Kalau adik buat juga, Adik bukan anak Mommy!' Selepas tu bila dia minta susu, I kata tak mahu buat. Maka terpacullah kata-kata balasan, ' Kalau Mommy tak nak buat, Mommy bukan anak Adik!' Penuh confident gitu...
😊 )

Tahu kenapa Adik Cute nak jadi bad guy dalam movie?

Sebabnya...

Polis selalu pakai gun kecil aje, Mommy! Adik tak nak! Kalau jadi orang jahat, boleh pakai pistol besar-besar. Ada banyak pistol boleh pakai tau!

Oh, gitu!


I pun sedaya tenaga membangkang cita-citanya dalam movie 😊

Oh, don't worry! His latest ambition nak jadi angkasawan
😊 Ini cita-citanya selepas nak jadi arkitek, bomba dan polis 😊 Urutannya memang terbalik - mula-mula dia nak jadi arkitek dulu, lepas tu bomba, lepas tu barulah jadi polis. Daripada susah ke senang nak capai! Apa-apalah, dik...

Kenapa Adik nak jadi angkasawan?

Sebab senang nanti Adik boleh buat macam-macam kerja!

Abangnya pun menyampuk,

Dik, kalau dah jadi angkasawan semua kerja pun tak boleh buat. Sorang-sorang terapung tau! Jumpa Mommy and Daddy pun tak boleh! Balik raya pun tak boleh!

Puas dia fikir ikut logik akal tetiba,

Kalau macam tu, kita sama-sama jadi angkasawanlah!

Eh, Abang tak nak jadi angkasawan! Abangkan nak jadi hacker! 

Sampai saat ni cita-cita belum beralih angin lagi tau walaupun dia bukan faham sangat angkasawan tu apa...
😊

Tiba-tiba I terimbau kenangan lalu sewaktu Bubbly Abang lebih kurang usia Adik Cute...

Waktu tu ada World Cup kalau tak silap. Waktu HD tengok bola, Bubbly Abang sibuk main 'jentolak'nya. Kami pun jokelah tak tahu Bubbly Abang ni agaknya nak jadi apa. I pun tanya kat Bubbly Abang yang tengah busy betul bermain,

Luth, nanti dah besar jadi pemain bola ajelah ya!

Bubbly Abang pun tengok sekali lalu pemain-pemain yang sedang bermain bola dalam TV lantas menjawab,

Taknaklah!

 
Tak nak kenapa?

Kalau Luth main bola, macamana nanti nak balik jumpa Mommy! Dah masuk TV, macamana nak keluar balik jumpa Mommy?

Oh, ya! Logik juga tu...dah masuk dalam TV macamana nak keluar balik! Bukan senang ...
😊

Back to these days, my eldest son @ Bubbly Abang told me something on the way balik sekolah baru-baru ni,

Mommy, tadi masa PK  kita belajar pasal eiii, malu nak cakap!

Pasal apa?

Errr.. pasal organ perempuan dengan lelaki tu... ada gambar bird, Mommy! Yang perempuan pun ada... malu betul!

Eh, memanglah kena belajar! Makin besar, makin banyak kena belajar. At least takdalah dok panggil 'bird', 'telur' , 'bird', 'telur' aje! Kenalah tau penis apa, skrotum apa!

Yang perempuan pun nak kena belajar buat apa! Belajar lelaki ajelah...

Oh, malu ya! Nantilah dah besar sikit aje lagi, tengok menggelitis ke tidak nak belajar over-over!

Lalu, teringat pulak kisah si Adik Cute,

Mommy, bila Adik kecil dulu? (Maksudnya berapa umurnya yang dia dianggap masih kecil/baby)

Kenapa? Adik nak kecil balik ke, nak jadi baby?

Tak! Adik nak tahu, Adik hisap susu apa?

Ohh... Adik hisap dua! Sebelah Milo, sebelah lagi milk! (sajalah I joke dengannya...)

Dia pun terus gelak tak ingat dunia! 

Berlarilah ke arah abangnya,

Abang, abang tahu tak dulu abang hisap apa?

Hisap apa, apa?

Sebelah kiri Coke, sebelah kanan Pepsi! Sebab itulah Abang suka air sedap!

Dua-dua beradik bergelak sakan. Gelihati benar dapat hisap Coke, Pepsi dan Milo ikut kesukaan masing-masing
😉





Comments

  1. hahaha ada2 saja anak2 ni kan, menggelikan hati betullah.

    oh nak jadi angkasawan ye, sama pula dengan adrien ni, dia pun nak jadi angkasawan sebab tengok cerita upin dan ipin, tapi apa angkasawan tu dia pun tak tahu, yang dia tahu boleh pergi bulan, suruh pergi matahari tak mahu pula, panas katanya hahaha tahu pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka betul dengar dulu boleh pilih air apa nak! Hahaha!

      Buat masa ni memanglah nak jadi angkasawan. Akan datang tak tahulah sawan pekerjaan apa pulak yang datang. Ada masa-masanya dia nak jadi SuperWings aje ^_^

      Delete
  2. hahahaha.. sebelah coke sebelah pepsi pulak jadinya... Kena suggest kat pembikin filem jangan bagi senjata canggih2 sangat kat watak jahat.. satgi habis budak2 nak jadi badguy katanya.. tringat pulak cita2 saya masa kecik.. nak jadi penyanyi kau! Siap tulis dalam buku karangan sekolah nak jadi penyanyi alih2 kena skolah dengan cikgu tudung labuh.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni seriau juga tau, Suria. Kalau kita tengok movie, bukan main lagi dia pulak beria-ia 'mengarah' bad guys tu katanya! Takut juga kalau terpengaruh...

      Hahaha! Tak sangka ya nak jadi penyanyi rupanya ^_^ Tapi sekarang ni jadi penyanyi jugakan, lagilah high class gitu - nyanyi dalam bilik air aje. Kahkahkah!

      Delete
  3. Adoiiii... Tak menahan ayat yang last tu. Ada2 jer adik ni tau. Keletah anak2 ni lucu tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang best duduk di rumah, perkara macam nilah - melayan anak-anak berborak. Memang kelakar habis. Ada-ada aje ceritanya nak buat tak kering gusi!

      Delete
    2. Fiza,
      Saya pun gelak baca tu. Kalau kita nak minum milo boleh jumpa mummy.

      Delete
    3. Haipp... tak boleh, tak boleh. Kalau nak minum Milo, pergilah kedai mamak. Minum puas-puas. Hahaha!

      Delete
  4. Bila belajar bab PK ni teringat pulak CH dengan Nabil..
    Siap tanya dengan kakaknya..
    ehh kakak berdua..
    Korang dah period ke ...
    Kau sibuk nak apa pasal kata kakaknya..
    CH dengar pun tergelak..
    Pastu dia cakap balik..
    Orang lelaki keluar air mani ajer..
    Boleh cuti solat tak mama..
    Haaaaa.. cikgu ko tak ajar habis ke nabil..
    Kalau orang lelaki keluar mani..
    Dia kena mandi hadas besar dan solatlah,,
    mana boleh cuti solat..
    Orang perempuan period lama tu yg kena cuti solat..
    jika dah habis period pun kena mandi hadas..
    paastu solat seperti biasa..

    Banyak betul cita-cita adik ye MD..
    nanti dah besar tak tahu mana satu yg jadinya ye MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu pun mereka belajar tentang ini pada peringkat sekolah rendah. Ingatkan dah masuk sekolah menengah nanti baru belajar. Setakat ni takdalah dia tanya tentang period lagi tapi dia memang sedia maklum bila Nampak saya tak bersolat lama.

      Cita-cita Adik Cute memang banyaklah CH tapi tak tahulah yang mana boleh menjurus lebih sikit ikut minatnya....

      Delete
  5. Laaaaaa.... baru saya tau, you ada milo dgn milk. Milo tu yg kiri atau kanan. Untung HD,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Jangan tak tahu ^_^

      Oh, sejak anak-anak dah besar, proses pengeluaran Milo/susu pun sudah tamat operasilah. Kalau nak Milo, kena buat sendirilah. Lagi senang beli Milo kotak aje...

      Delete
  6. Lucu sungguh pertanyaan2 anak MD...ada2 je soalan yang tak dijangka...kelakar betul...lahai adek pandai pulak mengenakan si abang.
    Pasal PK tu ,anak2 akak tak pernah kisah pun kecuali Iman ni je...banyak songel...cakap yang agak ngeri kita nk jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Adik ni tak padan kecil, Kak Saniah. Ada masa-masanya memang kerja membuli abangnya aje. Abang tu harapkan badan aje besar tapi selalu juga dia mengalah. Betterlah dia mengalah, kalau tidak mahu berlaku huru-hara dalam rumah. Sekali dia libas adiknya, mahu melalak si kecil tu!

      Delete
  7. Aduihhhh, putus lagi urat kentot acik ni tau tak, gelak smp terbatuk2. Adik2, kelakar betul.
    Tapi ank2 den camtu masa blm cukup akal, ada yg cita2 nk jadi penjual kerepek, tu si kakak, ada yg cita2 nk jadi drebar bas, kot jadi toke bas takpe jugak, tu si abang besar, yg bongsu sekali tu masa umur 4 tahun nak jadi robot, masa darjah 1 cita2 nak jadi drebas bas juga, hrmmmm...rendah betul cita2 ank2 den tu.
    Dah besar barulah faham kot apa maksud cita2 tu.

    Uihh, sedapnya icap apa tu dik, ajaiblah mommy ada sebelah milo, sebelah milk ye, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, masih tak putus lagi urat kentut tu? Ingatkan dah lama putus. Hahaha!

      Oh, ya ke, KakG? Tapi biasalah budak-budak, apa yang dia Nampak selalu, itulah yang dijadikan cita-cita. Cubalah tanya bila dah berakal sikit, nak pangkat besar-besar aje ^_^

      Hah! Mommynya kan ada keponakan namanya 'Doraemon', memang ajaib-ajaib benda yang Mommy ada tau!

      Delete
  8. banyak mulut jugak anak MD ni. hihi kelakar. lahir kat kfc pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik yang si adik mahu pun si abang, masa baya gini memang kuat membebelnya. Ikut siapalah agaknyakan, Raihanah...

      Hehehe!

      Delete
  9. Nani pun walaupun cuti extra satu hari duduk dekat KL ni je. Balik Pahang sempat sehari je sebab banyak kerja dekat sini. Weekend ni pun tak plan lagi nak ke mana. Hahah. Tudiaa cita cita nak jadi angkasawan. Tak tahan betul nak gelak part yang last tu. Ada ada je dia orang ni 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni akak cuti 4 harilah senang cerita tapi sebab plan asal dah terbatal, tak tahu nak buat apa. Melepak di KL ajelah, jalan-jalan cari makan macam selalu ^_^

      Delete
  10. So hari Jumaat ni full daylah hakak Ton terbongkang atas katil ek...Bukan main sanagtkan....

    Bersembang dengan diaorang masa umur umur ni mmg best. Lagi best boleh koreh rahsia mak pak haha.... Nanti kalau jumpa adik, nak korek rahsia ar......

    Si TLBD dulu cita cita dia nak jadi bibik Kak Ton haha..... sebab agaknya dia syok tengok bibik menyapu, dia pun nak jadi bibik...Aduh lahai anak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana adanya, Mak. Hari Jumaat lepas Kak Ton keluar awal pagi apa. Lepas hantar Bubbly Abang pergi sekolah, balik rumah kejap. Ambil Ngah dan si kecil tu, teruslah kita berjalan-jalan mengukur kawasan sekitar. Dah kena sound, barulah teringat nak balik. Itu pun sebab hujan lebat tau! Kalau tidak, memang sampai malam rasanya...

      Hahaha! Hebat juga ni nak jadi bibik! Kalau Mak ada blog dulu-dulu masa TLBD kecil, memang jadi bahan tawalah ni Mak...

      Delete
  11. dah lama tak menyinggah blog mummy.. oh, kiranya tengah bercuti lah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah Ema sebab sudi singgah sekali-sekala. Nak datang selalu, bukan mudah ya tak...

      Cutilah sempena Hari Buruh ni tapi tak tahu nak buat apa. Nak jalan-jalan, dah terbatal plan. Pergi makan-makan ajelah kerjanya...

      Delete
  12. Melayan anak2 bersembang memang kelakar...
    tapi adik cute memang buatkan makchaq gelak habis la.. dengan abang lahir kat kfc la.., mommy bukan anak adik la.. nak jadi org jahat sebab ada banyak pistol... macam2 hal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka melayan keletah anak-anak ketika umur sebegini. Apa pun mereka buat tentu aje buat kita rasa gelihati. Even tengah marah pun tetiba tak jadi.

      Delete
  13. LOL! MD, this post is so fun :D :D :D The best is your "drinks dispenser" wahahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Who else have drinks dispenser like me? Only me, I bet ^_^

      Delete
  14. bila citer pasal anak2 ni MD memang a never ending story.
    moreover, dgr plak conversation diorang yg very the unik tu kan.
    ha ha ha senyum sendiri aida membaca citer MD yg all in one ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lagi-lagi masa mereka kecil. Macam-macam kisahnya yang buat kita gelak tak ingat dunia.

      Delete

Post a Comment