Gayat

Salam kawan-kawan!

Demi kawan-kawanku yang rabun macam penulis novel ni disayangi, I sanggup kopipes semula entri ni di tengah kepekatan malam dek kerana entri asal entah di mana silapnya, mengecil alahai font yang keluar...

I bet memang yang datang singgah taip komen buta-buta aje (= rabun nak baca), kasihan pulak teman rasa.... sebabnya teman ni pun dah kecik besar kecik besar mata dibuatnya. Sendiri tulis, sendiri tak nampak nih. Siksa!

Nah, retype eh re-copy (kehkehkeh) entri merapu yang asal... 😀

Malas sebenarnya nak menaip entri hari ni. Memang langsung takda niat nak update blog hari ni
😊 Tetapi tak tahulah angin sepoi-sepoi bahasa belah mana yang menyapa, tiba-tiba aje terfikir haruslah taip sesuatu hari ini walau sekadar merapu semata!

Ingat tak kisah I bercerita tentang betapa diri ini memang terkenal sebagai 'superfreaking' Mommy? Ahah, ni nak sambung ceritalah...

Hari Sabtu  yang baru lalu I pergi ke majlis merisik my anak saudara. I pergi sebagai tetamu, okey! Sebab itulah takda adegan super sawan ke apa mengalahkan insan yang dirisik.

Kebetulan majlis dibuat di sebuah homestay berhampiran dengan my house. My sister ni tinggal di Johor Bahru dan memandangkan kebanyakan adik-beradik kami di sini, maka anaknya pun buatlah majlis di homestay, senang cerita! Takda nak menyusahkan ibubapa mahu pun saudara-mara
😊

Homestay ni di sebuah kondominium baru. Unit yang disewa pula berada di tingkat 13. Masa mula-mula sampai, memanglah teruja bagai nak pergi majlis tetapi bila mana pintu lif terbuka nak naik ke unit tersebut, seram-sejuk pulak.

Keadaan dalam lif pun takdalah 'memberangsangkan' pandangan  mata emak-emak budak macam I ni. Macam lif tak siap aje kekdahnya. Kalau suruh I naik lif ni seorang diri di tengah malam, memang I tak balik rumahlah jawabnya. Tidur kat budget hotel berhampiran sambil telefon rumah suruh anak-beranak datang mai ke budget hotel... Hahaha!

Sampai aje di tingkat 13, I dah mula gayat! Pemandangan memanglah cantik. Nampak dari kejauhan kemegahan warga Kuala Lumpur, KLCC. Kalau skodeng pakai teropong, mungkin tempat kerja I pun boleh nampak
😃 Tapi dek kerana gayat teramat, terumbang-ambing rasanya I memegang dinding bangunan sebab kegayatan!

Aha! Jangan tak tahu! I memanglah nampak macam berani aje, tapi hakikatnya gua penakut beb!

Bila dapat aje masuk dalam rumah, orang lain teruslah nak menikmati pemandangan yang cantik. Terus tuju balkoni, nak tengok view menawan katanya. Maklumlah bila berada di bangunan yang tinggi-tinggi ni, pemandangan memanglah awesomekan. Serius terpesona sambil leka buat adegan sebabak menikmati keindahan! Weyh, weyh! Maksud I berselfielah, jangan fikir adegan yang bukan-bukan pulak!

Dan I pulak, mulalah terjerit-terpekik melarang my anak-anak turut serta ke balkoni. Puas I dok 'periksa' kawasan sekitar, yang mana rasa-rasa macam tak selamat. Hahaha!

Memang I tak leka langsung tau. My Adik Cute masuk bilik tidur, I pun masuk sama sebab nak dok perhati anak. Bila perhati anak yang ini dan anak bujang tersado di tempat lain, mulalah mulut berpesan berpuluh kali jangan sesekali melanggar kata-kata Mommy
😉 Kang Mommy naik angin kang!

Bila Adik Cute sembunyi belakang langsir berhampiran tingkap (yang tertutup pun...) dalam bilik tidur, mulalah I pun bising mulut mengomel; jangan itu, jangan ini. Asal anak hilang dari pandangan aje, I pun 'gundah-gulana' macam nak gila!

Eh, pendekata memang malanglah nasib my anak-anak dapat Mommy yang macam ni punya freaking takut hah!

Bila majlis dah selesai, HD pun ajaklah I pergi 'berdating' kat luar menikmati suasana indah di petang hari. Oh, my! Takkanlah my husband ni tak tahu isterinya kaki gayat!

I akur jugalah dah namanya suamikan...

Dear, I will  stand here! You nak bersandar kat tepi palang ke apa suka hati you! I memang tak nak!

Takutnya you ni...

Malang tak berbau, dear! I tak nak cari malang!

Sebaik nampak anak-anak I keluar dan sibuk lalu-lalang kat luar tu, apalagi bisinglah...

Jangan main kat tepi tu! 

Abang! Berapa kali Mommy kata jangan jalan kat tepi belah situ, jalan belah bangunan rumahlah!

Adikkk! Jangan pergi situ! Bahaya!

Peninglah semua orang dibuatnya... takut sangat! Macam dia aje yang ada anak 😊

Hey, memanglah! Sebab my anak-anaklah I jadi cam ni. Anak orang I peduli apa. Nak lompat dari koridor pun I tak kisah. Ehhh... ya ke?

Tiba-tiba my 'cucu-cucu saudara' yang baru berumur 3, 4 tahun tu berlarian keluar dari rumah dan bukan main berani lagi berdiri pegang palang sambil memandang ke bawah!

Oh,my! Berderau-derau my darah! Rasa macam nak meletup jantung! Berdiri bulu roma! Sempatlah berpeluh sejuk dek seriau sangat! Mana mak budak-budak ni...

I pun panggil my anak saudara @ mama kepada budak ni...

Eh, aunty tengok anak awak bukan main lagi berdiri kat luar tengok bawah! Bahaya tu...

Takut weyh...

Lagi menakutkan bila mana dalam minggu ni I terbaca kisah seorang bapa yang remuk-rendam hatinya bila mana anak lelakinya yang berusia 4 tahun meninggal dunia kerana jatuh dari tingkat 17. Dahlah anak sulung perempuan lelaki ini sakit. Mereka suami-isteri sibuk menjaga anak yang sakit lalu anak bongsu ni diserahkan pada atok nenek untuk dijaga. Atoknya pun tak tahu yang cucunya takda dalam rumah. Ingatkan keluar bilik bermain, rupa-rupanya budak ini sudah panjat kerusi ke apa lantas hilang imbangan dan jatuh ke bawah. Itu pun atoknya tahu bila pihak berkuasa ketuk dari pintu ke pintu rumah mencari budak ni tinggal di mana....

Oh, alahai... cerita macam nilah yang emak-emak tak suka dengar!

Walaupun itu sudah takdir, malang tidak berbau dan pelbagai alasan lagi, kita kenalah berhati-hati. I tahulah memang I ni terlebih berhati-hati tapi apa salahnya supaya tak menyesal di kemudian hari...

Kata HD, I merosakkan peluang untuk my anak-anak lelaki belajar berdikari. Sudah semua perkara nak merujuk pada Mommynya, apa kes pulakkan... 

Yalah, my anak bujang tersado yang gagah perkasa tu, kena gigit nyamuk pun nak tunjuk bekas gigitan nyamuk di lengannya kat Mommy. Kaki lebam sikit pun nak tunjuk ka Mommy! Memang berbululah HD...

Pendekata, memang banyak perkara sebenarnya yang I halang mereka daripada mencuba lantas membantutkan pemikiran mereka untuk berusaha menjadi seorang yang berdikari dan berfikiran 'di luar kotak' katanya!

Tapi nak buat macamana, mereka berdua kena redhalah yang I ni memang dah 'terpilih' menjadi Mommy kesayangan mereka dunia dan akhirat 😊

Kome tak gayat ke tempat macam ni? Gambar ahkak pinjam Google aje yerk!
P.S. Minta maaf ya kawan-kawan yang dah datang mengomen. Komen semua terdelete sama sebab entri asalnya telah didelete. I nak letak semua komen tu di sini, tak reti pulak macamana....

Update :

Ni je yang termampu buat...




Comments

  1. Huhuu...Akak dah xingat apa yg akak komen semalam.Apapun kita serupa...gayat.
    Baru lah ok nk baca ...taklah perlu nk kembang2 tulisan pd henpon akak yg sememangnya dh kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berjaya juga kopipes komen yang tak boleh dipublish tu, kak.

      Itulah ilmu tak banyak mana tapi rajin sungguh buat aktiviti bega-membega ni. Inilah jadinya. Dengan saya-saya sekali tak boleh syok sendiri baca entri sendiri. Hahaha!

      Delete
  2. saya pun gayat juga tapi cba elakkan ke tempat tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masanya tak dapat nak dielakkan. Dahlah kita gayat, dengan orang-orang yang rapat dengan kita pun kita 'perpanjangkan' kegayatan tu. Hahaha!

      Delete
  3. Nasiblah mak tak komen lagi..... Well sebenarnya mak mmg dah tau benda gini akan berlaku sebab tulah mak malas nak komen semalam haha....

    Gud Idea jugaklah kan Kak Ton, nak merisik nak bertunang sewa homestay. Tak delah serabut rumah kita. Sedara mara nak datang pun senang, rumah luas dan lapang ek.

    Siapa tak sayang anak weyh. Yelah budak budak lelaki ni kadang tu bila dah jumpa sepupu sepapat mmg lain macam sikit. Mmg eloklah Kak Ton sawan. Lagi lagi rumah konda mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, Mak ni macam bomoh kelapa pulak! Boleh main predict-predict apa akan berlaku pada blog Kak Ton. Kak Ton yang suka membega pun tak dapat predict tau. Hahaha!

      Senang Mak kalau buat kat homestay. Tapi majlis merisik ni pun kaum keluarga kami aje. Itu pun dah ramai. Bila masuk pihak lelaki datang merisik, tak cukup ruang. Tapi takpa, janji majlis berjalan lancar dan makanan sedap ^_^

      Gayatlah Mak tengok bangunan tinggi-tinggi ni. Nasib baik rumah sendiri tak berapa nak tinggi. Kalau tidak, hari-hari gayat nak balik rumah. Meroyan 24-7 sehari jadinya Kak Ton nanti tau!

      Delete
  4. kira pun ada masalah sama dgn akak. bukan gayat tu tapi over protecting. kalau masa baru dapat anak dlu lagi over itu tak boleh ini tak boleh. tapi pelan pelan ajar diri 'lepaskan' anak buat benda yang tau tak berapa bahayakan dia

    tapi kalau duduk atas langit dan tempat tinggi yang mcm akak kata malang tak berbau ni kira pun buat benda sama dgn akak. baiklah orang pandang kita annoying asalkan hati kita selamat kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni memang terkenal dengan sikap over protective, Kira. Tanyalah sesiapa. Memang akak ni cepat freaking sikit kalau membabitkan anak-anak walaupun anak-anak akak dua-dua pun lelaki. Akak peduli apa. Yalah anak kitakan, kalau anak orang kita tak kisah pun depa nak buat apa. Anak kita, kitalah yang kena jaga!

      Delete
  5. lain kali tulislah besar cenggini, barulah puas hati membaca setiap patah2 perkataan tu..

    jk akakpn gayat jugak weyhhhhhhhhhhhhhh, pot pet pot pet tetap ada, maklumlah sblm apa2 terjadi, baik kita beringat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah teknikal UA disebabkan tuan punya blog ni genius orangnya tau. Hahaha!

      Mahu tak gayat. Saya memang fobialah tempat tinggi-tinggi macam ni. Rasa semacam aje. Rasa macam nak jatuh ke bawah aje perasaannya. Gayat sangat tau!

      Delete

Post a Comment