Salam kawan-kawan!
Hari ni tak tahulah nak cerita apa. Gambar masih lagi tak sudah-sudah nak transfer. Malas betul rasanya tapi bila tiba saat menghadap blog, barulah sedar yang tak syok bercerita tanpa gambar. Macam tak biasa menggarap entri tanpa gambar tapi biasalahkan, I nak buat ni sebagai alasan 😊
I tak reti nak menaip entri guna smartphone. Dahlah skrin kecil bedo'oh, dengan tahap kerabunan yang I ada, memang menambahkan duka-nestapa aje buat kerja sia-sia begini tau! Nanti kalau I terlebih stress dan darah naik mencanak, siapa yang susah? I juga yang susah. You all takda susah manalah sebab boleh tarik nafas lega tak payah nak menyinggah 😊
Patutkah I google gambar apa yang ada aje? Senang sikit kerja!
Minggu lalu I ke sini sebenarnya...
Dan Jumaat yang baru lepas, ke sini pulak...
Nasib baiklah I ni cekap meng'pack'satu rumah dan meng'unpack' barang tau! By hari ni, dah selesai kerja meng'pack' dan meng'unpack' segala bagai harta-karun. Harapnya keringlah semua pakaian di ampaian dan bolehlah nanti meneruskan adegan lipat-melipat dan gosok-menggosok 😊
I know, I know, ramai sahabat-handai-kenalan jauh dan rapat tak suka bab ni. I no hal punya. Kalau nak minta tolong pun boleh. Errr.... tarik balik statement! Tak kuasa nak tolonglah! Hahaha!
By the way, I ni memang tak reti nak travel lite ya. Kalau sekali travel, memang penuh bonet kereta. Kalau boleh nak bawa seluruh bilik tapi apakan daya, bonet tak muat nak sumbat seluruh harta-karun dalam bilik.
Macam selalu juga, mana pernah habis guna pakai segala yang dibawa. Patut ke keluar dari KL sehari aje tapi sibuk nak bawa set cuci muka lengkap (cuci tak juga, terus terbongkang tidur kalau dah masuk bilik hotel), siap dengan mask dan scrub lagi, dua, tiga jenis losyen tangan dan badan! Harta-karun spare itu, spare ini! Itu baru sendiri punya. Kalau dah empat beranak punya barang, fikirlah sendiri berat mana bonet kereta tu jadinya!
Pun begitu, ada juga barang yang diperlukan tapi terlupa bawa. Dan segala barang yang dibawa, tak juga guna walaupun sekali! Kalau tanya HD, memang fed up nak dinasihatkannya. Disuruhnya I sewa lori 10 tan untuk bawa pergi 'makan angin'. Hahaha!
Hujung minggu ni takda adegan keluar KL tapi ada adegan sebabak risik-merisik ...😊
Haippp! Apa pulak nak merisik I... I ni dah kertu sebenarnya! Anak pun dah dua. Nak dirisik buat mak mertua macam lama lagi pulak!
Kan tahun ni ada dua lagi 'kompang dipalu' dalam my extended family... Kita tunggu ajelah sawan pengantin yang bakal berlaku. Tapi rasanya takdalah sesawan mana pun...
Okeylah, I malas nak merapu lebih-lebih. Kalau rajin nanti, I merapu lagi. Kalau tak rajin, tunggulah bila I kembali rajin keesokan harinya atau lusa atau tulat atau apa ek perkataannya?
I undur diri dulu ya 😍
Hari ni tak tahulah nak cerita apa. Gambar masih lagi tak sudah-sudah nak transfer. Malas betul rasanya tapi bila tiba saat menghadap blog, barulah sedar yang tak syok bercerita tanpa gambar. Macam tak biasa menggarap entri tanpa gambar tapi biasalahkan, I nak buat ni sebagai alasan 😊
I tak reti nak menaip entri guna smartphone. Dahlah skrin kecil bedo'oh, dengan tahap kerabunan yang I ada, memang menambahkan duka-nestapa aje buat kerja sia-sia begini tau! Nanti kalau I terlebih stress dan darah naik mencanak, siapa yang susah? I juga yang susah. You all takda susah manalah sebab boleh tarik nafas lega tak payah nak menyinggah 😊
Patutkah I google gambar apa yang ada aje? Senang sikit kerja!
Minggu lalu I ke sini sebenarnya...
Dan Jumaat yang baru lepas, ke sini pulak...
Nasib baiklah I ni cekap meng'pack'
I know, I know, ramai sahabat-handai-kenalan jauh dan rapat tak suka bab ni. I no hal punya. Kalau nak minta tolong pun boleh. Errr.... tarik balik statement! Tak kuasa nak tolonglah! Hahaha!
By the way, I ni memang tak reti nak travel lite ya. Kalau sekali travel, memang penuh bonet kereta. Kalau boleh nak bawa seluruh bilik tapi apakan daya, bonet tak muat nak sumbat seluruh harta-karun dalam bilik.
Macam selalu juga, mana pernah habis guna pakai segala yang dibawa. Patut ke keluar dari KL sehari aje tapi sibuk nak bawa set cuci muka lengkap (cuci tak juga, terus terbongkang tidur kalau dah masuk bilik hotel), siap dengan mask dan scrub lagi, dua, tiga jenis losyen tangan dan badan! Harta-karun spare itu, spare ini! Itu baru sendiri punya. Kalau dah empat beranak punya barang, fikirlah sendiri berat mana bonet kereta tu jadinya!
Pun begitu, ada juga barang yang diperlukan tapi terlupa bawa. Dan segala barang yang dibawa, tak juga guna walaupun sekali! Kalau tanya HD, memang fed up nak dinasihatkannya. Disuruhnya I sewa lori 10 tan untuk bawa pergi 'makan angin'. Hahaha!
Hujung minggu ni takda adegan keluar KL tapi ada adegan sebabak risik-merisik ...😊
Haippp! Apa pulak nak merisik I... I ni dah kertu sebenarnya! Anak pun dah dua. Nak dirisik buat mak mertua macam lama lagi pulak!
Kan tahun ni ada dua lagi 'kompang dipalu' dalam my extended family... Kita tunggu ajelah sawan pengantin yang bakal berlaku. Tapi rasanya takdalah sesawan mana pun...
Okeylah, I malas nak merapu lebih-lebih. Kalau rajin nanti, I merapu lagi. Kalau tak rajin, tunggulah bila I kembali rajin keesokan harinya atau lusa atau tulat atau apa ek perkataannya?
I undur diri dulu ya 😍
Seronok.dapat cuti2 MD..saya ni dah ambik cuti tapi tak kemana pun. Atok budak2 ni kena operate kaki hari sebab ada masalah pada kakinya tapi kami tak dapat balik pula.sebab suami tak boleh cuti. Atoknya masuk hospital dekat temerloh
ReplyDeleteBulan ni aje seronok lebih sikit, AA sebab banyak acara hujung minggu. Selalunya hujung minggu kami sama aje; kalau tak duduk di rumah, merayau cari makan tak pun mengukur kawasan di pusat membeli-belah. Naik jemu dah nih!
DeleteOh, ya ke begitu? Takpalah, semoga segala urusan atok AA dipermudahkan oleh-Nya.Doa saya semoga pembedahan kakinya berjalan lancar.
Betullah kata HD tu,kena sewa lori kalau nak bawak semua tu.MD:-).Apa cite sebenarnya ni MD ,pi merisik ke?..saja tau buat org tertanya2.
ReplyDeleteSewa lori 10 tan mahallah, kak! Kalau HD nak bayar takpa juga. Boleh angkut harta-karun satu bilik ^_^
DeleteHujung minggu ni ada merisik anak saudara saya, anak kakak nombor tiga ^_^ Adegannya kena tunggu minggu depanlah kak kalau saya rajin up entri ~_^
Rajin nya MD dan HD gi holiday main terjah..
ReplyDeleteCH tak boleh macam tu..
Jadi kelam kabut hahhaa..
Banyak benor harta karun nak diangkut tu...
Serupa dgn adik ipar akak ni..
Macam gi cuti Johor tu hari..
Beg smpi 3 macam nak tinggal seminggu..
Pada hal 3 hari 2 malam ajer tu hahaha..
Gi Cameron tu memang main terjah aje tapi yang PD ni memang dah lama booking. Kononnya Family Day adik beradik sambil-sambil tu sambut harijadi emak sekali.
DeleteOh, sayakan kalau ke mana-mana, tak kiralah sehari, dua hari, tiga hari, beg memang sorang satu. Itu maknanya dah 4 beg. Campur satu lagi bag untuk 'lain-lain barang'. Hahaha!
Kalau cuti seminggu, saya tak tahulah nak buat macamana, CH. Itu baru domestik, kalau international travel tak pun kena naik kapalterbang, memang penuh kargolah rasanya! Hehehe!
Yang atas tu taulah kat mana. Tp yg bawah tu pantai manakah yg Kak Ton tinggalkan jejak?. Benda dah lepas takkanlah nak rahsia jugak. Tak de sapa nak skodengnya....
ReplyDeletePeliklah Kak Ton ni, keje keje pack unpack pulak yg disukakannya. Tak boring ke. Mengepack tu ok lagilah sebab nak berjalankan...yg unpack tu....uhhh benci tau mak!
Kak Ton dah kertu kertu ni buanglah tobiat suka bawak barang sampai 3 lori kontena tu, bawak simple simple udah, kurang sikit lenguh tangan laki kita mengangkutnya...
Nantilah, Mak. Tak thrill tau kalau semua nak beritahu dulu. Tunggulah entri yang entah bila tu. Kak Ton pun teringin nak guna ayat-ayat madah pujangga macam Mak juga ^_^ I is jealous meh ^_^
DeleteOh, Kak Ton tak tahanlah kalau balik rumah barang tak ber'unpack' lagi. Asal keluar aje dari bonet kereta, terus kena unpacklah. Tak main tinggal-tinggal kat dalam rumah tunggu seminggu sebulan sudah baru nak unpack ~_^
Apa nak buat, Mak! Sebab Kak Ton rasa tak kertu dalam hati itulah yang menyebabkan Kak Ton suka angkut satu bilik bawa jalan-jalan makan angin. Lepas tu Kak Ton juga yang sakit sendi sini, sana sebab kerja-kerja meng'unpack' nih...
Sama la dengan I.. Kalau boleh nak bawa rumah sekali pergi mana2 kalau travel jauh. Tapi sekarang dengan belajar keluar dari zon tipikal perempuan kalau packing memang bawa almari, peti ais, meja makeup bagai kan.. Sebab selalu kena marah. Dah la orang tolong pack semua.. marah pulak. Suruh depa pack sendiri satgi pakai tak salin baju 3 hari 4 malam hahahaha
ReplyDeleteHah! Nasib baik ada geng. Ingat sendirian aje di alam maya nih. Terasa kecilnya dunia. Hahaha!
DeleteKan! Kalau kita tak tolong pack, tertinggal itulah, inilah. Dah kita tolong packkan selengkapnya, komplen pulak. Memang nak merajuk aje rasa hati tau.
Sukahatilah nak bawa lori ke kontena jalan-jalan makan angin sekali. Nanti kalau tak bawa, kita juga yang susahkan!
Cadangan akak le kan.. jk dah nak bw satu rumah setiap kali travelling, apa kata MD risik2 sebuah bas, kemudian ubahsuai..
ReplyDeleteDlm tu ada ruang tamu, bilik tido utama n ntuk anak2, ada dapo dan tandas bagai, senang . Setiap kali nak makan angin, semua dah tersedia..
Bagus juga cadangan ni... ^_^
DeleteKat Malaysia ada jual RV tak? Kalau ada, jimat dah duit tak payah nak sewa bilik hotel. Bawa RV aje ke mana pergi. Senang sikit ^_^ Mesin basuh pun boleh bawa sekali siap dengan almari pakaian!
Nanti boleh propose kat HD kotnya boleh jadi akta properti terbaru. Hahaha!
MD, to me packing for a trip is a headache. I selalu (not that I travel often lah) phobia that I will leave something important behind like my spec mata or contact lens solution bagai. Then bila balik, unpacking again and I tend to longgok2 my stuff in one corner and it stays there for a while LOL! That's why I tak gian nak travel. Too much hassle to me >.<
ReplyDeleteActually, packing and unpacking are too much hassle even to me. Tapi sebab I selalu sawan pack and unpack barang, it is just kerja mudahlah!
DeleteI kan PH, balik kampung pun bawa sepuluh beg! Mengalahkan kat rumah kampung tu takda apa barang. Semua pun nak bawa tau!
Mmg sifat azali mak2 lah tu MD ... klu boleh satu lemari nak dibawa. Tapi bab unpacking balik tu lemah sikit. Kadang sebulan dibiar dlm bag tu .. hehe
ReplyDeleteKan! Kalau tak bawa rasa macam terkilan tau nanti nak guna barangnya takda. Padahal, bukan guna pun. Saja beratkan beg aje!
DeleteEsokla singgah semula, penat weh hari ni.
ReplyDeleteSelalu tau macam ni, KakG. Tetiba orang nak reply komen tak tahu nak merapu apa tau! Hahaha!
DeleteBest nyer ke cameron Highland... Aisyah dah beberapa kali duk ajak pegi sana... Nak petik stoberi katanya... rindu nak picking2...
ReplyDeleteGambar yg kedua tu, nampak mcm pulau... Hurm, pulau mana tu MD?
Wawawawa.. sy paling tak suka pack and unpack barang... Yes, tak suka tau lipat2 kain ni... Kain kat rumah ni entah dah berapa lama tak berlipat... hihihi
Saya dah lama tak pergi. Bertahun-tahun sudah, Nur. Sejak sebelum kahwin sampailah ni lama dah tak naik CH ni. Lama juga plan dengan HD nak naik CH bawa anak-anak tapi asyik tak menjadi. Tetiba pulak dua minggu sudah HD kata jomlah naik CH. Dalam hujan lebat sepanjang perjalanan kami ke CH tau ^_^
DeleteYang bawa tu bukan pulau. Dekat aje sebenarnya. Lepas tengok gambar sampan tu, terus terfikir, saya letak gambar yang betul ke? Sebab masa google memang katanya tempat percutian saya! Hehehe!
Bestlah lipat kain, basuh pakaian bagai. Pack dan unpack barang tu saya tak suka tapi tak tahan tau tengok barang tak berunpack. Pitam rasanya menengok! Sebab itu keluar aje dari bonet kereta saya terus kemas. Takda simpan-simpan!
rajin MD gi holiday. saya ni asyik cadangan je, tapi tak buat2
ReplyDeleteBaru kebelakangan ni rajinnya datang, Raihanah! Biasanya plan aje tapi tak menjadi. Kalau tak plan, barulah menjadi!
DeleteSamaaa! Tak suka jugak taip entry guna handphone. Kecik tu satu hal lepas tu nanti bersepah sepah typo. Hahaha! Wahh seronoknya jalan jalan. Nani kalau nak pack barang lajuuu. Bila balik tu fuhhh rasa macam malas ya rabbi lagi lagi nak kena laundry apa semua. Eheheh.
ReplyDeleteBila berjalan memang macam macam benda nak bawa kan. Selagi tak penuh beg tu letak lah semua benda. Guna tak guna belakang kira. Hahahha!
Susahlah nak guna handphone. Nak membaca pun susah. Nak mengomen pun susah. Inikan pulak nak suruh taip entri guna handphone. Lagilah berdouble triple susahnya (walaupun tak pernah cuba ^_^)!
DeleteSemua benda nak diangkut sekali tapi gunanya tidak sekali pun. Hahaha!
hahahaha perangai kita sama kak!!! kadang suami peril peril lagi bawak barang banyak tu. sekarang kita pulak balas. suruh dia beli kereta besar tinggi2 senang kita nak bawak almari bila keluar holiday atau balik kampong. almari pun nak tempeh yang ada rosa. senang tolak masuk kereta.
ReplyDeletedia tak paham ke kita ni bawak banyak barang pun untuk dorang jugak. herrrrr haahahahaha
Kadang tu rasa macam tak lengkap percutian kalau tertinggal barang. Itu yang semua pun nak angkut. Yalah, masa mengemas tu terasa macam semua pun keperluan tapi bila dah balik bercuti tu, itu tak guna, ini tak guna. Buat berat beg aje.
DeleteNak buat macamanakan... dah disuruh kemas, kita kemaslah. Kalau tak nak bawa semua, kemaslah sendiri. Hahaha!