Ku ke udaralah lagi ^_^

Salam kawan-kawan!

Beri laluan sikit, ahkak nak menonjolkan diri 😊

Aduhai... lama sungguh dok bertapa dalam gua gelap-gelita tak nampak cahaya matahari mahu pun rintik hujan. Keluar-keluar aje, terus terasa silau dek terlihat rumah jiran sebelah 😄  Terpaksalah I pakai spek mata hitam semasa menaip entri ni supaya tak kena silauan segala sawan!

Lama bertapa, hang menuntut ilmu apa, MD?

Oh, takda menuntut apa pun kat Wan Peah! Macam biasalah, alasan cliche sesangat - I ni 'penyibuk' orangnya! Banyak perkara berlaku dalam masa bertapa  tu. Nanti-nantilah bila ada masa terluang, kita buatlah acara throw back banyak-banyak sampai orang jemu tak tertahan nak klik X di atas nun 😆

I muncul ni pun atas dasar kasihan kat my jiran sebelah yang terpaksa huhahuha sendirian sebab partner-in-crime tak respond apa pun bila dia huhahuha. Kasihanlah tengok dia terkinja lama-lama...

Lagipun semalam birthday jiran sebelah rupa-rupanya, boleh pulak I terlupa nak jadi orang pertama yang wish. Makanya, my jiran tu pun merajuklah tahap tak tahan nak tengok gambar selpienya tau! Hehehe...

Kejap lagi I nak pi tinjau rumahnya. Selama bertapa ni, I jadi silent reader aje. Malas nak jadi top commentator katanya. Tapi itulah, asal I balik aje dari rumah alam maya my jiran ni, mesti muntah kaler-kaler. Tak tahan weyh tengok terjengket sana, tergedik sini! I is tak tahan nak menghentam 😆

Okeylah, marilah I senaraikan hal-hal penting yang berlaku dalam hidup ini... (chewah 😖) :-

1. Mak mertua datang dan pergi. Wah, menggugat iman juga rupanya menjaga mak mertua ni walaupun sekejap aje! Banyaklah kisah pahit-manis segala bagai dikutip sepanjang perjalanan katanya...

2. My youngest adik ipar@ adik perempuan HD datang melawat kami khasnya dan Malaysia amnya buat kali pertama dari US. Yes, inilah kali pertama kami bertemu dengan anak-anaknya@my anak-anak saudara kerana selepas ke US, memang tak pernah bertemu.

3. Anak-anak nampaknya semakin membesar dengan jayanya. Nantilah ya, I tempek gambar terbaru mereka. Buat masa ni malaslah nak tempek-tempek gambar dalam blog nih!

4. Majlis kenduri kahwin Afiq dah pun selamat berlangsung dengan jayanya. Sekarang tengah masyuk honeymoon berdua-duaan di Kuwait nun. Entah bilalah boleh bertemu lagi. Setahun sekalilah gamaknya...

Sara ada juga balik sekejap. Lepas aje dapat passport 'diplomatik', teruslah terbang tak sabar nak jumpa insan tersayang katanya. Habis kena tinggal semua di sini. Kiranya I dah kehilangan 'bibik'lah ni. Oh, Adik Cute yang over sikit! Maklumlah, tak dapat nak meng'pow' Kak Saranya lagi!

5. Tahniah berkali-kali lagi buat one of my nieces, Nurul Alwani, kerana berjaya mendapat 9A+ dan termasuk dalam senarai 102 orang pelajar terbaik SPM baru-baru ni. Oh, no! My anak saudara bukan yang pakai make-up tebal tu 😊

6. My kentang kari diviralkan dek aweks blogger. Oh, sungguh ku tak sangka! Apalah yang seronoknya tengok kentang bertemu kari? Hahaha!

I lainlah, memang peminat kentang. Tak kiralah kentang tu melebarkan bahagian mana. Yang penting, masih lagi terasa nikmat makan kentang beregu dengan macam-macam kekdahnya. Nantilah ya kita berkisah tentang kentang dan sepupu-sepapatnya 😍


Yang sebenarnya banyak lagi yang I nak senaraikan tapi yalah, baru hari pertama 'berkarya', banyaklah kisah yang dah terlupa. Bak kata I tadi, nanti bila teringat kita buatlah throw back sampai jemu. 

Jangan jemu membaca sudahlah....

Jumpa lagi lain kali, lain masa dan di lain hari. 

Ahkak 'tutup cerita' dulu ya 😚

Comments

  1. Wah dah keluar dari gua ye MD..
    welkam back hihihi..

    Sikit jer senarai tu..
    Betapa punyalah lama..
    Paling kurang kena 60 list..
    Sesuai dengan masa bertapa tu hahaha :D

    Brpa banyak lah entri yg akan keluar satu hari ni..
    banyak yg hendak di "buang belakang" haha..

    Apa pun.. kata2 pemberi semangata..
    KIPIDAP
    DONGIBAB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat juga bertapa ni, CH. Hahaha!

      Kalau ikutkan hati, nak juga letak 100 senarai tapi yalah, dah dekat sepurnama mengambang dok dalam hutan, otak pun 'blank' lah,CH. Tapi takpalah, janji ada entri di hari ini yerk ^_^

      Delete
  2. welkambek yer MD... lama bertapa risau jugak kot2 jadi saka ke hapa ka hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni welcome back ke atau suruh mengembek ni, Suria? Hahaha!

      Oh, setakat bertapa lama-lama celah gua, celah hutan, celah kelengkang, opppsss.... Usahlah khuatir, Suria. Akak ni okey aje kalau dicampak ke mana pun. Tapi itulah, kena asah skil merapu balik dah!

      Delete
  3. Akakpn singgah jap ni, hilangkn stress awal di awal bulan...

    Serius, kentang kari viral mantop.. Cuma akak malas nak wt entri kentang viral, kang terlebih viral lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Singgah jap hari ni, hari lain kena singgah lama sikit. Kalau tak, nak masuk gua semula. Hahaha!

      Itulah pasal, camna kentang kari boleh viral? Kasihan tau tukang masak yang pro yang masak pelbagai aneka juadah yang complicated tu!

      Okeylah tu. Tuan punya resepi pun tak buat entri kentang kari tau ^_^

      Delete
  4. Tak de pulak emoji mulut kena sumbat kentang kat sini ek!!!

    Tulah.... lama lagi duduk dlm gua kan dah silau. Nasib baiklah power rabun tu tak tambah tau. Kalau tak kena tambah double kanta on top of spek rabun dekat tu haha....

    Emmm....tau pun buat point point untuk alasan tak keluar gua tu, senang sikit Mak G ngan Kak Saniah nak baca kalau tak rasanya boleh pusing bukkk sepanjang hari haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, tak sabar nampak nak menghentam? Nak kena hentam balik ke? Jangan main-main, kita dah lama bertapa menuntut ilmu hentam- menghentam ni ^_^

      Patut ke tak patut saya ke sana menghentam? Takut silaulah, Mak. Hari tu pun dah off mood nak menghentam dek kesilauan tau!

      Kita amat memahami orang-orang yang mengalami masalah membaca. Maklumlah, kita serupa ^_^

      Delete
  5. Selamat kembali MD...mujur tak lupa kunci... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunci sentiasa di hati, Kakcik. Itulah 'kunci'nya blog tak lupa. Hahaha!

      Delete
  6. Harini blog pertama akak bukak MD punya lah...Akak dah bersiap sedia tarik nafas ....rupanya ciput je cerita ....tak sempat nak semput dah akhir cerita.
    Ok tunggu cerita seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...dia punya standby tu macam saya tak guna noktah aje taip entri terbaru ya, kak ^_^

      Ini baru warming up aje, kak. Nantilah bila mood betul-betul datang menyeru, barulah saya buat semua orang tercungap!

      Eh, kadang pelik tau! Time kita tulis panjang-panjang orang kata penat membaca. Time kita tulis pendek-pendek, orang komplen pulak ^_^

      Delete
  7. Assalamualaikum MD..

    wahhh muncul juga akhirnya, banyak tu yang terjadi sewaktu pertapaan ya, takpe buat je entri throwback nanti ramai yang nak baca tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Akhirnya kenalah muncul juga, AA. Rasa rindu sebenarnya dengan blog tapi malas bertimpa-timpa. Tak leh mengarang langsung ^_^

      Banyak throw back tapi entahlah sempat ke tidak nak cerita semua. Takut dah basi sangat nanti!

      Delete
  8. welcome back MD...
    Ingatkan ada point no 7...

    7. Saya sedang alahan. Buka blogspot jer, terus rasa mual. Tu yg terpaksa bertapa lama...

    Hahahaha... lariiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nampaknya impian tu dah musnahlah, Nur. Mana ada fakta No. 7 macam tu ^_^

      Saya nak letak 10 senarai tapi baru sampai 6 je tetiba dah jadi malas. To be continuedlah jawabnya ^_^

      Delete
  9. Bersiaran lagi ek, MD? It's like waiting for a new season of my fevret show :) I expected a very long post hah..hah.. Macam tak puas baca. Your senarai got only 6 perkara. Can we have more? hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Sama macam nak tengok favorite drama, Walking Dead and then tetiba aje endingnya tak seperti yang diharapkan. Hahaha!

      I memang nak taip long post tapi kasihanlah kat you all semua. First day mari sudah semput mah...

      I do have like 100 senarai but penatlah PH nak taip! Kahkahkah!

      Delete
  10. Wahhh muncul dengan blog berwajah baru ni. Heheh. Lama sungguh ni kak duduk dalam gua. Hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah akak ni, Nani. Asal tangan gatal aje, ada je yang akak ubah. Sebenar akak nak lagi canggih tapi akal akak ni tak canggih sangat bab-bab cam ni! Hehehe!

      Lama eh dua bulan duduk dalam gua? Ingatkan sekejap sangat tau!

      Delete
  11. Semalam teman sempat menyinggah, tak sempat mengomen, komen oh komen, janganlah terkomen yg bukan2, kang lari nyorok dlm gua lagi adik teman sorang ni, cheh..adik tuh.

    Kadang tu bila lama tak ke udara, usah ke 2,3 bulan, cukuplah 2,3 hari adduiii..cukuplah malasnya nak menggali longkang masuk parit mengorek khazanah yg tersumbat tu, tapi sayang juga kalo tak diabadikan, ater..jadi kenang2an utk diri sendiri pun dah cukuplah bermakna kan MD, idok begitu, sok2 dah tua bukak balik memori2 lama yg terkumpul kat sini sambil senyum simpui kan.

    Tahniah jadi menantu yg baik, juga resepi kentang viral walaupun kt aweks blogger jer, eh, tapi CH, UA dah keudara kt rumah memasing, harus chef adu ke chef wan pun nak cuba tu, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, dah kenapa ni mengimbau kenangan lalu? Mana adanya terasa hati dengan komen dalam blog, KakG. Saya ni semangat kebal tau, macam Che Ta. Tahan tohmahan. Hahaha!

      Itulah pasal! Mana nak menaip entri tu dah bertujai-tujai idea datang siap dengan skrip lengkap lagi. Tapi sebaik aje menaip, hilang satu persatu tau! Tinggal 6 aje. Asalnya adalah dalam 100 lebih! Haha, takut tak dengarnya? Kehkehkeh!

      Macamana ek nak attract Chef Wan yang sibuk tu ke sini? Rasanya kena godam instagram dialah masukkan resepi kentang kari viral dalam grup. Hahaha!

      Delete
  12. ada juga terbaca pasal kentang kari di blog lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah tuan punya resepi asli. Hahaha!

      Kalau terbaca tentang kentang kari tu, nescaya mereka semua itu adalah segrup sekepala tak berapa nak betul. Hihihi...

      Delete
  13. Tarikh lahir acik MD kembali menulis.

    ReplyDelete
  14. Wsalam MD. Selamat kembali ke pangkal jalan. Nasib jumpa jalan pulang.

    Tu dia... Banyak citer. Dan iolls dan bersedia nak membaca celoteh MC yang panjang tu... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tahu masa keluar dari gua pertapaan tu sempat on waze. Kiranya takdalah sesat-barat nak cari jalan pulang, Fiza ^_^

      Delete

Post a Comment