My Buah Hati@ Adik Cute

Salam kawan-kawan!

Hari ni I lambat bersiaran kerana mood pun macam melarikan diri 😊

Mood bekerja pun semakin menurun, maklumlah dah namanya hari Jumaat. Dalam hati ni tak sabar nak tunggu Jumaat bertukar Sabtu. Ada siapa-siapa yang macam I juga di luar sana?

Mesti adakan...

Tak akanlah I seorang aje spesies malas macam ni....

Lepas habis bekerja nanti nak keluar dari KL lagi. Memang bulan April ni meriah sikit dengan aktiviti keluar dari KL. Sampailah hujung bulan nanti. Dah terlanjur diberi cuti 24hb April nanti, rasa macam nak juga balik kampung. Baru rasalah, nak ke tidak tak tahu lagi 😊

Yang sebenarnya, 24hb April tu  bukan hari cuti untuk kami kerana Jepun kata banyak betullah depa ni hari cuti! Sikit-sikit cuti, sikit-sikit nak cuti! Tapi siapa yang dipanggil kerja, akan diberikan satu hari cuti extralah. I pun bukan main berlumba nak kerja juga tapi akhirnya kenalah akur dah my anak-anak semua di rumah. Tak tahanlah I nak kerja pulak πŸ˜ƒ

Jomlah kita bercerita tentang my bujang kecil ni. Lamakan  Adik Cute tak bersiaran di my blog. Ingatkan nak borak tentang kisah dia menari akhir tahun lepas tapi dah gambar payah nak upload, maka tergendala lagilah rancangan. Tunggulah I rajin bersengkang-mata di rumah mengupload penuh gambar dalam blog. Entahkan bila tak tahulah...

Ingat tak pada pakaian ini?



Oh, alahai! Bukan main suka lagi dengan pakaian tariannya yang berwarna-warni merelip dengan batu 'swaroski' ni 😊. Sampai sekarang minat tak pudar lagi ya! Dah ketat pun bajunya tu sampai tak boleh nak dikancing. Seksi pulak I melihatnya! Seluarnya pulak dah berapa kali koyak, berapa kali berjahit!(Nope, bukan I yang jahit! I hantar kedai 😊)

Asal basuh aje, dipakainya semula. Adakalanya bila 'gian' datang, dah pakai di siang hari boleh pulak tu tak diberi basuh sebab lepas mandi petang nanti nak pakai balik buat tidur malam! Aduhai...

Si kecil ni memang dah semakin besar. Usia pun dah nak masuk 6 tahun. Makin banyak cakap, makin banyak kerenah yang sentiasa menghiburkan. Minat pada lego memang tak pernah padam. Asal keluar aje rumah, minta lego. Naik pitam dah tengok rumah dipenuhi lego. Asal ada kotak kosong, dah tentu ada lego di dalam tu. Toys lain dia tak berapa minat berpanjangan!

Ni pun dah pandai, asal MakNgahnya ajak keluar aje dia akan merengek minta lego. Siap tahu pulak tu kat mana boleh beli murah, murah, murah 😊

Sekarang ni bil air di rumah makin meningkat. Kalau dulu Bubbly Abang aje yang sawan mandi tak mahu keluar bilik air. Sekarang ni Adik Cute pun sama aje 2 x 5. Siap buat konsert pulak kat dalam tu. Kadang-kadang terdengar berkumandang lagu Melayu. Kadang-kadang lagu Inggeris. Adakalanya lagu Mandarin pun dibantainya. 

Tapi itulah, semua pun separuh jalan aje. Asal dapat sebaris dua korus lagu, jadilah dia melalak dalam bilik air tu!

Sungguh pun begitu, keletahnya tetap macam selalu yang sentiasa menghiburkan hati. Makin banyak cakap, makin banyak akal!

Ini di antara conversation terbaru dengan Adik Cute 😊

Mommy! Mommy! Adik tak fahamlah...

Tak faham apanya?

Lelaki dengan lelaki tak boleh kahwinkan?

Selaju cahaya I memaling muka ke arahnya...

Perempuan dengan perempuan pun tak boleh kahwinkan? Lelaki dengan perempuan aje yang boleh kahwinkan? Macam Mommy dengan Daddy!

Ahh...susah ni! Kalau I kata betul apa katanya, tentu dia akan tanya soalan lain pulak!

Betullah tu! Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan tak boleh kahwin. Lelaki dengan perempuan boleh kahwin!

Tiba-tiba sampuk si Bubbly Abang...

Betul ke Mommy perempuan kurus tak boleh dapat anak?

Aduh! Mana pulak datangnya fakta ni! 

Mana ada! Boleh dapat anak ke tidak bukan sebab perempuan tu kurus ke gemuk. Rezeki masing-masinglah Tuhan nak bagi...

Mommy! Mommy! Ni lagi satu yang Adik tak faham! Kenapa eh Mommy kahwin tapi takda cincin kat jari?

Aduh....

Mommy tak suka barang kemas!

Barang kemas tu apa?

Cincin, rantai, gelang tangan tu barang kemaslah!

Ohhh.... tapi... Adik tak fahamlah apa Mommy cakap!

Mommy! Adik nak tanya lagi eh... bila Mommy dengan Daddy kahwin? Adik tak ingat pun!

Aduh, rasa nak pitam!

Baru-baru ni sewaktu tengah menonton Walking Dead, I dan HD pun bertekaklah tentang ending jalan cerita untuk season finale tu. Tiba-tiba si kecil ni menyampuk...

Apalah Daddy ni! Asyik nak marah ISTERI aje!

Tergamam kami berdua 😊

Tak tahulah nak buat apa lagi lepas tu. Senyap masing-masing!

Rajin memang tetaplah rajin. Memang suka membantu I buat kerja rumah. Kadang-kadang nak tolong memasak. Kadang-kadang nak ajak kemas rumah. Tapi kena ohsomlah dulu. Siapa menang, dia mula kemas rumah. Dan selalunya dialah yang nak menang sebab dia yang nak kemas rumah. So, I happily beri dia menang berganda😊

Memang seronoklah melayan kerenah anak-anak di rumah ni. Tapi adakalanya, boleh buat alunan my suara semakin baik lantunannya dek kerana perangai mereka yang berbeza 😊










Comments

  1. Ohsom???? ha3 sebiji akak dgn si bongsu, berebut masuk bilik airpun kami ohsom 2 beranak..

    Keletah anak2 menghiburkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah dia ajak kita berkemas lepas tu nak main ohsom dulu. Sapa menang, dia kena mula berkemas! Dia tak tahu yang Mommynya suka betul dengar cadangan macam tu ^_^

      Delete
  2. Comelnya Adik Cute. Teringin jugak nak ada zuriat sebagai peneman, rezeki belum ada lagi. Suka baca kisah anak2 mamikkk. Rasa terhibur bila stress..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah! Ada peluang dan rezeki Allah beri untuk ada zuriat. Memang seronok tau bila ada anak-anak ni. Memang rumah tak pernah sunyi. Nak kata tak stress pun tidak juga. Tapi tolak campur semua perasaan memang akhirnya happylah juga sebab kehadiran mereka tu ^_^

      Delete
  3. Mlm kang kakG dtg balik, tupun kalo tak ngantuk la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, KakG.

      Malam ni takda Wan Peahkan? Sah-sahlah ni tidur awal. Kita jumpa esok ajelah ya di rumah sana ^_^

      Delete
    2. Kih, kih..mlm tadi tk dan nk melenjan ke sini, ngantuk bebeno. Jadi kita mari mlm ni plak, since tv pun takdo citer menarik. Wan Peah dan insapla. Ganti cerita cinta plak, malehla nk layan bab cintan cintun ni, muak.

      Agaknya sampai hancur celah K...g seluar tu kena jahit kan, agaknya org kedai tu pun dah boleh agak bila kakTon nak dtg kan, kihkih. Batu swaroski tu, biarlah si cute pakai selagi mana boleh pakai kan, tak membazir mcm tumis lemak putih mummy tu, eh..ke dah habis makan?

      Sib baik si cute tu tak nangis sbb tak diajak makan kenduri mummy daddynya. Lain kali amikla peluang tumpang pelamin sesapa yg kawen, amik gmb bolehla tunjuk kt si cute tu. Adik cute, meh aunty nak ajar ni...cakap kat mummy bila nak bagi adik baby baru, pegi cepat..cakap kat mummy. Ingat tu dik, minta bby girl tau.

      Delete
    3. Ohhh... Wan Peah dah tamat siaran ya? Saya baru tengok satu episod jerk ^_^

      Alahai, KakG. Sesekali layanlah cerita cinta, mana tahu semangat bercinta tu masih segar lagi. Huahahaha!

      Takdalah, baru dua, tiga kali jahit aje. Kira okeylah lagi tu. Sekarang ni gian pakai baju aje, seluar very rare. Saya rasa sebabnya seluar tu saya letak paling bawah so dia tak jumpa ^_^

      Eh, tumis lemak putih tu disappeared dari dalam fridgelah, KakG! Saya suspect suami saya habiskan untuk mengelakkan pembaziran. HD tahu kalau tak dimakan, tentu ke tong sampah akhir riwayat masak tumis lemak putih tu ^_^ Suka tak suka terpaksa jugalah HD habiskan demi mengelak pembaziran katanya!

      Ish, kalau kita kata dia memang takda masa MommyDaddy kahwin, memang dia bantai sedih. Pernah tunjuk gambar kahwin lepas tu dia mencemik sebab 'kenapa dia takda dalam gambar!' Huahahah!

      Oit! Takdalah nak beradik-adik lagi. Cukuplah tu dua. Darah Mommy ni dah cukup tinggi dek stress menguruskan rumah tau!

      Delete
  4. Semakin tembam adik cute ni..
    Tak lama lagi boleh lawan abang sado tu..

    Aduh mana dia dapat soalan2 yg macam tu kan..
    Kekadang kita dulu pun tak fikir sampai macam tu..
    hihihi tahu pulak HD terdiam ye bila adik cakap macam tu..
    Moral of story jgn gaduh depan anak2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sihat walafiat si Adik Cute ni, CH. Entahlah makan apa pun tak tahu. Sekarang ni kalau makan nasi pun habis sepinggan. Dah pandai bertambah nasi. Kalau dulu, dua,tiga suap aje dah kenyang sebab dia kena diet takut gemuk ^_^

      Itulah pasal! Saya kata kat abangnya, saya masa umur adiknya tu, tak pernah terfikir pun soalan macam ni. Kalau terfikir pun, malu dan takut nak tanya-tanya kat makpak mahu pun abang kakak. Budak-budak sekarang ni, eh ikut suka hati depa aje apa soalan berlegar dalam kepala!

      Delete
  5. LOL! Kelakarlah MD! Macam sitcom pulak. Oh, adek cute suka kemas rumah? This should be encouraged :) Anyway your boy looks very cute in his colorful costume.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan anak-anak memang macam inilah, PH. Asyik berdrama, bersitcom 24-7 aje. Ada-ada sahaja soalan mereka yang perlukan jawapan melangkaui akal fikiran. Hahaha!

      Oh, yes! He likes helping me with the house chores. Lipat baju is the best chore for him. Sakit mata ni bila dia mula melipat tau!

      Delete
  6. Amboi.. Layout baru.. Hehe.. Cantik!!
    Minat betul dia dgn seluar tu ye..
    Mommy kene tempah lain la nmpknye.. Hihi..
    Makin bijak bercakap adik cute😁
    Bagus rajin kemas umahπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangan dah gatal, memang bertukar layoutlah, Ira! Lagi pun itu aje yang pandai. Hahaha!

      Aduh! Tak tahan! Asyik-asyik nak pakai pakaian ni. Sendat dah bajunya tu. Tak boleh nak dikancing lagi. Itu pun dia suruh kita berusaha kancingkan bajunya! Hahaha!

      Delete
  7. Cerita bab kawen tu yang tak tahan mendengar nya....ada2 je adek cute ni.Mujorlah mummy bijak menjawap...
    Cantek baju tu MD patutlah suka sangat dia pakai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bantai menangis kak kalau tengok gambar kahwin MommyDaddynya sebab dia takda dalam gambar. Siap merengek tu yang tak tahan!

      Baju dengan batu 'swaroski' mestilah cantik, kak! Hahaha!

      Delete
  8. hihi bab kawen tu manalah dia dengar tu MD. bijak bunyinya ni banyak cakap. tp jelesla saya, anak saya yg 5++ tu tak bulat pun camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah saya tak tahu pulak dari mana dia mendengarnya lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan tak boleh kahwin. Bab cincin di jari tu kemungkinan dari Kak Saranyalah sebab Kak Sara baru kahwin, ada pakai cincin. Dah tentu dia tanya dari situlah ^_^

      Anak saya ni makin bulat dah. Dulu takda bulat macam nih juga. Kalau makan bukan main lagi, tak nak makan banyak sebab nak diet tapi makan bertambah gak!

      Delete
  9. Baru betul adik ni mengasah bakat mommynya ek! Sampai tak terjawab soklan dek penangan anak hihi....

    Peel budak kecik ni mmg samalah kan Kak Ton. Asal suka baju ke seluar tu, sampai kena sawanlah memakainya salagi tak jemu....Mak rasa bukan budak je mcm tu, kadang, kita pun macam tu. Asal jalan je asyik tibai baju sama jer haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi mak budak pun kena ada bakatkan, Mak. Bukan calang-calang soalan exam yang kita dapat. Lagi-lagi budak-budak zaman alaf baru nih. Tak terjawab dibuatnya. Kena berfikir berjenak-jenak dulu. Hahaha!

      Betul tu. Kita pun sama juga. Kalau suka baju tu, baju tu aje nak diulang pakai berpuluh kali. Dah katanya selesakan, buat apa nak menyeksa diri pakai baju yang tak selesa. Ya tak?

      Delete
  10. Danish pun selalu tanya gambar yg sama bila tgk gambar kawin kami, "Eh, ummi kenapa abg xde dlm gambar?"..
    Penat nak explain.... lepas ni, tunggu Aina pula tanya soalan yang sama.. Tapi dah boleh pass baton kat abg dan kakak dia pulak kot utk explain...

    Adik Cute dah besar.. Ingatkan gambar last tu bubbly abang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Samalah nasib kita, Nur!

      Anak bujang saya tu siap merajuk tau kalau tunjuk gambar kahwin tapi satu pun takda gambar dia berposing sama. Mulalah mencemik kata orang tak sayang dia sebab gambar dia takda!

      Dah besar dah dia... dah nak masuk 6 tahun hujung tahun nanti!

      Delete
  11. mana dorang tau pasal kawen kawen tu ye kak? ke sebab dorang selalu attend kenduri kawen orang. tapi bab laki laki pmpuan pmpuan tu heran jugak nya.

    cantik baju dia. tau la mix pun. tu yg suka sgt baju tu gamaknya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. Akak dulu waktu usia sebaya ni, tak tahu apa-apa pun tentang kehidupan. Hahaha!

      Budak-budak zaman sekarangkan, memang berbeza sedikit berbanding dengan kita dulu-dulu. Direct aje bercakap tanpa segan silu. Kita pula yang rasa malu bertapis-tapis nak beri jawapan!

      Delete

Post a Comment