Rant

Salam kawan-kawan!

I want to rant today. Please listen/read though you don't like this kind of stuff. I did rant yesterday; to a group of my online friends and unfortunately for them, they've to read and tried to relate the story and what happened to the jovial 'me'!

Thank you my friends for listening impatiently yesterday. 

It's about my youngest son, Adik Cute... and I warn you, it's going to be a long, long, long entry!

However, lets  take a break first and let me tell you the 'history' ...

Oh, tetiba 'ruh' Melayu masuk balik dalam badan....

I did tell here before tentang Bubbly Abang dan tadikanya. Masa tu belum ada blog so semua cerita hanyalah tentang kisah lama. Bubbly Abang ni I hantar ke Smart Reader (SR) ketika umurnya 5 tahun. I memang dah plan nak hantar anak-anak ke sekolah Cina. Maka masa tu hanya SR yang menawarkan intensif English dan Mandarin di sekitar kawasan perumahan. So, I beritahu teacher yang my anak ni akan belajar di English medium untuk tahun pertama dan bila masuk tahun kedua (6 tahun) akan dipindahkan ke Mandarin medium. Yang sebenarnya, mesti ada 2 tahun foundation untuk belajar di sekolah Cina  tapi I assume yang my anak ni a quick learner; setahun pun mungkin cukup untuk intensif Mandarin.

For your info, Bubbly Abang ni introvert tau. Memang selalu lone ranger. Takda kawan sangat. Masa masuk SR ni, dia dah boleh berbahasa Inggeris dengan lancar sebab dia suka tengok kartun. Channel kartunnya semua I tukar bahasa ke English. Masa tu, HD pun tak sepatah perkataan Melayu yang difahaminya. So, it helped him to learn English better.

Tak sampai pertengahan tahun, dia dah lancar membaca. I was happy. Tapi bila masuk ke Mandarin medium tahun berikutnya, I terima komplen dari laoshinya. Laoshi kata dia diam sangat masa kelas Mandarin. In fact, dia memang pendiam pun, tak lasak macam budak-budak lelaki yang lain. Kata laoshi lagi, kalau dia tahu pun dia tak pernah nak angkat tangan, tak pernah tanya apa-apa dan duduk senyap-senyap buat kerja. Ditanya pun apa masalah, dia tak jawab. Oh, sudah!

Kali pertama I  terasa guilty. Kata-kata cikgunya macam indirectly merujuk kepada I,

Kaulah punya kerja kan! Kau yang beria-ia nak anak belajar Mandarin. Kan dah susah hidup anak kau!

Ditanya lagi,

Are you sure you want to send him to chinese school?

Ohhh, Tuhan ajelah tahu macamana rasa bersalahnya; walaupun hakikatnya I memang nak anak-anak belajar lebih bahasa manalah tahu dapat membantu masa depannya! Bukan demi impian sendiri. Kalau ikutkan my impian, I hantar anak belajar bahasa Jepun dan Korea because it was my dreams masa muda-muda dulu. But I didn't. 

Terlanjur HD pun berbeza bangsa, bahasa dan warganegara, I really hope patut pun my anak-anak belajar lebih bahasa demi masa depan. Kalau ikutkan Daddynya, mereka sepatutnyalah boleh belajar bahasa dengan mudah kerana bab bahasa ni HD memang pakar berbanding dengan I. I ni suka pasang impian aje tapi belajarnya tak juga!

Jadi, kita discussed the matter dengan Bubbly Abang. Walaupun dia baru 6 tahun, pandangannya nak didengari juga. Macam biasa, dia tetap kata nak belajar Mandarin, nak kekal dalam medium yang  sama. Another reason, dia sudah befriended satu Chinese boy ni, kira dah jadi BFF. Masa tu dia kecil lagi, dia ingat nanti both of them akan pergi ke sekolah yang sama. Unfortunately, jawapannya tidak. I told him that tapi dia macam blur aje sambil tetap juga nak kekal di Mandarin medium!

I pun bergegas cari guru tuition Mandarin. At the age of six, dia pergi kelas  tuition... (his first tuition teacher dah passed away pun last year because of cancer) RIP buat cikgu tu yang banyak membantu my anak, jasamu tetap dikenang walau hayat tidak dikandung badan lagi! This teacher told me, syllabus SR tu tinggi sangat untuk budak tadika, dah sama macam syllabus sekolah Cina untuk budak Tahun 1 dan 2. Oh, fahamlah sudah mengapa my anak macam terkial-kial tak boleh cope! 

I tak tahulah mak-mak yang lain, tapi I memang tak berapa gemar dengan perjalanan pembelajaran yang macam ni. Tadika hanya untuk have fun, belajar new things, prepare diri untuk alam persekolahan yang baru tetapi nampak gayanya my anak dah mula kena struggle untuk mengikut arus semasa katanya...

Again, salah I ke?

I felt guilty again...

Tapi tak lamalah. Masa final exam, laoshi expressed her surprise kerana my anak tunjukkan banyak perubahan. Alhamdulillah!

Dan, sekarang dia dah di Tahun 5. InsyaAllah, tinggal setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran sekolah rendah. Dalam pada ramai kawannya yang 'surrender' dan dinasihatkan untuk pindah ke SK, dia 'terselamat'!

Pun ada masanya hati I remuk juga (mind you, emak yang ini memang emotional...) apabila setiap tahun cikgu berkata,

Why don't you send him to international school? His English is good. He's wasting his time here!

Saya bukan apa ya, tapi kalau dia pergi SK, dia mesti lebih cemerlang!

I tak tahulah ini satu pujian atau pun memang sesaja nak suruh I pindahkan anak ke SK...

I just ignored the suggestion...

Berbalik kepada punca I nak membebel panjang berjela hari ni - my youngest son si Adik Cute punya cerita...

Si kecil ni bab bercakap memang petah tapi bab belajar, Mommynya lemah memikirkan apa masalahnya...
Memandangkan prestasi SR yang bagus (berdasarkan pengalaman dengan Bubbly Abang), I pun tanpa berdolak-dalik hati ni nak hantar Adik Cute ke sana. Memandangkan Adik Cute ni lebih panjang akal, nakal dan aktif berbanding abangnya, kemungkinan besar takdalah masalah kali ni.

Semasa membuat pendaftaran, I beritahu teacher yang sama (tapi laoshi dah bertukar ya...) my anak ni akan ikut jejak abangnya - tahun pertama in English medium dan tahun kedua in Mandarin medium. 

My jangkaan turned out sebaliknya...


Sejak hari pertama ke tadika, Adik Cute dah buat hal. Merengek menangis tak sudah. Oh, ya betullah! Ni my anak bongsu, memanglah manjanya melimpah-ruah over! I pulak emak yang mudah emo, tak sampai hati selalu dan tak kuat semangat bila tengok anak tersedu-sedan, merembes air mata!

2 bulan lebih dia merengek setiap kali nak pergi tadika. Kerap juga nak ponteng kelas. Masuk pertengahan tahun, masih tak boleh membaca. Tulisan tak payah katalah, memang the worst in our family. At umur 5 tahun, dia berjaya merampas takhta tulisan terburuk daripada Daddynya...

Ada satu bulan tu, less than 10 hari aje dia pergi tadika. The rest, duduk rumah main lego. Okay, that's my fault. Manjakan sangat anak, maklumlah anak bongsu katanya...

Everytime tanya pada teacher how's he, jawabnya memanjang okay, better than before. 

Bila I tanya kenapa lambat sangat this time dia membaca, 

Oh, slowly, slowly picking up! 

He always absent. Missed a lot of blah, blah, blah....

And, dicampur pula dengan adegan tadikanya ni pulled out from SR, jadi independent tadika dengan nama baru, pengurusan baru dan syllabus baru. Katanya syllabus SR dah outdated. Bising orang kementerian dok tanya bila nak update syllabus. Katanyalah...

So masa ni memang dari my pemahaman, mereka nak tukar syllabus aje. Takdalah sampai nak keluar dari francais SR ni. Tup, tup, ada nama baru, lokasi baru dan uniform baru....

No wonderlah uniform my anak sampai bulan April tahun lepas masih tak dapat-dapat. Alasannya, kilang ada masalahlah, stok tak cukuplah, I registered lewatlah so kena beri budak-budak yang dah registered awal dulu dan macam-macam lagi. Takda pun kata nak tukar management!

Bila I beritahu yang I tak tahu pun mereka keluar dari SR, ini pulak jawapannya...

We sent the info by WA with the new letterhead, Mommy! You didn't realize?

Oh, oh... my mata rabun teruk! I baca aje letter tu tanpa tengok letterhead sebab nampak macam sama aje. My fault, my fault! Duh... 

And guess what? 

Since duit kasut dua pasang, stokin dan beg sekolah berjenama SR dah dibayar, makanya mereka pun refundlah sebab tadika baru ni tak provide itu semua, cuma beri 2 pasang uniform. And mind you, I paid almost RM300 for these and dapat refund RM30 aje. You tell me, kat kedai jimat mana boleh dapat dua pasang kasut, dua pasang stoking dan beg sekolah dengan jumlah harga RM30? Korang rembat duit tulah, senang cerita!

Pun I bersabar ya. Teruskan juga perjalanan tadika Adik Cute sampai akhir tahun. Pergi berdansa kat hotel lagi untuk acara penutup 2016.

I nikan emak yang over protective. Bila ada perkara yang cikgu tak beritahu, memang pantang betul. Dua kali mereka bawa my anak naik kereta dengan cikgu pergi entah ke mana; katanya ambil photo. Teacher tak beritahu apa-apa pun. Tapi cakap si kecil ni bukan boleh percaya. Cuma bila dia kata kereta cikgunya besar dan tinggi, I pun peliklah. Bila masa si kecil ni naik kereta cikgu. Sampai ke sudah cikgu tak cakap apa-apa.  I pun malas nak tanya sudah...

Untuk 2017, selepas timbal-balik berbincang dengan HD, kita teruskan juga dengan tadika ni sebabnya - bukan senang Adik Cute nak adapt dengan kawan-kawannya, bukan senang nak cari tadika yang sesuai dengan misi persekolahannya nanti. Lagi pun teacher kata,

We will help him, Mommy! I assure you he can overcome this problem. He improved a lot! We really didn't know he is going to his brother's school. If not, we will teach him Mandarin twice or thrice a week, just like his brother...

Urut dada! Urut dada! Tahan marah tu jangan sampai ada adegan tengking-menengking (tapi bila beritahu pada HD, I yang kena marah sebab tak firm katanya! Patut lawan aje! Duh! Siapalah nak support me nih!Sedih tau! Semua penjuru pun I yang kena! Again, my fault sebab I yang 'conquer' urusan persekolahan my anak-anak. Everything must go through me first...)

So, how we are going  to solve the problem, teacher?

Why don't you send him to tuition class by his Mandarin teacher?

When?

Everyday, from Monday to Thursday. Extend one more hour, until 1.30pm. If you want, we can ask the teacher to teach extra class till Friday...

How much?

RM100 for Mandarin. If you want us to provide lunch, another RM50, Mommy. Extra books will be RM50...

How am I going to send him to tuition class if he cannot read BM or English properly and now he has to attend tuition for Mandarin? Do you think it will work? Because I do feel if he can read better, less problem to be solved....

Oh, you can send him to Saturday class for reading! (I heard that time it was free but bila dapat message book, ada harga yang kena bayar ya!)

Another RM100++ plus books ...

Okay, sekarang I nak juga tahu berapa banyak I kena bayar untuk tadika my youngest son ni? (Nasib baik the youngest, kalau tidak, melalak mak nak!)

Registration setiap  tahun dah RM2500+

Dari Apr-July kena bayar RM1480

Dari Aug-Nov, kena bayar lagi dalam RM1000+

Dah lebih RM5K nih...campur dengan tuition bagai, agaknya berapa kos belajar tadika my anak ni? 

No wonderlah HD kata kalau macam ni gayanya, lepas habis tadika dua tahun, dah boleh masuk universiti. Maklumlah syllabus pun international semuanya, bukan calang-calang syllabus ya!

So, one or two days sebelum penggal persekolah bermula, baru I buat payment for this year. Bukan main lagi mesej dok tanya macamana, my anak akan kekal dengan mereka atau tidak. Kotnya banyak juga makpak yang tarik keluar anak-anak dari tadika ni, tak pastilah. Tapi masa majlis makan-makan/graduation untuk 6 years old last Nov, makpak yang duduk semeja dengan I komplen jugalah yuran makin mahal. Yang kena hantar 2 anak tu, macamana nak kira. Kalau dulu kita fahamlah sebab mereka di bawah SR, jenama terkenal dan besar. Sekarang ni independent kindergarten aje tapi yuran mak hai, urut dada jugalah! Mesti end result pun cemerlang patutnya...

Tahun ni, I pantau kedatangan my anak bujang. Ada juga hari dia  malas, tapi tak macam tahun lepaslah di mana dalam seminggu 2,3 hari juga tak datang! Dia pun dah rajin pergi tadika. Buat homework bukan main rajin; ada masanya sampai terlena kepenatan. Balik aje sekolah kata my sister, teruslah capai buku nak buat homework. Ada masanya bersambung ke malam.

Homework pun bukan calang-calang. Mengalahkan abangnya yang di sekolah Cina. Satu hari tu banyak juga 'subjek' kena buat homework. Itu belum tulisan Cina lagi. Hari yang dia tak datang, homework pun jadi double triplelah... 

Tapi I memang perasan yang my anak ni concentrate buat homework aje. Lain-lain macam takda kemajuan langsung. Bab Mandarin, main bantai aje buat tulisan tu, tak kisahlah nak mula dari mana. Bila tanya huruf tu apa, dia tak tahu. Buat tetap buat sebab kalau tak buat nanti laoshi marah.

Dia selalu juga mengadu kena marah, kena denda. I bet dia ni 'kecoh' dalam kelas yang seramai 6 orang aje sebenarnya. Sebab itulah selalu kena marah. Tapi masuk minggu ni I sudah tak sedap hati...

Dia beritahu I yang dua hari dalam minggu ni ada aktiviti (maaflah, I tak faham aktiviti apa yang dia cuba nak bebelkan...) dan dia takut sangat. Cikgu akan panggil suruh jawab soalan. Kalau tak dapat jawab, kena denda. Dia takut dia tak boleh jawab dan kena denda.

Dia beritahu juga selalu kena denda 'pegang telinga'. I pun kata, 

Ohhh...itu sebab Adik banyak cakapkan!

Dikata lagi, takut kalau tak boleh baca lancar, tulisan  tak cantik, nanti cikgu denda. Cikgu dah kata nak bawa balik rumah cikgu!

I pujuk lagi,

Oh, anak Mommy mana boleh cikgu bawa balik rumah! Mommy marah nanti!

Sambil merengek, dia suruh I telefon cikgu tanya apa aktiviti dan jangan bawa dia balik rumah cikgu...

Mommy! Adik tak nak pergi sekolah! Bolehlah esok Mommy carikan sekolah lain?

Aduhai... lara juga hati dengar dia merayu, merengek berlinang air mata di pipi! Macam dua hari lepas, sampai tengah malam I memujuknya tau.

I kata kena belajar rajin-rajin. Tulisan buat cantik-cantik sikit, jangan main hentam keromo. Kalau tak pandai, memanglah nanti cikgu tegur selalu...

Bila tak makan pujuk, I pun beri kata dua...

Adik pilih sekarang... kalau Adik pergi tadika hari-hari, Mommy belikan Adik lego yang Adik nak. Atau pun, Mommy cari cikgu tuition lain tapi Adik kenalah tinggal dengan cikgu tu. Weekends aje Mommy ambil, boleh?

Lagi meraung!

Okaylah, Mommy! Adik pergi tadika hari-hari. Adik janji Adik belajar rajin-rajin. Hari-hari Adik belajar sampai pandai!

Alhamdulillah, lega!

Tiba-tiba...

Mommy... boleh tak esok Adik tak pergi sekolah? Adik takut cikgu denda lagi. Adik tak nak balik rumah cikgu!

Aduhai.....

Sebaik dapat tidurkan si kecil ni (dia penat menangis dan akhirnya tertidur), I pun bincang dengan HD. Memang kami tak jangka jadi begini. HD pun kata, tadikanya tak sama seperti mana ketika mereka di bawah SR dulu.

Kalau ya pun my anak ada masalah, sekurang-kurangnya tell me! Beritahu apa masalahnya jadi macam ni. HD pun rasa kasihan sebab padanya si kecil ni hanya menurut aje apa arahan cikgu. Buat homework, dia buat sampai habis tapi dia tak faham apa pun. Kalau ya pun nak mengajar syllabus cepat habis, kenalah take note perkembangan setiap anak murid. Bukan semuanya sama. Tak akan main bantai semuanya pada level yang sama! Lagipun cuma ada 6 orang aje dalam kelas Mandarinnya, bukan 60 orang!

I pernah tanya dulu mungkinkah my anak ada masalah pembelajaran tapi kata teachernya, tidak. Dia okey. Banyak perkembangan berbanding sejak dia masuk ke tadika. So, I memang betul tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Yuran bayar mahal, tak akan setiap masalah yang timbul kena tambah kos lagi? Bukan ke sepatutnya mereka beri tumpuan yang sepatutnya kepada setiap murid yang ada?

Di rumah pun, kalau abangnya mengajar dia boleh faham. Baca iqra pun takdalah sampai berminggu-minggu duduk muka surat yang sama. Dua, tiga kali ulang, dia dah boleh baca. So, apa masalah sebenarnya sampai sekarang I tak tahu....

Ya, bukan semua salah tadikanya, partly mungkin salah kami juga. I memang  bukan seperti emak yang lain. Anak pandai cakap aje, dah diberi buku untuk baca. Pendekata, bila masuk sekolah, anak bosan dah belajar benda mudah di sekolah sebab semua dia dah tahu sejak umurnya 3,4 tahun. 

My anak-anak memang enjoy  sepanjang masa. I tak really pantau pun bab belajar ni. Bubbly Abang tu kalau dia dalam keadaan stress, kuasa mengingatnya memang berlipat ganda. Pernah sekali I marah sebab dia tak belajar asyik main komputer. I pun bagi satu buku encyclopedia tebal beratus muka surat. I sergah dia suruh baca dan selepas 2,3 jam, I nak tahu apa dia baca. I pun tak kejam. Takdalah lepas 2,3 jam I terus tanya. Dia pun bukannya membaca sepanjang 2,3 jam tu tapi sebab dia takut tengok I naik angin, dia pun tunjuklah ketekunannya membaca. Bila I tanya beberapa jam selepas tu, hampir 90% fakta sains dalam setiap mukasurat dari awal sampai akhir dihafalnya. I memang terkejut tapi takdalah I beri dia tekanan setiap masa. Lagi pun bukannya elok buatkan dia tertekan!

Semalam I baca satu thread lama ni di mana si bapa bertanya pada usia berapa anak boleh dihantar ke tadika sebab dia nak hantar anaknya ke tadika dan umurnya anaknya baru setahun setengah! 

Geleng kepala I tau....

I memang bukan begitu. Orang sibuk hantar anak tuition sana-sini, belajar bagai nak rak pada usia kecil, my anak-anak masih lagi bersantai. Mungkinlah salah I partly di sini tapi melihatkan pada Bubbly Abang, takda pun jadi masalah tak boleh baca, tak boleh belajar dan sebagainya.

Ya, memang setiap anak berbeza. Mungkin Adik Cute minatnya ke arah lain. Tengok perangai dua beradik ni pun nampak jauh berbeza. Tapi yang buat I ralat sebab kalau I tahu dia bermasalah, mungkin I boleh mula dari awal. Kalau tadikanya lebih mengambil berat, mungkin I dah jumpa solution lain lebih awal daripada ini.

I have another 6 months plus to perbetulkan keadaan. Again, I won't make him stress but I do hope things will change extremely better for him. I am doing this not because of me or my dreams but because of his future. 

I berdoa ajelah kehidupan my anak-anak akan sentiasa dipenuhi dengan kebahagiaan dan kejayaan. Mana tahu Allah makbulkan my doa as their motherkan. Usaha pun kena jugalah...

Thanks for reading till the end, kawan-kawan!






Comments

  1. ayoyo...sumpah MD, saya nampak hitam, biru, merah aje. terlalu kecil tulisannya, bercampur dgn rabun, langsung takleh baca. aduhaiiii apa dah jadi dengan blog MD ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayakan genius katanya, KB. Entah apa yang saya begakan terus tulisan kecik besar kecik besar. Lepas tu saya yang susah! Hahaha!

      Delete
  2. betul tu MD setiap anak tu berbeza kan, tahap pembelajaran dan pemahaman mereka pun berbezakan,tapi ye lah kita pun nak juga tahu dari pihak sekolah apa2 masalah dengan anak kita jadi kita dapatlah perbaiki dan ambil peduli dari awal ni kan..kesian pula baca adik cute takut pergi sekolah, takut kena marah dengan cikgu, aduhaii macammana pula cara cikgunya marah dekat sekolah tu ya..risau pula dibuatnya.

    saya ni pun MD tak titikberatkan sangat pasal pelajaran anak2, masuk tadika umur 5 tahun, anak boleh baca @ tak boleh membaca pun saya tak kisah sangat sebab bagi saya saya tak mahu memaksa,walaupun ada yang ketawa cakap umur dah 6 tahun pun tak boleh membaca dengan betul, tapi kan bila anak2 suka buku boboiboy saya belikan dengan harapan bila beli buku tu mereka dapat membaca dengan baik(ini adrien lah sama umur dengan adik cute)..memang saya tak pantau pun dia boleh baca ke tidak, ada kawan saya tu cukup risau bila anak dia tak pandai membaca lagi yang saya pula fikir pulak perlu ke saya risau ni dengan anak saya? tapi takde apa yang saya buat pun melainkan beli buku yang dia suka.

    baru2 ni cikgunya wasap bagitahu adrien akan masuk pertandingan bercerita, terkejut maknya ni tak tahu macammana anaknya tu boleh terpilih, cikgunya kata sebab adrien dah boleh membaca..terkejutlah maknye ni, tak sangka anak dah boleh membaca dan sekarang ni dah boleh membaca tu dia pula dok ajar adiknya membaca dirumah..

    ehh..panjang pulak kita komen nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa. Kali ni saya beri peluang taip komen panjang-panjang sebab saya dah tak terkata lagi buat masa nih.

      Saya dah ambil keputusan untuk berhentikan Adik Cute dari tadika ni. Yang lagi saya marah, dah tiga hari minggu lepas Adik Cute tak datang tapi tadikanya LANGSUNG takda call or WA saya tanya mengapa!

      Okay! Saya beri sehari lagi esok! Kalau mereka tak tanya juga, saya akan datang beritahu saya nak berhentikan anak dari tadika ni. Habis cerita!

      Saya dah dapat tempat baru. InsyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar. Doakan saya ya!

      Delete
    2. InshaAllah MD semoag semuanya berjalan lancar dan semoga ditempat baru adik cute dapat belajar dengan lebih baik.

      Delete
    3. InsyaAllah!

      Doa saya pun begitu juga. Takut sebenarnya ni, macam-macam fikir. Mampu ke tidak dalam masa 6 bulan ni mengubah haluan Adik Cute...

      Delete
  3. MD, it's tough to be a mother, right? I don't have kids but I can more or less relate to your problem. Some children are smart (like Adik Cute) but their energy is focused in different direction. They need lots of guidance which you are doing patiently with love, though I know it can't be easy. It's unfortunate that the tadika changed management and from what I read here, Adik Cute's experience here is different from Bubbly Abang's.

    I also feel kesian for kids these days because they are so busy with homework and tuition from such a young age. The parents pun pening sending them here and there and spending additional money for these extra lessons. But then...education is important and parents want the best for their kids. It's so competitive!

    Given time, God willing, Adik Cute will do well. Really testing your patience, right? And I sokong 100% that you want your boys to study Mandarin. As a Chinese who cannot speak my mother tongue, I admit to feeling embarrassed when I come across Malays and orang putihs who speak it so fluently. Knowing an additional language is always an asset.

    Oh dear....my comment is really long already >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for trying to understand, PH. As a parent, it's very hard. It's about your own flesh and blood. It's about his future. Whenever I look into his eyes/look at his face, I feel so much guilty and sad. I don't know what went wrong. Is it my decision or is it something else that I didn't realize from the very beginning.

      As a mother, I want the best for my kids. I don't want them to follow what I want. I want them to do what they want. I am trying to help to guide them. Trying to let them find their very own special skills.

      I don't want to follow the flow where you are very proud when your kids 'collect' all As. I do believe they can do more than just collecting As and did the best in their examination.

      Just pray for me and my sons. May God show me the best way to guide them!

      Delete
  4. Kali kedua akak kemari ntuk entri yang sama, mula2 tadi terpaksa 'x', berpinar2 mata akak nak membacanya.

    sabar ya, IQ anak2 tak sama, bagi akak kita ikut keadaan mereka, jangan paksa @ beri tekanan untuk dia buat sesuatu diluar kemampuannya.

    anak2 akak masa kecilpun gitu juga, susah nak terima pembelajaran, alhamdulillah akhirnya mereka boleh seiring dan mampu bersaing dengan kawan2 yang lain.

    kita xmo masa kecik, anak2 cerdik pandai tapi apabila meningkat usia, mereka jemu untuk belajar.

    kita doakan terbaik buat anak2, insya allah mereka akan berjaya, aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya risau jugalah sebab sekolah sekarang bukan macam dulu. Masa Bubbly Abang pun takdanya nak test bagai tentukan kelas tapi Adik Cute ni kena. Ujian pun dah siap ambil dah ni. Tinggal nak praktis aje sebelum sit for ujian penentuan tu.

      Kalau saya tahu apa masalahnya, takdalah saya gusar sangat. Bolehlah diusahakan apa patut. Ni, sampai sekarang tak tahu kenapa. Bayar mahal-mahal, tak akan masalah besar macam ni tadika tak nak inform saya? Lagi bagus kalau saya hantar tadika murah aje! Takdalah hati sakitkan.

      Saya pun tak nak anak-anak rasa 'terbelenggu' dipaksa belajar aje tapi saya nak mereka enjoy zaman tadika, zaman sekolah etc.

      Kalau tak kerana saya rasa kepentingan berbahasa lebih tu, saya pun tak mahu susahkan anak-anak belajar banyak bahasa. Niat saya sekurang-kurangnya kalau pun tak pandai, kepakaran berbahasa lebih tu pun mungkin dapat membantu... Itu aje fikirnya!

      InsyaAllah! Aamiinn...

      Delete
  5. Tak tau sangat nak komen apa.. anak makchaq hanya yg sulung tadika setahun, yang lain2 daftar tapi tak pegi.. tapi sebab masuk SK tak de masalah..

    Mahalnya bayaran pendaftaran tadika adik cute.. macam nak masuk U.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang dah nekad, Makchaq. Memang saya nak berhentikan sahaja dari tadika sekarang ni. Tak pedulilah apa pun!

      Saya dah cari tempat baru. InsyaAllah, kalau takda aral melintang, bulan baru nanti di tempat baru pulak. Saya usahakan segalanya sedaya upaya, kalau masih tak berhasil, barulah saya fikirkan apa cara lain lagi untuk membantu anak!

      Itulah yang buat sakit hati. Mahal Makchaq, bukan calang-calang bayarannya!

      Delete
  6. Nice. Saya tak nak komen semuanys sebab kalau saya komen mungkin lebih panjang dari entry sebab too good to read..

    Entry lengkap. Tuisyen teacher yg di panggil Illahi pun masuk cerita dia kat sini.

    Hopefully Bubbly Abang berjaya kelak. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang beri peluang kawan-kawan untuk komen lebih panjang dari biasa. Manalah tahu ada komen yang boleh membantu saya membuat keputusan dengan lebih baik.

      Oh, bab itu saya ni memanglah! Kalau sentuh anak yang ini, anak yang itu pun nak disentuh juga ^_^ Maklumlah nak beri lebih jelas cerita...

      Yang sebenarnya saya nak menggambarkan betapa yakinnya saya pada pengurusan tadika yang sebelum ni kerana terbukti, anak bujang sulung saya mampu 'bawa diri' di sekolah Cina walaupun terpaksa pergi tuition di usia 6 tahun.

      Malang sungguh bila apa yang saya harapkan tidak berlaku pada anak bongsu saya. Saya cuma rasakan tadika ni memang sambil lewa aje dalam menguruskan pembelajaran anak saya. Alasan dia kerap ponteng tu memang tak patut digunakan tahun ni sebab dia tidak begitu. Saya dah beri masa selama 4 bulan tapi masih lagi takda peningkatan yang memberangsangkan. So, sekarang ni saya memang tak boleh tahan lagi!

      Delete
  7. I read your profile. Pun tak nak komen. Kalau komen lebih panjang dari your profile.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Awat sampai kena read profile ni? Nak mengkaji macamana karakter Mommy mereka ya?

      Ohhh...saya genius juga! Hahaha!

      Delete
  8. Mmg target MD dua2 anak sekolah mandrin ke..

    Tengok adik ni tak sekuat abgnya..
    Takut adik stress jer..
    Fitrah anak2 bermain MD..
    Sbb tu solat pun boleh dipukul apabila umur 10 tahun jika tak solat..
    Sebab tak nak rasa tertekan..

    Bagi CH lebih baik kita berbincang dgn anak ikut kemampuanya.
    Dan doa2 byk2 pd Allah yg menguruskan perjalanan hidup kita..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlanjur abangnya ada di sekolah Cina, lebih eloklah dia pun ditempatkan di sekolah yang sama. Dan dah terlanjur abangnya boleh berbahasa Mandarin, lagi elok kalau dapat kawan untuk berlawan cakap.

      Saya memang tak rasa itu menjadi masalah utamanya tapi saya tak sangka macam ni jadinya dengan pengurusan tadika sekarang. Kalau saya tahu, dari awal lagi saya tak akan pilih tadika ni. Lebih baik saya terus hantar dia ke tadika Cina sepenuhnya.

      Saya dah bincang dengan suami. Kita cubalah sedaya upaya untuk membantu Adik Cute. Jika ditakdirkan dia masih tak boleh bawa, Tahun 2 nanti kita pindahkan dia ke SK atau mana-mana yang bersesuaian dengan dirinya.

      Delete
  9. hermmm banyak nya pakai duit. kalau mak pak ekonomi sedang2 mcm mana la gamaknya tu. kira baca entry akak sampai habis. bila baca kisah abang dengan adik. kisah adik ni macam pelik sikit. mcm yang akak fikirkan tu. macam berbeza cara dengan abang masa sekolah dulu.

    nak letakkan adik terus sekolah dekat situ pun macam kesian. makan tekanan je dia sekolah dekat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sangka tadikanya akan jadi macam ni. Akak sebenarnya memang nak anak-anak di SR. Memandangkan pengalaman dengan SR buat kali pertama tu baik, akak memang berharap kali kedua pun akan kekal baik prestasinya. Tapi masalah memang dari awal dah timbul. Uniform anak pun dah masuk bulan 4 masih lagi tak dapat. Lepas tu tukar management pulak. Keluar SR pulak. Memang sedih sangatlah!

      Akak dah unofficially berhentikan dia dari tadika ni, Kira!

      Delete
  10. anak2 memang berbeza kan MD. anak saya yang 2 orang ni pun saya tengok memang beza masing2. tapi since tadika saya tak tekankan sangat belajar, have fun je. saya taknak anak2 stress belajar hanya sebab mak nak tengok diorg dapat A. tapi alhamdulillah so far yang abang tu bagus je kat sekolah. follow their passion is the best MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dinafikan anak-anak ni berbeza, Raihanah. Kita pun harapkan anak-anak akan ada pengalaman yang menarik untuk dikenang bila mereka dewasa nanti. Ini tidak, apa yang diingati bila bercakap pasal tadika, tentang kerja rumah yang banyak, susahnya belajar, denda dan sebagainya. Kalau kita buat anak-anak tertekan pun takda guna juga...

      Saya ni sebenarnya nak beri peluang yang adil dan saksama pada anak-anak. Anak-anak pun bukan ramai mana, dua orang aje!

      Delete
  11. Camne? Dah settle ke belum?
    Siapa pun geram mcm tu Kak Ton, dahlah bayaran mengalahkan hantar anak ke U, pas tu anak tak de peningkatan pulak. Apa barang tadika mcm tu. Samalah kes dengan si TLBD dulu. Konon nak masuk sekolah cina, sudahnya lambat baca. Lepas tu mungkin ikut budak tu jugak, mcm si TLBD mungkin dia takut, susah nak bergaul sebab tadika tu kebanyakannya cina .

    Walaupun Qdess taklah semahal SR tapi masih mahallah banding tadika biasa.

    Sudahnya mak tukarkan ke tadika biasa. Murah pun murah. Barulah boleh baca Anakku ( masa tu). Tapi yelah mcm TLBD dulu tu sebab darjah 1 nya sekolah kebangsaan jadi tak delah risau sangat.

    Apa pun carilah jalan penyelesaian yg terbaik ye Kak ton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirmed! Memang tak sekolah lagilah di situ. Bayangkan minggu lepas saya tak sekolahkan dia dua hari. Hari ni pun saya tak sekolahkan juga tapi pihak tadika langsung tak hubungi saya tanya mengapa anak tak sekolah! Membara betul rasanya. Tak menghargai anak kita rupa-rupanya tapi duit kita dihargai pulak!

      Risau juga ni Mak nak buat macamana. Tapi saya tawakkal ajelah. Saya bagi pihak makpaknya akan cuba lagi sedaya-upaya membantu Adik Cute ni. Saya hantar dulu tengok macamana boleh cope ke tidak. Saya bagi satu tahun. Kalau tahun depan masih tak boleh cope, saya pindahkan ke SK sajalah.

      Delete

Post a Comment