Semuanya ada di dalam ni... ~_^

Salam kawan-kawan!

Okay, sekarang 'teacher' nak tanya...

Siapa suka beli handbag? Kenyit mata sikit tapi jangan angkat tangan!

Siapa suka tukar-tukar handbag ikut warna baju, kasut, tudung, pewarna kuku, warna rambut, warna pakaian dalam? Kalau tak nak jadi lurus-bendul, jangan kenyit mata dan angkat tangan!

Eh, masih ada lagi yang lurus bendul walaupun kita dah 'guide' selurus-lurus jalan😊

Ngehhhhh...!

Ni I nak tanya, siapa yang selalu terasa sakit bahu sebab sangkut handbag yang maha berat setiap hari?

Takda siapa?

Ehhhh... tak akanlah I seorang aje yang sakit bahu dek kerana bawa handbag 50kg beratnya?

Mustahillah nih...

Cuba belek handbag masing-masing dan tengok apa isi kandungan di dalamnya? 

Adakah semua barang di dalam beg tangan itu satu keperluan atau.........

Asal kome buka handbag aje, terus terasa nak pitam? Tak tahu mana purse, mana handphone, mana tisu muka dan sebagainya...



Nak tahu apa ada dalam my handbag? 

Mehlah ambil tahu, kalau tak nak tahu pun I tetap juga nak beritahu... 😆

Sebelum tu nak beritahu fakta siap-siap - insan yang paling menyampah tengok isi kandungan my handbag sudah tentulah my suami sendiri, Hubbydearie 😊 The next person of courselah my anak bujang tersado, Bubbly Abang. Si kecil tu dia  tak peduli dalam handbag Mommynya ada apa! Even kalau dia nampak kala jengking dalam tu pun, tak kuasa dia nak beritahu Mommynya! Prinsip Adik Cute - Your handbag; it is fully yours! I don't care!

Suatu hari, sewaktu berjalan-jalan bersama adik ipar sekeluarga, tiba-tiba anak perempuannya sakit perut, maka ibu doraemon I segera keluarkan Vicks!

Dalam sibuk menguruskan anaknya, tetiba dia tersedar pin tudungnya tercicir. I pun segera buka my handbag dan keluarkan a few small  and big brooches 😉

Ada satu masa ketika kami sedang makan di McD, tetiba jari-jemari anak lelakinya tercicah sos cili. Oh, okay! I pun segera keluarkan wet tissue! Bukan satu, tapi sepeket 😊

Pada lain masa pula, asyik men'dogok' air sejuk, anak lelakinya rasa macam nak demam. Okay, nah panadol untuk kanak-kanak kuhulurkan dari dalam handbag 😊

Tengah seronok kita makan-makan, tetiba alamak, baru dia perasan kuku anaknya agak panjang. Takpa! Takpa! Nah, aunty ada bawa nail clipper 😊

Mak mertua sakit sendi, nah ambillah Flanil nih....

Geleng kepala masing-masing bila tengok my handbag dah macam beg pusaka Doraemon!
Macam-macam ada di dalamnya! Adik ipar tanya juga pada abangnya@ my HD, abangnya senyum meleret aje. Malas nak cerita banyak. Isteri mithalinya@ I lah tu, memang suka bawa all kinda stuff bila keluar rumah. 

You just name it, I have it in my handbag 😉

Nak minyak kapak, ada!

Nak lipstick, ada!

Nak compact powder, ada!

Nak pen, ada juga! Just name it -merah, biru atau hitam!

Nak wet tissues, facial tissues semua pun ada! Hak plural lagi tu😊

Nak shopping bag? Pun ada banyak!

Nak perfume, ada!

Nak sewing kit, ada juga!

Nak handiplast, ada weyh!

Nak pinjam extra pad, adaaaaaa...don't worrylah tapi nanti ganti balik eh!

Nak disposable panties, pun ada 😊

Kalau setakat nak tengok resit shopping mall, resit tol, resit makan luar, resit itu, resit ini, tak payah khuatir. Pasti ada juga bersepah dalam handbag tu!

The problem is... I ni katanya organised person 😊 Dalam my handbag, siap ada organiser lagi, kome!

Tapi, bila nak cari sesuatu... aduhai... ambil masa jugalah! Tak tahulah kenapa tau 😩

Sebab itulah kalau I drive kereta dan minta HD ambil sesuatu dalam my handbag, bercinta insan tercinta ni hah!

Bubbly Abang lagilah. Paling tak suka bila mendengar I kata...

Abang, ambilkan handphone Mommy dalam handbag! Senang je kat tepi zip dalam tu! Bukan zip luar, zip dalam handbaglah! Itu pun susah nak cari ke???

Tak pun...

Abang, ambilkan spek Mommy! Alah, dalam bekas diakan, apa susah sangat nak cari nih!

Pandai pulak tu nak marah padahal sendiri pun tahu 'situasi' handbag macamana. Memang 'over-populated' ler 😊

Handbag kome bagaimana?

Macam den juga ke? 😍

Jomlah kita buka grup whatsapp baru - Doraemon'a'

Kali ni I nak jadi admin, okay😃


P.S. Opppsss....draft merapu terlupa pulak nak delete. Nasiblah pada siapa yang dah terbaca. Kehkehkeh!



Comments

  1. Sejak tak bekerja ni, tiadalah lagi kakcik memerlukan beg tangan. Bila keluar selalunya bawalah beg kecil, itu pun untuk tinggal dalam kereta. Keluar dari kereta, bawa telefon dengan dompet je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak saya yang dah pencen lama tu pun masih lagi bertukar-tukar beg tangan, Kakcik. Mengalahkan saya! Ada beg tangan untuk kegunaan majlis, untuk jalan-jalan, untuk pergi pasar! Saya ada juga tapi kalau dah malas, satu tu aje saya hurung ke hulu ke hilir. Barang banyak sangat, malaslah nak berpindah-randah!

      Delete
  2. haha..tu la mak2 kan mesti ada mcm2 dlm beg tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak-emak melampau memang macam ni gayanya. Habis semua benda nak disumbat dalam beg tangan yang tak sebesar mana tu. Lepas tu mengadu alahai sakit bahulah, sakit sendilah!

      Delete
  3. Ingat dah baca ajer, tetiba terus rasa rajin nak mengomen! Masa baca segala aneka jenis barang dlm handbag MD saya tergelak besar tau. Terlintas dalam kepala otak saya:
    1) berapa besar agaknya handbag MD nih ya
    2) setiap kali tukar bag, setiap kali itu jugak gamaknya brg2 ni dipindahkan yerk?
    3) tak rebeh bahu ke MD ooiii?

    Fesyen saya, 1 handbag dipakai sampai reput. Brg2 pun taklah sebyk MD setakat buku nota, ballpen, marker pen, pampers anak, sapu tgn, pad, buku TH dan ASB dgn kunci pintu bilik ofis tu ada lah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Handbag saya memang dah macam tote bag tapi takdalah besar bagak sangat. Saya suka beli yang dalamnya kosong takda pembahagi tengah. Senang nak letak organiser dan segala macam harta pusaka!

      2. Sepatutnya begitulah tapi dek kerana banyak sangat barang, adakalanya guna tak tukar. Agak terasa nak tukar, barulah tukar. Menapak jugalah nak keluar masukkan barang tu semua! Masa tulah perasan macam-macam resit ada padahal hari-hari update ledger debit/kredit tau!

      3)Memang rebeh dah, KB tapi apakan daya, usahakan juga supaya tak nampak rebeh ^_^ Kalau bahu tak rebeh, tak sah berjalan-jalan tau!

      Oh, saya pun bawa buku ASB dan TH satu keluarga. Kalau bank yang ada buku akaun tu pun saya bawa juga untuk satu keluarga. Apa motif tak tahulah. Padahal transaksi biasanya online. Keluar duit guna kad!

      Kunci pun banyak. Itulah pasal kalau nak buat spare lagi, saya juga yang jadi mangsa pembawa nanti! Hahaha!

      Delete
  4. Tak delh merapu....biasalah mak2 ni ,banyak brg keperluan dlm handbag .Tapi tak lah sebanyak MD punya isi handbag....dah macam beg pack Dora dah tu MD.
    Sedangkan isian dlm handbag akak sikit pun dah payah nak cari barang,lagi lah bila nak cepat berpeluh dibuatnya bila tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh semua nak masuk dalam handbag nak diheret ke mana-mana!

      Saya pun kak kalau dalam kecemasan, berpeluh jugalah mencari barang. Barang yang dicari ada aje di situ tapi masa kita nak tu, mulalah ia disappear! Nyampah tau!

      Itu belum cerita dalam long purse saya, kak. Macam-macam ada tau ^_^ Duit sikit jerk!

      Delete
  5. tu diaa MD memang macam poket doraemonlah tu...macam2 barang ada, kalau saya ni takdelah banyak sangat barangnya, tapi beg memang besar dan beratlah. kadang mainan anak pun ada dalam beg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan! Manalah tak rebeh bahu di buatnya. Padanlah bahu saya dah jatuh sebelah. Hahaha!

      Selalu tau kena marah dengan HD sebab bila minta tolong carikan barang dalam handbag tak boleh jumpa. Barang tu main hide and seek! Tapi sebab handbag saya, saya tahulah selok-belok dalam handbag sendiri. Main tunjuk jari aje. Tapi, janganlah masa kecemasan. Bila dah panik, cari apa pun tak jumpa dalam handbag tu!

      Oh, saya pun adakalanya lego Adik Cute bersepah dalam beg ^_^

      Delete
  6. Ada hati rupanya nak jadi admin selama ni. Patutlah....asyik nak ajak menghentam je...rupanya tak puas hati kikiki....

    Weyh Kak Ton, mak mmg dah lama rasa lenguh bahu tau sebab handbag berat. Tapi kalau ikutkan mak punya handbag tak delah sebanyak harta mcm Kak Ton tu....semua ada asal sebut je, mmg dasah ah.

    Yelah mungkin beg mak berat sebab harta karun semuanya tak boleh dilihat dengan mata kasar kot. Hahaha....

    Yang paling kelakar seram part bersepah resit tu. ELeh kata pengemas sangat, Takkan kain baju je yg rajin lipat kottt haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda hati nak jadi admin. Tapi kalau up grup doraemona ni, naklah jadi admin sebab rasa-rasanya beg sayalah paling havoc! Hahaha!

      Lenguh dan rebeh bahu dibuatnyakan! Itu baru handbag, mak... belum campur lagi beg botol air, beg itu, beg ini. Pendekata kalau keluar rumah memang banyak sungguh beg ^_^

      Takdalah kelakar seram sangat. Sekali keluar shopping macam-macam resit dapat. Kalau dua, tiga hari berturut keluar rumah, memang menimbun resitkan. Padahal setiap kali buat bayaran, setiap kali catit kat smartphone tau. Still resit tak buang. Asal sampai pejabat aje, kena kaut resit keluar sebab nak update ledger tau!

      Delete
  7. Hahaha..
    Jom sep sikit dgn CH ✋✋😆
    Kita serupa..
    Berat tak tahulah berapa kilo..
    Pastu cari beg yg byk bhgn dan zip..
    En suami pun bercinta kalau cari kunci kereta dlm beg CH ni..
    Skrg dia simpan kunci spare satu dlm beg nya 😀😀

    Bab resit membeli belah tu jgn cakaplah..
    Resit 2 3 tahun lepas pun ada lagi 😂😂

    Yg rajin tolong kemaskan beg CH ni..
    Najeeha... dia akan asingkan resit beli buku sbb dia tahu mama dia nak klim balik kat LHDN...

    Ubatan mmg penting hendaknya utk anak2 dan mama yg selalu pening ni 😑

    Ok boleh kita buat group dareamona ni..
    CH ok jer MD jadi admin 👍✌👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sep-sep sikit ^_^

      Saya rasa separuh berat badan kot sama dengan berat handbag kita. Maklumlah mak-mak memang sentiasa over dalam pelbagai sudut. Hahaha!

      Resit saya takdalah sampai 2,3 tahun, CH. Saya ni mencatit segala. Kat smartphone ada ledger, kat pc ada ledger tapi resit tetap simpan. Bila kaut keluar, aduhai...

      Anak-anak dan suami tak kuasalah nak tengok apa ada dalam handbag saya. Buat menyemak mata aje ^_^

      Jomlah kita buat grup Doraemona ni - untuk mak-mak yang dah rebeh bahu dek handbag. Sure ramai ^_^

      Delete
  8. akakpun sama, bak doraemon daa, macam2 ada tapikan akak tak suka bawa beg jika berjalan2, biasanya sorok jer ia dlm bonet kereta (tau sgt bahaya tu tapi buat juga).

    Di tangan cuma bawa tel yang bercover, di situlah letaknya duit belanja & kad debit sekeping (ntuk kes2 emergency jk tunai abis), senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang bahayalah UA simpan handbag berharga dalam bonet. Kalau malang tak berbau, memang lesap! Minta dijauhkan dari berlaku ya!

      Saya pulak kalau takda handbag nak sandang, rasa lain macam! Tak lengkap perjalanan. Kalau boleh pergi pasar pun bawa handbag tau ^_^

      Delete
  9. Den cikgu tadika, dari dulu lagi selalu ada gunting, gam, salotep, nail clipper, stapler, bam pun ada, yang sadisnya kadang tak sedar org punya barang masuk beg den, pastu den pelik tang mana dtgnya menatang alah ni. Ticer lain pun dah tau, kalo brg hilang dorg siap tya den. Eh..bukan den curi, tapi tak perasan masa bila tersauk masuk beg.

    Hang nnt boleh rebeh sebelah bahu tau MD. Eh, sebut bab resit tu, kadang sekali keluarkan ringan jadinya beg kan, haha.

    Agaknya org pempuan ni ramai yg sepesen kita ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adatlah tu dalam beg teacher ada stapler, gam, salotep, gunting dan sebagainya. Yang bukan adat bila handbag 'non-teacher' ada kotak pensel, KakG ^_^

      Dulu-dulu saya bawa kotak pensel. Semua ada dalam tu. La ni terasa lenguh sangat so kotak pensel kita exempted, tinggal pen ajelah ^_^

      Hahaha!Macamana segala harta karun kat tadika boleh termasuk dalam handbag KakG ni? Sendiri kaut ke atau budak-budak tu kaut masuk dalam handbag teachernya?

      Orang pompuan memang macam ni, over tak tahu nak kata camna. Of course yang super over-over tu very esklusiflah macam SAYA. Hahaha!

      Delete
  10. Rugi tau tak publish entry merapu cenggini...
    I loike!

    Memang mama mithali betul la..
    Sanggup galas beg besar2 utk isi segala barang dlm handbeg utk org sekeliling...

    Handbag saya cuma 5'x8' jer (gigihh ukur tau)...
    Muat utk isi purse dan hanset jer...
    Tok laki nak letak purse dia pun tak muat... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, draft merapu meraban tu dah didelete, Nur! Ni tak berapa nak merapu! Hahaha!


      Mahunya tak mithali. Nasib baik ada kawan yang perasan betapa mithalinya saya. Hehehe!

      La, kecilnya handbag! Ni memang spesies tak bagi orang tumpang barang dalam handbag ni.

      Saya ni dah lama pencen bawa handbag kecil-kecillah buat melawo. Memang tak mampu - tak muat barang. Bila barang yang kita rasa perlu tu tak dibawa bersama, ralatnya lain macam eh ^_^

      Suami saya tahu dah berat mana handbag saya tapi ada masanya tetap nak tumpang letak wallet, kunci keretanya dan cermin mata. Anak-anak pulak nak tumpang mainan dan botol air.

      Over mithali tak saya nih? Fikir-fikirkanlah! Hahaha!

      Delete
  11. Makchaq pulak memang tak suka handbag, jarang sangat beli handbag & jarang jugak bawak handbag. Masa kerja pun x bawak handbag..
    Kalau ada hal nak kena bawa handbagjenuh cari mana letak handbaq..

    Nampaknya tak boleh join la segmen kali ni...😬😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senangnya tak payah bawa handbag ke mana-mana. Jimat banyak nih, Makchaq.

      Saya ni kalau keluar rumah tak bawa handbag, rasa jenuh pulak perasaan tak melengkapi tu. Hahaha!

      Yalah, Makchaq tak boleh jadi ahli doraemona tapi boleh jadi 'guest' lah. Hehehe.. macam rancangan TV pulak!

      Delete
  12. Haha beg mak-mak memang macam tu. Penuh barang. Memang dah macam beg doraemon 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak memanglah semua pun nak disumbat dalam handbag. Kalau ada anak kecil, anak disalahkan banyak barang nak sumbat dalam handbagkan. Hahaha!

      Delete
  13. Hahahahah! Betul sangat ni kak. Kadang kadang tu resit yang zaman bila bila entah ada je lagi dalam handbag tu. Memang suka betul buat koleksi resit ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resit memang ada tapi akak kalau hari bekerja ni kurang sikit resit. Sebab hari-hari update ledger ^_^ Kalau hujung minggu tu memang 2,3 hari punya resitlah duduk dalam handbag tu kalau begnya tak bertukar!

      Delete
  14. Iolls jarang beli handbag. Pakai sampai lenjan baru beli baru. Kalau bag besar, maka isi dalamnya pon mestilah banyak. Lebih2 #makanakempat ni ha. Macam2 ada. Kain lampin, wet tissue, minyak angin, ketip kuku ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rajin juga tukar handbag ni, Fiza. Tapi sekarang ni tak berapa sangat rajinnya sebab isi handbag semakin hari semakin banyak! Bukan makin kurang!

      Itu boleh fahamlahkan ada anak kecil, anak ramai. Ni anak dua aje, dah besar juga tu tapi bag Mommy mereka tetap dapat merebehkan bahu tau!

      Delete
  15. Semua dalam satu bag.. Itu perkara biasa bagi SB.. Sebut apa saja yg di mahu, semua ada dalam.. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Orang perempuan memang macam tu. Beg tangan dah macam beg doraemon - semua pun ada. Cakap ajelah nak apakan!

      Delete
  16. sejak saya tak kerja ni, memang kurang guna jugak handbag. dan dalam handbag saya toksah citer la memang berterabur. rasa bila dah kerja sendiri kurang memerlukan guna handbag, guna hanya time nak ke seminar atau ke branch shaklee sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerja memang takda masa nak bertukar-tukar handbaglah, Raihanah. Buat membazir aje. Tapi sesekali pergi kerja kahwin/kenduri, nak juga bergaya dengan aneka handbagkan, kan, kan!

      Hahaha! Orang perempuan memang gitu ^_^

      Delete
  17. MD, I wonder how big is your handbag. Macam2 ada. Actually it is good to have a multipurpose handbag like yours. Especially during emergencies. My handbag has got quite a bit of stuff tapi not as much useful things like yours :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I prefer tote bag tapi kalau ke tempat kerja tu I memang akan pakai hangbag yang saiz XLlah senang cerita. Kalau takda banyak compartment lagi better sebab I ada my own organizer ^_^ However, with the organizer also my handbag 'serabut' I tell you...

      Mak-mak always like thislah, PH. Semua pun nak diangkut masuk beg. I dah lama pencen using small handbag, tali-tali sangkut bahu tu semua. Sakitlah bahu I ni nanti sebab 'sampah' penuh. Selalu I pegang kat tangan aje, barulah nampak macam mak-mak datin sikit. Hahaha!

      Delete
  18. Mmg beg doraemon ni.. Hihi..
    Ira sejak ada aisyah, tak pakai handbag.. Pakai beg galas, senang bila g jalan isi botol susu, pempers, baby wipe, baju.. Ada masanya flusk air panas pun isi skali. Tp kalau jalan dekat2 bwk beg kecik je, cam leceh plak nak mengusung beg galas, kdg g kedai makan je pun.

    Masa belum ada aisyah, beli handbag kecik je.. Biasa la kan xde ank kecik, boleh la bergaya sket..😜
    Tapi takde la kecik mana pun handbag ira, berat juga dgn segala benda. Cuma MD lg win la..sebut je semua ada. Hehehe..

    Pegi keje pun bwk beg galas sbb kene bwk beg pam..skg da x pam pun bwk beg galas gak sbb handbag da mcm nk mereput.. Kene beli baru ni.. 😁

    Dulu penah pegi beraya tertinggal handbag, skali tuan rumah jerit, ni beg sape ni, mak oi beratnya, isi apa dlm tu? Hahaha.. Beg hadiah dr en suami, bnyk nau gantung2 besi, mana tak berat.

    Sebenarnya kalau ikut etika berpakaian handbag bwk g keje pun ada spesifikasinya kan.. Haha..tp sbb ira ni programmer belakang tabir je, takde la ikut.. Ira kalau g kelas grooming ni mau bnyk kene tegur ni.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doraemon pun boleh kalah, Ira. Akak dengan Doraemon, akak lagi hebat. Macam-macam barang ada dalam handbag yang tak besar mana tu. Patutnyalahkan, akak kena tukar beglah - lain kali pergi jalan kena bawa trolley bag. Hah, senang sikit nak sumbat semuakan! Hahaha!

      Akak sekadar handbag nak melawa tu memang takdalah berkenan sekarang ni. Akak suka yang dalamnya kosong, takda compartment. Kecil sikitlah dari tote bag. Kalau bawa totebag tu rasa tak best pulakkan...

      Ada etika ke tidak, kita peduli apakan. Orang perempuan ada kelebihan bab-bab macam ni tau ^_^

      Delete
  19. Saya tak guna hand bag, so saya tak tau lah tentang hand beg.

    Hand brake saya tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tapi sekarang ni lelaki ekslusif saya tengok selalu bawa beg kepit kat ketiak tau! Itu pun boleh aje tukar-tukar ikut warna pakaian yang dipakai; kalau nak ikut style kita orang perempuanlah!

      Delete
    2. Mummy,
      Bag lelaki tu saya ada. Sling bag. Kawan beri, made in india tapi cantik. Kulit kerbau kata dia.

      Delete
    3. Kita orang perempuan tak peduli, kulit kerbau ke, kulit buaya ke, kulit palsu ke, kalau kita suka kita beli aje. Nama pun perempuan, nafsu memang ada 9 tau!Hahaha!

      Delete
  20. Dulu acik pun mcm tu kot minta tolong en.suami pegang..kenapa berat sangat katanya.sekarang tak de dah..yang ada minyak angin..nail clipper..handyplast ubat ngan pen je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayakan Acik kalau nampak lelaki tolong angkut handbag perempuan, memang berbulu aje. Rasa tak kelelakian langsung sifat macam tu tau! Hahaha!

      Eh, dah silap reply komen! Kita cerita pasal isi handbagkan, Acik...

      Suami saya memang dah fed up nak komplen pasal keberatan handbag saya. HD pun memang ariflah perangai isterinya yang kaki angkut semua sampah ni...

      Delete
  21. hahahaha i fell u kakak. kalau dulu masa sorang agak teratur jugak la handbag tu. tapi sekarang sejak dah bertambah anak. kena bertambah barang dalam beg tu. cuma sekarang pakai beg yang kulit keras macam cengkerang tu. galas je. tu pun yang galas abi budak double F.U tu hewhewhew

    kadang bawak barang keperluan ni bukan apa. bila jadi satu benda mcm yang akak cerita panjang2 tu tak payah nk pening2 lagi. seluk je dalam beg. semua ada dah. xyah singgah 7E ke apa lagi kan hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni anak-anak dah besar pun, Kira tapi aktiviti mengangkut segala barang tu masih lagi berjalan lancar tau. Hahaha...

      Kadang-kadang akak pun tak tahu apa yang akak angkut dalam beg sampai sakit bahu ni...

      Delete
  22. Kawan saya bila dia period dia bawa hand bag. Kalau tak period dia bawa beg tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... excited nampak bila berborak pasal handbag nih! Hahaha!

      Delete

Post a Comment