Throw back : Dating berdua ^_^

Salam kawan-kawan!

Amboi, laju nampak singgah 😉

Asal tajuk lain macam aje bunyinya, bukan main teruja lagi menongkat dagu nak membaca kisah I merapu yerk!

Tapi jangan berhajat sampai ke bulan dan bintang. You all fikir, I nak tempek gambar selfie/wefie suami-isteri sambil angkat kaki sebelah ke? Tidaklah gamaknya. 

Bukan tak berkenan tapi sakit sendi lutut ni dibuatnya sebab nak posing gediks punya pasal tau. Huahahaha!

Nak posing ala-ala berdukung, takut jatuh terjelepuk ke lantai pulak. Sudahnya, dua-dua nanti MC sakit tulang belakang 😃 Lebih baiklah kita jangan buat perkara-perkara merapu ni ya kalau dah tahu usia tak berapa muda lagi...

Erk! Ada yang terasa ke? Apasal menjuih mulut tu? Ngumpat dalam hati ekkkk.... 

Back to throw back yang pertama...

Yang sebenarnya, I puas berfikir nak menaip tentang apa hari ni. Cerita throw back banyak tau tapi itulah, gambar semua tak boleh upload kat pejabat. Makanya kenalah cari cerita yang tak memerlukan gambar-gambar gediks berdua 😊

Nak mengarang di rumah macam tidaklah buat masa ni sebab I ni sejak tak tengok drama Korea (Bukan tak minat, tapi takda yang best! Oh, no! Honestly speaking I belum lagi serik menonton hiburan yang lagha ni. What to do... memang nak kena tazkirah dengan KakG macam ni. Serah diri ajelah ya, KakG 😊), memang sepasang mata ayu ni cepat betul mengantuknya. HD pun hampa ... 😃

Oh,alahai! Sebelum parah, marilah kita commercial break sekejap! 

Biasalahkan I ni, kalau takda commercial break corner baring dalam blog, itu bukan my blog though you all nampak gambar my superheroes kat atas tu, memang akaun fake ler. Hahaha!

Pernah tak dengar iklan Nestle Bliss kat radio?

Jangan tengok yang kat TV, kat radio punya lagi best 😊

Alahai, yang emaknya pesan macam-macam dengan suara penuh 'kesyahduan' gitu padahal anaknya tu nak pergi main kat taman aje!

Bila dengar iklan tu, automatik I nak mengorak senyum!

Maklumlah I pun salah seorang super-freaking mak yang dahsyat. Kiranya tempias iklan tu fully kena kat I ler ...😆

Agaknyalahkan kalau I beri my anak-anak Nestle Bliss tu, akan berkurangan ke sikap superfreaking I as a mother ya? 

Hahaha!

Okey, let's go back to my throw back story!

Awal-awal tahun hari tu, I menggunakan khidmat HD untuk menghantar dan mengambil I pergi-balik kerja. Maklumlah tetiba aje jadi 'handicapped' tak memasal. Dekat sebulan jugalah. 


Tapi seronok tau pergi balik berhantar ni. Tiap-tiap pagi kami dapat dating bersama sambil bersarapan 😊 


Awal-awal tahun tukan mak mertua ada di sini, makanya kalau dapat keluar berdua walaupun sekadar nak hantar/ambil kerja, nikmatnya bukan main! Rasa macam perasaan kasih-sayang tu mekar kembalilah; macam masa bercinta-cintun gitu 😍


Walaupun hakikatnya bila curi-curi makan berdua, memang masing-masing asyik dok teringat anak-anak yang tak dapat turut serta; mak mertua takdalah pulak teringat. Eh, I lah! HD sentiasa ingat kat Maminya 😃

Time dapat makan bersama  berdua-duaan tu, tiba-tiba rasa kurang selera. Exactly sama aje masa zaman bercinta dulu! Ajak makan, asyik kenyang aje. Padahal nak jaga maruah diri sebagai perempuan Melayu terakhir. Hakikatnya, kebulur tahap gaban hanya Tuhan aje yang tahu!

Tapi lepas kahwin dan ada anak ni, memanglah tak lapar kalau makan berdua dengan suami. Bukan sebab nak jaga maruah, tapi sebab teringatkan anak-anak yang tak dapat sama-sama menikmati makanan walaupun sekadar makan nasi lemak bungkus RM2 aje!

Hari terakhir HD ambil dari pejabat, I dah plan kononnya nak ajak HD singgah satu tempat ni and then teruslah makan 'curi-curi' lagi. Tapi takdalah I beritahu pada HD. Kononnya masa HD ambil balik kerja tu teruslah pergi. Unfortunately, impian habis musnah. Sebaik keluar dari pejabat dan bila nak masuk dalam kereta, tengok-tengok mak mertua ada kat seat belakang!

Ohhh..... 

Rasa kecewa macam dalam adegan filem Hindustan; nak lari-lari keliling pejabat pakai sari warna merah aje gamaknya sebab kecewa teramat!

Ada jugalah I mengeluh pada HD malam tu sebab tak dapat berdating berdua sempena last day HD ambil I balik kerja, tapi knowing my husband memang jawapannya tak emotional langsung...

Eleh, macamlah lain kali tak boleh keluar berdua lagi!

Eh, bukan senang tau nak dating berdua! Takkan nak tinggalkan anak-anak dengan MakNgah pulak! Mahu nanti kena sindiran tajam bak sembilu dek my sister. Dahlah hari bekerja tinggalkan anak-anak dengannya. Ada hati lagi nak suruh dia overtime jaga anak-anak sebab makpak mereka nak berdating. Memanglah nak kena!

By the way, tak payahlah beritahu ya kenapa dekat sebulan juga pergi balik kerja I dihantar dan diambil oleh HD. Sendiri pandai  tekalah ya 😊

Jumpa lagi di entri merapu akan datang😎 (Eh, hodohnya emoji nih!)

P.S. Gambar kami takda tapi cute tak gambar kartun tu? Hahaha!










Comments

  1. hhahaha.. tengah dok bayangkan macam mana MD pakai sari merah dok berguling2 kecewa atas rumput hahahaha.. ok bai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sari merah tu menggambarkan betapa hancur luluhnya hati tau sebab tak dapat last dating dengan hero. Hahaha!

      Delete
  2. Wsalam MD. Memang best kalau gi kerja ada yang hantar dan ambil. Bukan senang nak dating berdua. Iolls pon dah lama tak dating.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada yang memahami. Kalau ada anak ni, bukan senangkan nak dapat me time apatahlagi nak keluar berdua-duaan mengimbau kenangan silam. Hahaha!

      Delete
  3. Ahahahah siap keluar pasal sari merah apa semua lagi entry hari ni 😂 Memang syok kalau hari hari ada yang ambil & hantar pergi kerja kan, tak payah susah susah nak drive sendiri ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dek kerana entri ni takda gambar hero dan heroin Tamil, terpaksalah menulis dengan penuh penghayatan supaya pembaca pun dapat menghayati jalan cerita yang berliku-liku. Hahaha!

      Delete
  4. Menghentam dalam sampai patah tulang nampaknya ni....Tak perrrr, kasi chance! Org baru keluar gua mmg cenggitu. Sawan lum surut hihi...

    Haha....tulah masa kecik tak mau menyusu mak, kan belum kilauan dah sakit sendi. Ke banyak sangat angkat kaki kat rumah kehkehkeh....

    Eleh.....konon dating makan makan teringat anak geli ar dengar. Padahal melahap tak ingat dunia. Bukan tak boleh tapau untuk anak anak pun sebenarnya.

    Ingat mami tak tau ka plan menantu dia nak berlovely dovey. Dia pun perempuan beb. Plan gedix pun ada jugak dalam kepala dia haha...
    Elehhh....cakap ajelah sekarang ni pakai kereta baru, sajalah tu nak suruh org tanya!

    Lain kali pakai kartun lidi jerlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, marah nampak? Terasa yang amat ke? Kena straight kat muka ek Mak? Hahaha!

      Ish, mana ada melahap! Sarapan pagi aje namanya. Lainlah kalau makan tengahari atau dinner. Argh! Gila ke nak tapau untuk anak-anak dan mertua? Taulah nanti mak mertua anak dan menantu pi lovey-dovey kat luar! Terus tak dapat title menantu mithali of the year tahun ni. Tapi... memang tak dapat pun tahun ni. Hahaha!

      Ok! Lain kali kita cari kartun lidilah supaya Mak tak marah sangat sebab kartun kita comel ~_^

      Delete
  5. Kecewa tahap gaban ye tengok mak mentua kt belakang, tengah senyum, terus hilang senyum ke gamaknya..alaa, kasi chancelah mak nak bermanja dgn anak yg dah lama tak jumpa tu.
    Den pun sama, kalo kebetulan terkeluar berdua, bukan selalu, time nak makan tu siap terbayang ank makan apa, eh...tapi tetap makan sebb dah lapo. Ada dapat voucher ke PD, hotel apa ntah, xpired bln 4 ni, tapi tak pegi2 sbb voucher tu utk berdua aje, nak bawak anak2 silalah keluakan belanja tambahan sendiri, ater tkkan nak tinggalkan ank kt rumah atau kat umah makteh, tak pasal2 kena umpat belakang tau.
    Tulah nak tya juga, nape tetiba tkleh bawak kete sendiri, kereta masuk bengkel, kete kena curi, nak jimat minyak? Atau tunggu kete baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada keta baru tu mak....konon nak sorok sorok. Mengenyam rasa pundi haha...

      Delete
    2. Oi Mak!

      Macamana agaknya kalau pundi rasa mengenyam? Hahaha!

      Eh, orang belum pun kata nak hire dia tolong jawab komen. Dah start buat kerja sambilan nampak! Kita ni sendi lutut je sakit. Jari jemari okey lagi ya, Mak. Silalah undur diri ~_^

      Delete
    3. Haruslah kuciwa, KakG. Plan sikit punya baik konon nak 'surprise'! Last-last, sendiri yang terkejut tengok mak mertua senyum kat belakang ^_^

      Tu dah ada peluang berdua-duaan, eloklah pergi PD tu. Tapi itulah, walaupun fizikalnya berdua-duaan, fikirannya meracau teringat anak-anakkan, KakG. Boleh bergenang air mata terkenang anak-anak yang ditinggalkan. Hehehe...

      Delete
  6. Yalahkan, kalau akakpun frust amat weyhhhhhhhhhhhhhhh jika plan asal tak menjadi...

    Pasangan lamapun nak dating juga, bukan pengantin baru jer, iya dok? hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasangan lamalah yang kena dating selalu. Untuk menyuburkan kasih-sayang yang hampir terpadam. Hahaha!

      Pasangan baru memang kerja depa dating 24/7. Tak heranlah tu!

      Delete
  7. Hihihi..
    Keluar senyum simpul ye MD😊
    Sekali tu nmpk mami .. terus tersedak ye .. muka terus 😕
    Dlm hati.. aduhai mcm boleh baca plan kita kan..😁

    Betul tu..mesti teringat kat anak2 bila mkn kan..
    CH ni bila anak kat asrama tanya mkn apa.. selalu ckp.. mkn biasa ajer.. 😢 sedih tau anak tanya..

    Kereta baru lambat keluar ye MD..
    Tu kira lucky lah sbb ada peluang berhantar dan berjemput 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak tersedak. Nasib baik bukan masa mengunyah gula-gula getah. Memang terus tertelanlah! Hahaha!

      Mana bolehkan CH keluar berdua kalau anak-anak tak ada bersama. Lain rasanya kalau tak dengar riuh-rendah anak-anak buat hal.

      Yalah, CH pun dah merasa ya anak-anak takda di rumah sebab duduk di asrama. Kalau saya ni, berendam air mata setiap hari!

      Delete
  8. Menarik, celoteh cara bersantai.

    ReplyDelete
  9. Satu hari nanti pasti berdating ber2 selalu macam akak skg ni MD.Walaupun masih ada Iman tapi dia dah tak suka mengikut...kdg kena paksa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, kak. Hidup ibarat roda. Dulu sendirian, lepas tu berdua, bertiga, berempat dan kemudian berdua kembali. Lebih malang kalau terpaksa bersendirian kembali :(

      Delete
  10. memang best la kalau pergi balik kerja ada orang ambik dan hantar. masa saya kerja dulu memang tak dapat peluang ni sebab suami pun kerja. salam jumaat MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat, Raihanah!

      Seronok kalau pergi balik kerja berhantar insan tersayangkan. Tapi yalah, nak bermanja pun sekali-sekala. Tak kuasa nak melayannya setiap masa. Dah ada kereta, boleh pandu, bawalah kereta sendiri. Hehehe!

      Delete
  11. haaa bila dengar iklan tu memang rasa2 macam MD lah hahaha

    eheh cute betul gambar kartun tu..haaa itulah MD lainkali kalau nak plan apa2 buat awal2 kan sendiri yang surpeise hujung2 nya tu hehehe, takpelah lain kali mungkin ada peluang dating berdua lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasakan watak emak dalam iklan tu saya boleh bawakan dengan lebih baik lagi. Macam nak hantar anak ke bulan aje gamaknya padahal anak nak pergi main kat taman aje. Kehkehkeh!

      Ingatnya nak surprise AA tapi kita sendiri yang kena surprise. Takdalah surprise sangat memandangkan bila mak mertua di sini, memang perkara macam ni boleh terjadi. Hahaha!

      Delete
  12. kitorang sejak dah tak pegang tittle 'PJJ' ni selalunya dapat lah dating dua orang time lunch tu. tapi sama mcm akak lah. dating berdua tapi cerita pasal anak anak. dan terus terfikir mcm mana orang yang boleh pergi holiday tinggal anak kecik dekat rumah. ktorang baru lunch berdua sejam pun penuh cerita anak. macam mana nak tinggalkan berhari nanti huuuuu

    mak mentua kat belakang ek? ekekekeke kita gelak dalam hati je baca :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Bukan senang nak berdating berdua kalau ada anak ni. Kalau pun dapat, asyiklah topik berkisar tentang anak-anak aje. Sebenarnya memang teringinlah seminggu sekali ke dapat berdating berduakan tapi bukan mudah!

      Delete

Post a Comment