Blog

Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua? Seronok menghabiskan cuti panjang sikit daripada selalu? Ke mana perginya cuti Hari Buruh yang baru ni?

For me, I cuti lebih sikit. Memandangkan cuti ganti terpaksa diambil dalam masa 4 minggu, so I pun cutilah hari Jumaat yang lalu. Takda plan pun sebenarnya. Menghabiskan masa dari satu shopping mall ke satu shopping mall sampailah kena whatsapp suruh balik dek tak ingat rumah!

Ingatnya nak juga balik kampong tapi asyik aje bertukar plan, akhirnya kita menghabiskan cuti 4 hari di KL ajelah. Senang cerita!

Oh, cerita pendek di atas hanya sebagai pembakar semangat nak memulakan entri hari Selasa! Lagi lama bercuti, lagi lemau jadinya! Bukan lagi bersemangat nak bekerja...

By the way, aktiviti berblogging makin tersekat-sekat ya sekarang ni. Mulai minggu lepas, I dah tak boleh menggunakan Google Chrome lagi. Asyiklah keluar kata the browser tak private! Oppss sana, oppss sini! Letihlah! Last-last I uninstalled aje!

Firefox memang lama sudah tak berguna dek kerana 'koma' juga. Bila tanya administrator disuruhnya guna IE aje. Siapa suka? Tapi terpaksalah kalau teringin juga nak menyambil di pejabat...

Jadi, tak tahulah lepas ni nak buat macamana... Makin sukarlah kerja sambilan ahkak ni...

Oh, janganlah suruh menaip entri atau menulis komen di smartphone. Bukan apa, tahu ajelah tahap kerabunan I ni macamana.. nak taip kat whatsapp tanpa cermin mata pun ambil masa berkurun, inikan pulak nak taip entri panjang berjela. Kalau taip hari ni, mahu tahun 2020 nanti baru siap satu entri penuh dengan typo error je...

Kita tengoklah macamana ya. Malas nak fikir banyak. Banyak lagi hal yang nak difikirkan di alam nyata ni...

Oleh itu, bye-byelah ya! Semoga kita boleh hi, hi lagi next time ^_^

P.S. Argghh.. .sekarang ni kalau menaip entri ada aje masalahnya. Kejap tulisan kecil besar jadinya. Sekarang ni asal nak letak emoji aje teruslah dia lari entah pi mana! Tengok ajelah apa jadi pada entri ni... Letihlah nak figure out masalah!

 

Comments

  1. Jangan babai lama-lama tau...

    Walaupun kakcik dah kurang menulis, tapi kakcik masih minat membaca... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! Takdalah nak berhenti merapu, Kakcik. Cumanya susah betul nak menaip entri sekarang ni. Nak menaip di rumah, lagilah malas. Masa free lepas pukul 10, 11 malam. Kalau ghairah menaip entri malam hari, ada juga yang tak cukup tidur nanti ^_^

      Terima kasih ya Kakcik masih rajin lagi singgah sini...

      Delete
  2. jangan menghilang lama2 pulak MD, nanti rindu nak baca bebelan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda niat pun nak menghilang sebenarnya, AA. Tapi itulah sukar betul nak mencari masa dan jalan untuk menaip entri panjang berjela dan berserta gambar ^_^ Maklumlah, asyik curi masa waktu di pejabat, inilah akibatnya...

      Delete
  3. Jangan MENGGUA lelama sgt..
    Takut Misteri Wan Peah jadi penghuni blog ni😂😂

    CH pulak tak boleh guna IE..
    Semua tak boleh..
    Update entri ke..
    BW ke..
    Semua hilang di alam maya..

    Ada juga GC ni buat perangai..
    Tapi sehari dua jer..
    Boleh baca tapi tak boleh tinggalkan komen..

    CH pun dah semakin kurang menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya nak menggua, CH. Nak juga update blog tapi itulah dah ini tak boleh guna, itu tak boleh guna, terbantut tau idea penulis novel ^_^

      Saya prefer guna Chrome tapi entahlah mungkin juga company nak pantau pekerja-pekerja, jangan terlebih bersosial katanya...

      Delete
  4. Alahai nak mengeram lagi ke apa ni?

    Kalau pun tak boleh tulis merapu panjang2, entri pendek-pendek pun ok lah MD.

    Tapi kan, saya pun sama lah...susah benar nak menulis sekarang ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tidak! Bukan nak mengeram lagi...

      Susahlah nak menulis panjang berjela kalau banyak sangat halangannya. Tengoklah ni, memanjang takda gambar walaupun hakikatnya masa mula-mula jadi 'blogger picisan' memang takda upload gambar pun!

      Sajalahkan nak cari alasan, jadi nampaklah yang kita ni bukannya tak sudi berblogging lagi tapi keadaan yang memaksa...

      KB sibuk pasal apa sekarang ni ya? Memangku kerja dah tak lagikan...

      Delete
  5. Makchaq hujung minggu baru ni penuh dengan jemputan kenduri, sampai tak mampu nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya, makchaq. Makan free setiap harilah ya? Hahaha!

      Yalah, dah nak dekat Ramadhan ni, berlumba-lumba pulak orang buat majlis. Saya ada satu majlis betul-betul 5 hari sebelum puasa!

      Delete
  6. Ala..dah bye bye ke??makcik baru nak melawat kawasan ni..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada bye, bye nya, Diana... Ni tengah fikir lagu mana nak update blog/blogwalking paling sempoi. Nak guna smartphone, naya cik rabun tau!

      Delete
  7. Arggggh, betulla malehnya nk menulis, tapi den tulis kt semak phone tau, sbb tulah gambo tu takleh nk adjust2, den suka dan boleje guna phone, kalo ngadap pc mau 2 jam kot, ni boleh je up entri sambil rileks2 tgn tv kr, haa..camtulah.

    Oh nampaknya misteri wan peah akan brsambung ni, wakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, hebatnya KakG ni! Boleh guna semakphone taip entri. Kalau kita yang guna semakphone nak taip entri atau mengomen, mahu semak dan serabut kepala ni, KakG oi!

      Haip! Tengok drama Korea ke tu? Ada tak Hang Lebat berlakon jadi hero? Manalah tahu Hang Lebat terbabas salah drama berlakon. Hahaha!

      Eh, response bagus haruslah buat sambungan misteri Wan Peah masuk gua balik!

      Delete
  8. Replies
    1. Bukan nak babai, Raihanah. Maksud tak sampailah entri ni. Hahaha!

      Delete
  9. Akak gunakan henpon je berblog MD ....ada juga lappy tinggalan anak ni tapi akak rasa lecehlah .Guna henpon ni laju je ,cuma ada blog2'yang akak tak boleh masuk.
    MD jangan pulak mengeram....tak best lh tak dapat baca cerpen lucu MD :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susahlah kak guna handphone ni. Saya ni rabun boleh tahan teruk. Nak jawab whatsapp pun ambil masa inikan pulak nak menaip entri. Nak juga cuba blogwalking sambil mengomen guna handphone, pun tak terdayalah nak membaca dan mengomen!

      Delete
  10. MD, I love long weekends. But then Tuesday does not feel like Tuesday, macam Monday pulak. Still got blues hah...hah... I was happily terperap kat rumah and yeah, still got housework to do :( Oh, I can never commet or write a post using smartphone. Just typing whatsapp pun can make me geram because my fat fingers will hit the wrong key. Aduh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's true. I felt the same yesterday. Tuesday was like Monday yesterday but today feels like already Fridaylah, PH ^_^

      Me myself rabun dekat so reading/comment using smartphone memang takda masuk dalam list :(

      Delete
  11. ada settings yg kena godek2 tu, MD.
    kat opis ni pun sama, kekadang x boleh nak blogging.
    kat umah mana ada time, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan pandai sangat nak terlebih godek, Aida. Silap godek, hilang pulak blog ni. Saya kalau menggodek berlebihan samalah macam 'tikus membaiki labu' *_*

      Delete

Post a Comment