Jalan-Jalan Cuci Mata : FRIM

 Salam kawan-kawan!
 
 
Hari ni nak cerita pasal apa pula ya? Macam malas aje nak menaip entri panjang berjela. Tapi bila kata malas nak menaip entri, tetiba aje nanti bukan main lagi nak menaip lagi dan lagi...
 
Propa aje lebih ^_^
 
Semalam I  tertidur awal. Pukul 8 lebih dah tertidur ^_^ Anak-anak dan suami semua pun terbiar. Tahu-tahu bila bangun jam dah dekat pukul 3 pagi...
 
Berbalik kepada cerita hari ni, kami ni kalau hujung minggu memang dah tak tahu nak ke mana lagi di Kuala Lumpur ni. Rasa macam semua tempat dah pernah pergi. Nak mengukur jalan ke shopping mall pun dah macam malas. Lagilah kalau dengan suami dan anak-anak, bukan dapat cuci mata sepuas-puasnya apatahlagi nak membeli-belah!
 
Itu yang selalu jugalah terlepas keluar dari Kuala Lumpur tapi dek kerana malas nak menaip entri, takdalah kisahnya dalam blog. Nanti-nantilah kalau rajin tapi cerita pun dah lama basi ^_^
 
Baru-baru ni teringin nak bawa anak-anak melawat FRIM. Asal cerita konon nak naik basikal. Konon-kononnya masing-masing nak berbaju sukan sebab senanglah kotnya ada aktiviti lain. Tapi, kami ni kalau sekali keluar rumah, malas dah nak balik tukar pakaian ke apa. Pulak tu aktiviti melenjan memang sentiasa ada walaupun tak tahu nak ke mana katanya...
 
Silap timing pulak masa datang ke sini... 


Ini memang kali pertama kami ke FRIM ni. Ingatkan nak jalan-jalan kat canopy walk ke apa tapi bayang canopy walk pun tak jumpa ^_^ Maklumlah, orang nak ke sini awal pagi tapi kami ni matahari dah nak tegak di kepala baru sampai. Yang membuatkan trip ni lagi tak seronok sebab kebetulan pulak ada majlis perkahwinan kat sini...
 
Phewww, punyalah packednya. Nak cari parking pun siksa! Tapi bukan I yang memandulah... ^_^
 

I tak tahu pun di sini kita boleh bermandi-manda. Kalau tahu, I bawa pakaian mandi anak-anak dan pakaian extra. Si bujang kecil tu apalagi, merajuklah bila tak dapat mandi-manda. Lain kalilah anak-anak. Ini baru trip untuk warm-up aje!
 
Dek kerana ramai orang, kami pun takdalah nak berlama-lama. Tak sampai 30 minit pun di FRIM tu, lepas tu terjah tempat lain pula! Misi tak tercapai ^_^
 

Adik Cute memanjat rumah usang ni dan nak naik sampai ke dalam tapi Mommynya menghalang. Tengok rumah pun macam dah usang sangat, kalau roboh nanti macamana? Hahaha!
 
 
Tengoklah gambar dua beradik di atas ni, bukan main lagi berpeluk mengalahkan pasangan tengah bercinta. Makpak pun tak posing berdua-duaan in public macam ni tau!
 
Itu ajelah nak bercerita hari ni ya. Malas nak taip lebih-lebih...
 
See you again next time!


Comments

  1. ishhh macam tak puas je baca entri MD kali ni, macam tak cukup je patah perkataannya, tak sempat ambik feel dah habis pulak hahaha...

    eh tapi menarik jugalah frim ni, saya pun tak pernah sampai, mungkin satu hari boleh bagi cadangan pada en.azmi untuk ke sini juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Dah tak puas pulak nak menongkat dagu tak boleh ya, AA?

      Malaslah hari ni tak tahu nak merapu tentang apa. Macam biasalahkan salahkan sebab tak boleh nak upload gambar dan tempek di sini. Nak datangkan mood rajin menghadap blog di rumah tu memang tak dapat lagilah!

      Best sebenarnya FRIM ni tapi kalau dah sampai tengahari dan orang pun ramai, memanglah tak best. Semua pun tak menjadi. Lain kalilah kita bermandi-manda di sini. Bila tu tak tahulah!

      Delete
  2. Hi kak! ehem2.. lama aina tak jengah sini. Sihat kak...?
    hehehe...

    Aina pun baru tahu boleh mandi manda dkt sni.. Hihihi ok sesuai jadi kan tempat beriadah & ber picnic ni kak. =)
    Tak de la nak ukur shopping mall je, kekadang da naik boring cuci mata kt mall. Nak merasa gak udara segar byk pokok2.. gituu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sayang!

      Apa khabarmu di sana? Sana tu bukan jauh sangatlah, Ainakan...sepelaung aje kita ni ^_^

      Akak tak tahu, kalau tahu mahu angkat angkut pakaian mandi budak-budak ni. Biarlah berlama sikit sampai legam dek panas mentari. Bukan senang nak mandi-mandi kat tempat semulajadi macam nih...

      Kalau dah kerap ukur jalan kat shopping mall pun boring jugakan!

      Delete
  3. Dapat mandi sungai tu seronoknya MD..
    Hendaknya tengahari tu..
    Sejuk jer badan..
    Esok2 plan elok2..
    Bawa makanan ..
    Boleh mandi manda sambil makan-makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rugi pulak rasa. Kalau tahu memanglah bawa pakaian mandi mereka. Saya pulak tak suka mandi-manda di sungai ni sebab lepas tu nak tukar baju yang payah. Tak berkenan langsung nak masuk public toilet ni. Lainlah kalau boleh tukar baju dan-dan tu kat situ juga! Hahaha!

      Delete
  4. Baru tahu juga weyh bole mandi, tapiiiii...kalo ajak pi mandi kt tetempat camni sure sgt mytoklaki said, nolah..nanti ada kencing tikus, see..sakit aty tau. Dah lama tk mandi sungai, mandi laut apatah lagi.

    Apeke hei nya si comey berdua tu peluk sakan tu, licin ek? Kang jatuh tergolek bedebub kt situ kang mommynya yg meraung lebih kan, hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu. Ingatkan boleh jungle trekking aje. Tapi airnya cetek sungguhlah, KakG. Saya ni tak payah tunggu suami, saya sendiri yang kata macam-macam kalau anak nak mandi sungai ^_^ Nasib baiklah hari tu tak ada pakaian spare dalam kereta, kalau tidak, mahu terjun tiruk juga budak-budak ni...

      Oh, sebenarnya si abang nak turunkan adiknya dari batu dan takut basah kasut si adik tu! Tapi dah macam pasangan kekasih bersenda-gurau di tepi batuan pulak dah! Hahaha!

      Delete
  5. Apa ada kat FRIM ni Kak Ton sampai beriya nak pergi. Nak naik basikal pergi ajelah kat Bukit Cerakah tu....jangan tanya mak nama baru, tetiba lupa!

    Mak pergi sini dulu masa keje kawen anak sepupu. Lepas tu tak delah datang datang dah... tak sula ar tengok pokok hihi....baik tengok blouse, tengok bunga kat Kaison ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah ek, apa ada kat FRIM ni? Tapi dah lama nak pergi sini tau, Mak. Kalau mak mertua ada, memang pergi juga kalau tak halang. Hahaha!

      Kat sini memang cadang nak naik basikal tapi entahlah basikal ke mana, kita ke mana. Lagipun masa tu ramai orang sebab ada kerja kahwin. Itu yang buat tak syok langsung!

      Delete
  6. Ira tak pernah pegi lagi frim ni. Tapi hari tu sepupu ira ada la bwk aimy dtg mandi kat sini. Sesekali pegi tempat yg hijau mcm ni..seronok juga..
    Hehe..tp kalau matahari da tegak, panas la pulak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali pekena air sungai, memang seronok tau, Ira. Tapi itulah nak kena hati-hati sikit. Sekarang ni macam-macam penyakit ada!

      Masa kami datang ni pun dah pukul 12 lebih. Memang teriklah matahari tapi nasib baik juga banyak pokok menghijau, kuranglah terasa teriknya tu!

      Delete
  7. MD, I have never been to FRIM. Not being the adventurous type, I guess FRIM is not a place for me. But I bet your boys would have loved to spend more time there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually me too ^_^ Before thislah. My husband yang beria-ia nak pergi sini. Nak cyclinglah, canopy walklah, jungle trekkinglah. I ni dah cukup dose tu semua masa muda-muda dulu. Sekarang ni I lagi suka trekking dalam shopping mall actually ^_^

      Delete
  8. Nani pun ada plan jugak nak pergi FRIM sebab kawan cakap ada sungai. Hahah! Teruja betul bila dengar sungai ni, nanti lah bila bila nak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan nak ke FRIM ni dah berlanjutan dekat 2,3 tahun juga, Nani. Tapi asal nak pergi aje, akak yang selalu tunjuk muka tak berminat. Yalah, umur macam akak ni dah tak main nak jungle trekking, mandi sungai and canopy walk bagai. Umur macam akak ni sepatutnya menghabiskan masa kat shopping mall aje. Eh, silap ^_^

      Akak tak tahu pun kat sini ada sungai tau. Kalau tahu, dah lama simpan pakaian mandi budak-budak ni dalam kereta!

      Delete
  9. I tak pernah sampai lagi ke FRIM ni walaupun dah banyak dengar cerita it's quite a nice place untuk bawa keluarga beriadhah. Ni dah nak posa... lepas posa la kut kalau nak plan trip ke sana. Harap2 tak lupa hihihi. Thanks for the info, kalau pegi I will surely bawak tuala dan baju spare. Budak2 ni bukan boleh nampak air! Hmph!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau you suka menikmati alam semulajadi, memang sesuai bawa anak-anak beriadah tak pun berpiknik kat sini. Tapi I nikan Nin, lagi suka beriadah dalam shopping mall tahu. Sejuk sikit. Hahaha!

      Masa tu I naik separuh jalan aje, so airnya cetek dan jernih. I dok posing aje lebih. Anak-anak pun I paksa posing lebih juga sebab dah tak boleh mandikan, takda baju!

      Delete
  10. Rugilah tak bawa baju renang.klu tak tentu boleh berlama berkubang..tp warm up adengan peluk2 ditepian air umpama cover majalah mangga pun ok jugak.hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's whylah. Kena warm up, cicah-cicah gigi air dulu. Maklumlah, nak terjun tiruk, takda pakaian spare pulak. Kalau bawa pakaian spare, takda apa berlaku. Kalau tak bawa, macam nilah jadinya.

      Lain kalilah kita pergi lagi. Lain kali tu tak tahu bila sebab bila dah sampai, kena pangkah dari list of places to go. Hahaha!

      Delete
  11. FRIM. dulu time blajo kat UIA, ada member gi.
    aida x pernah gi.
    kalau mall shopping-shopping tu aida nak ikot la ha ha ha :)
    masuk hutan, malas lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, masa belajar lagi dah kenal shopping mall yerk ^_^

      Saya dulu muda-muda rajin turun naik (bukit) keluar masuk hutan, terjun tiruk dari pulau ke pulau ^_^ Tapi dah tua-tua ni kita simpan dalam memori ajelah kenangan tu, tak payah nak praktis-praktis sangat. Nanti ada pulak yang terseliuh sana-sini kalau berlagak muda. Hahaha!

      Delete

Post a Comment