Salam kawan-kawan!
Jangan serik ya datang sini kalau asyik-asyik membebel kisah yang sama. Maklumlah, emak-emak (especially sayalah) memang over kalau berbicara tentang anak-anak sendiri π
Lama juga my superheroes ni memujuk Daddynya nak mencuba naik MRT. Maklumlah, my anak-anak ni pengalaman naik bas sekali, pengalaman naik LRT sekali, pengalaman naik komuter tak pernah (π), pengalaman naik UBER bersama MakNgah itu baru berkali-kali. Hahaha!
Emak macam I ni memanglah kalau boleh apa anak-anak nak, kita cuba tunaikan. Tapi bapa macam Daddy mereka ni tak semua suka nak ditunaikan. Jadi, pandai-pandailah mereka memujuk. Buat-buat muka comel dengan Daddy mereka tak akan pergi ke mana! Statik aje kat situ juga! Lainlah dengan Mommy; cepat 'mencair' hati dan perasaan bila tengok muka comel anak-anak π
Sekarang ni bila tiba hujung minggu memang kami dah tak tahu nak buat apa di luar sana. Asyik melawat shopping mall pun bosan bedo'oh juga tau. Pendekata memang dah bosanlah dok start enjin kereta lepas tu mundar-mandir keliling kawasan rumah sebab tak boleh nak buat keputusan mana nak pergi!
Jadi satu hari tu, anak-anak pun memujuklah Daddynya jomlah bawa mereka naik MRT. Timing bagus pulak sebab hati Daddy tengah berbunga mekar mewangi, kembang setaman bagai, lalu dapatlah peluang mereka mencuba naik MRT π
By the way, bapaknya dah naik dulu masa hari pertama MRT dilancarkan. Naik free gitu dengan kawan. Terus I sentap 24 jam sebab HD tak 'merasmikan' naik MRT dengan I dan anak-anak. Hahaha!
Kami naik dari Stesen MRT Taman Pertama ke Muzium Negara. Memandangkan tiket ada diskaun so cuma perlu bayar dua tiket dewasa berharga RM1.50 seorang, tiket kanak-kanak untuk Bubbly Abang berharga RM0.70 dan Adik Cute free jelah.
Tapi silaplah naik dari stesen ni ke stesen Muzium Negara sebabnya semua pun bawah tanah je. Nak tengok apa. Plan asal sepatutnya naik MRT nak makan sate Kajang tapi entah kenapa tetiba bertukar arah pulak... Biasalah tu!
Sampai kat stesen Cochrane, I pun katalah kat Bubbly Abang,
Nanti kalau dapat sekolah menengah kat sini, senanglah boleh naik MRT lepas tu jalan kaki...
Mommy beri ke Abang pergi sendiri?
Huh?
Oh, yalah! Lupa yang Mommynya ni kan terover protective banyak. Kemungkinan besar tak dapat naik MRT sendiri. Mommy akan stalk dari belakang... π
Adik Cute pulak lagilah takda hairan walau seinci pun. Berpuluh kali tanya,
Mommy! Kenapa lama sangat? Bila nak sampai?
Sampai di stesen Muzium Negara, dialah yang paling gembira!
Kami tak buat apa pun. Jalan sampai ke KL Sentral lepak-lepak lepas tu patah balik ke Stesen Taman Pertama. Nak ke Nu Sentral exercise jalan kaki memang bukan option pilihanlah... Hahaha!
By the way, tahu tak shopping mall baru namanya Melawati Mall (MM)?
Gambar ni google aje ya ^_^ |
MM ni terletak di tepi highway MRR2 aje. Kalau rajin bolehlah terjah.
I dah terjah pun tapi well... mana-mana shopping mall pun sama ajelah kaedahnya. Cukuplah dengan IKEA, MyTown dan Sunway Velocity yang berada berdekatan, tak payah pergi mall lain lagi rasanya...
My superheroes suka terjah shopping mall baru ni sebabnya....
Asal ada dinding, boleh posing....π
Oh, ya! Gambar-gambar 'sandarkan ke dinding' di shopping malls yang lain banyak dalam draft. Masa bertapa dulu, manakan sempat nak update blogkan!
Lain kali kita sambung membebel ya!
tak pernah merasa naik MRT lagi..ala tak best pulak lalu bawah tanah je kan tak nampak view luar.
ReplyDeletepernah dengar MM tu tapi nak terjah tu memang tidak lerr..ada tak ada pun kita singgah the store shah alam ni je itupun sebab sebelah ofis je..bila dikira2 dah lama juga saya ni tak terjah shopping mall.. ehhh tapi cantiklah gambar2 yanga da didinding shopping mall tu
Ni tengah diskaun 50% kalau tak silap, AA sampailah Hari Merdeka nanti. Bolehlah cuba bawa anak-anak kalau berkesempatan. Tapi make sure jangan gantung buai dalam MRT okey ^_^
DeletePatutnya pergi ke Sate Kajang di Stesen Kajang barulah gempak. Tak pun pergi ke arah utara semuanya atas tanah. Ni naik yang bawah tanah, memang takda viewlah. Yang buat kami tiga beranak terkejut teruja sebab lalu betul-betul kat sekolah Bubbly Abang ^_^ Jakunlah sekolah ada rel MRT gitu ^_^
Bila ya saya ke Aeon Mall Shah Alam. Nak cari tempat makan tapi satu pun takda. Ending makan kat Segamat Rel. Nasib baik tak bertembung ngan AA ^_^
Nani pernah sekali naik MRT ke Kwasa Sentral. Time tu malam memang krik krik je MRT. Scary betul, dah lah sensorang diri. Hahah! Lepas dah siap laluan yang baru ni, tak sempat lagi nak naik. Ada jugak plan nak jalan jalan ikea naik mrt ni nanti. Eh eh ;p
ReplyDeleteMelawati Mall tak jelajah lagi walaupun dua tiga langkah aje. Hahah! Tu lah kan kak, mall mana mana pun sama je semua. Dah banyak sangat mall rasanyaa.
Hahaha! Naik malam-malam tak takut ke kena tegur dengan Annabelle? Kang Annabelle nak duduk sebelah, mana nak lari. Atas tanah ngan bawah tanah aje yang ada. Kahkahkah!
DeleteHah, trylah pergi IKEA naik MRT, turun kat Stesen Cochrane. Pastu singgah MyTown. Pastu naik feeder bus pergi Velocity pulak. 3 tempat dapat cover, Nani ^_^
Sebenarnya gambar mak naik MRT pun ada jugak tau kak Ton, cuma belum rajin je nak update. Nak cakap mak tak puas hatilah tu....
ReplyDeleteMak pun naik MRT masa harga 50% sekarang ni ada lagi ke? Siap pi Bukit Bintang you....ingat nak pi Pavillion tp tak jumpa haha....
Adik tu mcm tak suka je naik MRT, nak cepat sampai pulak boring ke adik tu Kak Ton
Hah! Ni besok keluarlah entri MRT dia... ^_^ Siap dengan gambar main hide and seek kat tiang lagi ^_^
DeleteAda diskaun sampai hujung bulan ni, Mak. Kalau Mak nak makan sate Kajang, bolehlah naik sekali lagi.
Adik Cute tak berapa heran sebab bawah tanah aje, tak nampak apa. Lepas tu orang ramai. Mulanya kami kena berdiri juga. Dia kan spesies kalau naik kereta kena tidur sebab tak tahan tiupan aircond. Ni kena berdiri, takda pemandangan lagi, memanglah dia teringat nak sampai cepat aje. Sampai kat stesen, dialah juara lumba lari!
Betul la.. Buntu kan kalau fikir hujung minggu nak pegi mana.. Hihi..
ReplyDeleteIra tak penah lagi naik MRT walaupun stesen MRT pasar seni berdekatan je.. Ada jgk terfikir nk lunch kat mana2 naik MRT, tapi takde kesempatan lagi.
Hehe.. Soalan bubbly abg tu.. Sgt memahami mummy yg protective ye..
Kan... rasa macam dah tak tahu ke mana lagi nak tuju. Duduk kat rumah aje hujung minggu bosan juga...
DeleteAmbillah peluang sementara ada diskaun ni. Takdalah mahal mana pun.
Dia pun faham Mommynya macamana. Cakap ajelah tapi bila tiba masa, kita juga yang menggelupur nak lepaskan anak berdikari. Hahaha!
dah merasa naik MRT! Memang best sebab selesa & laju sikit. Kemudahan pun banyak dekat station cuma takde bangku je masa tunggu tren. MM tu dari haritu tunggu bila nak bukak tapi tak sempat lagi nak pergi sana.
ReplyDeleteSenang juga naik MRT ni, takdalah pening kepala selalu dok jem. Boleh jadi stress dibuatnya.
DeleteLain kali nak juga naik lagi tapi ke stesen yang berlainan pulak.
Heboh dah sana sini pasal MRT ni,tapi blmlah ada kesempatan nak menerainya. Sampai bila tu diskaunnya? Kena tau smp bila then bolehla set masa yg sesuai, walaupun hujung mggu tak brpa nak sibuk, tapi tulah spesies abah bebudak ni jenis suka beristirehat di rumah saja, tu yg payah nak bergerak tu.
ReplyDeleteAlahai comey betul posing2 Kat dinding Mall tu. Lukisannya pun cantik2 la.
Hujung mggu ni gi mana lagi tu? Naik mrt pi makan satay Kajang, tapi mkn satay Kajang Tak best siang2, kena mkn waktu mlm baru sedap.
Ada diskaun sampai Hari Merdeka nanti. Bolehlah ajak bapaknya bawa anak-anak pi naik MRT. Kalau bapak penat, tak usah khuatir. MRT jalan sendiri... Hahahah!
DeleteSekarang nikan memang semua shopping mall baru mesti ada dinding macam ni sebelum kedai beroperasi. Memang seronoklah aktiviti posing sandarkan ke dinding macam ni ^_^
Ya juga ek! Sate Kajang makan malamlah baru best. Kalau macam tu hari ni kita pi makan Sate Station dululah ^_^
MD, I am quite jakun. Naik LRT once or twice only. I am quite penakut and I dare not take MRT all by myself. Mesti ada teman, takut tersesat kat mana2 hee..hee..
ReplyDeleteI also jakun, PH. Lagilah sekarang ni lama dah tak naik bas. Tak tahu macamana nak bayar tambang bas tau! Hahaha!
DeleteYou ni macam Adik Cute ke asal kena aircond tertidur. Ni mesti kes tertidur sampai tersesat nih. Hehehe!
Hujung minggu pula mmg akak nanti2kan, bukan nak kemanapun, dpt rehat sehari suntuk dlm bilikpun, nikmatnya tak terhingga.. π
ReplyDeleteOrang macam kita ni memanglah kalau tiba hujung minggu tu rasa nak berehat aje. Tapi manakan dapatnya, UA. Kesian pulak kat anak-anak bila seminggu mereka di rumah, hujung minggu nak keluar juga tapi kita ni terbalik pulak!
DeleteRajin layan naik mrt... Bagus2... Merapatkan lagi ukhwah keluarga...
ReplyDeletePerkara-perkara kecil macam ni kadang-kala jadi ingatan melekat di kepala. Hehehe!
DeleteCH yg dah kilauan emas ni pun tak pernah lagi naik MRT..
ReplyDeleteNabil dan Nabilah dah pernah naik dgn auntienya masa tu free juga. Dorang gi KLCC melenjan kat sana ..
Siap tengok wayang lagi..
Masa tu jeeha nak Upsr so tak ikut..
Smpi skrg janji dgnnya tak tertunai nak naik sama2 sbb mama dia pun tak naik lagiππ
Pergilah naik CH, bawa anak-anak. Silap haribulan, emaknya pun teruja sama juga tau macam SAYA ^_^ Hahaha!
DeleteOrang Selangor pun kalau sesekali datang KL macam orang dari negeri lain ke KL tau, CH. Kenalah enjoy melawat itu, ini, buat itu ini. Macam kita orang ni kalau ke Shah Alam, ada juga kadang-kala datang jakunnya. Hahaha!