Hidup berblogging ^_^

Salam kawan-kawan!

Alahai, baru masuk hari kedua muncul di persada seni antarabangsa, dah tak tahu nak cerita gaya mana! Maklumlah, walaupun kuat membebel, kalau dah kena membebel sambil menaip tanpa gambar, tak keruan juga jadinya. Teruslah mood suam-suam kuku besi tu muncul makanya, penyakit malas pun melanda semula! Bukan senang nak kebah dari penyakit ni tau! Hanya yang memahaminya aje akan tahu siksanya 😉

Agak-agaknyalah sekarang ni dah masuk musim hujan ke? Selalunya hujung tahun baru nak hujan ribut-petir, banjir kilat segala. Ini baru akhir bulan Ogos, cuaca dah tak menentu. Sejuknya terasa macam berada di negara four seasons (hahaha). Manalah tahukan dek kerana cuaca yang semakin tak menentu di seluruh dunia, satu masa nanti akan ada winter di Malaysia 😊 Oh, sila jangan berangan over-over dalam kepala dok tengah skiing pulak....  Melampau sih berangan!

Oh, ya sepanjang I bertapa di Kilimanjaro tu, ada jugalah adegan-adegan penting berlaku di blog. Kembang semangkuk kejap hati rasanya bila diri masih diingati dan blog masih dikunjungi terutama para anon yang bermaharajalela meninggalkan komen.

Terima kasih pada Ira yang sudi melayangkan kad raya pada ahkak selebriti nih 😊 Walaupun itu aje satu kad raya yang I perolehi tahun ni, pun tak mampu nak dibalas. Harap Ira amat memahami kemalasan yang menimpa diri ini...

Terima kasih juga pada Cikgu Hazreen yang menghantar kad top-up kerana menang...errr... menang pasal apa ek? Tengoklah ni faktor usia, lupa dah kenapa dapat kad top-up 😓

Dan, yang paling terharu... dek kerana entri ini, tetiba dapat komen daripada tuanpunya restoran....

Terharu sangat weyh sampai rasa tak berhenti hingus meleleh nih!😎

Jangan ditanya mana gambar dan bukti semua sebab I malaslah nak upload. Gambar ada je dalam hae-ho (baca sekali lagi : handphone! *apahal depa ni tak khatam-khatam bahasa nih...) tapi bila dicari, entah mana perginya ...😩

And nak tahu entri apa paling banyak orang korek dalam blog ni?

Dah tentu yang inilah...
Gamaknya memang ramai juga kaum wanita Malaysia ni yang berkahwin dengan warga asing ya. Kasihan juga bila ramai yang minta pendapat. Ada yang sampai berbalas-balas email bertanya pendapat. I layankan ajelah sebab bila baca masalah mereka, timbul pula rasa kasihan...

Tapi apakan daya, kisah duka ahkak dah lama berlalu. Beri pendapat tu bolehlah tapi entah laku lagi ke tidak pada zaman ini entahlah...

Pada yang merindui Bubbly Abang dan Adik Cute, buat-buatlah bersabar ya. Baru nak kurangkan gambar mereka dalam blog ni tapi kalau ada masa terluang, nanti kita uplah satu, dua gambar ya!

Yang penting, setiap kali keluar gua, kena kemas-kemaskan rumah dan tukar header dulu. Hahaha!

By the way, Adik Cute sekarang tak sabar nak ada 'baby sendiri'. Dari mana dia nak dapat 'baby'?

Oh, no... bukan adik baru tapi 'baby' dia yang akan keluar dari TAPAK KAKI 😊


Comments

  1. Eh...eh... apakah itu baby yang akan keluar dari tapak kaki? Ponkius makcik! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, jangan tak tahu Kakcik sekarang baby boleh keluar dari tapak kaki. Jaga-jaga ^_^

      Entahlah mana dia dapat idea baby boleh keluar dari tapak kaki. Tetiba aje beritahu kat saya katanya dia suka baby dan tak sabar nak tunggu baby keluar dari tapak kakinya! Hahaha!

      Delete
  2. Baby keluar dari tapak kaki? apa tu? btw singgah sini.. nak follow tapi tak jumpa follower button.

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang memang macam-macam benda tak logik boleh berlaku antaranya nilah - baby boleh keluar ikut tapak kaki.

      Saya pun iyakan ajelah. Kita tunggu bila masanya 'baby' tu keluar ikut tapak kaki!

      By the way, terima kasih sudi singgah sini. Follower tak ramai sebab takda butang follower makanya selamanyalah saya tak letak butang tu. Hahaha!

      Delete
  3. Ramai rupanya rakyat Malaysia la ni kahwin org luar ye MD..
    Kesian jejaka Malaya ni hihihi..

    Nanti nak terjah juga entri tu..
    Nak tahu apa sebab sad sgt hihii..

    Kaki keluar anak ye adik cute..
    Kalau mcm tu beranakkan utk auntie satu ye..
    Kalau boleh baby boy tau..
    Boleh jadi kawan abg nabil..
    Senang auntie tak payah nak jwb soalan abg nabil tu..
    Kena dia tak ada adik lelaki..
    Ni gara2 adik auntie dah dpt baby lelaki.. jadi ada kawan utk abg nya .. tu yg ang nabil jeles kat sepupunya..😆😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alangkah Dato Vida pun nak mata kelabu rambut perang, CH...Hahaha!

      Entahlah macamana baby boleh keluar ikut tapak kaki. Tak boleh tahan tau bila dia kata dia tak sabar nak dapat baby. Dok tanya macamana nak dapat baby, katanya keluar dari tapak kaki! Oh, pening kepala memikirkan logiknya!

      Alah, kalau Nabil dapat adik lelaki macam Adik Cute, memang teruk kena buli nanti Nabil. Lebih baik kekal jadi anak bongsu ya ^_^

      Delete
  4. Baru akak tahu banyak prosedur bila kawen org luar.Mujurlah semua dah berlalu,MD pun dah bahagia bersama kan.
    Ada2 aje adek...dari mana lah pulak dapat akal nya tu baby keluar dari tapak kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu pun dah macam-macam prosedurnya, kak. Saya ni pernah keluar ke Singapore dengan HD dan emak sebab tamat tempoh tourist visanya. Dalam sebulan mana boleh buat banyak perkarakan lebih-lebih lagi bila bab-bab kahwin nih.

      Mujurlah dah tamat segala sengsara ni. Alhamdulillah, HD dah ada PR.

      Delete
  5. MD, I am very curious how the baby can come out from Adik Cute's tapak kaki? What have you been telling him? hah..hah..hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I also don't know ^_^ Just that one day, I was telling him that his stomach is getting buncit day by day and suddenly he told me that he is waiting for 'his baby' to come out from his tapak kaki ^_^

      Delete
  6. Itulah lama sangat duk menggua, kan dah senang nak kena sawan. Eleh....yo yo o je tukar header, tuko warna bagai...

    Yelah...mmg asyik hujan je 2-3 hari ni. Bandar Maharani sampai banjirlah hari tu. Kain baju mak pun dah 2 hari tak berangkat tau Kak Ton. Sapa nak lipat kalau dh banyak tu?

    Amboi sukalah tu Sang Rozi komen blog dia. Mesti minggu lepas pergi bekfes kat situ haha....



    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, jealous nampak? Sendiri tak nak tukar header tukar theme bagai, nak jealous pulak. Taulah awak tu malas. Hahaha!

      Kan! Macamana boleh banjir time gini? Selalu bukan ke banjir datang melanda hujung tahun, ni baru bulan Ogos! Konpiuslah dengan cuaca ni!

      Tapikan Mak, bestnya sekarang tidur malam. Rasa macam tengah winter ^_^

      Well, I pelanggan tetap Sang Dewi. Tapi time blogger lain melantak kat sana, I rehat sekejap. Kahkahkah!

      Delete
  7. Gitu la hidup berblogging ye MD.. Ada masa rajin, ada masa malas walaupun bnyk benda nak cerita.. Haha..

    Sama2 MD..
    Tanda ingatan buat MD dan kawan2 lain.. Lama sgt MD bertapa kat kilimanjaro tu.. Saje je la bertanya khabar.. Haha..

    Hahaha.. Mcm2 la idea adik cute ni.. Boleh la keluarkan baby boy sorang utk acik ye.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu bila orang kata malas berblogging, macam tak boleh register kat otak je alasan tu. Tapi bila sendiri dah kena, hah... bukan main susah nak kebah ^_^

      Anyway, thanks ya Ira sekali lagi sebab kad raya tu. Minta maaflah tak sempat nak up dalam blog masa dapat tempohari. Jangan serik hantar kad raya tahun depan tau ^_^

      Ni dah semua minta Adik Cute 'produce' baby. Payah ni. Rasa nak kena komersialkanlah perkhidmatan produce baby nih. Satu baby RM10, 000. Kaya den ^_^

      Delete
  8. haha teringin nak tengok acaner ruper baby yg keluar dari tapak kaki tu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum dalam production lagi so tak tahu apa rupanya, Ainniah ^_^

      Delete
  9. Dah muncul dah MD..acik je tak boleh lagi..cerita banyak..tapi tak de laptop..guna talipon ni ada blog yang boleh tinggal komen ada yang tak keluar kotak komennya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muncullah akhirnya, Acik. Nak bertapa lama-lama pun penat juga. Ilmu dalam dada tak juga meninggi. Hahaha!

      Delete
  10. Replies
    1. You jangan Lyd. You jangan!

      Sila jangan buat I tergelak besar tau! I bertapa kat Kilimanjaro tu dalam mimpi jerk ^_^

      Delete
  11. macam saya jugaklah MD blogger suam2 kuku kaki namanya ni kadang2 banyak idea kadang2 takde idea tapi tetap gatal2 jari jemari nak menulis itu yang kadang keluar certita merepek2 je, bacalah sambil makan kerepek.

    sebabkan link tu saya pun gigih membaca juga cerita MD tu, wahhh memang jenuh juga ye macam2 urusan eh kalau saya pun mahu naik hangin juga kalau dengar cakap seperti tu, eh dah jodoh Allah tentukan bukan kita saja suka2 nak pilih dengan siapa yang kita nak kawinkan,,ehhh teremosi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu, bukan main semua pun nak dikongsi bersamakan. Macam-macam cerita. Tak kisahlah merapu ke tidak, janji apa yang terfikir terus tercatat dalam blog. Kehkehkeh!

      Sekarang memang letih sikitlah nak menaip entri. Ada masa memang malas betul rasanya, tak tahu kenapa.

      Awal-awal dulu memang jenuh, AA. Nasib baiklah sekarang ni dah ada PR, banyak kelegaannya. Takdalah turun naik Imigresen lagi...

      Delete
  12. Salam kunjung dari saya http://www.lokmanamirul.com/2017/08/rose-face-serum-zeeta-produk-terbaik.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini ya ^_^

      Delete

Post a Comment