Ini dipanggil entri baru ke?

Salam kawan-kawan!

Hari ni takda mood nak menaip entri sebab sakit mulut kena ulcer ...

Walaupun tak menggunakan mulut untuk menaip entri (😊), tetap jugalah takda mood kerana yang sebenarnya, sahajalah nak mencari alasan untuk malas update blog!

Sekarang ni pun I tengok ramai juga kawan-kawan blogger yang dah 'sendu' bila bab mengupdate blog ni. Betullahkan, perkara kalau dah jadi rutin, memang adakalanya agak membosankan. Nak mengekalkan momentum tu bukannya mudah.

Kalau dulu, I garu kepala yang tak gatal juga bila dengar kawan-kawan kata malas dan tak tahu nak 'berborak' tentang apa dalam blog. Tapi bila sendiri sudah melaluinya, memang tak dinafikan - sifat malas tu kalau dah berleluasa, tiada apa yang mampu menghalang.

Lainlah kalau kita cari makan dengan penulisan blog, dah tentu-tentu rajin bukan kepalang. Maklumlah, kalau tak menulis, kurang murah pulak rezeki nanti. Kalau setakat membebel macam I ni, memang ikut musim jugalah nak terus membebel atau bertapa 😊

Hujung minggu baru ni I terlepas ke Jalan TAR. Lama sungguh tak ke pasar malam di Jalan TAR tu. Teringinlah juga sesekali meninjau apa yang ada. Tapi itulah, masa hujan petang ni, masa itulah datang teringinnya!

My superheroes memang tak berapa sukalah nak membontoti Mommynya ke tempat-tempat begini. Memanjang aje penat. Tapi dah Mommy paksa ikut, terpaksalah akur. Nanti kalau ingkar kata Mommy, susah pulak tak dapat makan 😊 Lagipun MakNgah pun ikut serta, rugilah kalau tak pow MakNgah... Hahaha!

Hari Ahad kami jalan-jalan cari makanlah. Dari pagi dah keluar. Tapi takdalah pagi mana pun sebenarnya. Maklumlah kalau hujung minggu tu dah bangun,  tidur semula selalunya. Bila bunyi bipbip Whatsapp Aweks tu semua rancak, barulah tersedar 😊 Orang dah habis cerita sarapan, kita baru nak bangun cari brunch! Nasiblah...

Eh, tadi kata mulut kena ulcer lantas malas nak membebel dalam blogkan! 

Oleh itu, kenalah berpegang pada kata-kata 😉

Kita jumpa lagilah esok ya!

Saja je nak suruh you all buang masa tengok kat tepi-tepi sidebar memasing ada entri baru padahal saja je nak pedajal orang tau!

Bye then!




Comments

  1. Blog kakcik pun makin sendu. What to do, ayam tak patuk itik tak sudu...

    Semoga ulcer iti segera pergi 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru kenalah, Kakcik. Lambat lagi ni baiknya. Mahu seminggu, dua. Hahaha!

      Delete
  2. memang pedihlah kalau ada ulcer nak bercakap dan makan pun takde mood.

    ye lah kadang takde idea nak menulis tapi kadang rasa nak menulis juga walaupun kita ni blogger suam2 kuku je takde buat income pun tapi tetaplah nak berceloteh juga cuma sekarang cuba nak pendekkan je celoteh tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, AA. Memang malas nak cakap banyak. Nak menulis banyak pun malas sebab masa tengah berfikir sambil menaip, mulut tetap juga rasa sakit! Hahaha!

      Kadang tu nak menulis tapi mood tak datang. Ada masanya mood datang, idea pulak entah apa-apa nak dimeroyankan!

      Tapi takpalah among kita-kita aje saya suka meroyan ^_^

      Delete
  3. Ai lagi lama tak ke jalan TAR...
    Kali terakhir pergi masa zaman anak dara...
    Sekarang anak dara saya pun dah besar... hihihi

    Ouch, sakitnya ulser...
    Semoga cepat baik yer MD...

    MD, cer guna ubat gigi Halalgel yg guna bunga cengkih tu..
    Ai dulu selalu juga kena ulser ni..
    Lepas konsisten guna ubat gigi Halagel, baru bebas ulser ni..
    Tapi kalau kurang minum air pun, sy mudah juga kena ulser... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman anak dara tu sampai umur berapa? Hahaha!

      Baru start kena ni memang kuranglah bercakap. Elok juga sebenarnya, kurang sikit bergosip hal retis. Hahaha!

      Saya selalu letak bonjela tak pun ubat gigi. Tapi saya ni memang dulunya kaki ulcer, jadi mostly ubat ni pun tak jalan. Biar dia baik sendiri ajelah. Tak pun saya gigit aje lagi biar ulcer tu merebak. Senyap sikit mulut. Hahaha!

      Delete
  4. Kalau kena ulser, mmg xde mood.. Sakitnya sampai ke gusi.. Mcm sakit gigi pun ada.
    Nk cepat baik, letak garam kat ulser tu.. Hihi.. Tapi masa nk letak tu.. Hai.. Nk nangis..

    Semoga cepat sembuh ye MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tiba-tiba gigi dan gusi pun sakit. Itulah paling tak menahan sebab tak boleh makan sedap-sedap ^_^

      Saya guna ubat gigi ajelah. Pedih sebentar tapi baiknya tetap juga tak!

      Delete
  5. Takde kena mengena pun MD ulser dengan menulis...jauh bebeno...saje je alasan ya.Yalah akak pun sekarang macam nk berenti dh berblog ,tujuan utama dulu nak kisah kan pasal anak2 tapi skg mereka dah besar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada tau kak! Mood menulis hilang terus sebab menahan sakit mulut, gigi dan gusi serentak! Bila takda mood, tengoklah, komen pun tak berbalas tau ^_^

      Betul tu, kak. Saya pun berblog kerana anak-anak; nak abadikan kisah mereka dalam blog kononnya. Tapi entahlah berapa lama boleh tahan!

      Delete
  6. Baru nak amik mood dh habis dah, betulla tkde mood tu, bak kata tadi blog tmpt bebel, tmpt abadikan kenangan bukan blog cari makan, so bila dh tkde mood tu, Kita biokan aje kan.

    Apa susah ulser tu, belila bonjela, kalo berani taruk garam ke, boleh je, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonjela dah tak jalan sebab penggunaannya telah bermula sejak di bangku sekolah lagi. Biasalah biarkan dia baik sendiri. Letak ubat gigi pun takda rasa nak kurang pun sakitnya! Letih!

      Memang betul. Kalau takda mood, tengoklah... baru nak tarik nafas entri dah watammat. Hahaha!

      Delete
  7. Surpriseeeeeeeee hahahaha
    Blog i bukan sendu je sis...
    coma terus tuu...
    rindu nak baca blog kengkawan hehehehe..
    bebaik sakit ulcer mulut tu kang jangkit ke jari,
    susah nak taip karang hahahahaha...
    Get well soon sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouucchhh! Terkejut ahkak selebriti tau!

      Hahaha!


      Lamanya tak nampak you 'merayau' kat alamaya, sis! Apa ceritanya di luar sana? Dah takda mood juga ke sampai koma habis blog ^_^

      Sesekali jomlah terjah online, baca kisah kawan-kawan di alam maya. Masih seronok macam dulu cumanya masa tu kadangkala terbatas dan ikut mood juga dah nih. Hahaha!

      Delete
  8. Can lah, MD! Any story pun boleh jadi entri. Those of us who are addicted to your pot pet will read anything your write :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu patah perkataan also can right? Or maybe, just to say, "I'm busy today, will come back soon!" pun bolehlah ya! Janji blog berupdate. Hahaha!

      Thank you for coming and reading my merapu meraban everyday. Without all of you, siapalah I as a blogger! Huuuhaaaa!

      Delete
  9. Whatssapp blogger, hari ahad, sarapan pagi?? nak mengata saya dan kak saniah le tu, maklumlah pg tu kami rancak beecerita mengenai asam pedas, hu3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan mengata, UA. Itu nak beritahu yang den sekeluarga memulakan hari minggu sangat lambat berbanding dengan geng yang lain ^_^

      Tulah pasal, orang dah habis cerita sarapan, asam pedas bagai, kita baru nak bangun pi mandi and cari makan! Kehkehkeh... pecah rahsia!

      Delete
  10. Lama sangat tak pergi pasar malam Jalan TAR Kak Ton. Huh...Jalan TAR pun jarang pergi apa tah lagi pasar malamnya. Nape tak ambik gambo. Beli apa kat situ?

    Kalau masa bujang dulu selalu beli ayam rangka goreng tu. Dah beranak pinak ni jarang dapat beli makan faveret kita dulu dulu.

    Lagi pun agaknya dah naik muak makan ayam kot!

    Minum air banyak Kak Ton, cuaca mmg panas sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana sempat Mak nak ambil gambar. Tempat sibuk macam tu. Punyalah ramai orang. Lagipun anak-anak semua nak cepat kalau berjalan tempat macam ni. Bukan favorite mereka. Padahal Mommy mereka ni dulu-dulu sanggup jalan kaki dari Central Market/Yaohan The Mall nak pergi jalan TAR ni tau. Punyalah ghairah dengan tempat ni zaman kita dulu-dulu ya, Mak. Sekarang ni anak-anak tak rasa hairan pun setakat Jalan TAR ni. Apa ada!

      Tulah pasal... mulut sakit dah ni. Hati pun dah mula sakit dah ni sejak malam semalam!

      Delete
  11. Biasalah mood up and down.. jgn down.. down terus dah le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah harapnya jangan sampai down terus. Memang tak berupdatelah blog jadinya!

      Delete
  12. Lama CH tak gi Jln TAR ni..
    Tunggu pencen lah nanti haha..

    Blog CH pun sendu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tu nak pencen, CH? Nak pencen awal ke? Bestnya alahai kalau macam tu. Bolehlah hari-hari naik LRT pergi Jalan TAR. Hahaha!

      Delete
  13. Menangis kalau kena ulcer sebab sakit dia tu ya Allah T_T Ini dah ok ke belum? Heheh. Lamaa jugak tak jejak Jalan Tar ni sebab risau macam macam nak dibeli. Hahah! Satu lagi sebab malas nak bersesak sesak dengan orang. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ni dah ok. Kalau tak ok, memang tak keluar lagi di alam maya, Nani. Hahaha!


      Akak pun lama tak pergi Jln TAR ni sebabnya malas nak bawa anak-anak sekali. Kalau jalan sorang, tak best pulak walaupun dapat kebebasan sepenuhnya ^_^ Kalau jalan dengan kakak, jenuh alahai nak mengukur dari satu kedai ke satu kedai. Letih dibuatnya!

      Delete
  14. jalan TAr is the best pasar malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rasanya dulu-dulu lagi happening Jln TAR ni. Sekarang macam so-so aje walaupun masih lagi ramai orang berkunjung.

      Delete

Post a Comment